Barangkali sedar yang nyawa PKR sudah tidak panjang setelah Anwar Ibrahim menjalani hukuman penjara selama lima tahun setelah berjaya mengelaknya selama 7 tahun, akar umbi PKR yang mengesan bahaya tersebut menuntut agar jawatan Ketua Umum yang tidak berfungsi, diserahkan kepada Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia, merangkap bekas Presiden UMNO dan orang yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam Kabinet dan UMNO pada tahun 1998.
Mahathir sehingga kini dituduh sebagai orang yang bertanggungjawab 'menfitnah' Anwar Ibrahim dengan 'konspirasi liwat'. Mahathir disumpah seranah dan dimaki hamun untuk sesuatu yang sebenarnya langsung tidak membabitkan Mahathir, sebaliknya dimulakan oleh DAP menerusi ucapan Karpal Singh di Dewan Rakyat dan Mat Sabu yang berceramah serata tempat.
Setelah lebih 16 tahun menfitnah Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab 'menfitnah' Anwar Ibrahim, ternyata sekarang mereka mahu Mahathir mengetuai PKR!
Adakah ini suatu sindiran?
Adakah ini suatu 'permohonan maaf' kepada Mahathir yang telah disumpah seranah, dimaki hamun dan dicaci maki?
Atau sebenarnya ia tidak lebih daripada sebuah lagi drama membabitkan kepimpinan PKR yang sedang menyaksikan pengukuhan kuasa Azmin Ali yang seringkali dianggap sebagai BUDAK MAHATHIR dalam usaha mengenepikan dan menyingkirkan pengaruh keluarga Anwar Ibrahim yang dilihat menyusahkan dan menyusutkan pengaruh PKR apatah lagi LABEL LIWAT sudah tercop di dahi Anwar Ibrahim dan kekal buat selama-lamanya serta pada seluruh keturunannnya sehingga penghujung dunia.
Siapa punya kerja ini?
ReplyDeletesaja tu...nak salahkan org lain pulak...
ReplyDeleteKalau MAHATHIR setuju terima tawaran PKR , DAP dan PAS mcm cacing kepanasan,
ReplyDeleteaku tergelak besaq lah dgq depa nk pgil tun det plak.
ReplyDeleteI follow... tun masuk saya masuk
ReplyDeleteMemang kelakar la parti anak beranak ni... kelentong sana kelentong sini...
ReplyDeleteParti jubo.....
ReplyDeleteManusia sudah terdesak akan lakukan apa saja.
ReplyDeletebodohnya. nak minta tun mahathir lepaskan anwar dari penjara? kalau sebab politik tidak mengapa, ini jenayah liwat.....mereng sungguh!!!
ReplyDelete