Menteri Pelajaran II, Idris Jusoh memberitahu media hari ini, polis dan SKMM turut mengenalpasti beberapa 'hotspot' kebocoran tersebut berlaku.
"Saya telah diberitahu bahawa pasukan penyiasat telah mengenalpasti beberapa individu yang dipercayai bertanggungjawab membocorkan kertas-kertas peperiksaan," katanya. "Individu-individu yang tidak bertanggungjawab telah mengkhianati rahsia negara bagi kepentingan diri sendiri. Hukuman yang keras akan dikenakan kepada mereka."
Idris Jusoh turut memberitahu para wartawan, penjadualan semula peperiksaan UPSR memberi kesan kepada hampir sejuta orang ibu bapa. Keputusan untuk penangguhan bagi kertas Sains dan English pada 30 September dibuat berdasarkan isu logistik, teknikal dan keselamatan.
Sikap tidak bertanggungjawab para pengkhianat tersebut telah menimbulkan kemarahan Idris, memandangkan golongan yang paling terkesan adalah kanak-kanak dan ibu bapa.
"Para pengkhianat ini langsung tidak mempunyai perasaan atau integriti sehingga menyebabkan keseluruhan peperiksaan ini telah ditunda dan diduduki semula, sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku."
Menurut Idris, Kementerian telah mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan kertas-kertas UPSR pada 30 September nanti selamat. Menteri berkenaan bagaimanapun, enggan menerangkan bagaimana kertas English dan Sains boleh bocor, namun tidak menolak kemungkinan sabotaj punca utamaya.
"Kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan peperiksaan pada 30 September nanti tiak bocor. Kami juga telah mengambil langkah-langkah mengatasi sebarang kelemahan."
Idris sedar, di media sosial, ibu bapa yang marah kerana anak-anak mereka terpaksa menduduki semula menghalakan kemarahan mereka kepada Kementerian Pelajaran. Malah sudah ada desakan agar Kementerian Pelajaran segera mengenalpasti pengkhianat-pengkhianat tersebut dan menghadapkan mereka ke muka pengadilan.
"Selain daripada mempersiapkan peperiksaan semula pada 30 September, objektif utama kami ialah bekerjasama dengan pihak berkuasa dan memastikan para pengkhianat tersebut, diberkas."
Pengkhianat ni mesti berotakkan anwar aljuburi.....kompem!!!!!
ReplyDeletemolek benar pendapat tuan hamba tu...
ReplyDeleteMereka akan melakukan apa saja asalkan matlamat untuk menghancurkan negara tercapai. Pakatan haram ni jika berkuasa pun bukan dapat membawa kebaikan. Otak mereka hanya fukus untuk demostrasi jalanan dan hasutan yang tak berkesudahan.
ReplyDeleteMalas berusaha membangunkan negara hanya mereka tahu melakukan huru hara.
Orang bodoh pandai bercakap. Sampai masanya Allah swt tarik balik suara yang dipinjamkan barulah tahu siapa yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa.
Agreed to all the above comments
ReplyDelete