RAFIZI RAMLI DAN PKR DESAK SUPAYA ANWAR DIBENARKAN HADIR SIDANG DEWAN RAKYAT!

Wednesday, 25 February 2015

Keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk menangguhkan perlucutan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan alasan menunggu keputusan pengampunan terlebih dahulu, walaupun dibantah kerana bertentangan dengan banyak Fasal dalam Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, kini cuba dimanipulasi oleh kepimpinan PKR.

Berikut adalah kenyataan rasmi Rafizi Ramli dan PKR berhubung perkara berkenaan:

KEADILAN MENYOKONG PENUH PERMOHONAN PENGAMPUNAN DIRAJA (“ROYAL PARDON”) KERANA KETIDAKADILAN YANG TELAH BERLAKU KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Biro Politik KEADILAN dalam mesyuarat mingguan pada 24 Februari 2015 telah menyatakan sokongan penuh kepada permohonan pengampunan diraja (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.

KEADILAN juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami.

Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat berunsur politik bertujuan untuk menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Dato’ Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik (“political prisoner”) yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diwar-warkan.

Oleh itu, saya memberi amaran bahawa apa-apa percubaan oleh Umno/Barisan Nasional untuk meneruskan fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan terus mengundang kemarahan rakyat terhadap pemerintah seperti mana yang diakui oleh beberapa pimpinan Umno yang dipetik laporan media setakat ini. Umno/Barisan Nasional sewajarnya menangani masalah ekonomi negara yang meruncing dan mencekik rakyat bukannya menumpukan tenaganya membunuh kerjaya politik orang nombor satu yang ditakutinya.

Berikutan dengan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihanraya kecil juga tidak timbul. Sebagai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

Oleh yang demikian, Sekretariat Parlimen KEADILAN di bawah Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan beliau hadir sebagai Ketua Pembangkang di sidang Parlimen akan datang.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
25 Februari 2015


Berdasarkan kenyataan rasmi Rafizi Ramli itu, jelaslah pengampunan diraja tidak boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim sama sekali kerana perkara utama telah dilanggar iaitu MASIH ENGGAN MENGAKUI KESALAHAN MELIWAT sebaliknya menegaskan bahawa ia adalah kesalahan dan penganiayaan politik semata-mata.

Sedangkan telah terbukti selama dalam tempoh 7 tahun perbicaraan, Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak dapat mendatangkan bukti untuk menyanggah bukti-bukti serta fakta-fakta yang dibentangkan oleh pendakwaraya, sebaliknya gagal untuk menghadirkan walau seorang pun saksi sebagai alibinya selepas pihak pendakwaraya menggunakan rakaman CCTV yang menunjukkan secara jelas Anwar Ibrahim berada di lokasi pada hari dan masa kejadian bersama-sama mangsa liwatnya.

Tayangan rakaman tersebut telah diminta oleh Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya dibuat secara tertutup dalam mahkamah dengan tiada kehadiran pemerhati orang ramai mahupun wartawan.

Belum pernah berlaku, pelaku jenayah liwat yang dikenakan hukuman penjara lima tahun memohon pengampunan kerana pada kebiasaannya yang memohon pengampunan adalah pesalah-pesalah yang menjalani hukuman mati sahaja yang melakukannya.

Dan belum pernah berlaku juga, permohonan ampun daripada raja diberikan gambaran bahawa ia perlu dilakukan kerana hukuman yang dijatuhkan adalah tidak sesuai dengan kehendak ahli keluarga banduan.

Tetapi tiada yang lebih kelakar apabila Rafizi Ramli mendesak agar Anwar Ibrahim dibenarkan menjalani kehidupan biasa dan menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, walaupun sepatutnya berdasarkan Artikel 48 Perlembagaan Malaysia, Anwar Ibrahim sudah gugur kelayakannya sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan bukannya tahanan politik sebagaimana yang didakwa.

Mungkin tidak mustahil juga, dengan keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim ini, elok jugalah semua penjara di Malaysia dimansuhkan dengan para banduan dibenarkan menikmati keistimewaan yang serupa iaitu mereka bebas seperti orang awam dengan hanya cukup ditukarkan label mereka daripada BANDUAN JENAYAH kepada TAHANAN POLITIK sebagaimana yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim!


7 comments:

  1. Peribahasa Melayu"Jangan lepas anjing tersepit"

    ReplyDelete
  2. Setuju tetapi bersyarat : datang dalam pakaian seorang Banduan dan tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar dan bercakap dalam Parlimen . Maksudnya duduk seperti dalam kandang salah.. Ada berani ka Anuar memakai baju celoreng banduan

    ReplyDelete
  3. nanti ramai pulak banduan yang mintak nak hadiri mesyuarat pibg kat sekolah anak.... mesyuarat jkkkk, tak kan nuar je boleh kuar masuk penjara suka ati....

    ReplyDelete
  4. INI DAH MENGARUT, KERJA NYANYOK. MALAYSIA DAN SEGALA KEDAULATAN SISTEM SERTA PERUNDANGANYA JADI KELAKAR. LAWAK TERBESAR DALAM SEJARAH DUNI. LIWAT TAK MENGAKU, PENGHAKIMAN TAK ADIL, PEMERINTAH BERKONSPIRASI, BANDUAN BLH KE PARLIMEN....GILA, GILA.

    ReplyDelete
  5. Banduan tidak boleh duduk dalam persidangan parlimen. Kenapalah bodoh sangat rafizi ni. Tak payah la usulkan kerja bodoh ni. Tak mungkin berlaku seorang banduan duduk di parlimen sebagai ahli parlimen. Geli la nak layan kehendak dan cadangan bongok rafizi.

    ReplyDelete
  6. "mengundang kemarahan rakyat.." berapa orang rakyat yang akan marah...teruk dah 2 kali kat sogo rakyat yg marah lebih sikit jumlahnya dr pelajar sebuah sekolah...upacara lilin dpn penjara pun ada berapa rakyat saja yang joint....usah merepek la rafizi sejuta rakyat marah 20 juta rakyat bersyukur dia masuk penjara..

    ReplyDelete
  7. menteri dlm negeri senyap jer bila ada dakwaan anwar dpt layanan istimewa dlm penjara...betul ke menteri ni yg bagi arahan supaya penjara berbuat demikian? makanan kegemaran anwar juga disediakan khas oleh penjara...tilam VONO pun di beri pada dia...info yg saya dapat dari kawan yg bertugas di penjara sg.buluh..dan kalau tuan admin nak interview anggota ini pun blh saya aturkan... demi kebenaran !

    ReplyDelete

RAFIZI RAMLI DAN PKR DESAK SUPAYA ANWAR DIBENARKAN HADIR SIDANG DEWAN RAKYAT!

Wednesday, 25 February 2015 ·

Keputusan Speaker Dewan Rakyat untuk menangguhkan perlucutan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dengan alasan menunggu keputusan pengampunan terlebih dahulu, walaupun dibantah kerana bertentangan dengan banyak Fasal dalam Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, kini cuba dimanipulasi oleh kepimpinan PKR.

Berikut adalah kenyataan rasmi Rafizi Ramli dan PKR berhubung perkara berkenaan:

KEADILAN MENYOKONG PENUH PERMOHONAN PENGAMPUNAN DIRAJA (“ROYAL PARDON”) KERANA KETIDAKADILAN YANG TELAH BERLAKU KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Biro Politik KEADILAN dalam mesyuarat mingguan pada 24 Februari 2015 telah menyatakan sokongan penuh kepada permohonan pengampunan diraja (“royal pardon”) yang dibuat oleh keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas ketidakadilan ketara (“gross miscarriage of justice”) yang telah berlaku terhadap beliau.

KEADILAN juga memahami bahawa itu adalah keputusan peribadi keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang perlu dipisahkan dari pertimbangan politik atas dasar kasih sayang anak-anak dan isteri kepada seorang bapa dan suami.

Keseluruhan pendakwaan dan penghakiman terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat berunsur politik bertujuan untuk menyekat kemaraan beliau dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Sejak beliau dipenjarakan, pendakwaan dan penghakiman itu telah mendapat kutukan dari seluruh dunia yang rata-ratanya menganggap Dato’ Seri Anwar Ibrahim seorang tahanan politik (“political prisoner”) yang dihukum atas pendirian dan prinsipnya, bukan kerana kesalahan yang diwar-warkan.

Oleh itu, saya memberi amaran bahawa apa-apa percubaan oleh Umno/Barisan Nasional untuk meneruskan fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini akan terus mengundang kemarahan rakyat terhadap pemerintah seperti mana yang diakui oleh beberapa pimpinan Umno yang dipetik laporan media setakat ini. Umno/Barisan Nasional sewajarnya menangani masalah ekonomi negara yang meruncing dan mencekik rakyat bukannya menumpukan tenaganya membunuh kerjaya politik orang nombor satu yang ditakutinya.

Berikutan dengan kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa kerusi parlimen Permatang Pauh tidak dikosongkan sehingga proses petisyen pengampunan diraja ini selesai, persoalan Ketua Pembangkang dan pilihanraya kecil juga tidak timbul. Sebagai Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim wajar dibenarkan untuk hadir ke Dewan Rakyat untuk sidang Parlimen yang akan datang bermula 9 Mac 2015 ini.

Oleh yang demikian, Sekretariat Parlimen KEADILAN di bawah Dato’ Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani akan berurusan dengan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dan peguam-peguam Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kebenaran bagi membolehkan beliau hadir sebagai Ketua Pembangkang di sidang Parlimen akan datang.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
25 Februari 2015


Berdasarkan kenyataan rasmi Rafizi Ramli itu, jelaslah pengampunan diraja tidak boleh diberikan kepada Anwar Ibrahim sama sekali kerana perkara utama telah dilanggar iaitu MASIH ENGGAN MENGAKUI KESALAHAN MELIWAT sebaliknya menegaskan bahawa ia adalah kesalahan dan penganiayaan politik semata-mata.

Sedangkan telah terbukti selama dalam tempoh 7 tahun perbicaraan, Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak dapat mendatangkan bukti untuk menyanggah bukti-bukti serta fakta-fakta yang dibentangkan oleh pendakwaraya, sebaliknya gagal untuk menghadirkan walau seorang pun saksi sebagai alibinya selepas pihak pendakwaraya menggunakan rakaman CCTV yang menunjukkan secara jelas Anwar Ibrahim berada di lokasi pada hari dan masa kejadian bersama-sama mangsa liwatnya.

Tayangan rakaman tersebut telah diminta oleh Anwar Ibrahim dan pasukan peguamnya dibuat secara tertutup dalam mahkamah dengan tiada kehadiran pemerhati orang ramai mahupun wartawan.

Belum pernah berlaku, pelaku jenayah liwat yang dikenakan hukuman penjara lima tahun memohon pengampunan kerana pada kebiasaannya yang memohon pengampunan adalah pesalah-pesalah yang menjalani hukuman mati sahaja yang melakukannya.

Dan belum pernah berlaku juga, permohonan ampun daripada raja diberikan gambaran bahawa ia perlu dilakukan kerana hukuman yang dijatuhkan adalah tidak sesuai dengan kehendak ahli keluarga banduan.

Tetapi tiada yang lebih kelakar apabila Rafizi Ramli mendesak agar Anwar Ibrahim dibenarkan menjalani kehidupan biasa dan menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, walaupun sepatutnya berdasarkan Artikel 48 Perlembagaan Malaysia, Anwar Ibrahim sudah gugur kelayakannya sebagai Ahli Parlimen kerana telah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan bukannya tahanan politik sebagaimana yang didakwa.

Mungkin tidak mustahil juga, dengan keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim ini, elok jugalah semua penjara di Malaysia dimansuhkan dengan para banduan dibenarkan menikmati keistimewaan yang serupa iaitu mereka bebas seperti orang awam dengan hanya cukup ditukarkan label mereka daripada BANDUAN JENAYAH kepada TAHANAN POLITIK sebagaimana yang dilakukan ke atas Anwar Ibrahim!


7 comments:

Anonymous said...
25 February 2015 at 17:55  

Peribahasa Melayu"Jangan lepas anjing tersepit"

sesejuk mata memandang said...
25 February 2015 at 18:08  

Setuju tetapi bersyarat : datang dalam pakaian seorang Banduan dan tidak dibenarkan membuat kenyataan akhbar dan bercakap dalam Parlimen . Maksudnya duduk seperti dalam kandang salah.. Ada berani ka Anuar memakai baju celoreng banduan

Anonymous said...
25 February 2015 at 18:19  

nanti ramai pulak banduan yang mintak nak hadiri mesyuarat pibg kat sekolah anak.... mesyuarat jkkkk, tak kan nuar je boleh kuar masuk penjara suka ati....

Anonymous said...
25 February 2015 at 18:33  

INI DAH MENGARUT, KERJA NYANYOK. MALAYSIA DAN SEGALA KEDAULATAN SISTEM SERTA PERUNDANGANYA JADI KELAKAR. LAWAK TERBESAR DALAM SEJARAH DUNI. LIWAT TAK MENGAKU, PENGHAKIMAN TAK ADIL, PEMERINTAH BERKONSPIRASI, BANDUAN BLH KE PARLIMEN....GILA, GILA.

Anonymous said...
25 February 2015 at 21:05  

Banduan tidak boleh duduk dalam persidangan parlimen. Kenapalah bodoh sangat rafizi ni. Tak payah la usulkan kerja bodoh ni. Tak mungkin berlaku seorang banduan duduk di parlimen sebagai ahli parlimen. Geli la nak layan kehendak dan cadangan bongok rafizi.

Anonymous said...
25 February 2015 at 23:08  

"mengundang kemarahan rakyat.." berapa orang rakyat yang akan marah...teruk dah 2 kali kat sogo rakyat yg marah lebih sikit jumlahnya dr pelajar sebuah sekolah...upacara lilin dpn penjara pun ada berapa rakyat saja yang joint....usah merepek la rafizi sejuta rakyat marah 20 juta rakyat bersyukur dia masuk penjara..

Anonymous said...
26 February 2015 at 01:01  

menteri dlm negeri senyap jer bila ada dakwaan anwar dpt layanan istimewa dlm penjara...betul ke menteri ni yg bagi arahan supaya penjara berbuat demikian? makanan kegemaran anwar juga disediakan khas oleh penjara...tilam VONO pun di beri pada dia...info yg saya dapat dari kawan yg bertugas di penjara sg.buluh..dan kalau tuan admin nak interview anggota ini pun blh saya aturkan... demi kebenaran !

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks