Rafizi Ramli Pula Campur, Arahkan ADAM ROSLY Isytihar Harta Selepas Kemewahannya Terdedah Menerusi Instagram

Wednesday 16 November 2016

Bukan sebuah rumah mewah sahaja yang dimiliki oleh Ketua AMK Ampang, Adam Rosly. Bahkan beberapa buah kediaman mewah lain termasuklah di Putrajaya dan kawasan elit Ampang Saujana. Tidak terkecuali juga adalah beberapa jenis kenderaan mewah yang kebanyakan orang hanya mampu pandang, dan mampu sentuh, bukan mampu memiliki atau membeli.

Pendedahan terbaharu yang berasal daripada sikap menunjuk-nunjuk Adam Rosly menerusi Instagram, amat mengejutkan. Alasan yang diberikan oleh Zuraidah Kamaruddin yang cuba membela pegawai khasnya itu dengan berkata, Adam Rosly yang sebelum ini tinggal di kampung setinggan dan kemudian PPRT, adalah anak orang kaya.

Tetapi dengan pendedahan terbaharu yang dibuat daripada Instagramnya sendiri, ternyata bukan kekayaan bapanya yang digunakan untuk pemilikan harta-harta dan aset tersebut sebagaimana yang didakwa. Sebaliknya. pemilikan tersebut menerusi 'USAHANYA SENDIRI'.

Zuraidah Kamaruddin sudah pasti banyak tahu tentang pemilikan harta ADAM ROSLY memandangkan selain menjadi Ketua AMK Ampang, Adam Rosly juga adalah Pegawai Khasnya, dan Ketua Penerangan AMK Selangor.

Adam Rosly mungkin dilihat sebagai satu liabiliti oleh Rafizi Ramli, Setiausaha Agung PKR.

Justeru Rafizi Ramli yang 'bijaksana' mahu Adam Rosly menutup cerita dan mengurangkan bebanan kepada AMK dan PKR dengan menasihatkan agar Adam Rosly mengisytiharkan harta-hartanya. Katanya, itu adalah cara terbaik untuk mengelakkan 'POLIS MEMBAZIR MASA MENYIASAT' kerana masih ada banyak benda lain yang boleh dibuat oleh polis. (RUJUK SINI)

0 comments:

Post a Comment

Rafizi Ramli Pula Campur, Arahkan ADAM ROSLY Isytihar Harta Selepas Kemewahannya Terdedah Menerusi Instagram

Wednesday 16 November 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks