RM25 JUTA BERBANDING RM760 JUTA Daripada Mahathir Kepada Vincent Tan, Kenapa Tidak Pernah Didedahkan?

Thursday, 7 January 2016



Salah seorang 4 NAGA BESAR yang mendapat pelbagai keistimewaan dan kekayaan berganda dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir adalah Vincent Tan, dari Berjaya Group.

Bagaimanapun, disebabkan 'kejayaan-kejayaan' pada zaman Mahathir telah digembar-gemburkan, malahan sampai ke tahap dimitos-mitoskan, kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Mahathir pada zamannya, kurang diperkatakan. Malahan ketika Anwar Ibrahim dalam sesi pemberontakannya selepas kehilangan jawatan dan kedudukan dalam Kabinet serta UMNO, isu Kronisme, Korupsi dan Nepotisme (KKN) hanya dianggap sebagai helah Anwar untuk menaikkan sentimen semata-mata. Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim sendiri mengamalkan dengan bebasnya skandal PINK-FORM untuk kumpulan-kumpulan proksinya termasuklah Tong Koii Ong yang membina bank Philleo Allied.

Isu Najib kononnya telah menjual Malaysia kepada China menjadi kecoh dan seolah-olah ianya lebih mula berbanding menjual negara ini kepada Cina Malaysia, sekalipun ianya dilakukan 'di bawah meja' dan tidak terbuka sepertimana yang dilakukan oleh 1MDB.

Elok juga kita kembali kepada sejarah untuk mengulas isu ini...

Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.

Sebagai isyarat kepada Najib, Dr. Mahathir berkata, "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah."(RUJUK SINI)

Najib bagaimanapun, tidak mempedulikan mesej tersebut dan ini langsung tidak menyenangkan orang tua itu. Sebaliknya, Najib menggantung lesen judi sukan dan enggan membenarkannya beroperasi, sekaligus memberi isyarat, Najib sengaja mencari fasal dengan Dr. Mahathir. Sehingga ke hari ini, Najib enggan membenarkan lesen tersebut beroperasi.

Pada bulan yang sama, Vincent Tan telah menjual 70% lesen judinya dalam Ascort Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam penuh miliknya, hanya pada harga RM525 juta, yang dianggap jauh lebih rendah berbanding jangkaan nilai industri judi berlesen dan haram di Malaysia yang bernilai RM25 bilion setahun. Dia menjual 70% pemilikan tersebut pada harga RM525 juta sedangkan dia hanya membayar RM25 juta untuk 100%. (RUJUK SINI)

Sekarang, mereka mendakwa 1MDB memperolehi aset-asetnya pada harga murah daripada kerajaan dan menjualnya dengan keuntungan yang sangat besar. Sedangkan, Vincent Tan juga hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta dan meningkat menjadi berbilion-bilion ringgit sebelum Abdullah dan Najib membekukan lesen tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, sekiranya dia adalah Perdana Menteri, dia akan meluluskan lesen tersebut sekaligus membantu Vincent Tan mengaut berbilion Ringgit untuk 20 tahun lagi, seperti mana yang dibuat oleh YTL selama 30 juta dan sekarang mahukan konsesi IPP diluluskan selama 30 tahun lagi bagi membolehkan dia mengaut berbilion-bilion lagi wang rakyat Malaysia.

Kini mereka bercakap seolah-olah 1MDB adalah satu dosa besar, malah lebih menarik lagi ialah apabila Muhyiddin Yassin memberikan bayangan untuk membatalkan pembekuan lesen tersebut sekiranya dia berjaya mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)

Dan itu sahaja sudah cukup untuk menerangkan mengapa mereka mahu Najib digulingkan.

Leslie Lopez, wartawan tetap The Wall Street Journal memberikan perincian yang lebih jelas. (RUJUK SINI)

Menurutnya pemberian atau lebih tepat lagi penganugerahan konsesi mewah perjudian di Malaysia oleh Dr. Mahathir kepada Vincent Tan Chee Yioun telah mencetuskan kontroversi dalam kerajaan.

Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi telah mengkaji semula sama ada mahu membenarkan Vincent Tan meneruskan konsesi tersebut yang mana membolehkan syarikat tersebut mengendalikan pertaruhan dalam acara-acara sukan dalam dan luar negeri atau sebaliknya kerana pelbagai faktor.

Menurutnya, Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Vincent Tan telah dianugerahkan konsesi perjudian selama 20 tahun bermula Jun 2003 oleh Kementerian Kewangan yang bermenterikan Mahathir. Dr. Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada September 2003, Ascot telah membayar RM25 juta sebagai bayaran untuk lesen yang membolehkan syarikat tersebut mengoperasikan perniagaan judi. Eksekutif-eksekutif industri judi Malaysia menganggarkan operasi judi sukan tersebut akan mendatangkan perolehan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Penganugerahan konsesi kepada Ascot tidak pernah diumumkan secara terbuka. Pentadbiran Abdullah hanya tahu awal tahun 2004 apabila Vincent Tan memaklumkan rancangannya untuk memulakan perniagaan judi barunya.

Selepas berjaya menangguhkan rancangan Vincent Tan selama beberapa bulan, akhirnya Abdullah yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membangkitkan isu konsesi perjudian tersebut dalam mesyuarat kabinet. Beberapa orang menteri telah memberi amaran kepada Abdullah bahawa lesen pertaruhan judi baru itu akan mengundang kritikan keras daripada masyarakat Islam di seluruh Malaysia.

Abdullah akhirnya menarik kembali lesen tersebut dari Ascot, sekaligus memulakan langkah kedua selepas sebelum itu dia menarik kembali kontrak atau konsesi yang dianugerahkan oleh Dr Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Pada November 2003, tidak lama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Abdullah telah menggantung kontrak landasan keretapi kontroversi yang dianugerahkan oleh Dr. Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhari, mencetuskan kemarahan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Vincent Tan kali pertama diberikan lesen perjudian adalah pada tahun 1987 oleh Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin. Vincent Tan dan rakan kongsinya dari United Kingdom pada waktu itu, Mecca Bookmakers memulakan operasi perjudian mereka pada tahun 1988 dengan tiga outlet di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perniagaan mereka berhadapan dengan masalah setahun kemudian selepas Kerajaan tidak membenarkan Vincent Tan membuka outlet-outlet baru bagi persediaan berhadapan dengan PRU.

Vincent Tan akur dan menyerahkan lesennya kepada kerajaan tetapi dengan syarat, operasi perjudiannya akan ditimbang semula oleh kerajaan pada kemudian hari.

Pada Jun 2003, Vincent Tan berjaya memperolehi kembali lesen judinya selepas berjaya meyakinkan Dr. Mahathir dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan yang Kuala Lumpur akan kehilangan ratusan juta ringgit dalam bentuk cukai kepada aktiviti-aktiviti judi haram.

HUAN CHEN GUAN


7 comments:

  1. ko prasan x, ape yang ko cita nie cuma untuk menghalalkan tindakan najib jer...atau kata lain menjilat jer...maksud ko mahathir dulu pun buat jugak kan...so xsalah la kalo najib buat btul?

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan Bro,

    Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.

    Mohon jasa baik bro untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.

    http://gelombang-rakyat.blogspot.my/

    Sekian, Salam Perjuangan.

    ReplyDelete
  3. manusia tak semua sempurna..realitinya zaman Mahathir sangat berjaya..

    ReplyDelete
  4. agak2 kenapa rakyat tak kisah masa tu? cuba tanya diri sendiri dulu..

    ReplyDelete
  5. HAIYAAA...INI MACIAM KA? TUN PUNYIA MACAI MISTI PANDAI JAWAP.

    ReplyDelete
  6. Samaada 25 juta atau 700 juta atau apa nombor sekali pun,salah tetap salah.bukan angka tapi perbuatan itu yg salah.letak lah apa istilah pun,rasuah,tumbuk rusuk,kickback,derma,korupsi dan mcm2 istilah ia tetap satu jenayah

    ReplyDelete
  7. Pandai sungguh hang buat AUTA nol!

    ReplyDelete

RM25 JUTA BERBANDING RM760 JUTA Daripada Mahathir Kepada Vincent Tan, Kenapa Tidak Pernah Didedahkan?

Thursday, 7 January 2016 ·



Salah seorang 4 NAGA BESAR yang mendapat pelbagai keistimewaan dan kekayaan berganda dari zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir adalah Vincent Tan, dari Berjaya Group.

Bagaimanapun, disebabkan 'kejayaan-kejayaan' pada zaman Mahathir telah digembar-gemburkan, malahan sampai ke tahap dimitos-mitoskan, kesilapan terbesar yang dilakukan oleh Mahathir pada zamannya, kurang diperkatakan. Malahan ketika Anwar Ibrahim dalam sesi pemberontakannya selepas kehilangan jawatan dan kedudukan dalam Kabinet serta UMNO, isu Kronisme, Korupsi dan Nepotisme (KKN) hanya dianggap sebagai helah Anwar untuk menaikkan sentimen semata-mata. Apatah lagi, ramai yang masih ingat bagaimana Anwar Ibrahim sendiri mengamalkan dengan bebasnya skandal PINK-FORM untuk kumpulan-kumpulan proksinya termasuklah Tong Koii Ong yang membina bank Philleo Allied.

Isu Najib kononnya telah menjual Malaysia kepada China menjadi kecoh dan seolah-olah ianya lebih mula berbanding menjual negara ini kepada Cina Malaysia, sekalipun ianya dilakukan 'di bawah meja' dan tidak terbuka sepertimana yang dilakukan oleh 1MDB.

Elok juga kita kembali kepada sejarah untuk mengulas isu ini...

Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 2004, Perdana Menteri baru, Tun Abdullah Badawi membekukan lesen judi sukan Vincent Tan sekaligus mencetuskan kemarahan Dr. Mahathir. Apabila Tun Abdullah enggan akur, Dr. Mahathir memulakan langkah menggulingkaannya dan pada tahun 2009, Tun Abdullah terpaksa meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Najib.

Sebagai isyarat kepada Najib, Dr. Mahathir berkata, "Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah."(RUJUK SINI)

Najib bagaimanapun, tidak mempedulikan mesej tersebut dan ini langsung tidak menyenangkan orang tua itu. Sebaliknya, Najib menggantung lesen judi sukan dan enggan membenarkannya beroperasi, sekaligus memberi isyarat, Najib sengaja mencari fasal dengan Dr. Mahathir. Sehingga ke hari ini, Najib enggan membenarkan lesen tersebut beroperasi.

Pada bulan yang sama, Vincent Tan telah menjual 70% lesen judinya dalam Ascort Sports kepada Berjaya, syarikat senaraian awam penuh miliknya, hanya pada harga RM525 juta, yang dianggap jauh lebih rendah berbanding jangkaan nilai industri judi berlesen dan haram di Malaysia yang bernilai RM25 bilion setahun. Dia menjual 70% pemilikan tersebut pada harga RM525 juta sedangkan dia hanya membayar RM25 juta untuk 100%. (RUJUK SINI)

Sekarang, mereka mendakwa 1MDB memperolehi aset-asetnya pada harga murah daripada kerajaan dan menjualnya dengan keuntungan yang sangat besar. Sedangkan, Vincent Tan juga hanya membayar RM25 juta untuk sesuatu yang bernilai RM760 juta dan meningkat menjadi berbilion-bilion ringgit sebelum Abdullah dan Najib membekukan lesen tersebut.

Seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir, sekiranya dia adalah Perdana Menteri, dia akan meluluskan lesen tersebut sekaligus membantu Vincent Tan mengaut berbilion Ringgit untuk 20 tahun lagi, seperti mana yang dibuat oleh YTL selama 30 juta dan sekarang mahukan konsesi IPP diluluskan selama 30 tahun lagi bagi membolehkan dia mengaut berbilion-bilion lagi wang rakyat Malaysia.

Kini mereka bercakap seolah-olah 1MDB adalah satu dosa besar, malah lebih menarik lagi ialah apabila Muhyiddin Yassin memberikan bayangan untuk membatalkan pembekuan lesen tersebut sekiranya dia berjaya mengambilalih jawatan Perdana Menteri daripada Najib Abdul Razak. (RUJUK SINI)

Dan itu sahaja sudah cukup untuk menerangkan mengapa mereka mahu Najib digulingkan.

Leslie Lopez, wartawan tetap The Wall Street Journal memberikan perincian yang lebih jelas. (RUJUK SINI)

Menurutnya pemberian atau lebih tepat lagi penganugerahan konsesi mewah perjudian di Malaysia oleh Dr. Mahathir kepada Vincent Tan Chee Yioun telah mencetuskan kontroversi dalam kerajaan.

Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi telah mengkaji semula sama ada mahu membenarkan Vincent Tan meneruskan konsesi tersebut yang mana membolehkan syarikat tersebut mengendalikan pertaruhan dalam acara-acara sukan dalam dan luar negeri atau sebaliknya kerana pelbagai faktor.

Menurutnya, Ascot Sports Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh Vincent Tan telah dianugerahkan konsesi perjudian selama 20 tahun bermula Jun 2003 oleh Kementerian Kewangan yang bermenterikan Mahathir. Dr. Mahathir bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003.

Pada September 2003, Ascot telah membayar RM25 juta sebagai bayaran untuk lesen yang membolehkan syarikat tersebut mengoperasikan perniagaan judi. Eksekutif-eksekutif industri judi Malaysia menganggarkan operasi judi sukan tersebut akan mendatangkan perolehan sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Penganugerahan konsesi kepada Ascot tidak pernah diumumkan secara terbuka. Pentadbiran Abdullah hanya tahu awal tahun 2004 apabila Vincent Tan memaklumkan rancangannya untuk memulakan perniagaan judi barunya.

Selepas berjaya menangguhkan rancangan Vincent Tan selama beberapa bulan, akhirnya Abdullah yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membangkitkan isu konsesi perjudian tersebut dalam mesyuarat kabinet. Beberapa orang menteri telah memberi amaran kepada Abdullah bahawa lesen pertaruhan judi baru itu akan mengundang kritikan keras daripada masyarakat Islam di seluruh Malaysia.

Abdullah akhirnya menarik kembali lesen tersebut dari Ascot, sekaligus memulakan langkah kedua selepas sebelum itu dia menarik kembali kontrak atau konsesi yang dianugerahkan oleh Dr Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Pada November 2003, tidak lama selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, Abdullah telah menggantung kontrak landasan keretapi kontroversi yang dianugerahkan oleh Dr. Mahathir kepada Syed Mokhtar Al-Bukhari, mencetuskan kemarahan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Vincent Tan kali pertama diberikan lesen perjudian adalah pada tahun 1987 oleh Menteri Kewangan pada waktu itu, Daim Zainuddin. Vincent Tan dan rakan kongsinya dari United Kingdom pada waktu itu, Mecca Bookmakers memulakan operasi perjudian mereka pada tahun 1988 dengan tiga outlet di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, perniagaan mereka berhadapan dengan masalah setahun kemudian selepas Kerajaan tidak membenarkan Vincent Tan membuka outlet-outlet baru bagi persediaan berhadapan dengan PRU.

Vincent Tan akur dan menyerahkan lesennya kepada kerajaan tetapi dengan syarat, operasi perjudiannya akan ditimbang semula oleh kerajaan pada kemudian hari.

Pada Jun 2003, Vincent Tan berjaya memperolehi kembali lesen judinya selepas berjaya meyakinkan Dr. Mahathir dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan yang Kuala Lumpur akan kehilangan ratusan juta ringgit dalam bentuk cukai kepada aktiviti-aktiviti judi haram.

HUAN CHEN GUAN


7 comments:

Anonymous said...
7 January 2016 at 11:13  

ko prasan x, ape yang ko cita nie cuma untuk menghalalkan tindakan najib jer...atau kata lain menjilat jer...maksud ko mahathir dulu pun buat jugak kan...so xsalah la kalo najib buat btul?

Gelombang Rakyat said...
7 January 2016 at 12:55  

Salam Perjuangan Bro,

Blog Gelombang Rakyat kini kembali di medan peperangan dunia blogger dalam meneruskan perjuangan di medan keyboard warrior.

Mohon jasa baik bro untuk menyenaraikan blog Gelombang Rakyat dalam senarai blog pilihan.

http://gelombang-rakyat.blogspot.my/

Sekian, Salam Perjuangan.

Anonymous said...
7 January 2016 at 15:18  

manusia tak semua sempurna..realitinya zaman Mahathir sangat berjaya..

Eyam Gizmo said...
7 January 2016 at 18:26  

agak2 kenapa rakyat tak kisah masa tu? cuba tanya diri sendiri dulu..

Anonymous said...
7 January 2016 at 23:47  

HAIYAAA...INI MACIAM KA? TUN PUNYIA MACAI MISTI PANDAI JAWAP.

Anonymous said...
14 January 2016 at 10:55  

Samaada 25 juta atau 700 juta atau apa nombor sekali pun,salah tetap salah.bukan angka tapi perbuatan itu yg salah.letak lah apa istilah pun,rasuah,tumbuk rusuk,kickback,derma,korupsi dan mcm2 istilah ia tetap satu jenayah

Anonymous said...
19 January 2016 at 20:57  

Pandai sungguh hang buat AUTA nol!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks