1000 ORANG TIDAK PEDULI AMARAN KETUA POLIS AGAR S4S BERHENTI DARIPADA HASUT SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA!

Wednesday 22 July 2015


Amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara agar S4S tidak mengadakan himpunan di Kuching, nampaknya tidak dihiraukan oleh 1000 orang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia itu.

Padang Jubilee di Kuching menyaksikan lebih kurang 1000 orang muncul untuk sambutan '722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk' walaupun sehari sebelumnya, Ketua Polis Negara memberi amaran, polis akan menahan dan menangkap penganjur serta ahli jawatankuasa S4S.

Bagaimanapun jangkaan awal 6000 orang dari seluruh Sarawak akan menyertai perhimpunan tersebut, ternyata meleset jauh. Polis sebelum itu telah mendapat maklumat yang penganjur merancang untuk menggunakan perhimpunan tersebut sebagai platform untuk melakukan hasutan dan mempengaruhi rakyat Sarawak dengan idea pemisahan dari Malaysia.

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan Sarawak For Sarawakians (S4S) dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan tersebut dengan berselindung di sebalik memori kemerdekaan Sarawak dari Britih pada 22 Julai 1963. 

Para peserta kebanyakannya mengenakan t-shirt hitam yang dicetak dengan slogan, 'Sarawak for Sarawakinas', berarak atau menunggang motosikal lebih kurang 1.5 kilometer ke Padang Rekreasi Song Kheng Khai, sambil diperhatikan dan dipantau oleh polis.

Mereka turut membawa bendera negera dan pemidang yang tertera perkataan, 'Peace', 'Harmony', 'Education Autonomy,' dan 'Healthcare Autonomy'.

Apakah tindakan polis dalam isu ini? Adakah polis hanya akan membiarkan sahaja atau kata-kata Ketua Polis Negara akan dikotakan menerusi tindakan ke atas Ketua-Ketua S4S dan AJKnya yang kebanyakan daripada mereka didalangi oleh DAP selain menggunakan tenaga Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan untuk menunjukkan kononnya S4S merupakan dokongan anak negeri, bukannya golongan yang memiliki rumah-rumah besar di bandar-bandar besar di seluruh Sarawak atau yang membolot projek-projek penebangan balak serta projek-projek besar yang lain?

4 comments:

  1. Cuba bayangkan kalau ISA tak mansuh ada berani pengkhianat negara nak buat demo....nasib la Ah Jib Gor.

    ReplyDelete
  2. Mana ROS haramkan sahaja DAP. Kenapa, ada talibarut DAP dalam ROS. Jika UMNO pun pernah diharamkan zaman Tun ini kan pula DAP.

    SPRM tak mau siasat kah ROS. Banyak sangat pertubuhan2 penghasut yang daftar dengan ROS. Tak akan tiada permantauan kah.

    ReplyDelete
  3. Sejak bila urusan pemisahan jadi isu rasuah? Macam ni Tan Sri Abu Kassim boleh mati tegak jawabnya..

    ReplyDelete
  4. Zahid mana? Sibuk makan lemang lagi ke?Orang Sarawak ooops salah orang cina Sarawak dah sibuk nak keluar dari Msia ,Zahid diam je?Mana dia akta hasutan atau akta yang bersangkut paut menderhaka kepada Agong?mereka ni sama je dengan kes Lahad Datu cuma mereka tak guna keganasan atau tentera tetapi mereka menghasut rakyat dan cara ni lagi merbahaya macm Kanser tak nampak tapi bila tahu,dah terlambat

    ReplyDelete

1000 ORANG TIDAK PEDULI AMARAN KETUA POLIS AGAR S4S BERHENTI DARIPADA HASUT SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA!

Wednesday 22 July 2015 ·


Amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara agar S4S tidak mengadakan himpunan di Kuching, nampaknya tidak dihiraukan oleh 1000 orang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia itu.

Padang Jubilee di Kuching menyaksikan lebih kurang 1000 orang muncul untuk sambutan '722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk' walaupun sehari sebelumnya, Ketua Polis Negara memberi amaran, polis akan menahan dan menangkap penganjur serta ahli jawatankuasa S4S.

Bagaimanapun jangkaan awal 6000 orang dari seluruh Sarawak akan menyertai perhimpunan tersebut, ternyata meleset jauh. Polis sebelum itu telah mendapat maklumat yang penganjur merancang untuk menggunakan perhimpunan tersebut sebagai platform untuk melakukan hasutan dan mempengaruhi rakyat Sarawak dengan idea pemisahan dari Malaysia.

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan Sarawak For Sarawakians (S4S) dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan tersebut dengan berselindung di sebalik memori kemerdekaan Sarawak dari Britih pada 22 Julai 1963. 

Para peserta kebanyakannya mengenakan t-shirt hitam yang dicetak dengan slogan, 'Sarawak for Sarawakinas', berarak atau menunggang motosikal lebih kurang 1.5 kilometer ke Padang Rekreasi Song Kheng Khai, sambil diperhatikan dan dipantau oleh polis.

Mereka turut membawa bendera negera dan pemidang yang tertera perkataan, 'Peace', 'Harmony', 'Education Autonomy,' dan 'Healthcare Autonomy'.

Apakah tindakan polis dalam isu ini? Adakah polis hanya akan membiarkan sahaja atau kata-kata Ketua Polis Negara akan dikotakan menerusi tindakan ke atas Ketua-Ketua S4S dan AJKnya yang kebanyakan daripada mereka didalangi oleh DAP selain menggunakan tenaga Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan untuk menunjukkan kononnya S4S merupakan dokongan anak negeri, bukannya golongan yang memiliki rumah-rumah besar di bandar-bandar besar di seluruh Sarawak atau yang membolot projek-projek penebangan balak serta projek-projek besar yang lain?

4 comments:

Anonymous said...
22 July 2015 at 13:37  

Cuba bayangkan kalau ISA tak mansuh ada berani pengkhianat negara nak buat demo....nasib la Ah Jib Gor.

Anonymous said...
22 July 2015 at 13:42  

Mana ROS haramkan sahaja DAP. Kenapa, ada talibarut DAP dalam ROS. Jika UMNO pun pernah diharamkan zaman Tun ini kan pula DAP.

SPRM tak mau siasat kah ROS. Banyak sangat pertubuhan2 penghasut yang daftar dengan ROS. Tak akan tiada permantauan kah.

Ted Manoff said...
22 July 2015 at 15:00  

Sejak bila urusan pemisahan jadi isu rasuah? Macam ni Tan Sri Abu Kassim boleh mati tegak jawabnya..

Anonymous said...
23 July 2015 at 20:11  

Zahid mana? Sibuk makan lemang lagi ke?Orang Sarawak ooops salah orang cina Sarawak dah sibuk nak keluar dari Msia ,Zahid diam je?Mana dia akta hasutan atau akta yang bersangkut paut menderhaka kepada Agong?mereka ni sama je dengan kes Lahad Datu cuma mereka tak guna keganasan atau tentera tetapi mereka menghasut rakyat dan cara ni lagi merbahaya macm Kanser tak nampak tapi bila tahu,dah terlambat

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks