LAGI CERITA JPJ.... NOMBOR PENDAFTARAN STANDARD PUN KENA SAMAN JUGA

Monday 10 November 2014


Laman Facebook JPJ kini menjadi tumpuan dan lebih ramai haters daripada pemuji.

Ketua Pengarah JPJ tersilap cakap dan dianggap tidak cerdik kerana MAHUKAN KEMATIAN selain mengaitkan kematian di jalanraya dengan saiz nombor plate kenderaan. Videonya sedang viral di Facebook.

Kini lebih ramai yang membuka pekung dan kelemahan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sakit hati.





Sebuah portal (RUJUK SINI)  menyiarkan keluhan seorang pengguna jalanraya yang telah disaman oleh JPJ kerana nombor pendaftaran keretanya yang dikatakan menyalahi undang-undang.

Perkara sebegini pastinya akan bertambah-tambah dalam tempoh terdekat ini. Lebih banyak yang akan didedahkan dan dibuka. Turut viral sekarang ini adalah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bagaimana anggota penguatkuasa JPJ meminta rasuah daripadanya.



Turut didedahkan ialah kenderaan Ketua Pengarah JPJ sendiri yang mempunyai beberapa saman trafik.

Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah, sebelum penguatkuasaan hendak dilakukan, pastikan terlebih dahulu, penguatkuasa bebas daripada sebarang kesalahan. Kalau tidak, jadilah sepertimana yang berlaku kepada Ketua Pengarah JPJ dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

3 comments:

  1. Kena siasat kemungkinan kesalahan yang dilakukan itu adalah di no plet belakang, tidak seperti dalam gambar diatas yang menunjukkan no plet di hadapan.

    ReplyDelete
  2. anggota JPJ kete sndiri pakai tinted gelap x apa..org awam kene saman..!

    ReplyDelete
  3. Ya memang wujud kenderaan JPJ sendiri yang bercermin gelap sehingga hampir 100%. KP JPJ harus mencerahkan persoalan ini.

    JPJ tidak berbeza dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti PDRM umpamanya. Bukan semua anggota JPJ itu ada kredibiliti seperti amalan rasuah yg wujud di PDRM. Jadi, kita tidak perlu anggap mereka semua itu macam MALAIKAT terutamanya jika kenderaan kita kena saman kita mula SENTAP dan baca kesalahan orang lain pulak. Be gentleman.

    Namun, KP JPJ perlu tanggani masalah langgar undang-undang dikalangan anggota sendiri. Mana mungkin anggota pun buat perkara yang salah sedangkan anda adalah pihak yg diamanahkan untuk tegakkan undang2.

    Saya sarankan KPI JPJ harus ditambah baik. Jangan buat operasi bermusim-musim. Jalankan operasi secara berterusan agar rakyat tidak menjadi mangsa dalam KONTEKS "MENDIDIK" seperti yang diwawarkan.

    Yg jelas, apabila ada satu gajet yg salah mula menjadi fesyen, JPJ tidak ambil tindakan AWAL. JPJ kelihatan ambil tindakan bila keadaan dah jadi kritikal. Penggunaan nombor berfesyen adalah contoh terbaik. Penggunaan lampu STROBE dah kritikal ... jugak lampu tambahan HID. Peliknya lampu HID pada kenderaan mewah diterima pakai ... apa perbezaannya ?? Ia harus diberi pencerahan menyeluruh.

    Ada pulak kenderaan baru yg kelihatanya mempunyai lampu isyarat yang bukan berwarna KUNING. Pada siang hari (tengahari yg cerah), lampu isyarat (signal light) tidak jelas pada pemandu belakang. Apa criteria tentang kelulusan sedemikian rupa ?

    Saya cadangkan supaya JPJ ambil langkah pro aktif. Terutama dalam kes-kes accessori kenderaan yg dijual dengan meluas dan melanggar undang2. Saya cadangkan supaya semua accessori ini perlu mendapatkan kelulusan seperti SIRIM. Ia mesti berlaku sepertimana undang2 bercermin gelap.

    AG

    ReplyDelete

LAGI CERITA JPJ.... NOMBOR PENDAFTARAN STANDARD PUN KENA SAMAN JUGA

Monday 10 November 2014 ·


Laman Facebook JPJ kini menjadi tumpuan dan lebih ramai haters daripada pemuji.

Ketua Pengarah JPJ tersilap cakap dan dianggap tidak cerdik kerana MAHUKAN KEMATIAN selain mengaitkan kematian di jalanraya dengan saiz nombor plate kenderaan. Videonya sedang viral di Facebook.

Kini lebih ramai yang membuka pekung dan kelemahan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan kerana sakit hati.





Sebuah portal (RUJUK SINI)  menyiarkan keluhan seorang pengguna jalanraya yang telah disaman oleh JPJ kerana nombor pendaftaran keretanya yang dikatakan menyalahi undang-undang.

Perkara sebegini pastinya akan bertambah-tambah dalam tempoh terdekat ini. Lebih banyak yang akan didedahkan dan dibuka. Turut viral sekarang ini adalah seorang pengguna Facebook yang mendedahkan bagaimana anggota penguatkuasa JPJ meminta rasuah daripadanya.



Turut didedahkan ialah kenderaan Ketua Pengarah JPJ sendiri yang mempunyai beberapa saman trafik.

Nampaknya apa yang berlaku sekarang ialah, sebelum penguatkuasaan hendak dilakukan, pastikan terlebih dahulu, penguatkuasa bebas daripada sebarang kesalahan. Kalau tidak, jadilah sepertimana yang berlaku kepada Ketua Pengarah JPJ dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

3 comments:

Anonymous said...
10 November 2014 at 19:51  

Kena siasat kemungkinan kesalahan yang dilakukan itu adalah di no plet belakang, tidak seperti dalam gambar diatas yang menunjukkan no plet di hadapan.

Anonymous said...
10 November 2014 at 20:19  

anggota JPJ kete sndiri pakai tinted gelap x apa..org awam kene saman..!

Anonymous said...
10 November 2014 at 20:37  

Ya memang wujud kenderaan JPJ sendiri yang bercermin gelap sehingga hampir 100%. KP JPJ harus mencerahkan persoalan ini.

JPJ tidak berbeza dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti PDRM umpamanya. Bukan semua anggota JPJ itu ada kredibiliti seperti amalan rasuah yg wujud di PDRM. Jadi, kita tidak perlu anggap mereka semua itu macam MALAIKAT terutamanya jika kenderaan kita kena saman kita mula SENTAP dan baca kesalahan orang lain pulak. Be gentleman.

Namun, KP JPJ perlu tanggani masalah langgar undang-undang dikalangan anggota sendiri. Mana mungkin anggota pun buat perkara yang salah sedangkan anda adalah pihak yg diamanahkan untuk tegakkan undang2.

Saya sarankan KPI JPJ harus ditambah baik. Jangan buat operasi bermusim-musim. Jalankan operasi secara berterusan agar rakyat tidak menjadi mangsa dalam KONTEKS "MENDIDIK" seperti yang diwawarkan.

Yg jelas, apabila ada satu gajet yg salah mula menjadi fesyen, JPJ tidak ambil tindakan AWAL. JPJ kelihatan ambil tindakan bila keadaan dah jadi kritikal. Penggunaan nombor berfesyen adalah contoh terbaik. Penggunaan lampu STROBE dah kritikal ... jugak lampu tambahan HID. Peliknya lampu HID pada kenderaan mewah diterima pakai ... apa perbezaannya ?? Ia harus diberi pencerahan menyeluruh.

Ada pulak kenderaan baru yg kelihatanya mempunyai lampu isyarat yang bukan berwarna KUNING. Pada siang hari (tengahari yg cerah), lampu isyarat (signal light) tidak jelas pada pemandu belakang. Apa criteria tentang kelulusan sedemikian rupa ?

Saya cadangkan supaya JPJ ambil langkah pro aktif. Terutama dalam kes-kes accessori kenderaan yg dijual dengan meluas dan melanggar undang2. Saya cadangkan supaya semua accessori ini perlu mendapatkan kelulusan seperti SIRIM. Ia mesti berlaku sepertimana undang2 bercermin gelap.

AG

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks