Begitulah nampaknya yang sedang dilakukan DAP dan Lim Guan Eng khususnya.
DAP telah berjaya memecahbelahkan PAS. Walaupun perpecahan PAS sedang diperbaiki oleh kepimpinan parti tersebut menerusi penyusunan taktikal dan teknikal dalaman, namun ancaman perpecahan masih lagi wujud, khususnya di Kelantan dan di Pusat sendiri apabila beberapa orang pemimpin PAS pro-DAP seperti Husam Musa dan Mahfuz Omar masih terus berada di dalam PAS walaupun tindak tanduk mereka seringkali melanggar arahan Presiden PAS.
Selepas kejayaan tersebut, DAP dan Lim Guan Eng kembali menumpukan perhatian kepada UMNO yang merupakan pengancam dan penghalang utama mereka untuk menguasai negara ini. DAP kelihatan berjaya dengan pelbagai isu tohmahan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri secara peribadi dan 1MDB. Isu RM2.6 bilion telah dipergunakan secara optimum walaupun pada masa yang sama, DAP langsung tidak menjawab tentang bantuan kewangan daripada Zionis Israel berjumlah RM1.2 bilion.
Namun skandal tanah Taman Manggis yang mempunyai kaitan rapat dengan skandal pembelian banglo dan hartanah oleh Lim Guan Eng, telah menyebabkan kejayaan DAP terencat. Daripada posisi menyerang, DAP terpaksa mengundur seketika dan kembali merancang taktikal yang lebih berkesan, bukan sahaja untuk menangani masalah skandal banglo yang membelenggu Lim Guan Eng, tetapi juga untuk terus melemahkan UMNO yang masih tidak bergerak secara agresif untuk memusnahkan pengaruh DAP yang terus berkembang dan melebar biarpun Lim Guan Eng dilanda masalah.
Usaha-usaha yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir untuk menggulingkan Najib Abdul Razak sekaligus menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional menjadi pembangkang di negara ini buat kali pertama, benar-benar menarik minat DAP. Pun begitu, DAP tidak boleh sama sekali menunjukkan mereka amat teruja dengan faktor Tun Dr. Mahathir.
'Keahlian Bersekutu' Tun Dr. Mahathir di dalam DAP bermula apabila bekas pemimpin nombor satu Malaysia itu duduk sebaris dengan Lim Kit Siang dalam Deklarasi Mahathir-Kit Siang beberapa minggu lepas.
Dasar berbaik-baik yang ditunjukkan oleh DAP terutama sekali Lim Guan Eng kepada Dr. Mahathir, terutama menerusi pemberian anugerah, merupakan satu pemangkin kepada usaha-usaha terbaru dan terdesak DAP serta Lim Guan Eng sendiri untuk keluar daripada kepompong masalah yang sedang dihadapi sekarang ini.
Walaupun Mahathir menyatakan bahawa dia hanya mahu menjatuhkan Najib Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri, tetapi nampaknya dalam keadaan sekarang, Mahathir sebenarnya sedang membantu DAP untuk berkuasa. Ini adalah kerana DAP tidak mungkin akan bersimpati dengan UMNO dan menjatuhkan Najib hanyalah alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka kerana mereka tahu, menjatuhkan Najib adalah dengan menjatuhkan UMNO.
Apa yang pasti ialah, DAP sedang meraih laba yang sangat besar. Lim Guan Eng juga pasti sedang berusaha menjadikan batang tubuh Mahathir sebagai pelindungnya daripada tindakan undang-undang kerana salahguna kuasa dan rasuah.
sedih dengan perkembangan Tun M yang dulunya beriya iya memaki hamun kuasa luar yang nak mai ke Malaysia, bahkan sekarang dialu-alukan pula demi cita-cita politik beliau.. ternyata beliau sebelum ini sekadar meludah ke langit.. aduhai
ReplyDeleteBravo....bravo, buat si tua sial tak sedar diri...
ReplyDeleteSi haramjadah gila babi
Politik adalah politik. Bagi yg faham tidak akan terkejut langsung. Tetapi bagi yg tak faham akan ¥£&$#?♧¿>☆☆☆. Begitulah adanya.
ReplyDelete