Kesempatan tersebut segera digunakan oleh puak penfitnah untuk mencipta dan menaikkan sentimen kemarahan rakyat Sarawak, sekaligus bertujuan untuk menghilangkan sebahagian daripada sokongan kepada Barisan Nasional pada PRN bulan Mei nanti.
Dengan menggunakan ayat-ayat provokasi terutama sekali merendah-rendahkan dan menghina rakyat Sarawak, penfitnah melihat ia adalah peluang paling besar untuk mengaitkan keganasan dan kebiadapan Baju Merah terhadap rakyat Sarawak.
Tempoh yang agak lama untuk Jamal membuat penafian dan menjelaskan bahawa akaun yang digunakan untuk memburuk-burukkan namanya dan reputasinya itu adalah akaun palsu, turut digunakan secara optimum oleh para penfitnah menyebarluaskan fitnah mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, fitnah-fitnah masih lagi berterusan bagi menaikkan sentimen rakyat Sarawak walaupun penjelasan telah diberikan dan Jamal sendiri telah membuat laporan polis.
Pembangkang raja fitnah..dah terang2 hukum ugama tentang fitnah namun apakan daya..pemimpin2 mereka samada jahil atau sebab politik maka fitnah jadi senjata politik puak2 sesat ini..
ReplyDelete