ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG

Thursday 8 June 2017 | 0 comments



Seorang anggota polis dari PGA telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di leher. Anggota polis berkenaan yang berpangkat koperal dilaporkan pada masa kejadian, sedang menjalankan tugas rondaan bermotosikal di Risikan Sempadan Kelantan. Kedua-dua mereka menunggang sebuah motosikal dan mangsa menjadi pembonceng.

Ketika mereka membuat rondaan di Pengkalan Haram Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan pada jam lebih kurang 12:30 tengah malam, mereka telah terserempak dengan dua orang lelaki Melayu yagn sedang berdiri di tepi lorong yang menuju ke Pengkalan Haram Ibrahim Pencen.

Melihat gelagat kedua-dua lelaki Melayu itu yang mencurigakan, kedua-dua anggota polis memperkenalkan diri kepada mereka. Kedua-dua lelaki Melayu tersebut bertindak melarikan diri ke kawasan semak samun di belakang semua rumah dalam keadaan gelap.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arah kedua-dua anggota polis itu. Tembakannya mengenai koperal yang menjadi pembonceng pada bahagian leher sebelah kanannya.

Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya melarikan diri.

Koperal berkenaan telah dibawa oleh rakannya ke Balai Polis Rantau Panjang untuk bantuan lanjut. Seterusnya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dan kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) 2.

X-ray yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati peluru masih berada di dalam leher sebelah kanan anggota polis itu.

Buat masa kini, anggota tersebut sedang diberi rawatan di wad kecemasan Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2, Kota Bharu Siasatan bagi kes ini telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan.

Berdasarkan maklumat, anggota polis yang berpangkat koperal tersebut berusia 34 tahun dan telah berkahwin selain mempunyai tiga orang anak - 1 lelaki dan 2 perempuan.


SIASATAN SPRM DIALU-ALUKAN TETAPI ISA SAMAD ENGGAN LETAK JAWATAN



The Star melaporkan, Isa Samad mengalu-alukan siasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas FGV tetapi menolak dan enggan untuk meletak jawatan atau bercuti sementara siasatan dijalankan sebagaimana yang dicadangkan oleh banyak pihak.

Kemelut FGV tercetus selepas CEO FGV, Zakaria Arshad dan tiga yang lain digantung tugas setelah enggan mematuhi arahan meletakkan jawatan sepertimana yang terkandung dalam surat Zakaria kepada Isa yang bocor ke pengetahuan awam.

Menurut Isa, tiada sebarang alasan dan sebab untuknya meletakkan jawatan atau bercuti memandangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada Rabu lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi mencadangkan Isa dan Zakaria untuk meletakkan jawatan masing-masing memandangkan 'pergaduhan' mereka memalukan FGV dan menunjukkan tidak wujud langsung konsensus antara mereka.

"Itu adalah pendapat peribadinya. Hari ini terdapat banyak pandangan, sesesetengah orang faham dan sesetengah orang tidak," kata Isa.

"Lebih baik tahu keseluruhan cerita sepertimana yang saya pernah katakan, jangan buat salah tanggapan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis berbuka puasa kepada golongan tidak bernasib baik di Menara Felda.

Isa juga berkata, dia mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas penyelewengan yang membabitkan syarikat itu.

"Itu adalah kerja mereka. Biarkan mereka buat kerja mereka berdasarkan proses mereka. Proses saya (di syarikat) ialah mengeluarkan surat tunjuk sebab, membenarkan Zakaria membalas dan menjawab dan dari situ kita akan membuat keputusan," katanya.

Lebih 10 orang pegawai SPRM tiba di Menara FELDA untuk mengambil dokumen-dokumen yang dimiliki oleh Zakaria yang membabitkan siasatan ke atas kelewatan pembayaran kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd oleh Safitex, sebuah syarikat Afghanistan yang berurusniaga dengan Delima Oil.

Menurut Isa lagi, langkah melantik bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris jala sebagai badan bebas yang mengendalikan kemelut di FGV.

"Kami  mengalu-alukan perlantikannya dengan tangan terbuka dan sudah tentu kami akan bekerjasama dengannya," kata Isa lagi.

Zakaria dan tiga orang yang lain telah diberikan surat oleh Isa pada Selasa lalu yang meminta mereka untuk bercuti sementara siasatan ke atas urusniaga antara Delima Oil dan Safitex dijalankan.

Tiga orang eksekutif FGV lain yang digantung tugas adalah CFO FGV Ahmad Tifly Mohd Talha, CEO Trading FGV Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abdul Karim.

ADAKAH TINDAKAN PUTERI UMNO BEKERJASAMA DENGAN SISTERS IN ISLAM AKAN MENGUKUHKAN UMNO ATAU TEMBAK DIRI SENDIRI?

Wednesday 7 June 2017 | 0 comments



Walau apa pun alasan yang diberikan, 'kerjasama' yang berlaku antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Sisters-In-Islam sebenarnya sangat-sangat mencolok mata.

SIS sudah pun difatwakan sesat. Gerakan tersebut memperjuangkan liberalisme dan kebebasan yang tidak terhad termasuklah yang bertentangan dengan syarak seperti memperjuangkan LGBT.

Julai 2014, Selangor telah mengeluarkan fatwa pengharaman NGO Sisters-In-Islam (SIS kerana didakwa berpegang kepada fahaman liberalisme yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Fatwa Selangor pada Julai 2014, menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada ajaran 'liberalisme' dan 'pluralise' agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIs berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dipengaruhi gaya berfikir cetusan 'Enlighment' di Eropah beberapa kurun lalu. Fokus sebenar mereka ialah mempersoal, memperkecilkan dan menimbulkan keraguan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai perlaksanaan hukum-hukum Islam.

SIS juga menjalankan kerja-kerja mentafsikan al Quran mengikut akal mereka terutama sekali yang membabitkan layanan kepada wanita dengan menggunakan tiga kaedah iaitu media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menimbulkan polemik apabila bekerjasama sekaligus memberikan pengiktirafan kepada SIS yang sedang bergerak mencari pengaruh menerusi program Rock Solid Pink Walk & Run 2017 yang tertumpu kepada kempen kesedaran seksual kanak-kanak.

Program berkenaan adalah usaha Natassia Roslan yang merupakan Exco PPUM yang mengetuai Biro Perundangan dan NGO. Isu kesedaran terhadap keselamatan dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dibuat berdasarkan kepada sokongan semua ahli Parlimen tidak kira parti untuk merealisasikan kempen dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak.

Atas kerjasama itu, menurut Puteri UMNO, mereka telah bekerjasama dengan NGO-NGO di Malaysia untuk turut tampil dan menyokong kempn tersebut melalui larian ini tanpa mngira kulit, fahaman, kaum, agama dan ideologi.

Itu adalah alasan yang diberikan oleh pergerakan tersebut bagi mewajarkan mereka bekerjasama dengan SIS.

Bagaimana pula dengan para pengundi dan penyokong UMNO sendiri memandangkan Pergerakan Puteri adalah salah satu komponen UMNO yang diwujudkan memang bertujuan untuk politik terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan daripada golongan muda?

Adakah tindakan dan cadangan Natassia Roslan itu akan menarik sokongan menderu-deru daripada golongan muda untuk menyokong UMNO khususnya Puteri sendiri atau tidak ubah seperti meletak muncung pistol di dahi sendiri?


'BEKAS' CEO FGV DAKWA, CUBA HALANG PELABURAN TIDAK MASUK AKAL SEBABKAN DIA DIGANTUNG TUGAS



Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung tugas berkata, dia telah cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai 'tidak masuk akal'.

Antara pelaburan tersebut katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta Pound Sterling (lebih kurang RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystem Ltd, sebuah syarikat nano karbon yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga atau empat tahun lepas.

"Sekarang mereka (Lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta Pound Sterling lagi. Bagi saya, ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," katanya yang dipetik oleh The Star.

Pelaburan lain kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM800 juta bagi membeli 30% pegangan dalam sebuah kilang krimer yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembuatan tin.

Zakaria juga melahrikan tidak puas hati dengan amalan rundingan terus yang bermahajalela dalam FGV.

"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung... saya tlah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya cuba menguatkuasakan dengan tegas, maka ini yang berlaku," katanya.

Penggantungan Zakaria dibuat selepas dia dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV, Isa Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat dari Afghanistan.

Zakaria dalam surat kepada Isa, menafkan dia telah melanggar kod etika tadbir urus korporat dan berkata, pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya iaitu Isa Samad sendiri.

Isa dalam satu sidang akhbar yang berasingan berkata, siasatan audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu. Dia juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanyakan dakwaan yang dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa dia cuba memberhentikan Zakaria bagi menutup salah laku sendiri.

SUMBER


Shafee Abdullah Cuma Dibayar RM1000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Difitnah Sarawak Report

Tuesday 6 June 2017 | 1 comments



Tidak logik kata mereka. Pihak pembangkang hari ini berhempas pulas memainkan isu kononnya RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibuat dari luar negara. Oleh portal yang sebelum ini sudah beberapa kali kantoi menyiarkan cerita fitnah. Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi pernah mendedahkan 90% daripada artikel Sarawak Report adalah artikel yang dimanipulasi dan diubah suai.

Mengapa buat tuduhan dari luar negara? Bawalah ke mahkamah jika ada bukti kukuh. Tidak berani sebab perkara itu adalah rekaan semata mata. Sudah lebih dua tahun Anwar dihukum penjara, baru timbul pula cerita baru. Tuduhan RM9.5 juta ini adalah persepsi semata mata.

Cerita RM9.5 juta ini tidak boleh menidakkan keputusan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 14 Disember 2016 yang mengekalkan keputusan panel terdahulu pada 7 Mac 2014 untuk penjarakan Anwar.

Keputusan panel itu juga menurut Tan Sri Zulkefli adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri.

Logik dibayar RM1,000 sahaja? Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membuat persetujuan bagi membayar RM1,000 kepadanya selaku Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara ini tidak didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan dan ianya dijawab di parlimen setelah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee.

Pada 11 Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah menjawab pertanyaan Er Teck Hwa, Ahli Parlimen DAP-Bakri. Jumlah bayaran adalah RM1,000. Adakah pembayaran RM1,000 ini merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, ia bukanlah satu kesalahan asalkan terdapat terma-terma tugas yang ditetapkan Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya dan dipersetujui sebagai syarat ada pembayaran di situ.

Berita Harian 14 Oktober 2014 melaporkan Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (ketika itu) secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ramai yang tidak tahu bahawa ada berbagai kaedah pelantikan pegawai kerajaan dilakukan termasuklah pelantikan secara Contract of Service ( COS) dan Contract For Service ( CFS).

Berdasarkan kesesuaian Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara pada ketika itu, jika sekalipun terma dirahsiakan ( atas sebab etika & kerahsiaan), ramai yang menafsir dengan penuh yakin bahawa beliau dilantik secara Contract For Service ( CFS).

Sila rujuk DI SINI.

Ini kerana Contract For Service atau CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. Dengan kata mudahnya, ia lebih terbuka.

Ini bermakna terma pelantikan, tugasan, gaji dan segala kelayakan oleh Muhammad Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya itu telah ditentukan. Hanya Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee saja yang tahu. Apapun cara pelantikan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Muhammad Shafee, ia tetap menjelaskan Ketua Pendakwa Raya yang dilantik merupakan seorang pegawai kerajaan pada ketika itu.

Justeru, jelaslah kepada kita bahawa dakwaan dangkal oleh Sarawak Report mengenai jumlah bayaran khidmat guaman RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee adalah palsu sama sekali.

Dakwaan Sarawak Report itu ternyata fitnah dan tidak benar bila mengaitkan kononnya pembayaran tersebut diambil dari wang 1MDB. Apatah lagi dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah pun ditutup 30 Ogos 2013.

Sarawak Report mendakwa kononnya pembayaran kepada Tan Sri Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Hendak bayar bagaimana jika akaun itu telah ditutup pada 30 Ogos 2013? Sebab itu cerita karut ini direka dari luar negara oleh portal yang dibiayai oleh Open Society Institute, tajaan George Soros.

Logik Tan Sri Shafee dibayar RM1,000 atas kapasitinya sebagai Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara.

Pendakwa tidak dibayar kerana dalam kes jenayah pendakwa adalah mewakili kerajaan. Mereka adalah pegawai kerajaan bergaji atau peguam yang dilantik khas oleh kerajaan.

Kalau kes sivil kedua dua pihak ada peguam tetapi tidak dipanggil pendakwa atau peguam tertuduh. Ianya dipanggil peguam planitif dan defendan.

Kes liwat Anwar ini adalah kes jenayah.
Sarawak Report tidak usahlah buat cerita karut semata mata hendak bebaskan Anwar. Patutlah pakai Sarawak Report sebab Rafizi sudah kantoi banyak kali menipu.

Rakyat Malaysia bukan mudah lupa. Mereka tahu sejarah fitnah Sarawak Report. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di bulan Ramadhan ini.

SUMBER


Muhyiddin Yassin Disaman Fitnah RM10 Juta Oleh Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan



Bekas ketua aktivis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Anas Sudin hari ini menfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan menfitnahnya.

Mohd Anas selaku plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran 'lalang' dan 'tupai'.

Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan 500 orang ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan daripada pengumuman itu oleh pihak plaintif, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokannya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.

Kenyataan tersebut menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkannya sebagai seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injuksi untuk menahan defendan daripada terus menfitnahnya.

Mohd Anas mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli UMNO serta hala tuju parti yang kabur.

Anas menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016.


SPRM, Sila Siasat FGV, Kata CEO FGV Holdings Yang 'Dipecat'



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.

Katanya, walaupun telah diarahkan bercuti serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV, beliau sendiri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk operasi syarikat sebelum beliau menjadi CEO lagi.

“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.

“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui berasa amat kecewa kerana diarahkan bercuti serta-merta kerana begitu sayangkan FGV. - UTUSAN ONLINE

Ketua Menteri Melaka Sahkan, Penganjuran Program 'Jerusalem's Jubilee' Tidak Pernah Diluluskan Oleh Kerajaan Negeri

Monday 5 June 2017 | 0 comments



Ketika semakin banyak bantahan dan laporan polis dibuat berhubung penganjuran program 'Himpunan Jerusalem's Jubilee' yang dijadualkan di melaka pada 15 sehingga 18 Jun nanti bagi merayakan kejayaan Israel menawan wilayah-wilayah Arab dalam Perang 6 hari pada tahun 1948 dan pembunuhan jutaan umat Arab Palestin, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan nada tegas berkata, Melaka menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan melaka sebagai lokasi penganjuran program berkenaan. 

Program berkenaan bukan sahaja dibimbangi malah akan mencetuskan keganasan, kestidakstabilan serta kegagalan harmoni di negara ini. 

Beberapa pihak yang dilihat cuba memperlekehkan undang-undang dan kewibawaan pihak berkuasa negara ini, terutama setelah isu membabitkan Hannah Yeoh dan pengkristianisasi oleh mubaligh-mubaligh DAP yang berselindung di sebalik nama politik selain isu Sivarasa, mempergiatkan usaha untuk mencabar umat Islam di negara ini. 


Keterbukaan selain keterujaan untuk menguasai bidang politik di negara ini, menyaksikan perkara-perkara seperti ini semakin berleluasa setiap hari. Anehnya, di sebalik penganjuran-penganjuran program sebegini, pasti terselit nama DAP sama ada secara langsung atau tidak langsung membabitkan pemimpin-pemimpin mereka!

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka juga mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai penyebaan mengenai Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka. 

"Untuk maklumat, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima (permohonan) apatah lagi hendak meluluskan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan UNdangan Negeri Melaka ke-13 di Seri Negeri. 

Siasatan Ke Atas Nazir Masjid Kampung Melayu Subang Dalam Isu Sivarasa Akan Bermula Hari Ini



Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang esok (Isnin) susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas.

Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.

"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.

Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.

"JAIS tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.

Pada Jumaat lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan.

-- BERNAMA


Serangan Pengganas Terbaharu di London, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Sunday 4 June 2017 | 0 comments



Wisma Putra belum menerima sebarang laporan tentang pembabitan rakyat Malaysia dalam serangan keganasan terbaharu di London. 

"Setakat ini, tiada sebarang laporan rakyat Malaysia terlibat. Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan berhampiran tempat kejadian, telah dinasihati untuk tidak keluar dan bertenang selain mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. 

Dikatakan, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysai di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan membuat kemaskini kepada rakyat Malaysia yang berada di London.

Sebarang pertanyaan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London boleh menggunakan talian telefon +44 (0) 207 242 4308, atau menerusi e-mel di mwlondon.kln@1govuc.gov.my atau di alamat sementara, 52, Bedford Row, London WC1R 4LR

Dalam serangan yang berlaku awal pagi Ahad, sebuah van berwarna putih merempuh pejalan kaki di Jambatan London dan penyerang-penyerang yang bersenjatakan pisau meluru keluar dari van dan mula menikam orang ramai di pub dan restoran di Borough Market.

Sekurang-kurangnya 6 orang, termasuk penyerang terrbunuh dan sejumlah besar pula terpaksa dirawat di hospital kesan daripada serangan berkenaan.

PAS Putuskan TAHALUF SIYASI Dengan Pakatan Rakyat Kerana Faktor Evangelis Kristian



Tahaluf Siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat terbatal disebabkan timbulnya kesedaran bahawa gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP dan hal ini bakal merugikan Islam. 

Kenyataan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki apabila ditanya sama ada faktor Evangelis Kristian DAP menjadi penyebab kepada PAS menjauhi pakatan. 

Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk pakatan atau Tahaluf Siyasi seharusnya tidak boleh sesekali merugikan Islam. 

“Ini faktor terpenting sebab persoalan tahaluf tidak boleh merugikan Islam.” 

Malah PAS sedar akan hal itu seawal isu kalimah Allah lagi dan ini boleh dilihat dengan beberapa langkah dan tindakan yang dibuat oleh Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS ketika itu melalui Majlis Syura untuk menjauhi DAP setelah sedar akan pengaruh gerakan evangelis dalam isu kalimah Allah. 

“Tetapi ketika itu masih ada juga segelintir kepimpinan pusat yang masih tidak nampak akan hal sedemikian dan mereka ini, dapat dilihat sekarang ini pun masih bersama dengan DAP,” tambah beliau yang merujuk kepada kumpulan yang telah meninggalkan perjuangan PAS. 

Namun malangnya, masih ramai yang melihat pendedahan yang dibuat oleh Pengarah MAPAN Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff tentang dakyah Hannah Yeoh sebagai isu penyebaran dakyah Kristian biasa sedangkan ianya amat berkait rapat dengan politik dan kuasa. 

Menurut Dr Zuhdi lagi, Evangelis Kristian bukanlah Kristian biasa, mereka ini akan mengganggu-gugat kestabilan politik sesebuah negara. 

“Mereka ini mahu menguasai politik. Ini bukan hanya penyebaran dakyah Kristian biasa.” 

Dr Zuhdi Marzuki juga mendedahkan bahawa buku seperti ‘The Evangelical: The Struggle to Shape America’ ada menceritakan panjang lebar bagaimana Donald Trump yang bukanlah calon ‘favourite’ tetapi berjaya menang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan bantuan gerakan Evangelis Kristian.

Cari Fasal, Cari Penyakit... Suspek Keluar Kenyataan Jelek Terhadap PDRM, Diberkas Di Mata Ayer, Perlis Tak Sampai 24 Jam



Barangkali teruja dengan berita kematian seorang pegawai polis yang baru bertugas di Kelantan, seorang individu yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia KEMENTAH dan beralamat kediaman di Tampoi, Johor Bahru, melakukan penghinaan selain mengeluarkan kata-kata jelek di Facebook.

Laporan polis telah dibuat di Pejabat BSKJK IPD Johor Bahru Utara pada 3 Jun lalu. Di dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa individu yang menggunakan nama 'Shamsul Amery' di laman Facebook memuatnaik komen berikut:

" Ini babi pnye polis... spesis mcm ni lh nk tembak dr sndr... dh byk sgt dose ko.... puuuuuiiiiiihhhhhhh.... ptt lh mksiat judi x pernah abis... wei polis babi mcm ni.... mmg babi lh ko..... aku ttp sokong skuad badar mcm ni.... buat krn Allah.... jgn tkut lg polis ke.... ape pngkt ko skli pn aku x tkut.... ktua polis sme je... bdoh"

" Polis dh dibayar..... nmpk dh pn.... ko mkn le duet haram tu knyang2.... pastu ko tembak dr sndr ok?yg tu lh terjadi...."


Hasilnya, pada 4 Jun, polis berjaya mengesan dan menahan lelaki berusia 34 tahun itu di Mata Ayer, Perlis, menerusi tindakan Polis Kontinjen Perlis. Difahamkan suspek yang bertugas di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Tampoi, Johor, ke Perlis untuk menghadiri kenduri kahwin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman dendan sehingga RM50,0000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Suspek juga boleh dijatuhkan hukuman denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

SURAT TERBUKA KEPADA SITI NURHALIZA YANG SUDAH LUPA DIRI

Wednesday 31 May 2017 | 3 comments


Mungkin Siti terlupa..

Masa zaman mudanya dulu..yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad..setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih..selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kg..terpaksa naik turun tangga kuarters..hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.

Barangkali Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah ayahnya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepadas ibunya..adakah ketika itu orang2 miskin yg berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?

Mungkin Sitri akan bagitau yg ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih..waktu itu belum ada GST..tetapi Siti mungkin taktau yg jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu..bahan2 untuk membuat kuih seperti tepung gandum,gula,garam,minyak masak,telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.

Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1..ketika itu Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya..walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.

Sekarang ini..Siti sudah kaya..bukan sekadar kaya tapi sudah jutawan. Ditambah pula dapat suami yg juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yg zalim yg mesti didoakan agar tumbang?

Adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah ayah Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM - PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim?

Yang Ikhlas
Mantan Boipren Siti masa darjah 4 Kenanga



PAS Selangor Ancam Tarik Diri Dari Kerajaan Negeri Sekiranya Azmin Paksa 3 Exconya Letak Jawatan

Thursday 18 May 2017 | 0 comments



Drama membabitkan David Teo dan Sulaiman Yassin dalam program TN50 bersama penggiat seni di Dewan Bankuet Seri Perdana semalam, telah menghilangkan beberapa cerita yang jauh lebih penting, termasuklah cerita MEJA RM30 ribu membabitkan Mufti Perlis dan cerita Kerajaan Negeri Selangor. 

Di Selangor, krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PAS mengancam untuk menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Azmin Ali memaksa Exco-Exco PAS negeri itu meletak jawatan. 

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa 13 orang ADUN akan keluar dari Kerajaan negei sekiranya Azmin Ali menuruti perintah DAP untuk memaksa ketiga-tiga orang Exco dari PAS itu meletak jawatan dalam usaha untuk menyingkirkan PAS. 

Ancaman tersebut sekiranya direalisasikan akan menggoncangkan Kerajaan Negeri Selangor kerana Pakatan hanya akan tinggal 29 orang ADUN dalam DUN yang berjumlah 56 kerusi itu. Kelebihan Pakatan yang diketuai oleh DAP hanya bermajoritikan satu kerusi dengan 14 orang ADUN dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAN. 

Keputusan PAS itu telah dibuat dalam mesyuarat lewat malam tadi yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru merangkap ADUN Sabak Sallehen Mukhyi. 

Sallehen telah diberikan tugas untuk untuk menerangkan keputusan tersebut kepada PAS Pusat yang akan bersidang hari ini. 

Dalam mesyuarat malam tadi yang dihadiri oleh kesemua pemimpin kawasan PAS, Sallehen memaklumkan kepada mereka berhubung krisis politik yang membelenggu Kerajaan Negeri ekoran keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Sallehen turut menjelaskan kepada mereka berhubung pertemuannya dengan Azmin semasa Menteri Besar Selangor itu meminta ketiga-tiga orang Exco dari PAS meletak jawatan. Ketiga-tiga orang Exco tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. 

Bagaimanapun, apa yang akan dilakukan oleh parti sekiranya keluar dari Kerajaan Negeri tidak pula dibincangkan. 

Sekiranya ancaman PAS benar-benar dinyatakan, barisan pembangkang Selangor akan terdiri daripada 13 orang dari PAS, 11 dari UMNO dan dua Bebas. 


Ada spekulasi yang menyatakan, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kembali menerajui negeri itu dan usaha-usaha memujuk ADUN-ADUN dari PKR dan DAP untuk melompat parti sedang giat dijalankan. 

Ironinya, Biro Politik PKR yang turut bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Wan Aizah memutuskan untuk memerintahkan kesemua lantikan politik dari PKR di Kelantan, meletak jawatan serta merta.

Azmin Ali mendapat tekanan yang cukup besar daripada DAP untuk bertindak terhadap PAS yang enggan lagi bekerjasama dan menyediakan segala bantuan kepada DAP, sekaligus menyekat nafsu besar DAP untuk menguasai Shah Alam sepenuhnya pada PRU akan datang. 

Ini adalah kali kedua krisis politik berlaku di Selangor. Kali pertama adalah ketika PKR dan DAP serta beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini sudah berhijrah ke dalam PAN berkonspirasi untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Khalid Ibrahim kemudian dipecat dari PKR selepas kejayaan menjatuhkannya. 

Kejayaan menggulingkan Khalid Ibrahim itu telah mencetuskan krisis perlembagaan apabila kem yang diketuai DAP dan istana terlibat dalam 'perbalahan' berhubung siapa yang harus menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim. 


David Teo Ingat Dia Bercakap Dengan Budak Production Ke, Tanya Mamat Khalid Ekoran Insiden David Teo Ditampar Mat Over



Cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo bercakap di hadapan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "tidak beradab", kata pengarah filem Mamat Khalid.

Jelas Mamat, David memang diketahui cara bercakapnya yang kuat dan lantang, tetapi kali ini beliau dianggap melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya.

Kebiadaban tersebut seterusnya mengundang kemarahan pelakon Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over, yang kemudiannya bertindak menampar muka David, mengejutkan seluruh hadirin sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, mengenali Mat Over secara peribadi, lelaki yang berasal dari Terengganu itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Malah, beliau sendiri tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.”

Bagaimanapun kata Khalid, insiden memalukan itu tidak akan menjejaskan imej industri seni secara keseluruhannya kerana menyifatkan ia lebih kepada sentimen peribadi.

“David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri.

“Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri,” katanya.

Katanya lagi, perkara sudah pun berlaku, dan melihat ke hadapan semua pihak perlu lebih matang, lebih-lebih lagi apabila dalam gelanggang perbincangan supaya insiden sama tidak berulang.



SEMAK RAKYAT ADA DUA KERAKYATAN, GESA PCM KEPADA KERAJAAN

Wednesday 17 May 2017 | 1 comments



Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.

“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2 atau lebih kewarganegaraan.

“Kerajaan harus serius dalam menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan.

Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Zahid berkata demikian bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.

Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


PKR Ajar PAS Di Kelantan, Semua Lantikan Politik Wakil PKR Di Kelantan Diarahkan Letak Jawatan Serta-Merta



PKR membalas dendam terhadap PAS atau sebenarnya cuba mengajar PAS?

Sakit hati kerana ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS enggan meletak jawatan sementara menunggu keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS berhubung kedudukan mereka esok, PKR mengorak langkah lebih awal. 

Memandangkan PKR tidak mempunyai sebarang kepentingan di Kelantan apatah lagi penguasaan kerusi DUN Kelantan oleh PKR pula terlalu sedikit dan tidak menjejaskan apa-apa, Biro Politik PKR malam tadi telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil rakyat parti itu di Kelantan termasuklah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan lantikan di syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri diminta untuk melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta.

Perkara berkenaan telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya. 

Antara lain yang turut diputuskan oleh PKR ialah, mereka menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun, PKR menolak alasan-alasan yang diberikan oleh PAS sebagai punca tahaluf siyasi itu dibatalkan. 

PKR juga berikrar untuk mengatur langkah yang lebih berkesan bersama-sama DAP, PPBM dan PAN untuk menentang UMNO-BN dan PAS pada PRU akan datang.

Itu yang diumumkan oleh Wan Azizah malam tadi.

Mengenai kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan PKR akan memutuskan perkara tersebut sekembalinya Azmin Ali dari lawatan rasmi ke luar negara.

'Bantuan' Untuk PKR Sebagai Parti Memperjuangkan Hudud, Nampaknya Datang Dari Sabah

Tuesday 16 May 2017 | 0 comments



Kerana temubual Wan Azizah dan Al Jazeera, parti-parti pembangkang bakal berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan PKR pada PRU akan datang, kata Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Datuk Henrynus Amin. 

Di dalam temubual tersebut, Wan Azizah telah memperkatakan dan bersetuju kepada perkara yang menjadi TABOO atau pantang besar kepada parti-parti politik pembangkang, khususnya DAP dan parti-parti tempatan Sabah serta Sarawak.

Menurut Henrymus, sukar bagi parti-parti pembangkang untuk mempercayai pakatan di mana PKR berada di dalamnya selepas Presiden PKR, Wan Azizah berkata, perlaksanaan hukuman hudud masih mempunyai peluang untuk diadakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. 

Menurut Henrynus, Sabah dan Sarawak akan bersatu menentang sebarang perlaksanaan hukuman hudud di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. 

"Sokongan terbuka PKR kepada hukuman hudud sudah pasti akan menimbulkan curiga kepada semangat kepelbagaian yang dilaung-laungkan di dalam parti tersebut selain komitmen tegas mereka terhadap tradisi sekular di negara ini," kata Henrynus lagi. 

Menurutnya, sesiapa pun yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan perlu menghormati Batu Sumpah Keningau yang telah didirikan sempena penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. 

"Kebebasan beragama tidak hanya terhad dengan memberikan peruntukan bagi membina tempat-tempat ibadat atau membenarkan pembacaan kitab-kitab agama. Kebebasan agama bermaksud, kebebasan untuk kesedaran termasukalh hak bagi setiap rakyat untuk melafazkan, mengamalkan bahkan menukar agama berdasarkan pilihan dan kepercayaan peribadi mereka," kata Henrynus lagi. 

Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Dedahkan Masalah Lain Babitkan DAP



'Kesilapan' terbesar yang dilakukan oleh Hannah Yeoh adalah dengan membuat laporan polis berhubung pendedahan ke atas buku tulisannya, 'Becoming Hannah'. Buku tersebut sepatutnya membantu DAP dan Pakatan Rakyat, sama ada dalam bentuk kempen mahupun untuk mengumpulkan dana namun laporan polis yang dibuat, akan menyebabkan bukan buku itu sahaja akan disiasat tetapi juga agenda DAP itu sendiri.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh seorang pensyarah dan kemudian ditularkan menerusi media sosial, membuatkan ramai yang membuka mata seluas-luasnya tentang cita-cita sebenar DAP walaupun Hannah Yeoh cuba untuk mempertahankan DAP dengan cara 'mengorbankan' dirinya sendiri menerusi kenyataan penafiannya. 

Mengambil kira apa yang berlaku di negara seberang apabila calon gabenor terkenal dan popular yang dikenali sebagai Ahok dipenjarakan kerana menghina Islam di Indonesia, apa yang ditulis oleh Hannah Yeoh sebenarnya lebih berpotensi untuk menjadi sangat bahaya. 



Para penyokong PAS sekarang ini sedang menggunakan tulisannya di dalam buku itu dan mula menyerang sikap hipokrit DAP. DAP secara lantang dan berulang-ulang kali menuntut agar PAS tidak menggunakan agama dalam politik sedangkan pada masa yang sama, DAP juga melakukan perkara yang sama. 

Dalam banyak-banyak contoh yang boleh diberikan, Hannah Yeoh tentang impiannya untuk menjadi pendakwah Evangelist Kristian berbanding menjadi ahli politik, namun menjadi ahli politik membolehkan dia melakukan kerja-kerja pengkristianan yang lebih menyeluruh kepada orang ramai. 

Hannah Yeoh juga menulis tentang sesuatu yang lebih merbahaya kepada kestabilan dan keharmonian negara ini apabila meminta rakan-rakan Kristiannya di luar negara pulang ke Malaysia dan 'menuntut' negara ini. 

"God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field."


Membawa ahli politik dalam kepompong bangsa dan agama di Malaysia, membuatkan pendedahan terbaharu ini akan memberikan ancaman yang cukup besar kepada DAP, sekaligus memberikan kesan yang lebih parah kepada rakan-rakan sekongkol mereka iaitu PAN, PPBM dan PKR yang mana sekarang ini mereka dituduh membantu Hannah Yeoh dan konco-koconya untuk menjayakan agenda mereka.

Hannah sudah pun membuat laporan polis semalam dan telah cuba menjarakkan partinya daripada tulisannya. 

"This is why it is called ‘Becoming Hannah’ and not ‘Becoming DAP’ or ‘Becoming a Christian'," kata Hannah di dalam kenyataannya. 

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing secara bebas, tetapi Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghalang mana-mana pihak yang bukan beragama Islam menyebarkan agama mereka dalam apa cara sekalipun kepada penganut-penganut beragama Islam di negara ini. 

DAP sudah beberapa kali menjadi dalang dan peneraju utama dalam kempen menentang agama Islam terutama yang membabitkan kes murtad seperti yang diperkatakan oleh Ngeh Kor Ham bahawa Malaysia sepatutnya membenarkan mana-mana individu Islam yang ingin murtad tanpa perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (RUJUK SINI)

Hannah Yeoh dan DAP boleh memberikan sebarang alasan untuk menafikan agenda mereka sendiri ke atas rakyat Malaysia, termasuklah cuba menyalahkan pihak lain kerana kononnya memainkan isu-isu agama dan kaum menjelang PRU, namun apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya telah menceritakan perkara sebenar berbanding penafian kosong dan putar belit yang diamalkan sekarang, termasuklah oleh Hannah Yeoh.


Sementara itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS membabitkan sebuah buku tulisan Ian Buchanan yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World, berjudul 'Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionsim and Christian Zionism in Malaysia'.

Di dalam buku berkenaan, nama Hannah Yeoh dan Lim Guan Eng turut dipetik sebagai antara mereka yang menjadi tentera Kristian yang cuba menakluk serta mengubah lanskap politik serta sosio budaya di Malaysia, khususnya.









POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu



Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima orang lelaki yang memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Berdasarkan laporan, pekerja ladang berkenaan mendakwa kelima-lima orang lelaki yang berceloreng dan lengkap bersenjata itu dilihat berada berhampiran sungai di FELDA Sahabat 2, Lahad Datu. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun di Balai Polis Cenderawasih.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan pekerja ladangn berkenaan. Menurutnya lagi, polis telah dan sedang melakukan siasatan dari pelbagai aspek berhubung laporan pekerja ladang itu. 

Berdasarkan laporan itu, pekerja ladang berkenaan mendakwa terserempak dengan lima individu terbabit pada 30 April lalu ketika membersihkan kebun pisang di tebing sungai ladang berkenaan. Difahamkan laporan itu juga menyebut dua daripada lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pekerja ladang itu telah memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya bagi menyelamatkan orang Sabah. 

Pekerja ladang yang sudah tinggal di Sabah semenjak 2010 itu juga mendakwa, kumpulan tersebut membawa dua laras mesingan M60, dua laras M16 dan satu laras M14. Dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog. Daripada perbualan itu, pekerja ladang itu melaporkan, lima orang terbabit mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Dia kemudiannya dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan dan tidak dicederakan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik. Polis juga memberi jaminan, keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan dia meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara berkenan.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

Syarikat Pengeluar Gula Tuntut Kerajaan Naikkan Harga Gula Dinaikkan 29 Sen

Monday 15 May 2017 | 0 comments



Syarikat pengeluar gula Malaysia, MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Malaysia untuk menaikkan harga gula sebanyak RM0.29 sen sekilogram bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.

Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) yang menguasai syarikat pengeluar itu berkata, harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan keuntungan syarikat berkurangan dengan banyak.

'Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis telah dinaikkan 11 sen sekilogram menjadikan harganya meningkat daripada RM2.84 sen menjadi RM2.95 sen sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaraskan adalah pada Oktober 2013.

DAP BOHONG LAGI! TalentCorp Nafi Bawa Pulang Bekas ADUN DAP Pujut Yang Ada Dua Kerakyatan



Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) menafikan ADUN Sarawak, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan daripada kerusi Pujut, kembali ke negara ini di bawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme, REP).

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Shareen Shariza Abdul Ghani berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ting, yang mendakwa bahawa beliau “melepaskan kerakyatan Australia selepas dipilih oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di Malaysia”.


Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Sarawak mengundi untuk untuk melucutkan keanggotaaan Ting dari kerusi Pujut kerana dikatakan memiliki kerakyatan Australia.

Menurut Shareen, rekod TalentCorp menunjukkan bahawa Ting tidak pulang di bawah REP dan juga tidak menerima insentif program berkenaan.

“Walaupun Dr Ting membuat permohonan di bawah REP pada Mei 2014 dan telah diberi kelulusan bersyarat pada September 2014, beliau tidak menyerahkan bukti bahawa beliau telah pulang ke tanah air dan berjaya memperoleh pekerjaan di Malaysia untuk membolehkan beliau menerima Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

“Di samping itu, beliau juga telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa REP,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sijil pengesahan MMC

Walau bagaimanapun, Ting menegaskan bahawa beliau telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) walaupun proses itu ditangguhkan selama beberapa bulan.

Beliau juga menunjukkan Malaysiakini dokumen berkaitan itu.


"Saya juga telah mendapat sijil pengesahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh MMC pada tahun 2015, yang membolehkan saya untuk bekerja di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak dilakukan adalah melaporkan kepada REP. Insentif bukan alasan untuk saya pulang bagi berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada Malaysiakini.

Shareen menjelaskan bahawa semua permohonan REP REP daripada para profesional perubatan terlebih dahulu dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Bersama – Tenaga Kerja Penjagaan Kesihatan (Joint Working Committee - Healthcare Talent, JWC-HT).

Ahli-ahli jawatankuasa ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, MMC, Pendaftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Register, NSR) dan beberapa anggota jawatankuasa yang dilantik.

“JWC-HT berperanan untuk menyemak kelayakan akademik dan pengalaman kerja pemohon bagi menentukan kelayakan mereka di bawah REP. Ia kemudian menghantar cadangannya kepada Jawatankuasa REP.

“Dalam kes Dr Ting, kelulusan bersyaratnya menghendaki beliau menyediakan surat pelantikan jawatan sebagai pegawai perubatan di kawasan luar bandar serta pendaftarannya dengan MMC,” katanya.

Cabar kesahihan

Selepas mendapat kelulusan, Shareen berkata semua pemohon REP diberi tempoh sehingga dua tahun untuk kembali dan memperoleh pekerjaan di Malaysia sebelum SATK dikeluarkan oleh

TalentCorp untuk diluluskan sebagai pakar yang pulang di bawah REP dan mendapat manfaat daripada insentif di bawah program ini.

“Ketika membuat permohonan, Dr Ting memegang pasport Malaysia yang sah dan ini melayakkan beliau untuk membuat permohonan REP. Di bawah REP, pemegang penduduk tetap (PR) dibenarkan memohon untuk REP sekiranya mereka dapat menunjukkan bukti bahawa mereka masih warganegara Malaysia.


“Di samping itu, pemohon perlu memenuhi kriteria yang ketat berhubung kelayakan akademik, pengalaman kerja, tahap pendapatan dan tempoh perkhidmatan di luar negara.

“Mereka juga mesti bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi yang dikenal pasti dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupations List, COL) serta bekerja dan tinggal di luar negara pada masa permohonan,” katanya.

Usul untuk melucutkan kelayakan Ting dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Wong memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

DAP Sarawak dilaporkan akan mencabar kesahihan tindakan pemecatan di mahkamah.

Kes ini dipercayai yang pertama di Malaysia.


Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


MAHFUZ OMAR Kecam PAS Selangor Sebagai 'TIDAK MALU'



Mahfuz Omar yang sudah tidak peduli lagi dengan kawasannya, Pokok Sena, terus berusaha untuk mengkagumkan PAN, PPBM dan DAP dengan membuat kenyataan terbaharu membabitkan parti yang telah  mengangkat dan memperkenalkan namanya ke persada politik negara, PAS. 

Menyertai beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang mengutuk PAS Selangor kerana enggan meninggalkan Kerajaan Negeri selepas PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, Mahfuz berkata, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu Timbalan Presiden PAS, jenis muka tak malu. 

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mempertahankan keengganan PAS Selangor utnuk mengeluarkan arahan kepada ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk meletak jawatan. 

Kata Mahfuz, PAS tidak boleh meletakkan situasi di mana rakyat Selangor melihat PAS sebagai sebuah parti 'kartun' tanpa mengetahui ke mana haluan sebenarnya parti itu.

Mahfuz juga mengutuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba menggunakan istana dalam usaha mempertahankan kedudukan ketiga-tiga Exco terbabit. 

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin politik senior, Tuan Ibrahim seharusnya tahu, di bawah sistem raja berperlembagaan, perlantikan Exco-Exco Negeri atau Menteri-Menteri Kabinet sekalipun dibuat oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong, sebenarnya dibuat di atas nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri."

Bagaimanapun, menurut Mahfuz lagi, ketiga-tiga orang Exco PAS itu tidak boleh diberikan tekanan atau paksaan untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu meletakkan jawatan serta-merta selepas Majlis Syura mengesahkan keputusan yang dibuat oleh PAS dalam muktamar lalu tentang pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR tanpa perlu bertanya atau dipaksa oleh pihak lain.

Menurutnya lagi, perletakan jawatan tersebut amat penting untuk menunjukkan kedudukan PAS pada peringkat kebangsaan dan Selangor selaas dengan keputusan yang dibuat dalam muktamar serta Majlis Syura.

PAS mempunyai tiga orang Exco di Selangor iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. PAS turut memiliki ramai Ahli-Ahli Majlis pada peringkat Kerajaan Tempatan. Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah juga merupakan ADUN PAS. 

Muktamar PAS pada 30 April telah menerima usul secara sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Keputusan berkenaan kemudiannya disahkan oleh Majlis Syura yang merupakan peringkat tertinggi penggubal polisi parti tersebut, Khamis lepas. 

PAS akan memutuskan kedudukan ketiga-tiga Exco tersebut dalam mesyuarat pada Khamis nanti. 

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam satu kenyataan menyatakan ketiga-tiga orang Exco tersebut akan kekal buat sementara waktu.

Mahfuz mengingatkan, situasi di Selangor sekarang hampir sama  dengan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 selepas Semangat 46 memutuskan hubungan dengan PAS sebaik-baik sahaja parti tersebut dimansuhkan bagi membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO. 

Menurut Mahfuz, Exco-Exco Semangat 46 juga mengumumkan, mereka akan kekal di dalam pentadbiran negeri memandangkan mereka dilantik oleh Sultan Kelantan dan mereka mahu memenuhi mandat yang diterima pada PRU tahun 1995.

Bagaimanapun, mereka telah diperintahkan untuk meninggalkan pentadbiran Kelantan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir.

Justeru kata Mahfuz, ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu menjadikan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 sebagai panduan dan ikutan. 


Ekoran Penahanan 16 Orang Pegawai Kanan, PDRM akan rombak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ekoran penahan 16 orang pegawai kanan dan anggota jabatan itu kerana dipercayai melindungi sindiket dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota jabatan itu untuk melindungi atau bersekongkol dengan sindiket termasuklah melaksanakan rombakan besar-besaran dalam jabatan berkenaan.

Selain itu, PDRM turut melancarkan gerakan dan operasi mengesan pegawai serta anggota-anggota polis lain yang turut terbabit melindungi sindiket berkenaan.

"Mereka ini dipercayai mempunyai hubungan dengan pengedar dadah serta membocorkan maklumat dan operasi polis. Kita serius sekiranya ada pembabitan pegawai dan anggota polis yang melindungi atau berkawan baik dengan mana-mana sindiket itu (dadah) dan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diambil," katanya.


Bekas ADUN DAP Pujut Rupa-Rupanya Bukan Pemegang Kerakyatan Malaysia

Sunday 14 May 2017 | 1 comments



Bekas ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan sebagai ADUN oleh DUN Sarawak dua hari lepas, Dr. Ting Tiong Choon sebenarnya telah memegang kerakyatan Australia selama lebih enam tahun. Dia memperolehi status kerakyatan tersebut pada 20 Januari 2010.

Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut dan bakal menjadi calon mewakili DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak, Dr. Ting kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.

Disebabkan itulah, menurut Pengerusi DAP Sarawak yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku serta langsung tidak tahu tentang Prinsip Rukunegara, Chong Chien Jen berkata, DAP akan membawa isu perlucutan jawatan tersebut ke mahkamah.

DAP mahu mahkamah mengembalikan jawatan ADUN Pujut kepada Dr. Ting Tiong Choon kerana menurutnya perlucutan jawatan tersebut merupakan 'satu perlanggaran semangat perlembagaan Malaysia'.

Perkara 24 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan;

"Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain daripada perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu."

Dengan kata lain, bermula dari 20 Januari 2010 lagi, Dr. Ting Tiong Choon sudah tidak ada apa-apa hak di Malaysia, termasuklah hak untuk mengundi apatah lagi menjadi calon pilihanraya kerana status kerakyatannya di Malaysia telah gugur secara automatik.


Walaupun dia kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australianya pada 4 April 2016 bagi membolehkan dia menjadi calon DAP di DUN Pujut dalam PRN Sarawak 2016, sebenarnya Dr. Ting bukan lagi rakyat Malaysia bermula dari 20 Januari 2010 lagi.

Justeru, ikrar Chong Chien Jen dan Lim Guan Eng bahawa mereka akan memanipulasikan undang-undang serta institusi mahkamah di negara ini bagi membolehkan seorang penderhaka dan pengkhianat seperti Dr. Ting kembali menikmati hak-haknya selaku warga negara Malaysia, sebenarnya menunjukkan perangai dan niat jahat DAP ke atas negara ini.

Seharusnya, bekas ADUN Pujut itu perlu menjalani proses kembali mendapatkan kerakyatannya yang telah hilang secara automatik pada 20 Januari 2010, bukannya mereka membawa kesnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan pengkhianat dan penderhaka seperti Dr. Ting bermaharajalela dan berbuat apa-apa sahaja di negara ini.

Apatah lagi dengan dua kes muflisnya di Australia, kepulangan Dr. Ting ke Malaysia dan pengguguran status kerakyatan Australianya itu sendiri boleh dipertikaikan.

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah



Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing. 

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor. 

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!


ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG

Thursday 8 June 2017 · 0 comments



Seorang anggota polis dari PGA telah mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di leher. Anggota polis berkenaan yang berpangkat koperal dilaporkan pada masa kejadian, sedang menjalankan tugas rondaan bermotosikal di Risikan Sempadan Kelantan. Kedua-dua mereka menunggang sebuah motosikal dan mangsa menjadi pembonceng.

Ketika mereka membuat rondaan di Pengkalan Haram Ibrahim Pencen, Rantau Panjang, Kelantan pada jam lebih kurang 12:30 tengah malam, mereka telah terserempak dengan dua orang lelaki Melayu yagn sedang berdiri di tepi lorong yang menuju ke Pengkalan Haram Ibrahim Pencen.

Melihat gelagat kedua-dua lelaki Melayu itu yang mencurigakan, kedua-dua anggota polis memperkenalkan diri kepada mereka. Kedua-dua lelaki Melayu tersebut bertindak melarikan diri ke kawasan semak samun di belakang semua rumah dalam keadaan gelap.

Pada masa yang sama, salah seorang daripada mereka mengeluarkan sepucuk pistol dan melepaskan satu das tembakan ke arah kedua-dua anggota polis itu. Tembakannya mengenai koperal yang menjadi pembonceng pada bahagian leher sebelah kanannya.

Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya melarikan diri.

Koperal berkenaan telah dibawa oleh rakannya ke Balai Polis Rantau Panjang untuk bantuan lanjut. Seterusnya dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dan kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HPRZ) 2.

X-ray yang dijalankan oleh pihak hospital mendapati peluru masih berada di dalam leher sebelah kanan anggota polis itu.

Buat masa kini, anggota tersebut sedang diberi rawatan di wad kecemasan Zon Merah Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) 2, Kota Bharu Siasatan bagi kes ini telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan.

Berdasarkan maklumat, anggota polis yang berpangkat koperal tersebut berusia 34 tahun dan telah berkahwin selain mempunyai tiga orang anak - 1 lelaki dan 2 perempuan.


SIASATAN SPRM DIALU-ALUKAN TETAPI ISA SAMAD ENGGAN LETAK JAWATAN

· 0 comments



The Star melaporkan, Isa Samad mengalu-alukan siasatan yang dijalankan oleh SPRM ke atas FGV tetapi menolak dan enggan untuk meletak jawatan atau bercuti sementara siasatan dijalankan sebagaimana yang dicadangkan oleh banyak pihak.

Kemelut FGV tercetus selepas CEO FGV, Zakaria Arshad dan tiga yang lain digantung tugas setelah enggan mematuhi arahan meletakkan jawatan sepertimana yang terkandung dalam surat Zakaria kepada Isa yang bocor ke pengetahuan awam.

Menurut Isa, tiada sebarang alasan dan sebab untuknya meletakkan jawatan atau bercuti memandangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pada Rabu lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi mencadangkan Isa dan Zakaria untuk meletakkan jawatan masing-masing memandangkan 'pergaduhan' mereka memalukan FGV dan menunjukkan tidak wujud langsung konsensus antara mereka.

"Itu adalah pendapat peribadinya. Hari ini terdapat banyak pandangan, sesesetengah orang faham dan sesetengah orang tidak," kata Isa.

"Lebih baik tahu keseluruhan cerita sepertimana yang saya pernah katakan, jangan buat salah tanggapan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan majlis berbuka puasa kepada golongan tidak bernasib baik di Menara Felda.

Isa juga berkata, dia mengalu-alukan siasatan SPRM ke atas penyelewengan yang membabitkan syarikat itu.

"Itu adalah kerja mereka. Biarkan mereka buat kerja mereka berdasarkan proses mereka. Proses saya (di syarikat) ialah mengeluarkan surat tunjuk sebab, membenarkan Zakaria membalas dan menjawab dan dari situ kita akan membuat keputusan," katanya.

Lebih 10 orang pegawai SPRM tiba di Menara FELDA untuk mengambil dokumen-dokumen yang dimiliki oleh Zakaria yang membabitkan siasatan ke atas kelewatan pembayaran kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd oleh Safitex, sebuah syarikat Afghanistan yang berurusniaga dengan Delima Oil.

Menurut Isa lagi, langkah melantik bekas Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris jala sebagai badan bebas yang mengendalikan kemelut di FGV.

"Kami  mengalu-alukan perlantikannya dengan tangan terbuka dan sudah tentu kami akan bekerjasama dengannya," kata Isa lagi.

Zakaria dan tiga orang yang lain telah diberikan surat oleh Isa pada Selasa lalu yang meminta mereka untuk bercuti sementara siasatan ke atas urusniaga antara Delima Oil dan Safitex dijalankan.

Tiga orang eksekutif FGV lain yang digantung tugas adalah CFO FGV Ahmad Tifly Mohd Talha, CEO Trading FGV Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Kamarzaman Abdul Karim.

ADAKAH TINDAKAN PUTERI UMNO BEKERJASAMA DENGAN SISTERS IN ISLAM AKAN MENGUKUHKAN UMNO ATAU TEMBAK DIRI SENDIRI?

Wednesday 7 June 2017 · 0 comments



Walau apa pun alasan yang diberikan, 'kerjasama' yang berlaku antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan Sisters-In-Islam sebenarnya sangat-sangat mencolok mata.

SIS sudah pun difatwakan sesat. Gerakan tersebut memperjuangkan liberalisme dan kebebasan yang tidak terhad termasuklah yang bertentangan dengan syarak seperti memperjuangkan LGBT.

Julai 2014, Selangor telah mengeluarkan fatwa pengharaman NGO Sisters-In-Islam (SIS kerana didakwa berpegang kepada fahaman liberalisme yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

Fatwa Selangor pada Julai 2014, menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada ajaran 'liberalisme' dan 'pluralise' agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

SIs berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dipengaruhi gaya berfikir cetusan 'Enlighment' di Eropah beberapa kurun lalu. Fokus sebenar mereka ialah mempersoal, memperkecilkan dan menimbulkan keraguan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai perlaksanaan hukum-hukum Islam.

SIS juga menjalankan kerja-kerja mentafsikan al Quran mengikut akal mereka terutama sekali yang membabitkan layanan kepada wanita dengan menggunakan tiga kaedah iaitu media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menimbulkan polemik apabila bekerjasama sekaligus memberikan pengiktirafan kepada SIS yang sedang bergerak mencari pengaruh menerusi program Rock Solid Pink Walk & Run 2017 yang tertumpu kepada kempen kesedaran seksual kanak-kanak.

Program berkenaan adalah usaha Natassia Roslan yang merupakan Exco PPUM yang mengetuai Biro Perundangan dan NGO. Isu kesedaran terhadap keselamatan dan penderaan seksual terhadap kanak-kanak dibuat berdasarkan kepada sokongan semua ahli Parlimen tidak kira parti untuk merealisasikan kempen dan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak.

Atas kerjasama itu, menurut Puteri UMNO, mereka telah bekerjasama dengan NGO-NGO di Malaysia untuk turut tampil dan menyokong kempn tersebut melalui larian ini tanpa mngira kulit, fahaman, kaum, agama dan ideologi.

Itu adalah alasan yang diberikan oleh pergerakan tersebut bagi mewajarkan mereka bekerjasama dengan SIS.

Bagaimana pula dengan para pengundi dan penyokong UMNO sendiri memandangkan Pergerakan Puteri adalah salah satu komponen UMNO yang diwujudkan memang bertujuan untuk politik terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan daripada golongan muda?

Adakah tindakan dan cadangan Natassia Roslan itu akan menarik sokongan menderu-deru daripada golongan muda untuk menyokong UMNO khususnya Puteri sendiri atau tidak ubah seperti meletak muncung pistol di dahi sendiri?


'BEKAS' CEO FGV DAKWA, CUBA HALANG PELABURAN TIDAK MASUK AKAL SEBABKAN DIA DIGANTUNG TUGAS

· 0 comments



Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures (FGV) Datuk Zakaria Arshad yang digantung tugas berkata, dia telah cuba menghalang pelaburan ratusan juta yang dibuat oleh Lembaga Pengarah syarikat tersebut yang disifatkannya sebagai 'tidak masuk akal'.

Antara pelaburan tersebut katanya, adalah rancangan bernilai 100 juta Pound Sterling (lebih kurang RM551 juta) untuk pengembangan Felda Cambridge Nanosystem Ltd, sebuah syarikat nano karbon yang kerugian RM117 juta dalam tempoh tiga atau empat tahun lepas.

"Sekarang mereka (Lembaga FGV) mahu mengembangkannya, mereka memerlukan 100 juta Pound Sterling lagi. Bagi saya, ini adalah tidak masuk akal, kami sebuah syarikat perladangan," katanya yang dipetik oleh The Star.

Pelaburan lain kata Zakaria, adalah rancangan untuk menghabiskan RM800 juta bagi membeli 30% pegangan dalam sebuah kilang krimer yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembuatan tin.

Zakaria juga melahrikan tidak puas hati dengan amalan rundingan terus yang bermahajalela dalam FGV.

"Terdapat contoh-contoh lain, rundingan langsung, kontrak langsung... saya tlah diberi kepercayaan untuk menguruskan syarikat tetapi apabila saya cuba menguatkuasakan dengan tegas, maka ini yang berlaku," katanya.

Penggantungan Zakaria dibuat selepas dia dilaporkan menolak permintaan Pengerusi FGV, Isa Samad untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang berkaitan dengan pembayaran kepada sebuah syarikat dari Afghanistan.

Zakaria dalam surat kepada Isa, menafkan dia telah melanggar kod etika tadbir urus korporat dan berkata, pembayaran itu telah diluluskan oleh pendahulunya iaitu Isa Samad sendiri.

Isa dalam satu sidang akhbar yang berasingan berkata, siasatan audit dalaman akan dijalankan berhubung perkara itu. Dia juga mengancam untuk menyaman wartawan kerana bertanyakan dakwaan yang dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin bahawa dia cuba memberhentikan Zakaria bagi menutup salah laku sendiri.

SUMBER


Shafee Abdullah Cuma Dibayar RM1000 Bukannya RM9.5 Juta Seperti Difitnah Sarawak Report

Tuesday 6 June 2017 · 1 comments



Tidak logik kata mereka. Pihak pembangkang hari ini berhempas pulas memainkan isu kononnya RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun Tan Sri Shafee Abdullah dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Tuduhan itu dibuat dari luar negara. Oleh portal yang sebelum ini sudah beberapa kali kantoi menyiarkan cerita fitnah. Bekas penulis Sarawak Report, Lester Melanyi pernah mendedahkan 90% daripada artikel Sarawak Report adalah artikel yang dimanipulasi dan diubah suai.

Mengapa buat tuduhan dari luar negara? Bawalah ke mahkamah jika ada bukti kukuh. Tidak berani sebab perkara itu adalah rekaan semata mata. Sudah lebih dua tahun Anwar dihukum penjara, baru timbul pula cerita baru. Tuduhan RM9.5 juta ini adalah persepsi semata mata.

Cerita RM9.5 juta ini tidak boleh menidakkan keputusan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada 14 Disember 2016 yang mengekalkan keputusan panel terdahulu pada 7 Mac 2014 untuk penjarakan Anwar.

Keputusan panel itu juga menurut Tan Sri Zulkefli adalah selamat kerana tidak dipengaruhi oleh pihak pihak lain termasuk Pejabat Perdana Menteri.

Logik dibayar RM1,000 sahaja? Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah telah membuat persetujuan bagi membayar RM1,000 kepadanya selaku Ketua Pendakwa Raya dalam kes liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Perkara ini tidak didedahkan kepada umum atas dasar kerahsiaan dan ianya dijawab di parlimen setelah mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee.

Pada 11 Mac 2015, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri telah menjawab pertanyaan Er Teck Hwa, Ahli Parlimen DAP-Bakri. Jumlah bayaran adalah RM1,000. Adakah pembayaran RM1,000 ini merupakan satu kesalahan?

Sebenarnya, ia bukanlah satu kesalahan asalkan terdapat terma-terma tugas yang ditetapkan Jabatan Peguam Negara kepada Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya dan dipersetujui sebagai syarat ada pembayaran di situ.

Berita Harian 14 Oktober 2014 melaporkan Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail (ketika itu) secara "fiat" (kebenaran) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ramai yang tidak tahu bahawa ada berbagai kaedah pelantikan pegawai kerajaan dilakukan termasuklah pelantikan secara Contract of Service ( COS) dan Contract For Service ( CFS).

Berdasarkan kesesuaian Tan Sri Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Peguam Negara pada ketika itu, jika sekalipun terma dirahsiakan ( atas sebab etika & kerahsiaan), ramai yang menafsir dengan penuh yakin bahawa beliau dilantik secara Contract For Service ( CFS).

Sila rujuk DI SINI.

Ini kerana Contract For Service atau CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu. Dengan kata mudahnya, ia lebih terbuka.

Ini bermakna terma pelantikan, tugasan, gaji dan segala kelayakan oleh Muhammad Shafee selaku Ketua Pendakwa Raya itu telah ditentukan. Hanya Jabatan Peguam Negara dan Tan Sri Shafee saja yang tahu. Apapun cara pelantikan yang dibuat oleh Jabatan Peguam Negara kepada Muhammad Shafee, ia tetap menjelaskan Ketua Pendakwa Raya yang dilantik merupakan seorang pegawai kerajaan pada ketika itu.

Justeru, jelaslah kepada kita bahawa dakwaan dangkal oleh Sarawak Report mengenai jumlah bayaran khidmat guaman RM9.5 juta kepada Muhammad Shafee adalah palsu sama sekali.

Dakwaan Sarawak Report itu ternyata fitnah dan tidak benar bila mengaitkan kononnya pembayaran tersebut diambil dari wang 1MDB. Apatah lagi dari akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang telah pun ditutup 30 Ogos 2013.

Sarawak Report mendakwa kononnya pembayaran kepada Tan Sri Shafee dari akaun Datuk Seri Najib ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Hendak bayar bagaimana jika akaun itu telah ditutup pada 30 Ogos 2013? Sebab itu cerita karut ini direka dari luar negara oleh portal yang dibiayai oleh Open Society Institute, tajaan George Soros.

Logik Tan Sri Shafee dibayar RM1,000 atas kapasitinya sebagai Ketua Pendakwa Raya yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara.

Pendakwa tidak dibayar kerana dalam kes jenayah pendakwa adalah mewakili kerajaan. Mereka adalah pegawai kerajaan bergaji atau peguam yang dilantik khas oleh kerajaan.

Kalau kes sivil kedua dua pihak ada peguam tetapi tidak dipanggil pendakwa atau peguam tertuduh. Ianya dipanggil peguam planitif dan defendan.

Kes liwat Anwar ini adalah kes jenayah.
Sarawak Report tidak usahlah buat cerita karut semata mata hendak bebaskan Anwar. Patutlah pakai Sarawak Report sebab Rafizi sudah kantoi banyak kali menipu.

Rakyat Malaysia bukan mudah lupa. Mereka tahu sejarah fitnah Sarawak Report. Sudah sudahlah buat cerita fitnah di bulan Ramadhan ini.

SUMBER


Muhyiddin Yassin Disaman Fitnah RM10 Juta Oleh Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan

· 0 comments



Bekas ketua aktivis Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Anas Sudin hari ini menfailkan saman terhadap Presiden parti itu, Muhyiddin Yassin untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM10 juta atas dakwaan menfitnahnya.

Mohd Anas selaku plaintif menamakan Muhyiddin sebagai defendan tunggal dengan mendakwa, bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah mengaibkannya sehingga ada yang memanggilnya dengan gelaran 'lalang' dan 'tupai'.

Pada 5 April lalu, pihak plaintif telah mengadakan sidang media bagi mengumumkan 500 orang ahli PPBM keluar parti disebabkan tidak berpuas hati terhadap Muhyiddin yang mengamalkan konsep kronisme dalam parti.

Berikutan daripada pengumuman itu oleh pihak plaintif, pihak defendan telah mengeluarkan satu kenyataan di luar lobi Parlimen pada keesokannya sebagai menjawab soalan yang timbul dalam sidang media pihaknya.

Kenyataan tersebut menurut pihak plaintif antaranya, menggambarkannya sebagai seorang yang tidak jujur, tidak berkelayakan dan tidak berprinsip sehingga mencetuskan kebencian umum ahli-ahli dalam PPBM.

Pihak plaintif sehubungan itu menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injuksi untuk menahan defendan daripada terus menfitnahnya.

Mohd Anas mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih merupakan ahli UMNO serta hala tuju parti yang kabur.

Anas menyertai PPBM pada 10 Oktober 2016.


SPRM, Sila Siasat FGV, Kata CEO FGV Holdings Yang 'Dipecat'

· 0 comments



Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat keseluruhan operasi syarikat itu bagi menilai sekiranya berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa.

Katanya, walaupun telah diarahkan bercuti serta-merta oleh Lembaga Pengarah FGV, beliau sendiri sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat syarikat perladangan itu termasuk operasi syarikat sebelum beliau menjadi CEO lagi.

“Saya sedia bekerjasama kepada SPRM. Saya tidak takut untuk berdepan situasi ini kerana yakin tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mungkin banyak perkara yang boleh disiasat oleh SPRM.

“Dengan penglibatan SPRM sendiri, mungkin banyak persoalan boleh dirungkai dan diselesaikan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia hari ini.

Beliau bagaimanapun mengakui berasa amat kecewa kerana diarahkan bercuti serta-merta kerana begitu sayangkan FGV. - UTUSAN ONLINE

Ketua Menteri Melaka Sahkan, Penganjuran Program 'Jerusalem's Jubilee' Tidak Pernah Diluluskan Oleh Kerajaan Negeri

Monday 5 June 2017 · 0 comments



Ketika semakin banyak bantahan dan laporan polis dibuat berhubung penganjuran program 'Himpunan Jerusalem's Jubilee' yang dijadualkan di melaka pada 15 sehingga 18 Jun nanti bagi merayakan kejayaan Israel menawan wilayah-wilayah Arab dalam Perang 6 hari pada tahun 1948 dan pembunuhan jutaan umat Arab Palestin, Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan nada tegas berkata, Melaka menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu untuk menjadikan melaka sebagai lokasi penganjuran program berkenaan. 

Program berkenaan bukan sahaja dibimbangi malah akan mencetuskan keganasan, kestidakstabilan serta kegagalan harmoni di negara ini. 

Beberapa pihak yang dilihat cuba memperlekehkan undang-undang dan kewibawaan pihak berkuasa negara ini, terutama setelah isu membabitkan Hannah Yeoh dan pengkristianisasi oleh mubaligh-mubaligh DAP yang berselindung di sebalik nama politik selain isu Sivarasa, mempergiatkan usaha untuk mencabar umat Islam di negara ini. 


Keterbukaan selain keterujaan untuk menguasai bidang politik di negara ini, menyaksikan perkara-perkara seperti ini semakin berleluasa setiap hari. Anehnya, di sebalik penganjuran-penganjuran program sebegini, pasti terselit nama DAP sama ada secara langsung atau tidak langsung membabitkan pemimpin-pemimpin mereka!

Dalam pada itu, Ketua Menteri Melaka juga mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri sedia maklum mengenai penyebaan mengenai Himpunan Jerusalem's Jubilee yang dilaporkan akan diadakan di Melaka. 

"Untuk maklumat, Kerajaan Negeri tidak pernah menerima (permohonan) apatah lagi hendak meluluskan," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan UNdangan Negeri Melaka ke-13 di Seri Negeri. 

Siasatan Ke Atas Nazir Masjid Kampung Melayu Subang Dalam Isu Sivarasa Akan Bermula Hari Ini

· 1 comments



Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang esok (Isnin) susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas.

Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.

"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.

Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.

"JAIS tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.

Pada Jumaat lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan.

-- BERNAMA


Serangan Pengganas Terbaharu di London, Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

Sunday 4 June 2017 · 0 comments



Wisma Putra belum menerima sebarang laporan tentang pembabitan rakyat Malaysia dalam serangan keganasan terbaharu di London. 

"Setakat ini, tiada sebarang laporan rakyat Malaysia terlibat. Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan berhampiran tempat kejadian, telah dinasihati untuk tidak keluar dan bertenang selain mengikut arahan daripada pihak berkuasa tempatan," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan. 

Dikatakan, pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysai di London sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan membuat kemaskini kepada rakyat Malaysia yang berada di London.

Sebarang pertanyaan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London boleh menggunakan talian telefon +44 (0) 207 242 4308, atau menerusi e-mel di mwlondon.kln@1govuc.gov.my atau di alamat sementara, 52, Bedford Row, London WC1R 4LR

Dalam serangan yang berlaku awal pagi Ahad, sebuah van berwarna putih merempuh pejalan kaki di Jambatan London dan penyerang-penyerang yang bersenjatakan pisau meluru keluar dari van dan mula menikam orang ramai di pub dan restoran di Borough Market.

Sekurang-kurangnya 6 orang, termasuk penyerang terrbunuh dan sejumlah besar pula terpaksa dirawat di hospital kesan daripada serangan berkenaan.

PAS Putuskan TAHALUF SIYASI Dengan Pakatan Rakyat Kerana Faktor Evangelis Kristian

· 0 comments



Tahaluf Siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat terbatal disebabkan timbulnya kesedaran bahawa gerakan Evangelis Kristian semakin terserlah dalam DAP dan hal ini bakal merugikan Islam. 

Kenyataan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki apabila ditanya sama ada faktor Evangelis Kristian DAP menjadi penyebab kepada PAS menjauhi pakatan. 

Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk pakatan atau Tahaluf Siyasi seharusnya tidak boleh sesekali merugikan Islam. 

“Ini faktor terpenting sebab persoalan tahaluf tidak boleh merugikan Islam.” 

Malah PAS sedar akan hal itu seawal isu kalimah Allah lagi dan ini boleh dilihat dengan beberapa langkah dan tindakan yang dibuat oleh Allahyarham Dato’ Dr Haron Din, Mursyidul Am PAS ketika itu melalui Majlis Syura untuk menjauhi DAP setelah sedar akan pengaruh gerakan evangelis dalam isu kalimah Allah. 

“Tetapi ketika itu masih ada juga segelintir kepimpinan pusat yang masih tidak nampak akan hal sedemikian dan mereka ini, dapat dilihat sekarang ini pun masih bersama dengan DAP,” tambah beliau yang merujuk kepada kumpulan yang telah meninggalkan perjuangan PAS. 

Namun malangnya, masih ramai yang melihat pendedahan yang dibuat oleh Pengarah MAPAN Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff tentang dakyah Hannah Yeoh sebagai isu penyebaran dakyah Kristian biasa sedangkan ianya amat berkait rapat dengan politik dan kuasa. 

Menurut Dr Zuhdi lagi, Evangelis Kristian bukanlah Kristian biasa, mereka ini akan mengganggu-gugat kestabilan politik sesebuah negara. 

“Mereka ini mahu menguasai politik. Ini bukan hanya penyebaran dakyah Kristian biasa.” 

Dr Zuhdi Marzuki juga mendedahkan bahawa buku seperti ‘The Evangelical: The Struggle to Shape America’ ada menceritakan panjang lebar bagaimana Donald Trump yang bukanlah calon ‘favourite’ tetapi berjaya menang pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan bantuan gerakan Evangelis Kristian.

Cari Fasal, Cari Penyakit... Suspek Keluar Kenyataan Jelek Terhadap PDRM, Diberkas Di Mata Ayer, Perlis Tak Sampai 24 Jam

· 0 comments



Barangkali teruja dengan berita kematian seorang pegawai polis yang baru bertugas di Kelantan, seorang individu yang beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia KEMENTAH dan beralamat kediaman di Tampoi, Johor Bahru, melakukan penghinaan selain mengeluarkan kata-kata jelek di Facebook.

Laporan polis telah dibuat di Pejabat BSKJK IPD Johor Bahru Utara pada 3 Jun lalu. Di dalam laporan tersebut, dinyatakan bahawa individu yang menggunakan nama 'Shamsul Amery' di laman Facebook memuatnaik komen berikut:

" Ini babi pnye polis... spesis mcm ni lh nk tembak dr sndr... dh byk sgt dose ko.... puuuuuiiiiiihhhhhhh.... ptt lh mksiat judi x pernah abis... wei polis babi mcm ni.... mmg babi lh ko..... aku ttp sokong skuad badar mcm ni.... buat krn Allah.... jgn tkut lg polis ke.... ape pngkt ko skli pn aku x tkut.... ktua polis sme je... bdoh"

" Polis dh dibayar..... nmpk dh pn.... ko mkn le duet haram tu knyang2.... pastu ko tembak dr sndr ok?yg tu lh terjadi...."


Hasilnya, pada 4 Jun, polis berjaya mengesan dan menahan lelaki berusia 34 tahun itu di Mata Ayer, Perlis, menerusi tindakan Polis Kontinjen Perlis. Difahamkan suspek yang bertugas di Kuala Lumpur tetapi berasal dari Tampoi, Johor, ke Perlis untuk menghadiri kenduri kahwin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan sekiranya disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman dendan sehingga RM50,0000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Suspek juga boleh dijatuhkan hukuman denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

SURAT TERBUKA KEPADA SITI NURHALIZA YANG SUDAH LUPA DIRI

Wednesday 31 May 2017 · 3 comments


Mungkin Siti terlupa..

Masa zaman mudanya dulu..yakni zaman pemerintahan sang idolanya Mahathir Mohamad..setiap jam 4 pagi sudah bangun dari tidur untuk bantu ibunya buat kuih..selepas itu dia terpaksa kayuh basikal keliling kg..terpaksa naik turun tangga kuarters..hanya untuk menjaja kuih muih. Sedangkan ketika itu bapanya adalah seorang anggota Polis berpangkat Koperal.

Barangkali Siti terlupa untuk bertanya kepada arwah ayahnya tentang berapakah gaji seorang Koperal Polis ketika zaman pemerintahan Mahathir idolanya itu hingga memaksa beliau terpaksa membantu ibunya menjual kuih? Tapi masih belum terlambat untuk Siti bertanya kepadas ibunya..adakah ketika itu orang2 miskin yg berpendapatan RM3000 ke bawah diberi bantuan wang tunai dari Pemerintah?

Mungkin Sitri akan bagitau yg ketika zaman dia membantu ibunya menjual kuih..waktu itu belum ada GST..tetapi Siti mungkin taktau yg jika GST dilaksanakan di zaman mudanya dulu..bahan2 untuk membuat kuih seperti tepung gandum,gula,garam,minyak masak,telur dan gas memasak dikecualikan dari GST. Jadi ibunya tidak akan menanggung sebarang kenaikan kos kerana GST.

Ketika Siti menang pertandingan Bintang HMI di TV1..ketika itu Siti terpaksa berulang alik dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur hanya dengan menaiki bas. Kenapa naik bas? Kenapa tak naik kereta? Jawapannya..walaupun zaman idolanya Mahathir memerintah harga barangan masih murah tapi rakyat tak mampu untuk membeli kereta gaji mereka bukannya tinggi seperti gaji di zaman DS Najib memerintah.

Sekarang ini..Siti sudah kaya..bukan sekadar kaya tapi sudah jutawan. Ditambah pula dapat suami yg juga jutawan. Hidup mewah melimpah ruah. Nampaknya kehidupan Siti daripada terpaksa bangun jam 4 pagi untuk buat kuih lepas itu makin lama semakin senang dan semakin kaya. Bukannya semakin susah atau miskin. Jadi di manakah salah DS Najib sebagai pemerintah hingga sanggup Siti gelar sebagai pemerintah yg zalim yg mesti didoakan agar tumbang?

Adakah DS Najib menzalimi anggota Polis apabila gaji mereka hari ini lebih tinggi berkali ganda dari zaman Mahathir ketika arwah ayah Siti berkhidmat dulu? Adakah kekayaan dan kemewahan Siti pada hari ini berkat dari pemerintahan Mahathir saja? Adakah PM - PM selepas Mahathir telah mengakibatkan Siti jadi muflis hingga Siti benci dan gelar sebagai pemerintah yg zalim?

Yang Ikhlas
Mantan Boipren Siti masa darjah 4 Kenanga



PAS Selangor Ancam Tarik Diri Dari Kerajaan Negeri Sekiranya Azmin Paksa 3 Exconya Letak Jawatan

Thursday 18 May 2017 · 0 comments



Drama membabitkan David Teo dan Sulaiman Yassin dalam program TN50 bersama penggiat seni di Dewan Bankuet Seri Perdana semalam, telah menghilangkan beberapa cerita yang jauh lebih penting, termasuklah cerita MEJA RM30 ribu membabitkan Mufti Perlis dan cerita Kerajaan Negeri Selangor. 

Di Selangor, krisis politik di Selangor semakin meruncing apabila PAS mengancam untuk menarik diri daripada Kerajaan Negeri Selangor sekiranya Azmin Ali memaksa Exco-Exco PAS negeri itu meletak jawatan. 

Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa 13 orang ADUN akan keluar dari Kerajaan negei sekiranya Azmin Ali menuruti perintah DAP untuk memaksa ketiga-tiga orang Exco dari PAS itu meletak jawatan dalam usaha untuk menyingkirkan PAS. 

Ancaman tersebut sekiranya direalisasikan akan menggoncangkan Kerajaan Negeri Selangor kerana Pakatan hanya akan tinggal 29 orang ADUN dalam DUN yang berjumlah 56 kerusi itu. Kelebihan Pakatan yang diketuai oleh DAP hanya bermajoritikan satu kerusi dengan 14 orang ADUN dari DAP, 13 dari PKR dan 2 dari PAN. 

Keputusan PAS itu telah dibuat dalam mesyuarat lewat malam tadi yang dipengerusikan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru merangkap ADUN Sabak Sallehen Mukhyi. 

Sallehen telah diberikan tugas untuk untuk menerangkan keputusan tersebut kepada PAS Pusat yang akan bersidang hari ini. 

Dalam mesyuarat malam tadi yang dihadiri oleh kesemua pemimpin kawasan PAS, Sallehen memaklumkan kepada mereka berhubung krisis politik yang membelenggu Kerajaan Negeri ekoran keputusan Majlis Syura untuk memutuskan hubungan dengan PKR. 

Sallehen turut menjelaskan kepada mereka berhubung pertemuannya dengan Azmin semasa Menteri Besar Selangor itu meminta ketiga-tiga orang Exco dari PAS meletak jawatan. Ketiga-tiga orang Exco tersebut adalah Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. 

Bagaimanapun, apa yang akan dilakukan oleh parti sekiranya keluar dari Kerajaan Negeri tidak pula dibincangkan. 

Sekiranya ancaman PAS benar-benar dinyatakan, barisan pembangkang Selangor akan terdiri daripada 13 orang dari PAS, 11 dari UMNO dan dua Bebas. 


Ada spekulasi yang menyatakan, bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan kembali menerajui negeri itu dan usaha-usaha memujuk ADUN-ADUN dari PKR dan DAP untuk melompat parti sedang giat dijalankan. 

Ironinya, Biro Politik PKR yang turut bermesyuarat dan dipengerusikan oleh Wan Aizah memutuskan untuk memerintahkan kesemua lantikan politik dari PKR di Kelantan, meletak jawatan serta merta.

Azmin Ali mendapat tekanan yang cukup besar daripada DAP untuk bertindak terhadap PAS yang enggan lagi bekerjasama dan menyediakan segala bantuan kepada DAP, sekaligus menyekat nafsu besar DAP untuk menguasai Shah Alam sepenuhnya pada PRU akan datang. 

Ini adalah kali kedua krisis politik berlaku di Selangor. Kali pertama adalah ketika PKR dan DAP serta beberapa orang pemimpin PAS yang sekarang ini sudah berhijrah ke dalam PAN berkonspirasi untuk menggulingkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Khalid Ibrahim kemudian dipecat dari PKR selepas kejayaan menjatuhkannya. 

Kejayaan menggulingkan Khalid Ibrahim itu telah mencetuskan krisis perlembagaan apabila kem yang diketuai DAP dan istana terlibat dalam 'perbalahan' berhubung siapa yang harus menjadi Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim. 


David Teo Ingat Dia Bercakap Dengan Budak Production Ke, Tanya Mamat Khalid Ekoran Insiden David Teo Ditampar Mat Over

· 0 comments



Cara pemilik syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) Datuk David Teo bercakap di hadapan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "tidak beradab", kata pengarah filem Mamat Khalid.

Jelas Mamat, David memang diketahui cara bercakapnya yang kuat dan lantang, tetapi kali ini beliau dianggap melampaui batas.

“Dengan sesiapa pun dalam industri begitulah cara dia cakap, begitu lantang.

“Jadi apabila berada dalam satu forum bersama dengan perdana menteri, saya rasa kelantangan itu dia tak tahu nak ‘control’. Dia masih ingat dia bercakap dengan budak ‘production’ agaknya,” katanya.

Kebiadaban tersebut seterusnya mengundang kemarahan pelakon Sulaiman Yassin, atau lebih dikenali sebagai Mat Over, yang kemudiannya bertindak menampar muka David, mengejutkan seluruh hadirin sesi program Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Penggiat Seni (Budayawan) di Seri Perdana.

Kata Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, mengenali Mat Over secara peribadi, lelaki yang berasal dari Terengganu itu bukanlah seorang yang bengis tetapi sangat bersopan santun.

Malah, beliau sendiri tidak menjangkakan Mat Over akan bertindak sedemikian.

“Bersembang dengan kita pun tak bertentang mata, punya lembut Mat Over ini.

“Maklumlah bukan selalu ada ‘open talk’ pasal industri dengan pemimpin negara, mungkin dia tak mampu nak kawal lagi kesabaran dia.”

Bagaimanapun kata Khalid, insiden memalukan itu tidak akan menjejaskan imej industri seni secara keseluruhannya kerana menyifatkan ia lebih kepada sentimen peribadi.

“David bukannya mewakili seluruh industri yang membolehkan orang luar menunding jari dan memandang serong pada industri.

“Pada saya, dia hanyalah satu individu yang memegang tampuk empayar perfileman yang miliknya sendiri dengan caranya sendiri, tiada kena-mengena dengan industri perfileman negara. Dia adalah entitinya sendiri,” katanya.

Katanya lagi, perkara sudah pun berlaku, dan melihat ke hadapan semua pihak perlu lebih matang, lebih-lebih lagi apabila dalam gelanggang perbincangan supaya insiden sama tidak berulang.



SEMAK RAKYAT ADA DUA KERAKYATAN, GESA PCM KEPADA KERAJAAN

Wednesday 17 May 2017 · 1 comments



Parti Cinta Malaysia (PCM) menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai dua kewarganegaraan.

Menurut Presidennya Datuk Huan Cheng Guan, semakan tersebut adalah perlu bagi menjaga aspek keselamatan negara supaya tidak mudah dibolos oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan kerajaan.

“Saya menyokong penuh kenyataan Timbalan Perdana Menteri semalam, kerajaan harus bertindak tegas terhadap mereka yang memiliki 2 kewarganegaraan.

“Saya minta kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyemak mana-mana rakyat yang mempunyai identiti kewargaan negara lain kerana saya percaya masih ada banyak dikalangan rakyat kita yang mempunyai 2 atau lebih kewarganegaraan.

“Kerajaan harus serius dalam menangani masalah. Tidak guna kita beri kewarganegaraan dan pelbagai peluang kepada mereka yang memberi ketaatan kepada negara lain,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Semalam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataannya berkata kewarganegaraan seseorang rakyat Malaysia akan gugur secara automatik sekiranya didapati pernah memegang 2 kewarganegaraan.

Ahmad Zahid berkata situasi ini jelas terkandung dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia akan terbatal kewarganegaraannya jika pernah memohon dan menjadi warganegara negara lain.

“Kita harus melihat kepada perundangan di negara kita terutama dari segi perundangan tertinggi iaitu perlembagaan negara kita yang hanya iktiraf satu kewarganegaraan untuk rakyat Malaysia,” kata beliau.

Zahid berkata demikian bagi mengulas usul melucutkan kelayakan Dr Ting Tiong Choon sebagai ADUN Pujut diluluskan dalam persidangan hari Ke-2 Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 DUN Sarawak ke-18.

Usul yang disokong 70 Adun dan 10 menentang dikemukakan selepas Tiong Choon dikatakan mempunyai 2 kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia selepas lama bermastautin di sana.

Tambah Zahid lagi, Perlembagaan Malaysia haruslah tetap dijunjung sebagai sistem perundangan yang terulung dan dihormati semua pihak.

“Ini bukan soal mempolitikkan isu tetapi ini adalah soal prinsip yang dijunjung seluruh sistem perundangan dan rakyat Malaysia,” katanya.



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Dicekup SPRM

· 0 comments



Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah telah dicekup SPRM malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan telah mengesahkan bahawa KPD Melaka Tengah itu telah ditahan untuk disiasat oleh SPRM.

"Saya hanya boleh mengesahkan bahawa Melaka Tengah (Ketua Polis Daerah) telah disiasatan oleh Putrajaya (pegawai-pegawai SPRM). Bagaimanapun, saya belum dapat mengesahkan tentang penahanan Jasin (Ketua Polis Daerah)."

Shaikh Adzis dipercayai telah ditangkap kerana mempunyai kaitan kerana memberi perlindungan yang dijalankan oleh anggota-anggotanya serta yang lain di daerah Jasin.

Anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis tersebut didakwa terlibat mengutip bayaran daripada premis-premis perjudian dan pusat-pusat urut di Melaka. Sebagai balasan, sindiket tersebut akan dilindungi daripada sebarang tindakan polis.

Semalam, tiga orang pegawai polis tersebut - dua orang berpangkat Asisten Supritendan dan seorang Inspektor - dari Melaka Tengah dan Jasin telah diberkas.

Turut diberkas oleh SPRM adalah tiga orang awam, termasuklah seorang lelaki yang bertindak sebagai orang tengah antara anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis itu dengan operator pusat-pusat haram.

Para penyiasat SPRM hari ini berjaya memperolehi reman enam hari ke atas mereka di Putrajaya.

Shaikh Adzis pula dijangka akan dihadapkan di hadapan majistret untuk perintah reman hari ini, di Putrajaya.

Dalam pada itu, SPRM dipercayai cuba mendapatkan perintah reman ke atas dua orang lagi pegawai polis berpangkat tinggi. Bagaimanapun, identiti mereka masih belum dapat disahkan.


PKR Ajar PAS Di Kelantan, Semua Lantikan Politik Wakil PKR Di Kelantan Diarahkan Letak Jawatan Serta-Merta

· 1 comments



PKR membalas dendam terhadap PAS atau sebenarnya cuba mengajar PAS?

Sakit hati kerana ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS enggan meletak jawatan sementara menunggu keputusan yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan PAS berhubung kedudukan mereka esok, PKR mengorak langkah lebih awal. 

Memandangkan PKR tidak mempunyai sebarang kepentingan di Kelantan apatah lagi penguasaan kerusi DUN Kelantan oleh PKR pula terlalu sedikit dan tidak menjejaskan apa-apa, Biro Politik PKR malam tadi telah membuat keputusan bahawa semua lantikan politik melibatkan wakil rakyat parti itu di Kelantan termasuklah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan dan lantikan di syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri diminta untuk melepaskan jawatan mereka berkuatkuasa serta-merta.

Perkara berkenaan telah disampaikan kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya. 

Antara lain yang turut diputuskan oleh PKR ialah, mereka menerima keputusan PAS yang telah membuat ketetapan muktamad untuk membatalkan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun, PKR menolak alasan-alasan yang diberikan oleh PAS sebagai punca tahaluf siyasi itu dibatalkan. 

PKR juga berikrar untuk mengatur langkah yang lebih berkesan bersama-sama DAP, PPBM dan PAN untuk menentang UMNO-BN dan PAS pada PRU akan datang.

Itu yang diumumkan oleh Wan Azizah malam tadi.

Mengenai kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor, pimpinan PKR akan memutuskan perkara tersebut sekembalinya Azmin Ali dari lawatan rasmi ke luar negara.

'Bantuan' Untuk PKR Sebagai Parti Memperjuangkan Hudud, Nampaknya Datang Dari Sabah

Tuesday 16 May 2017 · 0 comments



Kerana temubual Wan Azizah dan Al Jazeera, parti-parti pembangkang bakal berhadapan masalah untuk bekerjasama dengan PKR pada PRU akan datang, kata Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Datuk Henrynus Amin. 

Di dalam temubual tersebut, Wan Azizah telah memperkatakan dan bersetuju kepada perkara yang menjadi TABOO atau pantang besar kepada parti-parti politik pembangkang, khususnya DAP dan parti-parti tempatan Sabah serta Sarawak.

Menurut Henrymus, sukar bagi parti-parti pembangkang untuk mempercayai pakatan di mana PKR berada di dalamnya selepas Presiden PKR, Wan Azizah berkata, perlaksanaan hukuman hudud masih mempunyai peluang untuk diadakan sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. 

Menurut Henrynus, Sabah dan Sarawak akan bersatu menentang sebarang perlaksanaan hukuman hudud di negara ini, khususnya di Sabah dan Sarawak. 

"Sokongan terbuka PKR kepada hukuman hudud sudah pasti akan menimbulkan curiga kepada semangat kepelbagaian yang dilaung-laungkan di dalam parti tersebut selain komitmen tegas mereka terhadap tradisi sekular di negara ini," kata Henrynus lagi. 

Menurutnya, sesiapa pun yang akan menjadi Kerajaan Persekutuan perlu menghormati Batu Sumpah Keningau yang telah didirikan sempena penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. 

"Kebebasan beragama tidak hanya terhad dengan memberikan peruntukan bagi membina tempat-tempat ibadat atau membenarkan pembacaan kitab-kitab agama. Kebebasan agama bermaksud, kebebasan untuk kesedaran termasukalh hak bagi setiap rakyat untuk melafazkan, mengamalkan bahkan menukar agama berdasarkan pilihan dan kepercayaan peribadi mereka," kata Henrynus lagi. 

Laporan Polis Oleh Hannah Yeoh Dedahkan Masalah Lain Babitkan DAP

· 0 comments



'Kesilapan' terbesar yang dilakukan oleh Hannah Yeoh adalah dengan membuat laporan polis berhubung pendedahan ke atas buku tulisannya, 'Becoming Hannah'. Buku tersebut sepatutnya membantu DAP dan Pakatan Rakyat, sama ada dalam bentuk kempen mahupun untuk mengumpulkan dana namun laporan polis yang dibuat, akan menyebabkan bukan buku itu sahaja akan disiasat tetapi juga agenda DAP itu sendiri.

Bagaimanapun, pendedahan yang dibuat oleh seorang pensyarah dan kemudian ditularkan menerusi media sosial, membuatkan ramai yang membuka mata seluas-luasnya tentang cita-cita sebenar DAP walaupun Hannah Yeoh cuba untuk mempertahankan DAP dengan cara 'mengorbankan' dirinya sendiri menerusi kenyataan penafiannya. 

Mengambil kira apa yang berlaku di negara seberang apabila calon gabenor terkenal dan popular yang dikenali sebagai Ahok dipenjarakan kerana menghina Islam di Indonesia, apa yang ditulis oleh Hannah Yeoh sebenarnya lebih berpotensi untuk menjadi sangat bahaya. 



Para penyokong PAS sekarang ini sedang menggunakan tulisannya di dalam buku itu dan mula menyerang sikap hipokrit DAP. DAP secara lantang dan berulang-ulang kali menuntut agar PAS tidak menggunakan agama dalam politik sedangkan pada masa yang sama, DAP juga melakukan perkara yang sama. 

Dalam banyak-banyak contoh yang boleh diberikan, Hannah Yeoh tentang impiannya untuk menjadi pendakwah Evangelist Kristian berbanding menjadi ahli politik, namun menjadi ahli politik membolehkan dia melakukan kerja-kerja pengkristianan yang lebih menyeluruh kepada orang ramai. 

Hannah Yeoh juga menulis tentang sesuatu yang lebih merbahaya kepada kestabilan dan keharmonian negara ini apabila meminta rakan-rakan Kristiannya di luar negara pulang ke Malaysia dan 'menuntut' negara ini. 

"God wants to reclaim politics and public service in Malaysia for righteousness’ sake. He is looking for God-fearing men and women who are willing to roll up their sleeves and labour in this very demanding field."


Membawa ahli politik dalam kepompong bangsa dan agama di Malaysia, membuatkan pendedahan terbaharu ini akan memberikan ancaman yang cukup besar kepada DAP, sekaligus memberikan kesan yang lebih parah kepada rakan-rakan sekongkol mereka iaitu PAN, PPBM dan PKR yang mana sekarang ini mereka dituduh membantu Hannah Yeoh dan konco-koconya untuk menjayakan agenda mereka.

Hannah sudah pun membuat laporan polis semalam dan telah cuba menjarakkan partinya daripada tulisannya. 

"This is why it is called ‘Becoming Hannah’ and not ‘Becoming DAP’ or ‘Becoming a Christian'," kata Hannah di dalam kenyataannya. 

Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing secara bebas, tetapi Undang-Undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam. 

Dalam bahasa yang lebih mudah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghalang mana-mana pihak yang bukan beragama Islam menyebarkan agama mereka dalam apa cara sekalipun kepada penganut-penganut beragama Islam di negara ini. 

DAP sudah beberapa kali menjadi dalang dan peneraju utama dalam kempen menentang agama Islam terutama yang membabitkan kes murtad seperti yang diperkatakan oleh Ngeh Kor Ham bahawa Malaysia sepatutnya membenarkan mana-mana individu Islam yang ingin murtad tanpa perlu dikenakan sebarang tindakan undang-undang. (RUJUK SINI)

Hannah Yeoh dan DAP boleh memberikan sebarang alasan untuk menafikan agenda mereka sendiri ke atas rakyat Malaysia, termasuklah cuba menyalahkan pihak lain kerana kononnya memainkan isu-isu agama dan kaum menjelang PRU, namun apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya telah menceritakan perkara sebenar berbanding penafian kosong dan putar belit yang diamalkan sekarang, termasuklah oleh Hannah Yeoh.


Sementara itu, satu lagi pendedahan dibuat oleh Pusat Penyelidikan PAS membabitkan sebuah buku tulisan Ian Buchanan yang diterbitkan oleh International Movement for a Just World, berjudul 'Sang Nila Utama and the Lion of Judah: Dominionsim and Christian Zionism in Malaysia'.

Di dalam buku berkenaan, nama Hannah Yeoh dan Lim Guan Eng turut dipetik sebagai antara mereka yang menjadi tentera Kristian yang cuba menakluk serta mengubah lanskap politik serta sosio budaya di Malaysia, khususnya.









POLIS SABAH Siasat Dakwaan Lima Lelaki Bersenjata Menceroboh Lahad Datu

· 0 comments



Polis Sabah sedang menyiasat laporan seorang pekerja ladang yang mendakwa terserempak dengan lima orang lelaki yang memakai pakaian celoreng dan lengkap bersenjata yang mendakwa ingin 'menyelamatkan' orang di Sabah.

Berdasarkan laporan, pekerja ladang berkenaan mendakwa kelima-lima orang lelaki yang berceloreng dan lengkap bersenjata itu dilihat berada berhampiran sungai di FELDA Sahabat 2, Lahad Datu. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pekerja ladang berusia 52 tahun di Balai Polis Cenderawasih.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci bagi menyiasat dakwaan pekerja ladangn berkenaan. Menurutnya lagi, polis telah dan sedang melakukan siasatan dari pelbagai aspek berhubung laporan pekerja ladang itu. 

Berdasarkan laporan itu, pekerja ladang berkenaan mendakwa terserempak dengan lima individu terbabit pada 30 April lalu ketika membersihkan kebun pisang di tebing sungai ladang berkenaan. Difahamkan laporan itu juga menyebut dua daripada lelaki terbabit yang menyedari kehadiran pekerja ladang itu telah memberitahu kehadiran mereka bukan untuk menyusahkan sebaliknya bagi menyelamatkan orang Sabah. 

Pekerja ladang yang sudah tinggal di Sabah semenjak 2010 itu juga mendakwa, kumpulan tersebut membawa dua laras mesingan M60, dua laras M16 dan satu laras M14. Dia bercakap dengan dua daripada lelaki berkenaan dalam bahasa Tagalog. Daripada perbualan itu, pekerja ladang itu melaporkan, lima orang terbabit mendakwa mereka adalah sebahagian daripada 37 orang yang datang melalui jalan laut.

Dia kemudiannya dibenarkan untuk meninggalkan ladang berkenaan dan tidak dicederakan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, masih terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan dan meminta agar orang ramai tidak panik. Polis juga memberi jaminan, keadaan di Sabah masih dalam keadaan selamat dan dia meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang perkara berkenan.

Pada Februari 2013, kumpulan bersenjata yang diketuai oleh Sulu Force Royal menceroboh Tanduo di kawasan Felda Tungku sebelum operasi besar-besaran dilancarkan untuk mengusir mereka.

Syarikat Pengeluar Gula Tuntut Kerajaan Naikkan Harga Gula Dinaikkan 29 Sen

Monday 15 May 2017 · 0 comments



Syarikat pengeluar gula Malaysia, MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan Kerajaan Malaysia untuk menaikkan harga gula sebanyak RM0.29 sen sekilogram bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.

Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) yang menguasai syarikat pengeluar itu berkata, harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan nilai Ringgit telah menyebabkan keuntungan syarikat berkurangan dengan banyak.

'Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen sekilogram,' kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.

Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis telah dinaikkan 11 sen sekilogram menjadikan harganya meningkat daripada RM2.84 sen menjadi RM2.95 sen sekilogram.

Kali terakhir harga gula diselaraskan adalah pada Oktober 2013.

DAP BOHONG LAGI! TalentCorp Nafi Bawa Pulang Bekas ADUN DAP Pujut Yang Ada Dua Kerakyatan

· 1 comments



Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) menafikan ADUN Sarawak, Dr Ting Tiong Choon yang dilucutkan daripada kerusi Pujut, kembali ke negara ini di bawah Program Kepulangan Pakar (Returning Expert Programme, REP).

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Shareen Shariza Abdul Ghani berkata demikian ketika merujuk kenyataan Ting, yang mendakwa bahawa beliau “melepaskan kerakyatan Australia selepas dipilih oleh TalentCorp untuk kembali bekerja di Malaysia”.


Minggu lalu, Dewan Undangan Negeri Sarawak mengundi untuk untuk melucutkan keanggotaaan Ting dari kerusi Pujut kerana dikatakan memiliki kerakyatan Australia.

Menurut Shareen, rekod TalentCorp menunjukkan bahawa Ting tidak pulang di bawah REP dan juga tidak menerima insentif program berkenaan.

“Walaupun Dr Ting membuat permohonan di bawah REP pada Mei 2014 dan telah diberi kelulusan bersyarat pada September 2014, beliau tidak menyerahkan bukti bahawa beliau telah pulang ke tanah air dan berjaya memperoleh pekerjaan di Malaysia untuk membolehkan beliau menerima Surat Akuan Tarikh Kembali (SATK).

“Di samping itu, beliau juga telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa REP,” katanya dalam satu kenyataan media.

Sijil pengesahan MMC

Walau bagaimanapun, Ting menegaskan bahawa beliau telah berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) walaupun proses itu ditangguhkan selama beberapa bulan.

Beliau juga menunjukkan Malaysiakini dokumen berkaitan itu.


"Saya juga telah mendapat sijil pengesahan pendaftaran yang dikeluarkan oleh MMC pada tahun 2015, yang membolehkan saya untuk bekerja di Sarawak atau mana-mana tempat di Malaysia.

"Satu-satunya perkara yang saya tidak dilakukan adalah melaporkan kepada REP. Insentif bukan alasan untuk saya pulang bagi berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya kepada Malaysiakini.

Shareen menjelaskan bahawa semua permohonan REP REP daripada para profesional perubatan terlebih dahulu dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Bersama – Tenaga Kerja Penjagaan Kesihatan (Joint Working Committee - Healthcare Talent, JWC-HT).

Ahli-ahli jawatankuasa ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia, MMC, Pendaftar Pakar Kebangsaan (National Specialist Register, NSR) dan beberapa anggota jawatankuasa yang dilantik.

“JWC-HT berperanan untuk menyemak kelayakan akademik dan pengalaman kerja pemohon bagi menentukan kelayakan mereka di bawah REP. Ia kemudian menghantar cadangannya kepada Jawatankuasa REP.

“Dalam kes Dr Ting, kelulusan bersyaratnya menghendaki beliau menyediakan surat pelantikan jawatan sebagai pegawai perubatan di kawasan luar bandar serta pendaftarannya dengan MMC,” katanya.

Cabar kesahihan

Selepas mendapat kelulusan, Shareen berkata semua pemohon REP diberi tempoh sehingga dua tahun untuk kembali dan memperoleh pekerjaan di Malaysia sebelum SATK dikeluarkan oleh

TalentCorp untuk diluluskan sebagai pakar yang pulang di bawah REP dan mendapat manfaat daripada insentif di bawah program ini.

“Ketika membuat permohonan, Dr Ting memegang pasport Malaysia yang sah dan ini melayakkan beliau untuk membuat permohonan REP. Di bawah REP, pemegang penduduk tetap (PR) dibenarkan memohon untuk REP sekiranya mereka dapat menunjukkan bukti bahawa mereka masih warganegara Malaysia.


“Di samping itu, pemohon perlu memenuhi kriteria yang ketat berhubung kelayakan akademik, pengalaman kerja, tahap pendapatan dan tempoh perkhidmatan di luar negara.

“Mereka juga mesti bekerja dalam pekerjaan berkemahiran tinggi yang dikenal pasti dalam Senarai Pekerjaan Kritikal (Critical Occupations List, COL) serta bekerja dan tinggal di luar negara pada masa permohonan,” katanya.

Usul untuk melucutkan kelayakan Ting dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh.

Wong memetik Perkara 17 (1) (g) Perlembagaan Sarawak yang menyatakan bahawa mana-mana orang yang dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan asing atau menikmati hak-hak kerakyatan asing akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.

DAP Sarawak dilaporkan akan mencabar kesahihan tindakan pemecatan di mahkamah.

Kes ini dipercayai yang pertama di Malaysia.


Kasih Sayang Azmin Ali Terhadap PAS Mengatasi Sayang Azmin Kepada DAP dan PAN Apatah Lagi PPBM

· 0 comments



PAS telah membuat ketetapan. Majlis Syura PAS juga telah memutuskan Tahaluf Siyasi antara PAS dengan PKR termansuh kerana perangai PKR yang suka tikam belakang walaupun PKR tidak mengaku sampai ke sudah. Hari Khamis nanti, keputusan tentang kedudukan ketiga-tiga orang Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor akan diputuskan oleh parti tersebut.

Azmin Ali masih berusaha mempertahankan Kerajaan Negeri yang diketuainya, selepas dia menikam belakang Khalid Ibrahim dan merampas jawatan tersebut daripada Khalid Ibrahim. Khalid kemudiannya dipecat dari PKR bagi mengelakkan bekas Menteri Besar itu menggunakan pengaruhnya menumbangkan Azmin Ali pula.

Timbalan Presiden PKR yang memiliki kemnya sendiri, sedang berhempas pulas mempertahankan kedudukan serta jawatannya dengan masih lagi berusaha memujuk PAS agar tidak meneruskan rancangan untuk keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Pada masa yang sama, para penyokong PKR Pro-DAP menggelarkan Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin sebagai KARTEL MIN, terus mengecam tindakan Azmin yang bacul dan enggan membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan.

Biarpun Lim Guan Eng dan Nga Kor Ming, dua orang pemimpin kanan DAP mengecam PAS berkaitan dengan keputusan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus mengancam kewujudan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR itu tetap tidak peduli.

Dia masih enggan menyingkirkan atau memecat ketiga-tiga orang Exco PAS itu walaupun cuba berselindung dengan gesaannya supaya mereka meletak jawatan. Kuasa memecat dan mengubah 'kabinet negeri Selangor' berada di tangan Azmin Ali.

PAN, parti serpihan PAS yang mempunyai kerusi dalam DUn Selangor, menunut jawatan Exco kerana menurut mereka, PAN lebih layak kerana merupakan parti yang diiktiraf oleh pakatan pembangkang, khususnya oleh DAP.

Bagaimanapun, Azmin enggan mengikut kehendak PAN yang merupakan parti ciptaan DAP dan sentiasa mengikut telunjuk Lim  Guan Eng. Apatah lagi, PAN walaupun cakap berdegar-degar, masih gagal menarik ADUN-ADUN PAS untuk menyertai mereka walaupun pada awal mereka ditubuhkan di Selangor dahulu, janji mereka, lebih 10 orang ADUN PAS sudah bersiap sedia untuk menyeberang masuk PAN.

Maka timbullah persoalan, mengapa Azmin Ali terlalu sayangkan PAS.

Grass root Azmin Ali di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa adalah ahli-ahli PAS. Kebergantungan Azmin Ali kepada PAS amat kuat kerana jentera dan grass root PAS sebenarnya yang bekerja keras untuk memenangkan Azmin sebelum ini. PKR Gombak dan Ampang pula, hidup segan mati tidak mahu.

Naib Ketua Pemuda PAN, Shazni Munir Mohd Ithnin sudah berulang kali mendesak Azmin Ali agar segera membuat rombakan barisan Exco dengan menyingkirkan ketiga-tiga orang Exco PAS itu selain rombakan melibatkan Ahli-Ahli Majlis PBT dari kalangan ahli-ahli PAS. Bagaimanapun, Azmin tetap berdegil untuk tidak akur dengan desakan tersebut.


MAHFUZ OMAR Kecam PAS Selangor Sebagai 'TIDAK MALU'

· 0 comments



Mahfuz Omar yang sudah tidak peduli lagi dengan kawasannya, Pokok Sena, terus berusaha untuk mengkagumkan PAN, PPBM dan DAP dengan membuat kenyataan terbaharu membabitkan parti yang telah  mengangkat dan memperkenalkan namanya ke persada politik negara, PAS. 

Menyertai beberapa orang pemimpin PKR dan DAP yang mengutuk PAS Selangor kerana enggan meninggalkan Kerajaan Negeri selepas PAS memutuskan Tahaluf Siyasi dengan PKR, Mahfuz berkata, Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu Timbalan Presiden PAS, jenis muka tak malu. 

Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mempertahankan keengganan PAS Selangor utnuk mengeluarkan arahan kepada ketiga-tiga orang Exco Kerajaan Negeri Selangor untuk meletak jawatan. 

Kata Mahfuz, PAS tidak boleh meletakkan situasi di mana rakyat Selangor melihat PAS sebagai sebuah parti 'kartun' tanpa mengetahui ke mana haluan sebenarnya parti itu.

Mahfuz juga mengutuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana cuba menggunakan istana dalam usaha mempertahankan kedudukan ketiga-tiga Exco terbabit. 

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin politik senior, Tuan Ibrahim seharusnya tahu, di bawah sistem raja berperlembagaan, perlantikan Exco-Exco Negeri atau Menteri-Menteri Kabinet sekalipun dibuat oleh Sultan atau Yang Dipertuan Agong, sebenarnya dibuat di atas nasihat Menteri Besar atau Perdana Menteri."

Bagaimanapun, menurut Mahfuz lagi, ketiga-tiga orang Exco PAS itu tidak boleh diberikan tekanan atau paksaan untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu meletakkan jawatan serta-merta selepas Majlis Syura mengesahkan keputusan yang dibuat oleh PAS dalam muktamar lalu tentang pemutusan tahaluf siyasi dengan PKR tanpa perlu bertanya atau dipaksa oleh pihak lain.

Menurutnya lagi, perletakan jawatan tersebut amat penting untuk menunjukkan kedudukan PAS pada peringkat kebangsaan dan Selangor selaas dengan keputusan yang dibuat dalam muktamar serta Majlis Syura.

PAS mempunyai tiga orang Exco di Selangor iaitu Iskandar Samad, Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib. PAS turut memiliki ramai Ahli-Ahli Majlis pada peringkat Kerajaan Tempatan. Timbalan Speaker DUN Selangor, Shafie Ngah juga merupakan ADUN PAS. 

Muktamar PAS pada 30 April telah menerima usul secara sebulat suara untuk memutuskan hubungan dengan PKR. Keputusan berkenaan kemudiannya disahkan oleh Majlis Syura yang merupakan peringkat tertinggi penggubal polisi parti tersebut, Khamis lepas. 

PAS akan memutuskan kedudukan ketiga-tiga Exco tersebut dalam mesyuarat pada Khamis nanti. 

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dalam satu kenyataan menyatakan ketiga-tiga orang Exco tersebut akan kekal buat sementara waktu.

Mahfuz mengingatkan, situasi di Selangor sekarang hampir sama  dengan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 selepas Semangat 46 memutuskan hubungan dengan PAS sebaik-baik sahaja parti tersebut dimansuhkan bagi membolehkan ahli-ahlinya menyertai UMNO. 

Menurut Mahfuz, Exco-Exco Semangat 46 juga mengumumkan, mereka akan kekal di dalam pentadbiran negeri memandangkan mereka dilantik oleh Sultan Kelantan dan mereka mahu memenuhi mandat yang diterima pada PRU tahun 1995.

Bagaimanapun, mereka telah diperintahkan untuk meninggalkan pentadbiran Kelantan oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir.

Justeru kata Mahfuz, ketiga-tiga Exco tersebut sebenarnya perlu menjadikan apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1996 sebagai panduan dan ikutan. 


Ekoran Penahanan 16 Orang Pegawai Kanan, PDRM akan rombak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

· 0 comments



Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuat rombakan dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ekoran penahan 16 orang pegawai kanan dan anggota jabatan itu kerana dipercayai melindungi sindiket dadah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai kanan dan anggota jabatan itu untuk melindungi atau bersekongkol dengan sindiket termasuklah melaksanakan rombakan besar-besaran dalam jabatan berkenaan.

Selain itu, PDRM turut melancarkan gerakan dan operasi mengesan pegawai serta anggota-anggota polis lain yang turut terbabit melindungi sindiket berkenaan.

"Mereka ini dipercayai mempunyai hubungan dengan pengedar dadah serta membocorkan maklumat dan operasi polis. Kita serius sekiranya ada pembabitan pegawai dan anggota polis yang melindungi atau berkawan baik dengan mana-mana sindiket itu (dadah) dan tindakan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) akan diambil," katanya.


Bekas ADUN DAP Pujut Rupa-Rupanya Bukan Pemegang Kerakyatan Malaysia

Sunday 14 May 2017 · 1 comments



Bekas ADUN Pujut yang dilucutkan kelayakan sebagai ADUN oleh DUN Sarawak dua hari lepas, Dr. Ting Tiong Choon sebenarnya telah memegang kerakyatan Australia selama lebih enam tahun. Dia memperolehi status kerakyatan tersebut pada 20 Januari 2010.

Bagaimanapun, selepas namanya disebut-sebut dan bakal menjadi calon mewakili DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak, Dr. Ting kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australia pada 4 April 2016 iaitu sebulan sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak pada 8 Mei tahun lepas.

Disebabkan itulah, menurut Pengerusi DAP Sarawak yang tidak fasih berbahasa kebangsaan, juga tidak boleh menyanyikan lagu Negaraku serta langsung tidak tahu tentang Prinsip Rukunegara, Chong Chien Jen berkata, DAP akan membawa isu perlucutan jawatan tersebut ke mahkamah.

DAP mahu mahkamah mengembalikan jawatan ADUN Pujut kepada Dr. Ting Tiong Choon kerana menurutnya perlucutan jawatan tersebut merupakan 'satu perlanggaran semangat perlembagaan Malaysia'.

Perkara 24 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan;

"Jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa seseorang warganegara telah memperolehi kewarganegaraan mana-mana negeri luar Persekutuan dengan cara pendaftaran, masukan atau perbuatan lain yang sengaja serta menurut peraturan (lain daripada perkahwinan), maka Kerajaan Persekutuan boleh dengan perintah melucutkan kewarganegaraan orang itu."

Dengan kata lain, bermula dari 20 Januari 2010 lagi, Dr. Ting Tiong Choon sudah tidak ada apa-apa hak di Malaysia, termasuklah hak untuk mengundi apatah lagi menjadi calon pilihanraya kerana status kerakyatannya di Malaysia telah gugur secara automatik.


Walaupun dia kemudiannya menggugurkan kerakyatan Australianya pada 4 April 2016 bagi membolehkan dia menjadi calon DAP di DUN Pujut dalam PRN Sarawak 2016, sebenarnya Dr. Ting bukan lagi rakyat Malaysia bermula dari 20 Januari 2010 lagi.

Justeru, ikrar Chong Chien Jen dan Lim Guan Eng bahawa mereka akan memanipulasikan undang-undang serta institusi mahkamah di negara ini bagi membolehkan seorang penderhaka dan pengkhianat seperti Dr. Ting kembali menikmati hak-haknya selaku warga negara Malaysia, sebenarnya menunjukkan perangai dan niat jahat DAP ke atas negara ini.

Seharusnya, bekas ADUN Pujut itu perlu menjalani proses kembali mendapatkan kerakyatannya yang telah hilang secara automatik pada 20 Januari 2010, bukannya mereka membawa kesnya sehingga ke Mahkamah Persekutuan untuk membolehkan pengkhianat dan penderhaka seperti Dr. Ting bermaharajalela dan berbuat apa-apa sahaja di negara ini.

Apatah lagi dengan dua kes muflisnya di Australia, kepulangan Dr. Ting ke Malaysia dan pengguguran status kerakyatan Australianya itu sendiri boleh dipertikaikan.

Guan Eng Bukan Sahaja Bacul Untuk Dibicarakan Kes Rasuah, Tapi Ada Hati Kata PAS Tidak Bermaruah

· 0 comments



Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, selain merupakan suspek kes rasuah dan salahguna kuasa yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 3 orang Exco Kerajaan Negeri Selangor dari PAS seharusnya melepaskan jawatan mereka, sekiranya mereka bermaruah.

Kata Lim Guan Eng lagi, ketiga-tiga Exco tersebut perlu membuktikan bahawa mereka bukanlah oportunis. Lebih menarik lagi ialah, suspek rasuah dan salahguna kuasa yang cuba mengelak daripada dibicarakan dengan pemanipulasian undang-undang ini cuba pula mengaitkan UMNO untuk menyandarkan hujahnya itu.

Lim Guan Eng merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin UMNO Selangor yang mengatakan PAS tidak bermaruah sekiranya terus membenarkan ketiga-tiga Exco tersebut bergayut pada jawatan mereka.

"Sekiranya ini pun tidak boleh faham. Itu menunjukkan pemimpin Pas yang lain sudah keliru dan sesat dan kalau UMNO pun cakap mereka tidak bermaruah dan oportunis.

"Pas mesti tunjuk bahawa UMNO tidak bercakap benar, bahawa Pas bermaruah dan letak jawatan kalau tidak apa yang UMNO cakap tu (benar), PAS oportunis dan tidak bermaruah langsung," katanya pada sidang media selepas Majlis Pemberian iInsentif Teksi dan Bas sekolah bilangan 2 tahun 2017 di Seberang Jaya semalam. (RUJUK SINI)

Ironinya, Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan kes rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, lancang lidahnya mengata PAS tidak bermaruah. Dia sendiri bukan sahaja enggan melepaskan jawatan atau bercuti sementara kesnya dibicarakan, sebaliknya berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak dibicarakan dengan pelbagai alasan. Antara alasan yang digunakan sekarang ini dan diperjuangkan oleh para peguamnya ialah untuk mengiktirafkan Akta SPRM sebagai tidak berperlembagaan.

Ketiga-tiga Exco PAS terbabit menang dalam pilihanraya lalu kerana mereka mewakili PAS, bukannya mewakili Pakatan memandangkan Pakatan tidak wujud, tidak berdaftar dan tidak terlibat dalam PRU lalu sebagai satu entiti. Para pengundi telah memberikan undi kepada ketiga-tiga Exco terbabit dan memenangkan mereka di kawasan masing-masing. 

Ketiadaan parti politik dominan di Selangor menyaksikan, perlu wujud sebuah kerajaan campuran yang melibatkan PKR, DAP dan PAS. Apatah lagi, PKR dan DAP pula banyak terhutang budi kepada PAS memandangkan segala kemudahan dan pembekalan logistik serta strategik, semuanya datang daripada PAS.

Berbanding di Pulau Pinang di mana DAP adalah parti dominan, ketiadaan wakil PAS dalam barisan Exco Negeri boleh diterima, keadaan yang sama tidak berlaku di Selangor. 

Orang yang tidak bermaruah seperti Lim Guan Eng tidak seharusnya berani-berani melabelkan orang lain sebagai tidak bermaruah!


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks