Peter Chong Yang Dikatakan 'Hilang', Dah Balik ke Malaysia Menerusi KLIA

Sunday 16 April 2017

Bekas pembantu R.Sivarasa Rasiah yang dikatakan hilang, dilaporkan hilang, bahkan dimomok-momokkan sebagai 'telah dihilangkan', dikesan kembali ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.

Cerita tentang 'kehilangan' Peter Chong telah dibesar-besarkan oleh PKR dan DAP untuk menggambarkan taktik terbaharu Kerajaan yang menggunakan apa-apa sahaja kaedah bagi menghapuskan penentang.

Anak lelaki Peter Chong telah membuat laporan polis dan kemudian memuatnaikkan status pelik di Facebook selepas itu. Dan dari situlah segala-galanya bermula. 

Dan sekarang, lebih pelik lagi ialah dari masa Peter Chong dikesan melintasi sempadan sehinggalah ke hari ini, tiada sebarang kenyataan yang keluar daripada anak lelaki Peter Chong, Peter Chong sendiri mahupun ahli keluarganya tentang apa yang berlaku. R.Sivarasa juga mendiamkan diri. Semua komunikasi seolah-olah tidak wujud lagi. 

Menurut laporan, bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Peter Chong yang dilaporkan 'hilang' lebih dari seminggu lalu, telah slama tiba di rumahnya selepas pulang dari Thailand. 

Menerusi Twitter, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memuatnaik dua keping gambar Peter Chong yang hanya mengenakan sepasang seluar pendek dan baju T berwarna biru yang dipercayai dirakamkan di KLIA.

"Syabas @PDRMsia kuala Lumpur. 'Missing' Peter Chong is back from Pattaya this afternoon," tulis Khalid. 

Khalid ketika dihubungi berkata, Chong akan disoal berhubung 'kehilangannya'. 

Minggu lepas, Khalid berkata, polis mempunyai bukti Chong telah menyeberangi sempadan di pusat pemeriksaan Imigresen di Bukit Kayu hitam memasuki Thailand sekitar jam 6:30 pagi pada 7 April dan tiada sebarang rekod kepulangannya ke Malaysia. 

Chong menghilang selepas tidak lama memuatnaikkan kemaskini status di Facebooknya pada 31 Mac tentang orang yang tidak dinamakan menghubunginya. 

Peter Chong merupakan pembantu khas kepada Ahli Parlimen Subang, R.Sivarasa untuk selama beberapa tahun sehinggalah tahun 2015. Menurutnya, dia telah diberikan amaran oleh seorang penunggang motosikal yang masih muda agar berhati-hati kerana ramai orang sudah hilang. 

0 comments:

Post a Comment

Peter Chong Yang Dikatakan 'Hilang', Dah Balik ke Malaysia Menerusi KLIA

Sunday 16 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks