Apabila permohonan pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dipinta, bermakna Anwar Ibrahim:
(1) Telah mengaku salah sebagaimana sabitan di Mahkamah Agung dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
(2) Telah mengaku melakukan perbuatan liwat sebagaimana sabitan di Mahkamah Agung dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
(3) dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dan jenayah berkenaan pada bila-bila masa selepas mendapat pengampunan.
Namun sebagai orang yang bernama Anwar Ibrahim, segala janji dan ikrarnya tidak boleh dipercayai sama sekali.
Ada dua perkara menarik dalam kes pengampunan diraja ini bagi tujuan pembebasan Anwar Ibrahim. Berdasarkan rekod dan kecenderungan yang ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya, mereka akan menjadikan institusi diraja sebagai bahan sesahan dan cemuhan sekiranya permohonan mendapatkan pengampunan tidak berjaya.
Golongan anarki yang merupakan kumpulan penyokong tegar Anwar Ibrahim, bahkan sebenarnya tentera-tentera upahan utama PKR, pastinya telah merancang langkah-langkah seterusnya dengan menjadikan isu pengampunan Anwar Ibrahim sebagai satu ledakan revolusi yang mereka cari-cari.
Sekiranya, pengampunan gagal diperolehi, mereka akan menuduh institusi diraja sebagai agen UMNO. Yang Di-Pertuan Agong adalah instrumen UMNO. Najib dan UMNO adalah dalang di belakang keputusan Sultan. Hasutan dan fitnah akan dilakukan agar rakyat membenci institusi kesultanan.
Akhir sekali ialah, revolusi rakyat akan dituntut. Rakyat akan diminta ke jalanraya dan melakukan rusuhan besar-besaran untuk menghapuskan institusi kesultanan. RAKYAT HAKIM NEGARA akan diulang-ulang
Itu sebenarnya yang mereka cuba lakukan di sebalik permohonan untuk mendapatkan pengampunan buat Anwar Ibrahim.
Kalau berjaya, Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari penjara dan agenda biasa Anwar Ibrahim diteruskan. Kalau tidak berjaya, mereka akan cuba mendapatkan campurtangan dan bantuan luar selain berusaha menghapuskan institusi kesultanan sambil cuba menyerang empat tonggak utama iaitu PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, Kakitangan Awam dan Raja-Raja Melayu.
Bukankah perkara yang sama juga diusahakan oleh DAP?
0 comments:
Post a Comment