KLIP VIDEO Dua Wanita Dicukur Kepala Kononnya Berlaku Di Malaysia, Berasal Dari Venezuela

Monday, 8 May 2017 | 0 comments



Polis Bukit Aman menolak laporan-laporan berkenaan satu klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang mencukur kepala dua orang wanita dan menjelaskan klip video tersebut adalah insiden di Venezuela.

Klip video berkenaan telah ditularkan dan dikongsi di media sosial dengan mesej palsu yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebencian antara kaum. 

Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik dengan seorang wanita lain berdiri di belakangnya dan beberapa orang lelaki mengelilingi mereka di dalam sebuah kedai yang menjual pakaian. 

Salah seorang lelaki mencekak rambut perempuan yang duduk di atas kerusi itu sebelum seorang lelaki lain mulai mencukur kepalanya dengan pencukur elektrik. 

Wanita yang sedang berdiri dan bercakap-cakap dengan salah seorang lelaki lain, turut disuruh duduk di atas kerusi dan kepalanya juga dicukur. 

Ketua Sekretariat Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datin Asmawati Ahmad berkata, polis telah mengesan penyebaran video tersebut yang disertai mesej yang mendakwa, kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap mencuri di sebuah kedai yang dimiliki oleh salah seorang lelaki yang berlainan kaum dan sebagai hukumannya, kepala mereka dibotakkan. 

SAC Asmawati berkata, ekoran daripada penyebaran video tersebut, wujud reaksi dengan sentimen perkauman yang kemudian dikongsi secara meluas di media sosial. 

Menurutnya lagi, pemeriksaan oleh polis mendapati, insiden tersebut sebenarnya berlaku di Maracaibo, Venezuela pada tahun 2016.

"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya. 

SAC Asmawati menasihati masyarakat awam agar lebih bijak menilai berita-berita yang ditularkan dan dikongsikan menerusi media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi lain dan tidak menjadi mangsa kepada niat jahat sesetengah pihak. 

Menurutnya lagi, masyarakat tidak sepatutnya memainkan isu-isu yang menyentuh perkauman dan sensitiviti keagamaan yang boleh mengancam keharmonian di negara ini.

BERITA TERKINI... IBU PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER DISERBU POLIS DAN SKMM!

Monday, 30 March 2015 | 3 comments


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru saja menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya. Ia dipercayai berkaitan dengan laporan mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud yang dikatakan palsu.

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam serbuan itu.

'Rakan sekongkol' TMI, Malaysiakini juga cuba mensensasikan berita tersebut bagi menimbulkan sentimen kebencian dan mewujudkan fitnah ke atas SKMM dan PDRM.


ZUNAR DAH BERGARI, NGA KOR MING, AZMIN ALI DAN TIAN CHUA BILA LAGI?

Thursday, 12 February 2015 | 0 comments


Kerana mengeluarkan kenyataan menghina sistem kehakiman dan keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini, Zunar telah ditangkap dan direman sehingga Jumaat di bawah Akta Hasutan.

Tidak banyak suara-suara pembelaan yang kedengaran dari kumpulan pro-Anwar Ibrahim, mahupun Malaysiakini yang merupakan rakan sekongkol Zunar. Mungkin disebabkan Zunar bukanlah figur besar walaupun kartun-kartun dan ilustrasinya seringkali digunakan untuk mengejek kepimpinan negara, khususnya Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, tetapi dalam keadaan sekarang, dengan segala tumpuan diberikan kepada keluarga Anwar Ibrahim, maka peranan Zunar dilihat tidak ubah seperti malukut tepian gantang.


Zunar sudah pun ditahan, direman dan disoalsiasat sehingga esok. Selain Zunar, turut mendapat perhatian adalah Nga Kor Ming, Rafizi Ramli, Tian Chua, Azmin Ali dan Chong Eng yang turut mengeluarkan kenyataan hasutan. Bagaimanapun, sehingga setakat ini, hanya Zunar sahaja yang dikenakan tindakan dan disoalsiasat. Manakala kelima-lima yang lain, masih bebas dan tidak dikkenakan sebarang tindakan.




Berbeza pula dengan Ismail Sabri yang telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang mendapat liputan meluas serta laporan polis dari MCA, GERAKAN dan sudah tentunya DAP, kenyataan rasis Nga Kor Ming tidak pula diberikan perhatian yang sama.

Ramai yang masih menunggu tindakan selanjutnya. Walaupun Zunar ditangkap, direman dan disoalsiasat, namun populariti sebenar hasutan datangnya daripada para pemimpin PKR dan DAP yang tidak hent-henti menghasut terutama sekali dengan menggunakan Bahasa Cina sebagai medium sepertimana yang dilakukan oleh Nga Kor Ming.

SINGAPURA YANG JAUH LEBIH MAJU PUN MASIH KEKALKAN AKTA HASUTAN DAN ISA, KENAPA TIDAK MALAYSIA?

Friday, 21 November 2014 | 7 comments

Walaupun saiz Singapura berbanding Malaysia jauh lebih kecil dan sangat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar sesuai dengan statusnya sebagai broker dan entreport, hakikatnya Singapura tidak pernah berani mahu mencuba sesuatu yang disifatkan sebagai membuka liberal undang-undang yang keterlaluan demi survival negara pulau tersebut.

Percaya atau tidak, Singapura masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada undang-undang yang diperolehinya sewaktu ia menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan disingkirkan pada tahun 1965. Undang-undang yang dianggap lapuk seperti ISA dan Akta Hasutan serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tidak pernah diusulkan untuk dihapuskan. Malah, Singapura memperketatkan dan menambahbaikkan undang-undang tersebut.

Hasilnya, Singapura berjaya menjadikan rakyatnya berdisiplin ketika di dalam negara tetapi bersikap seperti jembalang apabila berada di luar sempadan Singapura.

Berbeza pula dengan Malaysia.

Petisyen 3005 tandatangan yang dibawa oleh kem Pakatan Rakyat ke Parlimen untuk mendesak Kerajaan memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negara ini. Sama ada kerana kepimpinan negara terlalu lemah dan sangat takut kepada desakan dari luar, menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, atau kerana Kerajaan telah diberikan nasihat yang salah dari segi keselamatan dalam negara sehingga undang-undang yang begitu penting dalam keadaan negara majmuk seperti Malaysia perlu dihapuskan.

Sudah berulang-ulang kali iltizam dikeluarkan bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak akan menghapuskan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian. Ramai yang melihat cadangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang berlaku apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mewujudkan sebuah negara aman dari tahun 1957 dan kemudian sekali lagi dengan pantas mengembalikan keamanan pada tahun 1969, dihapuskan untuk digantikan dengan SOSMA yang kini langsung tidak menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang diikrarkan oleh kepimpinan negara.

Terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia tidak mampu menggalas tugas berlebihan dalam memastikan keamanan negara ini dapat dijaga. Pembebasan kebanyakan tukang-tukang hasut yang menggunakan kelebihan putar belit peguam-peguam mereka yang juga merupakan ahli-ahli politik pembangkang menerusi proses mahkamah, selain keputusan-keputusan 'sudah jangka' mahkamah yang membabitkan hakim-hakim tertentu, menunjukkan bahawa ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tela menimbulkan keributan dalam semua sektor.

Dan yang paling menarik, penghapusan ISA tidak juga menjadikan Malaysia sebagai tempat pelabur bertapak berkali-kali ganda berbanding sewaktu ISA masih ada dan diamalkan. Malah, Malaysia tetap juga kalah kepada Singapura yang masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan segala macam akta-akta yang dilabelkan oleh Pakatan Rakyat, sebagai Akta Lapuk dan Kuno.

Pentadbiran Najib Abdul Razak masih belum mampu menunjukkan keberkesanan penghapusan ISA walaupun sudah beberapa tahun berlalu bahkan keadaan semakin memburuk dengan jenayah kekerasan serta jenayah perjudian haram dan money-laundering semakin bermaharajalela, sehinggakan operasi membanteras judi haram sekadar menjadi bahan gelak tawa kerana 'dateline' yang ditetapkan.

Najib tidak akan dapat mengekalkan kuasanya walaupun Akta Hasutan dihapuskan. Najib juga tidak akan mampu memastikan keselamatan negara ini, rakyat, penduduk, industri, sosial, ekonomi dan sebagainya di negara ini jikalau berterusan mengambil sikap mudah memenuhi semua kehendak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan semua akta serta undang-undang di negara ini.

Najib hanya akan mampu mengekalkan kuasa dan kelangsungan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Malaysia seandainya jaminan keselamatan menerusi peruntukan akta dan peraturan diperkukuhkan dan diperketatkan. Najib hanya akan selamat apabila negara ini berada dalam keadaan selamat, bukannya menerusi penghapusan undang-undang!

Sebarang tolak ansur keterlaluan sebagaimana yang ditunjukkan sekarang, hanya akan menghancurkan sebuah negara bernama Malaysia.

FAHMI ZAINOL HASUT RAKYAT SABAH UNTUK BERPECAH KERANA STATUS MAKANAN

Sunday, 9 November 2014 | 5 comments

Budak penyokong kuat Anwar Ibrahim yang dalam rangka hasutan di Universiti Malaysia Sabah, Fahmi Zainol telah mengeluarkan satu kenyataan yang 'paling bodoh' kerana tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Sabah.

Dalam kenyataannya di Facebook yang berjaya disalintampal, Fahmi Zainol menyatakan:

"Kami turun di gaya street, beginikah cara masyarakat sabah berniaga? benda haram dan halal tidak diasingkan. saya sendiri meragui status halal makanan di sabah, ayah rakyat sabah, bangkitlah, ayuh mahasiswa UMS. Bangkitlah dari kebodohan pemerintah yang selama ini cuba membuatkan anda kelihatan bodoh."

Pagi tadi, Fahmi Zainol telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuatnya, Fahmi Zainol akan dirujuk kepada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang jelas mengatakan sesiapa yang melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Dalam kenyataannya di Facebook Fahmi Zainol secara jelas dia menyatakan, Kerajaan Pemerintah adalah sasaran serangannya. Dia turut mempertikaikan 'status halal-haram' yang merupakan isu sensitif bagi kalangan rakyat Sabah. Dia turut menyatakan 'bangkitlah orang Sabah' sebagai satu bentuk konspirasi agar rakyat Sabah membenci pemerintah.

Budak ini terlalu mentah dan masih tidak faham budaya serta adat resam negeri Sabah. Sekalipun di Semenanjung, kenyataannya itu mungkin rasional, tetapi di Sabah yang mengamalkan budaya berlainan, terutama di dalam sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, kenyataan Fahmi Zainol sebenarnya mengajak rakyat Sabah berperang sesama sendiri.

AZIZ BARI Ketakutan Di IPD Sabak Bernam Sampai Perlu Bawa 8 Penyokong

Wednesday, 1 October 2014 | 8 comments


Ketika melakukan hasutan, Aziz Bari yang mendabik dada kononnya dia pakar Perlembagaan, kelihatan cukup berani, malah mencabar pihak berkuasa agar menangkap dan menahannya atas kesalahan menghasut.

Bagaimanapun, apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pagi tadi, Aziz Bari ternyata seorang pengecut, penakut dan bacul.

Walaupun sekadar diminta datang untuk memberikan keterangan berhubung laporan polis ke atasnya, Aziz Bari telah meminta dua orang peguam dan 8 orang penyokong untuk menemaninya ke IPD.

Aziz Bari diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Sabak Bernam berhubung kes menghina DYMM Sultan SElangor. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

Antara yang hadir menemani Aziz Bari adalah Azhar bin Achil, Penyelaras SAMM Selangor; Mohamad Affiq, peguam; Dr. Selvaraj, peguam; dan Andy Lim, Setiausaha Aziz Bari.

Selesai memberi keterangan di hadapan pegawai polis pada jam lebih kurang 12:45 tengah hari, Aziz Bari seperti biasa, membuat kenyataan kepada wartawan. Dan seperti biasa juga, Aziz Bari akan menggunakan alasan AKADEMIK untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan dan dipersalahkan.


Menurutnya, perkara yang diperkatakannya kepada umum dan secara terbuka itu, sebenarnya merupakan perbincangan biasa kepada para pelajar dan ianya merupakan satu proses pembelajaran kepada mereka. Ia sudah lama dibincangkan sama ada dalam kelas atau forum tetapi mungkin bersifat baru kepada orang awam.

Aziz Bari turut mengatakan, dia akan terus memperkatakan perkara itu dalam forum untuk mendidik rakyat dan orang awam tentang institusi raja di Malaysia.

Dengan kata lain, dia akan terus menghasut orang ramai agar melawan dan menggulingkan pemerintahan raja-raja Melayu atas alasan, ianya merupakan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Cuma dia bijak memberikan alasan bahawa semua itu dibuat atas nama akademik, walaupun sebenarnya forum-forum di mana dia memperkatakan perkara tersebut secara terbuka, adalah forum-forum politik yang tidak ada kena-mengena dengan politik.

Apatah lagi, Aziz Bari sendiri merupakan salah seorang pemimpin PKR yang kalah ketika bertanding di Sabak Bernam pada PRU lepas.

Showing posts with label akta hasutan. Show all posts
Showing posts with label akta hasutan. Show all posts

KLIP VIDEO Dua Wanita Dicukur Kepala Kononnya Berlaku Di Malaysia, Berasal Dari Venezuela

Monday, 8 May 2017 · 0 comments



Polis Bukit Aman menolak laporan-laporan berkenaan satu klip video yang memaparkan sekumpulan lelaki sedang mencukur kepala dua orang wanita dan menjelaskan klip video tersebut adalah insiden di Venezuela.

Klip video berkenaan telah ditularkan dan dikongsi di media sosial dengan mesej palsu yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat kebencian antara kaum. 

Klip video berdurasi dua minit itu menunjukkan seorang wanita duduk di atas kerusi plastik dengan seorang wanita lain berdiri di belakangnya dan beberapa orang lelaki mengelilingi mereka di dalam sebuah kedai yang menjual pakaian. 

Salah seorang lelaki mencekak rambut perempuan yang duduk di atas kerusi itu sebelum seorang lelaki lain mulai mencukur kepalanya dengan pencukur elektrik. 

Wanita yang sedang berdiri dan bercakap-cakap dengan salah seorang lelaki lain, turut disuruh duduk di atas kerusi dan kepalanya juga dicukur. 

Ketua Sekretariat Komunikasi Korporat Ketua Polis Negara, Senior Asst Comm Datin Asmawati Ahmad berkata, polis telah mengesan penyebaran video tersebut yang disertai mesej yang mendakwa, kedua-dua wanita tersebut telah ditangkap mencuri di sebuah kedai yang dimiliki oleh salah seorang lelaki yang berlainan kaum dan sebagai hukumannya, kepala mereka dibotakkan. 

SAC Asmawati berkata, ekoran daripada penyebaran video tersebut, wujud reaksi dengan sentimen perkauman yang kemudian dikongsi secara meluas di media sosial. 

Menurutnya lagi, pemeriksaan oleh polis mendapati, insiden tersebut sebenarnya berlaku di Maracaibo, Venezuela pada tahun 2016.

"Ia tidak berlaku di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh pihak yang menyebarkan video serta mesej berkenaan," katanya. 

SAC Asmawati menasihati masyarakat awam agar lebih bijak menilai berita-berita yang ditularkan dan dikongsikan menerusi media sosial atau rangkaian-rangkaian komunikasi lain dan tidak menjadi mangsa kepada niat jahat sesetengah pihak. 

Menurutnya lagi, masyarakat tidak sepatutnya memainkan isu-isu yang menyentuh perkauman dan sensitiviti keagamaan yang boleh mengancam keharmonian di negara ini.

BERITA TERKINI... IBU PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER DISERBU POLIS DAN SKMM!

Monday, 30 March 2015 · 3 comments


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru saja menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya. Ia dipercayai berkaitan dengan laporan mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud yang dikatakan palsu.

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam serbuan itu.

'Rakan sekongkol' TMI, Malaysiakini juga cuba mensensasikan berita tersebut bagi menimbulkan sentimen kebencian dan mewujudkan fitnah ke atas SKMM dan PDRM.


ZUNAR DAH BERGARI, NGA KOR MING, AZMIN ALI DAN TIAN CHUA BILA LAGI?

Thursday, 12 February 2015 · 0 comments


Kerana mengeluarkan kenyataan menghina sistem kehakiman dan keputusan memenjarakan Anwar Ibrahim selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini, Zunar telah ditangkap dan direman sehingga Jumaat di bawah Akta Hasutan.

Tidak banyak suara-suara pembelaan yang kedengaran dari kumpulan pro-Anwar Ibrahim, mahupun Malaysiakini yang merupakan rakan sekongkol Zunar. Mungkin disebabkan Zunar bukanlah figur besar walaupun kartun-kartun dan ilustrasinya seringkali digunakan untuk mengejek kepimpinan negara, khususnya Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor, tetapi dalam keadaan sekarang, dengan segala tumpuan diberikan kepada keluarga Anwar Ibrahim, maka peranan Zunar dilihat tidak ubah seperti malukut tepian gantang.


Zunar sudah pun ditahan, direman dan disoalsiasat sehingga esok. Selain Zunar, turut mendapat perhatian adalah Nga Kor Ming, Rafizi Ramli, Tian Chua, Azmin Ali dan Chong Eng yang turut mengeluarkan kenyataan hasutan. Bagaimanapun, sehingga setakat ini, hanya Zunar sahaja yang dikenakan tindakan dan disoalsiasat. Manakala kelima-lima yang lain, masih bebas dan tidak dikkenakan sebarang tindakan.




Berbeza pula dengan Ismail Sabri yang telah dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang mendapat liputan meluas serta laporan polis dari MCA, GERAKAN dan sudah tentunya DAP, kenyataan rasis Nga Kor Ming tidak pula diberikan perhatian yang sama.

Ramai yang masih menunggu tindakan selanjutnya. Walaupun Zunar ditangkap, direman dan disoalsiasat, namun populariti sebenar hasutan datangnya daripada para pemimpin PKR dan DAP yang tidak hent-henti menghasut terutama sekali dengan menggunakan Bahasa Cina sebagai medium sepertimana yang dilakukan oleh Nga Kor Ming.

SINGAPURA YANG JAUH LEBIH MAJU PUN MASIH KEKALKAN AKTA HASUTAN DAN ISA, KENAPA TIDAK MALAYSIA?

Friday, 21 November 2014 · 7 comments

Walaupun saiz Singapura berbanding Malaysia jauh lebih kecil dan sangat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar sesuai dengan statusnya sebagai broker dan entreport, hakikatnya Singapura tidak pernah berani mahu mencuba sesuatu yang disifatkan sebagai membuka liberal undang-undang yang keterlaluan demi survival negara pulau tersebut.

Percaya atau tidak, Singapura masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada undang-undang yang diperolehinya sewaktu ia menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan disingkirkan pada tahun 1965. Undang-undang yang dianggap lapuk seperti ISA dan Akta Hasutan serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tidak pernah diusulkan untuk dihapuskan. Malah, Singapura memperketatkan dan menambahbaikkan undang-undang tersebut.

Hasilnya, Singapura berjaya menjadikan rakyatnya berdisiplin ketika di dalam negara tetapi bersikap seperti jembalang apabila berada di luar sempadan Singapura.

Berbeza pula dengan Malaysia.

Petisyen 3005 tandatangan yang dibawa oleh kem Pakatan Rakyat ke Parlimen untuk mendesak Kerajaan memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negara ini. Sama ada kerana kepimpinan negara terlalu lemah dan sangat takut kepada desakan dari luar, menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, atau kerana Kerajaan telah diberikan nasihat yang salah dari segi keselamatan dalam negara sehingga undang-undang yang begitu penting dalam keadaan negara majmuk seperti Malaysia perlu dihapuskan.

Sudah berulang-ulang kali iltizam dikeluarkan bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak akan menghapuskan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian. Ramai yang melihat cadangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang berlaku apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mewujudkan sebuah negara aman dari tahun 1957 dan kemudian sekali lagi dengan pantas mengembalikan keamanan pada tahun 1969, dihapuskan untuk digantikan dengan SOSMA yang kini langsung tidak menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang diikrarkan oleh kepimpinan negara.

Terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia tidak mampu menggalas tugas berlebihan dalam memastikan keamanan negara ini dapat dijaga. Pembebasan kebanyakan tukang-tukang hasut yang menggunakan kelebihan putar belit peguam-peguam mereka yang juga merupakan ahli-ahli politik pembangkang menerusi proses mahkamah, selain keputusan-keputusan 'sudah jangka' mahkamah yang membabitkan hakim-hakim tertentu, menunjukkan bahawa ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tela menimbulkan keributan dalam semua sektor.

Dan yang paling menarik, penghapusan ISA tidak juga menjadikan Malaysia sebagai tempat pelabur bertapak berkali-kali ganda berbanding sewaktu ISA masih ada dan diamalkan. Malah, Malaysia tetap juga kalah kepada Singapura yang masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan segala macam akta-akta yang dilabelkan oleh Pakatan Rakyat, sebagai Akta Lapuk dan Kuno.

Pentadbiran Najib Abdul Razak masih belum mampu menunjukkan keberkesanan penghapusan ISA walaupun sudah beberapa tahun berlalu bahkan keadaan semakin memburuk dengan jenayah kekerasan serta jenayah perjudian haram dan money-laundering semakin bermaharajalela, sehinggakan operasi membanteras judi haram sekadar menjadi bahan gelak tawa kerana 'dateline' yang ditetapkan.

Najib tidak akan dapat mengekalkan kuasanya walaupun Akta Hasutan dihapuskan. Najib juga tidak akan mampu memastikan keselamatan negara ini, rakyat, penduduk, industri, sosial, ekonomi dan sebagainya di negara ini jikalau berterusan mengambil sikap mudah memenuhi semua kehendak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan semua akta serta undang-undang di negara ini.

Najib hanya akan mampu mengekalkan kuasa dan kelangsungan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Malaysia seandainya jaminan keselamatan menerusi peruntukan akta dan peraturan diperkukuhkan dan diperketatkan. Najib hanya akan selamat apabila negara ini berada dalam keadaan selamat, bukannya menerusi penghapusan undang-undang!

Sebarang tolak ansur keterlaluan sebagaimana yang ditunjukkan sekarang, hanya akan menghancurkan sebuah negara bernama Malaysia.

FAHMI ZAINOL HASUT RAKYAT SABAH UNTUK BERPECAH KERANA STATUS MAKANAN

Sunday, 9 November 2014 · 5 comments

Budak penyokong kuat Anwar Ibrahim yang dalam rangka hasutan di Universiti Malaysia Sabah, Fahmi Zainol telah mengeluarkan satu kenyataan yang 'paling bodoh' kerana tidak pernah mengetahui apa-apa tentang Sabah.

Dalam kenyataannya di Facebook yang berjaya disalintampal, Fahmi Zainol menyatakan:

"Kami turun di gaya street, beginikah cara masyarakat sabah berniaga? benda haram dan halal tidak diasingkan. saya sendiri meragui status halal makanan di sabah, ayah rakyat sabah, bangkitlah, ayuh mahasiswa UMS. Bangkitlah dari kebodohan pemerintah yang selama ini cuba membuatkan anda kelihatan bodoh."

Pagi tadi, Fahmi Zainol telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing.

Berdasarkan kepada kenyataan yang dibuatnya, Fahmi Zainol akan dirujuk kepada Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang jelas mengatakan sesiapa yang melakukan atau cuba melakukan atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Dalam kenyataannya di Facebook Fahmi Zainol secara jelas dia menyatakan, Kerajaan Pemerintah adalah sasaran serangannya. Dia turut mempertikaikan 'status halal-haram' yang merupakan isu sensitif bagi kalangan rakyat Sabah. Dia turut menyatakan 'bangkitlah orang Sabah' sebagai satu bentuk konspirasi agar rakyat Sabah membenci pemerintah.

Budak ini terlalu mentah dan masih tidak faham budaya serta adat resam negeri Sabah. Sekalipun di Semenanjung, kenyataannya itu mungkin rasional, tetapi di Sabah yang mengamalkan budaya berlainan, terutama di dalam sebuah keluarga yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, kenyataan Fahmi Zainol sebenarnya mengajak rakyat Sabah berperang sesama sendiri.

AZIZ BARI Ketakutan Di IPD Sabak Bernam Sampai Perlu Bawa 8 Penyokong

Wednesday, 1 October 2014 · 8 comments


Ketika melakukan hasutan, Aziz Bari yang mendabik dada kononnya dia pakar Perlembagaan, kelihatan cukup berani, malah mencabar pihak berkuasa agar menangkap dan menahannya atas kesalahan menghasut.

Bagaimanapun, apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pagi tadi, Aziz Bari ternyata seorang pengecut, penakut dan bacul.

Walaupun sekadar diminta datang untuk memberikan keterangan berhubung laporan polis ke atasnya, Aziz Bari telah meminta dua orang peguam dan 8 orang penyokong untuk menemaninya ke IPD.

Aziz Bari diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Sabak Bernam berhubung kes menghina DYMM Sultan SElangor. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

Antara yang hadir menemani Aziz Bari adalah Azhar bin Achil, Penyelaras SAMM Selangor; Mohamad Affiq, peguam; Dr. Selvaraj, peguam; dan Andy Lim, Setiausaha Aziz Bari.

Selesai memberi keterangan di hadapan pegawai polis pada jam lebih kurang 12:45 tengah hari, Aziz Bari seperti biasa, membuat kenyataan kepada wartawan. Dan seperti biasa juga, Aziz Bari akan menggunakan alasan AKADEMIK untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan dan dipersalahkan.


Menurutnya, perkara yang diperkatakannya kepada umum dan secara terbuka itu, sebenarnya merupakan perbincangan biasa kepada para pelajar dan ianya merupakan satu proses pembelajaran kepada mereka. Ia sudah lama dibincangkan sama ada dalam kelas atau forum tetapi mungkin bersifat baru kepada orang awam.

Aziz Bari turut mengatakan, dia akan terus memperkatakan perkara itu dalam forum untuk mendidik rakyat dan orang awam tentang institusi raja di Malaysia.

Dengan kata lain, dia akan terus menghasut orang ramai agar melawan dan menggulingkan pemerintahan raja-raja Melayu atas alasan, ianya merupakan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Cuma dia bijak memberikan alasan bahawa semua itu dibuat atas nama akademik, walaupun sebenarnya forum-forum di mana dia memperkatakan perkara tersebut secara terbuka, adalah forum-forum politik yang tidak ada kena-mengena dengan politik.

Apatah lagi, Aziz Bari sendiri merupakan salah seorang pemimpin PKR yang kalah ketika bertanding di Sabak Bernam pada PRU lepas.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks