PENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W Ancam Akan Sertai Pembangkang Kalau Permintaan Maafnya Tidak Diterima

Friday 31 October 2014


Seorang ahli politik pembangkang Sabah merayu kelmarin kepada Mahkamah Sesyen, supaya hukuman ringan dikenakan terhadap tuduhan menghasut dan beliau sanggup memohon maaf secara terbuka atas dakwaan beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam Facebooknya.

Hendry Gudid, peguam kepada David Orok daripada Parti Star berkata, anak guamannya berharap untuk dikenakan denda rendah dan tiada hukuman penjara atau perbicaraan, sebagai balasan kepada permohonan maaf.

“Sebab-sebab untuk tawar-menawar itu dibuat kerana komen-komen yang tidak munasabah dan kebodohan anak guamannya,” kata Gudid.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Orok yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman, melalui tiket Parti Star dalam pilihan raya umum ke-13, didakwa membuat komen berbaur hasutan menghina Islam dan Nabi Muhammad di antara tengah hari dan jam 1.50 malam pada 4 Julai tahun ini, di sebuah rumah di Kg Roun di Jalan Labuaya, Topokon di Tuaran.

Beliau mengaku tidak bersalah pada 3 September atas kesalahan itu. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

“Jika tawar-menawar itu tidak diterima, beliau (Orok) akan menyertai ahli-ahli politik pembangkang yang lain mencabar menggunakan perlembagaan membantah Akta Hasutan 1948,” kata Hendry.

Dalam apa yang digambarkan sebagai “serangan hasutan” dan tindakan membanteras tahun ini ke atas lebih daripada 20 ahli politik pembangkang, ahli akademik, aktivis dan wartawan, tiga cabaran perlembagaan diadakan terhadap Akta Hasutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda dan pembuat undang-undang PKR Mat Shuhaimi Shafiei, pensyarah kanan undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Azmi Sharom dan Pemimpin PKR, N. Surendran memfailkan saman untuk mengisytiharkan undang-undang 1948 itu sebagai tidak mengikut perlembagaan dan menyekat kebebasan bersuara serta pernyataan.

1 comment:

  1. Inilah manusia jenis ' DO IT FIRST' think about consequences later. Kemudian nak ugut pula.

    ReplyDelete

PENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W Ancam Akan Sertai Pembangkang Kalau Permintaan Maafnya Tidak Diterima

Friday 31 October 2014 ·


Seorang ahli politik pembangkang Sabah merayu kelmarin kepada Mahkamah Sesyen, supaya hukuman ringan dikenakan terhadap tuduhan menghasut dan beliau sanggup memohon maaf secara terbuka atas dakwaan beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad dalam Facebooknya.

Hendry Gudid, peguam kepada David Orok daripada Parti Star berkata, anak guamannya berharap untuk dikenakan denda rendah dan tiada hukuman penjara atau perbicaraan, sebagai balasan kepada permohonan maaf.

“Sebab-sebab untuk tawar-menawar itu dibuat kerana komen-komen yang tidak munasabah dan kebodohan anak guamannya,” kata Gudid.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad menetapkan 2 Disember ini untuk sebutan semula kes itu.

Orok yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman, melalui tiket Parti Star dalam pilihan raya umum ke-13, didakwa membuat komen berbaur hasutan menghina Islam dan Nabi Muhammad di antara tengah hari dan jam 1.50 malam pada 4 Julai tahun ini, di sebuah rumah di Kg Roun di Jalan Labuaya, Topokon di Tuaran.

Beliau mengaku tidak bersalah pada 3 September atas kesalahan itu. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

“Jika tawar-menawar itu tidak diterima, beliau (Orok) akan menyertai ahli-ahli politik pembangkang yang lain mencabar menggunakan perlembagaan membantah Akta Hasutan 1948,” kata Hendry.

Dalam apa yang digambarkan sebagai “serangan hasutan” dan tindakan membanteras tahun ini ke atas lebih daripada 20 ahli politik pembangkang, ahli akademik, aktivis dan wartawan, tiga cabaran perlembagaan diadakan terhadap Akta Hasutan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda dan pembuat undang-undang PKR Mat Shuhaimi Shafiei, pensyarah kanan undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Azmi Sharom dan Pemimpin PKR, N. Surendran memfailkan saman untuk mengisytiharkan undang-undang 1948 itu sebagai tidak mengikut perlembagaan dan menyekat kebebasan bersuara serta pernyataan.

1 comments:

Anonymous said...
31 October 2014 at 10:38  

Inilah manusia jenis ' DO IT FIRST' think about consequences later. Kemudian nak ugut pula.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks