ADAKAH KERANA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZKAN SERAN BUKANNYA TAN SRI ATAU DATUK, MAKA TIADA PENGHORMATAN SELAYAKNYA?

Monday 6 April 2015


Anggota Unit Tindak Khas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 Mac 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya.Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya.Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.

Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindakhas tempat beliau bernaung.Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan,Beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.

Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..

Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggunggjawabnya.

Sungguh mengecewakan!!!

Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini. Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.

Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah di dalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.

Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??

Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...

Wira Tak Didendang...




Sementara itu:

Jenazah Pengawal peribadi Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, Koperal Razakan Seran,31, selamat tiba di Balai Bunga Raya, Terminal Dua KKIA, Kota Kinabalu tepat jam 1950 , 5 April 2015 menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut mengiringi jenazah Allahyarham, adalah balu beliau, Siti Norfendi, 26, beserta kedua anaknya yang masing-masing berusia 6 tahun (perempuan) dan 18 bulan (lelaki). Serta 10 Peg & anggota UTK BA
Allahyarham Razakan kemudiannya diterbangkan menggunakan helikopter Eurocopter model E725 ke kampung halamannya di Tuaran bagi urusan pengebumian di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Damit, Tenghilan malam ini.

Jenazah Allahyarham Kpl Razkan bin Seran akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Kg. Sungai Damit Tuaran. Turut hadir masa pengkebumian adalah:

(1) Datuk Haji Hajiji Hj. Noor yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
(2) Datuk Jahid Jahim yang merupakan PPM Tamparuli

Hadir lebih kurang 250 orang termasuklah saudara mara dan penduduk kampung. Semua aturcara pengkebumian diatur dan dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Persoalan yang ditimbulkan ialah... ADAKAH KERANA KPL RAZAKAN bukannya berstatus VVIP dan tidak berpangkat Tan Sri, Datuk Seri atau Datuk, maka Allahyarham sekadar diberikan penghormatan yang serba ringkas?

Mana menterinya? Mana pegawai-pegawai besarnya terutama dari Sabah.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah hanya menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang sahaja dan urusan seterusnya diserahkan sepenuhnya kepada OCPD Tuaran.

2 comments:

  1. Tak jadi hal kepada jasad yang sudah terkorban.. asalkan disempurnakan pengkebumiannya.. penghormatan kepada jenazah tidak mendatangkan apa apa kepada arwah atau sanak saudara yg ditinggalkan...

    Yang penting ialah kebajikan anak isteri yang ditinggalkan.. ini yang wajar diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Harap PDRM, Kerajaan Negeri akan memberikan pembelaan yang setimpal dan berterusan untuk anak isteri meneruskan kehidupan ..

    Kepada arwah .. sekalung Al Fatihah sudah melebihi dunia dan isinya !!!

    Al Fatihah rakan seperjuangan : wira yang tidak perlu didendangkan !!!

    ReplyDelete
  2. tak apa la.yg pnting kami warga PDRM prhatin apa yg tjdi ke ats Kpl Razakan.wlupn ada khabar yg mnyatakan arwah tdk lg bkhdmat dlm PDRM,tp arwah pnh jga bdiri d tgah pns,kawad dn agkat sumpah dlm PDRM.tp tkilan jga bila arwah tk dpt liputn spt yg lain,malah tkde pun dgr ucapn Takziah dr KPN.smoga roh arwah dtmptkn d kalangan hamba Allah swt yg Soleh.dn smoga Allah mnaungi dn memelihara keluarga arwah.Amin Ya Robbal A'lamin

    ReplyDelete

ADAKAH KERANA ALLAHYARHAM KOPERAL RAZKAN SERAN BUKANNYA TAN SRI ATAU DATUK, MAKA TIADA PENGHORMATAN SELAYAKNYA?

Monday 6 April 2015 ·


Anggota Unit Tindak Khas yang terkorban dalam nahas Helikopter pada petang 4 Mac 2015 semasa dalam tugas mengiring principal yang didalam tanggunggjawabnya.Beliau terkorban dalam tugas bersama2 dengan prinsipalnya.Kejadian itu bukanlah kesalahan atau kegagalan tugas tetapi keadaan diluar jangkaan yg sukar untuk dielakkan.

Allahyarham juga sebelum ini pernah berjuang bersama pejuang2 lain dalam Ops Daulat di Lahad Datu tetapi tiada yang tau kerana etika dan prinsip kerahsiaan yang tinggi Unit Tindakhas tempat beliau bernaung.Lambang keris bersayap yang tersemat dilengan,Beret Merun yang disarung menjadi lambang kemegahan dan menjadi saksi sumpah berdarah akan berbakti dan sedia berkorban untuk Negara serta memegang kerahsiaan yang tinggi.

Beliau tidak terkorban dalam pertempuran di Lahad Datu tetapi beliau terkorban dalam nahas Helikopter semasa DALAM TUGAS RASMI. Apakah bezanya gugur dalam tugas dilahad Datu dengan gugur dalam nahas Helikopter semasa bertugas tugas sehingga menyebabkan beliau seakan dilupakan begitu awal sekali..

Dalam pengurusan jenazah Allahyarham di Hospital,Solat Jenazah di Masjid Bukit Aman dan DiLapangan Terbang Subang dapat dilihat kurangnya perihatin dari pegawai peringkat tertinggi KDNKA dimana Unit Tindakhas dibawah cabang tanggunggjawabnya.

Sungguh mengecewakan!!!

Tiada penghormatan selayaknya diterima, diberi kepada pejuang yang gugur ini. Hanya kelibat pegawai2 dari bahagian Kebajikan PDRM dan pegawai serta rakan seperjuangan dari UTK sahaja yang sibuk menguruskannya.

Beberapa kepincangan dan kelemahan terselah di dalam proses penghantaran pulang jenazah ke Sabah Namun dapat diatasi dengan tolak ansur dan budi bicara pihak lain.Terima Kasih diucapkan kepada pihak TUDM yang membantu melancarkan urusan.

Apakah kematian jika ditembak sahaja yang layak mendapat penghormatan sebagai wira ??

Sebagai anggota pasukan Khas
kami bersedia untuk bertugas,
Kami bersedia untuk cedera,
Kami bersedia untuk terkorban
Tapi kami tidak menjangka akan dilupakan begitu cepat,
pada hari kematian kami...

Wira Tak Didendang...




Sementara itu:

Jenazah Pengawal peribadi Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, Koperal Razakan Seran,31, selamat tiba di Balai Bunga Raya, Terminal Dua KKIA, Kota Kinabalu tepat jam 1950 , 5 April 2015 menggunakan pesawat Hercules C130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut mengiringi jenazah Allahyarham, adalah balu beliau, Siti Norfendi, 26, beserta kedua anaknya yang masing-masing berusia 6 tahun (perempuan) dan 18 bulan (lelaki). Serta 10 Peg & anggota UTK BA
Allahyarham Razakan kemudiannya diterbangkan menggunakan helikopter Eurocopter model E725 ke kampung halamannya di Tuaran bagi urusan pengebumian di tanah perkuburan Islam Kampung Sungai Damit, Tenghilan malam ini.

Jenazah Allahyarham Kpl Razkan bin Seran akhirnya disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Islam, Kg. Sungai Damit Tuaran. Turut hadir masa pengkebumian adalah:

(1) Datuk Haji Hajiji Hj. Noor yang merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.
(2) Datuk Jahid Jahim yang merupakan PPM Tamparuli

Hadir lebih kurang 250 orang termasuklah saudara mara dan penduduk kampung. Semua aturcara pengkebumian diatur dan dilaksanakan oleh Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Persoalan yang ditimbulkan ialah... ADAKAH KERANA KPL RAZAKAN bukannya berstatus VVIP dan tidak berpangkat Tan Sri, Datuk Seri atau Datuk, maka Allahyarham sekadar diberikan penghormatan yang serba ringkas?

Mana menterinya? Mana pegawai-pegawai besarnya terutama dari Sabah.

Difahamkan, Pesuruhjaya Polis Sabah hanya menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang sahaja dan urusan seterusnya diserahkan sepenuhnya kepada OCPD Tuaran.

2 comments:

Anonymous said...
6 April 2015 at 15:22  

Tak jadi hal kepada jasad yang sudah terkorban.. asalkan disempurnakan pengkebumiannya.. penghormatan kepada jenazah tidak mendatangkan apa apa kepada arwah atau sanak saudara yg ditinggalkan...

Yang penting ialah kebajikan anak isteri yang ditinggalkan.. ini yang wajar diberi perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya. Harap PDRM, Kerajaan Negeri akan memberikan pembelaan yang setimpal dan berterusan untuk anak isteri meneruskan kehidupan ..

Kepada arwah .. sekalung Al Fatihah sudah melebihi dunia dan isinya !!!

Al Fatihah rakan seperjuangan : wira yang tidak perlu didendangkan !!!

Unknown said...
8 April 2015 at 11:02  

tak apa la.yg pnting kami warga PDRM prhatin apa yg tjdi ke ats Kpl Razakan.wlupn ada khabar yg mnyatakan arwah tdk lg bkhdmat dlm PDRM,tp arwah pnh jga bdiri d tgah pns,kawad dn agkat sumpah dlm PDRM.tp tkilan jga bila arwah tk dpt liputn spt yg lain,malah tkde pun dgr ucapn Takziah dr KPN.smoga roh arwah dtmptkn d kalangan hamba Allah swt yg Soleh.dn smoga Allah mnaungi dn memelihara keluarga arwah.Amin Ya Robbal A'lamin

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks