ADUN RASIS Ng Wei Aik Ditangkap Polis Kerana PPS

Thursday 4 September 2014

ADUN Tanjung yang cukup terkenal dengan perangai RASISnya, Ng Wei Aik telah ditahan oleh polis sekaligus menambahkan lagi bahang keresahan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Nurul Izzah dan beberapa orang pemimpin DAP sudah mula bercakap yang Akta Hasutan telah digunakan untuk menangkap para pemimpin dan ahli-ahli DAP.

Ng Wei Aik telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Patani. Pembantu peribadinya, Wong Yue Harng mengesahkan yang Ng telah ditahan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 berkaitan dengan Pasukan Peronda Sukarela yang telah disahkan sebagai pertubuhan haram. 

Sebelum memasuki IPD, Ng berkata, dia tidak pasti sama ada dia akan disoal dan diminta keterangan berhubung Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Dia memaklumkan yang dia telah menerima panggilan dari polis pada jam 10:51 pagi tadi, yang meminta dia bertemu dengan ASP Karuna bagi membolehkan keterangannya dirakamkan pada jam 12:30 tengah hari.

Sementara itu, Pengerusi PPS dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta wartawan Malaysiakini Susan Loone telah diminta untuk hadir di IPD bagi memberi keterangan berhubung penyiaran sebuah artikel menghasut yang disiarkan pada Isnin lepas.

Loone akan disoalsiasat pada jam 3:00 petang manakala Phee pula enggan mendedahkan waktu dia akan disoalsiasat.

Artikel Loone berjudul, 'Exco man grilled for four hours, treated like a criminal,' mendakwa Phee telah dizalimi ketika ditahan pada Ahad lalu dan dikatakan mengandungi unsur-unsur hasutan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, Loone, Phee dan portal atas talian, Malaysiakini akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel yang mengandungi hasutan.

Selasa lalu, beberapa NGO telah membuat 9 laporan polis berhubung artikel yang ditulis oleh Susan Loone dalam Malaysiakini.

6 comments:

  1. PDRM....WE LOVE YOU.
    CONTINUE WITH YOUR GOOD JOB...FOR A PEACEFUL MALAYSIA !

    ReplyDelete
  2. PDRM sudah bertindak menyoal rakyat yang menyumbangkan perkara2 sumbang yang cukup menyakiti hari siapa sahaja yang mencintai perpaduan kaum dan kehidupan harmoni. Syabas PDRM.

    ReplyDelete
  3. Pdrm diam2 sahaja sebelum..sekali ko cabar..semua kena angkut..tahniah IG....

    ReplyDelete

  4. ORANG TUA DAH PESAN. HARIMAU TIDUR JGN KEJUTKAN..INI KAN PULAK DICABUT MISAINYA. INGAT POLIS SAJA2 GUNA LAMBANG KEPALA HARIMAU TU ?

    ReplyDelete

ADUN RASIS Ng Wei Aik Ditangkap Polis Kerana PPS

Thursday 4 September 2014 ·

ADUN Tanjung yang cukup terkenal dengan perangai RASISnya, Ng Wei Aik telah ditahan oleh polis sekaligus menambahkan lagi bahang keresahan di kalangan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP.

Nurul Izzah dan beberapa orang pemimpin DAP sudah mula bercakap yang Akta Hasutan telah digunakan untuk menangkap para pemimpin dan ahli-ahli DAP.

Ng Wei Aik telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Patani. Pembantu peribadinya, Wong Yue Harng mengesahkan yang Ng telah ditahan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 berkaitan dengan Pasukan Peronda Sukarela yang telah disahkan sebagai pertubuhan haram. 

Sebelum memasuki IPD, Ng berkata, dia tidak pasti sama ada dia akan disoal dan diminta keterangan berhubung Pasukan Peronda Sukarela (PPS). Dia memaklumkan yang dia telah menerima panggilan dari polis pada jam 10:51 pagi tadi, yang meminta dia bertemu dengan ASP Karuna bagi membolehkan keterangannya dirakamkan pada jam 12:30 tengah hari.

Sementara itu, Pengerusi PPS dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta wartawan Malaysiakini Susan Loone telah diminta untuk hadir di IPD bagi memberi keterangan berhubung penyiaran sebuah artikel menghasut yang disiarkan pada Isnin lepas.

Loone akan disoalsiasat pada jam 3:00 petang manakala Phee pula enggan mendedahkan waktu dia akan disoalsiasat.

Artikel Loone berjudul, 'Exco man grilled for four hours, treated like a criminal,' mendakwa Phee telah dizalimi ketika ditahan pada Ahad lalu dan dikatakan mengandungi unsur-unsur hasutan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi berkata, Loone, Phee dan portal atas talian, Malaysiakini akan disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana menerbitkan artikel yang mengandungi hasutan.

Selasa lalu, beberapa NGO telah membuat 9 laporan polis berhubung artikel yang ditulis oleh Susan Loone dalam Malaysiakini.

6 comments:

Anonymous said...
4 September 2014 at 17:36  

PDRM....WE LOVE YOU.
CONTINUE WITH YOUR GOOD JOB...FOR A PEACEFUL MALAYSIA !

usin said...
4 September 2014 at 18:11  

Good job pdrm....

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...
4 September 2014 at 18:54  

PADAH MUKA...ADUN TONG GAS....

Anonymous said...
4 September 2014 at 21:09  

PDRM sudah bertindak menyoal rakyat yang menyumbangkan perkara2 sumbang yang cukup menyakiti hari siapa sahaja yang mencintai perpaduan kaum dan kehidupan harmoni. Syabas PDRM.

Anonymous said...
4 September 2014 at 22:57  

Pdrm diam2 sahaja sebelum..sekali ko cabar..semua kena angkut..tahniah IG....

Anonymous said...
5 September 2014 at 22:17  


ORANG TUA DAH PESAN. HARIMAU TIDUR JGN KEJUTKAN..INI KAN PULAK DICABUT MISAINYA. INGAT POLIS SAJA2 GUNA LAMBANG KEPALA HARIMAU TU ?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks