Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, lelaki itu ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan dijangka dibebaskan atas jaminan polis pada Khamis
Suspek didakwa mewujudkan dan mengendalikan halaman Facebook itu dengan mendakwa ia mempunyai kaitan dengan Papagomo yang sebenar, iaitu penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang ditahan kerana didakwa memuat naik maklumat tidak benar yang memberi kesan kepada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.
Halaman Facebook itu mengeluarkan status perkauman dan memutarbelitkan insiden pergaduhan baru-baru ini membabitkan pusat membeli-belah lain.
Suspek turut memuat naik kononnya merupakan perbualan aplikasi WhatsApp antaranya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwa meminta imbuhan untuk "menyelesaikan" kes Papagomo ketika itu.
Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan itu, manakala Papagomo yang sebenar dan peguamnya menjauhkan diri daripada halaman Facebook itu.
Lelaki itu ditahan di kediaman di Bandar University Seri Iskandar pada Rabu, di mana polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan halaman berkenaan.
Mung bslakuti ning mabuk ke apa?
ReplyDelete