AKHIRNYA WAN AZIZAH, NURUL IZZAH DAN NURUL NUHA MERANGKAP MENGHADAP DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG POHON KEAMPUNAN UNTUK ANWAR IBRAHIM!

Tuesday, 24 February 2015


Di sebalik ketegasan Rafizi Ramli yang enggan menjadikan PKR sebagai medium memohon pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk Anwar Ibrahim, selain tanpa sebarang bantuan atau sokongan daripada Azmin Ali, keluarga Wan Azizah yang kecewa akhirnya memilih saat-saat akhir untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi tujuan memohon pengampunan untuk Anwar Ibrahim.

Masuk hari ini, sudah 14 hari Anwar Ibrahim berada di lantai penjara. Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan jenayah liwat. Walaupun PKR dan ahli keluarganya cuba menegaskan bahawa Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara kerana FITNAH dan KONSPIRASI POLITIK, hakikatnya sepanjang tempoh perbicaraan selama 7 tahun, tidak sekali pun Anwar Ibrahim mahupun pasukan peguambelanya yang seramai beberapa belas orang dan silih berganti tidak pernah dapat membuktikan konspirasi dan fitnah politik sebagaimana yang didakwa. Malahan mereka juga tidak dapat menampilkan walaupun seorang pun alibi untuk menolak dakwaan bahawa Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Malah agak mengejutkan apabila dua orang Ketua Peguambelanya, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram mengatakan liwat berlaku atas dasar SUKA SAMA SUKA, bukannya pemaksaan yang kemudian cuba ditekankan bahawa Saiful Bukhari bersalah kerana membuat laporan polis setelah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini, keluarga Anwar Ibrahim terpaksa mendatangani Istana Negara. Hari ini juga, keluarga yang cuba menghapuskan Kesultanan Melayu dan memandang hina kewujudan Institusi Kesultanan Melayu selain melihat sultan-sultan sebagai berhala, sebagaimana yang seringkali disebut oleh para pengikut mereka, terpaksa juga datang menyembah dengan penuh adat semata-mata bagi mendapatkan pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Sekaligus menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dibatalkan kerjanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mungkin sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim cukup yakin mereka akan berjaya mengumpulkan seramai mungkin penyokong, berarak dan menyerang istana, sekaligus menakutkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan membatalkan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Namun dari sehari ke sehari bukan sahaja pengikut yang sudi berdemonstrasi semakin berkurangan, bahkan himpunan solidariti yang dibuat untuk Anwar Ibrahim juga turut diejek dan dihina. Tidak sahaja dari kalangan musuh Anwar, malah daripada kumpulan yang kuat menyokong Anwar sebelum ini pun, enggan muncul.

Rafizi Ramli yang selama ini kuat menjilat Anwar, cuba mengambil kesempatan untuk mengambil hati Azmin dengan mengumumkan PKR tidak akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong. Dan kerana itulah juga, keluarga Wan Azizah terpaksa melakukannya pada saat-saat akhir setelah semua pihak yang bergantung dengan mereka selama ini, mula berpaling meninggalkan mereka secara berjemaah.

Akhirnya institusi yang amat mereka benci dan ingin mereka hapuskan itu jugalah yang mereka terpaksa datangi dan minta tolong!


3 comments:

  1. sampai matilah dok jaja kena fitnah..puiii
    terima jelah hakikat dan takdir
    walau pun terlepas didunia..di akhirat tetap kena punya...
    kalaulah dia org menang hari tu...wahhhh mahkamah malaysialah paling adil di dunia..korak mu

    ReplyDelete
    Replies
    1. DYMM adalah sultan yang beragama Islam, Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul Allah. Nabipun dan tak mengaku umat, bagaimana pula proses memohon pengampunan ini ye!

      Delete
  2. Pejuang aktivis politik yang sinonim dengan mahkamah. U ulang I saman .... saman orang tu, saman orang ni dan bila Saiful sue dia di mahkamah , terus tarik balik saman .
    Dosa besar tetap dosa besar........ kena juga minta ampun dengan rakyat Malaysia, dunia dan Saiful. Ketentuan Allah swt adalah dari petunjukNya.

    ReplyDelete

AKHIRNYA WAN AZIZAH, NURUL IZZAH DAN NURUL NUHA MERANGKAP MENGHADAP DYMM YANG DI-PERTUAN AGONG POHON KEAMPUNAN UNTUK ANWAR IBRAHIM!

Tuesday, 24 February 2015 ·


Di sebalik ketegasan Rafizi Ramli yang enggan menjadikan PKR sebagai medium memohon pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk Anwar Ibrahim, selain tanpa sebarang bantuan atau sokongan daripada Azmin Ali, keluarga Wan Azizah yang kecewa akhirnya memilih saat-saat akhir untuk menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi tujuan memohon pengampunan untuk Anwar Ibrahim.

Masuk hari ini, sudah 14 hari Anwar Ibrahim berada di lantai penjara. Dia telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan jenayah liwat. Walaupun PKR dan ahli keluarganya cuba menegaskan bahawa Anwar Ibrahim dihumban ke dalam penjara kerana FITNAH dan KONSPIRASI POLITIK, hakikatnya sepanjang tempoh perbicaraan selama 7 tahun, tidak sekali pun Anwar Ibrahim mahupun pasukan peguambelanya yang seramai beberapa belas orang dan silih berganti tidak pernah dapat membuktikan konspirasi dan fitnah politik sebagaimana yang didakwa. Malahan mereka juga tidak dapat menampilkan walaupun seorang pun alibi untuk menolak dakwaan bahawa Anwar Ibrahim tidak meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Malah agak mengejutkan apabila dua orang Ketua Peguambelanya, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram mengatakan liwat berlaku atas dasar SUKA SAMA SUKA, bukannya pemaksaan yang kemudian cuba ditekankan bahawa Saiful Bukhari bersalah kerana membuat laporan polis setelah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Hari ini, keluarga Anwar Ibrahim terpaksa mendatangani Istana Negara. Hari ini juga, keluarga yang cuba menghapuskan Kesultanan Melayu dan memandang hina kewujudan Institusi Kesultanan Melayu selain melihat sultan-sultan sebagai berhala, sebagaimana yang seringkali disebut oleh para pengikut mereka, terpaksa juga datang menyembah dengan penuh adat semata-mata bagi mendapatkan pengampunan dan pembebasan Anwar Ibrahim.

Sekaligus menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dibatalkan kerjanya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Mungkin sebelum ini, keluarga Anwar Ibrahim cukup yakin mereka akan berjaya mengumpulkan seramai mungkin penyokong, berarak dan menyerang istana, sekaligus menakutkan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan membatalkan pemenjaraan Anwar Ibrahim.

Namun dari sehari ke sehari bukan sahaja pengikut yang sudi berdemonstrasi semakin berkurangan, bahkan himpunan solidariti yang dibuat untuk Anwar Ibrahim juga turut diejek dan dihina. Tidak sahaja dari kalangan musuh Anwar, malah daripada kumpulan yang kuat menyokong Anwar sebelum ini pun, enggan muncul.

Rafizi Ramli yang selama ini kuat menjilat Anwar, cuba mengambil kesempatan untuk mengambil hati Azmin dengan mengumumkan PKR tidak akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong. Dan kerana itulah juga, keluarga Wan Azizah terpaksa melakukannya pada saat-saat akhir setelah semua pihak yang bergantung dengan mereka selama ini, mula berpaling meninggalkan mereka secara berjemaah.

Akhirnya institusi yang amat mereka benci dan ingin mereka hapuskan itu jugalah yang mereka terpaksa datangi dan minta tolong!


3 comments:

Anonymous said...
24 February 2015 at 17:54  

sampai matilah dok jaja kena fitnah..puiii
terima jelah hakikat dan takdir
walau pun terlepas didunia..di akhirat tetap kena punya...
kalaulah dia org menang hari tu...wahhhh mahkamah malaysialah paling adil di dunia..korak mu

Anonymous said...
24 February 2015 at 18:52  

DYMM adalah sultan yang beragama Islam, Nabi Muhammad S.A.W adalah rasul Allah. Nabipun dan tak mengaku umat, bagaimana pula proses memohon pengampunan ini ye!

Anonymous said...
24 February 2015 at 19:40  

Pejuang aktivis politik yang sinonim dengan mahkamah. U ulang I saman .... saman orang tu, saman orang ni dan bila Saiful sue dia di mahkamah , terus tarik balik saman .
Dosa besar tetap dosa besar........ kena juga minta ampun dengan rakyat Malaysia, dunia dan Saiful. Ketentuan Allah swt adalah dari petunjukNya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks