Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?

Sunday, 20 November 2016



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


5 comments:

  1. Jangan jangan dia pun 2X5.

    ReplyDelete
  2. KSU ni entah2 geng ANC..kot...ghani..zetty..sprm tu.sapa lupa pulak..sbb.sebenarnya ada 4 orang tu baru 3.. Yng ke4 sapa yer

    ReplyDelete
  3. Semuanya tipu belaka, semakin lama semakin ramai yg menjadi penentang atau pembangkang. Kementerian masing masing duk bangga dengan kpi yang kononya sudah mencapai tahap tetapi pada hakikatnya hancussssss.

    ReplyDelete
  4. yg kau sibuk2 apa citer.bersih5 okey je.najib takut bayang2 tun mahathir.

    ReplyDelete
  5. Ada yg percaya & tidak mahu bersekongkol 2.6 bil dgn kesalahan 1mdb walaupun disabotaj. Ini lah yg kelirukan mereka2 ini.

    ReplyDelete

Alasan Retorik Apa Lagi Yang KSN Nak Bagi Untuk Terus Simpan Kakitangan Awam Pro-Subversif Dalam Perkhidmatan?

Sunday, 20 November 2016 ·



16 November lalu, Ketua Setiausaha Negara, Dr. Ali Hamsa mengikrarkan kononnya tindakan disiplin termasuklah buang kerja, gantung tugas atau potong gaji akan dikenakan kepada penjawat-penjawat awam yang menyertai Himpunan BERSIH 5.0.

Dan seperti biasa, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Hamsa sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu retorik semata-mata memandangkan setakat ini, tindakan tatatertib yang diambil ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat dalam mana-mana perhimpunan haram, apatah lagi yang sudah bertukar menjadi 'PEGAWAI-PEGAWAI PEMBANGKANG' yang cuba menimbulkan persepsi dan kegemparan kepada rakyat, sekaligus menimbulkan menghapuskan keyakinan kepada perkhidmatan awam, langsung tidak dikenakan sebarang tindakan.


Contoh paling ketara ialah apabila melibatkan guru-guru pro-pembangkang yang menjadikan media sosial sebagai medan mereka menunjukkan belang sebenar. Laman FB Group Kami Guru Malaysia (KGM) yang dipenuhi oleh guru-guru pembangkang, manakala guru-guru pro-kerajaan pula ditendang dan tidak dibenarkan menganggotai group berkenaan, wujud dengan megah tanpa sebarang tindakan.

KSN seperti tidak nampak dan berasakan orang ramai sudah percaya bahawa tindakan dilakukan memandangkan dia telah mengeluarkan kenyataan.



Dalam isu BERSIH dan perhimpunan haram juga yang melibatkan Gerakan Baju Merah, kemungkinan tindakan yang akan diambil oleh KSN dan JPA kepada kakitangan awam, Tidak dinafikan ada tindakan tatatertib yang akan diambil... tetapi kemungkinan besar adalah ke atas kakitangan yang terlibat dengan Gerakan Baju Merah!

Antara kakitangan awam yang selama ini tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib ke atasnya adalah Azmi Sharom, pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya dan Andrew Charles Bernard Aeria, Profesor Madya Fakulti Sains Sosial UNIMAS.


Itu belum lagi melibatkan guru-guru dan kakitangan awam lain yang sememangnya terlibat dalam BERSIH 5.0 atau Gerakan Baju Merah semalam...

Kita tunggu tindakan selanjutnya. Atau kita tunggu pula pengumuman bahawa tindakan akan diambil, selanjutnya selepas kes BERSIH 5.0 tidak diambil sebarang tindakan.


5 comments:

Anonymous said...
20 November 2016 at 16:59  

Jangan jangan dia pun 2X5.

Anonymous said...
20 November 2016 at 21:12  

KSU ni entah2 geng ANC..kot...ghani..zetty..sprm tu.sapa lupa pulak..sbb.sebenarnya ada 4 orang tu baru 3.. Yng ke4 sapa yer

Anonymous said...
20 November 2016 at 23:24  

Semuanya tipu belaka, semakin lama semakin ramai yg menjadi penentang atau pembangkang. Kementerian masing masing duk bangga dengan kpi yang kononya sudah mencapai tahap tetapi pada hakikatnya hancussssss.

Anonymous said...
21 November 2016 at 06:45  

yg kau sibuk2 apa citer.bersih5 okey je.najib takut bayang2 tun mahathir.

Anonymous said...
21 November 2016 at 12:19  

Ada yg percaya & tidak mahu bersekongkol 2.6 bil dgn kesalahan 1mdb walaupun disabotaj. Ini lah yg kelirukan mereka2 ini.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks