KOMUNITI SULUK SABAH Pun Sudah Benci dan Anti Dengan Nurul Izzah

Friday 20 November 2015

Komuniti Suluk di negeri ini mengecam tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengadakan pertemuan dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap tidak menghormati rakyat Sabah khususnya mereka yang menjadi mangsa insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah, Mohd Zaki Harry Susanto berkata, sebagai rakyat negara ini, Nurul Izzah tidak sepatutnya bertemu dengan keluarga Jamalul Kiram III yang mengarahkan pencerobohan di Kampung Tanduo manakala Jacel secara terang-terangan menyokong tindakan pencerobohan itu.

"Kedaulatan negara diceroboh dalam insiden Kampung Tanduo tetapi Nurul Izzah pula bertemu dengan individu yang menyokong pencerobohan itu.

"Sebagai rakyat Sabah, kami kesal dan mengecam tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel. Insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo merupakan sejarah hitam kepada rakyat dan negara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau berhubung pertemuannya dengan Nurul Izzah.

Mohd Zaki yang juga Pengerusi Gabungan Persatuan Komuniti Belia Zon Selamat Timur Sabah (Esszne), menyifatkan tindakan Nurul Izzah sebagai terdesak untuk mendapat sokongan antarabangsa.

Beliau berkata, Nurul Izzah cuba menggaitkan Kesultanan Sulu dalam kemelut politi berteraskan simpati.

"Sebagai rakyat dan wakil rakyat, tindakan Nurul Izzah itu tidak bertanggungjawab dan tidak mempedulikan mereka yang merasa kesan pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo khususnya keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden itu," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah termasuk mengharamkan kemasukannya ke Sabah. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

KOMUNITI SULUK SABAH Pun Sudah Benci dan Anti Dengan Nurul Izzah

Friday 20 November 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks