Cubaan Mahathir Laga-Lagakan Zahid Hamidi Dengan Najib Abdul Razak Tidak Akan Berjaya

Wednesday, 6 January 2016


Telah dikatakan, kalau Muhyiddin tidak termakan dengan hasutan serta mimpi-mimpi indah yang dijelmakan oleh para penghasut di sekeliling Tun Dr. Mahathir, besar kemungkinan dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri, bahkan mampu untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.

Walaupun dikatakan, Muhyiddin tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri, bahkan Muhyiddin sendiri suatu masa pernah mengakui bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri juga, tidak pernah hadir dalam angan-angannya tetapi ianya menjadi realiti, namun perkembangan akhir di penghujung kerjayanya selaku Timbalan Perdana Menteri menyaksikan Muhyiddin akhirnya 'kalah'.

Golongan penghasut yang terdiri daripada kalangan mereka yang kecewa kerana projek serta kertas kerja ditolak termasuklah yang membabitkan pengambilalihan IPP, terus mencipta pelbagai fitnah membabitkan angka dan nombor. Kejayaan terbesar mereka setelah bekerjasama dengan Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah menghalang 1MDB daripada penyenaraian IPO. Sekaligus menghalang 1MDB daripada memperolehi modal untuk membayar hutang.

Isu-isu yang diciptakan oleh golongan tersebut agak berjaya dan diterima rakyat seperti 'beli tanah murah, jual mahal'. 1MDB juga digambarkan sebagai sebuah entiti asing yang tidak bersangkut-paut dengan Kerajaan walaupun 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan.

Bermula dengan tanah TRX, kempen-kempen besar terutama menjelang beberapa jam sebelum pengundian Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan, cerita yang digembar-gemburkan adalah Tabung Haji telah 'bail-out' kerugian 1MDB dengan membeli tanah tersebut pada kadar harga yang sangat tinggi.

Menariknya, tanah yang diperkatakan itu, amat-amat dikehendaki oleh salah seorang veteran UMNO yang kemudian jadi antara penentang wahid Najib Abdul Razak.

Muhyiddin terperangkap pada waktu itu. Lenggok Muhyiddin beransur-ansur bernada 4 Naga Besar yang menguasai dan diberikan pelbagai konsesi mewah pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. Isu pengambilan dan penjualan IPP juga turut diperkatakan dengan alasan, TNB telah digunakan untuk 'bail-out' 1MDB menerusi pembelian IPP yang sebelum itu telah menjana keuntungan mudah kepada NAGA-NAGA BESAR tersebut sekaligus menyebabkan rakyat dan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar pampasan bernilai puluhan bilion ringgit kepada NAGA-NAGA BESAR itu selama hampir 3 dekad.

Iltizam Mahathir untuk menggulingkan Najib masih berterusan walaupun usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini, termasuklah menggunakan khidmat beberapa orang macai yang banyak diberikan publisiti oleh portal seperti Free Malaysia Today sekadar menimbulkan rasa jelak dan muak yang semakin menebal.

Terbaru ialah apabila Mahathir ketika memberi reaksi kepada kenyataan Zahid Hamidi, seolah-olah memberi isyarat agar Zahid mengikut cakapnya agar 'segala rahsia' yang disimpannya tidak akan terbongkar.

Barangkali kerana sudah terlalu kerap sangat taktik yang sama digunakan, lebih ramai yang mencebik berbanding menyokong. Kumpulan penyokong pula, tidak lagi teruja sepertimana peringkat pertama serangan Mahathir ke atas Najib menggunakan Muhyiddin dahulu. Malah lebih ramai yang percaya bahawa Zahid TELAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN MUHYIDDIN berbanding mengikut sahaja 'nasihat' Tun Mahathir dalam isu ini.

Tun yang bijaksana dengan bantuan daripada para penasihatnya yang geram kerana proposal dan kehendak mereka tidak dipenuhi, perlu mencari kaedah dan taktik lain bagi mencetuskan rasa 'bersalah' Zahid sepertimana yang berlaku kepada Muhyiddin sekaligus menyaksikan gelombang Zahid menentang Najib.

Kalau main ugut-ugut seperti sekarang, rasa-rasanya para pemain media sosial terutama sekali yang masih ingat dengan pelbagai projek gajah putih yang menyaksikan kekayaan negara sekadar berlegar di kalangan beberapa orang kenalan rapat Tun, akan terus membongkarkannya dengan penuh istiqomah sepertimana yang berlaku dalam projek ERL mahupun Empangan Bakun!


6 comments:

  1. Teruskan...bersungguhlah ya admin dalam menulis cite sebegini.
    Hak anda serta hak yang sewaktu dengan anda.
    Dunia bukan sempit.
    Maklumat bukan sekadar dari tulisan anda sahaja.
    Rakyat yang ramai boleh menilai.
    Maka hasil penilaian akan diketahui kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape ye yang banyak makan dedak. jangan sampai tersedak. permainan tan tin tun pun orang dah tau. untuk rakyatlah sangat....

      Delete
  2. kalau tak buat penulisan macam ni macam mana nak dapt payment ye tak? Mungkin penulis memang tulis dengan penuh ikhlas dari lubuk hati yang kering..kipidap!!

    ReplyDelete
  3. Ya, Pak Rahim, ya. Di akhir zaman, bnyk sgt fitnah. Yg betul2 cari kebenaran akan cari dan jumpa artikel ini. Baca dan hadam, bukan terima bulat2.

    ReplyDelete
  4. Bro..rasa cam dah tertinggal bas awak ni boss

    ReplyDelete
  5. Pak rahim, Dunia bukan sempit. Jangan sempitkan akal n dada

    ReplyDelete

Cubaan Mahathir Laga-Lagakan Zahid Hamidi Dengan Najib Abdul Razak Tidak Akan Berjaya

Wednesday, 6 January 2016 ·


Telah dikatakan, kalau Muhyiddin tidak termakan dengan hasutan serta mimpi-mimpi indah yang dijelmakan oleh para penghasut di sekeliling Tun Dr. Mahathir, besar kemungkinan dia masih lagi Timbalan Perdana Menteri, bahkan mampu untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada UMNO dan Kerajaan.

Walaupun dikatakan, Muhyiddin tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri, bahkan Muhyiddin sendiri suatu masa pernah mengakui bahawa jawatan Timbalan Perdana Menteri juga, tidak pernah hadir dalam angan-angannya tetapi ianya menjadi realiti, namun perkembangan akhir di penghujung kerjayanya selaku Timbalan Perdana Menteri menyaksikan Muhyiddin akhirnya 'kalah'.

Golongan penghasut yang terdiri daripada kalangan mereka yang kecewa kerana projek serta kertas kerja ditolak termasuklah yang membabitkan pengambilalihan IPP, terus mencipta pelbagai fitnah membabitkan angka dan nombor. Kejayaan terbesar mereka setelah bekerjasama dengan Tony Pua dan Rafizi Ramli adalah menghalang 1MDB daripada penyenaraian IPO. Sekaligus menghalang 1MDB daripada memperolehi modal untuk membayar hutang.

Isu-isu yang diciptakan oleh golongan tersebut agak berjaya dan diterima rakyat seperti 'beli tanah murah, jual mahal'. 1MDB juga digambarkan sebagai sebuah entiti asing yang tidak bersangkut-paut dengan Kerajaan walaupun 1MDB adalah milik penuh Kementerian Kewangan.

Bermula dengan tanah TRX, kempen-kempen besar terutama menjelang beberapa jam sebelum pengundian Pilihanraya Kecil Permatang Pauh diadakan, cerita yang digembar-gemburkan adalah Tabung Haji telah 'bail-out' kerugian 1MDB dengan membeli tanah tersebut pada kadar harga yang sangat tinggi.

Menariknya, tanah yang diperkatakan itu, amat-amat dikehendaki oleh salah seorang veteran UMNO yang kemudian jadi antara penentang wahid Najib Abdul Razak.

Muhyiddin terperangkap pada waktu itu. Lenggok Muhyiddin beransur-ansur bernada 4 Naga Besar yang menguasai dan diberikan pelbagai konsesi mewah pada zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri. Isu pengambilan dan penjualan IPP juga turut diperkatakan dengan alasan, TNB telah digunakan untuk 'bail-out' 1MDB menerusi pembelian IPP yang sebelum itu telah menjana keuntungan mudah kepada NAGA-NAGA BESAR tersebut sekaligus menyebabkan rakyat dan Kerajaan Malaysia terpaksa membayar pampasan bernilai puluhan bilion ringgit kepada NAGA-NAGA BESAR itu selama hampir 3 dekad.

Iltizam Mahathir untuk menggulingkan Najib masih berterusan walaupun usaha-usaha yang dijalankan sebelum ini, termasuklah menggunakan khidmat beberapa orang macai yang banyak diberikan publisiti oleh portal seperti Free Malaysia Today sekadar menimbulkan rasa jelak dan muak yang semakin menebal.

Terbaru ialah apabila Mahathir ketika memberi reaksi kepada kenyataan Zahid Hamidi, seolah-olah memberi isyarat agar Zahid mengikut cakapnya agar 'segala rahsia' yang disimpannya tidak akan terbongkar.

Barangkali kerana sudah terlalu kerap sangat taktik yang sama digunakan, lebih ramai yang mencebik berbanding menyokong. Kumpulan penyokong pula, tidak lagi teruja sepertimana peringkat pertama serangan Mahathir ke atas Najib menggunakan Muhyiddin dahulu. Malah lebih ramai yang percaya bahawa Zahid TELAH BELAJAR DARIPADA KESILAPAN MUHYIDDIN berbanding mengikut sahaja 'nasihat' Tun Mahathir dalam isu ini.

Tun yang bijaksana dengan bantuan daripada para penasihatnya yang geram kerana proposal dan kehendak mereka tidak dipenuhi, perlu mencari kaedah dan taktik lain bagi mencetuskan rasa 'bersalah' Zahid sepertimana yang berlaku kepada Muhyiddin sekaligus menyaksikan gelombang Zahid menentang Najib.

Kalau main ugut-ugut seperti sekarang, rasa-rasanya para pemain media sosial terutama sekali yang masih ingat dengan pelbagai projek gajah putih yang menyaksikan kekayaan negara sekadar berlegar di kalangan beberapa orang kenalan rapat Tun, akan terus membongkarkannya dengan penuh istiqomah sepertimana yang berlaku dalam projek ERL mahupun Empangan Bakun!


6 comments:

Rahim Satria said...
6 January 2016 at 20:49  

Teruskan...bersungguhlah ya admin dalam menulis cite sebegini.
Hak anda serta hak yang sewaktu dengan anda.
Dunia bukan sempit.
Maklumat bukan sekadar dari tulisan anda sahaja.
Rakyat yang ramai boleh menilai.
Maka hasil penilaian akan diketahui kelak.

Anonymous said...
6 January 2016 at 23:53  

sape ye yang banyak makan dedak. jangan sampai tersedak. permainan tan tin tun pun orang dah tau. untuk rakyatlah sangat....

Eyam Gizmo said...
7 January 2016 at 07:06  

kalau tak buat penulisan macam ni macam mana nak dapt payment ye tak? Mungkin penulis memang tulis dengan penuh ikhlas dari lubuk hati yang kering..kipidap!!

Anonymous said...
7 January 2016 at 07:15  

Ya, Pak Rahim, ya. Di akhir zaman, bnyk sgt fitnah. Yg betul2 cari kebenaran akan cari dan jumpa artikel ini. Baca dan hadam, bukan terima bulat2.

amir zahini Sahrim said...
7 January 2016 at 08:30  

Bro..rasa cam dah tertinggal bas awak ni boss

Anonymous said...
7 January 2016 at 22:58  

Pak rahim, Dunia bukan sempit. Jangan sempitkan akal n dada

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks