Sebelum ini, bekas SETPOL Tun Mahathir, Matthias Chang berkata, dia akan mogok lapar sampai mati dan siapa yang mati dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang. Mogok laparnya 'sehingga mati' berlangsung tidak sampai 6 hari pun.
Semalam, secara tiba-tiba dia menamatkan mogok laparnya dan mengisytiharkan sendiri dirinya sebagai pemenang.
Dan disebabkan dia tidak mati, itu dianggap sebagai bukti 'Allah' telah melindunginya.
Sepatutnya Tun Mahathir mendapatkan seorang pembantu yang lebih berkualiti kalau tidak pun seorang yang lebih waras untuk bersama-samanya berjuang menggulingkan Najib Abdul Razak.
Dalam kenyataannya, Matthias Chang berkata, kenyataan yang dia tidak mengalami sebarang kecederaan atau berhadapan dengan masalah kesihatan yang serius adalah bukti Allah telah memelihara dan melindunginya.
"Dalam keadaan itu, saya telah menunjukkan kewajaran tindakan saya, keadilan, kebenaran dan maruah manakala Najib gagal melakukannya. Oleh kerana itu, saya tidak perlu meneruskan lagi mogok lapar saya. Malah saya dengan ini mengisytiharkan yang saya telah direstui dan dilindungi oleh Allah," katanya. "Saya dan Datuk Paduka Khairuddin bin Abu Hassan, telah membuktikan kebaculan, kemunafikan dan penyelewengan kuasa oleh rejim Najib." (RUJUK SINI)
Kartun betullah si Mathias ni
ReplyDelete6 hari memikir sampai tak makan, itu je yang dia boleh cakap? Hampeh betul la ex setpol tun mathir ni. Gitu gaya, camane nak tombangkan najib?
ReplyDelete