RASUAH RM100 JUTA DAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM

Thursday 27 November 2014

Menteri Luar, Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang dia telah ditawarkan rasuah berjumlah RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh kem Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah dan membawa 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah untuk menyertai kem Pakatan Rakyat dalam usaha Anwar Ibrahim membentuk sebuah kerajaan baru pada 19 September 2008.

Ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Shafie Abdullah, Anifah menamakan orang dari kem Anwar Ibrahim sebagai Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC.

Menurutnya, Ishak teah membuat tawaran kepadanya sewaktu dia berada di Hotel Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral.

"Saya marah dengan tawaran tersebut dan berasakan maruah saya direndah-rendahkan memandangkan saya adalah Ahli Parlimen tigal penggal. Saya beritahu Ishak, 'Jangan ulang lagi perkataan-perkataan itu.'

"Saya telah menyatakan dalam ucapan saya di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya menolak jawatan Timbalan Menteri kerana saya marah apabila Kerajaan Persekutuan (di bawah Abdullah Badawi) tidak memberikan pengiktirafan kepada Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya juga menyatakan di dalam Parlimen bahawa walaupun kecewa dengan jawatan tersebut dan BN telah kehilangan lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah," katanya.

Anifah ketika ditanya oleh Shafie menegaskan dia tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan tersebut, sama ada ia berlaku selepas pertemuannya dengan semua Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah di Macau atau dalam satu pertemuan lain dengan Ahli-Ahli Parlimen Sabah di Le Meridien, Kota Kinabalu.

"Malahan (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Abdul Rahman Dahlan turut memberitahu Parlimen bahawa dia juga menerima tawaran yang sama," katanya lagi.

Anwar dalam testimoninya di Mahkamah pada 14 Ogos lalu berkata, Anifah telah bersedia untuk berpaling tadah sekiranya Pakatan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah dia tidak akan membocorkan perincian siapa yang akan berpaling tadah kepadanya walaupun telah didesak berulang-ulang kali oleh Shafie.

1 comment:

  1. Kalau kes anwar ni bukan dinamakan rasuah,tapi pemberian wang daripada malaikat kepada manusia....betul x macai??

    ReplyDelete

RASUAH RM100 JUTA DAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM

Thursday 27 November 2014 ·

Menteri Luar, Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang dia telah ditawarkan rasuah berjumlah RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh kem Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah dan membawa 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah untuk menyertai kem Pakatan Rakyat dalam usaha Anwar Ibrahim membentuk sebuah kerajaan baru pada 19 September 2008.

Ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Shafie Abdullah, Anifah menamakan orang dari kem Anwar Ibrahim sebagai Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC.

Menurutnya, Ishak teah membuat tawaran kepadanya sewaktu dia berada di Hotel Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral.

"Saya marah dengan tawaran tersebut dan berasakan maruah saya direndah-rendahkan memandangkan saya adalah Ahli Parlimen tigal penggal. Saya beritahu Ishak, 'Jangan ulang lagi perkataan-perkataan itu.'

"Saya telah menyatakan dalam ucapan saya di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya menolak jawatan Timbalan Menteri kerana saya marah apabila Kerajaan Persekutuan (di bawah Abdullah Badawi) tidak memberikan pengiktirafan kepada Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya juga menyatakan di dalam Parlimen bahawa walaupun kecewa dengan jawatan tersebut dan BN telah kehilangan lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah," katanya.

Anifah ketika ditanya oleh Shafie menegaskan dia tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan tersebut, sama ada ia berlaku selepas pertemuannya dengan semua Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah di Macau atau dalam satu pertemuan lain dengan Ahli-Ahli Parlimen Sabah di Le Meridien, Kota Kinabalu.

"Malahan (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Abdul Rahman Dahlan turut memberitahu Parlimen bahawa dia juga menerima tawaran yang sama," katanya lagi.

Anwar dalam testimoninya di Mahkamah pada 14 Ogos lalu berkata, Anifah telah bersedia untuk berpaling tadah sekiranya Pakatan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah dia tidak akan membocorkan perincian siapa yang akan berpaling tadah kepadanya walaupun telah didesak berulang-ulang kali oleh Shafie.

1 comments:

Anonymous said...
27 November 2014 at 17:47  

Kalau kes anwar ni bukan dinamakan rasuah,tapi pemberian wang daripada malaikat kepada manusia....betul x macai??

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks