Tidak keterlaluan kami katakan yang begitu ramai pegawai dan anggota JPJ yang merasa terhina dan malu dengan pelbagai kenyataan kurang akal oleh KP mereka. Kebencian rakyat yang memang sudah sedia tertekan jiwanya menjadi semakin meluap-luap. Beliau harus belajar berhujah, jangan hanya tahu membaca teks.
Khilaf yang berulang-ulang itu akhirnya dijadikan bahan tawa rakyat jelata. Tidak kurang juga yang menjadikannya isu politik. Tindak tanduk kurang matang itu dikaitkan dengan usaha kerajaan untuk kononnya sengaja mengutip wang rakyat. Lebih parah lagi bila kebencian itu sampai ke peringkat meludah anggota JPJ yang ditimpa kemalangan, juga kereta JPJ dibakar tanpa belas kasihan sama sekali.
Ungkapan paling lawak ialah apabila mengaitkan nombor plate dengan kadar kemalangan maut tanpa menjelaskan rasionalnya sewaktu diwawancara. Lebih sadis apabila beliau dengan jelas menyatakan mahukan 'sejumlah kematian' walaupun maksudnya baik iaitu mahukan kematian dikurangkan. Siapa sahaja yang mendengar pasti akan tersentak dengan kenyataan itu.
UKURAN NOMBOR PLATE
Isu ini telah dijadikan bahan lawak. Terlalu sedih melihat rintihan marhaen yang begitu naif, yang terkais-kais untuk menyara hidup yang serba mahal dan tertekan namun dibebani dengan saman yang tidak sepatutnya. Nombor plate standard yang dipasang oleh pihak proton juga disaman.
Perhatikan beberapa gambar yang dikepilkan dan biar gambar berbicara.
1. Adakah plate number motorsikal 1Malaysia BCB 3731 itu yang menyebabkan kemalangan maut atau helmet yang tidak ikut piawaian? atau ketiadaan lampu dan signal belakang pada motosikal yang menggunakan plate sebesar gajah itu?
2. Adakah plate number yang jadi penyebab kemalangan atau pakaian seksi yang menyebabkan mata tertumpu pada penumpang motosikal itu ?
Saiz huruf untuk kereta ditetapkan 70x40mm dan sais huruf untuk motosikal ialah 40x30mm. Secara logiknya, asal saja tidak lebih kecil dari saiz huruf yang ditetapkan pada motosikal sepatutnya dibolehkan. Jika tidak, baik tetapkan sahaja ukuran yang sama untuk motosikal dan kereta.
Mengapa kami kata begitu? Kerana mata dan lensa kamera yang sama juga yang akan digunakan untuk melihat kedua-dua nombor plate itu bukan?
JARAK HURUF
Telah ditetapkan 10 mm jarak antara nombor, juga 30mm antara nombor dan huruf bagi nombor plate kereta. Bagi plate motosikal pula sekitar separuh dari itu. Huruf atau nombor tertentu seperti nombor 1, 4 atau 7 contohnya akan secara otomatik nampak hodoh dan janggal jika dipasang mengikut jarak yang diminta. Cuba lihat pada imej plate JPJ 11. Pegawai JPJ sendiri tidak ikut ukuran yang ditetapkan.
Sekali lagi ingin kami tarik perhatian tentang beza saiz dan jarak huruf untuk plate kereta dan motosikal. Sudahlah huruf yang ditetapkan kecil, jarak antara huruf juga separuh dari itu. Bukankah mata yang sama juga yang akan melihat dan mengenalpasti plate nombor itu?
Cuba perhatikan plate number kereta pemandu yang disaman itu (MBR 7074). Diberitakan beliau tidak tahu menahu. Plate itu tidak pernah diubah sejak kereta itu dibeli. Tidakkah itu menganiaya pemandu yang naif ini? Yang peliknya ada kereta yang disaman pernah lulus PUSPAKOM beberapa kali dengan plate yang sama.
CERMIN GELAP
Sebelum ini ramai sahabat dari kalangan anggota PDRM yang merungut. Mereka juga tidak bersetuju dengan ketetapan JPJ tentang isu ini.
Alhamdulillah semalam diberitakan Datuk Abdul Manaf Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod PDRM Bukit Aman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa penggunaan cermin gelap bukan faktor melonjakkan kadar jenayah di Malaysia. Malah PDRM tiada statistik yang menunjukkan penjenayah menggunakan cermin gelap semasa melakukan jenayah.
Majoriti anggota PDRM menampakkan kebimbangan dengan kejadian pecah cermin kereta dan kecurian isi kereta yang terlalu banyak berlaku. Sebenarnya penjenayah ada banyak cara yang lebih nekad. Antaranya termasuk memalsukan nombor kenderaan. Sekalipun diharamkan cermin gelap, penjenayah yang ingin menggunakan kaedah itu akan tetap memasangnya kerana menganggap itu masalah kecil. Saman mereka boleh bayar. Bahkan mereka akan memecut lari dari pihak polis atau JPJ apabila melakukan jenayah.
Pihak polis sendiri kongsikan pengalaman mereka yang membawa kesimpulan bahawa pemasangan cermin gelap boleh mengurangkan kes jenayah, khususnya kes ragut dan pecah cermin kenderaan terhadap pemandu wanita. Suka kami rumuskan beberapa lagi kebaikan cermin gelap ini seperti berikut,
1. Menyukarkan peragut dan perompak mengintai isi dalam kenderaan. Khasnya ketika ianya sedang dipandu. Apatah lagi oleh pemandu wanita.
2. Memberikan sedikit keselesaan kepada pemandu dan penumpang ketika panas terik, khasnya bagi kenderaan lama yang airconnya kurang sejuk. Ini amat penting khususnya bagi wanita, bayi atau yang ada masalah kulit.
3. Memudahkan para ibu dan kaum hawa untuk menyusukan anak, membuka atau membetulkan tudung/pakaian, khasnya semasa cuaca panas terik.
4. Mengurangkan kerosakan peralatan dalam kereta, terutama ketika parkir di bawah terik matahari sepanjang hari.
PENINDASAN YANG NYATA
Jika JPJ dikuatkuasakan aturan plate number dengan jumud, siap bawa pembaris untuk mengukur semua nombor plate kenderaan, maka hampir semua kenderaan di Malaysia bakal kena saman. Terutamanya kenderaan pegawai JPj itu sendiri. Siapa yang terbeban saman? Kemudian semua kenderaan akan terpaksa beli plate baru. Siapa yang kaya?
Demikian juga isu cermin gelap. Bukankah kata-kata menteri yang tersiar di media rasmi itu jadi HUKUM? Namun apabila berurusan dengan Puspakom tiba-tiba tidak boleh dan diminta buka pula. Sampaikan cermin asal dari kilang yang gelap sedikit pun perlu ditukar. Tidakkah itu satu pembaziran dan membebankan?
Terkini isu kos untuk buat semua lesen memandu pula dinaikkan sekali ganda. Tidakkah itu membebankan rakyat bawahan yang tidak mampu sedangkan lesen itu satu keperluan asas? Tidakkah itu menyebabkan ramai yang akan memandu tanpa lesen? Tidakkah bebanan terhadap rakyat itu juga bakal mengundang banyak jenayah?
Satu hal lagi ialah seringnya berubah syarat tukar hakmilik kenderaan yang tidak bijak dan menindas. Berapa banyak kenderaan yang dibeli ketika pemilik masih hidup, lengkap dengan salinan kad pengenalan yang telah disahkan gagal dipindah milik kerana pemilik asal telah mati? Akhirnya ia terpaksa dilupuskan.
Ini banyak menyebabkan pembaziran khasnya pada pembeli miskin yang hanya mampu membeli kenderaan murah dan perlu masa untuk mengumpul duit bagi membiayai kos tukar milik. Sudahlah miskin, hanya mampu beli kereta lama, tiba-tiba terpaksa dilupus pula.
Begitu juga nasib yang menimpa pengusaha kereta terpakai yang biasanya hanya menukar hakmilik selepas kenderaan terjual. Mengapa tidak dipermudahkan dengan pengesahan dokumen jualbeli atau dengan bantuan surat sumpah?
Proses pengesahan kad pengenalan bagi urusan pindah milik juga amat dipersulit. Kedua-dua pemilik terpaksa hadir sendiri ke JPJ untuk pengesahan kad pengenalan. Bagaimana halnya dengan pemilik yang uzur? Yang berada di luar negara atau luar kawasan? Itu tidak termasuk kenderaan yang pemilik asalnya telah kembali ke tanah air.
APA SEBENARNYA PUNCA KEMALANGAN?
Banyak sekali kemalangan maut yang melibatkan kenderaan berat. Berapa banyak tanker, lori pasir, lori balak, lori hantu yang bermaharajalela di jalanraya? Berapa banyak yang sah dari segi perlesenan dan sempurna ciri keselamatannya? Berapa ramai pemandu kenderaan berat dari kalangan PATI?
Berapa banyak injin yang diubah suai untuk berlumba di jalanraya? Tidakkah banyak kemalangan berpunca dari aktiviti lumba haram atau habit memecut di jalanraya dengan kuasa injin yang diubahsuai? Berapa banyak kereta motor di Dataran Merdeka yang memekak menayangkan kuasa injin sampai keluar api menjulang dari ekzos?
Di samping kondisi kenderaan, kemalangan juga banyak disebabkan oleh sikap dan gaya pemanduan yang liar, gopoh atau tidak berkemahiran. Masih ingat lagi kemalangan melibatkan kenderaan JPJ yang menyebabkan orang ramai marah sehingga ia dibakar? Berapa banyak pula lapuran awam mengenai kenderaan awam seperti bas/lori yang dipandu dengan laju dan merbahaya tak dilayan?
KESIMPULAN
Sekalipun benar rakyat kita mundur dan kelas tiga, berhati-hatilah membuat kenyataan terbuka, jangan asyik melukakan hati rakyat. Jika mahu gubal undang-undang pula, biarlah ia berasas dan mencapai maksud yang dihajatkan serta tidak membebankan rakyat. Jangan ikut musim dan berbentuk flipflop. Hari ini begini, esok begitu dan terus menerus berbolak-balik tidak menentu.
Jika mahu kuatkuasakan undang-undang biarlah ianya adil dan saksama. Lihatlah keliling kita. Berapa banyak kereta VIP yang bercermin gelap gelita dan tidak menepati ukuran plate number? Jika cermin gelap mereka ada permit atas apa alasan sekalipun, TETAPI adakah pula PERMIT KHAS untuk mereka tidak ikut ukuran plate number? Berapa banyak pula saman mereka yang dihapus kira? Mengapa boleh begitu?
Sebagai contoh, kenderaan bernombor ‘JPJ 11’. Ia milik individu yang turut menggubal peraturan yang sedang hangat diperkatakan dan dengan angkuh menguatkuasakannya tanpa budi bicara. Namun kenderaan itu sendiri tidak mematuhi aturan yang ditetapkan oleh penggubalnya... Aneh bukan? Wajar tidak puak ini dibenci masyarakat?
QS:61. Ash Shaff 2-3. "Hai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan".
Kekalutan ini berpunca dari khilaf Ketua Pengarah atau pembuat dasar yang kurang matang. Sebagai rakyat, mari kita saling menyeru agar tidak memusuhi setiap anggota JPJ secara peribadi. Janganlah sampai hilang sifat insaniah kita hingga ada kejadian seperti meludah anggota JPJ yang kemalangan. Ketahuilah bahawa kami juga pernah menerima infaq dari anggota JPJ yang prihatin. Wajarkah kita bersikap zalim terhadap insan prihatin seperti mereka, hanya semata-mata mereka anggota JPJ?
Demikian juga dengan dendam dan kebencian yang sering kita zahirkan dengan wenangnya terhadap anggota PDRM. Ramai juga anggota polis dan bekas pegawai tinggi PDRM yang prihatin datang bersedekah di RPWP. PDRM juga ada hadiahkan beberapa buah van lama, walaupun sampai hari ini ia masih belum dapat kami baiki lagi. Jika ada yang ambil rasuah tanpa kerelaan kita, lapur saja pada SPRM. Jika kita sendiri yang gatal-gatal menghulur rasuah kepada mereka, mari kita tuding jari kepada diri kita juga.
Semuga sedikit perkongsian ini dapat memenuhi permintaan mereka yang meminta perkongsian khusus dari kami. Anggaplah ini juga sebagai seruan dan rayuan ikhlas kami untuk didengar oleh pihak JPJ, PDRM dan juga pembaca amnya.
WARGA PRIHATIN
JPJ SAMPAH....BUAT UNDANG2 GUNA KEPALA LUTUT...BUAT KAJIAN SYOK SENDIRI...CAKAP SERUPA TENUK...SALAH ORANG NAMPAK DEKAT DIRI SENDIRI PEJAM MATA...MEMANG DASAR BANGKAI...NASIB NAJIB LA DAPAT PEGAWAI YG LEMBU MCM NI..JPJ MAKAN GAJI BUTA...KERJA NAK SENANG JE...
ReplyDeleteJPJ bukan pembuat dasar. Yg buat dasar tu yg dok bersorak, menjerit dlm dewan rakyat mcm kera kena belacan. Halakan senapang pada mereka.
ReplyDeleteSalam, bukan mencari kesalahan JPJ tapi lebih kepada teguran. Ramai kakitangan JPJ yg bagus-bagus tapi pada ketika ini ada segelintir pegawai atasan menjadikan keadaan tidak "steady" dalam JPJ itu sendiri.
ReplyDeletePada saya, JPJ perlu konsisten dan berintegriti dalam menjalankan proses tegakkan undang-undang. Jangan gopoh gapah .. Pada KP JPJ saya nasihatkan ... GUNAKAN TEKS UCAPAN /statement .. untuk elakkan KESILAPAN yg nampak nyer KP JPJ tidak buat HOMEWORK.
Malu lah, tak kan ini pun tak pandai buat KP !!! .......... saring / semak dulu statement awak .. kalau tak pandai bercakap .. jgn malukan Kerajaan Malaysia !!!
AG
kalau aku jumpa jpj yang kemalangan, bukan aku ludah, aku terajang kasi masuk longkang. p**i mak punya jpj
ReplyDeletePanjangnya ...x sempat baca. Tapi komen saya... beli kereta audi q7 cermin passenger belakang memang gelap sikit... ini mmg dari factory mcm tu. Bila road block ...jpj warning dan bila jelaskan mereka mintak tunjuk surat...surat ape? Kenapa awal2 lepaskan kereta ni utk dijual? Keliru... penguatkuasaan tak kemas. Patut tak lepas masa sblm dipasaran. Klu nk ubah ...kena tukar terus cermin baru...adooiii...jpj kena faham isu2 yg ade sblm buat apa2 tindakan dan lebih proaktif dlm mencari penyelesaian
ReplyDeleteDah dok pilih BN yang jelas sejak merdeka merugikan bumiputra amnya dan Islam Khasnya.
DeleteAda satu kes berlaku di JB, ade perempuan kene ragut sampai tercedra, Penjenayah lepas sebab saksi tak dapat baca no plet motor yang kecil dan rapat... So mari kita salahkan perempuan tersebut kenapa kene ragut , lani kali jangan keluar rumah... betul taak
ReplyDeleteBRO. . .PENJENAYAH TIDAK AKAN MENDEDAHKAN IDENTITI MEREKA.
DeleteTANYA LAH KPD PEG PENYIASAT JENAYAH POLIS. NO KENDERAAN YG DIGUNAKAN DLM KES JENAYAH ADALAH NO PLATE PALSU.PENJENAYAH BUKAN BODOH GUNAKAN NO PLATE ASAL SAMA MCM DIA TOLONG BUKAKAN PINTU LOKAP UNTUK DIA MASUK.
BERAPA BANYAK KES JENAYAH TELAH SELESAI MELALUI NO PLATE ? MALAH DLM KES YG ADA TANGKAPAN PUN KENDERAAN YG DI GUNAKAN ADALAH KENDERAAN CURI.
ATAU LAEN KALI KAMU NASIHATKAN PEREMPUAN YG KENA RAGUT TU BAGI TAU PENJENAYAH TU GUNA NO PLATE ASAL. ATAU PUN SURUH PENJENAYAH ITU SMS NO PLATE MOTOR DIA PADA MANGSA TU. AMACAM ?
Deletepengarah jpj ni ingat dia macam pengarah filem kot...imaginasi lebih drp realiti....makan gaji buta ke rabun???
ReplyDeletePakcik Sambal Tempoyak.