TIDAK BOLEH DIHARAP! UMNO Pulau Pinang Maafkan RSN Rayer?

Monday 9 June 2014

Ketika ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengecop Melayu UMNO sebagai CELAKA, maka berduyun-duyunlah orang Melayu terutama sekali ahli-ahli UMNO marahkan kepala samseng di Pulau Pinang itu. Sehinggakan ada pula yang melanggar DUN Pulau Pinang dan menggertak RSN Rayer, membuatkan ADUN Seri Delima itu lari lintang-pukang dan pucat lesi.

Hanya beberapa jam kemudian, Lim Guan Eng masuk campur dan MENGARAHKAN PDRM menangkap mereka yang telah melanggar DUN Pulau Pinang. Beberapa orang ditahan dan ditangkap serta disoalsiasat. Lim Guan Eng dan DAP terus menekan PDRM agar mengambil tindakan paling berat terhadap penceroboh-penceroboh tersebut.

Di DUN Pulau Pinang, DAP mengambil kesempatan untuk membelasah UMNO dan PDRM sekali lagi. Orang yang mencetuskan kontroversi, RSN Rayer, langsung tidak dipersalahkan. Bahkan keengganannya untuk meminta maaf, membuatkan UMNO Pulau Pinang terkedu.

Keengganan RSN Rayer untuk meminta maaf, bahkan mengeraskan lagi pendiriannya bahawa UMNO adalah CELAKA, rupa-rupanya membuatkan UMNO Pulau Pinang cair.

Sudah terkeluar cerita UMNO Pulau Pinang sudi untuk memaafkan RSN Rayer!

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO Pulau Pinang bagi tujuan memprovokasi RSN Rayer, kenyataan tersebut, sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan betapa lemahnya UMNO di Pulau Pinang dan sudah cukup untuk menunjukkan betapa UMNO Pulau Pinang memang tidak boleh diharap.

6 comments:

  1. umno cuba mempamerkan imej baru tapi macai2 masih di takuk lama...bila umno maafkan rayer, ia telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari rayer.....rayer namakan umno celaka, si rayer pulak dipanggil paria dsb nya...jadi 0-0 la...anyway, kena tabik umno sebab tgh berusaha untuk berubah ikut peredaran masa........

    ReplyDelete
  2. Askar2 bertempur dan berperang di barisan hadapan. Di belakang Panglima2 bersalam-salam, berpeluk-pelukan sambil minum teh dengan pihak musuh.

    ReplyDelete
  3. Perbuatan melampau kutuk mengutuk antara mereka yang berlainan fahaman politik tidak bolih dipandang ringan dan selesai dengan memberi maaf . Kelangsungannya tetap ada. Dari satu babak kebabak yang lain pula. Umno selaku tunggak pemerintah Negara akan dipandang tidak bermaruah sekiranya mengamalkan sikap suka memberi maaf dengan meminggirkan perasaan rakyat pengundi Umno .

    Sedangkan dipihak parti lawan tidak pernah luput dari membawa kes2 sebegini kemahkamah dan terus menekan siapa sahaja yang ada kes2 "bolih makan" hingga jatuh tersepuk menyembah bumi.
    Umno sepatutnya ada jalan yang lebih praktikal dalam menangani isu2 sebegini. Jagan mainkan perasaan rakyat yang sudah pun ada tanda2 kerapuhan terhadap kebolihan pemimpin2 Umno sekarang. Untuk itu , kepercayaan rakyat kepada Umno harus dipertingkatkan semula dan jadilah pemimpin berjiwa rakyat dan bukannya pemimpin pemusnah harapan rakyat.

    ReplyDelete
  4. kita sebagai org Islam kena selalu mengamalkan maaf-maafan, bukannya masa Hari Raya sahaja....

    ReplyDelete
  5. Betol no eggs!!

    ReplyDelete

TIDAK BOLEH DIHARAP! UMNO Pulau Pinang Maafkan RSN Rayer?

Monday 9 June 2014 ·

Ketika ADUN Seri Delima, RSN Rayer mengecop Melayu UMNO sebagai CELAKA, maka berduyun-duyunlah orang Melayu terutama sekali ahli-ahli UMNO marahkan kepala samseng di Pulau Pinang itu. Sehinggakan ada pula yang melanggar DUN Pulau Pinang dan menggertak RSN Rayer, membuatkan ADUN Seri Delima itu lari lintang-pukang dan pucat lesi.

Hanya beberapa jam kemudian, Lim Guan Eng masuk campur dan MENGARAHKAN PDRM menangkap mereka yang telah melanggar DUN Pulau Pinang. Beberapa orang ditahan dan ditangkap serta disoalsiasat. Lim Guan Eng dan DAP terus menekan PDRM agar mengambil tindakan paling berat terhadap penceroboh-penceroboh tersebut.

Di DUN Pulau Pinang, DAP mengambil kesempatan untuk membelasah UMNO dan PDRM sekali lagi. Orang yang mencetuskan kontroversi, RSN Rayer, langsung tidak dipersalahkan. Bahkan keengganannya untuk meminta maaf, membuatkan UMNO Pulau Pinang terkedu.

Keengganan RSN Rayer untuk meminta maaf, bahkan mengeraskan lagi pendiriannya bahawa UMNO adalah CELAKA, rupa-rupanya membuatkan UMNO Pulau Pinang cair.

Sudah terkeluar cerita UMNO Pulau Pinang sudi untuk memaafkan RSN Rayer!

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh UMNO Pulau Pinang bagi tujuan memprovokasi RSN Rayer, kenyataan tersebut, sebenarnya sudah cukup untuk menunjukkan betapa lemahnya UMNO di Pulau Pinang dan sudah cukup untuk menunjukkan betapa UMNO Pulau Pinang memang tidak boleh diharap.

6 comments:

Ali said...
9 June 2014 at 14:07  

UMNO P.P X de telur...

Surrhead said...
9 June 2014 at 16:07  

umno cuba mempamerkan imej baru tapi macai2 masih di takuk lama...bila umno maafkan rayer, ia telah meletakkan dirinya lebih tinggi dari rayer.....rayer namakan umno celaka, si rayer pulak dipanggil paria dsb nya...jadi 0-0 la...anyway, kena tabik umno sebab tgh berusaha untuk berubah ikut peredaran masa........

Anonymous said...
9 June 2014 at 16:32  

Askar2 bertempur dan berperang di barisan hadapan. Di belakang Panglima2 bersalam-salam, berpeluk-pelukan sambil minum teh dengan pihak musuh.

Anonymous said...
10 June 2014 at 01:18  

Perbuatan melampau kutuk mengutuk antara mereka yang berlainan fahaman politik tidak bolih dipandang ringan dan selesai dengan memberi maaf . Kelangsungannya tetap ada. Dari satu babak kebabak yang lain pula. Umno selaku tunggak pemerintah Negara akan dipandang tidak bermaruah sekiranya mengamalkan sikap suka memberi maaf dengan meminggirkan perasaan rakyat pengundi Umno .

Sedangkan dipihak parti lawan tidak pernah luput dari membawa kes2 sebegini kemahkamah dan terus menekan siapa sahaja yang ada kes2 "bolih makan" hingga jatuh tersepuk menyembah bumi.
Umno sepatutnya ada jalan yang lebih praktikal dalam menangani isu2 sebegini. Jagan mainkan perasaan rakyat yang sudah pun ada tanda2 kerapuhan terhadap kebolihan pemimpin2 Umno sekarang. Untuk itu , kepercayaan rakyat kepada Umno harus dipertingkatkan semula dan jadilah pemimpin berjiwa rakyat dan bukannya pemimpin pemusnah harapan rakyat.

Surrhead said...
11 June 2014 at 11:53  

kita sebagai org Islam kena selalu mengamalkan maaf-maafan, bukannya masa Hari Raya sahaja....

Anonymous said...
12 June 2014 at 00:27  

Betol no eggs!!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks