Teoh Cheng Cheng Disahkan Bukan Islam!

Thursday, 12 June 2014 | 3 comments

Selepas beberapa hari kecoh, akhirnya pagi ini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang turut dikenali sebagai Nora Teoh, bukan beragama Islam ketika kematiannya. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kemudian mengarahkan agar Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerahkan kembali mayat Teoh Cheng Cheng kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Konflik mulai timbul apabila Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerbu dan menahan mayat Teoh Cheng Cheng daripada dikebumikan oleh keluarganya. Mayat yang masih berada di rumah keluarganya di Lebuh McCallum kemudiannya diambil dan diletakkan di rumah mayat sebelum Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mendapat pengesahan berhubung status agama yang dipeluk oleh Teoh Cheng Cheng.

Kaum keluarga Teoh Cheng Cheng bagaimanapun, terkejut apabila diberitahu Cheng Cheng sudah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Namun dalam perbicaraan yang dijalankan, beberapa saksi termasuklah anak Cheng Cheng sendiri mengakui bahawa Teoh Cheng Cheng tidak pernah menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.

Teoh Cheng Cheng mati setelah membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment, Sabtu lepas.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Timbulkan Kekecohan, Rampas Mayat Dari Keluarga

Monday, 9 June 2014 | 2 comments

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah bertindak merampas mayat seorang wanita Cina, Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya, Nora Teoh Abdullah, 38, yang sudah hampir dikebumikan di rumah keluarganya di Lebuh Macallum jam 1:20 petang tadi, 20 minit selepas polis tiba dan mengarahkan upacara pengkebumian mayatnya dihentikan.

Selepas hampir dua jam berbincang dengan keluarga si mati, akhirnya JAIPP membawa mayat tersebut dengan sebuah van pada jam 3:50 petang dan mayat kemudian dihantar ke rumah mayat bagi penyiasatan lanjut.

Keluarga si mati terutama ibunya, Tan Ma Suan, 64, terkejut dan mempersoalkan mengapa JAIPP mengambil masa yang begitu lama untuk bertindak jikalau benar anaknya sudah memeluk agama Islam.

Adalah difahamkan, si mati telah memeluk Islam 17 tahun lalu dan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Keluarganya hanya mengetahui, Teoh telah memeluk Islam, hanya selepas polis datang dan meminta upacara pengkebumiannya dihentikan dan kemudian dimaklumkan tentang agama yang dianuti oleh Teoh selepas pegawai JAIPP tiba.

Teoh meninggal dunia pada Sabtu lepas selepas terjatuh dari pangsapurinya.
Showing posts with label jabatan agama islam. Show all posts
Showing posts with label jabatan agama islam. Show all posts

Teoh Cheng Cheng Disahkan Bukan Islam!

Thursday, 12 June 2014 · 3 comments

Selepas beberapa hari kecoh, akhirnya pagi ini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang turut dikenali sebagai Nora Teoh, bukan beragama Islam ketika kematiannya. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang kemudian mengarahkan agar Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerahkan kembali mayat Teoh Cheng Cheng kepada keluarganya untuk dikebumikan.

Konflik mulai timbul apabila Jabatan Agama Islam Pulau Pinang menyerbu dan menahan mayat Teoh Cheng Cheng daripada dikebumikan oleh keluarganya. Mayat yang masih berada di rumah keluarganya di Lebuh McCallum kemudiannya diambil dan diletakkan di rumah mayat sebelum Jabatan Agama Islam Pulau Pinang mendapat pengesahan berhubung status agama yang dipeluk oleh Teoh Cheng Cheng.

Kaum keluarga Teoh Cheng Cheng bagaimanapun, terkejut apabila diberitahu Cheng Cheng sudah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Namun dalam perbicaraan yang dijalankan, beberapa saksi termasuklah anak Cheng Cheng sendiri mengakui bahawa Teoh Cheng Cheng tidak pernah menjalani kehidupan sebagai seorang yang beragama Islam.

Teoh Cheng Cheng mati setelah membunuh diri dengan terjun dari sebuah apartment, Sabtu lepas.

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang Timbulkan Kekecohan, Rampas Mayat Dari Keluarga

Monday, 9 June 2014 · 2 comments

Jabatan Agama Islam Pulau Pinang telah bertindak merampas mayat seorang wanita Cina, Teoh Cheng Cheng atau nama Islamnya, Nora Teoh Abdullah, 38, yang sudah hampir dikebumikan di rumah keluarganya di Lebuh Macallum jam 1:20 petang tadi, 20 minit selepas polis tiba dan mengarahkan upacara pengkebumian mayatnya dihentikan.

Selepas hampir dua jam berbincang dengan keluarga si mati, akhirnya JAIPP membawa mayat tersebut dengan sebuah van pada jam 3:50 petang dan mayat kemudian dihantar ke rumah mayat bagi penyiasatan lanjut.

Keluarga si mati terutama ibunya, Tan Ma Suan, 64, terkejut dan mempersoalkan mengapa JAIPP mengambil masa yang begitu lama untuk bertindak jikalau benar anaknya sudah memeluk agama Islam.

Adalah difahamkan, si mati telah memeluk Islam 17 tahun lalu dan mempunyai seorang teman lelaki beragama Islam tanpa pengetahuan keluarganya. Keluarganya hanya mengetahui, Teoh telah memeluk Islam, hanya selepas polis datang dan meminta upacara pengkebumiannya dihentikan dan kemudian dimaklumkan tentang agama yang dianuti oleh Teoh selepas pegawai JAIPP tiba.

Teoh meninggal dunia pada Sabtu lepas selepas terjatuh dari pangsapurinya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks