NAJIB MEMBISU SEBAB HORMATKAN MAHATHIR

Thursday 9 April 2015


Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.

- Sinar Harian

9 comments:

  1. Ye ke ? atau Najib sememangnya tiada jawapan untuk diberi kepada banyak persoalan...

    ReplyDelete
  2. Aku pun tunggu jawapan yang penuh (lengkap dengan board/investment paper justification, administration paper trail, sapa terlibat, sapa approve, berapa jumlah, dll), betul, telus, dan tepat pada persoalan2 yang dibangkitkan. kalau jawapan rhetoric dan awangan2 elok tak payah.

    Sebab membisu, nanti bila kalah PRU14 janganlah nak membebel. Kena maintain bisu jugak. Masa tu apa explanation dah takde makna sebab dah terlambat.

    Aku (bukan ahli UMNO) yang undi UMNO sejak 1992 menunggu jawapan.... rhetoric politik tak main.

    ReplyDelete
  3. Byk scandals comments Tun..its true..Our PM is actually controversial one since b4 he in reign..not to criticize but one or two big things he introduced are really inappropriate..such as BR1M n this GST..I know his attentions is to help people n in order to develope our country but negara kita masih dlm kategori membangun..jadi,instead of wasting gov money for BR1M,better giv the money to our infrastructure developements..and GST..I am a BN member too..but we still in kategori negara membangun,jadi rakyat masih bpendapatan rendah,sptt nya rate utk GST ni drendahkan sikit pada 1% for the starting..ni utk mendedahkan kpd rakyat agar mbangunankan ekonomi sendiri,xleka dgn perubahan n mgubah hidup..6% for rakyat bpendapatan rendah adalah membebankan kerana GST akan menguntungkan peniaga sbb harga barang dorg naikan jugak..so,kalo lah PM dpt baca komen saya ni,saya harap dia turunkan rate GST..saya asal dari kawasan pedalaman di sarawak,jadi saya rasa sendiri beban GST ni..sekian

    ReplyDelete
  4. Blogger pro Najib mula dah spin cerita, kononnya hormat, kalau ibu bapa bertanya kepada anak dan anak buat bodoh tak layan pertanyaan itu dikatakan hormat ke?

    Sebenarnya ada perkara yang Najib cuba selindungkan untuk mengelakkan masalah besar kepadanya sekiranya masalah itu terbongkar.

    ReplyDelete
  5. Tun tkyah bayak komplain,sy sayang tun.sepatutnya tun tk letak jawatan dulu n tingal kn bebanan utk menentang nuor kepada pak lah n najib.betapa berat tekanan di bahu najib.utk menyambung legasi tun mempertahan kn bn.sbb tun rasa tk sangup berdepan nuar seperti najib yg sentiasa di fitnah oleh gerembolan nuar al juburi.klu tun tk kluar kn isue2 lain.najib boleh handle psal gst.ini dh kena menjawab isue lain plak.dulu menangis konon(pinjam kata2 cerita p.romli)takut ler tu.
    aku bukan marah tun,sajer gurau dgn mangkuk ayun yg berlambak masuk blog ni.by by.
    aku tk baca komen.buang masa jerr korang balas balik.
    chowwe chiii bye bye.

    ReplyDelete
  6. Apa susahnya ......jawab aje lah. Soal nya bukan TUN sorang aje nak tahu. Rakyat juga nak tahu. Rakyat tak ada peluang nak tanya. Orang Besar aje yang ada line nak tanya. Tangkislah jika ia tomahan.... Kita mau apa saja supaya Bertaraf Dunia.Maka Pemimpin pun kita berharap mempunyai minda bertaraf dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malahan soalan Tun pun dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Somalia atau bahasa orang Eskimo. Tulisan dalam blog tun mengenai persoalan itu pun menggunakan tulisan rumi yang orang boleh baca, bukannya tulisan hiroglif mesir purba atau tulisan cuniform zaman sumeria dahulu kala.

      Ada perkara yang nak diselindungkan, ada ketakutan untuk mendedahan hal itu, itu sebabnya hingga kini Najib tidak menjawab semua itu.

      Delete
  7. Tunggu kebenaran utk menjawap dari DATIN SRI ROS ..

    ReplyDelete
  8. Ramainya jadi hantu raya.........

    ReplyDelete

NAJIB MEMBISU SEBAB HORMATKAN MAHATHIR

Thursday 9 April 2015 ·


Penganalisis politik berpandangan sikap membisu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terhadap teguran Tun Dr Mahathir Mohamad adalah kerana beranggapan Najib tidak mahu mengeruhkan keadaan selain menghormati Mahathir.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, adalah lebih baik untuk Najib berdiam kerana sekiranya Najib 'membuka mulut' keadaan yang lagi parah akan berlaku.

"Saya rasa kritik lebih berunsur masalah personal antara Tun Dr Mahathir dan Najib.

"Najib tidak jawab kerana menghormati Tun yang pernah berjasa kepada dirinya.

"Sekiranya Najib jawab, ianya akan memburukkan lagi keadaan dalam hubungan beliau dengan Tun Dr Mahathir.

"Namun sekiranya isunya adalah isu kepentingan awam, Najib perlu juga jawab. Sekiranya tidak, isu tersebut boleh jadi spekulasi yg menjejaskan kredibiliti Najib dan parti kelak," katanya kepada Sinar Online.

Sementara ketika ditanya mengenai adakah ada keperluan untuk Najib menggunakan medan sosial untuk menjawab kepada soalan yang berbangkit sekiranya Najib tidak mahu 'buka mulut', Azizudin berkata itu bukan 'cara' Najib.

"Najib tidak lawan guna blog, FB dan Twitter, saya rasa ianya bukan 'style' Najib menggunakan media sosial mengkritik atau menghentam pihak lain.

"Media sosial hanya digunakan Najib buat hebahan aktiviti yang dilakukan beliau," ujarnya.

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir 'menyerang' semula dengan lebih keras.

- Sinar Harian

9 comments:

Labu8455 said...
9 April 2015 at 11:22  

Ye ke ? atau Najib sememangnya tiada jawapan untuk diberi kepada banyak persoalan...

Anonymous said...
9 April 2015 at 11:52  

Aku pun tunggu jawapan yang penuh (lengkap dengan board/investment paper justification, administration paper trail, sapa terlibat, sapa approve, berapa jumlah, dll), betul, telus, dan tepat pada persoalan2 yang dibangkitkan. kalau jawapan rhetoric dan awangan2 elok tak payah.

Sebab membisu, nanti bila kalah PRU14 janganlah nak membebel. Kena maintain bisu jugak. Masa tu apa explanation dah takde makna sebab dah terlambat.

Aku (bukan ahli UMNO) yang undi UMNO sejak 1992 menunggu jawapan.... rhetoric politik tak main.

Anonymous said...
9 April 2015 at 12:04  

Byk scandals comments Tun..its true..Our PM is actually controversial one since b4 he in reign..not to criticize but one or two big things he introduced are really inappropriate..such as BR1M n this GST..I know his attentions is to help people n in order to develope our country but negara kita masih dlm kategori membangun..jadi,instead of wasting gov money for BR1M,better giv the money to our infrastructure developements..and GST..I am a BN member too..but we still in kategori negara membangun,jadi rakyat masih bpendapatan rendah,sptt nya rate utk GST ni drendahkan sikit pada 1% for the starting..ni utk mendedahkan kpd rakyat agar mbangunankan ekonomi sendiri,xleka dgn perubahan n mgubah hidup..6% for rakyat bpendapatan rendah adalah membebankan kerana GST akan menguntungkan peniaga sbb harga barang dorg naikan jugak..so,kalo lah PM dpt baca komen saya ni,saya harap dia turunkan rate GST..saya asal dari kawasan pedalaman di sarawak,jadi saya rasa sendiri beban GST ni..sekian

Anonymous said...
9 April 2015 at 12:39  

Blogger pro Najib mula dah spin cerita, kononnya hormat, kalau ibu bapa bertanya kepada anak dan anak buat bodoh tak layan pertanyaan itu dikatakan hormat ke?

Sebenarnya ada perkara yang Najib cuba selindungkan untuk mengelakkan masalah besar kepadanya sekiranya masalah itu terbongkar.

Anonymous said...
9 April 2015 at 13:01  

Tun tkyah bayak komplain,sy sayang tun.sepatutnya tun tk letak jawatan dulu n tingal kn bebanan utk menentang nuor kepada pak lah n najib.betapa berat tekanan di bahu najib.utk menyambung legasi tun mempertahan kn bn.sbb tun rasa tk sangup berdepan nuar seperti najib yg sentiasa di fitnah oleh gerembolan nuar al juburi.klu tun tk kluar kn isue2 lain.najib boleh handle psal gst.ini dh kena menjawab isue lain plak.dulu menangis konon(pinjam kata2 cerita p.romli)takut ler tu.
aku bukan marah tun,sajer gurau dgn mangkuk ayun yg berlambak masuk blog ni.by by.
aku tk baca komen.buang masa jerr korang balas balik.
chowwe chiii bye bye.

Anonymous said...
9 April 2015 at 13:05  

Apa susahnya ......jawab aje lah. Soal nya bukan TUN sorang aje nak tahu. Rakyat juga nak tahu. Rakyat tak ada peluang nak tanya. Orang Besar aje yang ada line nak tanya. Tangkislah jika ia tomahan.... Kita mau apa saja supaya Bertaraf Dunia.Maka Pemimpin pun kita berharap mempunyai minda bertaraf dunia.

Anonymous said...
9 April 2015 at 13:27  

Malahan soalan Tun pun dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bukannya bahasa Somalia atau bahasa orang Eskimo. Tulisan dalam blog tun mengenai persoalan itu pun menggunakan tulisan rumi yang orang boleh baca, bukannya tulisan hiroglif mesir purba atau tulisan cuniform zaman sumeria dahulu kala.

Ada perkara yang nak diselindungkan, ada ketakutan untuk mendedahan hal itu, itu sebabnya hingga kini Najib tidak menjawab semua itu.

Anonymous said...
9 April 2015 at 16:52  

Tunggu kebenaran utk menjawap dari DATIN SRI ROS ..

Anonymous said...
9 April 2015 at 20:35  

Ramainya jadi hantu raya.........

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks