Keluhan 'ZAHRA' Undang Pelbagai Reaksi dan Cemuhan

Saturday 11 July 2015

Ucapan seorang wanita yang dikatakan graduan universiti yang mengeluh kerana masih tidak mampu mengimbangi kehidupan zaman kini. Hidup dalam bayangan kononnya berpendidikan tinggi selepas lulus, wanita tersebut meluahkan perasaannya kerana gajinya tidak berbaki pada hujung bulan, masih memandu kereta bapanya dan gagal membeli rumah sebaliknya hanya mampu menyewa bilik.

Amat malang kerana inilah realiti yang sedang berlaku di negara ini.

Mentaliti makan gaji, bergaji besar dan senang sekelip mata sudah membarah di dalam minda sebahagian besar anak-anak muda Melayu-Bumiputera di negara ini.

Hakikatnya ialah, setiap kesenangan datang dalam bentuk usaha yang berterusan dan mengambil masa. Keluar dari universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi dengan pekerjaan yang sudah sedia menunggu, bergaji besar serta memiliki pelbagai keistimewaan lain, tidak wujud dalam dunia ini.

Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini yang merealisasikan sebagaimana yang diinginkan oleh wanita bernama 'ZAHRA' itu.

Budaya sentiasa memerlukan tongkat daripada kerajaan, dibantu, diprihatin serta dipapah oleh kerajaan, sudah membarah di kalangan generasi muda di negara ini. Ketiadaan inisiatif diri dan terlalu bergantung kepada kerajaan, menyebabkan mereka sentiasa mengeluh dan menyalahkan keadaan.

Menariknya, pendatang asing dan haram yang datang ke negara ini sehelai sepinggang, tidak mengambil masa yang lama untuk mengubah nasib mereka. Malah ada pula yang menjadi tuan dan majikan di negara ini.

Pergi sahajalah ke Jalan Silang, atau Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tengok sendiri bagaimana pendatang asing dari Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang seringkali menduduki hierarki terbawah di negara ini, mampu menyewa premis perniagaan yang harganya sangat tinggi untuk berniaga.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh wanita bernama 'ZAHRA' dan kawan-kawan sepemikirannya, hakikatnya sikap bermanja-manjaan dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba adalah punca segala masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.

Tonton sendiri klip video yang disediakan di bawah ini.

9 comments:

  1. Belajar tinggi2 tp tidak mendapat keberkatan dari Allah sbb anda cuma nementingkan dunia..belajarlah dari Surah Mariam..anda pasti berjaya..Allah membenci umatnya yg Mengeluh dan Berputus Asa

    ReplyDelete
  2. Jgn salahkn dia tp salahkn jg bngsa melayu yg mmg mentaliti mereka bl belajar tinggi maka sumber rezeki hnya mkn gaji , tu blm lg yg bl anak hbis je bljr hbis segala sedara mra yg bekerja dgn kerajaan mereka mnta tlong , jd apa yg d paparkn oleh zahra ni adalah reality yg dh d tanam dr dulu lg . Tp yg hairanya kerajaan jg yg d salahkn

    ReplyDelete
  3. Ni sebenarnya masalah anak2 muda melayu keseluruhan bukan Zahra sahaja.... Malas berusaha,kerja sikit nak gaji banyak & berangan cepat kaya...

    ReplyDelete
  4. Najib tak control harga Rumah..

    masa Mahathir semua pemaju tak boleh letak harga mahal2..Nuar nak naik harga 25K ke 35 K pun tak boleh..

    Nak buat rumah mahal- 30% harga tu sebenrnya di tujukan ke rumah murah..

    Zaman Najib, Azmin & LGE, rumah malaysia untuk wraga asing China & Singapore..
    PKNS pun buat rumah mahal di Kampong.

    Harga PR1MA sekarang ialah harga rumah standard Zaman Madey..

    ReplyDelete
  5. Cakap senang lahhhh.... tak perlu makan gaji kononnnn,kena berniaga.Berniagalah tengokkkk kalau nak tau langit tinggi rendah.....

    ReplyDelete
  6. Berniaga ni bukan kerja senang ,itulah sebabnya mejoriti Melayu tak berani nak cebur diri.lalu cari jalan mudah dgn makan gaji terutama dgn gomen.Makn gaji dgn swasta pun Melayu kurang menyerlah,kerana kena kerja kuat juga,mereka tak mampu bersaing dgn org bukan Melayu,tapi bukan semua.Ada juga yg ok.Tapi yg main mengadu hal atas pentas macam Minah ni jangan harap lah,sure tak boleh buat kerja punya.

    ReplyDelete
  7. Saya sokong Zahra ..orang POLITIK jangan jadi sombong terimalah keluhan dan pendapat...

    ReplyDelete
  8. Anak orang politik pun berapa ramai yg boleh berniaga? Selain dari kontrek dan pow projek kerajaan, tak ada apa lagi yg dibanggakan..

    Setakat tau
    Amek lrojek bagi cina & kompeni asing siapa2 pun boleh buat..bagi beruk jadi ceo pun boleh..

    ReplyDelete
  9. Yg penting berkerja dan perbaiki taraf hidup srndiri dan kutangkan ceramah politik ...ceramah goreng dalam masjid pun kurangkan....banyak membaca kurangkan ceramah.....hihihi

    ReplyDelete

Keluhan 'ZAHRA' Undang Pelbagai Reaksi dan Cemuhan

Saturday 11 July 2015 ·

Ucapan seorang wanita yang dikatakan graduan universiti yang mengeluh kerana masih tidak mampu mengimbangi kehidupan zaman kini. Hidup dalam bayangan kononnya berpendidikan tinggi selepas lulus, wanita tersebut meluahkan perasaannya kerana gajinya tidak berbaki pada hujung bulan, masih memandu kereta bapanya dan gagal membeli rumah sebaliknya hanya mampu menyewa bilik.

Amat malang kerana inilah realiti yang sedang berlaku di negara ini.

Mentaliti makan gaji, bergaji besar dan senang sekelip mata sudah membarah di dalam minda sebahagian besar anak-anak muda Melayu-Bumiputera di negara ini.

Hakikatnya ialah, setiap kesenangan datang dalam bentuk usaha yang berterusan dan mengambil masa. Keluar dari universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi dengan pekerjaan yang sudah sedia menunggu, bergaji besar serta memiliki pelbagai keistimewaan lain, tidak wujud dalam dunia ini.

Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini yang merealisasikan sebagaimana yang diinginkan oleh wanita bernama 'ZAHRA' itu.

Budaya sentiasa memerlukan tongkat daripada kerajaan, dibantu, diprihatin serta dipapah oleh kerajaan, sudah membarah di kalangan generasi muda di negara ini. Ketiadaan inisiatif diri dan terlalu bergantung kepada kerajaan, menyebabkan mereka sentiasa mengeluh dan menyalahkan keadaan.

Menariknya, pendatang asing dan haram yang datang ke negara ini sehelai sepinggang, tidak mengambil masa yang lama untuk mengubah nasib mereka. Malah ada pula yang menjadi tuan dan majikan di negara ini.

Pergi sahajalah ke Jalan Silang, atau Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tengok sendiri bagaimana pendatang asing dari Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang seringkali menduduki hierarki terbawah di negara ini, mampu menyewa premis perniagaan yang harganya sangat tinggi untuk berniaga.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh wanita bernama 'ZAHRA' dan kawan-kawan sepemikirannya, hakikatnya sikap bermanja-manjaan dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba adalah punca segala masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.

Tonton sendiri klip video yang disediakan di bawah ini.

9 comments:

Gabenor johor said...
11 July 2015 at 14:21  

Belajar tinggi2 tp tidak mendapat keberkatan dari Allah sbb anda cuma nementingkan dunia..belajarlah dari Surah Mariam..anda pasti berjaya..Allah membenci umatnya yg Mengeluh dan Berputus Asa

Orang melayu said...
11 July 2015 at 14:41  

Jgn salahkn dia tp salahkn jg bngsa melayu yg mmg mentaliti mereka bl belajar tinggi maka sumber rezeki hnya mkn gaji , tu blm lg yg bl anak hbis je bljr hbis segala sedara mra yg bekerja dgn kerajaan mereka mnta tlong , jd apa yg d paparkn oleh zahra ni adalah reality yg dh d tanam dr dulu lg . Tp yg hairanya kerajaan jg yg d salahkn

Anonymous said...
11 July 2015 at 14:52  

Ni sebenarnya masalah anak2 muda melayu keseluruhan bukan Zahra sahaja.... Malas berusaha,kerja sikit nak gaji banyak & berangan cepat kaya...

Anonymous said...
11 July 2015 at 14:55  

Najib tak control harga Rumah..

masa Mahathir semua pemaju tak boleh letak harga mahal2..Nuar nak naik harga 25K ke 35 K pun tak boleh..

Nak buat rumah mahal- 30% harga tu sebenrnya di tujukan ke rumah murah..

Zaman Najib, Azmin & LGE, rumah malaysia untuk wraga asing China & Singapore..
PKNS pun buat rumah mahal di Kampong.

Harga PR1MA sekarang ialah harga rumah standard Zaman Madey..

Anonymous said...
11 July 2015 at 17:01  

Cakap senang lahhhh.... tak perlu makan gaji kononnnn,kena berniaga.Berniagalah tengokkkk kalau nak tau langit tinggi rendah.....

Anonymous said...
11 July 2015 at 17:47  

Berniaga ni bukan kerja senang ,itulah sebabnya mejoriti Melayu tak berani nak cebur diri.lalu cari jalan mudah dgn makan gaji terutama dgn gomen.Makn gaji dgn swasta pun Melayu kurang menyerlah,kerana kena kerja kuat juga,mereka tak mampu bersaing dgn org bukan Melayu,tapi bukan semua.Ada juga yg ok.Tapi yg main mengadu hal atas pentas macam Minah ni jangan harap lah,sure tak boleh buat kerja punya.

Anonymous said...
11 July 2015 at 19:08  

Saya sokong Zahra ..orang POLITIK jangan jadi sombong terimalah keluhan dan pendapat...

Anonymous said...
11 July 2015 at 19:14  

Anak orang politik pun berapa ramai yg boleh berniaga? Selain dari kontrek dan pow projek kerajaan, tak ada apa lagi yg dibanggakan..

Setakat tau
Amek lrojek bagi cina & kompeni asing siapa2 pun boleh buat..bagi beruk jadi ceo pun boleh..

Anonymous said...
11 July 2015 at 20:05  

Yg penting berkerja dan perbaiki taraf hidup srndiri dan kutangkan ceramah politik ...ceramah goreng dalam masjid pun kurangkan....banyak membaca kurangkan ceramah.....hihihi

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks