ARAHAN BUNUH 'ANJING GILA' DI PULAU PINANG... Mujur Lim Guan Eng Tak Salahkan Barisan Nasional, UMNO dan Najib

Monday 21 September 2015

Ramai penyokong DAP sendiri menyuarakan kemarahan kepada Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas anjing-anjing tidak bertuan di seluruh Pulau Pinang. Gambar-gambar 'kekejaman' tersebut telah diviralkan dan disiarkan oleh mereka menerusi media-media sosial.

Pengisytiharan bahawa tiga buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sedang menghadapi wabak anjing gila, menyebabkan pentadbiran Lim Guan Eng mengambil langkah drastik bertujuan untuk membendung dan mengurangkan ancaman rabbies atau penyakit anjing gila yang dibawa oleh anjing-anjing tidak bertuan.

Hari ini sahaja, terdapat laporan tentang satu lagi serangan ke atas manusia membabitkan anjing tidak bertuan di Balik Pulau. Seorang warga tua berusia 65 tahun telah diserang oleh seekor anjing tidak bertuan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa berjaya menangkap anjing terbabit dan haiwan tersebut segera dilupuskan.

Beberapa badan bukan kerajaan NGO yang tidak peduli tentang wabak anjing gila, cuba menjadi hero menyelamatkan anjing-anjing tidak bertuan yang hidup liar itu. (RUJUK SINI) Sekian lama, anjing-anjing tersebut terbiar dan bebas merayau ke sana ke mari, tiada sebarang suara daripada NGO tersebut, kini keputusan melupuskan haiwan-haiwan berkenaan, mula diperkatakan dan dipersoalkan.

Agak menarik juga apabila Lim Guan Eng memilih untuk mendiamkan diri apabila dia diserang oleh orang-orangnya dan para penyokongnya sendiri dalam isu ini. Selalunya, Lim Guan Eng cepat-cepat menjawab dan kemudian mengalihkan kesalahannya kepada Kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.

Dalam apa juga masalah yang ditimbulkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah mengakui perbuatannya, bahkan dia akan mencuri kredit UMNO dan Barisan Nasional, sepertimana dia melakukannya dalam pemberian peruntukan untuk sekolah-sekolah agama sedangkan peruntkan tersebut datangnya daripada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO. Begitu juga dengan pembinaan rumah mampu milik oleh PERDA, cuba diperakui oleh DAP dan Lim Guan Eng serta para penyokong mereka, sedangkan satu-satunya cadangan untuk membina rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP, hanya di kawasan Batu Kawan yang masih lagi dalam peringkat perbincangan walaupun sudah enam tahun berlalu.

Pembunuhan anjing-anjing jalanan ini masih berjalan di Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang sebelum ini dengan bangganya mengumumkan Pulau Pinang sebagai negeri terbersih, hijau dan tersusun, kini giat memulihkan imejnya menerusi pembunuhan haiwan berkenaan termasuklah memecat anak saudara Karpal Singh yang menentang keputusan membunuh anjing-anjing berkenaan.

Mujurlah Lim Guan Eng, atau Nga Kor Ming tidak menyalahkan Najib dan Rosmah Mansor kerana terpaksa membunuh anjing di Pulau Pinang!

1 comment:

  1. tangkap semua anjing gila....letak semua kat rumah diorang.....sanggup ke?????

    ReplyDelete

ARAHAN BUNUH 'ANJING GILA' DI PULAU PINANG... Mujur Lim Guan Eng Tak Salahkan Barisan Nasional, UMNO dan Najib

Monday 21 September 2015 ·

1 comments:

Anonymous said...
23 September 2015 at 10:57  

tangkap semua anjing gila....letak semua kat rumah diorang.....sanggup ke?????

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks