Demi Kasih Sayang Kepada Chin Peng Dan Parti Komunis Malaya, Guan Eng Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng

Tuesday 2 December 2014


Ini merupakan salah satu daripada berita viral di Internet.

Selepas DAP menentang penukaran nama 8 batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur dan dinamakan sempena nama bekas DYMM Yang Di-Pertuan Agong, kini mereka mempamerkan apa sebenarnya yang mereka idam-idamkan dan siapa sebenarnya yang menjadi tunjangan parti tersebut.

DAP merupakan antara yang paling kuat dan tegar menyokong Parti Komunis Malaya dan Chin Peng. DAP jugalah yang mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng semasa hidupnya, masuk dan tinggal di Malaysia selain dilayan sebagai rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat Malaya, Persekutuan Tanah Melayu atau pun Malaysia sepanjang hidupnya.

Malah, fakta sejarah kononnya Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak juga agak kabur memandangkan kedua-dua ibu bapanya merupakan imigran dari negara China yang melarikan diri akibat serangan Jepun ke atas China dan tarikh lahir yang ditandakan adalah 21 Oktober 1924, sedangkan Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu kalau dikira berdasarkan tarikh kelahirannya, dia hanya berusia 6 tahun. Chin Peng aktif dalam PKM bermula dari tahun 1933 dan menjadi Setiausaha Agung PKM selepas rampasan kuasa daripada Lai Teck yang dibunuh oleh penyokong-penyokong Chin Peng pada tahun 1945.

Terbaru, DAP mendesak Kerajaan agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan pengiktirafan Chin Peng sebagai Pejuang Kemerdekaan Malaysia.

Parti Komunis Malaya telah menyerah kalah dan meletakkan senjata selain berikrar tidak akan menentang Kerajaan Malaysia lagi sebelum menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada tahun 1989.


Walaupun berita ini belum rasmi, tetapi tindakan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk menukar nama sebatang jalan paling popular di Pulau Pinang kepada nama Chin Peng, merupakan sesuatu yang amat mencabar kedaulatan negara ini. Walaupun DAP dan sekutu-sekutunya selain beberapa orang pemimpin Melayu yang telah diberi makan oleh DAP berusaha menjadikan dan menggambarkan PKM sebagai pejuang negara, hakikatnya sejarah kekejaman PKM dan cubaan PKM untuk menjadikan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebagai sebahagian koloni dan empayar Komunis, tidak dapat mereka hapuskan.

8 comments:

  1. Melayu bleh buat apa??...

    Sosana skrg x sama mcm taun 60an dulu...

    Skrg islam dimain2kan... melayu dirogol ditepi jln...

    Raja2 dihina....

    Akibat permainan politik mlayu sendri....

    Huhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. melayu yg muda-muda pun dah tak peduli untung nasib bangsa sendiri. islam dimainkan dan melayu diperlekehkan dibuat tak tau je. tak trendy katanya perjuangkan agama ngan bangsa dan kolot, kuno serta ketinggalan zaman.

      jentayu

      Delete
  2. Tahap sabar ade batas dsni la akts hasutan penting.......tkan melayu je. Ramai dbunuh dzslimi dn kts nk sanjung org mcm ini.

    ReplyDelete
  3. kalau macam ni la.....kerajaan buat senyap jer.komunis dah jadi kurang ajar.....tak mustahil kalau IS masuk.....aku akan sokong.

    ReplyDelete
  4. Chin Peng = The Butcher of Malaya.. killed many Malay peoples.. not the British or Japanese.. then declared as pejuang kemerdekaan.. what da shitts DAP were playing aaar??

    ReplyDelete
  5. pas tentu sokong punya.

    ReplyDelete
  6. pada pas apa yang ditentang oleh umno, dia akan sokong. pelik. tapi pun, tak hairan kerana kebanyakan pemimpin pas tak belajar sejarah Tanah melayu.

    ReplyDelete
  7. khalifah kepada pas tu mana boleh bantah

    ReplyDelete

Demi Kasih Sayang Kepada Chin Peng Dan Parti Komunis Malaya, Guan Eng Tukar Nama Jalan Kepada Nama Chin Peng

Tuesday 2 December 2014 ·


Ini merupakan salah satu daripada berita viral di Internet.

Selepas DAP menentang penukaran nama 8 batang jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur dan dinamakan sempena nama bekas DYMM Yang Di-Pertuan Agong, kini mereka mempamerkan apa sebenarnya yang mereka idam-idamkan dan siapa sebenarnya yang menjadi tunjangan parti tersebut.

DAP merupakan antara yang paling kuat dan tegar menyokong Parti Komunis Malaya dan Chin Peng. DAP jugalah yang mendesak kerajaan agar membenarkan Chin Peng semasa hidupnya, masuk dan tinggal di Malaysia selain dilayan sebagai rakyat negara ini walaupun hakikatnya, Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat Malaya, Persekutuan Tanah Melayu atau pun Malaysia sepanjang hidupnya.

Malah, fakta sejarah kononnya Chin Peng dilahirkan di Sitiawan, Perak juga agak kabur memandangkan kedua-dua ibu bapanya merupakan imigran dari negara China yang melarikan diri akibat serangan Jepun ke atas China dan tarikh lahir yang ditandakan adalah 21 Oktober 1924, sedangkan Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 iaitu kalau dikira berdasarkan tarikh kelahirannya, dia hanya berusia 6 tahun. Chin Peng aktif dalam PKM bermula dari tahun 1933 dan menjadi Setiausaha Agung PKM selepas rampasan kuasa daripada Lai Teck yang dibunuh oleh penyokong-penyokong Chin Peng pada tahun 1945.

Terbaru, DAP mendesak Kerajaan agar membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia dan pengiktirafan Chin Peng sebagai Pejuang Kemerdekaan Malaysia.

Parti Komunis Malaya telah menyerah kalah dan meletakkan senjata selain berikrar tidak akan menentang Kerajaan Malaysia lagi sebelum menandatangani perjanjian damai di Hatyai pada tahun 1989.


Walaupun berita ini belum rasmi, tetapi tindakan DAP yang dikuasai oleh Lim Guan Eng untuk menukar nama sebatang jalan paling popular di Pulau Pinang kepada nama Chin Peng, merupakan sesuatu yang amat mencabar kedaulatan negara ini. Walaupun DAP dan sekutu-sekutunya selain beberapa orang pemimpin Melayu yang telah diberi makan oleh DAP berusaha menjadikan dan menggambarkan PKM sebagai pejuang negara, hakikatnya sejarah kekejaman PKM dan cubaan PKM untuk menjadikan Malaya, Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia sebagai sebahagian koloni dan empayar Komunis, tidak dapat mereka hapuskan.

8 comments:

Anonymous said...
2 December 2014 at 16:20  

Melayu bleh buat apa??...

Sosana skrg x sama mcm taun 60an dulu...

Skrg islam dimain2kan... melayu dirogol ditepi jln...

Raja2 dihina....

Akibat permainan politik mlayu sendri....

Huhh....

Anonymous said...
2 December 2014 at 16:44  

betul tu. melayu yg muda-muda pun dah tak peduli untung nasib bangsa sendiri. islam dimainkan dan melayu diperlekehkan dibuat tak tau je. tak trendy katanya perjuangkan agama ngan bangsa dan kolot, kuno serta ketinggalan zaman.

jentayu

Anonymous said...
2 December 2014 at 16:53  

Tahap sabar ade batas dsni la akts hasutan penting.......tkan melayu je. Ramai dbunuh dzslimi dn kts nk sanjung org mcm ini.

Anonymous said...
2 December 2014 at 17:29  

kalau macam ni la.....kerajaan buat senyap jer.komunis dah jadi kurang ajar.....tak mustahil kalau IS masuk.....aku akan sokong.

ChinPengShitty said...
2 December 2014 at 17:53  

Chin Peng = The Butcher of Malaya.. killed many Malay peoples.. not the British or Japanese.. then declared as pejuang kemerdekaan.. what da shitts DAP were playing aaar??

Anonymous said...
2 December 2014 at 19:11  

pas tentu sokong punya.

Anonymous said...
2 December 2014 at 19:14  

pada pas apa yang ditentang oleh umno, dia akan sokong. pelik. tapi pun, tak hairan kerana kebanyakan pemimpin pas tak belajar sejarah Tanah melayu.

Unknown said...
2 December 2014 at 20:01  

khalifah kepada pas tu mana boleh bantah

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks