2 PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI RASAH DAN PENANGKAPAN EMPAT ORANG LELAKI YANG AMAT DIKEHENDAKI DI PERAK, AKAN MULAKAN GERAKAN BENCIKAN PDRM OLEH PEGUAM-PEGUAM PAKATAN!

Saturday, 21 March 2015 | 8 comments


Berita televisyen menyebut tentang dua orang penjenayah berjaya ditembak mati oleh polis dalam satu operasi di Rasah, siang tadi. Bagaimanapun twitter Ketua Polis Negara menyatakan tiga orang dan ia merupakan satu kejayaan.

Berita tentang kejadian tersebut, awal-awal lagi telah diviral oleh pengguna media sosial. Malah beberapa pihak yang didalangi oleh DAP, terutama peguam-peguam mereka sudah mula menggambarkan polis sebagai trigger-happy.



Para peguam DAP dan PKR melihat kejadian ini sebagai satu batu loncatan bagi mereka untuk memulakan serangan gans ke atas PDRM terutama pada permulaan mereka memulakan kempen agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana menguatkuasakan undang-undang ke atas para penghasut dan penfitnah yang berselindung sebagai pejuang demokrasi dari Pakatan Rakyat.

Disusuli kejayaan polis menahan 4 orang lelaki yang amat dikehendaki di Hentian Rawat dan Rehat Sungai Perak petang tadi, pasti akan menyemarakkan lagi hasutan daripada para peguam PKR-DAP serta agen-agen subversif upahan mereka.

Keempat-empat lelaki yang sangat dikehendaki, turut ditahan dan dua pucuk senjata api telah dirampas daripada mereka.


Tweet yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-olah memberikan cabaran kepada para peguam PKR-DAP yang sudah tentu akan bertungkus-lumus untuk mempertahankan dan membela para penjenayah sepertimana yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Kalau diikuti berita-berita semasa, peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api, jenayah kekerasan dan jenayah kejam, kadarnya amat menakutkan. Selain itu kadar berkenaan turut melibatkan kongsi-kongsi gelap yang turut berkait pula dengan industri politik.

Kita akan melihat bagaimana orang politik, khususnya dari PKR dan DAP mempolitikkan perkara ini bermula dengan desakan mereka agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana kononnya telah mengganggu orang politik.

PENGIKUT ANWAR IBRAHIM MOGOK LAPAR PULAK... KITA TENGOK ADAKAH MEREKA AKAN MOGOK SAMPAI MATI DALAM TEMPOH 48!

Tepat jam 8:00 pagi tadi, sekumpulan 10 orang penyokong tegar Anwar Ibrahim telah mengadakan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh. Atau lebih tepat lagi di seberang pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh dengan menjadikan tempat menunggu bas sebagai lokasi utama mereka.

Ketua mereka adalah Gunasekaran 1/l Kuppan yang merupakan bekas calon Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. dan S.Manikavasagam yang merupakan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.


Gunasekaran telah mendirkan sebuah khemah di seberang jalan. Terdapat satu kain rentang bersaiz 6 x 12 kaki digantung di tempat menunggu bas bertulis, 'MOGOK LAPAR, KITABANGKIT KITALAWAN'.

Seramai 10 orang penyokong telah terlibat dalam mogok lapar tersebut yang turut diketuai oleh Gunasekaran.

Bagaimanapun, untuk melihat ada orang mati tidak makan semata-mata kerana mogok lapar dan menggunakan mogok lapar untuk membebaskan Anwar Ibrahim, tidak akan kesampaian kerana difahamkan, mogok lapar itu hanya berlangsung selama 48 jam sahaja.



Pada masa yang sama, mogok lapar tersebut tidak menghalang peserta-peserta daripada minum air dan susu!

Mogok lapar jenis Anwar Ibrahim juga nih... sendiri liwat tetapi salahkan orang lain

KHAZANAH NASIONAL UPAH BEKAS KETUA AMK SELANGOR UNTUK KETUAI UNIT ICT?

Friday, 20 March 2015 | 11 comments


Selepas JAKIM didedahkan sebagai sarang pengkhianat dan pemalsu yang diberi gaji serta diupah oleh Kerajaan Malaysia, kini satu lagi pendedahan yang amat mengejutkan pula dibuat.

Dikhabarkan bekas Ketua AMK Selangor, IRWAN ISMAIL telah dilantik sebagai Naib Presiden Kanan yang mengetuai ICT Khazanah Nasional!

Apakah benar IRWAN ISMAIL yang menjadi Ketua ICT Khazanah Nasional merupakan orang yang sama dengan IRWAN ISMAIL bekas Ketua AMK Selangor yang pernah tumpang semangkuk dalam mempopularkan video lucah Anwar Ibrahim dengan menyalahkan pihak polis kerana 'enggan' bertindak ke atas blogger-blogger pro-UMNO? (RUJUK SINI)

Adakah ini merupakan kaedah yang menyebabkan dan membolehkan Rafizi Ramli serta Tian Chua memperolehi banyak maklumat yang membolehkan mereka melakukan fitnah dan putarbelit fakta secara pantas?

Keberadaan golongan yang kuat menyokong Pakatan Rakyat dan menjadi penyumber maklumat kepada Pakatan Rakyat dalam agensi-agensi kerajaan sememangnya tidak boleh dipersoalkan dan dinafikan. Jumlah mereka sangat ramai.


Sememangnya, setiap orang rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih parti politik yang mereka minati dan cenderung. Namun apabila banyak maklumat-maklumat rahsia yang didedahkan dan kemudian diputarbelitkan seperti yang dilakukan oleh Rafizi Ramli serta Tony Pua, Akta Rahsia Rahmi bagaikan tidak lagi berfungsi. Malah seringkali diperolok-olokkan oleh Rafizi Ramli dan Pakatan Rakyat menerusi istilah 'whistleblower'.

JAKIM merupakan agensi kerajaan terbaharu menyerlahkan peranan pengkhianat selepas Kementerian Kewangan sehinggakan teks bajet tahunan terpaksa dibuat secara dummy.

Kalaulah benar Irwan Ismail itu merupakan Irwan Ismail bekas Ketua AMK Selangor, pihak yang berkaitan dalam Khazanah Nasional perlu menjawab, mengapa mereka tidak langsung menapis dan melakukan saringan sehinggakan golongan yang tidak boleh dipercayai dan cenderung untuk melakukan pengkhianatan berada dalam agensi berkenaan.

Harap-harap, hanya nama yang sama, tetapi individu yang berlainan.... dan harap-harap jugalah, Irwan Ismail Ketua ICT Khazanah Nasional itu, bukanlah individu yang terdapat dalam daftar pemilih SPR.

FITNAH HANTARAN USD500 RIBU, JAKIM AMBIL MASA SELAMA DUA HARI UNTUK MENJAWAB!


Lambat dan Khianat!

Itulah yang boleh dikatakan kepada JAKIM di atas kelambatan mereka memberikan reaksi berhubung fitnah yang dilakukan oleh 'orang dalam' berhubung surat pengesahan nikah anak perempuan Perdana Menteri dan isterinya.

Berdasarkan klip video pernikahan, wang hantaran untuk anak Perdana Menteri itu hanyalah RM5000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja), bukannya USD500,000 sebagaimana yang disebarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat dan masih diperkatakan sehingga ke saat ini untuk tujuan menyindir dan memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan para penyokong Barisan Nasional.

Daripada JAKIM sendiri didedahkan bahawa surat pengesahan nikah palsu tersebut datangnya daripada kalangan kakitangan atau lebih tepat disebut 'orang dalam' JAKIM yang sudah tentu bertujuan jahat.


Umum mengetahui, JAKIM merupakan sarang kepada golongan yang amat memusuhi kerajaan tetapi masih mahu bekerja dengan kerajaan yang mereka musuhi atas alasan, wang gaji yang mereka terima bukanlah wang dari Barisan Nasional sebaliknya daripada cukai rakyat. Menariknya mereka terlupa bahawa pengurus dan pentadbiran negara ini adalah Barisan Nasional, sekaligus secara tidak langsung menjadikan Barisan Nasional adalah majikan mereka.

Sebabnya, mana-mana parti yang menjadi Kerajaan Malaysia, akan mengurus dan mentadbir Kerajaan menjadikan para kakitangan perkhidmatan awam tertakluk di bawah pekeliling serta peraturan yang dibuat oleh kerajaan sedia ada atau kerajaan semasa.


Sudah lama cerita tentang pengkhianat yang berada di dalam JAKIM, enggan melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi banyak serta pintar memberi alasan selain menyalahkan kerajaan sedia ada walaupun sebenarnya mereka yang MALAS BEKERJA, diketahui oleh rakyat Malaysia. Pengurusan dan pentadbiran JAKIM cukup lemah dan terlalu lambat bertindak.

Pengesahan bahawa penyebaran surat pengesahan nikah palsu itu adalah dibuat oleh ORANG DALAM, sememangnya tidak mengejutkan langsung kerana perkara berkenaan sudah berlaku semenjak lama dahulu. Yang cuma mengejutkan nanti ialah seandainya pengurusan dan pentadbiran JAKIM benar-benar bertindak menangani pengkhianat dan pemecah amanah itu!

Yang menariknya, mengapa Asyraf Wajdi dari YADIM yang memberikan penjelasan. Apa sudah jadi dengan JAWI dengan komunikasi korporat dan Ketua Pengarah JAKIM? Adakah mereka terlalu sibuk berzikir di masjid sampai terlupa ada tanggungjawab lain yang perlu mereka perjelaskan?

Elok letak jawatan sahajalah puak-puak lembab nih... itu pun ada hati nak bersara pada usia 62 tahun!

KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

SPAD, HAMID ALBAR DAN LIM GUAN ENG... ADAKAH MEREKA RAKAN SUBAHAT?

Berita dan pengumuman anak lelaki Allahyarham Jaafar Albar bahawa tambang teksi dan bas ekspress dinaikkan, telah menyebabkan semua orang marah, sekalipun ramai daripada mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi dan bas ekspress.

Allahyarham Syed Jaafar Albar semasa hidupnya digelar sebagai SINGA UMNO kerana kelantangannya ke atas Lee Kuan Yew. 

Malahan, Syed Hamid yang mendapat jolokan baru sebagai KODOMO LION, menerima kecaman paling buruk kerana pengumuman dan keputusan yang dibuat, di luar mesyuarat Kabinet. Malah ada yang membuat andaian, pengumuman tentang kenaikan tambang tersebut dikatakan, telah dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Kabinet.


Difahamkan dalam berita terbaru, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengarahkan SPAD agar membatalkan kenaikan harga tambang sepertimana yang diumumkan oleh Syed Hamid Albar. Namun berita tersebut masih lagi bersifat spekulasi selagi tiada pemberitahuan atau pengumuman rasmi.

Walau apa pun yang diumumkan, persepsi rakyat sekarang sudah jelas. SPAD sedang mengusahakan kerja 'TIKAM BELAKANG' terutama ke atas Najib Abdul Razak membabitkan GST dan dasar-dasar negara terhadap rakyat marhein.

Dengan kata lain, walaupun Najib seringkali menyatakan, Rakyat Didahulukan tetapi banyak agensi serta orang-orang kepercayaan yang dilantiknya sendiri bertindak sebaliknya.



Ia tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Berita kenaikan tarif air sebanyak 400% langsung tidak diperkatakan, dikutuk mahupun dibenci oleh mereka yang kononnya memperjuangkan kedudukan rakyat marhein.

Selama 19 tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh GERAKAN tidak pernah menaikkan kadar air sekaligus menjadikan kadar air Pulau Pinang merupakan yang paling rendah di Malaysia.

Namun selepas DAP mengambil alih Kerajaan Negeri, kadar tarif air telah dinaikkan sebanyak tiga kali termasuklah memperkenalkan surcaj air pada tahun 2011 yang mana ia tidak pernah wujud sebelum itu dan kemudiannya menggandakannya pada tahun 2013.

Pengguna domestik telah bertambah sebanyak 16.7% dan sehingga 30% bagi pengguna tegar. Namun bagi pengguna komersial, tarif air telah meningkat lebih dramatik iaitu sehingga 400% untuk harga asas dan sekali ganda bagi penggunaan air pada kadar normal.

Peninggatan ini menjadikan peningkatan kadar tambang SPAD tidak ubah seperti permainan kanak-kanak!


Menariknya, Perbadanan Air Pulau Pinang meminta penambahan bekalan air mentah secara percuma dari Kerajaan Negeri Kedah sedangkan air itu kemudiannya dikenakan bayaran setinggi 400% daripada kadar asal. Kerajaan Negeri Kedah pula, tidak mendapat apa-apa walaupun air yang diniagakan oleh Perbadanan Air Pulau Pinang itu adalah air dari Negeri Kedah.

Apa yang dilakukan oleh Pulau Pinang sebenarnya cukup mudah untuk dikesan. Lim Guan Eng tidak akan menurunkan kadar air yan telah dinaikkan itu walau apa cara sekalipun. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah yang akan dipersalahkan, kononnya enggan bekerjasama dengan Negeri Pulau Pinang membekalkan air mentah sehinggakan KErajaan Negeri Pulau Pinang perlu menaikkan kadar tarif air agar rakyat lebih berjimat.

Nampak tak permainan puak-puak ni?

PKR TIDAK BENARKAN PEMBINAAN MASJID IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENAMPANG DITERUSKAN DAN DESAK DIBATALKAN!

Thursday, 19 March 2015 | 15 comments



Di Malaysia terutama sekali di kawasan bermajoriti Islam, penduduk bukan Islam tetap diberikan kebebasan untuk membina rumah ibadat masing-masing. Malah banyak rumah ibadat dibina di atas tanah persendirian dan tanah kerajaan secara haram dan apabila rumah ibadat tersebut hendak diruntuhkan, kerajaan bukan sahaja terpaksa membayar pampasan, sebaliknya turut perlu menyediakan tapak yang lain sekalipun status rumah ibadat tersebut adalah haram.

Secara tidak langsung, umat Islam telah diajar untuk menghormati keperluan beragama umat yang lain.

Berbeza dengan PKR dan Pakatan Rakyat yang melihat agama adalah sesuatu yang boleh dipolitikkan terutama sekali bagi membolehkan pecah dan belah berlaku.

Contoh terbaik ialah di Penampang apabila ADUN PKR Moyog, Terence Siambun mengeluarkan satu kenyataan membantah keperluan umat Islam di Penampang untuk sebuah masjid. Dia mendakwa, pembinaan masjid tersebut adalah tidak perlu kerana majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.

Kalaulah alasan itu yang digunakan, bermakna semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan-kawasan bermajoriti umat Islam perlu dirobohkan dan diruntuhkan serta tidak dibenarkan beroperasi langsung.

Selain itu, Terence Siambun turut mempertikaikan tindakan JAKIM dan JHEINS yang menaiktarafkan surau IPD kepada masjid. Menurutnya, surau tersebut hanya untuk kegunaan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, jadi tidak perlulah dinaiktarafkan menjadi masjid.


Pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang mula dinaiktarafkan menjadi masjid pada September 2012. Premis itu telah mendapat pengiktirafan JHEINS untuk solat Jumaat. Selain itu turut mendapat peruntukan daripada pihak JHAEINS sebanyak RM440,000 bagi pembinaan bangunan baru. Kontraktor pembinaan adalah Syarikat Razima Enterprise dan Shah Architect.

Menariknya, Majlis Perbandaran Penampang memberitahu,t iada sebarang surat pemberitahuan berhubung dengan projek pembinaan masjid itu daripada pihak pemaju. Sehubungan itu, pihak Majlis Daerah dikatakan akan mengeluarkan surat untuk memberhentikan sementara pembinaan Masjid Al-Fattah.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang juga dari PKR, Darrell Leiking turut mempersoalkan kewajaran kewujudan masjid di Penampang. Masjid tidak dibenarkan wujud langsung di Penampang dengan alasan, majoriti penduduk adalah beragama Kristian.

PKR dengan kerjasama DAP sudah berjaya menghalang pembinaan masjid di Kampung Kohizan, Jalan Pintas Donggonngon-Kepayan, juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Umat Islam di kawasan majoriti tidak dibenarkan mempunyai sebarang hak sepertimana yang ditekankan oleh PKR. Bukan sahaja tidak dibenarkan bersolat, membina sebarang bangunan untuk beribadat dalam Islam juga tidak dibenarkan dan akan dibantah dengan alasan, penduduk majoriti di kawasan tersebut adalah Kristian.

Untuk makluman, masjid yang paling dekat untuk umat Islam di Penampang adalah di Masjid Negeri Sembulan yang terletak jauh dan perlu melalui jalan sesak.

Yang dipersoalkan sekarang ialah, ke mana hilangnya suara PAS Sabah? Mana Lahiru Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah yang sebelum ini cukup menghentam UMNO yang disifatkannya tidak cukup Islam. Di mana Anuar Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bercakap besar kononnya merekalah pejuang Islam di Sabah, sedangkan isu pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang dan Masjid Kampung Kohizan telah pun diperjuangkan oleh UMNO Sabah bagi keperluan umat Islam tanpa mengira fikrah politik?


Baru menguasai beberapa DUN dan Parlimen sahaja, tetapi DAP terutama wakilnya yang bukan beragama Islam, sudah menunjukkan taring. Kalaulah mereka berkuasa, jangan hairan jikalau mereka langsung tidak membenarkan Solat Jumaat didirikan kerana beranggapan ia adalah satu demonstrasi besar-besaran dan lubuk menternak pengganas seperti yang dituduh oleh Peguam PKR, Eric Paulsen tidak lama dahulu. Besar kemungkinan juga, Al Quran akan dibakar dan azan tidak lagi dibenarkan kerana dikatakan mengganggu orang bukan Islam sepertimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong. (RUJUK SINI)

Seorang pengundi Islam di Penampang ketika memaklumkan perkara ini, turut berkata:

"Buat kakitangan kerajaan baik Pusat dan Negeri terutama guru-guru dan ustaz yang merupakan pengundi di Penampang pada PRU-13 lalu yang telah mengundi memilih Ahli Parlimen dan ADUN dari PKR, sekarang takkanlah tak sedar lagi. Pemimpin yang mereka pilih dahulu adalah musuh umat Islam. Buat mereka yang beragama dan telah memilih PKR dahulu, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak."

LARI DARIPADA DITEKAN KERANA GAGAL MENEKAN PAS BERHUBUNG HUDUD, DAP HIDUPKAN KEMBALI ISU TEOH BENG HOCK

Isu Teoh Beng Hock telah dipergunakan oleh DAP semenjak sekian lama. Proses Mahkamah Koroner yang tidak memuaskan hati ramai orang, telah diambil kesempatan oleh DAP, apatah lagi semasa proses di mahkamah koroner, beberapa nama di kalangan pemimpin DAP telah disebut sebagai punca kematian Teoh Beng Hock.

DAP dan keluarga Teoh Beng Hock tetap menuduh SPRM yang menyebabkan kematian bekas pembantu peribadi Ean Yong Hian Wah. Faktor keberadaan Ahli Majlis MPKj, Tan Boon Wah yang merupakan orang terakhir berada bersama-sama Teoh Beng Hock dan dilihat memarahi serta menyuruh Teoh Beng Hock mati, langsung tidak disebut atau dibangkitkan oleh DAP.

Ini adalah kerana Tan Boon Wah adalah kroni utama Ean Yong Hian Wah, manakala Teoh Beng Hock pula adalah saksi SPRM yang diperlukan oleh SPRM dalam bentuk hidup untuk mendedahkan penyelewengan serta skandal kewangan Ean Yong Hian Wah.

Isu hudud adalah isu yang besar. DAP sedar, masyarakat Cina sangat marah kerana cakap besar DAP tentang kekuasaan mereka ke atas PAS, terbukti hanya cakap kosong. PAS dengan bantuan dan kerjasama UMNO dapat meluluskan enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan yang membawa kepada perlaksanaan hudud.

Sekarang pun, UMNO memiliki 88 kerusi Parlimen (BN-133 kerusi) dan PAS pula memiliki 21 kerusi Parlimen. Pembentangan di Parlimen pasti akan membolehkan PAS mendapat majoriti mudah walaupun bukan 2/3 majoriti. Kecuali Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PKR akan turut sama menyokong sekaligus meninggalkan MCA, MIC dan GERAKAN sebagai golongan minoriti dalam Parlimen.

Tidak seperti kebiasaan, isu yang banyak memberikan kelebihan kepada DAP, biasanya akan diheret panjang dan lama. Tetapi dalam isu hudud, DAP seperti kelam-kabut dan tidak mahu menunggu lama, walaupun beberapa orang pemimpin DAP cuba untuk menimbulkan kontroversi dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Isu terbaik yang dikeluarkan oleh DAP sekarang adalah isu Teoh Beng Hock meskipun pada masa yang sama, seandainya terdapat desakan dan keputusan pihak berkuasa untuk menyambung siasat kes tersebut, DAP terpaksa menyerahkan ramai pemimpin DAP Selangor mereka, termasuklah Ahli-Ahli Majlis MPKj pada ketika Teoh Beng Hock DIMARAHI (ni lor)  Tan Boon Wah (RUJUK SINI) dan Ean Yong Hian Wah.

2 PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI RASAH DAN PENANGKAPAN EMPAT ORANG LELAKI YANG AMAT DIKEHENDAKI DI PERAK, AKAN MULAKAN GERAKAN BENCIKAN PDRM OLEH PEGUAM-PEGUAM PAKATAN!

Saturday, 21 March 2015 · 8 comments


Berita televisyen menyebut tentang dua orang penjenayah berjaya ditembak mati oleh polis dalam satu operasi di Rasah, siang tadi. Bagaimanapun twitter Ketua Polis Negara menyatakan tiga orang dan ia merupakan satu kejayaan.

Berita tentang kejadian tersebut, awal-awal lagi telah diviral oleh pengguna media sosial. Malah beberapa pihak yang didalangi oleh DAP, terutama peguam-peguam mereka sudah mula menggambarkan polis sebagai trigger-happy.



Para peguam DAP dan PKR melihat kejadian ini sebagai satu batu loncatan bagi mereka untuk memulakan serangan gans ke atas PDRM terutama pada permulaan mereka memulakan kempen agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana menguatkuasakan undang-undang ke atas para penghasut dan penfitnah yang berselindung sebagai pejuang demokrasi dari Pakatan Rakyat.

Disusuli kejayaan polis menahan 4 orang lelaki yang amat dikehendaki di Hentian Rawat dan Rehat Sungai Perak petang tadi, pasti akan menyemarakkan lagi hasutan daripada para peguam PKR-DAP serta agen-agen subversif upahan mereka.

Keempat-empat lelaki yang sangat dikehendaki, turut ditahan dan dua pucuk senjata api telah dirampas daripada mereka.


Tweet yang dibuat oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar seolah-olah memberikan cabaran kepada para peguam PKR-DAP yang sudah tentu akan bertungkus-lumus untuk mempertahankan dan membela para penjenayah sepertimana yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Kalau diikuti berita-berita semasa, peningkatan kadar jenayah melibatkan senjata api, jenayah kekerasan dan jenayah kejam, kadarnya amat menakutkan. Selain itu kadar berkenaan turut melibatkan kongsi-kongsi gelap yang turut berkait pula dengan industri politik.

Kita akan melihat bagaimana orang politik, khususnya dari PKR dan DAP mempolitikkan perkara ini bermula dengan desakan mereka agar Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana kononnya telah mengganggu orang politik.

PENGIKUT ANWAR IBRAHIM MOGOK LAPAR PULAK... KITA TENGOK ADAKAH MEREKA AKAN MOGOK SAMPAI MATI DALAM TEMPOH 48!

· 8 comments

Tepat jam 8:00 pagi tadi, sekumpulan 10 orang penyokong tegar Anwar Ibrahim telah mengadakan mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh. Atau lebih tepat lagi di seberang pintu masuk utama Penjara Sungai Buloh dengan menjadikan tempat menunggu bas sebagai lokasi utama mereka.

Ketua mereka adalah Gunasekaran 1/l Kuppan yang merupakan bekas calon Ketua PKR Cabang Hulu Selangor. dan S.Manikavasagam yang merupakan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.


Gunasekaran telah mendirkan sebuah khemah di seberang jalan. Terdapat satu kain rentang bersaiz 6 x 12 kaki digantung di tempat menunggu bas bertulis, 'MOGOK LAPAR, KITABANGKIT KITALAWAN'.

Seramai 10 orang penyokong telah terlibat dalam mogok lapar tersebut yang turut diketuai oleh Gunasekaran.

Bagaimanapun, untuk melihat ada orang mati tidak makan semata-mata kerana mogok lapar dan menggunakan mogok lapar untuk membebaskan Anwar Ibrahim, tidak akan kesampaian kerana difahamkan, mogok lapar itu hanya berlangsung selama 48 jam sahaja.



Pada masa yang sama, mogok lapar tersebut tidak menghalang peserta-peserta daripada minum air dan susu!

Mogok lapar jenis Anwar Ibrahim juga nih... sendiri liwat tetapi salahkan orang lain

KHAZANAH NASIONAL UPAH BEKAS KETUA AMK SELANGOR UNTUK KETUAI UNIT ICT?

Friday, 20 March 2015 · 11 comments


Selepas JAKIM didedahkan sebagai sarang pengkhianat dan pemalsu yang diberi gaji serta diupah oleh Kerajaan Malaysia, kini satu lagi pendedahan yang amat mengejutkan pula dibuat.

Dikhabarkan bekas Ketua AMK Selangor, IRWAN ISMAIL telah dilantik sebagai Naib Presiden Kanan yang mengetuai ICT Khazanah Nasional!

Apakah benar IRWAN ISMAIL yang menjadi Ketua ICT Khazanah Nasional merupakan orang yang sama dengan IRWAN ISMAIL bekas Ketua AMK Selangor yang pernah tumpang semangkuk dalam mempopularkan video lucah Anwar Ibrahim dengan menyalahkan pihak polis kerana 'enggan' bertindak ke atas blogger-blogger pro-UMNO? (RUJUK SINI)

Adakah ini merupakan kaedah yang menyebabkan dan membolehkan Rafizi Ramli serta Tian Chua memperolehi banyak maklumat yang membolehkan mereka melakukan fitnah dan putarbelit fakta secara pantas?

Keberadaan golongan yang kuat menyokong Pakatan Rakyat dan menjadi penyumber maklumat kepada Pakatan Rakyat dalam agensi-agensi kerajaan sememangnya tidak boleh dipersoalkan dan dinafikan. Jumlah mereka sangat ramai.


Sememangnya, setiap orang rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih parti politik yang mereka minati dan cenderung. Namun apabila banyak maklumat-maklumat rahsia yang didedahkan dan kemudian diputarbelitkan seperti yang dilakukan oleh Rafizi Ramli serta Tony Pua, Akta Rahsia Rahmi bagaikan tidak lagi berfungsi. Malah seringkali diperolok-olokkan oleh Rafizi Ramli dan Pakatan Rakyat menerusi istilah 'whistleblower'.

JAKIM merupakan agensi kerajaan terbaharu menyerlahkan peranan pengkhianat selepas Kementerian Kewangan sehinggakan teks bajet tahunan terpaksa dibuat secara dummy.

Kalaulah benar Irwan Ismail itu merupakan Irwan Ismail bekas Ketua AMK Selangor, pihak yang berkaitan dalam Khazanah Nasional perlu menjawab, mengapa mereka tidak langsung menapis dan melakukan saringan sehinggakan golongan yang tidak boleh dipercayai dan cenderung untuk melakukan pengkhianatan berada dalam agensi berkenaan.

Harap-harap, hanya nama yang sama, tetapi individu yang berlainan.... dan harap-harap jugalah, Irwan Ismail Ketua ICT Khazanah Nasional itu, bukanlah individu yang terdapat dalam daftar pemilih SPR.

FITNAH HANTARAN USD500 RIBU, JAKIM AMBIL MASA SELAMA DUA HARI UNTUK MENJAWAB!

· 6 comments


Lambat dan Khianat!

Itulah yang boleh dikatakan kepada JAKIM di atas kelambatan mereka memberikan reaksi berhubung fitnah yang dilakukan oleh 'orang dalam' berhubung surat pengesahan nikah anak perempuan Perdana Menteri dan isterinya.

Berdasarkan klip video pernikahan, wang hantaran untuk anak Perdana Menteri itu hanyalah RM5000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Sahaja), bukannya USD500,000 sebagaimana yang disebarkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat dan masih diperkatakan sehingga ke saat ini untuk tujuan menyindir dan memomok-momokkan Najib Abdul Razak dan para penyokong Barisan Nasional.

Daripada JAKIM sendiri didedahkan bahawa surat pengesahan nikah palsu tersebut datangnya daripada kalangan kakitangan atau lebih tepat disebut 'orang dalam' JAKIM yang sudah tentu bertujuan jahat.


Umum mengetahui, JAKIM merupakan sarang kepada golongan yang amat memusuhi kerajaan tetapi masih mahu bekerja dengan kerajaan yang mereka musuhi atas alasan, wang gaji yang mereka terima bukanlah wang dari Barisan Nasional sebaliknya daripada cukai rakyat. Menariknya mereka terlupa bahawa pengurus dan pentadbiran negara ini adalah Barisan Nasional, sekaligus secara tidak langsung menjadikan Barisan Nasional adalah majikan mereka.

Sebabnya, mana-mana parti yang menjadi Kerajaan Malaysia, akan mengurus dan mentadbir Kerajaan menjadikan para kakitangan perkhidmatan awam tertakluk di bawah pekeliling serta peraturan yang dibuat oleh kerajaan sedia ada atau kerajaan semasa.


Sudah lama cerita tentang pengkhianat yang berada di dalam JAKIM, enggan melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan tetapi banyak serta pintar memberi alasan selain menyalahkan kerajaan sedia ada walaupun sebenarnya mereka yang MALAS BEKERJA, diketahui oleh rakyat Malaysia. Pengurusan dan pentadbiran JAKIM cukup lemah dan terlalu lambat bertindak.

Pengesahan bahawa penyebaran surat pengesahan nikah palsu itu adalah dibuat oleh ORANG DALAM, sememangnya tidak mengejutkan langsung kerana perkara berkenaan sudah berlaku semenjak lama dahulu. Yang cuma mengejutkan nanti ialah seandainya pengurusan dan pentadbiran JAKIM benar-benar bertindak menangani pengkhianat dan pemecah amanah itu!

Yang menariknya, mengapa Asyraf Wajdi dari YADIM yang memberikan penjelasan. Apa sudah jadi dengan JAWI dengan komunikasi korporat dan Ketua Pengarah JAKIM? Adakah mereka terlalu sibuk berzikir di masjid sampai terlupa ada tanggungjawab lain yang perlu mereka perjelaskan?

Elok letak jawatan sahajalah puak-puak lembab nih... itu pun ada hati nak bersara pada usia 62 tahun!

KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

· 3 comments

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

SPAD, HAMID ALBAR DAN LIM GUAN ENG... ADAKAH MEREKA RAKAN SUBAHAT?

· 2 comments

Berita dan pengumuman anak lelaki Allahyarham Jaafar Albar bahawa tambang teksi dan bas ekspress dinaikkan, telah menyebabkan semua orang marah, sekalipun ramai daripada mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi dan bas ekspress.

Allahyarham Syed Jaafar Albar semasa hidupnya digelar sebagai SINGA UMNO kerana kelantangannya ke atas Lee Kuan Yew. 

Malahan, Syed Hamid yang mendapat jolokan baru sebagai KODOMO LION, menerima kecaman paling buruk kerana pengumuman dan keputusan yang dibuat, di luar mesyuarat Kabinet. Malah ada yang membuat andaian, pengumuman tentang kenaikan tambang tersebut dikatakan, telah dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Kabinet.


Difahamkan dalam berita terbaru, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengarahkan SPAD agar membatalkan kenaikan harga tambang sepertimana yang diumumkan oleh Syed Hamid Albar. Namun berita tersebut masih lagi bersifat spekulasi selagi tiada pemberitahuan atau pengumuman rasmi.

Walau apa pun yang diumumkan, persepsi rakyat sekarang sudah jelas. SPAD sedang mengusahakan kerja 'TIKAM BELAKANG' terutama ke atas Najib Abdul Razak membabitkan GST dan dasar-dasar negara terhadap rakyat marhein.

Dengan kata lain, walaupun Najib seringkali menyatakan, Rakyat Didahulukan tetapi banyak agensi serta orang-orang kepercayaan yang dilantiknya sendiri bertindak sebaliknya.



Ia tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Berita kenaikan tarif air sebanyak 400% langsung tidak diperkatakan, dikutuk mahupun dibenci oleh mereka yang kononnya memperjuangkan kedudukan rakyat marhein.

Selama 19 tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh GERAKAN tidak pernah menaikkan kadar air sekaligus menjadikan kadar air Pulau Pinang merupakan yang paling rendah di Malaysia.

Namun selepas DAP mengambil alih Kerajaan Negeri, kadar tarif air telah dinaikkan sebanyak tiga kali termasuklah memperkenalkan surcaj air pada tahun 2011 yang mana ia tidak pernah wujud sebelum itu dan kemudiannya menggandakannya pada tahun 2013.

Pengguna domestik telah bertambah sebanyak 16.7% dan sehingga 30% bagi pengguna tegar. Namun bagi pengguna komersial, tarif air telah meningkat lebih dramatik iaitu sehingga 400% untuk harga asas dan sekali ganda bagi penggunaan air pada kadar normal.

Peninggatan ini menjadikan peningkatan kadar tambang SPAD tidak ubah seperti permainan kanak-kanak!


Menariknya, Perbadanan Air Pulau Pinang meminta penambahan bekalan air mentah secara percuma dari Kerajaan Negeri Kedah sedangkan air itu kemudiannya dikenakan bayaran setinggi 400% daripada kadar asal. Kerajaan Negeri Kedah pula, tidak mendapat apa-apa walaupun air yang diniagakan oleh Perbadanan Air Pulau Pinang itu adalah air dari Negeri Kedah.

Apa yang dilakukan oleh Pulau Pinang sebenarnya cukup mudah untuk dikesan. Lim Guan Eng tidak akan menurunkan kadar air yan telah dinaikkan itu walau apa cara sekalipun. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah yang akan dipersalahkan, kononnya enggan bekerjasama dengan Negeri Pulau Pinang membekalkan air mentah sehinggakan KErajaan Negeri Pulau Pinang perlu menaikkan kadar tarif air agar rakyat lebih berjimat.

Nampak tak permainan puak-puak ni?

PKR TIDAK BENARKAN PEMBINAAN MASJID IBU PEJABAT POLIS DAERAH PENAMPANG DITERUSKAN DAN DESAK DIBATALKAN!

Thursday, 19 March 2015 · 15 comments



Di Malaysia terutama sekali di kawasan bermajoriti Islam, penduduk bukan Islam tetap diberikan kebebasan untuk membina rumah ibadat masing-masing. Malah banyak rumah ibadat dibina di atas tanah persendirian dan tanah kerajaan secara haram dan apabila rumah ibadat tersebut hendak diruntuhkan, kerajaan bukan sahaja terpaksa membayar pampasan, sebaliknya turut perlu menyediakan tapak yang lain sekalipun status rumah ibadat tersebut adalah haram.

Secara tidak langsung, umat Islam telah diajar untuk menghormati keperluan beragama umat yang lain.

Berbeza dengan PKR dan Pakatan Rakyat yang melihat agama adalah sesuatu yang boleh dipolitikkan terutama sekali bagi membolehkan pecah dan belah berlaku.

Contoh terbaik ialah di Penampang apabila ADUN PKR Moyog, Terence Siambun mengeluarkan satu kenyataan membantah keperluan umat Islam di Penampang untuk sebuah masjid. Dia mendakwa, pembinaan masjid tersebut adalah tidak perlu kerana majoriti penduduk di Penampang adalah beragama Kristian.

Kalaulah alasan itu yang digunakan, bermakna semua rumah ibadat bukan Islam di kawasan-kawasan bermajoriti umat Islam perlu dirobohkan dan diruntuhkan serta tidak dibenarkan beroperasi langsung.

Selain itu, Terence Siambun turut mempertikaikan tindakan JAKIM dan JHEINS yang menaiktarafkan surau IPD kepada masjid. Menurutnya, surau tersebut hanya untuk kegunaan kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang, jadi tidak perlulah dinaiktarafkan menjadi masjid.


Pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang mula dinaiktarafkan menjadi masjid pada September 2012. Premis itu telah mendapat pengiktirafan JHEINS untuk solat Jumaat. Selain itu turut mendapat peruntukan daripada pihak JHAEINS sebanyak RM440,000 bagi pembinaan bangunan baru. Kontraktor pembinaan adalah Syarikat Razima Enterprise dan Shah Architect.

Menariknya, Majlis Perbandaran Penampang memberitahu,t iada sebarang surat pemberitahuan berhubung dengan projek pembinaan masjid itu daripada pihak pemaju. Sehubungan itu, pihak Majlis Daerah dikatakan akan mengeluarkan surat untuk memberhentikan sementara pembinaan Masjid Al-Fattah.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Penampang juga dari PKR, Darrell Leiking turut mempersoalkan kewajaran kewujudan masjid di Penampang. Masjid tidak dibenarkan wujud langsung di Penampang dengan alasan, majoriti penduduk adalah beragama Kristian.

PKR dengan kerjasama DAP sudah berjaya menghalang pembinaan masjid di Kampung Kohizan, Jalan Pintas Donggonngon-Kepayan, juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Umat Islam di kawasan majoriti tidak dibenarkan mempunyai sebarang hak sepertimana yang ditekankan oleh PKR. Bukan sahaja tidak dibenarkan bersolat, membina sebarang bangunan untuk beribadat dalam Islam juga tidak dibenarkan dan akan dibantah dengan alasan, penduduk majoriti di kawasan tersebut adalah Kristian.

Untuk makluman, masjid yang paling dekat untuk umat Islam di Penampang adalah di Masjid Negeri Sembulan yang terletak jauh dan perlu melalui jalan sesak.

Yang dipersoalkan sekarang ialah, ke mana hilangnya suara PAS Sabah? Mana Lahiru Latigu, Ketua Pemuda PAS Sabah yang sebelum ini cukup menghentam UMNO yang disifatkannya tidak cukup Islam. Di mana Anuar Ali, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah yang bercakap besar kononnya merekalah pejuang Islam di Sabah, sedangkan isu pembinaan Masjid Al-Fattah IPD Penampang dan Masjid Kampung Kohizan telah pun diperjuangkan oleh UMNO Sabah bagi keperluan umat Islam tanpa mengira fikrah politik?


Baru menguasai beberapa DUN dan Parlimen sahaja, tetapi DAP terutama wakilnya yang bukan beragama Islam, sudah menunjukkan taring. Kalaulah mereka berkuasa, jangan hairan jikalau mereka langsung tidak membenarkan Solat Jumaat didirikan kerana beranggapan ia adalah satu demonstrasi besar-besaran dan lubuk menternak pengganas seperti yang dituduh oleh Peguam PKR, Eric Paulsen tidak lama dahulu. Besar kemungkinan juga, Al Quran akan dibakar dan azan tidak lagi dibenarkan kerana dikatakan mengganggu orang bukan Islam sepertimana yang didakwa oleh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong. (RUJUK SINI)

Seorang pengundi Islam di Penampang ketika memaklumkan perkara ini, turut berkata:

"Buat kakitangan kerajaan baik Pusat dan Negeri terutama guru-guru dan ustaz yang merupakan pengundi di Penampang pada PRU-13 lalu yang telah mengundi memilih Ahli Parlimen dan ADUN dari PKR, sekarang takkanlah tak sedar lagi. Pemimpin yang mereka pilih dahulu adalah musuh umat Islam. Buat mereka yang beragama dan telah memilih PKR dahulu, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak."

LARI DARIPADA DITEKAN KERANA GAGAL MENEKAN PAS BERHUBUNG HUDUD, DAP HIDUPKAN KEMBALI ISU TEOH BENG HOCK

· 0 comments

Isu Teoh Beng Hock telah dipergunakan oleh DAP semenjak sekian lama. Proses Mahkamah Koroner yang tidak memuaskan hati ramai orang, telah diambil kesempatan oleh DAP, apatah lagi semasa proses di mahkamah koroner, beberapa nama di kalangan pemimpin DAP telah disebut sebagai punca kematian Teoh Beng Hock.

DAP dan keluarga Teoh Beng Hock tetap menuduh SPRM yang menyebabkan kematian bekas pembantu peribadi Ean Yong Hian Wah. Faktor keberadaan Ahli Majlis MPKj, Tan Boon Wah yang merupakan orang terakhir berada bersama-sama Teoh Beng Hock dan dilihat memarahi serta menyuruh Teoh Beng Hock mati, langsung tidak disebut atau dibangkitkan oleh DAP.

Ini adalah kerana Tan Boon Wah adalah kroni utama Ean Yong Hian Wah, manakala Teoh Beng Hock pula adalah saksi SPRM yang diperlukan oleh SPRM dalam bentuk hidup untuk mendedahkan penyelewengan serta skandal kewangan Ean Yong Hian Wah.

Isu hudud adalah isu yang besar. DAP sedar, masyarakat Cina sangat marah kerana cakap besar DAP tentang kekuasaan mereka ke atas PAS, terbukti hanya cakap kosong. PAS dengan bantuan dan kerjasama UMNO dapat meluluskan enakmen Undang-Undang Syariah (II) Kelantan yang membawa kepada perlaksanaan hudud.

Sekarang pun, UMNO memiliki 88 kerusi Parlimen (BN-133 kerusi) dan PAS pula memiliki 21 kerusi Parlimen. Pembentangan di Parlimen pasti akan membolehkan PAS mendapat majoriti mudah walaupun bukan 2/3 majoriti. Kecuali Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PKR akan turut sama menyokong sekaligus meninggalkan MCA, MIC dan GERAKAN sebagai golongan minoriti dalam Parlimen.

Tidak seperti kebiasaan, isu yang banyak memberikan kelebihan kepada DAP, biasanya akan diheret panjang dan lama. Tetapi dalam isu hudud, DAP seperti kelam-kabut dan tidak mahu menunggu lama, walaupun beberapa orang pemimpin DAP cuba untuk menimbulkan kontroversi dengan menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Isu terbaik yang dikeluarkan oleh DAP sekarang adalah isu Teoh Beng Hock meskipun pada masa yang sama, seandainya terdapat desakan dan keputusan pihak berkuasa untuk menyambung siasat kes tersebut, DAP terpaksa menyerahkan ramai pemimpin DAP Selangor mereka, termasuklah Ahli-Ahli Majlis MPKj pada ketika Teoh Beng Hock DIMARAHI (ni lor)  Tan Boon Wah (RUJUK SINI) dan Ean Yong Hian Wah.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks