Cubaan PAN/GHB Sik Ambil Kesempatan Atas Orang Miskin Daif, Amat Menjijikkan!

Tuesday 29 September 2015 | 0 comments

Berbohong dan mencari kesalahan, kemudian membuat tuduhan memang mudah. Ia adalah kerja yang tidak memerlukan sebarang modal, cukup sekadar menimbulkan persepsi dan kemudian mempropagandakan persepsi tersebut dengan cara menjaja menerusi kaedah paling murah iaitu meniupkan fitnah dan tipu daya.

Itulah yang dilakukan oleh golongan PARASIT PAS yang kini sudah keluar dan bersekutu dengan DAP di bawah pemidang Gerakan Harapan Baru atau Parti Amanah Negara. Sulaiman @ Leman Raja Lawak yang merupakan Pengerusi Penaja GHB atau PAN.

Kerja-kerja fitnah ini dilakukan oleh Sulaiman atau Leman Raja Lawak yang menggunakan Facebook sebagai medium utamanya. Maklumat berkenaan separuh benar, tetapi separuh lagi kebenaran telah dan dengan sengaja disembunyikan bagi tujuan fitnah.

Kononnya Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK serta KEDA dan ADUN yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Kedah tidak mengambil sebarang tindakan walaupun si penama adalah seorang penyokong kuat UMNO. Malah kononnya berita tersebut cuba dihilangkan oleh pihak terbabit.

Penama, Zainol Abidin bin Abu Bakar, berusia 36 tahun, dan beralamat di Kg. Lubuk Besar, PDM Teloi dalam DUN Jeneri. Bekerja sebagai penoreh getah dan sudah beristeri serta mempunyai dua orang cahaya mata berusia 8 dan 3 tahun. Dia telah mendirikan rumah sendiri pada pertengahan tahun 2014 di atas tanah milik ibu saudaranya.

Zainol Abidin telah mengemukakan permohonan menerusi JKKK pada tahun 2014 bagi mendapatkan bantuan rumah di bawah Skim Peruntukan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Bagaimanapun, permohonannya tidak dapat diproses kerana tapak rumahnya berada di atas tanah milik orang lain dan dia sendiri tidak mendapatkan keizinan atau surat keizinan daripada pemilik tanah tersebut untuk tujuan mendirikan rumah buatnya.

Satu lagi faktor ialah, tanah tersebut mempunyai 9 orang penama lain dan masih belum dibuat penukaran nama. Dari segi perundangan, sebarang tindakan mendirikan rumah di atas tanah tersebut, bermaksud mendedahkan si penama kepada tindakan undang-undang oleh penama-penama tanah berkenaan.

Isu status tanah tersebut juga menyebabkan Zainol sekeluarga hanya menggunakan air sungai dan generator pada waktu malam. Bagaimanapun, dia adalah salah seorang penerima bantuan BRIM manakalanya ayahnya sebelum itu, pernah mendapat bantuan baik pulih rumah. Begitu juga dengan adiknya yang telah mendapat bantuan sebuah rumah PPRT.

Sebelum itu, Ketua Cawangan UMNO dan Pengerusi JKKK telah membawa permohonan Zainol kepada pihak KEDA dan Pejabat YB Datuk Tajuddin bin Abdullah yang merupakan Exco Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan. Namun kekangan perundangan dan status tanah tersebut telah menghalang pembinaan rumah PPRT untuk Zainol. Selagi surat kebenaran rasmi daripada pemilik-pemilik tanah tersebut tidak diterima, sampai bila-bilalah pihak agensi tidak boleh berbuat apa-apa.

GHB/PAN cuba mengambil kesempatan konon-kononnya mereka mahu memberikan bantuan kepada Zainol bagi mendirikan rumah buatnya, dengan memburuk-burukkan wakil rakyat dan kepimpinan UMNO setempat. Wakil rakyat dan kepimpinan UMNO diberikan persepsi, enggan membela nasib rakyat.

PAN/GHB yang diketuai oleh Leman Raja Lawak cuba mengambil kesempatan dengan kemiskinan dan kedaifan hidup Zainol Abidin sekeluarga. Cukup dengan hanya memaparkan lawatan dan majlis bergambar di hadapan rumah daif Zainol Abidin dan kemudian memberitahu kononnya mereka akan memberikan bantuan dan mengusahakan rumah buat Zainol Abidin, fitnah jahat sudah pun tercipta.

Timbul persoalan, mengapa kisah sebenar status tanah terbabit yang menyebabkan permohonan Zainol Abidin tidak diluluskan, tidak dinyatakan secara jelas selain daripada cuba memberikan tanggapan negatif kepada UMNO?

Ahli Parlimen Sik, YB Dr. Mansor bin Abdul Rahman yang diberitahu tentang kemiskinan dan kedaifan Zainol Abidin sekeluarga, telah pun membuat lawatan pada petang Hari Raya Aidil Adha bersamaan dengan 24 September 2015 jam 5:00 petang. Bagaimanapun, Dr. Mansor gagal menemui Zainol Abidin dan menyatakan bahawa akan kembali semula selepas pulang dari Kuala Lumpur.

TINDAKAN TAMATKAN PENAJAAN MARA UNTUK PELAJAR KE TAYLOR UNIVERSITY ADALAH WAJAR DAN BUKAN RASIS

Monday 21 September 2015 | 5 comments

Kalau ada chauvinist dan Cina DAP persoalkan selain melabelkan rasis kepada tindakan MARA dan Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan penamatan penajaan pelajar-pelajar baru ke Taylor University, seharusnya perlu juga dibangkitkan, mana agensi atau badan-badan yang mengeluarkan biasiswa pelajaran korporat bukan Melayu yang memberikan tajaan kepada para pelajar di IPTA-IPTA milik Bumiputera.

Isu MARA dan Taylor University dijangka akan digunakan sepenuhnya oleh DAP dan chauvinist untuk menunjukkan kerajaan hari ini adalah kerajaan rasis, sepertimana yang cuba digambarkan oleh sebahagian besar pemimpin MCA, termasuklah yang terbaru, Pergerakan Pemuda MCA Gelang Patah yang tidak sedar diri.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak pernah bercakap tentang kegagalan mereka bagi tujuan asimilasi dan perpaduan, sebaliknya yang mereka sentiasa titik beratkan adalah keuntungan sebelah pihak.

Duit daripada MARA, mereka mahu dan tuntut dengan pelbagai kaedah tetapi untuk mereka sendiri menaja pelajar-pelajar mereka ke IPTA-IPTA milik bukan golongan mereka, amat sukar dilakukan. Bahkan ada pula gerakan yang meremeh-remehkan IPTA milik bukan golongan mereka, termasuklah memperlekeh-lekehkan sistem pelajaran kebangsaan dan sekolah-sekolah kerajaan.

MARA mahupun agensi-agensi lain yang fungsinya adalah untuk kemajuan masyarakat Bumiputera, seharusnya lebih menitikberatkan masalah ini. Tiada gunanya jikalau peruntukan besar untuk kemajuan Bumiputera akhirnya mengalir kepada golongan yang pada setiap masa, melihat ia adalah peluang kepada mereka untuk mengumpulkan keuntungan besar tetapi pada masa yang sama, berusah melakukan perlecehan sepertimana yang dilakukan oleh Taylor University.

Sekarang adalah masanya untuk bertindak. Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang memerlukan dana serta peruntukan besar untuk masyarakat Bumiputera yang ketinggalan dalam industri pendidikan. IPTA-IPTA milik MARA dan beberapa agensi lain termasuklah UNIKOP boleh dibantu dengan peruntukan-peruntukan tersebut di kedua-dua buah negeri tersebut.

Sabah dan Sarawak, sekalipun terdapat gambaran kononnya masyarakat di sana tidak begitu menitikberatkan perbezaan kaum dan agama, hakikat yang berlaku di bawah adalah berbeza sama sekali daripada yang dituturkan. Masyarakat yang diwakili oleh DAP sangat agresif terutama sekali dalam menuntut tanah-tanah kerajaan termasuklah menipu sijil Anak Negeri untuk merampas tanah-tanah kerajaan bagi kelompok mereka.

Ditambah pula dengan usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia dan meletakkan kedua-dua negeri itu sebagai koloni Barat melibatkan spesies-spesies sebangsa DAP, menunjukkan dengan jelas bahawa niat mereka tidak pernah elok sekalipun, mereka mendapat layanan yang sangat baik.

Justeru, MARA telah melakukan dan mengambil tindakan yang bijak dan tepat pada masanya.

Ini adalah masanya untuk membangunkan masyarakat Bumiputera di seluruh negara terutama di sektor pendidikan.

ARAHAN BUNUH 'ANJING GILA' DI PULAU PINANG... Mujur Lim Guan Eng Tak Salahkan Barisan Nasional, UMNO dan Najib

Ramai penyokong DAP sendiri menyuarakan kemarahan kepada Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas anjing-anjing tidak bertuan di seluruh Pulau Pinang. Gambar-gambar 'kekejaman' tersebut telah diviralkan dan disiarkan oleh mereka menerusi media-media sosial.

Pengisytiharan bahawa tiga buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sedang menghadapi wabak anjing gila, menyebabkan pentadbiran Lim Guan Eng mengambil langkah drastik bertujuan untuk membendung dan mengurangkan ancaman rabbies atau penyakit anjing gila yang dibawa oleh anjing-anjing tidak bertuan.

Hari ini sahaja, terdapat laporan tentang satu lagi serangan ke atas manusia membabitkan anjing tidak bertuan di Balik Pulau. Seorang warga tua berusia 65 tahun telah diserang oleh seekor anjing tidak bertuan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa berjaya menangkap anjing terbabit dan haiwan tersebut segera dilupuskan.

Beberapa badan bukan kerajaan NGO yang tidak peduli tentang wabak anjing gila, cuba menjadi hero menyelamatkan anjing-anjing tidak bertuan yang hidup liar itu. (RUJUK SINI) Sekian lama, anjing-anjing tersebut terbiar dan bebas merayau ke sana ke mari, tiada sebarang suara daripada NGO tersebut, kini keputusan melupuskan haiwan-haiwan berkenaan, mula diperkatakan dan dipersoalkan.

Agak menarik juga apabila Lim Guan Eng memilih untuk mendiamkan diri apabila dia diserang oleh orang-orangnya dan para penyokongnya sendiri dalam isu ini. Selalunya, Lim Guan Eng cepat-cepat menjawab dan kemudian mengalihkan kesalahannya kepada Kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.

Dalam apa juga masalah yang ditimbulkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah mengakui perbuatannya, bahkan dia akan mencuri kredit UMNO dan Barisan Nasional, sepertimana dia melakukannya dalam pemberian peruntukan untuk sekolah-sekolah agama sedangkan peruntkan tersebut datangnya daripada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO. Begitu juga dengan pembinaan rumah mampu milik oleh PERDA, cuba diperakui oleh DAP dan Lim Guan Eng serta para penyokong mereka, sedangkan satu-satunya cadangan untuk membina rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP, hanya di kawasan Batu Kawan yang masih lagi dalam peringkat perbincangan walaupun sudah enam tahun berlalu.

Pembunuhan anjing-anjing jalanan ini masih berjalan di Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang sebelum ini dengan bangganya mengumumkan Pulau Pinang sebagai negeri terbersih, hijau dan tersusun, kini giat memulihkan imejnya menerusi pembunuhan haiwan berkenaan termasuklah memecat anak saudara Karpal Singh yang menentang keputusan membunuh anjing-anjing berkenaan.

Mujurlah Lim Guan Eng, atau Nga Kor Ming tidak menyalahkan Najib dan Rosmah Mansor kerana terpaksa membunuh anjing di Pulau Pinang!

AKHIRNYA DAVID OROK, SI PENGHINA ISLAM DAN BEKAS CALON PARTI STAR, DIPENJARAKAN SELAMA 16 BULAN

Julai 2014, blog ini telah mendedahkan tentang bekas calon Parti STAR di DUN Sulaman pada PRU-13 yang cukup galak menghina Allah, Al Quran, Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam menerusi Facebook. (RUJUK SINI)

Pendedahan tersebut telah menyebabkan kemarahan di kalangan umat Islam dan penduduk Sabah pelbagai kaum serta agama. Walaupun ada pihak yang cuba melindungi David Orok, tetapi akhirnya mereka tidak mampu menghalang David Orok daripada mengakui perbuatannya dan memohon maaf secara terbuka di media massa dan sosial.

Isu membabitkan David Orok adalah kemuncak daripada kempen agresif Jeffrey Kitingan dan kumpulannya untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Tindakan pihak berkuasa, telah menyebakan Jeffrey Kitingan beralih alasan, kononnya kumpulannya tidak bertujuan mengeluarkan Sabah dari Malaysia sebaliknya sekadar menuntut hak yang lebih banyak buat negeri itu.

David Orok telah menimbulkan kegelisahan dan kebencian antara kaum dan agama.

Hasilnya ialah, beberapa maklumat tentang dirinya, termasuklah gambar rumah, kenderaan dan anak isterinya mula diedarkan, menyebabkan David Orok cepat-cepat mengakui perbuatannya.

Hari ini, mahkamah di Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara ke atas David Orok selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan menghasut dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad s.a.w

David Orok telah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan sekiranya didapati bersalah, dia boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara maksimum selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

5 Julai tahun lalu, beberapa laporan polis telah dibuat tentang kelakuan David Orok. David Orok cuba berdalih kononnya, perbuatannya yang menimbulkan kegusaran, kemarahan dan permusuhan antara kaum itu, hanyalah satu perbincangan intelektual. Pendedahan tentang peribadinya, telah menyebabkan dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat.

Dalam perbicaraan itu, mahkamah turut menolak permohonan David untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

ENAM HARI REMAN DAN DOKUMEN-DOKUMEN 1MDB YANG DISERAHKAN KHAIRUDDIN KEPADA PIHAK ASING ADALAH PALSU

Saturday 19 September 2015 | 5 comments

Enam hari reman...

Itu yang diperolehi oleh polis ke atas Khairuddin Abu Hassan, orang yang cuba melarikan diri ikut pintu belakang sewaktu polis datang untuk menahan di kediamannya sendiri. Walaupun sebelum itu, Khairuddin bercakap besar kononnya dia tidak kisah dan sudah menjangkakan polis akan menahannya, tetapi semalam, Khairuddin yang baru pulang dari Eastin Hotel, kelam-kabut cuba melarikan diri dengan jet peribadi yang sudah sedia menanti di lapangan terbang.

Hari ini, polis berjaya memperolehi reman ke atas Khairuddin Abu Hassan selama enam hari untuk siasatan berkaitan dengan laporannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada agensi-agensi kerajaan luar negara.

Itu yang disahkan sendiri oleh peguamnya.

Khairuddin akan direman selama enam hari sehingga hari Khamis. Majistret telah meluluskan reman tersebut selepas memutuskan, siasatan oleh pihak berkuasa perlu untuk menyiasat sebarang hubungan lanjut. Peguamnya juga berkata, dokumen-dokumen 1MDB yang diserahkan oleh Khairuddin kepada pihak antarabangsa untuk disiasat, sekaligus menjurus kepada campurtangan luar ke atas negara ini adalah dokumen-dokumen palsu.

"Polis berkata, semua dokumen yang diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu," kata peguam Khairuddin yang turut mempersoalkan bagaimana polis tahu sama ada dokumen yang diserahkan oleh Khairuddin itu palsu atau tulen memandangkan mereka belum lagi melihatnya.

Khairuddin ditangkap lewat petang semalam selepas pertemuannya dengan seorang individu berkulit putih yang belum dikenalpasti identitinya di rumahnya.

Dia sepatutnya terbang ke New York untuk memalukan Najib yang dijangka menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Khairuddin sepatutnya bertemu dengan FBI dan meminta mereka melakukan siasatan ke atas Najib Abdul Razak, sekaligus mengundang kehadiran agensi-agensi penyiasatan Amerika Syarikat ke negara ini - sesuatu yang sangat ditentang oleh Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun dia berkuasa dahulu.

Bagaimanapun, Khairuddin tidak mendapat pelepasan imigresen untuk meninggalkan negara ini bersama-sama bekas SETPOL Mahathir, Matthias Chang.

Khairuddin was arrested last night at his home in upscale Mont Kiara.
He was to have flown to New York yesterday morning where he reportedly was to meet the US government officials to seek their aid for investigations into the troubled state-owned strategic development fund.
However, he was denied permission to leave the country by immigration officials just as he was to board his flight.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-hold-1mdb-critic-6-more-days-for-activities-against-parliamentary-demo#sthash.3FGEpy7Q.AI4eWLK3.dpuf
 
Adakah Langkah Pertahankan Negara Daripada Campurtangan Asing Hanya Berakhir Pada Penangkapan dan Penahanan Khairuddin Abu Hassan?

Berita penangkapan Khairuddin Abu Hassan, individu yang berjaya keluar dari status muflis dalam tempoh yang singkat di bawah Akta 124C kerana cubaan menggulingkan kerajaan, telah dikeluarkan sendiri oleh isterinya, Ummie Aida menerusi Facebook dan kemudian disiarkan pula oleh Astro Awani petang semalam.

Penangkapan Khairuddin Abu Hassan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malahan cabaran demi cabaran yang ditbuat oleh Khairuddin kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis agar menangkap, menahan serta menyiasat, bahkan mengheretnya ke mahkamah sudah dibuat berkali-kali.

Untuk itu, Khairuddin yang dikatakan seorang ahli perniagaan tetapi dikhabarkan, teras perniagaannya adalah projek-projek UMNO dan kerajaan, secara terang-terangan meuwar-uwarkan pemergiannya ke beberapa buah negara seperti Switzerland, London dan Hong Kong serta Singapura untuk membuat laporan polis dan meminta campurtangan asing ke atas negara ini.

Khairuddin Abu Hassan ditahan di kediamannya lewat petang semalam. Bagaimanapun, ada saksi mendakwa, melihat pertemuan Khairuddin Abu Hassan dengan seorang individu yang masih belum dikenalpasti di Hotel Eastin, Petaling Jaya jam 5:49 petang semalam.

Sebelum ditahan, Khairuddin dengan bangganya memberitahu yang dia telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan menyatakan, ianya bukanlah satu kesalahan memandangkan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia, tidak diambil tindakan.

Alasan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia tidak disiasat dan diambil tindakan, cuba digunakan oleh Khairuddin untuk menghalalkan perbuatannya menjemput kuasa-kuasa asing mencampuri urusan dalaman Malaysia dan motif Khairuddin dan kumpulannya untuk menggulingkan kerajaan sedia ada di negara ini, telah cuba disahihkan dengan perbuatannya itu.

Selain Khairuddin, seorang lagi keledai yang digunakan adalah Anina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO yang bukan sahaja tidak faham undang-undang dan peraturan, bahkan buta kayu tentang Perlembagaan UMNO.

Gerakan menggulingkan Najib, sedang dilakukan dengan giat walaupun tidak secara terang-terangan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir juga dilihat sebagai salah seorang yang penting dalam gerakan ini.

DAP Sudah Kembali Menggerakkan Tentera RBAnya Untuk Ugut, Ancam dan Sumpah Seranah Mana-Mana Cina Yang Sokong Himpunan Baju Merah

Thursday 17 September 2015 | 2 comments

Cina DAP tidak mampu untuk menahan diri daripada bersikap rasis walaupun terhadap kaum sendiri.

Modus operandi mereka menakut-nakutkan, mengancam serta menggertak mana-mana Cina yang enggan bersama-sama mereka, atau lebih tepat lagi menyokong kerajaan, kini digunakan secara meluas di media sosial. Sekaligus mengulangi kembali apa yang mereka lakukan secara meluas pada PRU-13.

Bukan rahsia lagi bagaimana DAP menggunakan taktik samseng untuk mengugut mana-mana Cina yang enggan berbaiah dan menyokong mereka dalam semua isu yang mereka timbulkan. Malah mana-mana Cina yang enggan menyokong DAP, bukan sahaja perniagaan mereka akan diboikot, malah kehidupan mereka juga diancam sepertimana yang berlaku kepada seorang remaja perempuan Cina yang mengambil bahagian dalam kempen menyokong Barisan Nasional sehinggakan iklan kempennya terpaksa dihentikan.

Remaja perempuan tersebut bukan sahaja diancam dan disembur dengan kata caci nista, tetapi gambar keluarga, rumah dan keretanya turut dihantar kembali kepadanya. Lebih menakutkan lagi ialah apabila gambar ibunya yang sedang membeli barangan di pasar, turut dihantar kepadanya dengan isyarat, samseng-samseng DAP boleh melakukan apa-apa sahaja kepadanya sekiranya dia terus menyokong Kerajaan dan Barisan Nasional.

Himpunan Baju Merah 916 juga nampaknya tidak berkecuali. Walaupun kumpulan berkenaan tidak lagi bermaharajalela seperti suatu ketika dahulu, kecuali di laman yang mereka kuasai atau dalam tulisan Bahasa Cina mahupun forum-forum yang mereka adalah penguasanya, namun cubaan untuk mewujudkan ketakutan di kalangan masyarakat Cina yang masih enggan menyokong DAP, boleh dilihat dan dikesan dengan mudah.

Sebenarnya itulah yang dilakukan oleh DAP dalam usaha mendapatkan sokongan total masyarakat Cina. Memandangkan masyarakat Cina, seringkali hidup dalam kelompok mereka sendiri dan kekangan bahasa serta kegagalan sebahagian besar mereka dalam menguasai Bahasa Kebangsaan, membuatkan mereka terdedah kepada ancaman sebegitu.

Ini bukan perkara baru. Pada ketika pelarian-pelarian daripada Negara China beramai-ramai datang ke negara ini dan kemudian terperangkap antara Nasionalis Kuomintang dan Komunis atau lebih tepat lagi pertembungan antara Chiang Khai Shek dan Mao Tze Tung serta golongan papa kedana yang mahu hidup lebih selesa di negara baru, mereka juga berhadapan dengan ancaman daripada kumpulan-kumpulan pencari kuasa itu.

Bintang Satu dan Bintang Tiga menggunakan taktik ugut malahan banyak juga kes membabitkan kezaliman dan penganiayan dalam usaha mendapatkan bekalan makanan, kewangan, sokongan mahupun perlindungan daripada orang Cina yang kebanyakannya bekerja di ladang-ladang, lombong-lombong bijih timah mahupun berniaga di kawasan-kawasan milik penjajah British dan taukeh-taukeh kongsi yang saling bermusuh sesama sendiri.

Keengganan mereka untuk bercampur dengan masyarakat setempat, terbawa-bawa sehingga ke hari ini sungguhpun sebahagian daripada mereka sudah pun generasi keempat atau kelima di negara ini. Mereka fikir, mereka akan lebih selamat dalam kelompok sendiri walaupun pada masa yang sama, mereka juga sedar, mereka perlu berganding bahu dengan masyarakat setempat, terutama sekali apabila masyarakat setempat merupakan golongan pembeli dan pengguna yang besar.

DAP adalah kelangsungan daripada Kuomintang dan Komunis. Taktik yang digunakan adalah membabitkan samseng dan kongsi. Untuk mendapatkan sokongan, mereka sanggup menggunakan kekerasan dan menimbulkan ketakutan serta perasaan tidak selamat. Mereka tidak memberikan sebarang peluang kepada masyarakat Cina sendiri melainkan untuk menyokong mereka semata-mata.

Justeru, kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP melaksanakan modus operandi ini walaupun mereka kerap mendabik dada bahawa mereka sudah tidak ada kaitan dengan Tanah Besar Negara China lagi. Mereka masih hidup dengan kebangsaan Cina yang sukar untuk bergaul dengan masyarakat selain daripada Cina dan kalaupun mahu bergaul, mereka mahukan masyarakat bukan Cina itu, menjadi Cina atau berada di bawah mereka.

Kegagalan berbuat begitu, menjadikan mereka akan menyalak-nyalak dan kemudian melakukan ancaman seperti yang kita boleh temui dalam media-media sosial yang mereka kuasai.

Di Sebalik Kejayaan HIMPUNAN BAJU MERAH, Terselit Kegagalan UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Para pecacai DAP termasuklah portal-portal pro-DAP cuba memperkecil-kecilkan lautan Baju Merah yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam. Serangan secara psikologi dengan gambaran bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan dengan jumlah penyertaan jauh lebih rendah berbanding BERSIH 4.0, telah dijadikan senjata paling kerap digunakan.

Ahli-Ahli Parlimen DAP seperti Nga Kor Ming begitu seronok menggunakan hujah tersebut walaupun di dalam posting dan maksud postingnya, terselit kebimbangan tentang kebangkitan dan penyatuan sebenar orang Melayu.

Itulah sebabnya, apabila gambar Nik Abduh dalam demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad disiarkan, mereka terdiam seketika.

Gambar tersebut adalah gambar demonstrasi anti-GST tidak lama dahulu tetapi telah digunakan semula sebagai perang psikologi kepada DAP dan para penyokong mereka.

Begitu juga apabila diberitakan Nik Abduh berada di Padang Merbok, golongan pro-DAP serta-merta memaki hamun Nik Abduh dan PAS walaupun akhirnya mereka dengan penuh bangga dan lega melaporkan, Nik Abduh telah sampai ke Kota Bharu dan pada masa yang sama, begitu seronok menviralkan kenyataan Nik Abduh yang dia tidak berada di dalam Himpunan Baju Merah.

Sesuatu yang tidak disebut oleh pro-DAP ialah bagaimana Himpunan Baju Merah membuatkan mereka gentar sehingga terpaksa menutup kedai dan operasi perniagaan sepanjang hari. Malah mereka juga tidak mampu untuk menyebut bahawa tanpa anggota-anggota dan pasukan PDRM yang berkawal sehingga ke tengah malam tadi, yang mereka kerap labelkan sebagai BARUA UMNO atau ANJING UMNO, besar kemungkinan hari ini, cerita yang terpapar kepada kita adalah berbeza sama sekali.

Namun di sebalik 'kejayaan' ini, satu perkara besar yang mungkin gagal diperhatikan oleh UMNO sendiri.

Apa yang sudah berlaku kepada UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Sedangkan Himpunan Baju Merah kononnya dianjurkan oleh seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor, mendapat sokongan kononnya daripada 30,000 orang pengikutnya selain pengikut-pengikut Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju?

Mana kononnya 5000 orang pengikut Jamal Mohd. Yunos yang telah berada dan akan menawan Bukit Bintang pada tengah hari 16 September tetapi apabila ditanya oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said, berdalih kononnya para pengikutnya telah berkumpul di Jalan Conlay. Dan apabila disergah oleh Zaidi bahawa yang berkumpul di Jalan Conlay adalah dia sendiri bersama-sama Baju Merah yang dipimpinnya, Jamal segera mengelak dan melarikan diri.

Jamal kemudiannya dan akhirnya mengaku bahawa kejayaan Himpunan Baju Merah adalah miliknya dan dia juga adalah penganjur. Pada ketika itulah, kekecohan tercetus di hadapan pintu masuk Petaling Street setelah provokasi dilakukan oleh upahan DAP yang menyamar sebagai Baju Merah dengan ungkapan, 'MELAYU BODOH' sekaligus menimbulkan kemarahan dan cubaan merempuh. Setelah terlajak mengaku sebagai penganjur, Jamal terpaksa ke lokasi dan memujuk sambil menyatakan satu lagi demonstrasi Baju Merah akan diadakan di Petaling Street sekiranya KPDNKK tidak mengambil tindakan ke atas para peniaga yang menipu di Petaling Street. 

Tanpa bas-bas dan penyertaan dari luar Selangor dan Kuala Lumpur, besar kemungkinan Himpunan Baju Merah tidak ubah seperti perhimpunan pagi murid-murid sekolah rendah sahaja.

Itu adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Hampir kesemua yang datang adalah dari luar kawasan terutama Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebahagian pula datang dari beberapa negeri lain. Penyertaan daripada Kuala Lumpur dan Selangor terlalu kecil bilangannya.

Itu adalah hasil daripada tinjauan dan kenyataan daripada beberapa orang ketua-ketua unit yang ditempatkan di beberapa lokasi atau check point berkumpul. Kesemuanya sependapat bahawa Jamal Mohd. Yunos gagal mengotakan janjinya untuk menyediakan 5000 orang apatah lagi 30,000 orang sebagaimana yang didakwanya. Malah pengakuannya sekadar pengakuan untuk bermegah-megah.

Mungkin hujah 'HIMPUNAN BAJU MERAH BUKANNYA HIMPUNAN UMNO' boleh digunakan. Tetapi keterkaitan Melayu dengan UMNO sendiri tidak boleh ditolak atau dinafkan. Apatah lagi kepala penganjurnya sendiri adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor.

Kegagalan Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengumpulkan orang Melayu dalam Himpunan Baju Merah yang berlangsung aman semalam, diperkatakan secara meluas di kalangan yang hadir. Malah salah seorang Ketua Puteri di salah satu Bahagian yang berjiran dengan Ampang yang ditemui pun berkata, kalau mereka berjaya mengumpulkan 200 orang pun, mereka sudah boleh mencabar Ketua UMNO Bahagian berkenaan pada pemilihan akan datang.

Ternyata Selangor dan Kuala Lumpur sangat longlai.

Teryata, di sebalik 'kejayaan yang membanggakan itu', terselit kedukaan besar buat UMNO Selangor dan Kuala Lumpur yang gagal menyaingi Melayu-Melayu dari negeri-negeri lain yang berkumpul untuk Himpunan Baju Merah 916!

KEBIADAPAN CINA DAP BERNAMA HEW KUAN YAU INI PERLU DIAJAR... Tapi Siapa Yang Berani?

Tuesday 15 September 2015 | 1 comments

CINA DAP bernama Hew Kuan Yau yang merupakan bekas ketua publisiti pilihanraya DAP, adalah SAMSENG CINA DAP paling kurang ajar dan angkuh.

Orang inilah yang terlibat dalam rusuhan di Hong Kong dan cuba mengaplikasinya di Malaysia menerusi BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0. Malah dia adalah orang yang paling lantang cuba melakukan provokasi kaum ketika Pilihanraya Kecil Teluk Intan tahun lepas, terutama selepas dia dibuktikan menentang keputusan Lim Kit Siang meletakkan Dyana Sofya berbanding drinya, sedangkan dia telah lama berkempen di Teluk Intan.

Apa maki hamun yang tidak dilakukan oleh Hew Kuan Yau yang juga dikenali sebagai Superman Hew?

Dia jugalah yang mengetuai bantahan Lynas dan cuba melakukan kekacauan tetapi kemudian selepas ditangkap oleh pihak polis, dia menyepikan diri seketika. Dia juga yang berikrar akan menunjukkan kemaluannya kepada Najib sekiranya DAP berjaya menguasai Johor.

Setakat ini, Hew Kuan Yau masih kebal daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun dia merupakan antara orang yang paling aktif cuba membangkitkan pergeseran perkauman di negara ini.

Terbaru, dia yang juga merupakan salah seorang aktivis Katholik, memperolok-olokkan kalimah ALLAH dan memperlekehkan kepercayaan kepada Allah yang menjadi akidah umat Islam dan sebahagian besar Melayu di negara ini.

Posting terbarunya di Facebook dengan menggunakan gambar Photoshop berkualiti rendah merupakan bukti jelas bagaimana dia cuba menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan perhatian dan sokongan. Agak menghairankan, bagaimana Lim Kit Siang yang begitu marah apabila patungnya dibakar oleh Melayu di Kota Bharu, langsung tidak bersuara atau menegur perbuatan Kuan Yau yang berulang-ulang kali selama bertahun-tahun dengan taktik sebegini?

Lebih teruk lagi, apabila terkantoi nanti, DAP sudah tentu akan taichi kesalahan ini kepada GERAKAN dan MCA. DAP akan mula menekan MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang DAP cipta. MCA dan GERAKAN kemudian akan termakan dengan taktik DAP dan akhirnya membangkitkan kemarahan kepada UMNO.

Sekiranya MCA dan GERAKAN gagal, DAP akan segera mengecop MCA dan GERAKAN sebagai tidak berguna dan menjadi budak suruhan UMNO.

Sudah berkali-kali perkara sebegini berlaku dan setiap kali itulah juga, MCA dan GERAKAN langsung tidak dapat berbuat apa-apa walaupun pada masa yang sama, mereka menyalak dan cuba menggigit UMNO.

KETUA PEMUDA MCA Kata Himpunan Baju Merah Tidak Hormati Hari Malaysia... Berbeza Masa Dia Sokong BERSIH 4.0 Pada 29-30 Ogos Lalu!

Sekali lagi Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mempamerkan sikap pro-DAPnya yang tidak berbelah bahagi walaupun dia telah dilantik sebagai Senator mewakili MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran dalam Kabinet Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, sebaik-baik sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon berikrar akan memperjuangkan dan membantu sekolah-sekolah vernakular aliran Cina yang sudah terbukti menjadi salah satu sebab mengapa Cina-Cina di Malaysia, bersikap amat kiasu dan chauvinis.

Dalam BERSIH 4.0 yang ditaja dan dianjurkan oleh DAP, Chong Sin Woon menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, malah dengan penuh angkuh berkata, MCA tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk turut serta dalam demonstrasi jalanan bagi mendesak perletakan jawatan Najib Abdul Razak dan menyerahkan pentadbiran negara kepada DAP menerusi jalan bukan demokrasi dengan alasan, Najib lemah, gagal mentadbir dan menguruskan ekonomi serta terpalit dengan pelbagai isu.

Bagaimanapun, selepas didedahkan dan dia dibelasah, Chong Sin Woon cuba membetulkan kenyataannya. Kononnya, kenyataannya telah diputarbelit.

Alasan yang kerap diberikan oleh puak-puak sespesiesnya apabila mereka sudah terkantoi.

Kini, Chong Sin Woon mempersoalkan tentang Himpunan Baju Merah yang menurutnya tarikh 16 September yang dipilih oleh demonstrasi tersebut, bukan sahaja tidak sesuai bahkan menghina Malaysia, Sabah dan Sarawak.

16 September adalah Hari Malaysia.

Masa BERSIH 4.0 buat demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos, mengapa Chong Sin Woon bukan main suka lagi, bahkan menyatakan sokongan?

Bukankah pada 29 dan 30 Ogos, persediaan dan raptai Hari Kebangsaan sedang diadakan di lokasi di mana Cina-Cina DAP berdemonstrasi? Bukankah pada 31 Ogos, Malaysia menyambut kemerdekaannya secara rasmi?

Mengapa BERSIH 4.0 disokong dan tarikh yang dipilih tidak menjadi kepantangan kepada Chong Sin Woon, tetapi Himpunan Baju Merah perlu memilih tarikh lain selain 16 September agar menghormati Malaysia?

Adakah kerana ianya membabitkan Cina DAP, maka mereka tidak perlu menghormati apa-apa tarikh tetapi apabila membabitkan Melayu-Bumiputera, maka banyak pantang larang yang perlu diikut?

Sekarang ini, di media-media terutama sekali portal-portal yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP, Himpunan Baju Merah disifatkan sebagai Himpunan RASIS. Bahkan dilabelkan sebagai pengancam keselamatan kerana mensasarkan Cina sebagai bahan sesahan. Himpunan Baju Merah kononnya tidak baik untuk negara ini.

Tetapi BERSIH 4.0 yang sah-sah memang bertujuan untuk subversif, diberikan label yang muluk-muluk!

Inilah yang dikatakan, beri betis, paha yang mereka tuntut.

USAHASAMA KEPALA HOTAK KAU, HANNAH YEOH... Kau Cuma Menempek Dan Curi Kredit Kebajikan UMNO dan Institusi Islam!

Monday 14 September 2015 | 4 comments

Ini namanya MUKA BAA ALIF BA YA...

Sepatutnya dia menceritakan tentang peruntukan sebanyak RM3.5 juta setahun yang diberikan oleh KPJ malah meminta para pengikutnya viralkan peruntukan besar tersebut. Sebaliknya yang dimintanya adalah viralkan dermanya berjumlah RM10,000 dan kemudian memberikan gambaran seolah-olah dengan dermanya itulah, Klinik Waqaf An-Nur yang terletak di tempat letak kereta Masjid Al-Falah, USJ 9, membolehkan para pesakit hanya membayar RM5 untuk mendapatkan rawatan kesihatan di situ.

Bagi para penyokong Hannah Yeoh, apa yang dilakukannya itu dipandang sangat mulia. Malah jauh lebih besar berbanding peruntukan serta derma dan wakaf yang telah diterima oleh klinik berkenaan.

Bagi yang tidak mengetahui, Klinik Waqaf An-Nur yang terletak di Masjid Al-Falah USJ 9 itu hanyalah salah satu daripada 19 cawangannya di seluruh negara. Keseluruhan klinik tersebut diselenggarakan oleh KPJ Healthcare, di bawah inisiatif Kerajaan UMNO Johor yang memanjangkan bantuan tanpa mengira negeri atau bangsa. KPJ Heathcare sendiri merupakan anak syarikat Johor Corporation.

Lebih tepat lagi, Klinik Waqaf An-Nur adalah salah satu daripada pengisian dalam Program J-Corp, agensi milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Klinik Waqaf telah merawat lebih 1 juta pesakit di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap pesakit pula hanya perlu membayar kos rawatan sebanyak RM5 untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di klinik berkenaan. Setiap tahun, KPJ Healthcare telah membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk tujuan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Hannah Yeoh sebenarnya adalah MENEMPEK!

Itulah yang dilakukan oleh para pemimpin DAP, terutama sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Mereka menggunakan projek-projek Kerajaan UMNO-BN untuk menaikkan nama mereka. Dengan sedikit sumbangan, mereka mempromosi seolah-olah apa yang terhidang itulah hasil kerja mereka.

Perkara sebegini dapat dilihat menerusi projek besar DAP di Sarawak yang dikenali sebagai IMPIAN SARAWAK. Dengan modal kecil dan beberapa keping gambar, keberadaan mereka di lokasi akan dipublisitikan dan dijadikan bukti seolah-olah projek tersebut adalah projek DAP, sedangkan KESEMUA PROJEK dalam Impian Sarawak adalah projek Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Begitu jugalah apabila para pecacai DAP begitu berbangga dengan 'bantuan' dan 'derma' yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada sekolah-sekolah tahfiz dan agama. Padahal wang tersebut adalah peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk sekolah-sekolah agama dan tidak sesen pun datangnya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi Lim Guan Eng dengan penuh bangga menyatakan, DAP yang memberikan sumbangan tersebut dan kemudian membanding-bandingkannya dengan negeri-negeri lain di bawah UMNO.

Yang tidak disebut langsung oleh DAP ialah, peruntukan tersebut adalah setiap tahun dan setiap Kerajaan Negeri wajib mengagihkan peruntukan tersebut kepada sekolah-sekolah agama Islam sepertimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Kerajaan-Kerajaan Negeri lain, terutama di bawah UMNO-BN melakukannya secara senyap-senyap, tetapi DAP pula mencanangkan seolah-olah merekalah yang mengeluarkan peruntukan tersebut dari kantung Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jadi apa yang hendak dihairankan apabila Hannah Yeoh dengan muka tidak malu menceritakan sumbangannya sebanyak RM10,000 berbanding sumbangan tetap RM3.5 juta oleh agensi Kerajaan Negeri Johor di bawah UMNO untuk Klinik Waqaf An-Nur di USJ 9.

Rupa-Rupanya OTAI REFORMASI Yang Cuba Pertahankan Petaling Street Daripada Himpunan Baju Merah Adalah ANJING UPAHAN RONNIE LIU!!!

Sekumpulan Melayu yang menamakan diri mereka sebagai 'OTAI REFORMASI' tetapi diketahui, dibiayai oleh Ronnie Liew, bekas Exco Selangor yang banyak dikaitkan dengan kegiatan perniagaan haram seperti rumah urut dan pusat judi haram, sepanjang menjadi Exco penggal pertama pentadbiran Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor, berikrar akan mempertahankan para peniaga Cina Petaling Street, malah bersungguh-sungguh mahu menjadi benteng pertama daripada rempuhan Himpunan Baju Merah yang dijadualkan berlaku di Petaling Street pada 16 September nanti.

Himpunan Baju Merah tidak mungkin dapat menandingi BERSIH 4.0 yang dibiayai oleh DAP. Sebaliknya lebih ramai yang berpendapat, Himpunan Baju Merah adalah salah satu caranya untuk Jamal Mohd Yunos melonjakkan namanya dalam hierarki UMNO di samping mencapai matlamatnya pada Pemilihan UMNO yang akan datang.

Jamal Mohd Yunos yang cukup terkenal dengan Sekinchan Ikan Bakar dan Kedai Ikan 1Malaysia yang sudah bangkrap, sebelum ini dilihat cuba meletakkan namanya di Lenggong. Lenggong adalah kampung asal isterinya sekarang. Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka Jamal Mohd Yunos yang diadakan pada Hari Raya Aidil Fitri Kedua di Dataran Lenggong, mendahului rumah terbuka dan majlis Hari Raya Ketua UMNO Bahagian Lenggong, malah turut mendahului majlis yang serupa oleh Ahli Parlimen Lenggong.

Himpunan Baju Merah dan Jamal Mohd Yunos hanyalah satu bentuk oportunis yang cuba memanipulasi keadaan semasa.

Bagaimanapun, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, Melayu-Bumiputera sememangnya berada dalam keadaan tidak tenteram terutama selepas DAP berjaya membuktikan bahawa mereka sudah berjaya menyatukan orang Cina di bawah panji-panji DAP menerusi BERSIH 4.0.

Justeru, Melayu-Bumiputera memerlukan satu medium yang membolehkan mereka membuktikan bahawa mereka adalah anak watan negara ini. Apatah lagi dalam banyak hal, terutama yang membabitkan pasukan keselamatan, yang paling ke hadapan, paling ramai dan paling aktif adalah Melayu-Bumiputera sepertimana keanggotaan dalam PDRM, ATM, bomba mahupun Jabatan Pertahanan Awam.

Sebelum ini, beberapa siri demonstrasi telah dianjurkan dan dibiayai oleh DAP. BERSIH 4.0 adalah kemuncak yang berlaku sejurus selepas insiden Low Yat yang menyaksikan sikap biadap peniaga-peniaga Low Yat Plaza dengan sokongan daripada komuniti mereka. Tiga orang peniaga Low Yat Plaza yang telah membelasah seorang budak Melayu yang dituduh cuba mencuri handphone, telah didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah dengan jumlah denda yang sangat kecil.

Insiden Low Yat Plaza telah menyebabkan DAP semakin giat melakukan hasutan dan ceramah agar orang Cina terus bersatu di bawah DAP, selain menggesa mereka menolak kuasa Melayu-Bumiputera yang diterajui oleh Najib Abdul Razak.

DAP yang gemar bermain dengan isu-isu perkauman, sangat bijak dan teliti dalam perancangan mereka. Mereka berjaya melindungi chauvinisme dan kiasu mereka dengan pelbagai alasan, tetapi dengan menggunakan Bahasa Mandarin, hasutan anti-Melayu-Bumiputera dibuat secara langsung.

Penggunaan Melayu seperti Abdul Razak Ismail, jurucakap Otai Reformasi adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menunjukkan kononnya DAP tidak bersikap RASIS. Namun melihat kepada kewujudan Otai Reformasi yang hanya berpihak kepada para peniaga Cina Petaling Street yang sangat kuat serta tegar sokongan mereka kepada DAP dari zaman berzaman, walaupun pada masa yang sama, menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan menerusi DBKL, sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP mempunyai kaedah yang paling kejam untuk menghina Melayu-Bumiputera. (DI SINI)

Melayu-Bumiputera bagi DAP hanyalah ANJING KURAP yang diberi tulang untuk menyalak dan menggigit sesiapa sahaja yang mengacau DAP.

Itulah yang dibuktikan oleh Abdul Razak Ismail dan kumpulan Otai Reformasinya.

Ketika BERSIH 4.0, merekalah yang paling ke hadapan. Merekalah yang menjadi benteng untuk menentang polis. Mereka jugalah yang menjadi tukang kempen dan propaganda untuk DAP menarik sokongan Melayu kepada usaha subversif DAP. Apabila Himpunan Baju Merah yang dilihat sebagai usaha menzahirkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang Melayu, Otai Reformasi itu jugalah yang menjadi benteng mempertahankan kubu kuat DAP daripada dicerobohi dan diganggu gugat oleh Melayu-Bumiputera.

Persoalannya, di mana mereka ketika para peserta BERSIH 4,0 mengacau aktiviti perniagaan orang Melayu di Jalan Melayu, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan kawasan-kawasan sekitarnya?

Mereka mengaku menjaga keamanan tetapi sebenarnya mereka mengambil upah menjaga Cina-DAP. Asalkan Cina-DAP, mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, bahkan kalau disuruh Cina-DAP untuk mereka makan daging dan mengunyah tulang babi pun, mereka akan melakukannya dengan senang hati.

Yang penting bagi golongan seperti Abdul Razak Ismail adalah Cina-DAP!

Kenapa ADUN TAHAN Melenting Apabila Pembalakan Haram Yang Musnahkan Alam Sekitar dan Eco-Pelancongan Taman Negara Pahang Didedahkan?

Friday 11 September 2015 | 4 comments

Apa masalah sebenarnya isu yang membabitkan ADUN Tahan, Wan Amizan Razak dengan bekas wartawan TV3, Khaidir Ahmad yang merupakan antara aktivis pencinta alam sekitar di Pahang?

Khaidir Ahmad menerusi Facebook peribadinya telah mendedahkan tentang beberapa projek pembalakan berhampiran Taman Negara yang terletak dalam DUN Tahan, yang menyebabkan pencemaran alam yang teruk, malah turut mendedahkan tentang pembalakan serta projek korek pasir sungai yang telah menjejaskan industri penternakan ikan dalam sangkar serta keadaan Sungai Pahang itu sendiri.

Barangkali kerana Khaidir Ahmad hanya berjuang bersendirian, walaupun dibantu oleh sebuah NGO yang kurang ternama, dan tidak mendapat perhatian media-media arus perdana, menyebabkan ada pihak yang melihat ruang untuk mereka menutup mulut serta perjuangan Khaidir Ahmad.

Pendedahan pembalakan haram di Hulu Tembeling, ternyata memanaskan hati sesetengah pihak.

Barangkali kerana itulah juga, ADUN Tahan, Wan Amizan Razak turut melompat.

Pada PRU-13 lalu, Wan Amizan Razak yang mewakili UMNO-BN berjaya memperolehi undi sebanyak 6200 berbanding calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang memperolehi undi sebanyak 5110. Wan Amizan menang hanya dengan majoriti sebanyak 1090 undi sahaja.

Pada 7 September 2015, Khaidir Ahmad telah membuat pendedahan tentang semua loji rawatan air paip di Daerah Lipis, Pahang kecuali Benta, ditutup kerana sumber air mentah dari Sungai Jelai dan rangkaiannya yang disedut ke loji tersebut mengalami kekerohan melampau akibat kegiataan penerokaan tanah terutama pembalakan dan perlombongan di hulu sungai itu.

Satu kenyataan 'sinis' telah dibuat oleh Wan Amizan yang menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Pahang, Lipis dan Jelai yang memerlukan bantuan kewangan agar menemui Khaidir Ahmad. Khaidir Ahmad kemudiannya membalas dengan menyatakan, dia walaupun tidak kaya dan tidak memperolehi kekayaan daripada pembalakan haram, sanggup untuk membantu sedaya upayanya.

Wan Amizan kemudiannya membuat laporan polis dan menuduh Khaidir Ahmad telah menfitnahnya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Dari isu alam sekitar dan pencemaran teruk yang telah menjejaskan kedatangan pelancong ke Taman Negara Pahang, kini sudah mula melarat ke isu politik?

Apa yang membuatkan Wan Amizan melompat sakan? Mengapa pembalakan di Hulu Tembeling nampaknya cuba diselindungkan walaupun pencemaran sungai dan bekalan air bersih boleh dilihat secara nyata, malah memberi kesan kepada penduduk sekitar? Mengapa industri pembalakan yang jauh lebih merugikan berbanding pelancongan yang banyak membantu penduduk setempat sebelum ini mendapat tempat yang amat istimewa?

Apa pula fungsi ADUN Tahan?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam isu ini memandangkan yang kelihatan sekarang adalah seorang awam seperti Khaidir Ahmad yang memperjuangkan alam sekitar, sedang berhadapan dengan pelbagai halangan demi menutup kerosakan dan pemusnahan alam yang lebih besar.

MCA TENTANG HIMPUNAN BAJU MERAH, TAPI MASA BERSIH 4.0, DIAM MEMBISU

Tuesday 8 September 2015 | 3 comments

Secara tiba-tiba MCA menerusi Chew Mei Fun cuba menjadi jaguh untuk mengelakkan permusuhan kaum apabila membantah keras Himpunan Melayu Bersatu Baju Merah atau Himpunan Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September nanti di Bukit Bintang dan Petaling Street. Malah MCA semakin melompat apabila diberitakan dan dicakap besar kononnya 500,000 orang Melayu akan hadir dalam tunjuk perasaan tersebut.

Walaupun menyedari bahawa perhimpunan tersebut tidak akan lebih ramai daripada beberapa ribu orang sahaja atau barangkali terpaksa dibatalkan dengan alasan, tidak dibenarkan oleh PDRM dan 'kami menghormati undang-undang serta arahan polis', MCA perlu muncul sebagai juara orang Cina, lebih-lebih lagi kawasan yang akan digunakan untuk himpunan tersebut adalah di Bukit Bintang dan Petaling Street, dua kawasan yang sangat sinonim dengan Cina walaupun di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan sekitar Dataran Merdeka, mereka juga adalah majoritinya.

Ketiadaan promosi besar-besaran oleh media-media utama dan arus perdana, membuktikan bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan. Apatah lagi himpunan tersebut dianjurkan oleh watak yang terbabit dalam kontroversi iaitu Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang baru sepenggal naik jadi KUB bersama-sama dengan bekas anggota tentera yang dipecat daripada perkhidmatan Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Agak aneh alasan yang diberikan oleh Chew Mei Fun dan MCA selain sikap double-standard mereka dalam isu Baju Merah ini. Ketika isu Baju Kuning, Ketua Pemuda MCA telah menyatakan sokongan malah menyatakan bahawa MCA tidak membantah sekiranya ahli-ahli MCA mahu menyertai demonstrasi besar-besaran kaum Cina di kawasan bermajoriti Melayu di Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.

MCA seolah-olah mahu bersekongkol dengan DAP bagi melakukan tekanan kepada kerajaan tanpa menghiraukan pandangan dan tanggapan curiga sedia ada kepada MCA sebelum ini yang kalah teruk dalam dua PRU lepas. MCA juga seolah-olah mahu memberikan isyarat bahawa mereka akan terang-terang bersekongkol dengan DAP dalam memastikan keputusan PRU-14 nanti berlangsung sebagaimana yang dirancangkan.

Kalau dalam isu BERSIH 4.0, Chew Mei Fun dan MCA secara keseluruhannya tidak menunjukkan sikap negatif, mengapa dalam isu Baju Merah lain pula tindak tanduk dan reaksi MCA?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh MCA yang sekarang ini hanya memiliki 7 kerusi Parlimen dengan kesemua kerusi tersebut dimenangi dengan undi Melayu semata-mata memandangkan undi daripada pengundi-pengundi Cina telah pun berpindah secara blok besar kepada DAP?

Guna Anjing di TESCO, Jadi Bukti Provokasi Puak Kiasu dan Ultra Chauvinist Ke Atas Orang Melayu dan Islam

Seminggu selepas BERSIH 4.0 yang menyaksikan kejayaan besar DAP mengumpulkan kekuatan Cina terbesar dalam sejarah moden Malaysia, dibantu pula oleh segelintir kecil Melayu yang bersikap khianat termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan anak perempuannya, orang Melayu dan Islam dicabar lagi.

Kali ini, mereka mencabar Melayu dan Islam dengan menggunakan anjing.

Anjing adalah antara haiwan najis berat atau mughallazah dalam hukum fiqh. Sejenis lagi haiwan adalah babi. Secara amalannya, orang Melayu tidak membela anjing untuk suka-suka atau menyentuh anjing secara hobi kerana menyentuh atau dijilat oeh anjing dan babi membuatkan orang Islam perlu menyamaknya semula. Menggunakan apa-apa produk daripada anjing dan babi adalah haram.

Beberapa hari sudah, viral sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita Cina membawa seekor anjing di dalam troli TESCO di Plentong, Johor Bahru. Anjingnya telah terkencing dan sehari kemudian, AJK Masjid Plentong, bergotong royong menyamak semua troli dan lantai TESCO.

Hari ini, sekeping gambar lagi menjadi viral. Kali ini melibatkan TESCO Ampang apabila seorang lelaki Cina dilihat membawa seekor anjing di dalam troli TESCO dengan seorang pengawal keselamatan berbangsa Nepal yang besar kemungkinan tidak peduli pun tentang larangan membawa haiwan peliharaan apatah lagi anjing ke dalam pusat membeli belah itu.

Persoalannya, adakah ini disengajakan?

Adakah sebab ianya melibatkan TESCO yang merupakan syarikat kerjasama antara Sime Darby dengan Tesco Plcyang merupakan salah sebuah GLC Kerajaan, atau untuk memberikan petunjuk bahawa Sime Darby dan kerajaan Malaysia tidak lagi berkuasa kerana saham-saham Tesco yang dimiliki oleh Sime Darby bakal dijual kepada sebuah syarikat hypermarket dari Jepun?

Atau sebenarnya perbuatan ini sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Islam dan Melayu yang gemar membeli-belah di Tesco sekaligus melakukan sabotaj kepada syarikat yang masih merupakan sebahagian daripada entiti kerajaan itu?

Atau mereka ini sebenarnya telah 'diarahkan' untuk mencabar dan memprovokasi orang Melayu yang bakal berhimpun pada 10 dan 16 September nanti di kawasan utama aktiviti perniagaan Cina di Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang dan Petaling Street?

Gambar di Tesco Ampang didakwa telah dirakamkan pada 25 Ogos tetapi dimuatnaik pada 6 September lalu.

Berbeza di Plentong, Johor Bahru di mana AJK Masjid mengambil keputusan secara sukarela untuk menyamak kesemua troli dan lantai Tesco Plentong, di Ampang pula, tiada yang mengambil inisiatif begitu.

Tesco Ampang berada di tengah-tengah kawasan penempatan bermajoriti Melayu dan terletak tidak jauh dari Kampung Pandan.

Nampaknya perbuatan ini memang sah merupakan satu perbuatan provokasi yang tidak boleh diterima walau alasan apa pun yang diberikan. Kalau dikatakan itu adalah hak dan kebebasan, seharusnya golongan kiasu tersebut perlu juga membuktikan, di bahagian manakah di dunia ini ada negara yang membenarkan haiwan-haiwan peliharaan dibawa masuk. Takkanlah mereka yang begitu pandai bercakap tiba-tiba sahaja menjadi terlalu bodoh dalam isu ini?

TESCO menyatakan, mereka akan meletakkan papan tanda besar yang melarang kemasukan haiwan-haiwan peliharaan ke dalam pasaraya mereka tetapi sesuatu juga harus dilakukan oleh TESCO iaitu seharusnya papan tanda tersebut perlu ditulis dalam BAHASA CINA YANG BESAR kerana kebanyakan pembawa anjing itu adalah ULTRA-KIASU yang TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN TETAPI SANGAT BERBANGGA DENGAN BAHASA CINA!

Cubaan PAN/GHB Sik Ambil Kesempatan Atas Orang Miskin Daif, Amat Menjijikkan!

Tuesday 29 September 2015 · 0 comments

Monday 21 September 2015 · 5 comments

Kalau ada chauvinist dan Cina DAP persoalkan selain melabelkan rasis kepada tindakan MARA dan Datuk Seri Ismail Sabri mengarahkan penamatan penajaan pelajar-pelajar baru ke Taylor University, seharusnya perlu juga dibangkitkan, mana agensi atau badan-badan yang mengeluarkan biasiswa pelajaran korporat bukan Melayu yang memberikan tajaan kepada para pelajar di IPTA-IPTA milik Bumiputera.

Isu MARA dan Taylor University dijangka akan digunakan sepenuhnya oleh DAP dan chauvinist untuk menunjukkan kerajaan hari ini adalah kerajaan rasis, sepertimana yang cuba digambarkan oleh sebahagian besar pemimpin MCA, termasuklah yang terbaru, Pergerakan Pemuda MCA Gelang Patah yang tidak sedar diri.

Bagaimanapun, mereka sendiri tidak pernah bercakap tentang kegagalan mereka bagi tujuan asimilasi dan perpaduan, sebaliknya yang mereka sentiasa titik beratkan adalah keuntungan sebelah pihak.

Duit daripada MARA, mereka mahu dan tuntut dengan pelbagai kaedah tetapi untuk mereka sendiri menaja pelajar-pelajar mereka ke IPTA-IPTA milik bukan golongan mereka, amat sukar dilakukan. Bahkan ada pula gerakan yang meremeh-remehkan IPTA milik bukan golongan mereka, termasuklah memperlekeh-lekehkan sistem pelajaran kebangsaan dan sekolah-sekolah kerajaan.

MARA mahupun agensi-agensi lain yang fungsinya adalah untuk kemajuan masyarakat Bumiputera, seharusnya lebih menitikberatkan masalah ini. Tiada gunanya jikalau peruntukan besar untuk kemajuan Bumiputera akhirnya mengalir kepada golongan yang pada setiap masa, melihat ia adalah peluang kepada mereka untuk mengumpulkan keuntungan besar tetapi pada masa yang sama, berusah melakukan perlecehan sepertimana yang dilakukan oleh Taylor University.

Sekarang adalah masanya untuk bertindak. Sabah dan Sarawak merupakan dua buah negeri yang memerlukan dana serta peruntukan besar untuk masyarakat Bumiputera yang ketinggalan dalam industri pendidikan. IPTA-IPTA milik MARA dan beberapa agensi lain termasuklah UNIKOP boleh dibantu dengan peruntukan-peruntukan tersebut di kedua-dua buah negeri tersebut.

Sabah dan Sarawak, sekalipun terdapat gambaran kononnya masyarakat di sana tidak begitu menitikberatkan perbezaan kaum dan agama, hakikat yang berlaku di bawah adalah berbeza sama sekali daripada yang dituturkan. Masyarakat yang diwakili oleh DAP sangat agresif terutama sekali dalam menuntut tanah-tanah kerajaan termasuklah menipu sijil Anak Negeri untuk merampas tanah-tanah kerajaan bagi kelompok mereka.

Ditambah pula dengan usaha mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia dan meletakkan kedua-dua negeri itu sebagai koloni Barat melibatkan spesies-spesies sebangsa DAP, menunjukkan dengan jelas bahawa niat mereka tidak pernah elok sekalipun, mereka mendapat layanan yang sangat baik.

Justeru, MARA telah melakukan dan mengambil tindakan yang bijak dan tepat pada masanya.

Ini adalah masanya untuk membangunkan masyarakat Bumiputera di seluruh negara terutama di sektor pendidikan.

ARAHAN BUNUH 'ANJING GILA' DI PULAU PINANG... Mujur Lim Guan Eng Tak Salahkan Barisan Nasional, UMNO dan Najib

· 1 comments

Ramai penyokong DAP sendiri menyuarakan kemarahan kepada Lim Guan Eng yang telah mengeluarkan arahan pembunuhan ke atas anjing-anjing tidak bertuan di seluruh Pulau Pinang. Gambar-gambar 'kekejaman' tersebut telah diviralkan dan disiarkan oleh mereka menerusi media-media sosial.

Pengisytiharan bahawa tiga buah negeri di utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sedang menghadapi wabak anjing gila, menyebabkan pentadbiran Lim Guan Eng mengambil langkah drastik bertujuan untuk membendung dan mengurangkan ancaman rabbies atau penyakit anjing gila yang dibawa oleh anjing-anjing tidak bertuan.

Hari ini sahaja, terdapat laporan tentang satu lagi serangan ke atas manusia membabitkan anjing tidak bertuan di Balik Pulau. Seorang warga tua berusia 65 tahun telah diserang oleh seekor anjing tidak bertuan dan terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Pihak berkuasa berjaya menangkap anjing terbabit dan haiwan tersebut segera dilupuskan.

Beberapa badan bukan kerajaan NGO yang tidak peduli tentang wabak anjing gila, cuba menjadi hero menyelamatkan anjing-anjing tidak bertuan yang hidup liar itu. (RUJUK SINI) Sekian lama, anjing-anjing tersebut terbiar dan bebas merayau ke sana ke mari, tiada sebarang suara daripada NGO tersebut, kini keputusan melupuskan haiwan-haiwan berkenaan, mula diperkatakan dan dipersoalkan.

Agak menarik juga apabila Lim Guan Eng memilih untuk mendiamkan diri apabila dia diserang oleh orang-orangnya dan para penyokongnya sendiri dalam isu ini. Selalunya, Lim Guan Eng cepat-cepat menjawab dan kemudian mengalihkan kesalahannya kepada Kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Najib Abdul Razak.

Dalam apa juga masalah yang ditimbulkan di Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah mengakui perbuatannya, bahkan dia akan mencuri kredit UMNO dan Barisan Nasional, sepertimana dia melakukannya dalam pemberian peruntukan untuk sekolah-sekolah agama sedangkan peruntkan tersebut datangnya daripada Kerajaan Pusat yang diterajui oleh UMNO. Begitu juga dengan pembinaan rumah mampu milik oleh PERDA, cuba diperakui oleh DAP dan Lim Guan Eng serta para penyokong mereka, sedangkan satu-satunya cadangan untuk membina rumah mampu milik di bawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang DAP, hanya di kawasan Batu Kawan yang masih lagi dalam peringkat perbincangan walaupun sudah enam tahun berlalu.

Pembunuhan anjing-anjing jalanan ini masih berjalan di Pulau Pinang. Lim Guan Eng yang sebelum ini dengan bangganya mengumumkan Pulau Pinang sebagai negeri terbersih, hijau dan tersusun, kini giat memulihkan imejnya menerusi pembunuhan haiwan berkenaan termasuklah memecat anak saudara Karpal Singh yang menentang keputusan membunuh anjing-anjing berkenaan.

Mujurlah Lim Guan Eng, atau Nga Kor Ming tidak menyalahkan Najib dan Rosmah Mansor kerana terpaksa membunuh anjing di Pulau Pinang!

AKHIRNYA DAVID OROK, SI PENGHINA ISLAM DAN BEKAS CALON PARTI STAR, DIPENJARAKAN SELAMA 16 BULAN

· 0 comments

Julai 2014, blog ini telah mendedahkan tentang bekas calon Parti STAR di DUN Sulaman pada PRU-13 yang cukup galak menghina Allah, Al Quran, Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam menerusi Facebook. (RUJUK SINI)

Pendedahan tersebut telah menyebabkan kemarahan di kalangan umat Islam dan penduduk Sabah pelbagai kaum serta agama. Walaupun ada pihak yang cuba melindungi David Orok, tetapi akhirnya mereka tidak mampu menghalang David Orok daripada mengakui perbuatannya dan memohon maaf secara terbuka di media massa dan sosial.

Isu membabitkan David Orok adalah kemuncak daripada kempen agresif Jeffrey Kitingan dan kumpulannya untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Tindakan pihak berkuasa, telah menyebakan Jeffrey Kitingan beralih alasan, kononnya kumpulannya tidak bertujuan mengeluarkan Sabah dari Malaysia sebaliknya sekadar menuntut hak yang lebih banyak buat negeri itu.

David Orok telah menimbulkan kegelisahan dan kebencian antara kaum dan agama.

Hasilnya ialah, beberapa maklumat tentang dirinya, termasuklah gambar rumah, kenderaan dan anak isterinya mula diedarkan, menyebabkan David Orok cepat-cepat mengakui perbuatannya.

Hari ini, mahkamah di Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman 16 bulan penjara ke atas David Orok selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah atas pertuduhan menghasut dan menghina agama Islam serta Nabi Muhammad s.a.w

David Orok telah didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan sekiranya didapati bersalah, dia boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara maksimum selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

5 Julai tahun lalu, beberapa laporan polis telah dibuat tentang kelakuan David Orok. David Orok cuba berdalih kononnya, perbuatannya yang menimbulkan kegusaran, kemarahan dan permusuhan antara kaum itu, hanyalah satu perbincangan intelektual. Pendedahan tentang peribadinya, telah menyebabkan dia memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat.

Dalam perbicaraan itu, mahkamah turut menolak permohonan David untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

ENAM HARI REMAN DAN DOKUMEN-DOKUMEN 1MDB YANG DISERAHKAN KHAIRUDDIN KEPADA PIHAK ASING ADALAH PALSU

Saturday 19 September 2015 · 5 comments

Enam hari reman...

Itu yang diperolehi oleh polis ke atas Khairuddin Abu Hassan, orang yang cuba melarikan diri ikut pintu belakang sewaktu polis datang untuk menahan di kediamannya sendiri. Walaupun sebelum itu, Khairuddin bercakap besar kononnya dia tidak kisah dan sudah menjangkakan polis akan menahannya, tetapi semalam, Khairuddin yang baru pulang dari Eastin Hotel, kelam-kabut cuba melarikan diri dengan jet peribadi yang sudah sedia menanti di lapangan terbang.

Hari ini, polis berjaya memperolehi reman ke atas Khairuddin Abu Hassan selama enam hari untuk siasatan berkaitan dengan laporannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada agensi-agensi kerajaan luar negara.

Itu yang disahkan sendiri oleh peguamnya.

Khairuddin akan direman selama enam hari sehingga hari Khamis. Majistret telah meluluskan reman tersebut selepas memutuskan, siasatan oleh pihak berkuasa perlu untuk menyiasat sebarang hubungan lanjut. Peguamnya juga berkata, dokumen-dokumen 1MDB yang diserahkan oleh Khairuddin kepada pihak antarabangsa untuk disiasat, sekaligus menjurus kepada campurtangan luar ke atas negara ini adalah dokumen-dokumen palsu.

"Polis berkata, semua dokumen yang diserahkan kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu," kata peguam Khairuddin yang turut mempersoalkan bagaimana polis tahu sama ada dokumen yang diserahkan oleh Khairuddin itu palsu atau tulen memandangkan mereka belum lagi melihatnya.

Khairuddin ditangkap lewat petang semalam selepas pertemuannya dengan seorang individu berkulit putih yang belum dikenalpasti identitinya di rumahnya.

Dia sepatutnya terbang ke New York untuk memalukan Najib yang dijangka menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Khairuddin sepatutnya bertemu dengan FBI dan meminta mereka melakukan siasatan ke atas Najib Abdul Razak, sekaligus mengundang kehadiran agensi-agensi penyiasatan Amerika Syarikat ke negara ini - sesuatu yang sangat ditentang oleh Mahathir sepanjang tempoh 22 tahun dia berkuasa dahulu.

Bagaimanapun, Khairuddin tidak mendapat pelepasan imigresen untuk meninggalkan negara ini bersama-sama bekas SETPOL Mahathir, Matthias Chang.

Khairuddin was arrested last night at his home in upscale Mont Kiara.
He was to have flown to New York yesterday morning where he reportedly was to meet the US government officials to seek their aid for investigations into the troubled state-owned strategic development fund.
However, he was denied permission to leave the country by immigration officials just as he was to board his flight.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-hold-1mdb-critic-6-more-days-for-activities-against-parliamentary-demo#sthash.3FGEpy7Q.AI4eWLK3.dpuf
 
Khairuddin was arrested last night at his home in upscale Mont Kiara.
He was to have flown to New York yesterday morning where he reportedly was to meet the US government officials to seek their aid for investigations into the troubled state-owned strategic development fund.
However, he was denied permission to leave the country by immigration officials just as he was to board his flight.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-hold-1mdb-critic-6-more-days-for-activities-against-parliamentary-demo#sthash.3FGEpy7Q.AI4eWLK3.dpuf
Khairuddin was arrested last night at his home in upscale Mont Kiara.
He was to have flown to New York yesterday morning where he reportedly was to meet the US government officials to seek their aid for investigations into the troubled state-owned strategic development fund.
However, he was denied permission to leave the country by immigration officials just as he was to board his flight.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-hold-1mdb-critic-6-more-days-for-activities-against-parliamentary-demo#sthash.3FGEpy7Q.AI4eWLK3.dpuf
Khairuddin was arrested last night at his home in upscale Mont Kiara.
He was to have flown to New York yesterday morning where he reportedly was to meet the US government officials to seek their aid for investigations into the troubled state-owned strategic development fund.
However, he was denied permission to leave the country by immigration officials just as he was to board his flight.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-hold-1mdb-critic-6-more-days-for-activities-against-parliamentary-demo#sthash.3FGEpy7Q.AI4eWLK3.dpuf

Adakah Langkah Pertahankan Negara Daripada Campurtangan Asing Hanya Berakhir Pada Penangkapan dan Penahanan Khairuddin Abu Hassan?

· 3 comments

Berita penangkapan Khairuddin Abu Hassan, individu yang berjaya keluar dari status muflis dalam tempoh yang singkat di bawah Akta 124C kerana cubaan menggulingkan kerajaan, telah dikeluarkan sendiri oleh isterinya, Ummie Aida menerusi Facebook dan kemudian disiarkan pula oleh Astro Awani petang semalam.

Penangkapan Khairuddin Abu Hassan sebenarnya bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Malahan cabaran demi cabaran yang ditbuat oleh Khairuddin kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis agar menangkap, menahan serta menyiasat, bahkan mengheretnya ke mahkamah sudah dibuat berkali-kali.

Untuk itu, Khairuddin yang dikatakan seorang ahli perniagaan tetapi dikhabarkan, teras perniagaannya adalah projek-projek UMNO dan kerajaan, secara terang-terangan meuwar-uwarkan pemergiannya ke beberapa buah negara seperti Switzerland, London dan Hong Kong serta Singapura untuk membuat laporan polis dan meminta campurtangan asing ke atas negara ini.

Khairuddin Abu Hassan ditahan di kediamannya lewat petang semalam. Bagaimanapun, ada saksi mendakwa, melihat pertemuan Khairuddin Abu Hassan dengan seorang individu yang masih belum dikenalpasti di Hotel Eastin, Petaling Jaya jam 5:49 petang semalam.

Sebelum ditahan, Khairuddin dengan bangganya memberitahu yang dia telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB kepada Peguam Negara Switzerland dan menyatakan, ianya bukanlah satu kesalahan memandangkan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia, tidak diambil tindakan.

Alasan laporan polis yang dibuatnya di Malaysia tidak disiasat dan diambil tindakan, cuba digunakan oleh Khairuddin untuk menghalalkan perbuatannya menjemput kuasa-kuasa asing mencampuri urusan dalaman Malaysia dan motif Khairuddin dan kumpulannya untuk menggulingkan kerajaan sedia ada di negara ini, telah cuba disahihkan dengan perbuatannya itu.

Selain Khairuddin, seorang lagi keledai yang digunakan adalah Anina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO yang bukan sahaja tidak faham undang-undang dan peraturan, bahkan buta kayu tentang Perlembagaan UMNO.

Gerakan menggulingkan Najib, sedang dilakukan dengan giat walaupun tidak secara terang-terangan oleh kumpulan-kumpulan tertentu di mana bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir juga dilihat sebagai salah seorang yang penting dalam gerakan ini.

DAP Sudah Kembali Menggerakkan Tentera RBAnya Untuk Ugut, Ancam dan Sumpah Seranah Mana-Mana Cina Yang Sokong Himpunan Baju Merah

Thursday 17 September 2015 · 2 comments

Cina DAP tidak mampu untuk menahan diri daripada bersikap rasis walaupun terhadap kaum sendiri.

Modus operandi mereka menakut-nakutkan, mengancam serta menggertak mana-mana Cina yang enggan bersama-sama mereka, atau lebih tepat lagi menyokong kerajaan, kini digunakan secara meluas di media sosial. Sekaligus mengulangi kembali apa yang mereka lakukan secara meluas pada PRU-13.

Bukan rahsia lagi bagaimana DAP menggunakan taktik samseng untuk mengugut mana-mana Cina yang enggan berbaiah dan menyokong mereka dalam semua isu yang mereka timbulkan. Malah mana-mana Cina yang enggan menyokong DAP, bukan sahaja perniagaan mereka akan diboikot, malah kehidupan mereka juga diancam sepertimana yang berlaku kepada seorang remaja perempuan Cina yang mengambil bahagian dalam kempen menyokong Barisan Nasional sehinggakan iklan kempennya terpaksa dihentikan.

Remaja perempuan tersebut bukan sahaja diancam dan disembur dengan kata caci nista, tetapi gambar keluarga, rumah dan keretanya turut dihantar kembali kepadanya. Lebih menakutkan lagi ialah apabila gambar ibunya yang sedang membeli barangan di pasar, turut dihantar kepadanya dengan isyarat, samseng-samseng DAP boleh melakukan apa-apa sahaja kepadanya sekiranya dia terus menyokong Kerajaan dan Barisan Nasional.

Himpunan Baju Merah 916 juga nampaknya tidak berkecuali. Walaupun kumpulan berkenaan tidak lagi bermaharajalela seperti suatu ketika dahulu, kecuali di laman yang mereka kuasai atau dalam tulisan Bahasa Cina mahupun forum-forum yang mereka adalah penguasanya, namun cubaan untuk mewujudkan ketakutan di kalangan masyarakat Cina yang masih enggan menyokong DAP, boleh dilihat dan dikesan dengan mudah.

Sebenarnya itulah yang dilakukan oleh DAP dalam usaha mendapatkan sokongan total masyarakat Cina. Memandangkan masyarakat Cina, seringkali hidup dalam kelompok mereka sendiri dan kekangan bahasa serta kegagalan sebahagian besar mereka dalam menguasai Bahasa Kebangsaan, membuatkan mereka terdedah kepada ancaman sebegitu.

Ini bukan perkara baru. Pada ketika pelarian-pelarian daripada Negara China beramai-ramai datang ke negara ini dan kemudian terperangkap antara Nasionalis Kuomintang dan Komunis atau lebih tepat lagi pertembungan antara Chiang Khai Shek dan Mao Tze Tung serta golongan papa kedana yang mahu hidup lebih selesa di negara baru, mereka juga berhadapan dengan ancaman daripada kumpulan-kumpulan pencari kuasa itu.

Bintang Satu dan Bintang Tiga menggunakan taktik ugut malahan banyak juga kes membabitkan kezaliman dan penganiayan dalam usaha mendapatkan bekalan makanan, kewangan, sokongan mahupun perlindungan daripada orang Cina yang kebanyakannya bekerja di ladang-ladang, lombong-lombong bijih timah mahupun berniaga di kawasan-kawasan milik penjajah British dan taukeh-taukeh kongsi yang saling bermusuh sesama sendiri.

Keengganan mereka untuk bercampur dengan masyarakat setempat, terbawa-bawa sehingga ke hari ini sungguhpun sebahagian daripada mereka sudah pun generasi keempat atau kelima di negara ini. Mereka fikir, mereka akan lebih selamat dalam kelompok sendiri walaupun pada masa yang sama, mereka juga sedar, mereka perlu berganding bahu dengan masyarakat setempat, terutama sekali apabila masyarakat setempat merupakan golongan pembeli dan pengguna yang besar.

DAP adalah kelangsungan daripada Kuomintang dan Komunis. Taktik yang digunakan adalah membabitkan samseng dan kongsi. Untuk mendapatkan sokongan, mereka sanggup menggunakan kekerasan dan menimbulkan ketakutan serta perasaan tidak selamat. Mereka tidak memberikan sebarang peluang kepada masyarakat Cina sendiri melainkan untuk menyokong mereka semata-mata.

Justeru, kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP melaksanakan modus operandi ini walaupun mereka kerap mendabik dada bahawa mereka sudah tidak ada kaitan dengan Tanah Besar Negara China lagi. Mereka masih hidup dengan kebangsaan Cina yang sukar untuk bergaul dengan masyarakat selain daripada Cina dan kalaupun mahu bergaul, mereka mahukan masyarakat bukan Cina itu, menjadi Cina atau berada di bawah mereka.

Kegagalan berbuat begitu, menjadikan mereka akan menyalak-nyalak dan kemudian melakukan ancaman seperti yang kita boleh temui dalam media-media sosial yang mereka kuasai.

Di Sebalik Kejayaan HIMPUNAN BAJU MERAH, Terselit Kegagalan UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

· 1 comments

Para pecacai DAP termasuklah portal-portal pro-DAP cuba memperkecil-kecilkan lautan Baju Merah yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam. Serangan secara psikologi dengan gambaran bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan dengan jumlah penyertaan jauh lebih rendah berbanding BERSIH 4.0, telah dijadikan senjata paling kerap digunakan.

Ahli-Ahli Parlimen DAP seperti Nga Kor Ming begitu seronok menggunakan hujah tersebut walaupun di dalam posting dan maksud postingnya, terselit kebimbangan tentang kebangkitan dan penyatuan sebenar orang Melayu.

Itulah sebabnya, apabila gambar Nik Abduh dalam demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad disiarkan, mereka terdiam seketika.

Gambar tersebut adalah gambar demonstrasi anti-GST tidak lama dahulu tetapi telah digunakan semula sebagai perang psikologi kepada DAP dan para penyokong mereka.

Begitu juga apabila diberitakan Nik Abduh berada di Padang Merbok, golongan pro-DAP serta-merta memaki hamun Nik Abduh dan PAS walaupun akhirnya mereka dengan penuh bangga dan lega melaporkan, Nik Abduh telah sampai ke Kota Bharu dan pada masa yang sama, begitu seronok menviralkan kenyataan Nik Abduh yang dia tidak berada di dalam Himpunan Baju Merah.

Sesuatu yang tidak disebut oleh pro-DAP ialah bagaimana Himpunan Baju Merah membuatkan mereka gentar sehingga terpaksa menutup kedai dan operasi perniagaan sepanjang hari. Malah mereka juga tidak mampu untuk menyebut bahawa tanpa anggota-anggota dan pasukan PDRM yang berkawal sehingga ke tengah malam tadi, yang mereka kerap labelkan sebagai BARUA UMNO atau ANJING UMNO, besar kemungkinan hari ini, cerita yang terpapar kepada kita adalah berbeza sama sekali.

Namun di sebalik 'kejayaan' ini, satu perkara besar yang mungkin gagal diperhatikan oleh UMNO sendiri.

Apa yang sudah berlaku kepada UMNO Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Sedangkan Himpunan Baju Merah kononnya dianjurkan oleh seorang Ketua UMNO Bahagian di Selangor, mendapat sokongan kononnya daripada 30,000 orang pengikutnya selain pengikut-pengikut Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju?

Mana kononnya 5000 orang pengikut Jamal Mohd. Yunos yang telah berada dan akan menawan Bukit Bintang pada tengah hari 16 September tetapi apabila ditanya oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Mohd Said, berdalih kononnya para pengikutnya telah berkumpul di Jalan Conlay. Dan apabila disergah oleh Zaidi bahawa yang berkumpul di Jalan Conlay adalah dia sendiri bersama-sama Baju Merah yang dipimpinnya, Jamal segera mengelak dan melarikan diri.

Jamal kemudiannya dan akhirnya mengaku bahawa kejayaan Himpunan Baju Merah adalah miliknya dan dia juga adalah penganjur. Pada ketika itulah, kekecohan tercetus di hadapan pintu masuk Petaling Street setelah provokasi dilakukan oleh upahan DAP yang menyamar sebagai Baju Merah dengan ungkapan, 'MELAYU BODOH' sekaligus menimbulkan kemarahan dan cubaan merempuh. Setelah terlajak mengaku sebagai penganjur, Jamal terpaksa ke lokasi dan memujuk sambil menyatakan satu lagi demonstrasi Baju Merah akan diadakan di Petaling Street sekiranya KPDNKK tidak mengambil tindakan ke atas para peniaga yang menipu di Petaling Street. 

Tanpa bas-bas dan penyertaan dari luar Selangor dan Kuala Lumpur, besar kemungkinan Himpunan Baju Merah tidak ubah seperti perhimpunan pagi murid-murid sekolah rendah sahaja.

Itu adalah hakikat yang tidak dapat dinafikan.

Hampir kesemua yang datang adalah dari luar kawasan terutama Melaka, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sebahagian pula datang dari beberapa negeri lain. Penyertaan daripada Kuala Lumpur dan Selangor terlalu kecil bilangannya.

Itu adalah hasil daripada tinjauan dan kenyataan daripada beberapa orang ketua-ketua unit yang ditempatkan di beberapa lokasi atau check point berkumpul. Kesemuanya sependapat bahawa Jamal Mohd. Yunos gagal mengotakan janjinya untuk menyediakan 5000 orang apatah lagi 30,000 orang sebagaimana yang didakwanya. Malah pengakuannya sekadar pengakuan untuk bermegah-megah.

Mungkin hujah 'HIMPUNAN BAJU MERAH BUKANNYA HIMPUNAN UMNO' boleh digunakan. Tetapi keterkaitan Melayu dengan UMNO sendiri tidak boleh ditolak atau dinafkan. Apatah lagi kepala penganjurnya sendiri adalah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor.

Kegagalan Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengumpulkan orang Melayu dalam Himpunan Baju Merah yang berlangsung aman semalam, diperkatakan secara meluas di kalangan yang hadir. Malah salah seorang Ketua Puteri di salah satu Bahagian yang berjiran dengan Ampang yang ditemui pun berkata, kalau mereka berjaya mengumpulkan 200 orang pun, mereka sudah boleh mencabar Ketua UMNO Bahagian berkenaan pada pemilihan akan datang.

Ternyata Selangor dan Kuala Lumpur sangat longlai.

Teryata, di sebalik 'kejayaan yang membanggakan itu', terselit kedukaan besar buat UMNO Selangor dan Kuala Lumpur yang gagal menyaingi Melayu-Melayu dari negeri-negeri lain yang berkumpul untuk Himpunan Baju Merah 916!

KEBIADAPAN CINA DAP BERNAMA HEW KUAN YAU INI PERLU DIAJAR... Tapi Siapa Yang Berani?

Tuesday 15 September 2015 · 1 comments

CINA DAP bernama Hew Kuan Yau yang merupakan bekas ketua publisiti pilihanraya DAP, adalah SAMSENG CINA DAP paling kurang ajar dan angkuh.

Orang inilah yang terlibat dalam rusuhan di Hong Kong dan cuba mengaplikasinya di Malaysia menerusi BERSIH 3.0 dan BERSIH 4.0. Malah dia adalah orang yang paling lantang cuba melakukan provokasi kaum ketika Pilihanraya Kecil Teluk Intan tahun lepas, terutama selepas dia dibuktikan menentang keputusan Lim Kit Siang meletakkan Dyana Sofya berbanding drinya, sedangkan dia telah lama berkempen di Teluk Intan.

Apa maki hamun yang tidak dilakukan oleh Hew Kuan Yau yang juga dikenali sebagai Superman Hew?

Dia jugalah yang mengetuai bantahan Lynas dan cuba melakukan kekacauan tetapi kemudian selepas ditangkap oleh pihak polis, dia menyepikan diri seketika. Dia juga yang berikrar akan menunjukkan kemaluannya kepada Najib sekiranya DAP berjaya menguasai Johor.

Setakat ini, Hew Kuan Yau masih kebal daripada sebarang tindakan undang-undang walaupun dia merupakan antara orang yang paling aktif cuba membangkitkan pergeseran perkauman di negara ini.

Terbaru, dia yang juga merupakan salah seorang aktivis Katholik, memperolok-olokkan kalimah ALLAH dan memperlekehkan kepercayaan kepada Allah yang menjadi akidah umat Islam dan sebahagian besar Melayu di negara ini.

Posting terbarunya di Facebook dengan menggunakan gambar Photoshop berkualiti rendah merupakan bukti jelas bagaimana dia cuba menggunakan sentimen agama untuk mendapatkan perhatian dan sokongan. Agak menghairankan, bagaimana Lim Kit Siang yang begitu marah apabila patungnya dibakar oleh Melayu di Kota Bharu, langsung tidak bersuara atau menegur perbuatan Kuan Yau yang berulang-ulang kali selama bertahun-tahun dengan taktik sebegini?

Lebih teruk lagi, apabila terkantoi nanti, DAP sudah tentu akan taichi kesalahan ini kepada GERAKAN dan MCA. DAP akan mula menekan MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang DAP cipta. MCA dan GERAKAN kemudian akan termakan dengan taktik DAP dan akhirnya membangkitkan kemarahan kepada UMNO.

Sekiranya MCA dan GERAKAN gagal, DAP akan segera mengecop MCA dan GERAKAN sebagai tidak berguna dan menjadi budak suruhan UMNO.

Sudah berkali-kali perkara sebegini berlaku dan setiap kali itulah juga, MCA dan GERAKAN langsung tidak dapat berbuat apa-apa walaupun pada masa yang sama, mereka menyalak dan cuba menggigit UMNO.

KETUA PEMUDA MCA Kata Himpunan Baju Merah Tidak Hormati Hari Malaysia... Berbeza Masa Dia Sokong BERSIH 4.0 Pada 29-30 Ogos Lalu!

· 8 comments

Sekali lagi Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon mempamerkan sikap pro-DAPnya yang tidak berbelah bahagi walaupun dia telah dilantik sebagai Senator mewakili MCA dan Timbalan Menteri Pelajaran dalam Kabinet Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, sebaik-baik sahaja dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Pelajaran, Chong Sin Woon berikrar akan memperjuangkan dan membantu sekolah-sekolah vernakular aliran Cina yang sudah terbukti menjadi salah satu sebab mengapa Cina-Cina di Malaysia, bersikap amat kiasu dan chauvinis.

Dalam BERSIH 4.0 yang ditaja dan dianjurkan oleh DAP, Chong Sin Woon menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi, malah dengan penuh angkuh berkata, MCA tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk turut serta dalam demonstrasi jalanan bagi mendesak perletakan jawatan Najib Abdul Razak dan menyerahkan pentadbiran negara kepada DAP menerusi jalan bukan demokrasi dengan alasan, Najib lemah, gagal mentadbir dan menguruskan ekonomi serta terpalit dengan pelbagai isu.

Bagaimanapun, selepas didedahkan dan dia dibelasah, Chong Sin Woon cuba membetulkan kenyataannya. Kononnya, kenyataannya telah diputarbelit.

Alasan yang kerap diberikan oleh puak-puak sespesiesnya apabila mereka sudah terkantoi.

Kini, Chong Sin Woon mempersoalkan tentang Himpunan Baju Merah yang menurutnya tarikh 16 September yang dipilih oleh demonstrasi tersebut, bukan sahaja tidak sesuai bahkan menghina Malaysia, Sabah dan Sarawak.

16 September adalah Hari Malaysia.

Masa BERSIH 4.0 buat demonstrasi pada 29 dan 30 Ogos, mengapa Chong Sin Woon bukan main suka lagi, bahkan menyatakan sokongan?

Bukankah pada 29 dan 30 Ogos, persediaan dan raptai Hari Kebangsaan sedang diadakan di lokasi di mana Cina-Cina DAP berdemonstrasi? Bukankah pada 31 Ogos, Malaysia menyambut kemerdekaannya secara rasmi?

Mengapa BERSIH 4.0 disokong dan tarikh yang dipilih tidak menjadi kepantangan kepada Chong Sin Woon, tetapi Himpunan Baju Merah perlu memilih tarikh lain selain 16 September agar menghormati Malaysia?

Adakah kerana ianya membabitkan Cina DAP, maka mereka tidak perlu menghormati apa-apa tarikh tetapi apabila membabitkan Melayu-Bumiputera, maka banyak pantang larang yang perlu diikut?

Sekarang ini, di media-media terutama sekali portal-portal yang dikuasai oleh Cina-Cina DAP, Himpunan Baju Merah disifatkan sebagai Himpunan RASIS. Bahkan dilabelkan sebagai pengancam keselamatan kerana mensasarkan Cina sebagai bahan sesahan. Himpunan Baju Merah kononnya tidak baik untuk negara ini.

Tetapi BERSIH 4.0 yang sah-sah memang bertujuan untuk subversif, diberikan label yang muluk-muluk!

Inilah yang dikatakan, beri betis, paha yang mereka tuntut.

USAHASAMA KEPALA HOTAK KAU, HANNAH YEOH... Kau Cuma Menempek Dan Curi Kredit Kebajikan UMNO dan Institusi Islam!

Monday 14 September 2015 · 4 comments

Ini namanya MUKA BAA ALIF BA YA...

Sepatutnya dia menceritakan tentang peruntukan sebanyak RM3.5 juta setahun yang diberikan oleh KPJ malah meminta para pengikutnya viralkan peruntukan besar tersebut. Sebaliknya yang dimintanya adalah viralkan dermanya berjumlah RM10,000 dan kemudian memberikan gambaran seolah-olah dengan dermanya itulah, Klinik Waqaf An-Nur yang terletak di tempat letak kereta Masjid Al-Falah, USJ 9, membolehkan para pesakit hanya membayar RM5 untuk mendapatkan rawatan kesihatan di situ.

Bagi para penyokong Hannah Yeoh, apa yang dilakukannya itu dipandang sangat mulia. Malah jauh lebih besar berbanding peruntukan serta derma dan wakaf yang telah diterima oleh klinik berkenaan.

Bagi yang tidak mengetahui, Klinik Waqaf An-Nur yang terletak di Masjid Al-Falah USJ 9 itu hanyalah salah satu daripada 19 cawangannya di seluruh negara. Keseluruhan klinik tersebut diselenggarakan oleh KPJ Healthcare, di bawah inisiatif Kerajaan UMNO Johor yang memanjangkan bantuan tanpa mengira negeri atau bangsa. KPJ Heathcare sendiri merupakan anak syarikat Johor Corporation.

Lebih tepat lagi, Klinik Waqaf An-Nur adalah salah satu daripada pengisian dalam Program J-Corp, agensi milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Johor.

Klinik Waqaf telah merawat lebih 1 juta pesakit di seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap pesakit pula hanya perlu membayar kos rawatan sebanyak RM5 untuk mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di klinik berkenaan. Setiap tahun, KPJ Healthcare telah membelanjakan kira-kira RM3.5 juta untuk tujuan tersebut.

Apa yang dilakukan oleh Hannah Yeoh sebenarnya adalah MENEMPEK!

Itulah yang dilakukan oleh para pemimpin DAP, terutama sekali Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Mereka menggunakan projek-projek Kerajaan UMNO-BN untuk menaikkan nama mereka. Dengan sedikit sumbangan, mereka mempromosi seolah-olah apa yang terhidang itulah hasil kerja mereka.

Perkara sebegini dapat dilihat menerusi projek besar DAP di Sarawak yang dikenali sebagai IMPIAN SARAWAK. Dengan modal kecil dan beberapa keping gambar, keberadaan mereka di lokasi akan dipublisitikan dan dijadikan bukti seolah-olah projek tersebut adalah projek DAP, sedangkan KESEMUA PROJEK dalam Impian Sarawak adalah projek Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat.

Begitu jugalah apabila para pecacai DAP begitu berbangga dengan 'bantuan' dan 'derma' yang diberikan oleh Lim Guan Eng kepada sekolah-sekolah tahfiz dan agama. Padahal wang tersebut adalah peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk sekolah-sekolah agama dan tidak sesen pun datangnya daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Tetapi Lim Guan Eng dengan penuh bangga menyatakan, DAP yang memberikan sumbangan tersebut dan kemudian membanding-bandingkannya dengan negeri-negeri lain di bawah UMNO.

Yang tidak disebut langsung oleh DAP ialah, peruntukan tersebut adalah setiap tahun dan setiap Kerajaan Negeri wajib mengagihkan peruntukan tersebut kepada sekolah-sekolah agama Islam sepertimana yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun. Kerajaan-Kerajaan Negeri lain, terutama di bawah UMNO-BN melakukannya secara senyap-senyap, tetapi DAP pula mencanangkan seolah-olah merekalah yang mengeluarkan peruntukan tersebut dari kantung Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Jadi apa yang hendak dihairankan apabila Hannah Yeoh dengan muka tidak malu menceritakan sumbangannya sebanyak RM10,000 berbanding sumbangan tetap RM3.5 juta oleh agensi Kerajaan Negeri Johor di bawah UMNO untuk Klinik Waqaf An-Nur di USJ 9.

Rupa-Rupanya OTAI REFORMASI Yang Cuba Pertahankan Petaling Street Daripada Himpunan Baju Merah Adalah ANJING UPAHAN RONNIE LIU!!!

· 8 comments

Sekumpulan Melayu yang menamakan diri mereka sebagai 'OTAI REFORMASI' tetapi diketahui, dibiayai oleh Ronnie Liew, bekas Exco Selangor yang banyak dikaitkan dengan kegiatan perniagaan haram seperti rumah urut dan pusat judi haram, sepanjang menjadi Exco penggal pertama pentadbiran Khalid Ibrahim, bekas Menteri Besar Selangor, berikrar akan mempertahankan para peniaga Cina Petaling Street, malah bersungguh-sungguh mahu menjadi benteng pertama daripada rempuhan Himpunan Baju Merah yang dijadualkan berlaku di Petaling Street pada 16 September nanti.

Himpunan Baju Merah tidak mungkin dapat menandingi BERSIH 4.0 yang dibiayai oleh DAP. Sebaliknya lebih ramai yang berpendapat, Himpunan Baju Merah adalah salah satu caranya untuk Jamal Mohd Yunos melonjakkan namanya dalam hierarki UMNO di samping mencapai matlamatnya pada Pemilihan UMNO yang akan datang.

Jamal Mohd Yunos yang cukup terkenal dengan Sekinchan Ikan Bakar dan Kedai Ikan 1Malaysia yang sudah bangkrap, sebelum ini dilihat cuba meletakkan namanya di Lenggong. Lenggong adalah kampung asal isterinya sekarang. Majlis Hari Raya dan Rumah Terbuka Jamal Mohd Yunos yang diadakan pada Hari Raya Aidil Fitri Kedua di Dataran Lenggong, mendahului rumah terbuka dan majlis Hari Raya Ketua UMNO Bahagian Lenggong, malah turut mendahului majlis yang serupa oleh Ahli Parlimen Lenggong.

Himpunan Baju Merah dan Jamal Mohd Yunos hanyalah satu bentuk oportunis yang cuba memanipulasi keadaan semasa.

Bagaimanapun, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah, Melayu-Bumiputera sememangnya berada dalam keadaan tidak tenteram terutama selepas DAP berjaya membuktikan bahawa mereka sudah berjaya menyatukan orang Cina di bawah panji-panji DAP menerusi BERSIH 4.0.

Justeru, Melayu-Bumiputera memerlukan satu medium yang membolehkan mereka membuktikan bahawa mereka adalah anak watan negara ini. Apatah lagi dalam banyak hal, terutama yang membabitkan pasukan keselamatan, yang paling ke hadapan, paling ramai dan paling aktif adalah Melayu-Bumiputera sepertimana keanggotaan dalam PDRM, ATM, bomba mahupun Jabatan Pertahanan Awam.

Sebelum ini, beberapa siri demonstrasi telah dianjurkan dan dibiayai oleh DAP. BERSIH 4.0 adalah kemuncak yang berlaku sejurus selepas insiden Low Yat yang menyaksikan sikap biadap peniaga-peniaga Low Yat Plaza dengan sokongan daripada komuniti mereka. Tiga orang peniaga Low Yat Plaza yang telah membelasah seorang budak Melayu yang dituduh cuba mencuri handphone, telah didapati bersalah dan didenda oleh mahkamah dengan jumlah denda yang sangat kecil.

Insiden Low Yat Plaza telah menyebabkan DAP semakin giat melakukan hasutan dan ceramah agar orang Cina terus bersatu di bawah DAP, selain menggesa mereka menolak kuasa Melayu-Bumiputera yang diterajui oleh Najib Abdul Razak.

DAP yang gemar bermain dengan isu-isu perkauman, sangat bijak dan teliti dalam perancangan mereka. Mereka berjaya melindungi chauvinisme dan kiasu mereka dengan pelbagai alasan, tetapi dengan menggunakan Bahasa Mandarin, hasutan anti-Melayu-Bumiputera dibuat secara langsung.

Penggunaan Melayu seperti Abdul Razak Ismail, jurucakap Otai Reformasi adalah salah satu kaedah yang paling berkesan untuk menunjukkan kononnya DAP tidak bersikap RASIS. Namun melihat kepada kewujudan Otai Reformasi yang hanya berpihak kepada para peniaga Cina Petaling Street yang sangat kuat serta tegar sokongan mereka kepada DAP dari zaman berzaman, walaupun pada masa yang sama, menerima bantuan dan geran daripada Kerajaan Persekutuan menerusi DBKL, sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP mempunyai kaedah yang paling kejam untuk menghina Melayu-Bumiputera. (DI SINI)

Melayu-Bumiputera bagi DAP hanyalah ANJING KURAP yang diberi tulang untuk menyalak dan menggigit sesiapa sahaja yang mengacau DAP.

Itulah yang dibuktikan oleh Abdul Razak Ismail dan kumpulan Otai Reformasinya.

Ketika BERSIH 4.0, merekalah yang paling ke hadapan. Merekalah yang menjadi benteng untuk menentang polis. Mereka jugalah yang menjadi tukang kempen dan propaganda untuk DAP menarik sokongan Melayu kepada usaha subversif DAP. Apabila Himpunan Baju Merah yang dilihat sebagai usaha menzahirkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang Melayu, Otai Reformasi itu jugalah yang menjadi benteng mempertahankan kubu kuat DAP daripada dicerobohi dan diganggu gugat oleh Melayu-Bumiputera.

Persoalannya, di mana mereka ketika para peserta BERSIH 4,0 mengacau aktiviti perniagaan orang Melayu di Jalan Melayu, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan kawasan-kawasan sekitarnya?

Mereka mengaku menjaga keamanan tetapi sebenarnya mereka mengambil upah menjaga Cina-DAP. Asalkan Cina-DAP, mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja, bahkan kalau disuruh Cina-DAP untuk mereka makan daging dan mengunyah tulang babi pun, mereka akan melakukannya dengan senang hati.

Yang penting bagi golongan seperti Abdul Razak Ismail adalah Cina-DAP!

Kenapa ADUN TAHAN Melenting Apabila Pembalakan Haram Yang Musnahkan Alam Sekitar dan Eco-Pelancongan Taman Negara Pahang Didedahkan?

Friday 11 September 2015 · 4 comments

Apa masalah sebenarnya isu yang membabitkan ADUN Tahan, Wan Amizan Razak dengan bekas wartawan TV3, Khaidir Ahmad yang merupakan antara aktivis pencinta alam sekitar di Pahang?

Khaidir Ahmad menerusi Facebook peribadinya telah mendedahkan tentang beberapa projek pembalakan berhampiran Taman Negara yang terletak dalam DUN Tahan, yang menyebabkan pencemaran alam yang teruk, malah turut mendedahkan tentang pembalakan serta projek korek pasir sungai yang telah menjejaskan industri penternakan ikan dalam sangkar serta keadaan Sungai Pahang itu sendiri.

Barangkali kerana Khaidir Ahmad hanya berjuang bersendirian, walaupun dibantu oleh sebuah NGO yang kurang ternama, dan tidak mendapat perhatian media-media arus perdana, menyebabkan ada pihak yang melihat ruang untuk mereka menutup mulut serta perjuangan Khaidir Ahmad.

Pendedahan pembalakan haram di Hulu Tembeling, ternyata memanaskan hati sesetengah pihak.

Barangkali kerana itulah juga, ADUN Tahan, Wan Amizan Razak turut melompat.

Pada PRU-13 lalu, Wan Amizan Razak yang mewakili UMNO-BN berjaya memperolehi undi sebanyak 6200 berbanding calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang memperolehi undi sebanyak 5110. Wan Amizan menang hanya dengan majoriti sebanyak 1090 undi sahaja.

Pada 7 September 2015, Khaidir Ahmad telah membuat pendedahan tentang semua loji rawatan air paip di Daerah Lipis, Pahang kecuali Benta, ditutup kerana sumber air mentah dari Sungai Jelai dan rangkaiannya yang disedut ke loji tersebut mengalami kekerohan melampau akibat kegiataan penerokaan tanah terutama pembalakan dan perlombongan di hulu sungai itu.

Satu kenyataan 'sinis' telah dibuat oleh Wan Amizan yang menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Pahang, Lipis dan Jelai yang memerlukan bantuan kewangan agar menemui Khaidir Ahmad. Khaidir Ahmad kemudiannya membalas dengan menyatakan, dia walaupun tidak kaya dan tidak memperolehi kekayaan daripada pembalakan haram, sanggup untuk membantu sedaya upayanya.

Wan Amizan kemudiannya membuat laporan polis dan menuduh Khaidir Ahmad telah menfitnahnya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Dari isu alam sekitar dan pencemaran teruk yang telah menjejaskan kedatangan pelancong ke Taman Negara Pahang, kini sudah mula melarat ke isu politik?

Apa yang membuatkan Wan Amizan melompat sakan? Mengapa pembalakan di Hulu Tembeling nampaknya cuba diselindungkan walaupun pencemaran sungai dan bekalan air bersih boleh dilihat secara nyata, malah memberi kesan kepada penduduk sekitar? Mengapa industri pembalakan yang jauh lebih merugikan berbanding pelancongan yang banyak membantu penduduk setempat sebelum ini mendapat tempat yang amat istimewa?

Apa pula fungsi ADUN Tahan?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam isu ini memandangkan yang kelihatan sekarang adalah seorang awam seperti Khaidir Ahmad yang memperjuangkan alam sekitar, sedang berhadapan dengan pelbagai halangan demi menutup kerosakan dan pemusnahan alam yang lebih besar.

MCA TENTANG HIMPUNAN BAJU MERAH, TAPI MASA BERSIH 4.0, DIAM MEMBISU

Tuesday 8 September 2015 · 3 comments

Secara tiba-tiba MCA menerusi Chew Mei Fun cuba menjadi jaguh untuk mengelakkan permusuhan kaum apabila membantah keras Himpunan Melayu Bersatu Baju Merah atau Himpunan Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September nanti di Bukit Bintang dan Petaling Street. Malah MCA semakin melompat apabila diberitakan dan dicakap besar kononnya 500,000 orang Melayu akan hadir dalam tunjuk perasaan tersebut.

Walaupun menyedari bahawa perhimpunan tersebut tidak akan lebih ramai daripada beberapa ribu orang sahaja atau barangkali terpaksa dibatalkan dengan alasan, tidak dibenarkan oleh PDRM dan 'kami menghormati undang-undang serta arahan polis', MCA perlu muncul sebagai juara orang Cina, lebih-lebih lagi kawasan yang akan digunakan untuk himpunan tersebut adalah di Bukit Bintang dan Petaling Street, dua kawasan yang sangat sinonim dengan Cina walaupun di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan sekitar Dataran Merdeka, mereka juga adalah majoritinya.

Ketiadaan promosi besar-besaran oleh media-media utama dan arus perdana, membuktikan bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan. Apatah lagi himpunan tersebut dianjurkan oleh watak yang terbabit dalam kontroversi iaitu Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang baru sepenggal naik jadi KUB bersama-sama dengan bekas anggota tentera yang dipecat daripada perkhidmatan Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Agak aneh alasan yang diberikan oleh Chew Mei Fun dan MCA selain sikap double-standard mereka dalam isu Baju Merah ini. Ketika isu Baju Kuning, Ketua Pemuda MCA telah menyatakan sokongan malah menyatakan bahawa MCA tidak membantah sekiranya ahli-ahli MCA mahu menyertai demonstrasi besar-besaran kaum Cina di kawasan bermajoriti Melayu di Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.

MCA seolah-olah mahu bersekongkol dengan DAP bagi melakukan tekanan kepada kerajaan tanpa menghiraukan pandangan dan tanggapan curiga sedia ada kepada MCA sebelum ini yang kalah teruk dalam dua PRU lepas. MCA juga seolah-olah mahu memberikan isyarat bahawa mereka akan terang-terang bersekongkol dengan DAP dalam memastikan keputusan PRU-14 nanti berlangsung sebagaimana yang dirancangkan.

Kalau dalam isu BERSIH 4.0, Chew Mei Fun dan MCA secara keseluruhannya tidak menunjukkan sikap negatif, mengapa dalam isu Baju Merah lain pula tindak tanduk dan reaksi MCA?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh MCA yang sekarang ini hanya memiliki 7 kerusi Parlimen dengan kesemua kerusi tersebut dimenangi dengan undi Melayu semata-mata memandangkan undi daripada pengundi-pengundi Cina telah pun berpindah secara blok besar kepada DAP?

Guna Anjing di TESCO, Jadi Bukti Provokasi Puak Kiasu dan Ultra Chauvinist Ke Atas Orang Melayu dan Islam

· 0 comments

Seminggu selepas BERSIH 4.0 yang menyaksikan kejayaan besar DAP mengumpulkan kekuatan Cina terbesar dalam sejarah moden Malaysia, dibantu pula oleh segelintir kecil Melayu yang bersikap khianat termasuklah daripada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan anak perempuannya, orang Melayu dan Islam dicabar lagi.

Kali ini, mereka mencabar Melayu dan Islam dengan menggunakan anjing.

Anjing adalah antara haiwan najis berat atau mughallazah dalam hukum fiqh. Sejenis lagi haiwan adalah babi. Secara amalannya, orang Melayu tidak membela anjing untuk suka-suka atau menyentuh anjing secara hobi kerana menyentuh atau dijilat oeh anjing dan babi membuatkan orang Islam perlu menyamaknya semula. Menggunakan apa-apa produk daripada anjing dan babi adalah haram.

Beberapa hari sudah, viral sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita Cina membawa seekor anjing di dalam troli TESCO di Plentong, Johor Bahru. Anjingnya telah terkencing dan sehari kemudian, AJK Masjid Plentong, bergotong royong menyamak semua troli dan lantai TESCO.

Hari ini, sekeping gambar lagi menjadi viral. Kali ini melibatkan TESCO Ampang apabila seorang lelaki Cina dilihat membawa seekor anjing di dalam troli TESCO dengan seorang pengawal keselamatan berbangsa Nepal yang besar kemungkinan tidak peduli pun tentang larangan membawa haiwan peliharaan apatah lagi anjing ke dalam pusat membeli belah itu.

Persoalannya, adakah ini disengajakan?

Adakah sebab ianya melibatkan TESCO yang merupakan syarikat kerjasama antara Sime Darby dengan Tesco Plcyang merupakan salah sebuah GLC Kerajaan, atau untuk memberikan petunjuk bahawa Sime Darby dan kerajaan Malaysia tidak lagi berkuasa kerana saham-saham Tesco yang dimiliki oleh Sime Darby bakal dijual kepada sebuah syarikat hypermarket dari Jepun?

Atau sebenarnya perbuatan ini sebenarnya bertujuan untuk mencabar orang Islam dan Melayu yang gemar membeli-belah di Tesco sekaligus melakukan sabotaj kepada syarikat yang masih merupakan sebahagian daripada entiti kerajaan itu?

Atau mereka ini sebenarnya telah 'diarahkan' untuk mencabar dan memprovokasi orang Melayu yang bakal berhimpun pada 10 dan 16 September nanti di kawasan utama aktiviti perniagaan Cina di Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang dan Petaling Street?

Gambar di Tesco Ampang didakwa telah dirakamkan pada 25 Ogos tetapi dimuatnaik pada 6 September lalu.

Berbeza di Plentong, Johor Bahru di mana AJK Masjid mengambil keputusan secara sukarela untuk menyamak kesemua troli dan lantai Tesco Plentong, di Ampang pula, tiada yang mengambil inisiatif begitu.

Tesco Ampang berada di tengah-tengah kawasan penempatan bermajoriti Melayu dan terletak tidak jauh dari Kampung Pandan.

Nampaknya perbuatan ini memang sah merupakan satu perbuatan provokasi yang tidak boleh diterima walau alasan apa pun yang diberikan. Kalau dikatakan itu adalah hak dan kebebasan, seharusnya golongan kiasu tersebut perlu juga membuktikan, di bahagian manakah di dunia ini ada negara yang membenarkan haiwan-haiwan peliharaan dibawa masuk. Takkanlah mereka yang begitu pandai bercakap tiba-tiba sahaja menjadi terlalu bodoh dalam isu ini?

TESCO menyatakan, mereka akan meletakkan papan tanda besar yang melarang kemasukan haiwan-haiwan peliharaan ke dalam pasaraya mereka tetapi sesuatu juga harus dilakukan oleh TESCO iaitu seharusnya papan tanda tersebut perlu ditulis dalam BAHASA CINA YANG BESAR kerana kebanyakan pembawa anjing itu adalah ULTRA-KIASU yang TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN TETAPI SANGAT BERBANGGA DENGAN BAHASA CINA!

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks