SABAH TIDAK AKAN SELAMAT Selagi Ada Musuh Dalaman, Kata Ketua Polis Negara

Saturday, 21 November 2015 | 0 comments

Sabah akan terus berhadapan dengan ancaman daripada militan selatan Filipina selagi penduduk dan rakyat tempatan terus membantu penceroboh-penceroboh tersebut melakukan jenayah rentas sempadan seperti menculik, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Negara itu menyeru rakyat Sabah, terutama sekali yang tinggal di pantai timur negeri tersebut untuk kerjasama kepada polis, selain memberi amaran bahawa sesiapa ang diketahui menjadi talibarut dalam jenayah tersebut, akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang serius.

"Selagi ada musuh dalam seliut, pantai timur Sabah tidak akan sepenuhnya aman. Tanggungjawab kita adalah untuk mengenalpasti mereka dan mengambil tindakan.

"Kita tidak akan membiarkan mereka terus wujud di kalangan kita. Sekiranya mereka mahu tinggal di Sabah dalam keadaan aman dan harmono, mereka perlu setia kepada negeri dan negara ini serta bekerjasama dengan kita untuk memastikan negeri dan negara ini aman," kata Khalid.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman sebelum ini dilaporkan berkata, penculikan di restoran makanan laut terkenal Sandakan, Ocean King pada Mei tahun ini - serangan terbaharu - adalah hasil daripada kerja dalam.

Insiden tersebut menyaksikan pengurus restoran, Thien Nyuk Fun, 50, dan pelanggannya, Bernard Then, 39, telah dilarikan ke selatan Filipina sebagai tebusan. Thien kemudiannya dibebaskan pada 8 November manakala Then pula telah dibunuh dan kepalanya dipenggal pada Selasa lepas.

Polis masih cuba mengenalpasti mayatnya menerusi ujian DNA.

Khalid berkata, polis sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan penduduk tempatan terutama sekali di pantai timur Sabah.

"Setiap hati, kita mempunyai program bersama komuniti untuk berkongsi maklumat, membina keyakinan dan kerjasama dengan awam. Itulah sebabnya saya meminta semua memberikan kerjasama kepada kami untuk menangani masalah ini," katanya.

Khalid yang berada di Sabah hari ini untuk menyampaikan pingat kehormat kepada anggota-anggota polis yang telah berkhidmat sewaktu Ops Daulat berkata, kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina sentiasa mensasarkan Sabah untuk aktiviti penculikan rentas sempadan mereka memandangkan itu adalah punca pendapatan utama mereka.

"Kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Tahun ini sahaja, kita berjaya menghalang sekurang-kurangnya lapan cubaan menceroboh dan memasuki Sabah untuk menculik lebih ramai tebusan. Mereka sentiasa mencari peluang," katanya lagi.

Khalid juga berkata, polis sentiasa berjaga-jaga dengan ancaman Abu Sayyaf yang bekerjasama dengan Islamic State (IS) di wilayah ini dan akan menggunakan pendekatan sama untuk semua kemungkinan aktiviti keganasan. (SUMBER)

BEKAS PEMBANTU Anwar Ibrahim Buat Laporan Polis Ke Atas NURUL IZZAH!

Bekas pembantu peguam peribadi Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay telah membuat laporan polis ke atas Nurul Izzah kerana pertemuannya dengan anak perempuan bekas individu yang mendakwa sebagai Sultan Sulu yang telah mengarahkan serangan ke atas Sabah.

Yuktes membuat laporan di balai polis Kelang pada Jumaaat dan berkata, perkara tersebut perlu disiasat bagi memastikan insiden berdarah di Lahad Datu tidak berulang.

Gambar-gambar Nurul Izzah bersama-sama Jacel Kiram memegang plakad bertulis 'RELEASE ANWAR IMMEDIATELY' yang dimuatnaik oleh Jacel Kiram di laman Facebook peribadinya telah menjadi viral, menyebabkan banyak pihak khususnya rakyat Sabah yang tidak berpuas hati dan mengutuk Nurul Izzah.

Terdapat juga desakan agar Nurul Izzah tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke Sabah lagi. Malah ada juga desakan agar kerajaan khususnya KDN mengambil tindakan POTA atau SOSMA ke atas Nurul Izzah kerana bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh rakyat negara ini.

Pada Mac 2013, Kiram telah mengarahkan lebih kurang 200 orang lanunnya yang lengkap bersenjata menyusup dan melakukan pembunuhan di Sabah. Jacel Kiram menjadi jurucakap kumpulan tersebut dan cuba menipu dunia kononnya, lanun-lanunnya berjaya menguasai Sabah dan membunuh ramai anggota keselamatan Malaysia, walaupun hakikatnya, lebih separuh daripada lanun-lanunnya berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia.

"Walaupun bapanya adalah dalang pencerobohan Lahad Datu, tidak dapat dinafikan bahawa Jacel mempunyai niat buruk kerana dia mahukan Sabah berpisah dari Malaysia dan menganggap negara kita sebagai pencuri. Tidak itu sahaja, 'Menuntut Sabah' adalah salah satu daripada janji-janji yang telah ditulis dalam manifesto pilihanraya untuk memenangi jawatan Senator di Filipina," kata Yuktes dalam laporan polisnya.

Gambar-gambar tersebut telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin-pemimpin politik Malaysia apabila mereka mempersoalkan motif Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bertemu dengan Jacel pada 9 November di Filipina.

Dalam salah satu gambar, Nurul dilihat sedang makan malam bersama-sama Jacel dan seorang lelaki yang tidak dikenali, manakala dalam dua gambar yang lain, Nurul bergambar bersama-sama Jacel sambil memegang poster, 'Release Anwar Immediately'.

Nurul Izzah mempertahankan pertemuannya dengan Jacel Kiram dan berkata, pertemuan tersebut telah diatur oleh pihak berkuasa Filipina. Naib Presiden PKR itu juga berkata, dia ke Filipina bersama-sama Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sebagai sebahagian daripada delegasi PKR untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin politik utama di negara tersebut.

Menurut Nurul Izzah lagi, kesemua orang yang ditemuinya di majlis tersebut adalah pemimpin-pemimpin sah dan pemimpin bagi masyarakat sivil.

Antara mereka termasuklah Gabenor Batangas dan Ahli Kongres Hermilando Mandanas, Anggota Kongress Regina Reyes dan Slvestre Bello, Dekan Undang-Undang Amading Valdez, bekas Anggota Kabinet Romy Nery, bekas Setiausaha Rendah Perundangan Wencie Andanar dan kakitangan Naib Presiden Filipina dan Datuk Bandar Manila.

Menurutnya lagi, senarai tersebut telah diputuskan oleh Majlis Hal Ehwal Filipina dan Institut Demokrasi Asian, pejabat Datuk Bandar Kota Manila dan pejabat Naib Presiden Filipina.

BESAN Najib-Rosmah Dilaporkan Ambil Beg Tangan Dan Enggan Bayar!

Friday, 20 November 2015 | 2 comments

Maria Nazarbayeva, besan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dilapor telah mengambil sejumlah beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira RM400,000 tanpa membayarnya.

Berdasarkan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, Maira dilapor telah memesan beg-beg itu dari Daerah Perniagan Samilor pada 2014 dan 2015 tetapi didakwa tidak pernah membayarnya.

Memetik laporan The New York Post, Presiden Samilor, Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi Maira didakwa telah mengancam untuk mencederakan Belkin dan keluarganya.

Akhbar itu turut melaporkan, Maira telah menjaja nama Najib apabila diancam dengan tindakan undang-undang kerana tidak membayar hutang itu.

“Awak tahu siapa anak saya? Dia menantu kepada Perdana Menteri Malaysia!.

“Saya akan cederakan awak dan keluarga jika awak saman saya,” kata Maira seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Anak Maira, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Maira pernah berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, adik kepada Presiden Kazakhstan. (SUMBER)

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri bagaimanapun, dalam satu kenyataan ringkasnya menerusi Facebook menyatakan, peguam peribadi Maria Nazarbayeva akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh yang terdekat. 

KOMUNITI SULUK SABAH Pun Sudah Benci dan Anti Dengan Nurul Izzah

Komuniti Suluk di negeri ini mengecam tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah, Mohd Zaki Harry Susanto berkata, sebagai rakyat negara ini, Nurul Izzah tidak sepatutnya bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Kampung Tanduo manakala Jacel secara terang-terangan menyokong tindakan pencerobohan itu.

"Kedaulatan negara diceroboh dalam insiden Kampung Tanduo tetapi Nurul Izzah pula bertemu dengan individu yang menyokong pencerobohan itu.

"Sebagai rakyat Sabah, kami kesal dan mengecam tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel. Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo merupakan sejarah hitam kepada rakyat dan negara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau berhubung pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Mohd Zaki yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia Zon Selamat Timur Sabah (Esszne), menyifatkan tindakan Nurul Izzah sebagai terdesak untuk mendapat sokongan antarabangsa.

Beliau berkata, Nurul Izzah cuba menggaitkan Kesultanan Sulu dalam kemelut politi berteraskan simpati.

"Sebagai rakyat dan wakil rakyat, tindakan Nurul Izzah itu tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan mereka yang merasa kesan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo khususnya keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah termasuk mengharamkan kemasukannya ke Sabah. - Bernama

KEBETULAN Yang Terancang Menjawab Kenapa Nurul Izzah Mencadangkan Badan Perisikan Negara Dimansuhkan

Maka tidak hairanlah mengapa bersungguh-sungguh Nurul Izzah cuba menyelewengkan fungsi dan tugasan cabang-cabang dalam PDRM selepas pendedahan hubungannya dengan Jacel Kiram diketahui ramai.

Tidak hairanlah juga mengapa dia begitu memusuhi badan perisikan negara cabang PDRM kerana kebimbangannya yang segala gerak-gerinya di luar negara, khususnya dengan kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini, diketahui dan tindakan diambil.

Ada desakan untuk Nurul Izzah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ada juga cadangan dan desakan agar Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki dan memijak tanah Sabah lagi?

Hakikatnya, Nurul Izzah perlu dikenakan tindakan undang-undang secara total kerana pertaliannya dengan musuh negara walaupun dia cuba menjustifikasikan kehadirannya sebagai 'tetamu yang diraikan'.

Gambar-gambarnya bersama dengan Jacel Kiram dalam kempen membebaskan bapanya, terlalu banyak mempunyai persamaan dengan 'SABAH SUDAH HILANG', pertemuan Anwar Ibrahim-Nur Misuari, pertemuan beberapa orang pemimpin PKR ke Filipina dua hari menjelang serangan Sulu ke atas Tanduo dan terbaru rancangan serangan pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur seperti yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara.

Tempoh dan tarikh-tarikhnya terlalu dekat dan kebetulan tersebut sangat mencurigakan!

Zambry Abdul Kadir Saman ADUN DAP Setelah Dituduh Terima RASUAH Daripada Pemaju Perumahan

Golongan yang menjadikan RASUAH sebagai budaya mereka, sekarang ini sedang sibuk mensasarkan mana-mana pemimpin Melayu dengan label RASUAH.

Terbaru, ADUN Aulong, Leow Thye Yih akan disaman oleh Menteri Besar Perak setelah ADUN DAP itu dalam satu sidang media, menuduh Zambry Abdul Kadir menerima derma daripada pemaju-pemaju tanah di kawasan LOT 24179, PT 88332.

"Jangan ambil perkataan derma ini secara berasingan, memandangkan hal demikian penduduk-penduduk rasa mungkin beliau telah menerima banyak derma daripada pemaju.
“Jika Menteri Besar ingin membuktikan bahawa beliau tidak menerima apa-apa daripada pemaju, beliau patut campur tangan dan membantu penduduk menegakkan keadilan iaitu menukar balik penggunaan tanah ke kawasan tadahan air atau kawasan hijau.
"Ini bukan daripada mulut saya, saya selaku ADUN Aulong hanya membawa suara rakyat ke Dewan dan ini apa yang dinyatakan oleh penduduk," katanya ketika membaca kembali "handset" persidangan hari kedua di Sidang DUN. (RUJUK SINI)

ADUN DAP itu cuba bermain kongkalikong apabila enggan mengakui dia yang menuturkan tuduhan tersebut tetapi kononnya dia hanya menyampaikan apa yang orang lain katakan.

Zambry membuat keputusan tersebut selepas menonton rakaman visual sidang media yang diadakan oleh Leow berhubung isu tersebut. ADUN tersebut telah mengulangi tuduhannya di luar Dewan.

"Saya melihat isu ini amat serius kerana ia adalah tuduhan yang sangat jahat sekalipun dia mendakwa, itu bukanlah tuduhannya tetapi orang lain. Dia seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan yang dikeluarkannya sendiri.

"Bagaimana anda boleh memanjangkan kata-kata orang lain ke dalam Dewan untuk membuat tuduhan ke atas saya?

"Anda menuduh saya menerima wang daripada pemaju perumahan. Anda tahu ia adalah tuduhan yang amat serius. Saya mahu mengulanginya di luar Dewan dan dia melakukan. Jadi, saya faham dan tiada masalah lagi.

"Saya akan berjumpa dengannya di mahkamah. Saya akan menyamannya. Peguam-peguam sila ambil tindakan. Saya tidak akan bertolak ansur," kata Zambry dalam sidang media khasnya hari ini.

Sebelum ini, Leow berkata dalam sidang media yang dia tidak akan menarik kembali dakwaan, bahkan menunjukkan kepada media hansard yang mencatatkan kenyataannya.

Bagaimanapun, diharapkan Zambry tidak akan mengulangi 'kesilapannya' memberi maaf kepada beberapa orang pemimpin PKR yang menfitnahnya tidak lama dahulu. Pemberian maaf tidak akan mengubah apa-apa, sebaliknya telah dijadikan peluru untuk terus melakukan fitnah. (RUJUK SINI)

SEBAR GAMBAR KELUARGA KERANI SEKOLAH YANG DIROGOL BUNUH, 10 PENGGUNA FACEBOOK DIPANGGIL BERI KETERANGAN

10 orang pengguna Facebook telah diambil keterangan mereka dalam usaha mengesan pihak yang mengedarkan teks serta gambar-gambar pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Bukit Pasir, tiga hari lepas.

Ketua Polis Muar, ACP Azman Ayob berkata, mereka ini telah berkongsi maklumat dan menyebarkannya.

"Pihak polis amat memandang berat isu ini dan akan memanggil beberapa pemegang akaun WhatsApp dan Facebook untuk diambil keterangan. Ini terpaksa dilakukan selepas pengguna media sosial tidak menghiraukan amaran serta peringatan daripada pihak berkuasa untuk lebih bertanggungjawab dalam isu-isu seperti ini. Pihak kami terpaksa mengambil tindakan tegas. Justeru, kami menyeru, pihak terbabit agar tampil ke hadapan kerana kami akhirnya tetap boleh mengesan mereka," katanya.

Tiga hari lepas, berita tentang pembunuhan seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, menjadi viral. Nurul Shahira telah ditemui dibunuh di luar bilik tidur di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap.

Mayatnya telah ditemui oleh jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak dimatikan selama lebih 4 jam, iaitu dari pukul 2:00 petang dan pintu sebelah pemandu selain pintu rumah terbuka, sekaligus menimbulkan kecurigaan kepada jiran tetangga.

Pihak polis kemudiannya telah memberkas enam orang lelaki warga Nepal berusia antara 25 sehingga 43 yang bekerja tidak jauh dari lokasi pembunuhan beberapa jam selepas jenazah Nurul Shahira ditemui.

Menurut Azman, suami Nurul Shahira, Muhammad Faris Jaafar, 30, telah diambil keterangannya di IPD Muar petang semalam untuk membantu siasatan.

Muhammad Faris berang apabila gambar keluarganya, tersebar di media sosial ketika siasatan sedang berjalan.

– BERNAMA

CINA DAP MENGAMUK BILA UPACARA BAKAR UNTUK HANTU LAPAR, DIPERSOALKAN

Isu asalnya adalah apabila ADUN Sungai Acheh dari UMNO bertanya sama ada upacara pembakaran pada perayaan Hantu Lapar tidak mencemarkan alam sekitar.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang juga merupakan Kepala Samseng PPS, Phee Boon Poh naik angin dengan pertanyaan itu dan segera menjawab. Jawapannya kemudian telah diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Phee Boon Poh tidak berpuas hati kerana upacara keagamaan itu ditanya di Sidang DUN. Dia cuba mencetuskan isu perkauman sambil memberikan persepsi bahawa ADUN-ADUN UMNO cuba menimbulkan kebencian kepada amalan dan perayaan orang Cina.

Menariknya, orang dan kerajaan yang sama jugalah yang menggambarkan bahawa amalan dan ibadah umat Islam sebagai sesuatu yang membazir, mengganggu ketenteraman dan mengacau gugat.

Perhatikan reaksi daripada para penyokong DAP yang begitu marah apabila amalan yang terang-terang mencemar alam sekitar, mencela azan serta Solat Jumaat yang pada mereka hanyalah mengacau serta menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Lebih menarik lagi ialah apabila mana-mana Cina yang tidak bersetuju dengan mereka, akan dilabelkan sebagai 'converted' dan dicela keji!

Jadi, jangan hairan jikalau DAP begitu memusuhi azan serta Solat Jumaat, bahkan amalan tahrim yang seringkali disifatkan sebagai gangguan waktu tidur.

SABAH TIDAK AKAN SELAMAT Selagi Ada Musuh Dalaman, Kata Ketua Polis Negara

Saturday, 21 November 2015 · 0 comments

· 2 comments

Friday, 20 November 2015 · 2 comments

Maria Nazarbayeva, besan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dilapor telah mengambil sejumlah beg tangan jenama Hermes bernilai kira-kira RM400,000 tanpa membayarnya.

Berdasarkan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, Maira dilapor telah memesan beg-beg itu dari Daerah Perniagan Samilor pada 2014 dan 2015 tetapi didakwa tidak pernah membayarnya.

Memetik laporan The New York Post, Presiden Samilor, Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang tetapi Maira didakwa telah mengancam untuk mencederakan Belkin dan keluarganya.

Akhbar itu turut melaporkan, Maira telah menjaja nama Najib apabila diancam dengan tindakan undang-undang kerana tidak membayar hutang itu.

“Awak tahu siapa anak saya? Dia menantu kepada Perdana Menteri Malaysia!.

“Saya akan cederakan awak dan keluarga jika awak saman saya,” kata Maira seperti dilaporkan akhbar berkenaan.

Anak Maira, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.

Maira pernah berkahwin dengan Bolat Nazarbayev, adik kepada Presiden Kazakhstan. (SUMBER)

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri bagaimanapun, dalam satu kenyataan ringkasnya menerusi Facebook menyatakan, peguam peribadi Maria Nazarbayeva akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh yang terdekat. 

KOMUNITI SULUK SABAH Pun Sudah Benci dan Anti Dengan Nurul Izzah

· 0 comments

Komuniti Suluk di negeri ini mengecam tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah, Mohd Zaki Harry Susanto berkata, sebagai rakyat negara ini, Nurul Izzah tidak sepatutnya bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Kampung Tanduo manakala Jacel secara terang-terangan menyokong tindakan pencerobohan itu.

"Kedaulatan negara diceroboh dalam insiden Kampung Tanduo tetapi Nurul Izzah pula bertemu dengan individu yang menyokong pencerobohan itu.

"Sebagai rakyat Sabah, kami kesal dan mengecam tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel. Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo merupakan sejarah hitam kepada rakyat dan negara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau berhubung pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Mohd Zaki yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia Zon Selamat Timur Sabah (Esszne), menyifatkan tindakan Nurul Izzah sebagai terdesak untuk mendapat sokongan antarabangsa.

Beliau berkata, Nurul Izzah cuba menggaitkan Kesultanan Sulu dalam kemelut politi berteraskan simpati.

"Sebagai rakyat dan wakil rakyat, tindakan Nurul Izzah itu tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan mereka yang merasa kesan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo khususnya keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah termasuk mengharamkan kemasukannya ke Sabah. - Bernama

KEBETULAN Yang Terancang Menjawab Kenapa Nurul Izzah Mencadangkan Badan Perisikan Negara Dimansuhkan

· 0 comments

Maka tidak hairanlah mengapa bersungguh-sungguh Nurul Izzah cuba menyelewengkan fungsi dan tugasan cabang-cabang dalam PDRM selepas pendedahan hubungannya dengan Jacel Kiram diketahui ramai.

Tidak hairanlah juga mengapa dia begitu memusuhi badan perisikan negara cabang PDRM kerana kebimbangannya yang segala gerak-gerinya di luar negara, khususnya dengan kumpulan yang mengancam keselamatan negara ini, diketahui dan tindakan diambil.

Ada desakan untuk Nurul Izzah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ada juga cadangan dan desakan agar Nurul Izzah tidak dibenarkan memasuki dan memijak tanah Sabah lagi?

Hakikatnya, Nurul Izzah perlu dikenakan tindakan undang-undang secara total kerana pertaliannya dengan musuh negara walaupun dia cuba menjustifikasikan kehadirannya sebagai 'tetamu yang diraikan'.

Gambar-gambarnya bersama dengan Jacel Kiram dalam kempen membebaskan bapanya, terlalu banyak mempunyai persamaan dengan 'SABAH SUDAH HILANG', pertemuan Anwar Ibrahim-Nur Misuari, pertemuan beberapa orang pemimpin PKR ke Filipina dua hari menjelang serangan Sulu ke atas Tanduo dan terbaru rancangan serangan pengebom berani mati di Sabah dan Kuala Lumpur seperti yang didedahkan oleh Ketua Polis Negara.

Tempoh dan tarikh-tarikhnya terlalu dekat dan kebetulan tersebut sangat mencurigakan!

Zambry Abdul Kadir Saman ADUN DAP Setelah Dituduh Terima RASUAH Daripada Pemaju Perumahan

· 0 comments

Golongan yang menjadikan RASUAH sebagai budaya mereka, sekarang ini sedang sibuk mensasarkan mana-mana pemimpin Melayu dengan label RASUAH.

Terbaru, ADUN Aulong, Leow Thye Yih akan disaman oleh Menteri Besar Perak setelah ADUN DAP itu dalam satu sidang media, menuduh Zambry Abdul Kadir menerima derma daripada pemaju-pemaju tanah di kawasan LOT 24179, PT 88332.

"Jangan ambil perkataan derma ini secara berasingan, memandangkan hal demikian penduduk-penduduk rasa mungkin beliau telah menerima banyak derma daripada pemaju.
“Jika Menteri Besar ingin membuktikan bahawa beliau tidak menerima apa-apa daripada pemaju, beliau patut campur tangan dan membantu penduduk menegakkan keadilan iaitu menukar balik penggunaan tanah ke kawasan tadahan air atau kawasan hijau.
"Ini bukan daripada mulut saya, saya selaku ADUN Aulong hanya membawa suara rakyat ke Dewan dan ini apa yang dinyatakan oleh penduduk," katanya ketika membaca kembali "handset" persidangan hari kedua di Sidang DUN. (RUJUK SINI)

ADUN DAP itu cuba bermain kongkalikong apabila enggan mengakui dia yang menuturkan tuduhan tersebut tetapi kononnya dia hanya menyampaikan apa yang orang lain katakan.

Zambry membuat keputusan tersebut selepas menonton rakaman visual sidang media yang diadakan oleh Leow berhubung isu tersebut. ADUN tersebut telah mengulangi tuduhannya di luar Dewan.

"Saya melihat isu ini amat serius kerana ia adalah tuduhan yang sangat jahat sekalipun dia mendakwa, itu bukanlah tuduhannya tetapi orang lain. Dia seharusnya bertanggungjawab dengan kenyataan yang dikeluarkannya sendiri.

"Bagaimana anda boleh memanjangkan kata-kata orang lain ke dalam Dewan untuk membuat tuduhan ke atas saya?

"Anda menuduh saya menerima wang daripada pemaju perumahan. Anda tahu ia adalah tuduhan yang amat serius. Saya mahu mengulanginya di luar Dewan dan dia melakukan. Jadi, saya faham dan tiada masalah lagi.

"Saya akan berjumpa dengannya di mahkamah. Saya akan menyamannya. Peguam-peguam sila ambil tindakan. Saya tidak akan bertolak ansur," kata Zambry dalam sidang media khasnya hari ini.

Sebelum ini, Leow berkata dalam sidang media yang dia tidak akan menarik kembali dakwaan, bahkan menunjukkan kepada media hansard yang mencatatkan kenyataannya.

Bagaimanapun, diharapkan Zambry tidak akan mengulangi 'kesilapannya' memberi maaf kepada beberapa orang pemimpin PKR yang menfitnahnya tidak lama dahulu. Pemberian maaf tidak akan mengubah apa-apa, sebaliknya telah dijadikan peluru untuk terus melakukan fitnah. (RUJUK SINI)

SEBAR GAMBAR KELUARGA KERANI SEKOLAH YANG DIROGOL BUNUH, 10 PENGGUNA FACEBOOK DIPANGGIL BERI KETERANGAN

· 0 comments

10 orang pengguna Facebook telah diambil keterangan mereka dalam usaha mengesan pihak yang mengedarkan teks serta gambar-gambar pembunuhan seorang kerani sekolah agama di Bukit Pasir, tiga hari lepas.

Ketua Polis Muar, ACP Azman Ayob berkata, mereka ini telah berkongsi maklumat dan menyebarkannya.

"Pihak polis amat memandang berat isu ini dan akan memanggil beberapa pemegang akaun WhatsApp dan Facebook untuk diambil keterangan. Ini terpaksa dilakukan selepas pengguna media sosial tidak menghiraukan amaran serta peringatan daripada pihak berkuasa untuk lebih bertanggungjawab dalam isu-isu seperti ini. Pihak kami terpaksa mengambil tindakan tegas. Justeru, kami menyeru, pihak terbabit agar tampil ke hadapan kerana kami akhirnya tetap boleh mengesan mereka," katanya.

Tiga hari lepas, berita tentang pembunuhan seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, menjadi viral. Nurul Shahira telah ditemui dibunuh di luar bilik tidur di rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap.

Mayatnya telah ditemui oleh jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak dimatikan selama lebih 4 jam, iaitu dari pukul 2:00 petang dan pintu sebelah pemandu selain pintu rumah terbuka, sekaligus menimbulkan kecurigaan kepada jiran tetangga.

Pihak polis kemudiannya telah memberkas enam orang lelaki warga Nepal berusia antara 25 sehingga 43 yang bekerja tidak jauh dari lokasi pembunuhan beberapa jam selepas jenazah Nurul Shahira ditemui.

Menurut Azman, suami Nurul Shahira, Muhammad Faris Jaafar, 30, telah diambil keterangannya di IPD Muar petang semalam untuk membantu siasatan.

Muhammad Faris berang apabila gambar keluarganya, tersebar di media sosial ketika siasatan sedang berjalan.

– BERNAMA

CINA DAP MENGAMUK BILA UPACARA BAKAR UNTUK HANTU LAPAR, DIPERSOALKAN

· 1 comments

Isu asalnya adalah apabila ADUN Sungai Acheh dari UMNO bertanya sama ada upacara pembakaran pada perayaan Hantu Lapar tidak mencemarkan alam sekitar.

Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar yang juga merupakan Kepala Samseng PPS, Phee Boon Poh naik angin dengan pertanyaan itu dan segera menjawab. Jawapannya kemudian telah diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional.

Bagaimanapun, Phee Boon Poh tidak berpuas hati kerana upacara keagamaan itu ditanya di Sidang DUN. Dia cuba mencetuskan isu perkauman sambil memberikan persepsi bahawa ADUN-ADUN UMNO cuba menimbulkan kebencian kepada amalan dan perayaan orang Cina.

Menariknya, orang dan kerajaan yang sama jugalah yang menggambarkan bahawa amalan dan ibadah umat Islam sebagai sesuatu yang membazir, mengganggu ketenteraman dan mengacau gugat.

Perhatikan reaksi daripada para penyokong DAP yang begitu marah apabila amalan yang terang-terang mencemar alam sekitar, mencela azan serta Solat Jumaat yang pada mereka hanyalah mengacau serta menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Lebih menarik lagi ialah apabila mana-mana Cina yang tidak bersetuju dengan mereka, akan dilabelkan sebagai 'converted' dan dicela keji!

Jadi, jangan hairan jikalau DAP begitu memusuhi azan serta Solat Jumaat, bahkan amalan tahrim yang seringkali disifatkan sebagai gangguan waktu tidur.

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks