Ada pihak yang sangat istiqomah mendedahkan pembohongan, penipuan serta pemerdayaan yang melibatkan pseudo-science oleh golongan yang gilakan gelaran Profesor, Doktor, Sir dan sebagainya di Facebook. Bagaimanapun, sambutan kepada pendedahan tersebut agak mengecewakan dan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri belum mengambil sebarang langkah serta tindakan bersesuaian.
Dakwaan daripada pihak yang mendedahkan sindiket yang berselindung di sebalik jenama air ECPI dan Electronic Medical (EM) yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang menggunakan gelaran Profesor Sir Doctor, gagal dijawab atau golongan terbabit, sebaliknya pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab dibuat terhadap pendedah yang menggunakan nama Matt Deraman di Facebook.
Beberapa sanggahan dari segi sains juga, gagal dijawab sebaliknya lebih banyak pembohongan yang dibuat atas nama sains tanpa dipantau oleh pihak-pihak berkenaan.
Anehnya, golongan tersebut yang sedang terdesak apabila pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, cuba mengaitkan sesiapa sahaja yang mendedahkan pembohongan mereka sebagai penyokong Tamil Eelam, pengganas, Syiah dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, ketua mereka sendiri berada di Israel pada 14 November 2010 tanpa sebarang tujuan yang diketahui.
Pendedahan tentang pembohongan melibatkan ECPI dan syarikat yang mengeluarkannya boleh dibaca
DI SINI.
Mungkin sebahagian daripada anda pernah mengingati sejarah dan modus operandi perubatan alternatif bernama Cakra Alam yang turut melibatkan pseudo-science di mana penerajunya turut menggunakan gelaran Prof.Dr.Sir dan Al-Hafiz yang akhirnya tembelangnya telah dibuka oleh sekumpulan wartawan dari Korea Selatan. Selepas tembelang itu dibuka, pusat perubatan alternatif itu turut berkubur.
Antara kesalahan-kesalahan utama yang telah dilanggarkan oleh kumpulan berkenaan adalah:
Kesalahan 1: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(a)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi.
Kesalahan 2: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(c)
Tiada seorang pun boleh mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi.
Kesalahan 3: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(d)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”.
Anda boleh membaca sepenuhya pendedahan yang dibuat oleh
MATT DERAMAN di wall Facebooknya..