Semuanya bermula daripada Lim Guan Eng sendiri!
Selepas 2008, pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di serata Pulau Pinang. DAP menerusi PBT dan Kerajaan Negeri langsung tidak mengamil sebarang langkah untuk menyekat serta menghalang pertumbuhan tersebut, sebaliknya DAP dan Lim Guan Eng menubuhkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang diberikan peruntukan negeri untuk melindungi serta membantu pusat-pusat perjudian, pelacuran dan hiburan haram di serata Pulau Pinang daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa. Manakala PBT-PBT pula telah diarahkan untuk menutup mata, sebaliknya perlu lebih menfokuskan kepada penghancuran gerai-gerai serta perniagaan-perniagaan kecil orang Melayu-Islam dan India yang tiada kena-mengena dengan pelacuran, perjudian dan hiburan di negeri itu.
Dalam kenyataan rasminya, Lim Guan Eng menyatakan, Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow wajib meltakkan jawatan sekiranya UMNO Pulau Pinang gagal membuktikan dakwaan wujudnya pusat-pusat hiburan, pelacuran dan perjudian haram di Pulau Pinang.
Menariknya, Lim Guan Eng hanya mahukan orang lain meletak jawatan sedangkan dia sendiri tidak perlu berbuat yang sama.
Sepatutnya jikalau Pengerusi Barisan Nasional Negeri perlu meletakkan jawatan kalau UMNO Pulau Pinang gagal memberikan pembuktian, dia selaku Ketua Menteri dan DAP perlu bersara sekiranya UMNO Pulau Pinang berjaya membuktikannya.
Sifir mudah, dia minta orang lain letak jawatan kalau gagal bagi bukti, dan dia perlu letak jawatan sekiranya pihak yang dicabar berjaya bagi bukti.
Ramai di kalangan orang Cina sendiri yang mendesak agar Lim Guan Eng menjadi jantan sejati dan bukannya sebagai BOH-HOOD (tidak bertelur). Ini kerana Lim Guan Eng kerap mencabar dan meminta orang lain meletakkan jawatan. Malangnya Lim Guan Eng apabila terkantoi dan dia dibuktikan salah, sentiasa mencari alasan untuk menyalahkan pihak lain.
Kpd dap & cina malaysia..gantilah lge dgn manusia lain yg lebih bertamadun, berkualiti & dihormati semua lapisan masyarakat.
ReplyDeleteDah terang 2 parti DAP parti anak beranak.
kepada orang Cina umumnya, lge dianggap jaguh. Jaguh membangkang belum tentu hebat membina.
Kalau nak samseng masuk ngo.
bukan senang nak ganti khalifah
ReplyDelete