Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday, 19 April 2017 | 0 comments



Wanita yang memandu kenderaan pikap yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan isterinya semalam di Baling, telah ditahan kerana gagal dalam ujian dadah. 

Wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Baling itu telah ditahan selepas dia positif dalam ujian methamphetamine, berdasarkan ujian air kencing. 

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, ujian saringan awal telah dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan kemalangan maut. 

Menurutnya, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling untuk permohonan reman hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Pada jam 7:15 pagi semalam, Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan isterinya telah terbunuh, manakala empat orang anak mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di satu simpang di Kampung Teluk Teduri. 

ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya Suriya Abdul Rahman, 37, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Adalah dipercayai kemalangan tersebut berlaku apabila Mohd Noor yang memandu untuk menghantar isterinya, seorang guru di SK Teluk Teduri dan empat orang anak mereka yang berusia antara 6 sehingga 11 tahun ke sekolah. Anak kelima pasangan tersebut, tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

Mohd Noor yang memandu Perodua Myvi bergerak dari Baing ke Kupang apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah Toyota Hilux ketika dia memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke kanan berhampiran Kampung Teluk Teduri.

Hentaman kuat itu menyebabkan Myvi berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Honda City yang menggunakan laluan tersebut melanggarnya pula. 

Pemandu Honda City yang berusia 32 tahun, turut mengalami kecederaan. 

Jenazah Mohd Noor dan Suriya telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Buluh, Tanah Merah, Kelantan petang semalam. 

Langgar Lari Pun Tak Guna, Nombor Pendaftaran Motorsikal Telah Pun Dikenalpasti

Thursday, 6 April 2017 | 0 comments




Satu kejadian langgar lari pada jam 1:20 tengah hari, seorang mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang ditunggang laju dan enggan berhenti pada lampu merah di Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Wanita berkenaan dilanggar ketika menggunakan laluan pejalan kaki.





Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala. 

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun tidak terselamat apabila polis telah pun mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaannya. Usaha-usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari.



UPDATE:

Mangsa langgar lari, Foo Swee Wah yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.

Polis memberi amaran kepada suspek kes agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Kita sudah mengenalpasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek. Sehingga kini suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid.

Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 | 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


TAKZIAH! Pegawai Polis Trafik Wanita Terbunuh Dirempuh Mat Rempit Di Kluang

Sunday, 6 September 2015 | 4 comments



Berita ini kurang mendapat perhatian. Malah tidak dipedulikan oleh sesiapa pun terutama sekali DAP.

Kecualilah kalau terbit berita seorang pegawai polis trafik wanita melanggar mat rempit sampai mati. Masa tu, mungkin DAP akan sanggup berarak di jalan-jalanraya di seluruh negara sambil membuat hasutan kononnya anggota polis trafik adalah pembunuh berlesen, sama seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Subuh tadi, lebih kurang jam 1:30 pagi, Puan Margaret Tagum Anak Goen yang merupakan pegawai penguatkuasa trafik IPD Kluang bersama-sama 5 orang anggota trafik dan 15 orang anggota PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu 4, Jalan Batu Pahat-Mersing setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat aktiviti mat-mat rempit di kawasan tersebut.

Lebih kurang jam 2:40 pagi, semasa mangsa bersama-sama sepasukan anggota trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi tersebut, sekumpulan mat rempit yang menunggang 4 atau 5 buah motosikal yang melalui jalan itu, cuba meloloskan diri.

Salah sebuah motosikal yang bernombor pendaftaran JQF 4998 telah merempuh Puan Margaret Tagum Anak Goen mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan x-ray mendapati mangsa telah mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera pada bahagian pinggang.

Penunggang motosikal pula sekadar cedera ringan di kaki dan tangan. Mangsa bersama-sama motosikalnya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Jam 12:45 tengah hari tadi, doktor yang merawatnya telah mengesahkan kematian Puan Margaret Tagum Anak Goen.

Takziah buat keluarga mendiang Puan Margaret dan PDRM secara keseluruhannya.


AMARAN TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLAND!!!

Wednesday, 5 November 2014 | 6 comments


Ketamakan, kurangnya penguatkuasaan, campurtangan politik dan penyelewengan serta salahguna kuasa, telah menyebabkan kawasan Cameron Highland bakal berhadapan dengan bencana terbesar tahun ini. Selain pembukaan tanah secara haram, kehalobaan penceroboh yang rata-rata merupakan masyarakat Cina yang turut mencemarkan alam sekitar demi industri sayur, buah-buahan dan bunga, tindakan lambat dan penguatkuasaan undang-undang oleh PBT serta Pejabat Daerah dan Tanah serta Galian Cameron Highland, bakal memberikan kesan yang amat buruk di kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana berdasarkan laporan yang diterima pada jam 7:03 malam tadi, kawasan Empangan Bertam sedang berhadapan dengan bahaya akibat hujan lebat.


Ketika artikel ini ditulis, sumber melaporkan keadaan di lokasi adalah hujan lebat dan jurutera Empangan Bertam memaklumkan, jikalau hujan lebat berterusan dalam tempoh satu jam lagi, pintu empangan harus dibuka untuk melepaskan air. Laporan juga mengatakan Ringlet sudah pun dilanda banjir kilat. Berhampiran dengan Banchting Plant, sebelum Ringlet, pokok tumbang menyebabkan laluan naik dan turun Cameron Highland terhalang.

Ini bermakna, kemungkinan besar seluruh negaa akan menyaksikan satu banjir lumpur besar berlaku di Bertam.

Ketamakan dan haloba akhirnya mengancam nyawa serta keselamatan mereka sendiri.

PELAJAR 14 TAHUN YANG HILANG DAN DISANGKA DISOROK BUNIAN, AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL TERSEPIT DI CELAH BATU!

Tuesday, 4 November 2014 | 3 comments


Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.



Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Maruah Berharga RM100, Dipersalahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan dan Kini 2 Anggota Polis Ditimpa Pokok Ketika Bertugas

Sunday, 12 October 2014 | 4 comments


Hari ini, Bandaraya Kuala Lumpur dilanda ribut besar. Malah di Johor Bharu pun, pukulan ribut telah menyebabkan sebuah jejantas pejalan kaki runtuh dan merosakkan beberapa kenderaan.

Dinding sebuah rumah pangsa di Loke Yew tercabut akibat pukulan ribut. Dataran Merdeka juga lintang pukang akibat pukulan ribut. Namun pukulan ribut juga turut meragut nyawa seorang anggota polis yang sedang bertugas.


Dua orang anggota polis yang bertugas menjaga stor barang kes di Dang Wangi, Jalan Dato Maharajalela telah dihempat pokok besar semasa bertugas. Semasa artikel ini ditulis, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala seorang lagi masih terperangkap.

Agak menarik, pada tahun lepas, ada peruntukan daripada Kerajaan untuk kerja-kerja penambahbaikan untuk PDRM. Kejadian ini mendedahkan, masih banyak lagi kontena yang telah ditukar menjadi tempat bertugas rupa-rupanya.



Walaupun peruntukan beratus juta ringgit, masih banyak lagi kontena dibuat pejabat. Keadaan balai polis di banyak lokasi serata Malaysia juga masih banyak yang serba daif seperti di Pulau Bum Bum yang berada dalam Parlimen Semporna yang diwakili oleh Shapie Apdal, salah seorang menteri kabinet. Agak memalukan kerana usia PDRM adalah 207 tahun.

Sebagai contoh, balai polis Pulau Gaya di Kota Kinabalu khabarnya berharga ratusan juta tetapi sebenarnya hanyalah kontena. Kualitinya amat rendah sehinggakan dindingnya boleh tembus dengan hanya dibaling ketulan batu.



Siapa yang akan membela kematian anggota polis yang bertugas itu? Adakah hakim mahkamah yang berlagak pandai dan lebih berkuasa? Atau adakah kejadian ini berlaku akibat 'PERTEMBUNGAN PALSU' sepertimana yang dinyatakan oleh hakim mahkamah rayuan bagi memenangkan penjenayah ke atas pihak polis atau adakah ini merupakan satu lagi bentuk mengampu dan membodek seperti yang dinyatakan oleh seorang pegawai kastam?

AL-FATIHAH... Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan Maut Ketika Dalam Perjalanan Membantu Kempen PRK Pengkalan Kubor

Saturday, 20 September 2014 | 1 comments

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Safrizal telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kuala Krai, Kelantan ketika dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Kubur.

Insiden tersebut berlaku pada jam lebih kurang 1:00 pagi.

Ketika artikel ini ditulis, jenazah Allahyarham masih lagi di Jabatan Forensik Hospital Kuala Krai. Jenazah dijangka akan dibawa balik ke Rasah untuk dikebumikan. 

Sehingga kini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan kepada semua Dewan dan Kawasan untuk hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. 

Pimpinan Pusat juga telah dimaklumkan tentang perkara ini. 

Jenazah akan disolatkan di Masjid Lama Kampung Jijan, Nilai. Dijangkakan, Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan Pusat akan hadir dalam majlis pengkebumian itu. 

LAGI Perangai Hodoh Wanita Melayu Pembuli Jalanraya Yang Lapar Duit!

Saturday, 9 August 2014 | 10 comments

 

Insiden ini berlaku pada 1 Ogos jam 5:45 petang di Kompleks Kastam Singapura di Woodland Viaduct berhampiran Lamport D26.

Pengadu secara tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu oleh seorang wanita Melayu bernombor pendaftaran JKU3945 setelah wanita berkenaan membrek keretanya secara mengejut.

Sebaik-baik sahaja menyedari keretanya telah dilanggar, wanita itu keluar dari kenderaannya dan mula menunjukkan kesamsengannya selain menggelarkan pengadu sebagai PARIAH walaupun akhirnya menyedari yang pengadu adalah seorang India Muslim.


Paling menarik ialah apabila wanita berkenaan enggan membuat aduan polis, sebaliknya menuntut pengadu membayar gantirugi kepadanya serta-merta.

UPDATE Isu Perempuan Bertudung Terlampau... Dia Akhirnya Nak Minta Maaf

Wednesday, 16 July 2014 | 19 comments


Polis dah bagi reaksi. Masyarakat siber, awal-awal lagi dah berikan reaksi negatif. Semuanya kerana gelagat perempuan bertudung dengan nama 'mesra' Kiki Kamaruddin yang sangat biadap dan kurang ajar terhadap seorang lelaki tua berbangsa Cina yang juga merupakan pesara kerajaan yang pernah bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Awal-awal lagi, apek Cina itu dah memaafkan Kiki Kamaruddin sekalipun keretanya dihentak besi pengunci stereng. Dan sekalipun diminta untuk membuat laporan berhubung tindakan kasar Kiki Kamaruddin, apek tua sekadar membuat laporan tentang keretanya melanggar bumper belakang kereta Kiki Kamaruddin. Dia enggan membuat laporan berhubung kekasaran dan ancaman yang dilakukan oleh Kiki. Kalau tidak, tak fasal-fasal Kiki Kamaruddin ditahan reman empat hari di dalam lokap.

Hari ini, Kiki Kamaruddin yang masyhur dalam tempoh 24 jam sahaja, meluahkan perasaan kesal dan mahu memohon maaf kepada apek.

Ini bukan isu kaum. Jauh sekali isu agama.


Bagaimanapun, ada pihak yang cuba mencetuskan isu kaum dan isu agama dalam kes ini. Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan mula menyalahkan kaum kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden kecil yang tidak menjejaskan apa-apa pu dan tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang perlunya rakyat Malaysia menjaga mulut dan perlakuan agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang. Isu-isu seperti inilah yang diambil kesempatan oleh anasir-anasir subversif yang tidak akan senang hati selagi melihat Malaysia aman dan makmur.

Sebenarnya ini isu remeh. Perkara biasa yang berlaku di kalangan pengguna kenderaan. Dan secara kebetulan pula yang mencetuskan isu adalah seorang perempuan Melayu dan seorang apek Cina. Maka pihak-pihak berkenaan segera menjadikan seolah-olah kes ini adalah kes MELAYU lawan CINA.

ISU KAK LONG GARANG: Perempuan Garang Itu Tak Salah Dari Segi Undang-Undang Tapi Salah Dari Segi Moral

Isu Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya SITI FAIRRAH ASYIKIN BINTI KAMARUDDIN, 30, yang beralamat di C1, Rumah Kakitangan Ladang Felda Lepar Utara 8, Bandar Jengka, Pahang, semakin menarik.

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 1:10 tengah hari semalam oleh Kiki. Menurutnya, dia memandu kereta kesayangannya jenis Peugeot bernombor pendaftaran CDM 25 di kawasan parking UTC Kuantan, apabila sebuah kereta jenis Toyota dengan nombor pendaftaran CBG5392 yang di[pandu oleh SIM SIAK HONG, 67, seorang pesara kerajaan yang beralamat di Lorong Kubang Buaya 20 Off Jalan Kubang Buaya, Kuantan, keluar dari sebelah kiri dan melanggar kereta kesayangannya.

'Kemalangan' tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada kedua-dua pemandu dan kereta Kiki hanya mengalami calar-calar pada bahagian bumper belakang, sekaligus mencacatkan sedikit status BARUnya.

Tindakan telah diambil oleh pihak polis dengan mengeluarkan saman kepada SIM SIAK HONG. Walau bagaimanapun Sim Siak Hong turut membuat laporan polis yang menyatakan di dalam laporannya, dia tidak cedera dan keretanya tidak rosak.

Sewaktu diambil keterangan, pesara tersebut memberitahu, Kiki Kamaruddin telah mencekak bajuna dan mengetuk keretanya dengan stereng lock. Walaupun dinasihati oleh pegawai penyiasat, lelaki tua Cina itu bagaimanapun enggan membuat laporan dan memaafkan Kiki dengan memberi alasan, Kiki masih muda dan masih gagal mengawal kemarahannya.

Kemalangan Kereta Kebal ATM Di Lebuhraya PLUS Kuala Kangsar, 3 Anggota Armor Maut!!

Thursday, 3 July 2014 | 21 comments

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhray Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar melibatkan konvoi aset tentera darat. Dilaporkan aset tentera darat tersebut sedang bergerak ke Asahan untuk latihan menembak.

Sebuah daripada kenderaan tersebut telah melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. Kemalangan tersebut meragut nyawa dua anggota Armor dan seorang Ketua Kenderaan. Ketua kenderaan yang dikenali sebagai Sarjan Bayong pula, telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Seorang lagi anggota di dalam kenderaan bernama Korporal Patanah turut meninggal di tempat kejadian. Pemandu pula mengalami kecederaan parah. 3 orang anggota yang berada dalam kenderaan Condor di belakang, terselamat.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan Sibmas yang merupakan sebuah kereta perisai di KM 232.6. Insiden dikatakan berlaku berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan melanggar kanan bahu lebuhraya dan terbalik ke kiri bahu lebuh raya.

Anggota-anggota yang terlibat adalah:

1. Lans Koperal Fredy - pemandu (cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangar)
2. Koperal Sharifuddin bin Abdullah - cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar
3. Sarjan Bayong - meninggal di tempat kejadian.
4. Koperal Fatanah bin Ismail - meninggal di hospital.


Al-Fatihah dan takziah untuk perajurit-perajurit negara yang terkorban itu.
Showing posts with label berita kemalangan. Show all posts
Showing posts with label berita kemalangan. Show all posts

Pemandu Wanita Yang 'Bunuh' Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan Isteri, Sah Di Bawah Pengaruh Syabu Ketika Kejadian

Wednesday, 19 April 2017 · 0 comments



Wanita yang memandu kenderaan pikap yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan seorang pegawai kanan polis dan isterinya semalam di Baling, telah ditahan kerana gagal dalam ujian dadah. 

Wanita berusia 37 tahun yang berasal dari Baling itu telah ditahan selepas dia positif dalam ujian methamphetamine, berdasarkan ujian air kencing. 

Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof mengesahkan penangkapan tersebut dan berkata, ujian saringan awal telah dibuat sebagai sebahagian daripada proses siasatan kemalangan maut. 

Menurutnya, wanita itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Baling untuk permohonan reman hari ini. 

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Pada jam 7:15 pagi semalam, Ketua Jabatan Narkotik IPD Baling dan isterinya telah terbunuh, manakala empat orang anak mereka mengalami kecederaan dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di satu simpang di Kampung Teluk Teduri. 

ASP Mohd Noor Mat Yaub, 38, dan isterinya Suriya Abdul Rahman, 37, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Adalah dipercayai kemalangan tersebut berlaku apabila Mohd Noor yang memandu untuk menghantar isterinya, seorang guru di SK Teluk Teduri dan empat orang anak mereka yang berusia antara 6 sehingga 11 tahun ke sekolah. Anak kelima pasangan tersebut, tidak berada di dalam kenderaan berkenaan.

Mohd Noor yang memandu Perodua Myvi bergerak dari Baing ke Kupang apabila keretanya dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah Toyota Hilux ketika dia memperlahankan kenderaannya untuk membelok ke kanan berhampiran Kampung Teluk Teduri.

Hentaman kuat itu menyebabkan Myvi berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta Honda City yang menggunakan laluan tersebut melanggarnya pula. 

Pemandu Honda City yang berusia 32 tahun, turut mengalami kecederaan. 

Jenazah Mohd Noor dan Suriya telah dikebumikan di kampung halaman mereka di Kampung Buluh, Tanah Merah, Kelantan petang semalam. 

Langgar Lari Pun Tak Guna, Nombor Pendaftaran Motorsikal Telah Pun Dikenalpasti

Thursday, 6 April 2017 · 0 comments




Satu kejadian langgar lari pada jam 1:20 tengah hari, seorang mangsa yang berusia 58 tahun terpelanting sejauh lapan meter akibat dilanggar motosikal yang ditunggang laju dan enggan berhenti pada lampu merah di Jalan Burmah, Pulau Pinang.

Wanita berkenaan dilanggar ketika menggunakan laluan pejalan kaki.





Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dan masih tidak sedarkan diri akibat patah kaki serta cedera pada bahagian kepala. 

Penunggang motosikal tersebut bagaimanapun tidak terselamat apabila polis telah pun mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaannya. Usaha-usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai langgar lari.



UPDATE:

Mangsa langgar lari, Foo Swee Wah yang patah kaki dan cedera pada bahagian kepala telah disahkan meninggal dunia pada jam 8:45 malam tadi selepas tidak sedarkan diri akibat kemalangan terbabit.

Polis memberi amaran kepada suspek kes agar segera menyerah diri sebelum tindakan lebih tegas diambil.

"Kita sudah mengenalpasti nombor pendaftaran dan pemilik motosikal yang ditunggang suspek. Sehingga kini suspek belum menyerah diri dan polis dalam usaha mengesan penunggang terbabit yang dipercayai masih berada di negeri ini," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid.

Mangsa Rentung Dalam Kemalangan Di Sandakan Awal Pagi

Thursday, 1 December 2016 · 0 comments



Satu kemalangan ngeri telah berlaku di Jalan Army Camp, Batu 7, Sandakan pada awal pagi tadi. Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta dari jenis Saga BLM bernombor pendaftaran SS 7146 N dengan sebuah bas ekspres bernombor pendaftaran SAA 1216K.

Dalam kemalangan tersebut, pemandu Saga BLM, Zulmat bin Ajilani, 41, yang beralamat di Kampung Terusan, Kuala Suan Lamba, Kota Kinabatangan, maut di tempat kejadian.

Manakala pemandu bas ekspres, Chin Taw Shing yang berusia 51 tahun dan beralamat di Kampung Tinosa, Jalan Airport, Sandakan, terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku akibat kereta yang dipandu Zulmat Ajilani dari arah Sandakan menunju ke Kampung Tinosa, Sandakan, secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki arah bertentangan. Kegagalan pemanduan tersebut mengakibatkan kereta berkenaan melanggar bahagian hadapan bas ekspres yang dipandu Chin Taw Shing.

Pada ketika itu, bas ekspress berkenaan dalam perjalanan dari arah Kampung Tinosa Sandakan menuju ke Sandakan.

Akibat rempuhan kuat, Zulmat tersepit pada bahagian pemandu. Walaupun cuba dibantu oleh orang ramai tetapi kebakaran menghalang mangsa daripada diselamatkan. Ketika ambulans dan bomba tiba di tempat kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia.


Jenazah Zulmat kemudiannya telah dibawa ke Hospital Sandakan untuk bedah siasat.

Siasatan awal mendapati, kedua-dua pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol. Cuaca juga cerah manakala jalan dua hala dengan garisan tengah putus-putus tidak sesak tetapi sedikit basah kesan hujan sebelum itu.


TAKZIAH! Pegawai Polis Trafik Wanita Terbunuh Dirempuh Mat Rempit Di Kluang

Sunday, 6 September 2015 · 4 comments



Berita ini kurang mendapat perhatian. Malah tidak dipedulikan oleh sesiapa pun terutama sekali DAP.

Kecualilah kalau terbit berita seorang pegawai polis trafik wanita melanggar mat rempit sampai mati. Masa tu, mungkin DAP akan sanggup berarak di jalan-jalanraya di seluruh negara sambil membuat hasutan kononnya anggota polis trafik adalah pembunuh berlesen, sama seperti yang mereka lakukan dalam beberapa kes membabitkan kematian tahanan dalam lokap.

Subuh tadi, lebih kurang jam 1:30 pagi, Puan Margaret Tagum Anak Goen yang merupakan pegawai penguatkuasa trafik IPD Kluang bersama-sama 5 orang anggota trafik dan 15 orang anggota PVR telah menjalankan Operasi Mat Rempit di Batu 4, Jalan Batu Pahat-Mersing setelah mendapat maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat aktiviti mat-mat rempit di kawasan tersebut.

Lebih kurang jam 2:40 pagi, semasa mangsa bersama-sama sepasukan anggota trafik dan anggota PVR sedang membuat sekatan jalanraya di lokasi tersebut, sekumpulan mat rempit yang menunggang 4 atau 5 buah motosikal yang melalui jalan itu, cuba meloloskan diri.

Salah sebuah motosikal yang bernombor pendaftaran JQF 4998 telah merempuh Puan Margaret Tagum Anak Goen mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Hasil pemeriksaan dan x-ray mendapati mangsa telah mengalami kecederaan patah tangan kiri dan cedera pada bahagian pinggang.

Penunggang motosikal pula sekadar cedera ringan di kaki dan tangan. Mangsa bersama-sama motosikalnya telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Jam 12:45 tengah hari tadi, doktor yang merawatnya telah mengesahkan kematian Puan Margaret Tagum Anak Goen.

Takziah buat keluarga mendiang Puan Margaret dan PDRM secara keseluruhannya.


AMARAN TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLAND!!!

Wednesday, 5 November 2014 · 6 comments


Ketamakan, kurangnya penguatkuasaan, campurtangan politik dan penyelewengan serta salahguna kuasa, telah menyebabkan kawasan Cameron Highland bakal berhadapan dengan bencana terbesar tahun ini. Selain pembukaan tanah secara haram, kehalobaan penceroboh yang rata-rata merupakan masyarakat Cina yang turut mencemarkan alam sekitar demi industri sayur, buah-buahan dan bunga, tindakan lambat dan penguatkuasaan undang-undang oleh PBT serta Pejabat Daerah dan Tanah serta Galian Cameron Highland, bakal memberikan kesan yang amat buruk di kawasan berkenaan.

Ini adalah kerana berdasarkan laporan yang diterima pada jam 7:03 malam tadi, kawasan Empangan Bertam sedang berhadapan dengan bahaya akibat hujan lebat.


Ketika artikel ini ditulis, sumber melaporkan keadaan di lokasi adalah hujan lebat dan jurutera Empangan Bertam memaklumkan, jikalau hujan lebat berterusan dalam tempoh satu jam lagi, pintu empangan harus dibuka untuk melepaskan air. Laporan juga mengatakan Ringlet sudah pun dilanda banjir kilat. Berhampiran dengan Banchting Plant, sebelum Ringlet, pokok tumbang menyebabkan laluan naik dan turun Cameron Highland terhalang.

Ini bermakna, kemungkinan besar seluruh negaa akan menyaksikan satu banjir lumpur besar berlaku di Bertam.

Ketamakan dan haloba akhirnya mengancam nyawa serta keselamatan mereka sendiri.

PELAJAR 14 TAHUN YANG HILANG DAN DISANGKA DISOROK BUNIAN, AKHIRNYA DITEMUI MENINGGAL TERSEPIT DI CELAH BATU!

Tuesday, 4 November 2014 · 3 comments


Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Sultan Mahmud yang hilang ketika menyertai acara maraton Cabaran Antarabangsa Gunung Terom, Sekayu, ditemui mati, kira-kira jam 6.35 petang tadi.

Ahmad Rafikin Azman, 16, ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan. Misi pencarian yang memasuki hari ke-4 berjaya memberi petunjuk yang membawa penemuan kepada kehilangan Ahmad Rafiqin setelah lebih ramai anggota penyelamat dikerah serta dengan bantuan sukarelawan dan penduduk setempat.



Daripada keadaan mangsa ditemui, adik Rafikin dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 48 jam yang lalu.

Jenazahnya dibawa turun ke kaki gunung pada kira-kira jam 6.50 petang dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Maruah Berharga RM100, Dipersalahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan dan Kini 2 Anggota Polis Ditimpa Pokok Ketika Bertugas

Sunday, 12 October 2014 · 4 comments


Hari ini, Bandaraya Kuala Lumpur dilanda ribut besar. Malah di Johor Bharu pun, pukulan ribut telah menyebabkan sebuah jejantas pejalan kaki runtuh dan merosakkan beberapa kenderaan.

Dinding sebuah rumah pangsa di Loke Yew tercabut akibat pukulan ribut. Dataran Merdeka juga lintang pukang akibat pukulan ribut. Namun pukulan ribut juga turut meragut nyawa seorang anggota polis yang sedang bertugas.


Dua orang anggota polis yang bertugas menjaga stor barang kes di Dang Wangi, Jalan Dato Maharajalela telah dihempat pokok besar semasa bertugas. Semasa artikel ini ditulis, salah seorang daripada mereka meninggal dunia, manakala seorang lagi masih terperangkap.

Agak menarik, pada tahun lepas, ada peruntukan daripada Kerajaan untuk kerja-kerja penambahbaikan untuk PDRM. Kejadian ini mendedahkan, masih banyak lagi kontena yang telah ditukar menjadi tempat bertugas rupa-rupanya.



Walaupun peruntukan beratus juta ringgit, masih banyak lagi kontena dibuat pejabat. Keadaan balai polis di banyak lokasi serata Malaysia juga masih banyak yang serba daif seperti di Pulau Bum Bum yang berada dalam Parlimen Semporna yang diwakili oleh Shapie Apdal, salah seorang menteri kabinet. Agak memalukan kerana usia PDRM adalah 207 tahun.

Sebagai contoh, balai polis Pulau Gaya di Kota Kinabalu khabarnya berharga ratusan juta tetapi sebenarnya hanyalah kontena. Kualitinya amat rendah sehinggakan dindingnya boleh tembus dengan hanya dibaling ketulan batu.



Siapa yang akan membela kematian anggota polis yang bertugas itu? Adakah hakim mahkamah yang berlagak pandai dan lebih berkuasa? Atau adakah kejadian ini berlaku akibat 'PERTEMBUNGAN PALSU' sepertimana yang dinyatakan oleh hakim mahkamah rayuan bagi memenangkan penjenayah ke atas pihak polis atau adakah ini merupakan satu lagi bentuk mengampu dan membodek seperti yang dinyatakan oleh seorang pegawai kastam?

AL-FATIHAH... Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan Maut Ketika Dalam Perjalanan Membantu Kempen PRK Pengkalan Kubor

Saturday, 20 September 2014 · 1 comments

Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Safrizal telah meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Kuala Krai, Kelantan ketika dalam perjalanan menuju ke Pengkalan Kubur.

Insiden tersebut berlaku pada jam lebih kurang 1:00 pagi.

Ketika artikel ini ditulis, jenazah Allahyarham masih lagi di Jabatan Forensik Hospital Kuala Krai. Jenazah dijangka akan dibawa balik ke Rasah untuk dikebumikan. 

Sehingga kini, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan kepada semua Dewan dan Kawasan untuk hadir menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. 

Pimpinan Pusat juga telah dimaklumkan tentang perkara ini. 

Jenazah akan disolatkan di Masjid Lama Kampung Jijan, Nilai. Dijangkakan, Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan Pusat akan hadir dalam majlis pengkebumian itu. 

LAGI Perangai Hodoh Wanita Melayu Pembuli Jalanraya Yang Lapar Duit!

Saturday, 9 August 2014 · 10 comments

 

Insiden ini berlaku pada 1 Ogos jam 5:45 petang di Kompleks Kastam Singapura di Woodland Viaduct berhampiran Lamport D26.

Pengadu secara tidak sengaja telah melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu oleh seorang wanita Melayu bernombor pendaftaran JKU3945 setelah wanita berkenaan membrek keretanya secara mengejut.

Sebaik-baik sahaja menyedari keretanya telah dilanggar, wanita itu keluar dari kenderaannya dan mula menunjukkan kesamsengannya selain menggelarkan pengadu sebagai PARIAH walaupun akhirnya menyedari yang pengadu adalah seorang India Muslim.


Paling menarik ialah apabila wanita berkenaan enggan membuat aduan polis, sebaliknya menuntut pengadu membayar gantirugi kepadanya serta-merta.

UPDATE Isu Perempuan Bertudung Terlampau... Dia Akhirnya Nak Minta Maaf

Wednesday, 16 July 2014 · 19 comments


Polis dah bagi reaksi. Masyarakat siber, awal-awal lagi dah berikan reaksi negatif. Semuanya kerana gelagat perempuan bertudung dengan nama 'mesra' Kiki Kamaruddin yang sangat biadap dan kurang ajar terhadap seorang lelaki tua berbangsa Cina yang juga merupakan pesara kerajaan yang pernah bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Awal-awal lagi, apek Cina itu dah memaafkan Kiki Kamaruddin sekalipun keretanya dihentak besi pengunci stereng. Dan sekalipun diminta untuk membuat laporan berhubung tindakan kasar Kiki Kamaruddin, apek tua sekadar membuat laporan tentang keretanya melanggar bumper belakang kereta Kiki Kamaruddin. Dia enggan membuat laporan berhubung kekasaran dan ancaman yang dilakukan oleh Kiki. Kalau tidak, tak fasal-fasal Kiki Kamaruddin ditahan reman empat hari di dalam lokap.

Hari ini, Kiki Kamaruddin yang masyhur dalam tempoh 24 jam sahaja, meluahkan perasaan kesal dan mahu memohon maaf kepada apek.

Ini bukan isu kaum. Jauh sekali isu agama.


Bagaimanapun, ada pihak yang cuba mencetuskan isu kaum dan isu agama dalam kes ini. Ada pihak yang cuba menangguk di air keruh dan mula menyalahkan kaum kedua-dua pihak yang terlibat dalam insiden kecil yang tidak menjejaskan apa-apa pu dan tidak mendatangkan sebarang kerugian.

Inilah yang dimaksudkan oleh Timbalan Perdana Menteri tentang perlunya rakyat Malaysia menjaga mulut dan perlakuan agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak berulang. Isu-isu seperti inilah yang diambil kesempatan oleh anasir-anasir subversif yang tidak akan senang hati selagi melihat Malaysia aman dan makmur.

Sebenarnya ini isu remeh. Perkara biasa yang berlaku di kalangan pengguna kenderaan. Dan secara kebetulan pula yang mencetuskan isu adalah seorang perempuan Melayu dan seorang apek Cina. Maka pihak-pihak berkenaan segera menjadikan seolah-olah kes ini adalah kes MELAYU lawan CINA.

ISU KAK LONG GARANG: Perempuan Garang Itu Tak Salah Dari Segi Undang-Undang Tapi Salah Dari Segi Moral

· 14 comments

Isu Kiki Kamaruddin atau nama sebenarnya SITI FAIRRAH ASYIKIN BINTI KAMARUDDIN, 30, yang beralamat di C1, Rumah Kakitangan Ladang Felda Lepar Utara 8, Bandar Jengka, Pahang, semakin menarik.

Satu laporan polis telah dibuat pada jam 1:10 tengah hari semalam oleh Kiki. Menurutnya, dia memandu kereta kesayangannya jenis Peugeot bernombor pendaftaran CDM 25 di kawasan parking UTC Kuantan, apabila sebuah kereta jenis Toyota dengan nombor pendaftaran CBG5392 yang di[pandu oleh SIM SIAK HONG, 67, seorang pesara kerajaan yang beralamat di Lorong Kubang Buaya 20 Off Jalan Kubang Buaya, Kuantan, keluar dari sebelah kiri dan melanggar kereta kesayangannya.

'Kemalangan' tersebut tidak mendatangkan kecederaan kepada kedua-dua pemandu dan kereta Kiki hanya mengalami calar-calar pada bahagian bumper belakang, sekaligus mencacatkan sedikit status BARUnya.

Tindakan telah diambil oleh pihak polis dengan mengeluarkan saman kepada SIM SIAK HONG. Walau bagaimanapun Sim Siak Hong turut membuat laporan polis yang menyatakan di dalam laporannya, dia tidak cedera dan keretanya tidak rosak.

Sewaktu diambil keterangan, pesara tersebut memberitahu, Kiki Kamaruddin telah mencekak bajuna dan mengetuk keretanya dengan stereng lock. Walaupun dinasihati oleh pegawai penyiasat, lelaki tua Cina itu bagaimanapun enggan membuat laporan dan memaafkan Kiki dengan memberi alasan, Kiki masih muda dan masih gagal mengawal kemarahannya.

Kemalangan Kereta Kebal ATM Di Lebuhraya PLUS Kuala Kangsar, 3 Anggota Armor Maut!!

Thursday, 3 July 2014 · 21 comments

Satu kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhray Utara-Selatan berhampiran Kuala Kangsar melibatkan konvoi aset tentera darat. Dilaporkan aset tentera darat tersebut sedang bergerak ke Asahan untuk latihan menembak.

Sebuah daripada kenderaan tersebut telah melanggar pembahagi jalan lalu terbalik. Kemalangan tersebut meragut nyawa dua anggota Armor dan seorang Ketua Kenderaan. Ketua kenderaan yang dikenali sebagai Sarjan Bayong pula, telah tercampak keluar dari kenderaan tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Seorang lagi anggota di dalam kenderaan bernama Korporal Patanah turut meninggal di tempat kejadian. Pemandu pula mengalami kecederaan parah. 3 orang anggota yang berada dalam kenderaan Condor di belakang, terselamat.

Insiden melibatkan sebuah kenderaan Sibmas yang merupakan sebuah kereta perisai di KM 232.6. Insiden dikatakan berlaku berpunca daripada kenderaan hilang kawalan dan melanggar kanan bahu lebuhraya dan terbalik ke kiri bahu lebuh raya.

Anggota-anggota yang terlibat adalah:

1. Lans Koperal Fredy - pemandu (cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangar)
2. Koperal Sharifuddin bin Abdullah - cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar
3. Sarjan Bayong - meninggal di tempat kejadian.
4. Koperal Fatanah bin Ismail - meninggal di hospital.


Al-Fatihah dan takziah untuk perajurit-perajurit negara yang terkorban itu.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks