Walaupun mereka tidak dapat membuktikan teori yang mereka popularkan, namun rata-rata para penyokong mereka sependapat bahawa BRIM adalah sesuatu yang menjijikkan, sesuatu yang sangat kotor, malah BRIM langsung tidak selayaknya berada dalam masyarakat.
Sekali imbas, mereka yang selama ini memberikan gambaran kononnya mereka amat anti dengan rasuah, sentiasa mendesak tentang keperluan integriti tahap tinggi, kejujuran luar biasa, bahkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan 'wang rakyat' untuk dibazirkan seperti BRIM, akan mendidik masyarakat penyokong mereka agar membenci, menjauhi dan menentang BRIM.
Tetapi seperti biasalah...
Rupa-rupanya asal saja wang, mereka terus melupakan prinsip yang dipegang. Malah, Ahli-Ahli Parlimen dan para pemimpin DAP terus melupakan tentang 'perjuangan anti-rasuah' mereka apabila mengajak para penyokong mereka beramai-ramai mengisi borang BRIM, malah turut membantu memudahkan para penyokong mereka mendapatkan wang tersebut.
Cakap tidak serupa bikin!!!
Tetapi terbukti, mereka juga yang paling awal, paling terkinja-kinja, paling efektif dan paling menonjol untuk mendapatkan wang yang mereka labelkan sebagai wang rasuah.
0 comments:
Post a Comment