PEMBOHONGAN DAP Konon Kerajaan Persekutuan Tolak PPR Taman Manggis Fasa II, Dibuktikan Menerusi Memo Yang Cuba Disorokkan Oleh Pentadbiran Guan Eng!

Thursday 31 March 2016 | 0 comments

LOGIK LIM GUAN ENG & DAP KENA IKUT KEPUTUSAN KERAJAAN BN YANG LAMA TAPI BUKAN BINA PPR ATAU KUARTERS KERAJAAN TAPI BINA HOSPITAL SWASTA, SERVIS SUITE & HOTEL SERTA KOLAM RENANG!

[tidak mengapa syarikat cagar tanah & projek tidak siap 6 tahun- Langgar syarat tender].

A. Pada 30 Mac 2016 DAP cuba mengalih isu dengan mendedahkan dokumen baru kononnya BN lah menolak cadangan PPR pada tahun 2005.

B. DAP dengan bangganya mendedahkan Cabutan minit ;

1) minit Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 28 September 2005

2) Minit Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri PPinang bertarikh 28 Mac 2007

3) Surat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang bertarikh 10 Mac 2009

C. Apa yang mereka lupa beritahu ialah Kerajaan BN yang berkuasa sehingga 2008 di Pulau Pinang khususnya Kerajaan Persekutuan sentiasa‪#‎konsisten‬ untuk membina rumah rakyat. Dokumen yang mereka tunjukkan membuktikannya.

D. Susur galurnya jelas melalui Memo yang didedahkan sebelum ini iaitu;

i) memo yang menjelaskan hal PPR Taman Manggis rujukan PSUK/PP/008.36 Jld.4 (16) Julai 2003 kepada YB Dato' SUK. Mengenai Cadangan tambahan blok PPR keluasan 1.251 ekar untuk 14 tingkat. Maknanya PPR ada dan perlu disambung. Fasa 1 yang dibina KPKT menggunakan bajet kerajaan kerajaan persekutuan dan SUK Kerajaan Negeri diminta mengemukakan surat untuk peruntukan fasa 2.

Kerajaan Persekutuan Bawah BN sangat konsisten!

ii.) Lihat juga surat Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang bertarikh 10 Mac 2009 yang menyebut;

... Tapak tersebut pernah ‪#‎dipohon‬ oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tujuan Projek Perumahan Rakyat ( PPR) Lorong Selamat/ Zainal Abidin oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 28 Mac 2007..."

E. Bermakna sejak Projek PPR Fasa 1 siap 2004 ( sebagaimana memo Julai 2003) Kerajaan Persekutuan konsisten untuk membina rumah rakyat ( PPR)n dan jika KPKT hendak meneruskan PPR Fasa 2 tanah kerajaan negeri mesti terlebih dahulu dipohon dan ditukar milik kepada PTG. Ini prosedur biasa bagi mengelak perkara berbangkit sebelum PPR siap dan diserahkan semula kepada kerajaan negeri bagi tujuan pengurusan.

F. Bagaimanapun kerajaan negeri BN ketika itu mempunyai alasan tersendiri untuk menolak (seperti lokasi strategik- alasan LGE sekarang) dan tidak ‪#‎mahu‬ menukar hak milik tanah kepada kerajaan persekutuan. Mana-mana kerajaan negeri tidak gemar menukar tapak hak milik dari milik negeri kepada kerajaan persekutuan. Dan.. setidaknya 2005 Kerajaan Negeri masih hendak membina projek bercampur dan ‪#‎Kuarters‬ Kerajaan! Ini untuk rakyat. Bukan Hospital Swasta mewah, Service Suite & Hotel yang ada kolam renang!

G. Jadi mengapa agaknya DAP yang sedang berkuasa sekarang tidak mahu mengikut keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2005 untuk Membina Rumah Kedai dan Kuarters Kerajaan? Jika mereka benar-benar mahu mengikut kerajaan terdahulu. Ini pun projek rumah juga manfaat penjawat awam. Mengapa memilih Hospital dan Hotel Mewah?

H. Apa yang ditunjukkan ialah Kerajaan Persekutuan konsisten mahu membina jika diberi peluang. malah Ketika DAP berkuasa selepas 2008 jawapan KM dalam penggulungan Sidang Dun Ke12 juga mengesahkan tanah itu asalnya untuk PPR (cuma tidak sampai 2 ekar). Jadi mengapa ketika berkuasa ini tidak meneruskan sahaja projek itu demi rakyat.

I. Adalah biasa mana-mana pihak memohon lot tanah sebagaimana juga DAP menerima permohonan dari mana-mana pihak seperti swasta.

J. Tapi apa Logik Lim Guan Eng berkata tapak PPR Taman Manggis Fasa 2 adalah terlalu kecil tidak cukup 2 ekar dan tidak sesuai utuk membina PPR sehingga 16 tingkat Tetapi secara logik boleh pula untuk membina 1 Blok Bangunan 27 Tingkat Pusat Perubatan, Hotel dan Kolam renang! di tapak yang sama.

K. Beri pula kepada syarikat proksi KLIDC LOA 23 Julai 2010, Mencagar pula tanah PPR itu kepada Ambank pada 10 November 2011 atas izin Kerajaan Negeri. Siapa Kerajaan Negeri & Exco Tanah? Lim Guan Eng kan. 18 Bulan dari LOA belum tukar hak milik tanah telah berjaya mencagar tanah! KLIDC dapat hak milik sementara ialah April 2015.

L. Malah terus pula mendapat sokongan serta perlindungan LGE sehingga pejabat KM menyokongnya walau projek itu melepasi tamat tempoh 3 tahun serta mungkin melanggar syarat-syarat tender lain.

M. Pada 3 Oktober 2012 Ketika BN P.Pinang
bersetuju membeli tanah PPR Taman Manggis Fasa 2 itu dengan membayar 1% atau RM 224,074 dengan baki RM 22,183,227 dijelaskan 30 hari, tidak mungkin Lim Guan Eng terlupa dia sedang berlakon kerana tahu tanah PPR itu telah dicaj kepada Am Bank 10 November 2011 dengan nilai RM11.4 juta? wayang lebih Lim Guan Eng ni!

N. Jadi adakah Lim Guan Eng berani membatalkan projek serta mengambil balik tanah oleh kerajaan Negeri mengikut fasal 3, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 seperti yang termaktub dalam syarat-syarat tender 2010 itu yang jelas terbukti sudah 6 tahun berlalu tetapi KLIDC masih bernafas sehingga sekarang.

By JBJ
31 Mac 2016

KES BUDAK GUNTING LIDAH... Budak Kelas Hujung, Gunting Lidah Sendiri, Pembuli Tidak Wujud!

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk 'on their side'.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya. Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti. Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit. - PIXEL MEDIA

Nota Kaki | Ini adalah penjelasan dari guru yang terlibat, yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Sumber ini boleh dipercayai. Bukan rekaan semata-mata.

SUMBER |

Tun Mahathir Akan Ditangkap Di Bawah Akta Hasutan?

Wednesday 30 March 2016 | 3 comments

Kalau tak disebabkan transkrip WhatsApp antara Claire Rewcastle-Brown dengan Xavier Justo, sebahagiannya telah terdedah terutama yang membabitkan Tony Pua, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat selain orang hubungan 'Dr.M' dan 'K', barangkali ianya tidak sekeji seperti sekarang. 

Transkrip WhatsApp tersebut sebenarnya membabitkan kecenderungan Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat untuk menipu Xavier Justo dalam pembayaran RM2 juta menerusi Claire Rewcastle-Brown untuk maklumat-maklumat tentang PetroSaudi yang bakal digunakan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

Selepas mengetahui kebocoran itulah, Dr, Mahathir memulakan langkah yang lebih drastik untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. 

Sudah beberapa kali amaran palsu kononnya Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan. Sudah beberapa kali puak Pro-Tun sendiri yang memainkan cerita tentang Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan kerana Najib sudah ketakutan dan ketar dengan hujah-hujah Mahathir yang menusuk serta menggoncangkan otak.

Semuanya seperti hendak menimbulkan simpati serta kesan yang lebih besar di kalangan rakyat sekiranya benar Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948.

Rasa-rasanya, Mahathir sendiri pun sedang berusaha untuk ditangkap dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi memudahkan dia mencapai cita-citanya. Rasa-rasanya itulah taktik terakhirnya bagi menutup maruah dan ego serta kepala besarnya yang tercalar apabila kehendak dan rahsianya sudah bocor demi menjaga kepentingan kroni-kroninya yang banyak terjejas semenjak Najib mengambilalih tampuk pentadbiran negara. 

Kini setelah sekian lama, setelah Deklarasi Rakyat 1200 Orang Mahathir-Kit Siang yang tidak laku beberapa hari lepas di Pandan Indah, publisiti diperlukan untuk perhimpunan kali kedua bagi memastikan, Mahathir tidak terus bercakap dengan bayang-bayang atau rumput di padang.

Heboh sekarang, Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948. 

Sebenarnya kalau diikutkan hati, memang sokongan diberikan agar pihak berkuasa menangkap dan mendiamkan Mahathir dengan Akta Hasutan 1948. Nak lebih sedap, tangkap lagi Mahathir dan dakwa dia di bawah POTA, POCA atau SOSMA yang jauh lebih ringan berbanding ISA yang kerap digunakan untuk mendiamkan dan menghilangkan tekanan daripada musuh-musuhnya. 

Namun, jikalau pihak berkuasa berbuat begitu, dengan penggunaan media sosial sekarang selain kehilangan kawalan yang cukup mudah, natijahnya akan terpalit kepada Kerajaan UMNO-BN dan Najib Abdul Razak. 

Mahathir sebenarnya hanya dipergunakan oleh orang di sekelilingnya. Semakin Najib mencekik projek kepada para kroninya seperti YTL, semakin lancanglah lidah Mahathir berkata-kata. 

Dan mujurlah berita terbaharu, MYTV menggantikan ASTRO, hanyalah game 'dari kroni kepada kroni' memandangkan MYTV adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala ASTRO pula adalah milik Ananda Krishnan yang menjadi kaya raya, hasil dari duit PETRONAS yang dipaksa bayar untuk pembinaan KLCC dan pembelian tapak KLCC yang sebelum itu dijual dengan harga murah kepada Ananda oleh kerajaan Malaysia,  tetapi dibeli kembali oleh Petronas dengan harga berkali-kali ganda mahalnya bagi memastikan keuntungan sangat mudah untuk Ananda. 

Tetapi sekurang-kurangnya Syed Mokhtar Al-Bukhary walaupun kroni Mahathir dan teras perniagaannya adalah kerajaan, setidak-tidaknya, dia telah mengembalikan sebahagian daripada perolehan itu kepada rakyat dan Kerajaan. Berbanding kroni-kroni Mahathir seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Francis Yeoh yang memperolehi kontrak-kontrak atau konsesi-konsesi kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion tetapi membawa hampir kesemua keuntungan mereka ke luar negara untuk 'disembunyikan' tanpa memulangkan kepada Kerajaan atau pun rakyat secara sewajarnya.

Tidak mungkin para strategis Perdana Menteri akan berfikiran pendek dan cetek dengan menganggap, penangkapan Mahathir di bawah Akta Hasutan adalah penyelesai masalah kerana sebenarnya ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Simpati yang berkurangan sekarang, malah rasa jelak, mual dan loya dengan gelagat Mahathir sekarang, pasti akan bertukar sekiranya Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Biarkan Mahathir bebas, tetapi orang di sekelilingnya yang kuat menghasut dan menipu orang tua itu yang perlu dikenakan hukuman!!!

KEDUTAAN AMERIKA BELA ROSMAH MANSOR DAN SANGGAH FITNAH PORTAL PRO-TUN BERHUBUNG SIASATAN 1MDB!!!

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk menghentikan siasatan terhadap 1MDB.

Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.

Bagaimanapun, dalam e-mel kepada Malaysiakini, pihak kedutaan berkata mereka tidak mempunyai rekod sebarang pertanyaan daripada Asia Sentinel berhubung perkara itu.

“Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.

“Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu dengan isteri perdana menteri ini seperti dilaporkan Asia Sentinel,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengkritik laporan itu yang menurutnya berdasarkan khabar angin.

Asia Sentinel disekat di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Bercakap kepada Malaysiakini, Salleh menyifatkan perkara itu sebagai kewartawanan yang tidak beretika, kerana melaporkan berdasar laporan tidak disahkan.

Berdasarkan sumber dan cakap-cakap “yang beredar luas dalam kumpulan kecil diplomatik di Kuala Lumpur” Asia Sentinel mendakwa Rosmah menghubungi Yun beberapa kali supaya siasatan peguam AS Preet Baharara di Wilayah Selatan New York ditamatkan.

Artikel itu mendakwa Yun memberitahu Rosmah bahawa Bharara bergerak secara bebas dan Presiden AS Barack Obama sekali pun tidak dapat mempengaruhi siasatannya.

Asia Sentinel memetik sumber sebagai berkata: “Dia (Rosmah) diberitahu, 'Jika kamu tak buat salah, jangan bimbang. Amerika Syarikat negara yang menjunjung undang-undang'.”

1MDB tertakluk kepada siasatan pelbagai negara termasuk Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan terhadapnya bermotifkan politik.

Dahulu, Pembohongan Mahathir Dianggap Cantik, Sekarang Pembohongan Mahathir Dipandang Hina!

Tuesday 29 March 2016 | 4 comments

Mahathir terus menipu dan menipu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak. Mahathir seperti sudah kehilangan segala-galanya sehingga terpaksa menggunakan fitnah dan cerita-cerita buruk tentang dirinya untuk memperkukuhkan hujahnya agar Najib ditendang daripada jawatan Perdana Menteri.

Hakikatnya, setiap keburukan yang dikatakan oleh Mahathir, adalah tentang dirinya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun yang berakhir pada tahun 2003.

Mahathir barangkali masih diberitahu oleh orang di sekelilingnya bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya buta huruf, atau pemalas menyemak butiran mahupun perincian serta latar belakang pentadbirannya yang panjang itu.

Dan kerana itulah, Mahathir terus-menerus menjadi pembohong besar yang mengulangi penipuan-penipuan lama, sambil membikin pembohongan baru sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Semalam, dalam ceramah di Parlimen Rafizi Ramli, Mahathir berkata,

"(Mereka) kata duit itu diberikan oleh Arab Saudi... saya pernah meminta wang daripada mereka untuk membina Universiti Islam. Saya meminta daripada mereka dan semua kawan-kawan mereka (tetapi saya tidak dapat)," kata Mahathir.

Inilah salah satu pendustaan besar daripada seorang individu yang bergelar NEGARAWAN. Dakwaan ini sudah disanggah banyak kali, lengkap dengan fakta dan bukti-buktinya tetapi nampaknya Mahathir terus mengulanginya. Sekiranya UIA tidak didanai oleh Arab Saudi dan beberapa Kerajaan Negara Arab yang lain, dari manakah wang pembiayaan tersebut diperolehi? Daripada Vincent Tan? Robert Kuok? Francis Yeoh atau daripada daripada syarikat-syarikat anak-anak lelakinya yang mengaut keuntungan berbilion dollar Amerika Syarikat setiap tahun daripada perolehan projek-projek yang serba meragukan?

Bahkan, fakta tersebut turut disenaraikan dalam laman sesawang UIA tentang siapa pendana dan penyumbang kewangan mereka.

Mahathir kemudiannya berkata lagi, "Tetapi mereka terlalu sayangkan Najib sehinggakan mereka memberikan kepadanya RM2.6 bilion," sambil disambut gelak tawa.

Satu lagi pendustaan oleh Mahathir kerana perkara tersebut bukan sahaja telah disahkan oleh Peguam Negara, yang derma tersebut memang dari Arab Saudi, bahkan SPRM juga telah menemuramah penderma-penderma di Saudi dan mempunyai 4 dokumen yang membuktikan pemindahan wang tersebut, manakala BBC melaporkan ianya memang dari Saudi dan semalam, 4 Corner's TV Show yang cuba dijadikan sebagai Quran baru puak pro-Tun pula mendedahkan, salah satu pemindahan tersebut datangnya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, terus ke akaun Najib.

Seterusnya Mahathir berkata lagi,

"Sekiranya Najib benar-benar mahu menggunakan (derma RM2.6 bilion) untuk membiayai PRU, mengapa dia perlu masukkan ke akaun peribadinya? Berkongsilah dengan kami (beritanya) dan buatlah kami jadi gembira, (kami bolehlah) minta dia sikit duit tu. Saya tidak melihat jumlah besar wang yang digunakan sepanjang pilihanraya lepas," kata Mahathir lagi. "Saya tidak lihat wang yang banyak digunakan untuk PRU-13."

Hakikatnya transaksi yang didedahkan menunjukkan terdapat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadi Najib dari tempoh 2011 sehingga 2013 sehinggalah sebulan sebelum PRU-13 dengan jumlah keseluruhannya adalah USD1 bilion.

Selepas PRU-13, WSJ mendakwa yang kemudian disahkan oleh Peguam Negara, baki yang tidak digunakan telah dipulangkan kembali. (RUJUK DI SINI)

Inilah pembohongan terbesar yang menunjukkan Mahathir barangkali terhantuk kepalanya dan jatuh koma sepanjang PRU-13. Atau pun dia terlalu lama sakit tulang tongkeng kerana menunggang kuda di Argentina atau bercuti di rumah peribadi Mugabe di Zimbabwe di mana Mahathir pernah membantunya dengan menggunakan wang negara pada tahun 2003 sehingga dia buta, tuli dan pekak dengan situasi PRU-13.

Sesiapa sahaa yang hidup dan waras sepanjang PRU-13 akan nampak pembohongan itu. Kempen-kempen PRU-13 adalah yang memakan belanja paling besar, termasuklah makan malam besar-besaran, poster, iklan televisyen, pengiklanan atas talian, pelbagai majlis, penggunaan khidmat atas talian dan sebagainya yang belanjanya bukan kecil.

Malahan sepanjang tempoh tersebut, Pakatan telah merungut yang kononnya BN telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar dalam PRU-13 dan kerana itu mereka telah pun menyaman BN.

Dan Mahathir masih berkata, dia masih tidak nampak penggunaan wang berjumlah besar untuk PRU-13?

@KBAB51 JENAYAH KOMERSIAL PDRM... Apa Sudah Jadi Dengan NOW yang Kutip Duit Tanpa Lesen?

Syarikat milik Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Oversight and Whisteblowers Sdn Bhd (NOW), sejak mula mengutip wang tanpa lesen pada Mei 2015, tidak pernah mengisytihar bagaimana ia dibelanjakan.

Kempen kutipan wang itu dilakukan kononnya bagi menanggung kos untuk memfailkan saman terhadap tiga agensi penabungan, Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, tindakan mahkamah itu dikatakan tidak pernah dilakukan dan kini timbul persoalan ke manakah wang itu sebenarnya dibelanjakan. (RUJUK SINI)

Melalui rayuan RM10 setiap seorang, Rafizi melalui rakaman video dipercayai mula disebarkan sejak 21 Mei 2015, semua sumbangan dibuat hendaklah disalurkan ke akaun milik syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd dan bukannya parti PKR diwakili Rafizi.

“Bagaimana anda boleh membantu? Anda boleh mulakan dengan sumbangan RM10 dalam tabung kempen tutup 1MDB, kembalikan wang rakyat supaya kita boleh membiayai tindakan mahkamah untuk menghentikan pelaburan lanjut.

“Sumbangan RM10 ini boleh diberikan terus ke akaun seperti yang tertera atau boleh dibuat online atau credit card atau cara-cara lain sebagaimana ditunjukkan,” katanya dalam rakaman video merayu sumbangan orang ramai.

Rafizi mendakwa melalui sumbangan orang ramai itu, wang diterima akan digunakan bagi tindakan mahkamah yang akan dimulakan ‘pada minggu depan’ iaitu seminggu selepas 21 Mei 2015, kali pertama rakaman video itu mula dimuatnaik di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun sejak itu, tiada laporan mahupun pengumuman daripada Rafizi tindakan mahkamah sudah dimulakan menggunakan wang yang dikutip melalui syarikat miliknya itu.

Pada 28 Mei tahun lalu juga, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao turut membuat satu laporan polis terhadap Rafizi yang menggunakan syarikat bagi mengutip wang tanpa lesen.

“Setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989,” katanya.

Antara kes lampau, seorang ketua pegawai eksekutif dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengambil wang deposit tanpa lesen mengikut Seksyen 6 (4), Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Sehingga kini, tiada lagi maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Bank Negara Malaysia mengenai laporan dibuat terhadap Rafizi sejak 2015. - MY NATION NEWS

Ketua Polis Negara Arahkan Tony Pua Ditangkap Kerana Cuba Memesongkan Fakta dan Mengelirukan Rakyat Berhubung Kes Aminulrasyid

Sunday 27 March 2016 | 0 comments

Ketua Polis Negara telah mengarahkan agar Tony Pua ditangkap selepas membuat komen secara atas talian mempersoalkan keengganan Khalid Abu Bakar meminta maaf kepada keluarga remaja yang ditembak empat tahun lalu.

"Panggil orang ini untuk siasatan," kata Khalid menerusi Twitter awal pagi tadi.

Isu tentang Khalid Abu Bakar dilihat sengaja dibangkitkan dan dihangatkan oleh DAP yang sedang berusaha menyelamatkan Lim Guan Eng daripada skandal hartanah di Pulau Pinang yang semakin merumitkan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu untuk melepaskan diri. 

Hampir setiap hari, ada-ada sahaja bukti yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang salahguna kuasa yang membabitkan Lim Guan Eng, sekaligus menyebabkan para pemimpin utama DAP termasuklah Tony Pua terpaksa menimbulkan isu untuk meredakan keadaan. 

Skandal banglo dan hartanah Lim Guan Eng, menyebabkan Tony Pua yang cukup terkenal dengan putarbelit dan berlidah lancang, tiba-tiba jadi seput sedut yang tidak berotak. 

Malah semalam, beberapa keping gambarnya sedang memukul bola golf di KLGCC telah tersebar menerusi sistem WhatsApp dan Telegram. Reaksi dan air mukanya tidak seperti selalu. Jauh lebih berat seperti kebingungan. 

Khalid Abu Bakar berkata, Tony Pua secara sengaja telah memesongkan fakta dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mempunyai niat untuk mengelirukan rakyat.

Menerusi Twitter dan Facebook, Tony Pua berkata Khalid memndakwa, Aminulrasyid yang pada waktu itu berusia 14 tahun, 'telah ditembak polis kerana terdapat senjata bahaya di dalam kereta yang dipandunya'.

Semalam, Khalid menegaskan dia melindungi pegawai-pegawainya. "Saya tidak pernah berkata, mangsa menggunakan parang. Saya hanya mengatakan, parang telah ditemui di dalam kereta yang dipandunya."

Harap-harap, tindakan ke atas Tony Pua yang bukan sahaja tidak faham Bahasa Kebangsaan sebaliknya berkecenderungan untuk memutarbelitkan kefahamannya mengikut kecenderungan sendiri, dipercepatkan bagi memastikan tidak banyak fitnah yang ditabur ke atas agensi-agensi awam seperti yang berlaku sekarang!

PCIRC PDRM BELUM NAK BERTINDAK KE TERHADAP KAKITANGAN PETRONAS YANG SANGAT BIADAP NI?

Saturday 26 March 2016 | 0 comments

Belum pun lama, Ketua Polis Negara berikrar akan menangani golongan yang menyalahgunakan kemudahan Internet dan multimedia untuk membuat kacau termasuklah menghina para pemimpin negara, nampaknya, beberapa kes sahaja telah dipaparkan di Facebook mengenai golongan tersebut. Golongan berkenaan nampaknya langsung tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara.

Terbaru, seorang individu yang dipercayai kakitangan Petronas berdasarkan profilnya di Facebook, mencabar perundangan dan Ketua Polis Negara agar tindakan diambil terhadapnya.

Dengan menggunakan nama Jalil Ismail, pengguna Facebook tersebut mengeji, mencaci dan memaki hamun Perdana Menteri. Bahkan, bertindak sebagai Tuhan dengan menyatakan bahawa DOA NAJIB TUJUH KETURUNAN TIDAK AKAN DITERIMA kerana terlaknat!!!

Mungkin individu bernama Jalil Ismail itu mempunyai bukti-bukti serta asas bagi menyokong hujah-hujahnya.

Justeru PDRM perlu bertindak memandangkan beberapa pihak dikatakan sudah pun membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap Jalil Ismail. PCIRC juga barangkali dapat mengesan dan membuktikan Jalil Ismail yang menulis dan memuatnaikkan posting berkenaan.

Kita belum dapat pasti sama ada benar individu Jalil Ismail ini wujud atau orang lain yang mencuri dan menggunakan gambarnya. Justeru, menjatuhkan hukuman kepadanya tanpa sebarang bukti, bukanlah sesuatu yang wajar. Prinsip perundangan di negara ini adalah, TIDAK BERSALAH SELAGI TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH.

Pihak berkuasa seperti PDRM dengan unit PCIRC mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan dan membuktikan perlakuan tersebut seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kes menghina pemimpin yang bukan sahaja telah dijatuhi hukuman bahkan telah membuktikan penyamaran dan sangkaan bahawa mereka tidak dapat dikesan, meleset sama sekali.

LIM GUAN ENG TARAK TELUR MAHU CERITA TENTANG KAITAN PHANG LI KOON DENGAN KLIDC YANG BELI TANAH PPR TAMAN MANGGIS!!!

Kalau dah dasar pembelit, dia akan terus membelit walaupun nyawanya sudah sampai ke tenggorok.

Itulah yang sedang berlaku kepada Lim Guan Eng yang masih cuba mempertahankan dirinya daripada persepsi negatif awam apabila terus berhujah dan mempertahankan diri dengan mengatakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang urusan niaga dengan bekas pemilik banglo yang dibelinya dengan harga murah iaitu Phang Li Koon.

Berkata Guan Eng, Pemuda UMNO telah gagal untuk membuktikan kesahihan syarikat Phang Li Koon memandangkan bukan syarikat itu sahaja yang tersenarai dalam direktori sayap pelaburan negeri atau agensi pekerjaan untuk pekerja asing, kerana syarikat tersebut merupakan salah satu daripada 30 agensi lain.

Guan Eng merujuk kepada dokumen bukti yang didedahkan dan disiarkan di Internet menunjukkan syarikat di bawah nama Phang Li Koon berada dalam senarai InvestPenang.

Ada sesuatu yang menarik dengan alasan yang diberikan oleh Guan Eng... alasan yang hampir sama tatkala ditanya tentang tanah ganti Taman Manggis apabila dia dengan bangganya memberitahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggantikan tanah Taman Manggis itu dengan sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan S.P Chelliah sedangkan sebenarnya tanah di Jalan S.P Chelliah itu telah pun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika Barisan Nasional lagi, bukannya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP!

Katanya, polisi kerajaan negeri tidak mengambil pekerja asing dan telah pun membatalkan kontrak pengambilan sampah kerana kontraktor menggunakan tenaga kerja asing. Mereka sebaliknya digantikan dengan 2,500 orang rakyat Malaysia... satu dakwaan yang sebenarnya amat keterlaluan kerana rata-rata semua orang di Pulau Pinang dapat melihat sendiri, kenyataan terbaru Lim Guan Eng ini adalah satu pembohongan nyata!

Katanya lagi, Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkhidmatan Phang Li Koon. Dia juga memberitahu, mana-mana syarikat boleh memohon untuk disenaraikan di dalam InvestPenang yang 'hampir serupa dengan Yellow Pages mini.'

Bagaimanapun, Lim Guan Eng langsung tidak berani menyentuh tentang kaitan antara Phang Li Koon dengan pemegang 70% kepentingan dalam KLIDC yang telah berjaya membeli tanah PPR Taman Manggis.

Phang Li Koon mempunyai sekurang-kurangnya tiga kedudukan eksekutif di dalam tiga buah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh Tang Yong Chew yang memiliki 70% pegangan dalam KLIDC.

ADUN DAP BERAPIT Pun Balun Lim Guan Eng Kerana Menipu dan Menyalahkan Orang Lain

Masalah dalaman DAP, kurang diketahui oleh orang luar. Bagaimanapun, sesekali muncul juga cerita-cerita kontroversi terutama sekali yang membabitkan Lim Guan Eng dan penentangan yang dilakukan terhadapnya dari dalama parti. 

Kalau di Pulau Pinang, kebanyakan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak menyukai Lim Guan Eng terpaksa terus bermuka-muka kerana bimbang tindakan yang akan diambil oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya serta Lim Kit Siang, tetapi di negeri-negeri lain seperti di Perak dan Johor, suara penentangan ke atas Lim anak beranak amat jelas. 

Salah seorang daripada penentang Lim Guan Eng adalah ADUN Berapit, Lydia Ong Kok Fooi yang pernah dizalimi dan dikejami oleh Lim Guan Eng.

Menurut Lydia, kalau dialah jadi Lim Guan Eng, dia tidak akan sama sekali menerima tawaran membeli sebuah rumah di kawasan mewah yang berharga murah. Menurutnya lagi, sekalipun Lim Guan Eng mungkin tidak bersalah dari segi perundangan kerana pembeli dan penjual telah mempersetujui harga jualan hartanah tersebut, tetapi ia akan menimbulkan persoalan dalam aspek moral. 

Lydia berkata lagi, kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam isu ini, turut menimbulkan masalah di kalangan pengamal media. 

"Kalau saya, saya takkan menerimanya (tawaran jualan). Isu ini bagaimanapun, tidak membabitkan salah atau benar, ia bergantung kepada pendirian dan prinsip individu," katanya lagi. 

Lydia memberi contoh yang sangat mudah untuk perbandingan. Sebagai seorang ADUN, dia kerapkali bersua dengan para penyokong dan mereka terutama sekali penjaja dan penggerai seringkali menawarkan makanan percuma kepadanya.

Bagaimanapun, dia tetap membayar harga penuh bahkan lebih untuk makanan tersebut selepas berterima kasih kepada mereka.

Siapa Lydia Ong Kok Fooi sebenarnya? Apa yang telah berlaku antaranya dan Lim Guan Eng?

Semuanya bermula pada tahun 2012 apabila Lim Guan Eng memaksa ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang agar hadir di Sidang DUN untuk meluluskan usul anti lompat parti. Lydia Ong Kok Fooi pada waktu merupakan Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Guan Eng mahu memastikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak terjejas, jadi, dia memerlukan undang-undang anti lompat parti diluluskan dalam sidang DUN itu. Walaupun pada waktu itu, Lydia sedang berhadapan dengan masalah keluarga, apabila bapanya berada dalam keadaan kritikal dan sedang nazak, Lim Guan Eng mendesak agar Lydia tidak meninggalkan Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. Rayuan Lydia agar Lim membenarnya ke hospital, tidak dipedulikan. 

Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang agak terjejas pada waktu itu, semenjak Teng Chang Yeow telah mengambilalih jawatan Ketua Barisan Nasional Pulau Pinang.

Untuk memastikan wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak melompat ke Barisan Nasional, Lim Guan Eng memerlukan undang-undang anti lompat parti walaupun ianya tidak mengikut perlembagaan. 

Guan Eng memerlukan majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul tersebut, sekaligus bermakna kesemua ADUN Pakatan Rakyat perlu hadir untuk memberikan sokongan, atau sekurang-kurangnya 27 orang daripada mereka menyokongnya. 

Namun, Lim Guan Eng tidak yakin walaupun Pakatan Rakyat pada waktu itu mempunyai 29 orang ADUN. Guan Eng bimbang ADUN-ADUN dari PKR mungkin akan menikam belakangnya pada saat-saat akhir. 

Pada hari itu, terdapat 28 orang ADUN Pakatan Rakyat yang hadir kecuali Koay Teng Hai (DAP-Pulau Tikus) yang telah ke USA sebagai pemerhati pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. 

Jumlahnya mencukupi untuk meluluskan usul tersebut tetapi Lim Guan Eng tetap ketakutan dan telah mengarahkan agar kesemua ADUN PR tidak keluar dari Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. 

Lydia telah menerima berita tentang bapanya, yang merupakan seorang veteran GERAKAN, dalam keadaan yang sangat kritikal. Dia telah meninggalkan Sidang DUN dan bergegas ke hospital untuk melawat bapanya  pada jam 3:00 petang sebelum Lim membuat usul undang-undang anti lompat parti ke DUN. 

Di hospital, Lydia dimaklumkan tentang bapanya yang mungkin akan menghembuskan nafas pada bila-bila masa. Dia menghubungi Lim Guan Eng dan merayu agar dibenarkan terus berada di sisi bapanya buat kali terakhir. Namun Lim Guan Eng yang tidak berhati perut, mendesak dan memaksa Lydia agar balik ke DUN dan menunggu sehinggalah usul tersebut diluluskan.

Pada ketika undang-undang tersebut diluluskan, bapa Lydia sudah pun meninggal dunia. Lydia tidak sempat menatap wajah bapanya yang masih hidup buat kali terakhir. (RUJUK STOPTHELIES)

Pada April 2015, Lydia mengumumkan, dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang dan tidak akan terbabit dengan politik lagi kerana 'bertentangan dengan jiwanya'. (RUJUK THESTAR ONLINE)

SEDAP MULUT ZAIRIL SEDANGKAN DIA SENDIRI TAK LEKANG DENGAN KEHIDUPAN LAGHO

Friday 25 March 2016 | 2 comments

Zairil Khir Johari cuba bercakap tentang kepimpinan Islam. Cuba memberitahu kononnya Hadi Awang yang tidak pernah melangkah masuk ke kelab-kelab malam untuk berclubbing bertemankan wanita-wanita berpakaian seksi dengan tetek berbuai-buai, tidak cukup Islam!

Semuanya sebab Hadi Awang kata dan seru orang Islam agar tidak sesekali menyokong DAP yang bukan sahaja kuat mungkir janji sebaliknya menikam dari belakang.

Apa yang Zairi yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera tahu tentang Islam dan cabang-cabang ilmu di dalam Islam termasuklah kepimpinan?

Adakah DAP tersangat Islam sedangkan DAP sendiri menyekat orang Islam daripada menduduki jawatan penting dan pembuat keputusan dalam pemiluhan parti itu. Kalau ada nama Islam pun, mereka hanyalah lantikan yang tidak mempunyai sebarang fungsi melainkan sebagai pepatung.

Ada hati nak menegur orang lain semata-mata nak membela parti sendiri sedangkan hidup pun tunggang langgang antara fasik dan Islam berdaftar di Pejabat Pendaftaran Negara.

Bukan tak boleh menegur tapi kalau kehidupan fasik yang dijalani, lebih baik tutup mulut dan hindarilah daripada berbicara tentang Islam!

MUHYIDDIN YASSIN Kantoi Lagi... Kali Ini Di Tangan ZETI AKHTAR Pulak!

"Rakyat bersamamu, Tun."
"Rakyat bersamamu, Tan Sri Mahyuddin."

Deklarasi Rakyat...
Perjuangan Rakyat...
Demi Rakyat...

Itu semua adalah retorik-retorik yang seringkali digunakan untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Pendek kata segala-gala yang dibuat cuba ditunjukkan dan ditekankan mendapat sokongan atau mandat majoriti rakyat.

Hakikat rakyat yang dimaksudkan oleh kelompok ini hanyalah segelintir sahaja sedangkan majoriti pula merupakan golongan pasif yang tidak memberikan banyak reaksi kecuali tindakan seperti mengekalkan kerajaan dalam setiap pilihanraya.

Begitu jugalah dalam isu Mahathir dan konco-konconya termasuklah Mahyuddin Yassin. Kesilapan dan salah jangka tentang pengaruh Mahathir akhirnya menyebabkan Mahyuddin terperangkap.

Mahathir hanya berpengaruh ketika dia bersama kerajaan dan UMNO sahaja. Sebagai seorang pesara, Mahathir tidak ada pengaruh yang besar kecuali mereka yang masih bernostalgia dengan pentadbiran silamnya yang kaya dengan dongeng atau mitos tentang pembelaan ke atas orang Melayu-Bumiputera.

Penafian oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar sekali lagi membuatkan Muhyiddin seperti anjing laut di kebun getah. Sekali lagi Muhyiddin dimalukan oleh kenyataannya sendiri.

Zeti menafikan pertemuannya dengan Muhyiddin. Sekaligus mengingatkan kita tentang 'pertemuannya' dengan Ghani Patail ketika bekas Peguam Negara itu masih menjawar jawatan berkenaan. Muhyiddin terkantoi apabila dia sebenarnya tidak layak dan tidak boleh bertemu Peguam Negara atas kapasiti individu tanpa melalui prosedur dan protokol tertentu.

Kes yang sama juga berlaku untuk Zeti Akhtar...

Siapakah 'RAKYAT' yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Muhyiddin sehingga bekas Timbalan Perdana Menteri itu asyik mengantoikan diri sahaja?

Bayangkanlah bagaimana Mahathir tidak nyanyuk dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar bodoh yang akhirnya mencemarkan namanya sendiri.

'Rakyat' yang seringkali mereka sebutkan itu rupa-rupanya lebih mendatangkan mudarat kepada batang tubuh yang disandar mereka!

Bukan Sahaja Mahathir Sudah Nyanyuk Tetapi Juga Orang Di Sekelilingnya Juga Cuba Membunuhnya!

Thursday 24 March 2016 | 3 comments

Semalam, Mahathir telah menfailkan saman ke atas Najib agar RM2.6 bilion diserahkan kepada kerajaan. Sumber maklumat yang digunakan oleh Mahathir adalah laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal serta maklumat orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, selepas WSJ menulis dua kali semenjak bulan lepas bahawa para penyiasat bersetuju dengan Peguam Negara bahawa RM2.6 bilion telah pun dipulangkan beberapa bulan selepas PRU13, maklumat itu seperti tidak sampai kepada Tun Dr. Mahathir. Khairuddin Abu Hassan dan Ainina Saadudin yang garit dan tergedik-gedik pun langsung tidak bercakap tentang penyiaran berita WSJ itu.

Jadi, bagaimana, penyerahan duit berbilion kepada kerajaan boleh dilakukan kalau duit tersebu telah dipulangkan?

Bagaimanakah WSJ boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai atau anda hanya mahu percaya pada bahagian yang anda hendak percaya?

Pada mulanya, apabila setiap orang berkata, berbilion duit telah hilang, semua pakat-pakat kecoh. 

Sekarang apabila kebenaran telah terserlah bahawa berbilion duit tersebut sebenarnya tidak hilang, mereka yang kecoh termasuklah Tun Mahathir, Khairuddin dan Ainina buat-buat tidak nampak dan masih lagi percaya bahawa Najib telah membelanjakan kesemua wang tersebut atau menyimpan untuk kegunaan peribadinya. 

Najib adalah 'PENYAMUN YANG GAGAL' memandangkan dia hanyalah 'penyamun' yang membawa 'wang curi' kembali ke Malaysia menerusi akaun peribadinya untuk orang lain menjejakkinya berbanding menyembunyikan wang tersebut secara rahsia dalam akaun pesisir pantai asing.

Dia juga 'penyamun' yang berbanding mencilok wang tersebut dan menyembunyikannya, dia mengembalikan wang berkenaan. 

Sesuatu yang tidak kena di sini.  (RUJUK SINI)

Beberapa bulan dahulu, Mahathir dengan bangganya berkata, dia tidak pernah menyaman sesiapa pun sebelum  ini kerana ia hanyalah proses yang membazir masa dan 'biarkan rakyat yang mengadilinya'. 

Dia juga berkata, demonstrasi jalanan BERSIH adalah agenda luar negara untuk menghancurkan Malaysia, manakala Lim Kit Siang adalah ultra-rasis dan Anwar adalah agen Yahudi. 

Tetapi sekarang, Mahathir berbuat seperti tidak seperti apa yang dicakapkannya. 

Tidakkah itu namanya nyanyuk atau pun hilang kewarasan akibat acuman daripada orang sekeliling yang terlalu kuat mendesak?

DAP SARAWAK TERPERANJAT... KESEMUA PENIAGA CINA MARUDI TUTUP KEDAI SEMATA-MATA UNTUK JUMPA ADNAN SATEM

DAP Sarawak telah pun menjadikan DUN Marudi sebagai sasaran mereka kerana kedudukan orang Cina di kawasan tersebut. Sekaligus menimbulkan kemarahan PKR Sarawak sehingga mencetuskan provokasi dan konflik dalaman antara kedua-dua parti yang berasal dari Semenanjung itu kerana perebutan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Dan untuk menambah lagi rencah, dua parti komponen BN Sarawak, TERAS dan SPDP menerusi Sylvester Entri Muran dan Tiong Kim Sin turut berkonflik kerana mencalonkan Dr Penguang Manggil sebagai calon baru N.66 Marudi memandangkan Sylvester Entri sudah lama menjadi ADUN iaitu dari tahun 1996.

Barangkali disebabkan itulah, Ketua Menteri Sarawak masih belum menamakan calon untuk DUN Marudi bagi mengelakkan sabotaj, sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang dilihat lebih berkelebihan berbanding PKR yang menjadi penumpang dan pencuri kredit. 

Sebaliknya, Adenan Satem meminta Entri dan Tiong serta para penyokong mereka saling bekerjasama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di kerusi tersebut. 

"Saya mahu penyokong Entri dan King Sing yang mencalonkan Dr. Penguang Manggil bekerjasama. Jika penyokong berkenaan bergabung, saya pasti BN tiada masalah menawan semula kerusi DUN Marudi," katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Marudi. 

Sesuatu yang menarik tentang kedatangan Adenan Satem ke Marudi ialah apabila KESEMUA 100 buah kedai di Marudi, Miri telah ditutup selama dua jam oleh para pemilik yang teruja untuk bertemu dengan Ketua Menteri itu dalam sesi turun padang.

Di Marudi, 80% perniagaan dimiliki oleh kaum Cina dan penutupan dari jam 10:00 pagi sehingga tengah hari oleh para pemilik yang mahu bertemu dengan Adenan dalam sesi yang dianjurkan oleh Penguang Manggil, calon pilihan Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) untuk Marudi. 

Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Baram, Chua Sing Yong berkata, walaupun Dewan Perniagaan memutuskan untuk menangguhkan semua acara, tiada arahan dikeluarkan untuk para pekedai menutup kedai masing-masing. 

Chua berkata, Dewan Perniagaan mahu menunjukkan sokongan kepada Adenan dan polisi mesra rakyat Adenan terutama yang membabitkan agama, pendidikan Cina dan pembangunan infrastruktur luar bandar. 

Dia juga berkata, mereka mahu menunjukkan sokongan kepada calon SPDP (Penguang Manggil) dan menghantar mesej kepada Barisan Nasional bahawa pengundi Cina boleh menyokong parti pemerintah sekiranya calon-calon yang baik dipilih. 

"Sekiranya calon BN berkredibel, kami akan memberikan sokongan 100%. 

"Kami boleh bersatu untuk tujuan sebab yang baik," kata Chua. 

Menurut Chua, kaum Cina di Marudi sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkan pada 2011 kerana mereka tidak gembira dengan calon BN, langkah yang mendorong kepada penurunan teruk jumlah yang membuang undi iaitu di bawah 60%. 

Terdapat lebih kurang 2000 orang pengundi Cina di DUN yang telah menjadi kubu kuat Sylvester Entri Muran selama lima penggal. 

Entri sebelumnya adalah ahli SPDP. Bagaimanapun, sekarang, Entri adalah ahli Parti Tenaga Sarawak (TERAS) sebuah parti mesra BN dan bersaing dengan Penguang sebagai calon untuk PRN akan datang. 

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, DUN N.66 Marudi mempunyai seramai 13,093 pengundi berdaftar dengan jumlah pengundi yang turun mengundi adalah seramai 7,598 orang atau 58.03%. Calon Barisan Nasional Sylvester Entri yang merupakan Pengerusi TERAS Marudi, berjaya mengalahkan calon-calon dari PKR dan dua calon Bebas dengan majoriti undi 3,898 selepas berjaya mengaut undi sebanyak 5,466 undi.

Demi Ego dan Air Muka Yang Besar, Mahathir Akhirnya Saman Najib Abdul Razak

Wednesday 23 March 2016 | 5 comments

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dollar Amerika. Nilai tukarannya kini berada pada paras psikologi RM4.00. Sekaligus menunjukkan kebenaran tentang kaitan antara kadar tukaran Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat bergantung kepada harga minyak dunia sepertimana yang diteorikan oleh ahli-ahli ekonomi dan kewangan sebelum ini, sekaligus menyanggah dan menafikan teori ahli-ahli politik pembangkang, termasuklah Tun Dr. Mahathir yang masyhur dengan kata-katanya, ekonomi dan Ringgit Malaysia akan merudum selagi Najib tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Malangnya, Mahathir bukannya tok nujum yang terus mata. Dia sekadar mendapat maklumat daripada orang sekeliling yang mahu mempergunakannya dan pengaruhnya bagi kepentingan mereka.

Nilai Ringgit tidak jatuh lebih teruk, malah, terus mengukuh dan mulai kembali beransur-ansur ke kadar asal dengan para penganalisa yakin, nilai Ringgit berbanding US Dollar akan pulih dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi, kadar kemasukan pelaburan baru terutama sekali dari Dunia Arab, jauh lebih berkembang dan kewujudan kerja-kerja kosong yang lebih banyak, mengatasi permintaan kerja oleh penduduk tempatan.

Sekaligus kedudukan Najib turut mengukuh walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan pembangkang yang lain berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai cara termasuklah fitnah terbaru menggunakan cover majalah Time yang telah dipalsukan.

Deklarasi Rakyat semakin suram dan semakin tidak mendapat sambutan. Mukhriz dan Muhyiddin ternyata gagal mengumpulkan dan mewujudkan gelombang massa seperti yang dikehendaki dengan kegagalan teruk kepada Mukhriz menerusi ceramah terakhirnya di Johor yang hanya dihadiri oleh beberapa kerat penyokong sendiri.

Dua orang macai totok Mahathir, Ainina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO Langkawi dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hasan sekali lagi menjadikan Mahathir sebagai kenderaan mereka untuk melunaskan dendam kepada UMNO yang telah menyingkirkan mereka. Ketiadaan pengaruh selain mereka sendiri terpalit dengan cop bebal sombong, menyebabkan gelagat mereka sekadar ditertawakan.

Begitulah juga dengan usaha terbaru menggulingkan Najib dengan menggunakan mahkamah. Bunyinya gempar kerana kononnya, Najib disaman atas alasan 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi yang dimasukkan ke akaun peribadinya - satu budaya yang dilakukan dari zaman berzaman, malah oleh Mahathir sendiri berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video.

Bagaimanapun, saman tersebut sekadar mengenai campurtangan Najib dalam siasatan, langsung tidak melibatkan tentang RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan!

Ternyata Mahathir dan penyokongnya semakin tenggelam punca sehingga terpaksa melakukan stunt politic dan publisiti walaupun sedar, RM2.6 bilion yang dipertikaikan oleh Mahathir dan konco-konconya tiada kena-mengena dengan mereka, memandangkan ia adalah wang derma politik.

Selama ini, Mahathir cuba menggulingkan Najib, dia gagal. Mahathir cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen agar mengadakan undi tidak percaya kepada Najib, pun dia masih gagal. Kini Mahathir cuba menggunakan mahkamah untuk menyaman dengan tuduhan yang langsung tidak ada locus standi dan nampak gayanya dia akan gagal lagi.

Mahathir sudah kehilangan semua opsyen. Prestasi ekonomi dan kewangan negara pula, jauh mengatasi jampi serapah dan nujum pak belalangnya.

Walaupun Semakin Getir, Sempat Lagi Arahan Perobohan dan Pemusnahan Perniagaan Melayu Dibuat di Pulau Pinang

Pada ketika Ketua Menteri Pulau Pinang sedang menggelabah dan panik setelah skandal penjualan tanah dan pemilikan hartanah pada diskaun tidak munasabah serta kaitan kedua-duanya, kezalimannya tidak menemui titik noktah. 

Dengan bertenterakan anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang rata-rata kebanyakan daripada mereka adalah Melayu, yang mana sebahagian daripada mereka pula, mempunyai ahli keluarga yang turut berhadapan dengan proses penghalauan dan pelupusan Melayu di bahagian pulau di negeri tersebut, satu lagi pemusnahan dan pembersihan dilakukan. 

Semalam, MBPP telah bertindak bertindak merobohkan berberapa premis tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi, belakang Condominium By The Sea.

Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din & Rosli Bakar dan 4 lagi pengusaha sukan air dirobohkan. Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram. Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis.

Ada maklumat yg menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.

Menariknya ketegasan pihak MBPP yang diperkuatkan oleh orang Melayu sebagai petugasnya tidak pula dikuatkan ke atas premis-premis bukan milik Melayu yang dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram.

AMBIGA DAN MACAI-MACAI DAP YANG LAIN TURUT MENGGESA LIM GUAN ENG BERCUTI DARI JAWATAN KETUA MENTERI

Tuesday 22 March 2016 | 1 comments

Akhirnya Ambiga Sreevanasan bersuara dan berbanding para pemimpin DAP lain seperti Tony Pua yang tidak mahukan Lim Guan Eng bercuti walaupun hari ini, sekali lagi Lim Guan Eng terkantoi besar buat kali seterusnya.

Kata Ambiga, Lim Guan Eng perlu mengambil cuti. Sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mempunyai prima facie atau Ambiga melihat ianya selari dengan cubaan menutup malu Majlis Peguam yang lebih banyak mendiamkan diri dalam kes Guan Eng sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menimbangkan pilihan termasuklah bercuti, kata Ambiga Sreenevasan.

"Dia perlu membuat pilihan. Yang terbaik adalah dia perlu menggesa SPRM untuk melakukan siasatan dengan seberapa segera dan saya juga menyarankan begitu kerana hal ini adalah sesuatu yang perlu disiasat segera," katanya.

Dia juga ditanya sama ada Lim Guan Eng perlu mengambil cuti daripada jawatannya sepanjang siasatan SKMM berhubung pembelian sebuah hartanah pada harga diskaun.

Ditanya lebih lanjut, Ambiga berkata, terdapat banyak pilihan yang perlu diambil dalam tuduhan tersebut, termasuklah bercuti. Menurutnya, Lim Guan Eng perlu mempertimbangkan pilihan tersebut tetapi sangat berharap siasatan akan dilakukan dengan segera serta adil.

Kedudukan Lim Guan Eng benar-benar goyah selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Parlimen ekoran pembelian hartanah melibatkan tanah dan banglo dengan harga RM2.8 juta pada tahun lepas yang merupakan harga di bawah paras harga pasaran.

Pembelian hartanah tersebut pada paras lebih rendah dari harga pasaran dikatakan mempunyai hubung kait dengan pembelian tanah kerajaan pada tahun 2012.

Lim Guan Eng menafikan sebarang salah laku, begitu juga dengan bekas pemilik hartanah tersebut, Phang Li Koon.

Pada masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Lim seharusnya bercuti bagi memastikan siasatan dijalankan secara lancar dan telus. Bagaimanapun Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula berkata, tidak perlu Lim Guan Eng bercuti kecuali dia telah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cornyism (C4) Cynthia Gabriel berkata, Lim Guan Eng perlu bercuti kecuali dia boleh memuaskan hati masyarakat awam berhubung pembelian hartanahnya.

"Lim perlu menjawab sama ada terdapat kepentingan peribadi dalam pembelian hartanah tersebut. Mengadakan 'rumah terbuka' tidak akan menjawab dan menyelesaikan tuduhan utama yang telah ditimbulkan.

"Sekiranya dia tidak dapat memuaskan hati masyarakat awam, perlu menyingkirkan dirinya," kata Gabriel lagi.

MAT SABU PULA DIHALANG MASUK KE SARAWAK... PAN HANCUR DI SARAWAK!

Bukan rahsia umum lagi bahawa PAN adalah BIRO MELAYU-ISLAM DAP yang ditubuhkan bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Islam kepada DAP. PAN atau Parti Amanah Negara sememangnya ditubuhkan 'atas tangan' dan pembiayaan DAP.

Dengan PAS yang merupakan musuh utama PAN sudah pun membuat pengumuman akan meletakkan lebih ramai calon pada PRN akan datang, walaupun PAS tidak begitu optimis akan memenanginya, PAN dilihat oleh DAP sebagai kenderaan yang paling sesuai untuk menamatkan angan-angan PAS sekaligus memberikan kemenangan kepada DAP yang juga akan bertanding di kerusi-kerusi DUN tersebut.

Mat Sabu, Presiden PAN dihantar ke Sarawak untuk tujuan tersebut.

Malangnya, hari ini, Mat Sabu menyertai sebahagian besar pemimpin DAP dan PKR yang dilarang masuk atau menjejakkan kaki ke Sarawak. Pengembaraan Mat Sabu di Sarawak, hanya terhenti di Lapangan Terbang Sibu bersama pegawai khasnya pada jam 10:40 pagi tadi sebelum diproses dan diarahkan pulang ke Semenanjung.

Mujahid Yusof bukan main marah lagi apabila Sarawak menggunakan kuasa autonominya yang berkaitan Imigresen dan cuba mengungkit tentang Perlembagaan Persekutuan selain menyatakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menguatkuasakan kuasa autonomi berkenaan Imigresen ke atas Mat Sabu.

Menariknya, Mujahid Yusof juga antara yang begitu sibuk berkempen kononnya Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi walaupun Perjanjian Malaysia 18 Perkara memberikan kuasa tersebut kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam PERKARA 6 membabitkan Imigresen:

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan.

Kalau perkara 'asas' tentang autonomi Sarawak pun, puak-puak PAN dan DAP tidak tahu, untuk apa mereka berkempen di Sarawak membantu DAP untuk menjadi Kerajaan Negeri? Untuk apa pula mereka menyalak tentang apa yang sebelum ini mereka perjuangkan tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, mereka menyalahkan perkara yang diperjuangkan?

Yang pasti, kesian Mat Sabu... tidak lagi dapat menjamah Mi Kolok yang menjadi kegemarannya. Terpaksalah dia berkirim dengan Chong Chien Jien, Pengerusi DAP yang bukan sahaja tidak faham dan fasih berbahasa Kebangsaan tetapi berbahasa Inggeris pun lebih banyak 'aaaaa...' dan gagap daripada bercakap... tak tahulah kalau Mat Sabu yang sudah sekian lama makan atas tangan Lim Guan Eng sudah boleh berbahasa Mandarin memandangkan manusia seperti Chong Chien Jien sama sekali tidak akan belajar dan mempertingkatkan kemahiran Bahasa Kebangsaannya!!!

PEMBOHONGAN DAP Konon Kerajaan Persekutuan Tolak PPR Taman Manggis Fasa II, Dibuktikan Menerusi Memo Yang Cuba Disorokkan Oleh Pentadbiran Guan Eng!

Thursday 31 March 2016 · 0 comments

· 0 comments

Hari Khamis itu, memang ada dua insiden. Insiden pertama memang berlaku pada waktu rehat, insiden kedua berlaku dekat dengan waktu nak balik.

Yang kes dia ini, berlaku pada waktu nak balik lebih kurang dalam jam 6 petang. Ustazah itu masuk dan selepas budak-budak bagi salam, baca doa pula. Macam biasa.

Selepas baca doa, ustazah itu ada tegur 2, 3 orang budak baca doa tak betul. Ustazah itu pergi dekat dengan budak yang baca doa tak betul itu untuk talaqqi'lah kononnya.

Tak semena-mena budak itu menangis dan ustazah itu pun berasa pelik, kenapa budak lain yang kena tegur, dia pula yang menangis. Masa itu, barulah nampak mulut budak itu berdarah sambil pegang gunting.

Dipendekkan cerita, memang tidak wujud pun pembuli itu dan tidak berlaku sama sekali kes buli itu. Masalahnya, pihak atasan tidak membenarkan kita membuat laporan polis. Selepas itu, polis pula seakan percaya dan masuk 'on their side'.

Masalahnya, budak itu uztazah yang ajar dia dari bulan Januari pun dia tak boleh cam. Sekarang ini, pihak Forensik siap datang ke sekolah untuk periksa tandas.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) tak benarkan kita buat laporan polis. Itu yang membuatkan kita rasa geram.

Tetapi tadi PK petang, ustazah yang terlibat dalam kejadian dan guru kelas murid terbabit pergi juga buat laporan polis bagi pihak diri sendiri.

KPM kata nak tunggu pihak polis selesaikan siasatan dulu, baru akan ambil tindakan seterusnya. Sekarang ini, pihak Forensik pergi periksa sampai ke tandas konon-kononnya budak itu dibuli di tandas untuk cari bukti. Kasihan, menyusahkan orang betul. Disebabkan cerita yang direka-reka, banyak pihak yang terlibat. En Hud, pening kepala.

Yang ini, mak dia saja yang pandai reka cerita, dia dok provok anak dia. Budak ini kelas hujung, jadi faham-faham sajalah macam mana budaknya.

Sekarang ini, OCPD Klang sudah 'panas bontot'. Selepas cikgu-cikgu itu buat lapor polis tadi, baru mereka macam okay sikit dengan pihak sekolah.

Kami, cikgu-cikgu sesi petang memang bersatu hati. Tadi pun setengah hari di sekolah sebab nak bincang apa yang patut dibuat. Kalau perlu gunakan khidmat peguam, kami sanggup 'tong²' duit. - PIXEL MEDIA

Nota Kaki | Ini adalah penjelasan dari guru yang terlibat, yang tersebar di aplikasi WhatsApp. Sumber ini boleh dipercayai. Bukan rekaan semata-mata.

SUMBER |

Tun Mahathir Akan Ditangkap Di Bawah Akta Hasutan?

Wednesday 30 March 2016 · 3 comments

Kalau tak disebabkan transkrip WhatsApp antara Claire Rewcastle-Brown dengan Xavier Justo, sebahagiannya telah terdedah terutama yang membabitkan Tony Pua, Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat selain orang hubungan 'Dr.M' dan 'K', barangkali ianya tidak sekeji seperti sekarang. 

Transkrip WhatsApp tersebut sebenarnya membabitkan kecenderungan Tong Koii Ong dan Ong Kay Tat untuk menipu Xavier Justo dalam pembayaran RM2 juta menerusi Claire Rewcastle-Brown untuk maklumat-maklumat tentang PetroSaudi yang bakal digunakan untuk menggulingkan Najib Abdul Razak.

Selepas mengetahui kebocoran itulah, Dr, Mahathir memulakan langkah yang lebih drastik untuk menjatuhkan Najib Abdul Razak. 

Sudah beberapa kali amaran palsu kononnya Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan. Sudah beberapa kali puak Pro-Tun sendiri yang memainkan cerita tentang Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan kerana Najib sudah ketakutan dan ketar dengan hujah-hujah Mahathir yang menusuk serta menggoncangkan otak.

Semuanya seperti hendak menimbulkan simpati serta kesan yang lebih besar di kalangan rakyat sekiranya benar Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948.

Rasa-rasanya, Mahathir sendiri pun sedang berusaha untuk ditangkap dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi memudahkan dia mencapai cita-citanya. Rasa-rasanya itulah taktik terakhirnya bagi menutup maruah dan ego serta kepala besarnya yang tercalar apabila kehendak dan rahsianya sudah bocor demi menjaga kepentingan kroni-kroninya yang banyak terjejas semenjak Najib mengambilalih tampuk pentadbiran negara. 

Kini setelah sekian lama, setelah Deklarasi Rakyat 1200 Orang Mahathir-Kit Siang yang tidak laku beberapa hari lepas di Pandan Indah, publisiti diperlukan untuk perhimpunan kali kedua bagi memastikan, Mahathir tidak terus bercakap dengan bayang-bayang atau rumput di padang.

Heboh sekarang, Mahathir akan ditangkap di bawah Akta Hasutan 1948. 

Sebenarnya kalau diikutkan hati, memang sokongan diberikan agar pihak berkuasa menangkap dan mendiamkan Mahathir dengan Akta Hasutan 1948. Nak lebih sedap, tangkap lagi Mahathir dan dakwa dia di bawah POTA, POCA atau SOSMA yang jauh lebih ringan berbanding ISA yang kerap digunakan untuk mendiamkan dan menghilangkan tekanan daripada musuh-musuhnya. 

Namun, jikalau pihak berkuasa berbuat begitu, dengan penggunaan media sosial sekarang selain kehilangan kawalan yang cukup mudah, natijahnya akan terpalit kepada Kerajaan UMNO-BN dan Najib Abdul Razak. 

Mahathir sebenarnya hanya dipergunakan oleh orang di sekelilingnya. Semakin Najib mencekik projek kepada para kroninya seperti YTL, semakin lancanglah lidah Mahathir berkata-kata. 

Dan mujurlah berita terbaharu, MYTV menggantikan ASTRO, hanyalah game 'dari kroni kepada kroni' memandangkan MYTV adalah milik Syed Mokhtar Al-Bukhary manakala ASTRO pula adalah milik Ananda Krishnan yang menjadi kaya raya, hasil dari duit PETRONAS yang dipaksa bayar untuk pembinaan KLCC dan pembelian tapak KLCC yang sebelum itu dijual dengan harga murah kepada Ananda oleh kerajaan Malaysia,  tetapi dibeli kembali oleh Petronas dengan harga berkali-kali ganda mahalnya bagi memastikan keuntungan sangat mudah untuk Ananda. 

Tetapi sekurang-kurangnya Syed Mokhtar Al-Bukhary walaupun kroni Mahathir dan teras perniagaannya adalah kerajaan, setidak-tidaknya, dia telah mengembalikan sebahagian daripada perolehan itu kepada rakyat dan Kerajaan. Berbanding kroni-kroni Mahathir seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Francis Yeoh yang memperolehi kontrak-kontrak atau konsesi-konsesi kerajaan bernilai berpuluh-puluh bilion tetapi membawa hampir kesemua keuntungan mereka ke luar negara untuk 'disembunyikan' tanpa memulangkan kepada Kerajaan atau pun rakyat secara sewajarnya.

Tidak mungkin para strategis Perdana Menteri akan berfikiran pendek dan cetek dengan menganggap, penangkapan Mahathir di bawah Akta Hasutan adalah penyelesai masalah kerana sebenarnya ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Simpati yang berkurangan sekarang, malah rasa jelak, mual dan loya dengan gelagat Mahathir sekarang, pasti akan bertukar sekiranya Mahathir ditangkap di bawah Akta Hasutan.

Biarkan Mahathir bebas, tetapi orang di sekelilingnya yang kuat menghasut dan menipu orang tua itu yang perlu dikenakan hukuman!!!

KEDUTAAN AMERIKA BELA ROSMAH MANSOR DAN SANGGAH FITNAH PORTAL PRO-TUN BERHUBUNG SIASATAN 1MDB!!!

· 0 comments

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini menolak laporan mendakwa isteri perdana menteri Rosmah Mansor ada menghubungi Duta AS Joseph Y Yun dengan harapan untuk menghentikan siasatan terhadap 1MDB.

Asia Sentinel dalam laporannya sebelum ini berkata mereka cuba mengesahkan perkara itu dengan kedutaan AS tetapi tidak berjawab.

Bagaimanapun, dalam e-mel kepada Malaysiakini, pihak kedutaan berkata mereka tidak mempunyai rekod sebarang pertanyaan daripada Asia Sentinel berhubung perkara itu.

“Kami telah melihat laporan mendakwa isteri Perdana Menteri Najib menghubungi duta Yun beberapa kali.

“Kami tidak mengulas isu berkaitan perbincangan diplomatik, tetapi kami dapat sahkan bahawa duta Yun tidak bercakap berhubung isu dengan isteri perdana menteri ini seperti dilaporkan Asia Sentinel,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak mengkritik laporan itu yang menurutnya berdasarkan khabar angin.

Asia Sentinel disekat di Malaysia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Bercakap kepada Malaysiakini, Salleh menyifatkan perkara itu sebagai kewartawanan yang tidak beretika, kerana melaporkan berdasar laporan tidak disahkan.

Berdasarkan sumber dan cakap-cakap “yang beredar luas dalam kumpulan kecil diplomatik di Kuala Lumpur” Asia Sentinel mendakwa Rosmah menghubungi Yun beberapa kali supaya siasatan peguam AS Preet Baharara di Wilayah Selatan New York ditamatkan.

Artikel itu mendakwa Yun memberitahu Rosmah bahawa Bharara bergerak secara bebas dan Presiden AS Barack Obama sekali pun tidak dapat mempengaruhi siasatannya.

Asia Sentinel memetik sumber sebagai berkata: “Dia (Rosmah) diberitahu, 'Jika kamu tak buat salah, jangan bimbang. Amerika Syarikat negara yang menjunjung undang-undang'.”

1MDB tertakluk kepada siasatan pelbagai negara termasuk Switzerland, Singapura, United Kingdom dan Perancis.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan sebarang salah laku dan menyifatkan dakwaan terhadapnya bermotifkan politik.

Dahulu, Pembohongan Mahathir Dianggap Cantik, Sekarang Pembohongan Mahathir Dipandang Hina!

Tuesday 29 March 2016 · 4 comments

Mahathir terus menipu dan menipu dalam usahanya untuk menggulingkan Najib Abdul Razak. Mahathir seperti sudah kehilangan segala-galanya sehingga terpaksa menggunakan fitnah dan cerita-cerita buruk tentang dirinya untuk memperkukuhkan hujahnya agar Najib ditendang daripada jawatan Perdana Menteri.

Hakikatnya, setiap keburukan yang dikatakan oleh Mahathir, adalah tentang dirinya sepanjang dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun yang berakhir pada tahun 2003.

Mahathir barangkali masih diberitahu oleh orang di sekelilingnya bahawa rakyat Malaysia kebanyakannya buta huruf, atau pemalas menyemak butiran mahupun perincian serta latar belakang pentadbirannya yang panjang itu.

Dan kerana itulah, Mahathir terus-menerus menjadi pembohong besar yang mengulangi penipuan-penipuan lama, sambil membikin pembohongan baru sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Semalam, dalam ceramah di Parlimen Rafizi Ramli, Mahathir berkata,

"(Mereka) kata duit itu diberikan oleh Arab Saudi... saya pernah meminta wang daripada mereka untuk membina Universiti Islam. Saya meminta daripada mereka dan semua kawan-kawan mereka (tetapi saya tidak dapat)," kata Mahathir.

Inilah salah satu pendustaan besar daripada seorang individu yang bergelar NEGARAWAN. Dakwaan ini sudah disanggah banyak kali, lengkap dengan fakta dan bukti-buktinya tetapi nampaknya Mahathir terus mengulanginya. Sekiranya UIA tidak didanai oleh Arab Saudi dan beberapa Kerajaan Negara Arab yang lain, dari manakah wang pembiayaan tersebut diperolehi? Daripada Vincent Tan? Robert Kuok? Francis Yeoh atau daripada daripada syarikat-syarikat anak-anak lelakinya yang mengaut keuntungan berbilion dollar Amerika Syarikat setiap tahun daripada perolehan projek-projek yang serba meragukan?

Bahkan, fakta tersebut turut disenaraikan dalam laman sesawang UIA tentang siapa pendana dan penyumbang kewangan mereka.

Mahathir kemudiannya berkata lagi, "Tetapi mereka terlalu sayangkan Najib sehinggakan mereka memberikan kepadanya RM2.6 bilion," sambil disambut gelak tawa.

Satu lagi pendustaan oleh Mahathir kerana perkara tersebut bukan sahaja telah disahkan oleh Peguam Negara, yang derma tersebut memang dari Arab Saudi, bahkan SPRM juga telah menemuramah penderma-penderma di Saudi dan mempunyai 4 dokumen yang membuktikan pemindahan wang tersebut, manakala BBC melaporkan ianya memang dari Saudi dan semalam, 4 Corner's TV Show yang cuba dijadikan sebagai Quran baru puak pro-Tun pula mendedahkan, salah satu pemindahan tersebut datangnya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi, terus ke akaun Najib.

Seterusnya Mahathir berkata lagi,

"Sekiranya Najib benar-benar mahu menggunakan (derma RM2.6 bilion) untuk membiayai PRU, mengapa dia perlu masukkan ke akaun peribadinya? Berkongsilah dengan kami (beritanya) dan buatlah kami jadi gembira, (kami bolehlah) minta dia sikit duit tu. Saya tidak melihat jumlah besar wang yang digunakan sepanjang pilihanraya lepas," kata Mahathir lagi. "Saya tidak lihat wang yang banyak digunakan untuk PRU-13."

Hakikatnya transaksi yang didedahkan menunjukkan terdapat beberapa transaksi ke dalam akaun peribadi Najib dari tempoh 2011 sehingga 2013 sehinggalah sebulan sebelum PRU-13 dengan jumlah keseluruhannya adalah USD1 bilion.

Selepas PRU-13, WSJ mendakwa yang kemudian disahkan oleh Peguam Negara, baki yang tidak digunakan telah dipulangkan kembali. (RUJUK DI SINI)

Inilah pembohongan terbesar yang menunjukkan Mahathir barangkali terhantuk kepalanya dan jatuh koma sepanjang PRU-13. Atau pun dia terlalu lama sakit tulang tongkeng kerana menunggang kuda di Argentina atau bercuti di rumah peribadi Mugabe di Zimbabwe di mana Mahathir pernah membantunya dengan menggunakan wang negara pada tahun 2003 sehingga dia buta, tuli dan pekak dengan situasi PRU-13.

Sesiapa sahaa yang hidup dan waras sepanjang PRU-13 akan nampak pembohongan itu. Kempen-kempen PRU-13 adalah yang memakan belanja paling besar, termasuklah makan malam besar-besaran, poster, iklan televisyen, pengiklanan atas talian, pelbagai majlis, penggunaan khidmat atas talian dan sebagainya yang belanjanya bukan kecil.

Malahan sepanjang tempoh tersebut, Pakatan telah merungut yang kononnya BN telah membelanjakan sejumlah wang yang sangat besar dalam PRU-13 dan kerana itu mereka telah pun menyaman BN.

Dan Mahathir masih berkata, dia masih tidak nampak penggunaan wang berjumlah besar untuk PRU-13?

@KBAB51 JENAYAH KOMERSIAL PDRM... Apa Sudah Jadi Dengan NOW yang Kutip Duit Tanpa Lesen?

· 0 comments

Syarikat milik Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Oversight and Whisteblowers Sdn Bhd (NOW), sejak mula mengutip wang tanpa lesen pada Mei 2015, tidak pernah mengisytihar bagaimana ia dibelanjakan.

Kempen kutipan wang itu dilakukan kononnya bagi menanggung kos untuk memfailkan saman terhadap tiga agensi penabungan, Lembaga Tabung Haji (TH), Kumpulan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, tindakan mahkamah itu dikatakan tidak pernah dilakukan dan kini timbul persoalan ke manakah wang itu sebenarnya dibelanjakan. (RUJUK SINI)

Melalui rayuan RM10 setiap seorang, Rafizi melalui rakaman video dipercayai mula disebarkan sejak 21 Mei 2015, semua sumbangan dibuat hendaklah disalurkan ke akaun milik syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd dan bukannya parti PKR diwakili Rafizi.

“Bagaimana anda boleh membantu? Anda boleh mulakan dengan sumbangan RM10 dalam tabung kempen tutup 1MDB, kembalikan wang rakyat supaya kita boleh membiayai tindakan mahkamah untuk menghentikan pelaburan lanjut.

“Sumbangan RM10 ini boleh diberikan terus ke akaun seperti yang tertera atau boleh dibuat online atau credit card atau cara-cara lain sebagaimana ditunjukkan,” katanya dalam rakaman video merayu sumbangan orang ramai.

Rafizi mendakwa melalui sumbangan orang ramai itu, wang diterima akan digunakan bagi tindakan mahkamah yang akan dimulakan ‘pada minggu depan’ iaitu seminggu selepas 21 Mei 2015, kali pertama rakaman video itu mula dimuatnaik di pelbagai laman sosial.

Bagaimanapun sejak itu, tiada laporan mahupun pengumuman daripada Rafizi tindakan mahkamah sudah dimulakan menggunakan wang yang dikutip melalui syarikat miliknya itu.

Pada 28 Mei tahun lalu juga, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao turut membuat satu laporan polis terhadap Rafizi yang menggunakan syarikat bagi mengutip wang tanpa lesen.

“Setelah disemak ia merupakan sebuah syarikat dan tidak mempunyai kebenaran mengutip wang deposit daripada orang awam berdasarkan Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989,” katanya.

Antara kes lampau, seorang ketua pegawai eksekutif dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengambil wang deposit tanpa lesen mengikut Seksyen 6 (4), Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

Sehingga kini, tiada lagi maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Bank Negara Malaysia mengenai laporan dibuat terhadap Rafizi sejak 2015. - MY NATION NEWS

Ketua Polis Negara Arahkan Tony Pua Ditangkap Kerana Cuba Memesongkan Fakta dan Mengelirukan Rakyat Berhubung Kes Aminulrasyid

Sunday 27 March 2016 · 0 comments

Ketua Polis Negara telah mengarahkan agar Tony Pua ditangkap selepas membuat komen secara atas talian mempersoalkan keengganan Khalid Abu Bakar meminta maaf kepada keluarga remaja yang ditembak empat tahun lalu.

"Panggil orang ini untuk siasatan," kata Khalid menerusi Twitter awal pagi tadi.

Isu tentang Khalid Abu Bakar dilihat sengaja dibangkitkan dan dihangatkan oleh DAP yang sedang berusaha menyelamatkan Lim Guan Eng daripada skandal hartanah di Pulau Pinang yang semakin merumitkan Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu untuk melepaskan diri. 

Hampir setiap hari, ada-ada sahaja bukti yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak tentang salahguna kuasa yang membabitkan Lim Guan Eng, sekaligus menyebabkan para pemimpin utama DAP termasuklah Tony Pua terpaksa menimbulkan isu untuk meredakan keadaan. 

Skandal banglo dan hartanah Lim Guan Eng, menyebabkan Tony Pua yang cukup terkenal dengan putarbelit dan berlidah lancang, tiba-tiba jadi seput sedut yang tidak berotak. 

Malah semalam, beberapa keping gambarnya sedang memukul bola golf di KLGCC telah tersebar menerusi sistem WhatsApp dan Telegram. Reaksi dan air mukanya tidak seperti selalu. Jauh lebih berat seperti kebingungan. 

Khalid Abu Bakar berkata, Tony Pua secara sengaja telah memesongkan fakta dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu mempunyai niat untuk mengelirukan rakyat.

Menerusi Twitter dan Facebook, Tony Pua berkata Khalid memndakwa, Aminulrasyid yang pada waktu itu berusia 14 tahun, 'telah ditembak polis kerana terdapat senjata bahaya di dalam kereta yang dipandunya'.

Semalam, Khalid menegaskan dia melindungi pegawai-pegawainya. "Saya tidak pernah berkata, mangsa menggunakan parang. Saya hanya mengatakan, parang telah ditemui di dalam kereta yang dipandunya."

Harap-harap, tindakan ke atas Tony Pua yang bukan sahaja tidak faham Bahasa Kebangsaan sebaliknya berkecenderungan untuk memutarbelitkan kefahamannya mengikut kecenderungan sendiri, dipercepatkan bagi memastikan tidak banyak fitnah yang ditabur ke atas agensi-agensi awam seperti yang berlaku sekarang!

PCIRC PDRM BELUM NAK BERTINDAK KE TERHADAP KAKITANGAN PETRONAS YANG SANGAT BIADAP NI?

Saturday 26 March 2016 · 0 comments

Belum pun lama, Ketua Polis Negara berikrar akan menangani golongan yang menyalahgunakan kemudahan Internet dan multimedia untuk membuat kacau termasuklah menghina para pemimpin negara, nampaknya, beberapa kes sahaja telah dipaparkan di Facebook mengenai golongan tersebut. Golongan berkenaan nampaknya langsung tidak menghiraukan amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara.

Terbaru, seorang individu yang dipercayai kakitangan Petronas berdasarkan profilnya di Facebook, mencabar perundangan dan Ketua Polis Negara agar tindakan diambil terhadapnya.

Dengan menggunakan nama Jalil Ismail, pengguna Facebook tersebut mengeji, mencaci dan memaki hamun Perdana Menteri. Bahkan, bertindak sebagai Tuhan dengan menyatakan bahawa DOA NAJIB TUJUH KETURUNAN TIDAK AKAN DITERIMA kerana terlaknat!!!

Mungkin individu bernama Jalil Ismail itu mempunyai bukti-bukti serta asas bagi menyokong hujah-hujahnya.

Justeru PDRM perlu bertindak memandangkan beberapa pihak dikatakan sudah pun membuat laporan polis berhubung kenyataan biadap Jalil Ismail. PCIRC juga barangkali dapat mengesan dan membuktikan Jalil Ismail yang menulis dan memuatnaikkan posting berkenaan.

Kita belum dapat pasti sama ada benar individu Jalil Ismail ini wujud atau orang lain yang mencuri dan menggunakan gambarnya. Justeru, menjatuhkan hukuman kepadanya tanpa sebarang bukti, bukanlah sesuatu yang wajar. Prinsip perundangan di negara ini adalah, TIDAK BERSALAH SELAGI TIDAK DIBUKTIKAN BERSALAH.

Pihak berkuasa seperti PDRM dengan unit PCIRC mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan dan membuktikan perlakuan tersebut seperti yang telah dibuktikan dalam beberapa kes menghina pemimpin yang bukan sahaja telah dijatuhi hukuman bahkan telah membuktikan penyamaran dan sangkaan bahawa mereka tidak dapat dikesan, meleset sama sekali.

LIM GUAN ENG TARAK TELUR MAHU CERITA TENTANG KAITAN PHANG LI KOON DENGAN KLIDC YANG BELI TANAH PPR TAMAN MANGGIS!!!

· 2 comments

Kalau dah dasar pembelit, dia akan terus membelit walaupun nyawanya sudah sampai ke tenggorok.

Itulah yang sedang berlaku kepada Lim Guan Eng yang masih cuba mempertahankan dirinya daripada persepsi negatif awam apabila terus berhujah dan mempertahankan diri dengan mengatakan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mempunyai sebarang urusan niaga dengan bekas pemilik banglo yang dibelinya dengan harga murah iaitu Phang Li Koon.

Berkata Guan Eng, Pemuda UMNO telah gagal untuk membuktikan kesahihan syarikat Phang Li Koon memandangkan bukan syarikat itu sahaja yang tersenarai dalam direktori sayap pelaburan negeri atau agensi pekerjaan untuk pekerja asing, kerana syarikat tersebut merupakan salah satu daripada 30 agensi lain.

Guan Eng merujuk kepada dokumen bukti yang didedahkan dan disiarkan di Internet menunjukkan syarikat di bawah nama Phang Li Koon berada dalam senarai InvestPenang.

Ada sesuatu yang menarik dengan alasan yang diberikan oleh Guan Eng... alasan yang hampir sama tatkala ditanya tentang tanah ganti Taman Manggis apabila dia dengan bangganya memberitahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggantikan tanah Taman Manggis itu dengan sebidang tanah seluas 11 ekar di Jalan S.P Chelliah sedangkan sebenarnya tanah di Jalan S.P Chelliah itu telah pun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ketika Barisan Nasional lagi, bukannya oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah DAP!

Katanya, polisi kerajaan negeri tidak mengambil pekerja asing dan telah pun membatalkan kontrak pengambilan sampah kerana kontraktor menggunakan tenaga kerja asing. Mereka sebaliknya digantikan dengan 2,500 orang rakyat Malaysia... satu dakwaan yang sebenarnya amat keterlaluan kerana rata-rata semua orang di Pulau Pinang dapat melihat sendiri, kenyataan terbaru Lim Guan Eng ini adalah satu pembohongan nyata!

Katanya lagi, Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkhidmatan Phang Li Koon. Dia juga memberitahu, mana-mana syarikat boleh memohon untuk disenaraikan di dalam InvestPenang yang 'hampir serupa dengan Yellow Pages mini.'

Bagaimanapun, Lim Guan Eng langsung tidak berani menyentuh tentang kaitan antara Phang Li Koon dengan pemegang 70% kepentingan dalam KLIDC yang telah berjaya membeli tanah PPR Taman Manggis.

Phang Li Koon mempunyai sekurang-kurangnya tiga kedudukan eksekutif di dalam tiga buah syarikat yang dimiliki secara majoriti oleh Tang Yong Chew yang memiliki 70% pegangan dalam KLIDC.

ADUN DAP BERAPIT Pun Balun Lim Guan Eng Kerana Menipu dan Menyalahkan Orang Lain

· 1 comments

Masalah dalaman DAP, kurang diketahui oleh orang luar. Bagaimanapun, sesekali muncul juga cerita-cerita kontroversi terutama sekali yang membabitkan Lim Guan Eng dan penentangan yang dilakukan terhadapnya dari dalama parti. 

Kalau di Pulau Pinang, kebanyakan pemimpin DAP Pulau Pinang yang tidak menyukai Lim Guan Eng terpaksa terus bermuka-muka kerana bimbang tindakan yang akan diambil oleh Lim Guan Eng dan konco-konconya serta Lim Kit Siang, tetapi di negeri-negeri lain seperti di Perak dan Johor, suara penentangan ke atas Lim anak beranak amat jelas. 

Salah seorang daripada penentang Lim Guan Eng adalah ADUN Berapit, Lydia Ong Kok Fooi yang pernah dizalimi dan dikejami oleh Lim Guan Eng.

Menurut Lydia, kalau dialah jadi Lim Guan Eng, dia tidak akan sama sekali menerima tawaran membeli sebuah rumah di kawasan mewah yang berharga murah. Menurutnya lagi, sekalipun Lim Guan Eng mungkin tidak bersalah dari segi perundangan kerana pembeli dan penjual telah mempersetujui harga jualan hartanah tersebut, tetapi ia akan menimbulkan persoalan dalam aspek moral. 

Lydia berkata lagi, kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam isu ini, turut menimbulkan masalah di kalangan pengamal media. 

"Kalau saya, saya takkan menerimanya (tawaran jualan). Isu ini bagaimanapun, tidak membabitkan salah atau benar, ia bergantung kepada pendirian dan prinsip individu," katanya lagi. 

Lydia memberi contoh yang sangat mudah untuk perbandingan. Sebagai seorang ADUN, dia kerapkali bersua dengan para penyokong dan mereka terutama sekali penjaja dan penggerai seringkali menawarkan makanan percuma kepadanya.

Bagaimanapun, dia tetap membayar harga penuh bahkan lebih untuk makanan tersebut selepas berterima kasih kepada mereka.

Siapa Lydia Ong Kok Fooi sebenarnya? Apa yang telah berlaku antaranya dan Lim Guan Eng?

Semuanya bermula pada tahun 2012 apabila Lim Guan Eng memaksa ADUN-ADUN DAP Pulau Pinang agar hadir di Sidang DUN untuk meluluskan usul anti lompat parti. Lydia Ong Kok Fooi pada waktu merupakan Exco Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Guan Eng mahu memastikan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tidak terjejas, jadi, dia memerlukan undang-undang anti lompat parti diluluskan dalam sidang DUN itu. Walaupun pada waktu itu, Lydia sedang berhadapan dengan masalah keluarga, apabila bapanya berada dalam keadaan kritikal dan sedang nazak, Lim Guan Eng mendesak agar Lydia tidak meninggalkan Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. Rayuan Lydia agar Lim membenarnya ke hospital, tidak dipedulikan. 

Kedudukan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang agak terjejas pada waktu itu, semenjak Teng Chang Yeow telah mengambilalih jawatan Ketua Barisan Nasional Pulau Pinang.

Untuk memastikan wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak melompat ke Barisan Nasional, Lim Guan Eng memerlukan undang-undang anti lompat parti walaupun ianya tidak mengikut perlembagaan. 

Guan Eng memerlukan majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul tersebut, sekaligus bermakna kesemua ADUN Pakatan Rakyat perlu hadir untuk memberikan sokongan, atau sekurang-kurangnya 27 orang daripada mereka menyokongnya. 

Namun, Lim Guan Eng tidak yakin walaupun Pakatan Rakyat pada waktu itu mempunyai 29 orang ADUN. Guan Eng bimbang ADUN-ADUN dari PKR mungkin akan menikam belakangnya pada saat-saat akhir. 

Pada hari itu, terdapat 28 orang ADUN Pakatan Rakyat yang hadir kecuali Koay Teng Hai (DAP-Pulau Tikus) yang telah ke USA sebagai pemerhati pilihanraya Presiden Amerika Syarikat. 

Jumlahnya mencukupi untuk meluluskan usul tersebut tetapi Lim Guan Eng tetap ketakutan dan telah mengarahkan agar kesemua ADUN PR tidak keluar dari Sidang DUN sehinggalah usul tersebut diluluskan. 

Lydia telah menerima berita tentang bapanya, yang merupakan seorang veteran GERAKAN, dalam keadaan yang sangat kritikal. Dia telah meninggalkan Sidang DUN dan bergegas ke hospital untuk melawat bapanya  pada jam 3:00 petang sebelum Lim membuat usul undang-undang anti lompat parti ke DUN. 

Di hospital, Lydia dimaklumkan tentang bapanya yang mungkin akan menghembuskan nafas pada bila-bila masa. Dia menghubungi Lim Guan Eng dan merayu agar dibenarkan terus berada di sisi bapanya buat kali terakhir. Namun Lim Guan Eng yang tidak berhati perut, mendesak dan memaksa Lydia agar balik ke DUN dan menunggu sehinggalah usul tersebut diluluskan.

Pada ketika undang-undang tersebut diluluskan, bapa Lydia sudah pun meninggal dunia. Lydia tidak sempat menatap wajah bapanya yang masih hidup buat kali terakhir. (RUJUK STOPTHELIES)

Pada April 2015, Lydia mengumumkan, dia tidak akan bertanding lagi pada PRU akan datang dan tidak akan terbabit dengan politik lagi kerana 'bertentangan dengan jiwanya'. (RUJUK THESTAR ONLINE)

SEDAP MULUT ZAIRIL SEDANGKAN DIA SENDIRI TAK LEKANG DENGAN KEHIDUPAN LAGHO

Friday 25 March 2016 · 2 comments

Zairil Khir Johari cuba bercakap tentang kepimpinan Islam. Cuba memberitahu kononnya Hadi Awang yang tidak pernah melangkah masuk ke kelab-kelab malam untuk berclubbing bertemankan wanita-wanita berpakaian seksi dengan tetek berbuai-buai, tidak cukup Islam!

Semuanya sebab Hadi Awang kata dan seru orang Islam agar tidak sesekali menyokong DAP yang bukan sahaja kuat mungkir janji sebaliknya menikam dari belakang.

Apa yang Zairi yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera tahu tentang Islam dan cabang-cabang ilmu di dalam Islam termasuklah kepimpinan?

Adakah DAP tersangat Islam sedangkan DAP sendiri menyekat orang Islam daripada menduduki jawatan penting dan pembuat keputusan dalam pemiluhan parti itu. Kalau ada nama Islam pun, mereka hanyalah lantikan yang tidak mempunyai sebarang fungsi melainkan sebagai pepatung.

Ada hati nak menegur orang lain semata-mata nak membela parti sendiri sedangkan hidup pun tunggang langgang antara fasik dan Islam berdaftar di Pejabat Pendaftaran Negara.

Bukan tak boleh menegur tapi kalau kehidupan fasik yang dijalani, lebih baik tutup mulut dan hindarilah daripada berbicara tentang Islam!

MUHYIDDIN YASSIN Kantoi Lagi... Kali Ini Di Tangan ZETI AKHTAR Pulak!

· 7 comments

"Rakyat bersamamu, Tun."
"Rakyat bersamamu, Tan Sri Mahyuddin."

Deklarasi Rakyat...
Perjuangan Rakyat...
Demi Rakyat...

Itu semua adalah retorik-retorik yang seringkali digunakan untuk mendapatkan sokongan dan perhatian. Pendek kata segala-gala yang dibuat cuba ditunjukkan dan ditekankan mendapat sokongan atau mandat majoriti rakyat.

Hakikat rakyat yang dimaksudkan oleh kelompok ini hanyalah segelintir sahaja sedangkan majoriti pula merupakan golongan pasif yang tidak memberikan banyak reaksi kecuali tindakan seperti mengekalkan kerajaan dalam setiap pilihanraya.

Begitu jugalah dalam isu Mahathir dan konco-konconya termasuklah Mahyuddin Yassin. Kesilapan dan salah jangka tentang pengaruh Mahathir akhirnya menyebabkan Mahyuddin terperangkap.

Mahathir hanya berpengaruh ketika dia bersama kerajaan dan UMNO sahaja. Sebagai seorang pesara, Mahathir tidak ada pengaruh yang besar kecuali mereka yang masih bernostalgia dengan pentadbiran silamnya yang kaya dengan dongeng atau mitos tentang pembelaan ke atas orang Melayu-Bumiputera.

Penafian oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar sekali lagi membuatkan Muhyiddin seperti anjing laut di kebun getah. Sekali lagi Muhyiddin dimalukan oleh kenyataannya sendiri.

Zeti menafikan pertemuannya dengan Muhyiddin. Sekaligus mengingatkan kita tentang 'pertemuannya' dengan Ghani Patail ketika bekas Peguam Negara itu masih menjawar jawatan berkenaan. Muhyiddin terkantoi apabila dia sebenarnya tidak layak dan tidak boleh bertemu Peguam Negara atas kapasiti individu tanpa melalui prosedur dan protokol tertentu.

Kes yang sama juga berlaku untuk Zeti Akhtar...

Siapakah 'RAKYAT' yang memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada Muhyiddin sehingga bekas Timbalan Perdana Menteri itu asyik mengantoikan diri sahaja?

Bayangkanlah bagaimana Mahathir tidak nyanyuk dengan nasihat-nasihat dan tunjuk ajar bodoh yang akhirnya mencemarkan namanya sendiri.

'Rakyat' yang seringkali mereka sebutkan itu rupa-rupanya lebih mendatangkan mudarat kepada batang tubuh yang disandar mereka!

Bukan Sahaja Mahathir Sudah Nyanyuk Tetapi Juga Orang Di Sekelilingnya Juga Cuba Membunuhnya!

Thursday 24 March 2016 · 3 comments

Semalam, Mahathir telah menfailkan saman ke atas Najib agar RM2.6 bilion diserahkan kepada kerajaan. Sumber maklumat yang digunakan oleh Mahathir adalah laporan Sarawak Report dan Wall Street Journal serta maklumat orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, selepas WSJ menulis dua kali semenjak bulan lepas bahawa para penyiasat bersetuju dengan Peguam Negara bahawa RM2.6 bilion telah pun dipulangkan beberapa bulan selepas PRU13, maklumat itu seperti tidak sampai kepada Tun Dr. Mahathir. Khairuddin Abu Hassan dan Ainina Saadudin yang garit dan tergedik-gedik pun langsung tidak bercakap tentang penyiaran berita WSJ itu.

Jadi, bagaimana, penyerahan duit berbilion kepada kerajaan boleh dilakukan kalau duit tersebu telah dipulangkan?

Bagaimanakah WSJ boleh dipercayai atau tidak boleh dipercayai atau anda hanya mahu percaya pada bahagian yang anda hendak percaya?

Pada mulanya, apabila setiap orang berkata, berbilion duit telah hilang, semua pakat-pakat kecoh. 

Sekarang apabila kebenaran telah terserlah bahawa berbilion duit tersebut sebenarnya tidak hilang, mereka yang kecoh termasuklah Tun Mahathir, Khairuddin dan Ainina buat-buat tidak nampak dan masih lagi percaya bahawa Najib telah membelanjakan kesemua wang tersebut atau menyimpan untuk kegunaan peribadinya. 

Najib adalah 'PENYAMUN YANG GAGAL' memandangkan dia hanyalah 'penyamun' yang membawa 'wang curi' kembali ke Malaysia menerusi akaun peribadinya untuk orang lain menjejakkinya berbanding menyembunyikan wang tersebut secara rahsia dalam akaun pesisir pantai asing.

Dia juga 'penyamun' yang berbanding mencilok wang tersebut dan menyembunyikannya, dia mengembalikan wang berkenaan. 

Sesuatu yang tidak kena di sini.  (RUJUK SINI)

Beberapa bulan dahulu, Mahathir dengan bangganya berkata, dia tidak pernah menyaman sesiapa pun sebelum  ini kerana ia hanyalah proses yang membazir masa dan 'biarkan rakyat yang mengadilinya'. 

Dia juga berkata, demonstrasi jalanan BERSIH adalah agenda luar negara untuk menghancurkan Malaysia, manakala Lim Kit Siang adalah ultra-rasis dan Anwar adalah agen Yahudi. 

Tetapi sekarang, Mahathir berbuat seperti tidak seperti apa yang dicakapkannya. 

Tidakkah itu namanya nyanyuk atau pun hilang kewarasan akibat acuman daripada orang sekeliling yang terlalu kuat mendesak?

DAP SARAWAK TERPERANJAT... KESEMUA PENIAGA CINA MARUDI TUTUP KEDAI SEMATA-MATA UNTUK JUMPA ADNAN SATEM

· 0 comments

DAP Sarawak telah pun menjadikan DUN Marudi sebagai sasaran mereka kerana kedudukan orang Cina di kawasan tersebut. Sekaligus menimbulkan kemarahan PKR Sarawak sehingga mencetuskan provokasi dan konflik dalaman antara kedua-dua parti yang berasal dari Semenanjung itu kerana perebutan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Dan untuk menambah lagi rencah, dua parti komponen BN Sarawak, TERAS dan SPDP menerusi Sylvester Entri Muran dan Tiong Kim Sin turut berkonflik kerana mencalonkan Dr Penguang Manggil sebagai calon baru N.66 Marudi memandangkan Sylvester Entri sudah lama menjadi ADUN iaitu dari tahun 1996.

Barangkali disebabkan itulah, Ketua Menteri Sarawak masih belum menamakan calon untuk DUN Marudi bagi mengelakkan sabotaj, sekaligus memberikan kelebihan kepada DAP yang dilihat lebih berkelebihan berbanding PKR yang menjadi penumpang dan pencuri kredit. 

Sebaliknya, Adenan Satem meminta Entri dan Tiong serta para penyokong mereka saling bekerjasama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di kerusi tersebut. 

"Saya mahu penyokong Entri dan King Sing yang mencalonkan Dr. Penguang Manggil bekerjasama. Jika penyokong berkenaan bergabung, saya pasti BN tiada masalah menawan semula kerusi DUN Marudi," katanya di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Marudi. 

Sesuatu yang menarik tentang kedatangan Adenan Satem ke Marudi ialah apabila KESEMUA 100 buah kedai di Marudi, Miri telah ditutup selama dua jam oleh para pemilik yang teruja untuk bertemu dengan Ketua Menteri itu dalam sesi turun padang.

Di Marudi, 80% perniagaan dimiliki oleh kaum Cina dan penutupan dari jam 10:00 pagi sehingga tengah hari oleh para pemilik yang mahu bertemu dengan Adenan dalam sesi yang dianjurkan oleh Penguang Manggil, calon pilihan Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) untuk Marudi. 

Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Baram, Chua Sing Yong berkata, walaupun Dewan Perniagaan memutuskan untuk menangguhkan semua acara, tiada arahan dikeluarkan untuk para pekedai menutup kedai masing-masing. 

Chua berkata, Dewan Perniagaan mahu menunjukkan sokongan kepada Adenan dan polisi mesra rakyat Adenan terutama yang membabitkan agama, pendidikan Cina dan pembangunan infrastruktur luar bandar. 

Dia juga berkata, mereka mahu menunjukkan sokongan kepada calon SPDP (Penguang Manggil) dan menghantar mesej kepada Barisan Nasional bahawa pengundi Cina boleh menyokong parti pemerintah sekiranya calon-calon yang baik dipilih. 

"Sekiranya calon BN berkredibel, kami akan memberikan sokongan 100%. 

"Kami boleh bersatu untuk tujuan sebab yang baik," kata Chua. 

Menurut Chua, kaum Cina di Marudi sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi pembangkan pada 2011 kerana mereka tidak gembira dengan calon BN, langkah yang mendorong kepada penurunan teruk jumlah yang membuang undi iaitu di bawah 60%. 

Terdapat lebih kurang 2000 orang pengundi Cina di DUN yang telah menjadi kubu kuat Sylvester Entri Muran selama lima penggal. 

Entri sebelumnya adalah ahli SPDP. Bagaimanapun, sekarang, Entri adalah ahli Parti Tenaga Sarawak (TERAS) sebuah parti mesra BN dan bersaing dengan Penguang sebagai calon untuk PRN akan datang. 

Dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, DUN N.66 Marudi mempunyai seramai 13,093 pengundi berdaftar dengan jumlah pengundi yang turun mengundi adalah seramai 7,598 orang atau 58.03%. Calon Barisan Nasional Sylvester Entri yang merupakan Pengerusi TERAS Marudi, berjaya mengalahkan calon-calon dari PKR dan dua calon Bebas dengan majoriti undi 3,898 selepas berjaya mengaut undi sebanyak 5,466 undi.

Demi Ego dan Air Muka Yang Besar, Mahathir Akhirnya Saman Najib Abdul Razak

Wednesday 23 March 2016 · 5 comments

Ringgit dibuka tinggi berbanding Dollar Amerika. Nilai tukarannya kini berada pada paras psikologi RM4.00. Sekaligus menunjukkan kebenaran tentang kaitan antara kadar tukaran Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat bergantung kepada harga minyak dunia sepertimana yang diteorikan oleh ahli-ahli ekonomi dan kewangan sebelum ini, sekaligus menyanggah dan menafikan teori ahli-ahli politik pembangkang, termasuklah Tun Dr. Mahathir yang masyhur dengan kata-katanya, ekonomi dan Ringgit Malaysia akan merudum selagi Najib tidak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Malangnya, Mahathir bukannya tok nujum yang terus mata. Dia sekadar mendapat maklumat daripada orang sekeliling yang mahu mempergunakannya dan pengaruhnya bagi kepentingan mereka.

Nilai Ringgit tidak jatuh lebih teruk, malah, terus mengukuh dan mulai kembali beransur-ansur ke kadar asal dengan para penganalisa yakin, nilai Ringgit berbanding US Dollar akan pulih dalam tempoh yang singkat. Apatah lagi, kadar kemasukan pelaburan baru terutama sekali dari Dunia Arab, jauh lebih berkembang dan kewujudan kerja-kerja kosong yang lebih banyak, mengatasi permintaan kerja oleh penduduk tempatan.

Sekaligus kedudukan Najib turut mengukuh walaupun pada masa yang sama, Mahathir dan pembangkang yang lain berusaha menjatuhkannya dengan pelbagai cara termasuklah fitnah terbaru menggunakan cover majalah Time yang telah dipalsukan.

Deklarasi Rakyat semakin suram dan semakin tidak mendapat sambutan. Mukhriz dan Muhyiddin ternyata gagal mengumpulkan dan mewujudkan gelombang massa seperti yang dikehendaki dengan kegagalan teruk kepada Mukhriz menerusi ceramah terakhirnya di Johor yang hanya dihadiri oleh beberapa kerat penyokong sendiri.

Dua orang macai totok Mahathir, Ainina Saadudin, bekas ahli Wanita UMNO Langkawi dan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Khairuddin Abu Hasan sekali lagi menjadikan Mahathir sebagai kenderaan mereka untuk melunaskan dendam kepada UMNO yang telah menyingkirkan mereka. Ketiadaan pengaruh selain mereka sendiri terpalit dengan cop bebal sombong, menyebabkan gelagat mereka sekadar ditertawakan.

Begitulah juga dengan usaha terbaru menggulingkan Najib dengan menggunakan mahkamah. Bunyinya gempar kerana kononnya, Najib disaman atas alasan 1MDB dan RM2.6 bilion wang derma Arab Saudi yang dimasukkan ke akaun peribadinya - satu budaya yang dilakukan dari zaman berzaman, malah oleh Mahathir sendiri berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dalam sebuah klip video.

Bagaimanapun, saman tersebut sekadar mengenai campurtangan Najib dalam siasatan, langsung tidak melibatkan tentang RM2.6 bilion yang digembar-gemburkan!

Ternyata Mahathir dan penyokongnya semakin tenggelam punca sehingga terpaksa melakukan stunt politic dan publisiti walaupun sedar, RM2.6 bilion yang dipertikaikan oleh Mahathir dan konco-konconya tiada kena-mengena dengan mereka, memandangkan ia adalah wang derma politik.

Selama ini, Mahathir cuba menggulingkan Najib, dia gagal. Mahathir cuba mempengaruhi Ahli-Ahli Parlimen agar mengadakan undi tidak percaya kepada Najib, pun dia masih gagal. Kini Mahathir cuba menggunakan mahkamah untuk menyaman dengan tuduhan yang langsung tidak ada locus standi dan nampak gayanya dia akan gagal lagi.

Mahathir sudah kehilangan semua opsyen. Prestasi ekonomi dan kewangan negara pula, jauh mengatasi jampi serapah dan nujum pak belalangnya.

Walaupun Semakin Getir, Sempat Lagi Arahan Perobohan dan Pemusnahan Perniagaan Melayu Dibuat di Pulau Pinang

· 1 comments

Pada ketika Ketua Menteri Pulau Pinang sedang menggelabah dan panik setelah skandal penjualan tanah dan pemilikan hartanah pada diskaun tidak munasabah serta kaitan kedua-duanya, kezalimannya tidak menemui titik noktah. 

Dengan bertenterakan anggota-anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang rata-rata kebanyakan daripada mereka adalah Melayu, yang mana sebahagian daripada mereka pula, mempunyai ahli keluarga yang turut berhadapan dengan proses penghalauan dan pelupusan Melayu di bahagian pulau di negeri tersebut, satu lagi pemusnahan dan pembersihan dilakukan. 

Semalam, MBPP telah bertindak bertindak merobohkan berberapa premis tepi laut di Bayu Senja Batu Feringghi, belakang Condominium By The Sea.

Chalet Wave Runner yang dimiliki oleh Hj Ismail Din & Rosli Bakar dan 4 lagi pengusaha sukan air dirobohkan. Perobohan adalah atas alasan chalet dan perniagaan-perniagaan di situ tidak mempunyai lesen perniagaan dan pembinaan bangunan tersebut juga adalah secara haram. Pengusaha terkejut kerana tidak dimaklumkan atau diberi notis sebelum mereka merobohkan premis.

Ada maklumat yg menyatakan terdapat aduan daripada pihak Condominium By The Sea kepada MBPP bahawa premis-premis tersebut telah mencemari keindahan kawasan pantai di sini.

Menariknya ketegasan pihak MBPP yang diperkuatkan oleh orang Melayu sebagai petugasnya tidak pula dikuatkan ke atas premis-premis bukan milik Melayu yang dibiarkan beroperasi, padahal status mereka juga meragukan dan haram.

AMBIGA DAN MACAI-MACAI DAP YANG LAIN TURUT MENGGESA LIM GUAN ENG BERCUTI DARI JAWATAN KETUA MENTERI

Tuesday 22 March 2016 · 1 comments

Akhirnya Ambiga Sreevanasan bersuara dan berbanding para pemimpin DAP lain seperti Tony Pua yang tidak mahukan Lim Guan Eng bercuti walaupun hari ini, sekali lagi Lim Guan Eng terkantoi besar buat kali seterusnya.

Kata Ambiga, Lim Guan Eng perlu mengambil cuti. Sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada mempunyai prima facie atau Ambiga melihat ianya selari dengan cubaan menutup malu Majlis Peguam yang lebih banyak mendiamkan diri dalam kes Guan Eng sebelum ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menimbangkan pilihan termasuklah bercuti, kata Ambiga Sreenevasan.

"Dia perlu membuat pilihan. Yang terbaik adalah dia perlu menggesa SPRM untuk melakukan siasatan dengan seberapa segera dan saya juga menyarankan begitu kerana hal ini adalah sesuatu yang perlu disiasat segera," katanya.

Dia juga ditanya sama ada Lim Guan Eng perlu mengambil cuti daripada jawatannya sepanjang siasatan SKMM berhubung pembelian sebuah hartanah pada harga diskaun.

Ditanya lebih lanjut, Ambiga berkata, terdapat banyak pilihan yang perlu diambil dalam tuduhan tersebut, termasuklah bercuti. Menurutnya, Lim Guan Eng perlu mempertimbangkan pilihan tersebut tetapi sangat berharap siasatan akan dilakukan dengan segera serta adil.

Kedudukan Lim Guan Eng benar-benar goyah selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya membuat pendedahan di Parlimen ekoran pembelian hartanah melibatkan tanah dan banglo dengan harga RM2.8 juta pada tahun lepas yang merupakan harga di bawah paras harga pasaran.

Pembelian hartanah tersebut pada paras lebih rendah dari harga pasaran dikatakan mempunyai hubung kait dengan pembelian tanah kerajaan pada tahun 2012.

Lim Guan Eng menafikan sebarang salah laku, begitu juga dengan bekas pemilik hartanah tersebut, Phang Li Koon.

Pada masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berkata, Lim seharusnya bercuti bagi memastikan siasatan dijalankan secara lancar dan telus. Bagaimanapun Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula berkata, tidak perlu Lim Guan Eng bercuti kecuali dia telah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cornyism (C4) Cynthia Gabriel berkata, Lim Guan Eng perlu bercuti kecuali dia boleh memuaskan hati masyarakat awam berhubung pembelian hartanahnya.

"Lim perlu menjawab sama ada terdapat kepentingan peribadi dalam pembelian hartanah tersebut. Mengadakan 'rumah terbuka' tidak akan menjawab dan menyelesaikan tuduhan utama yang telah ditimbulkan.

"Sekiranya dia tidak dapat memuaskan hati masyarakat awam, perlu menyingkirkan dirinya," kata Gabriel lagi.

MAT SABU PULA DIHALANG MASUK KE SARAWAK... PAN HANCUR DI SARAWAK!

· 2 comments

Bukan rahsia umum lagi bahawa PAN adalah BIRO MELAYU-ISLAM DAP yang ditubuhkan bertujuan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Islam kepada DAP. PAN atau Parti Amanah Negara sememangnya ditubuhkan 'atas tangan' dan pembiayaan DAP.

Dengan PAS yang merupakan musuh utama PAN sudah pun membuat pengumuman akan meletakkan lebih ramai calon pada PRN akan datang, walaupun PAS tidak begitu optimis akan memenanginya, PAN dilihat oleh DAP sebagai kenderaan yang paling sesuai untuk menamatkan angan-angan PAS sekaligus memberikan kemenangan kepada DAP yang juga akan bertanding di kerusi-kerusi DUN tersebut.

Mat Sabu, Presiden PAN dihantar ke Sarawak untuk tujuan tersebut.

Malangnya, hari ini, Mat Sabu menyertai sebahagian besar pemimpin DAP dan PKR yang dilarang masuk atau menjejakkan kaki ke Sarawak. Pengembaraan Mat Sabu di Sarawak, hanya terhenti di Lapangan Terbang Sibu bersama pegawai khasnya pada jam 10:40 pagi tadi sebelum diproses dan diarahkan pulang ke Semenanjung.

Mujahid Yusof bukan main marah lagi apabila Sarawak menggunakan kuasa autonominya yang berkaitan Imigresen dan cuba mengungkit tentang Perlembagaan Persekutuan selain menyatakan Pejabat Ketua Menteri Sarawak telah melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menguatkuasakan kuasa autonomi berkenaan Imigresen ke atas Mat Sabu.

Menariknya, Mujahid Yusof juga antara yang begitu sibuk berkempen kononnya Sarawak tidak mempunyai kuasa autonomi walaupun Perjanjian Malaysia 18 Perkara memberikan kuasa tersebut kepada Sarawak seperti yang termaktub dalam PERKARA 6 membabitkan Imigresen:

Perkara 6: Imigresen
Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan.

Kalau perkara 'asas' tentang autonomi Sarawak pun, puak-puak PAN dan DAP tidak tahu, untuk apa mereka berkempen di Sarawak membantu DAP untuk menjadi Kerajaan Negeri? Untuk apa pula mereka menyalak tentang apa yang sebelum ini mereka perjuangkan tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, mereka menyalahkan perkara yang diperjuangkan?

Yang pasti, kesian Mat Sabu... tidak lagi dapat menjamah Mi Kolok yang menjadi kegemarannya. Terpaksalah dia berkirim dengan Chong Chien Jien, Pengerusi DAP yang bukan sahaja tidak faham dan fasih berbahasa Kebangsaan tetapi berbahasa Inggeris pun lebih banyak 'aaaaa...' dan gagap daripada bercakap... tak tahulah kalau Mat Sabu yang sudah sekian lama makan atas tangan Lim Guan Eng sudah boleh berbahasa Mandarin memandangkan manusia seperti Chong Chien Jien sama sekali tidak akan belajar dan mempertingkatkan kemahiran Bahasa Kebangsaannya!!!

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks