CALON PASMA UNTUK PRK DUN CHEMPAKA DIKENALPASTI! MUSTAFA ALI TIDAK BERANI BAGI KATA DUA KEPADA PASMA BERBANDING MENGGERTAK UMNO!

Saturday 28 February 2015

Mustafa Ali dalam satu kenyataan, memberi amaran kepada UMNO agar tidak meletakkan calon Bebas di DUN Chempaka setelah memberi akujanji tidak akan meletakkan calon dan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Kerusi DUN Chempaka kosong apabila penyandangnya Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

MT UMNO telah bermesyuarat dan memutuskan tidak akan bertanding di DUN Chempaka, sebaliknya akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Ahmad Yaakob, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat untuk membantu membangunkan negeri itu kembali yang teruk dilanda banjir pada penghujung Disember lalu kesan daripada kerosakan hutan dan bukit-bukau yang menjadi penampan air di Hulu Kelantan.

PAS sedang berhadapan dengan perpecahan dan pemberontakan dalaman apabila Mat Sabu, dalam satu pendedahan eksklusif berterus-terang untuk merampas jawatan Presiden PAS dari tangan Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi Awang telah dicadangkan untuk menjadi Mursyidul Am PAS walaupun pada masa yang sama, PASMA turut mencadangkan Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak yang menjadi sekutu kuat Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Perak sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.

Berbanding UMNO, PASMA sebenarnya yang akan meletakkan calon BEBAS mewakili mereka seandainya pendaftaran logo PASMA tidak diluluskan oleh SPR.



Semalam iaitu 27 Februari 2014, difahamkan beberapa orang pemimpin PASMA telah datang ke pejabat SPR di Putrajaya. Spekulasi menyatakan PASMA telah mendaftarkan logo mereka sebagai persediaan untuk pertandingan di DUN Chempaka.

Calon yang akan diletakkan oleh PASMA di DUN Chempaka adalah Che Ibrahim Mohamed.

Che Ibrahim Mohamed adalah Naib Pengerusi PASMA Kelantan. Merupakan konco dan sekutu utama Husam Musa. Che Ibrahim Mohamed adalah bekas kadi yang kemudian menjadi Timbalan Pendafar di Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS).

KIAS dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Che Ibrahim kemudiannya dipecat oleh majikannya dan mendapat pembelaan daripada Husam Musa yang mengecam tindakan tersebut dan menyalahkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Nik Mohamad Amar sebagai cara membalas dendam setelah dia gagal menjadi Menteri Besar Kelantan kerana campurtangan Istana Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.


Pada 1993, Che Ibrahim pernah membacakan khutbah Jumaat di depan Dr Mahathir di Masjid Bukit Marak sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari kerana beliau mengkritik bekas perdana menteri itu yang turut menunaikan solat di depannya ketika itu.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II). 

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dilihat masih berusaha 'memujuk' PASMA agar tidak menentang dan memecah belahkan PAS dengan menjadikan UMNO sebagai mangsa belasahan walaupun pada dasarnya UMNO Kelantan sudah menyatakan ikrar untuk membantu PAS Kelantan sama ada untuk rakyat mahupun dalam bentuk politik, khususnya hudud yang sekarang ini menjadi pertikaian dan bahan ugutan DAP ke atas PAS. 
 

7 comments:

  1. Pak mus ni harapkan kerandut shj besar, isinya kecik macam tungau. Kalau dengan umno yg dah isytihar tak bertanding, siap bagi amaran. Dgn pasma yg jadi perosak dari dalam pas, sikit tak berani. Inilah rupa manusia hipokrit yg hanya fikir bagaimana supaya muslim melayu malaysia tetap berpecah. Ada ciri2 syaitan di sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebut nama mustapa ali setiausaha PAS aku teringat isu SPENDAR PUTIH yang heboh tu, hhehehe.

      Delete
    2. Dia mana berani gertak pasma. Stopa spenda punya rekod ada kat tangan pasma.

      Delete
  2. CUBA KITA FIKIR KEMANAKAH PAS NAK PERGI LEPAS NI. DEPAN MATA ADA UMNO, KANAN DAP, KIRI PASMA. APA2 TERJADI PADA PAS KESALAHAN INI ADALAH BERPUNCA DRP NIK AZIZ DAN HJ. HADI. MEREKA LEBIH BERPOLITIK DRP PERJUANGAN PAS YG SEBENARNYA.

    ReplyDelete
  3. Pd fikiran aku la..kalo dr awal lg xde tahalluf siyasi..aku rasa PAS dah jd kerajaan skg ni..

    ReplyDelete
  4. Pak Mus terer...dia boleh control minda pompuan tu main di atas perut dia ...siap goyang2 wooi

    ReplyDelete
  5. tak faham la dengan si mustafa spender ni...UMNO tak bertanding apa nak bg amaran lg...UMNO da baik nak bg PAS menang percuma tanpa perlu bzair wang tp msh warning UMNO...apasal pemimpin pas sekarang makin pelik pemikiran mereka...kata benci UMNO tp di lidah mereka asyik menyebut UMNO..

    ReplyDelete

CALON PASMA UNTUK PRK DUN CHEMPAKA DIKENALPASTI! MUSTAFA ALI TIDAK BERANI BAGI KATA DUA KEPADA PASMA BERBANDING MENGGERTAK UMNO!

Saturday 28 February 2015 ·

Mustafa Ali dalam satu kenyataan, memberi amaran kepada UMNO agar tidak meletakkan calon Bebas di DUN Chempaka setelah memberi akujanji tidak akan meletakkan calon dan bertanding di kerusi DUN berkenaan.

Kerusi DUN Chempaka kosong apabila penyandangnya Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

MT UMNO telah bermesyuarat dan memutuskan tidak akan bertanding di DUN Chempaka, sebaliknya akan membantu Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pimpinan Ahmad Yaakob, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat untuk membantu membangunkan negeri itu kembali yang teruk dilanda banjir pada penghujung Disember lalu kesan daripada kerosakan hutan dan bukit-bukau yang menjadi penampan air di Hulu Kelantan.

PAS sedang berhadapan dengan perpecahan dan pemberontakan dalaman apabila Mat Sabu, dalam satu pendedahan eksklusif berterus-terang untuk merampas jawatan Presiden PAS dari tangan Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi Awang telah dicadangkan untuk menjadi Mursyidul Am PAS walaupun pada masa yang sama, PASMA turut mencadangkan Ahmad Awang, bekas Pesuruhjaya PAS Perak yang menjadi sekutu kuat Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Perak sebagai Mursyidul Am PAS yang baru.

Berbanding UMNO, PASMA sebenarnya yang akan meletakkan calon BEBAS mewakili mereka seandainya pendaftaran logo PASMA tidak diluluskan oleh SPR.



Semalam iaitu 27 Februari 2014, difahamkan beberapa orang pemimpin PASMA telah datang ke pejabat SPR di Putrajaya. Spekulasi menyatakan PASMA telah mendaftarkan logo mereka sebagai persediaan untuk pertandingan di DUN Chempaka.

Calon yang akan diletakkan oleh PASMA di DUN Chempaka adalah Che Ibrahim Mohamed.

Che Ibrahim Mohamed adalah Naib Pengerusi PASMA Kelantan. Merupakan konco dan sekutu utama Husam Musa. Che Ibrahim Mohamed adalah bekas kadi yang kemudian menjadi Timbalan Pendafar di Kolej Islam Sultan Yahya Petra (KIAS).

KIAS dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Che Ibrahim kemudiannya dipecat oleh majikannya dan mendapat pembelaan daripada Husam Musa yang mengecam tindakan tersebut dan menyalahkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dan Timbalannya, Nik Mohamad Amar sebagai cara membalas dendam setelah dia gagal menjadi Menteri Besar Kelantan kerana campurtangan Istana Kelantan.

Surat pemecatan itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga KIAS yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Che Ibrahim adalah penyokong Husam yang keempat dipecat, dipercayai berikutan pertembungan antara Husam dengan kepimpinan baru kerajaan negeri Kelantan, terutama Mohamad Amar.

Sebelum Che Ibrahim, tiga penyokong Husam turut dipecat iaitu Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit) selain beberapa kakitangan kerajaan negeri serta anak syarikatnya.


Pada 1993, Che Ibrahim pernah membacakan khutbah Jumaat di depan Dr Mahathir di Masjid Bukit Marak sehingga ia menjadi tajuk utama akhbar selama beberapa hari kerana beliau mengkritik bekas perdana menteri itu yang turut menunaikan solat di depannya ketika itu.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Pendaftar KIAS, Che Ibrahim pernah menjawat beberapa jawatan lain termasuk kadi, Setiausaha Majlis Syura Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) dan Setiausaha Jawatankuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan (Jawatankuasa Penggubal Kanun Jenayah Syariah II). 

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dilihat masih berusaha 'memujuk' PASMA agar tidak menentang dan memecah belahkan PAS dengan menjadikan UMNO sebagai mangsa belasahan walaupun pada dasarnya UMNO Kelantan sudah menyatakan ikrar untuk membantu PAS Kelantan sama ada untuk rakyat mahupun dalam bentuk politik, khususnya hudud yang sekarang ini menjadi pertikaian dan bahan ugutan DAP ke atas PAS. 
 

7 comments:

Anonymous said...
28 February 2015 at 13:46  

Pak mus ni harapkan kerandut shj besar, isinya kecik macam tungau. Kalau dengan umno yg dah isytihar tak bertanding, siap bagi amaran. Dgn pasma yg jadi perosak dari dalam pas, sikit tak berani. Inilah rupa manusia hipokrit yg hanya fikir bagaimana supaya muslim melayu malaysia tetap berpecah. Ada ciri2 syaitan di sini?

Anonymous said...
28 February 2015 at 14:07  

Sebut nama mustapa ali setiausaha PAS aku teringat isu SPENDAR PUTIH yang heboh tu, hhehehe.

Anonymous said...
28 February 2015 at 14:22  

Dia mana berani gertak pasma. Stopa spenda punya rekod ada kat tangan pasma.

Anonymous said...
28 February 2015 at 18:20  

CUBA KITA FIKIR KEMANAKAH PAS NAK PERGI LEPAS NI. DEPAN MATA ADA UMNO, KANAN DAP, KIRI PASMA. APA2 TERJADI PADA PAS KESALAHAN INI ADALAH BERPUNCA DRP NIK AZIZ DAN HJ. HADI. MEREKA LEBIH BERPOLITIK DRP PERJUANGAN PAS YG SEBENARNYA.

Anonymous said...
28 February 2015 at 18:55  

Pd fikiran aku la..kalo dr awal lg xde tahalluf siyasi..aku rasa PAS dah jd kerajaan skg ni..

Ted Manoff said...
28 February 2015 at 20:07  

Pak Mus terer...dia boleh control minda pompuan tu main di atas perut dia ...siap goyang2 wooi

Anonymous said...
1 March 2015 at 13:44  

tak faham la dengan si mustafa spender ni...UMNO tak bertanding apa nak bg amaran lg...UMNO da baik nak bg PAS menang percuma tanpa perlu bzair wang tp msh warning UMNO...apasal pemimpin pas sekarang makin pelik pemikiran mereka...kata benci UMNO tp di lidah mereka asyik menyebut UMNO..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks