Sebahagian besar produk dan keperluan asas dikecualikan dari GST. Itu janji kerajaan.
Bagaimanapun, kenyataan daripada Menteri KPDNKK beberapa hari lepas bahawa KPDNKK tidak berkeupayaan untuk memantau kenaikan harga barangan kerana kekurangan kakitangan - alasan klise yang sudah dianggap lapok, usang dan patut dimuziumkan - memberikan gambaran bahawa kekacauan ekonomi akan berlaku dalam tempoh beberapa bulan termasuklah kawalan harga yang akan mengalami kegagalan dan kepayahan.
Kelmarin, pegawai khas Menteri KPDNKK dengan pantas membuat laporan polis apabila akaun Facebook Menteri dipalsukan dan satu kenyataan menyatakan menteri tersebut akan meletakkan jawatan sekiranya gagal mengawal harga dan berlaku kenaikan harga bahanapi. Berbeza pendekatan apabila banyak kekecohan dan kekeliruan yang timbul akibat perlaksanaan GST membabitkan harga barangan dan perkhidmatan sehingga timbul fitnah dan tohmahan besar-besaran, Menteri terbabit seperti pekak dan tuli. Malah sekadar membuat kenyataan-kenyataan selamat yang adakalanya berbunyi bodoh dan tidak masuk akal di kaca televisyen.
Hari ini, menteri terbabit dijangka akan berada di Kota Kinabalu untuk membuat pemantauan rasmi di beberapa buah pasaraya besar yang kurang melibatkan masyarakat marhein, seolah-olah di Semenanjung yang jauh lebih kecoh berbanding di Sabah, menteri berkenaan tidak diperlukan.
Kebelakangan ini, ramai pemimpin UMNO yang bergegas ke Sabah apabila timbul isu rakyat. Barangkali untuk menunjukkan muka dan memujuk Ketua-Ketua Bahagian UMNO memilih mereka pada Pemilihan UMNO akan datang.
Justeru, TELCO tidak boleh mengenakan bayaran berlebihan kepada pelanggan sepertimana yang sedang berlaku. Harganya kekal contohnya, RM10 kekal sebagai RM10 bukannya RM10.60 sepertimana yang dicaj kepada pengguna.
Bagaimanapun daripada bukti yang ditunjukkan kesemua TELCO tidak mematuhi arahan KASTAM sebaliknya mengekalkan kedegilan mereka dengan menaikkan harga sebanyak 6%.
Selain para penentang GST berdoa memang berlaku peningkatan harga secara besar-besaran, ramai juga yang mengharapkan pihak berkuasa benar-benar menjalankan tugas mereka, bukannya makan gaji buta sambil memberikan alasan-alasan bodoh termasuklah seperti alasan yang diberikan oleh Menteri KPDNKK yang kakitangan kementeriannya tidak mencukupi untuk membuat pemantauan!
Jangan pergi shopping ke kedai yang di syaki akan menipu. Ada banyak contoh kedai atau supermarket yang suka menipu secara halus. Sila check setaip resit barang yg ibeli. Saya pernah bbrp kali terkena di supermarket 'gergasi'. Hati-hati dan check resit.
ReplyDelete