MENGEJUTKAN! 54 KAMPUNG, 3 SEKOLAH DI DUN BALAI RINGIN, SARAWAK BELUM ADA KEMUDAHAN ASAS!

Friday, 11 December 2015


Bekalan air, jalan raya dan sekolah adalah antara keperluan yang amat mendesak bagi kawasan Balai Ringin yang menuntut perhatian segera daripada kerajaan.

Menurut ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, masih terdapat beberapa kampung di kawasannya yang belum mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Jelas beliau, antara sebabnya ialah sesetengah kampung terletak di pedalaman dan jauh dari jalan raya utama serta sumber air graviti tidak terdapat di beberapa tempat untuk membekalkan air bersih.

Malah, katanya untuk membekal air bersih kepada kampung-kampung ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia tidak terletak secara berkelompok.

Justeru, beliau mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji Sungai Sabal untuk digunakan menjadi pusat atau loji pemprosesan air bersih bagi kawasan Sabal, Simpang Punda dan Telagus.

“Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada 54 kampung dan tiga sekolah rendah (SK Telagus, SK Sg Pinang dan SK Padang Pedalai) yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari Sungai Sabal,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Selain itu, Snowdan berkata kemudahan jalan raya juga sangat diperlukan kerana terdapat beberapa kampung yang terletak jauh dari jalan utama selain terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukau dan licin pada musim hujan.

Katanya kampung-kampung terlibat ialah Kampung Ubah, Kampung Empaling, Kampung Isu, Kampung Gayau, Kampung Sapak, Kampung Keranggas, Kampung Tabong, Kampung Menangkin, Kampung Muding, Kampung Tuba di daerah kecil Pantu serta Kampung Mentu dan Kampung Mugah di daerah Simunjan.

“Ada laporan mengatakan amat sukar memandu pada waktu malam di jalan tersebut bahkan ada dilaporkan seorang ibu yang hendak bersalin tidak dapat sampai ke klinik berdekatan dan meninggal dunia dalam perjalanan… ini sangat menyedihkan,” katanya.

Manakala, beliau menambah sebuah lagi sekolah menengah turut diperlukan di kawasan Balai Ringin kerana ketika ini, keperluan amat mendesak disebabkan SMK Balai Ringin sudah penuh.

“Bukan sahaja sesak malah sesetengah bilik darjah dan asrama pelajar sudah berusia lebih 40 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Snowdan berkata beberapa sekolah rendah kebangsaan juga memerlu-kan perhatian khusus kerana sudah usang seperti SK Nyelitak, SK Tuba, SK Sebangkoi, SK Muding, SK Mentu, SK Gawang, SK Semada, SK Jaong, SK Abok dan SK Kedumbai. (SUMBER)


2 comments:

  1. bukan sahaja kt sarawak tetapi kt johor pun ada kg yg masih belum dpt bekalan air bersih dari zaman TSMY jd MB Johor lagi..kg sg penderam kongkong masai johor

    ReplyDelete
  2. sekolah SK SG Entebu Saratok juga perlukan perhatian..hampir keseluruhan block bangunan sudah usang..kalau boleh bekalkan lh kemudahan ICT untuk murid2 sekolah rendah supaya apabila mereka masuk secondary school tidak "kejutan budaya"..Thankyou kalau problem ini diambil tindakan..

    ReplyDelete

MENGEJUTKAN! 54 KAMPUNG, 3 SEKOLAH DI DUN BALAI RINGIN, SARAWAK BELUM ADA KEMUDAHAN ASAS!

Friday, 11 December 2015 ·


Bekalan air, jalan raya dan sekolah adalah antara keperluan yang amat mendesak bagi kawasan Balai Ringin yang menuntut perhatian segera daripada kerajaan.

Menurut ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, masih terdapat beberapa kampung di kawasannya yang belum mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Jelas beliau, antara sebabnya ialah sesetengah kampung terletak di pedalaman dan jauh dari jalan raya utama serta sumber air graviti tidak terdapat di beberapa tempat untuk membekalkan air bersih.

Malah, katanya untuk membekal air bersih kepada kampung-kampung ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia tidak terletak secara berkelompok.

Justeru, beliau mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji Sungai Sabal untuk digunakan menjadi pusat atau loji pemprosesan air bersih bagi kawasan Sabal, Simpang Punda dan Telagus.

“Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada 54 kampung dan tiga sekolah rendah (SK Telagus, SK Sg Pinang dan SK Padang Pedalai) yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari Sungai Sabal,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Selain itu, Snowdan berkata kemudahan jalan raya juga sangat diperlukan kerana terdapat beberapa kampung yang terletak jauh dari jalan utama selain terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukau dan licin pada musim hujan.

Katanya kampung-kampung terlibat ialah Kampung Ubah, Kampung Empaling, Kampung Isu, Kampung Gayau, Kampung Sapak, Kampung Keranggas, Kampung Tabong, Kampung Menangkin, Kampung Muding, Kampung Tuba di daerah kecil Pantu serta Kampung Mentu dan Kampung Mugah di daerah Simunjan.

“Ada laporan mengatakan amat sukar memandu pada waktu malam di jalan tersebut bahkan ada dilaporkan seorang ibu yang hendak bersalin tidak dapat sampai ke klinik berdekatan dan meninggal dunia dalam perjalanan… ini sangat menyedihkan,” katanya.

Manakala, beliau menambah sebuah lagi sekolah menengah turut diperlukan di kawasan Balai Ringin kerana ketika ini, keperluan amat mendesak disebabkan SMK Balai Ringin sudah penuh.

“Bukan sahaja sesak malah sesetengah bilik darjah dan asrama pelajar sudah berusia lebih 40 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Snowdan berkata beberapa sekolah rendah kebangsaan juga memerlu-kan perhatian khusus kerana sudah usang seperti SK Nyelitak, SK Tuba, SK Sebangkoi, SK Muding, SK Mentu, SK Gawang, SK Semada, SK Jaong, SK Abok dan SK Kedumbai. (SUMBER)


2 comments:

gabenor johor said...
11 December 2015 at 18:04  

bukan sahaja kt sarawak tetapi kt johor pun ada kg yg masih belum dpt bekalan air bersih dari zaman TSMY jd MB Johor lagi..kg sg penderam kongkong masai johor

frankie jones said...
2 January 2016 at 09:18  

sekolah SK SG Entebu Saratok juga perlukan perhatian..hampir keseluruhan block bangunan sudah usang..kalau boleh bekalkan lh kemudahan ICT untuk murid2 sekolah rendah supaya apabila mereka masuk secondary school tidak "kejutan budaya"..Thankyou kalau problem ini diambil tindakan..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks