Kenyataan yang dibacakan oleh Tun Ariffin, mahkamah ditangguhkan untuk keputusan. Tarikh pengumuman hukuman bagaimanapun, tidak ditetapkan dan diisyiharkan.
Dan menariknya, ramai melihat kenyataan Tun Ariffin sebagai isyarat, panel 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan itu memerlukan masa yang lama untuk membuat keputusan.
Jaminan ke atas Anwar Ibrahim telah dibuat oleh Gopal Sri Ram.
Sepanjang 8 hari penghujahan, pasukan peguambela Anwar Ibrahim gagal sama sekali menafikan tentang perbuatan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Mereka juga gagal memberikan petunjuk bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh ditemui di dalam dubur Saiful Bukhari. Sebaliknya barisan peguambela Anwar yang terdiri daripada 14 orang peguam itu, cuba berbolak balik tentang data teknikal dan cuba mewujudkan kesangsian terhadap Saiful Bukhari tanpa sedikit pun dapat menceritakan bagaimana air mani Anwar Ibrahim boleh berada dalam dubur orang yang mereka cuba ragui.
Gopal Sri Ram, Sangeet Kaur dan Ram Karpal turut ditegur oleh hakim kerana berbolak-balik. Ram Karpal umpamanya paling gelabah dan paling banyak terganggu dengan soalan-soalan daripada hakim-hakim sendiri. Perkara berkenaan tidak dilaporkan oleh Lawyers For Liberty dan Malaysiakini yang membuat liputan secara langsung menerusi Twitter.
Paling ketara ialah apabila hakim memutuskan para peguambela Anwar Ibrahim tidak mempunyai isu baru, sekaligus tidak memerlukan Pendakwaraya yang diketuai oleh Shafie Abdullah untuk membentangkan hujah-hujah baru.
8 hari berhujah, tetapi perkara pokok iaitu BAGAIMANA AIR MANI ANWAR BOLEH BERADA DALAM DUBUR SAIFUL tetap tidak dapat diterangkan oleh 14 orang peguam Anwar Ibrahim. 8 hari berhujah, rakyat Malaysia telah diberitahu oleh para peguambela Anwar Ibrahim sendiri bahawa kejadian liwat itu adalah SUKA SAMA SUKA. Dan 14 orang peguambela Anwar Ibrahim berusaha membuktikan faktor SUKA SAMA SUKA itu bagi mengurangkan hukuman penjara ke atas Anwar Ibrahim.
Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba menimbulkan persepsi dan terjemahan baru LIWAT sebagai ROGOL lelaki ke atas lelaki. Para peguambela Anwar Ibrahim juga cuba mengelirukan masyarakat dengan menyamakan AIR MANI dengan DNA.
Namun sesuatu yang amat pasti ialah, tempoh sehingga keputusan diumumkan, akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim untuk melakukan pelbagai hasutan dan huru-hara. Melihat kepada rekod lampau Anwar Ibrahim, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa.
Besar kemungkinan, esok akan diadakan demonstrasi di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur sepertimana yang dirancangkan oleh Tian Chua.
Dah x ramai org boddo kat kl ni....
ReplyDelete