MAHKAMAH TINGGI DIBERITAHU, LIM GUAN ENG ADALAH KETUA MENTERI YANG TIDAK CEKAP DAN SEORANG PENIPU!

Friday, 27 February 2015

Isu Kampung Buah Pala masih lagi dalam perbicaraan. Lim Guan Eng dan DAP telah berusaha sedaya mungkin untuk tidak menarik perhatian rakyat Malaysia, khususnya rakyat Pulau Pinang tentang kes yang sedang dihadapi oleh Kepala Utama DAP itu.

Di Mahkamah Tinggi di Georgetown pagi tadi, Lim Guan Eng dikatakan seorang pemimpin yang tidak cekap dan seseorang yang menghadapi masalah hilang ingatan kerana tidak tahu apa-apa tentang janji yang dibuat oleh para pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala.

Dalam kes di mana Lim Guan Eng menyaman Free Malaysia Today, editor New Straits Tmes Sharanjit Singh nyata terkejut yang Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP langsung tidak tahu tentang janji-janji itu.

Menurut Sharanjit, dia masih ingat janji-janji yang dibuat untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala oleh Anwar Ibrahim, wakil DAP RSN Rayer dan Setiausaha Politik Lim Guan Eng pada waktu itu, Ng Wei Aik sebelum dan selepas Pilihanraya Umum 2008.

Sharanjit adalah bekas ketua biro NST di Pulau Pinang sewaktu kemuncak kontroversi Kampung Buah Pala.

"Janji-janji tersebut telah dibuat oleh para pemimpin Pakatan, termasuklah setiausaha Lim Guan Eng sendiri," katanya kepada mahkamah. "Sekiranya Lim menyatakan dia tidak tahu tentang perkara itu, dia adalah seorang pembohong. Sekiranya Lim yang merupakan Setiausaha Agung DAP tidak mempunyai pengetahuan tentang janji-janji tersebut, dia sama ada menghadapi masalah hilang ingatan atau pun seorang pemimpin yang tidak cekap."

Dalam sama itu, Lim Guan Eng mendakwa dia telah difitnah oleh seorang aktiviti warisan Jimmy Lim Cheok Siang, FMT dan wartawan Athi Shankar dalam artikel bertajuk, "Guan Eng has failed, says NGO." yang disiarkan oleh FMT pada 6 Disember 2013. 

Sharanjit memberi keterangan sebagai saksi untuk defendan pertama.

Semasa pendengaran kali pertama pada 19 Januari, Lim Guan Eng memberitahu mahkamah yang dia tidak mempunyai pengetahuan tentang janji-janji yang telah dibuat oleh Anwar, Rayer dan yang lain-lain untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai 'Tamil High Chapparal.'

Lim Guan Eng juga mendakwa dia tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan perkampungan tersebut sambil cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

Sharanjit, 47, memberitahu mahkamah, Lim boleh menyelamatkan perkampungan tersebut dengan menggunakan kuasanya sekiranya dia mahu.

Sharanjit turut menyerahkan sebuah rakaman dalam cakera padat kepada mahkamah yang menunjukkan bahawa Anwar dan beberapa orang pemimpin Pakatan membuat janji di Kampung Buah Pala dan kenyataan Lim Guan Eng yang mencela pelupusan dan pemusnahan Penjara Pudu serta berjanji tidak akan membenarkan perbuatan seperti itu berlaku di Pulau Pinang.

Anwar Ibrahim dilaporkan berjanji kepada penduduk Kampung Buah Pala yang mereka akan mendapat geran dalam tempoh 2 minggu sekiranya Pakatan PKR, DAP dan PAS berjaya merampas negeri itu dari Barisan Nasional pada PRU 2008.

Janji Anwar telah menjadi isu awam semasa kemuncak kontroversi Kampung Buah Pala pada tahun 2009. Terdapat juga klip video yang menunjukkan Ketua Umum PKR itu membuat janji dengan meletakkan tangannya di atas kepala seorang warga emas kampung berkenaan.

Peguam Baljit Singh, V.Amareson dan Rowena Yam mewakili Jimmy Lim. Clement Lopez mewakili defendan kedua M-Today News Sdn. Bhd yang menguasai FMT dan defendan ketiga Athi Shankar.

Manakala Lim Guan Eng diwakili oleh G.Shamugam yang mengambilalih peranan N. Murali.

Menurut Baljit, dia telah memperolehi dokumen dari kes mahkamah yang berasingan yang menunjukkan bagaimana Kerajaan Negeri meluluskan, membuat pengezonan dan menggazetkan tanah di Bukit Relau sebagai tanah kediaman. Bukit Relau turut dikenali sebagai Bukit Botak.

Dokumen tersebut menunjukkan bagaimana pembangunan Bukit Relau diluluskan oleh sebuah jawatan khas projek yang diketuai oleh Ketua Menteri.

Sebelum itu, Jimmy Lim memberikan keterangan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kepentingan politik semasa dia membangkitkan isu tersebut yang kemudian disiarkan oleh FMT.

Kes tersebut akan bersambung pada 16 dan 17 April.

0 comments:

Post a Comment

MAHKAMAH TINGGI DIBERITAHU, LIM GUAN ENG ADALAH KETUA MENTERI YANG TIDAK CEKAP DAN SEORANG PENIPU!

Friday, 27 February 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks