LAGI KES NOMBOR PENDAFTARAN SAMA... JPJ JANGAN TIDUR

Sunday 30 November 2014 | 9 comments

Ketika JPJ tengah 'mengamuk' memburu plat nombor-nombor pendaftaran kenderaan persendirian, siap dengan pembaris dan pengukur, muncul juga kisah kenderaan persendirian yang dikesan mempunyai nombor pendaftaran yang sama bagi model dan warna kenderaan yang sama, tetapi dimiliki individu yang berasingan. Lebih menarik lagi, kedua-dua kenderaan yang berkongsi nombor pendaftaran itu turut memiliki cukai jalan yang sah, yang sudah tentulah dikeluarkan oleh JPJ.

Nampaknya, satu lagi kes berlaku dan berjaya dikesan oleh pemilik kenderaan persendirian sah.

Apakah kali ini JPJ akan mula melakukan operasi mengesan kereta sah dan kereta tidak sah?

Atau JPJ akan memulakan siasatan dalaman terlebih dahulu, memburu kakitangan sendiri yang terlibat dalam pengeluaran pemilikan dan pengesahan kenderaan tersebut menerusi cukai jalan dan geran?

Atau JPJ akan mengeluarkan kenyataan bahawa semua ini hanyalah fitnah ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan sepertimana yang kerap mereka lakukan sebelum ini?

Berbanding Minta Polis Siasat dan Banteras Industri Jenayah dan Maksiat di Pulau Pinang, Guan Eng Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin UMNO!


Sama seperti PPS yang bertindak sebagai TONTO untuk memastikan industri jenayah dan maksiat yang menjadi punca pendapatan utama DAP tidak diganggu gugat, Lim Guan Eng, bapa kepada PPS sekali lagi bertindak seperti kepala gangster yang bimbang pendedahan yang dibuat oleh perwakilan Pulau Pinang tentang jenayah dan maksiat di Pulau Pinang yang melonjak tinggi di bawah pentadbiran DAP akan terjejas.

Perwakilan dari Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said mendedahkan bagaimana kekayaan luar biasa dan kuasa politk di luar akal normal sebilangan besar orang Cina kerana terlibat dengan industri jenayah dan maksiat. Mohd Zaidi telah meminta agar pihak berkuasa bertindak menghapuskan industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang yang nampaknya semakin berleluasa.

Selain MCA yang melompat kerana ianya menyentuh orang Cina tetapi juga Lim Guan Eng serta DAP yang memperolehi sokongan kewangan secara langsung daripada kumpulan jenayah dan maksiat.

Menariknya, berbanding memandang berat isi kandungan ucapan dan kenyataan Mohd Zaidi tentang industri jenayah dan maksiat yang mengancam keselamatan serta nilai-nilai moral rakyat serta penduduk Pulau Pinang, Lim Guan Eng memilih sisi lain untuk mengenakan Mohd Zaidi dan membela kelompok pemain industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng telah menggesa PDRM bertindak ke ats Mohd Zaidi kerana menghasut dan menfitnah. Sedangkan Mohd Zaidi memperkatakan perkara sebenar. Dari hub dadah antarabangsa, penyeludupan dan penjualan senjata api secara gelap, pemerdagangan manusia, pelacuran sehinggalah money-laundering dalam bentuk hotel bajet, kadar jenayah di Pulau Pinang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Ditambah pula dengan perlindungan yang diterima oleh sindiket-sindiket jenayah tersebut menerusi kegiatan PPS yang kini telah disahkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

DAP dan Lim Guan Eng memandang berat dakwaan yang dibuat oleh Mohd Zaidi tetapi beranggapan ancaman industri jenayah dan maksiat di negeri itu sebagai perkara enteng.

Apa sebenarnya motif Lim Guan Eng? Apakah desakannya itu bermaksud, industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang tidak boleh disentuh dan didedahkan? Mengapa Lim Guan Eng memilih pendekatan RASIS bertentangan dengan ikrarnya bahawa DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia? Mengapa lebihkan jenayah dan industri maksiat berbanding keselamatan rakyat dan penduduk Pulau Pinang?

ECPI, Universiti Bogus, Kelulusan Temberang... Isu Besar Tetapi Tiada Tindakan Undang-Undang

Saturday 29 November 2014 | 8 comments



Ada pihak yang sangat istiqomah mendedahkan pembohongan, penipuan serta pemerdayaan yang melibatkan pseudo-science oleh golongan yang gilakan gelaran Profesor, Doktor, Sir dan sebagainya di Facebook. Bagaimanapun, sambutan kepada pendedahan tersebut agak mengecewakan dan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri belum mengambil sebarang langkah serta tindakan bersesuaian.


Dakwaan daripada pihak yang mendedahkan sindiket yang berselindung di sebalik jenama air ECPI dan Electronic Medical (EM) yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang menggunakan gelaran Profesor Sir Doctor, gagal dijawab atau golongan terbabit, sebaliknya pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab dibuat terhadap pendedah yang menggunakan nama Matt Deraman di Facebook.



Beberapa sanggahan dari segi sains juga, gagal dijawab sebaliknya lebih banyak pembohongan yang dibuat atas nama sains tanpa dipantau oleh pihak-pihak berkenaan.

Anehnya, golongan tersebut yang sedang terdesak apabila pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, cuba mengaitkan sesiapa sahaja yang mendedahkan pembohongan mereka sebagai penyokong Tamil Eelam, pengganas, Syiah dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, ketua mereka sendiri berada di Israel pada 14 November 2010 tanpa sebarang tujuan yang diketahui.





Pendedahan tentang pembohongan melibatkan ECPI dan syarikat yang mengeluarkannya boleh dibaca DI SINI.

Mungkin sebahagian daripada anda pernah mengingati sejarah dan modus operandi perubatan alternatif bernama Cakra Alam yang turut melibatkan pseudo-science di mana penerajunya turut menggunakan gelaran Prof.Dr.Sir dan Al-Hafiz yang akhirnya tembelangnya telah dibuka oleh sekumpulan wartawan dari Korea Selatan. Selepas tembelang itu dibuka, pusat perubatan alternatif itu turut berkubur.




Antara kesalahan-kesalahan utama yang telah dilanggarkan oleh kumpulan berkenaan adalah:

Kesalahan 1: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(a)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 2: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(c)
Tiada seorang pun boleh mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 3: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(d)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”.





Anda boleh membaca sepenuhya pendedahan yang dibuat oleh MATT DERAMAN di wall Facebooknya..

Sudah Tahu Kekuatan Cina Datangnya Dari Kongsi Gelap, Mengapa Kongsi Gelap dan Jenayah Mereka Tidak Dihapuskan?


Kewujudan kongsi gelap Cina di negara kita sebenarnya bukan lagi rahsia. Dalam masa yang sama kita juga agak kehairanan bagaimana mereka masih lagi boleh wujud dalam negara kita. Selain daripada itu juga mereka ini dikatakan mempunyai “kuasa” yang agak besar dalam banyak perkara sehingga boleh menjejaskan beberapa perkara penting yang melibatkan “maruah” orang Melayu.

Semasa Perhimpunan UMNO 2014 hari ini, perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said telah menyatakan bahawa kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran. Oleh itu tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa. (petikan Malaysian Insider)

“Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa.” “Saya pergi Permatang Pauh saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas,” katanya.

Negeri Pulau Pinang sekarang dalam pentadbiran DAP. Sebelum ini juga beberapa portal dan blog telah menyiarkan berita kegiatan kongsi gelap di sini yang dilihat semakin parah sehingga ianya membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah pihak kongsi gelap ini sebenarnya telah menguasai Polis Diraja Malaysia?

Sekiranya pihak PDRM bertindak pun, mereka dilihat seolah-olah cuba memberi “amaran” dengan menyiarkan gerakan operasi secara berleluasa dalam media arus perdana. Semua rakyat berbagai lapisan masyarakat dapat melihat kepincangan yang terlampau teruk dalam operasi pihak berkuasa ini. Dalam masa yang sama mereka memerlukan penjelasan yang munasabah dari pihak berkuasa bukannya jawapan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Malahan menurut sumber media sosial juga, kebanyakkan tangkapan yang dibuat hanya sekadar tangkapan terhadap “ikan bilis” sahaja manakala “jerung-jerung” pula masih terus dapat bermaharajalela dengan bebas.

Kenyataan-kenyataan yang sedang viral di media sosial ini sebenarnya merupakan satu “tuduhan” dan “cabaran” yang agak berat terhadap PDRM. Oleh itu kami seluruh rakyat Malaysia mahu PDRM buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak kongsi gelap ini tidak mempunyai sebarang pengaruh dan kuasa terhadap mereka dengan menangkap “jerung-jerung” kongsi gelap bukan sekadar “ikan bilis” sahaja.

Selain daripada itu juga, dengan penangkapan “jerung-jerung” kongsi gelap ini dengan sendirinya masyarakat Cina di negara kita akan mula menghormati kerajaan Barisan Nasional. Selama ini masyarakat Cina telah “pandang” kerajaan Barisan Nasional “sebelah mata” kononnya kerana “jerung-jerung” kongsi gelap ini lebih berkuasa daripada PDRM. Kami mahukan Malaysia yang aman dan tenteram di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Dari: MYKMU.NET

AWAS! Perompak Dengan Kereta Honda Warna Emas Ini Sedang Bermaharajalela Di Kuala Lumpur

Friday 28 November 2014 | 3 comments


Semakin banyak laporan dan pendedahan membabitkan sebuah kereta JENIS HONDA ACCORD dengan NOMBOR PENDAFTARAN BKC 8910 (dipercayai kenderaan curi dan nombor pendaftaran palsu) melakukan penjarahan dan jenayah di jalanraya-jalanraya sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Terbaru, seorang pengguna Facebook mengadu tentang kemunculan kenderaan tersebut dengan tiga orang lelaki India yang telah menghimpit kenderaannya sebelum salah seorang daripada mereka menurunkan tingkap dan cuba memecahkan cermin tingkapnya.

Bagaimanapun, safety sticker yang digunakan pada cermin keretanya, menghalangnya daripada dipecahkan. Menyedari kegagalan untuk memecahkan cermin kereta mangsa, suspek kemudian memecut meninggalkan tempat kejadian.



Mangsa bagaimanapun, sempat mengambil gambar sebahagian daripada suspek dan nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Awas, berhati-hati dengan kenderaan ini jikalau anda melihatnya di jalanraya. Hubungi balai polis berhampiran seandainya kenderaan tersebut menghampiri kenderaan anda!

Bukan Laporan Polis Sahaja Untuk Pengganas Parti Komunis Malaya Yang Anjurkan Malam Malam, Tapi Tindakan Keras Ke Atas Mereka!

Thursday 27 November 2014 | 9 comments

Semenjak termansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri, Komunis mula mempamerkan belang mereka. Berselindung dengan berlagak seolah-olah mereka adalah pejuang kemerdekaan negara dan menggunakan nama pengganas-pengganas komunis Melayu untuk tujuan penyamaran, Parti Komunis Malaya yang telah mengaku kalah dan meletakkan senjata beramai-ramai sebelum menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia, Parti Komunis Malaya dilihat sedang menganjurkan kempen untuk mengkader dan merekrut penyokong-penyokong dari kalangan generasi muda dengan bantuan pemimpin-pemimpin politik pembangkang Malaysia, terutama sekali dari PKR dan PAS.

Menariknya, walaupun cukup kuat menyokong PKM dan pernah menuntut agar Chin Peng dibenarkan 'balik' ke Malaysia walaupun Chin Peng bukanlah rakyat negara ini dan menolak untuk menjadi warganegara, DAP tidak terlibat dan sekadar menjadi dalang di belakang penganjuran makan malam bagi memulakan pengkaderan dan perekrutan.

Majlis Makan Malam melibatkan pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya akan diadakan pada 29 November 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Difahamkan selain daripada majlis makan malam, turut dianjurkan nanti adalah ceramah yang akan memutarbelitkan fakta sebenar tentang proses perjanjian damai, kebaikan perjanjian damai kepada perjuangan komunis, kehidupan selepas perjanjian damai dan lain-lain hal yang berhubung kait dengan perjanjian damai.

Makan malam tersebut turut menghimpunkan bekas-bekas pengganas komunis dan penyokong mereka yang dikatakan telah bertaubat dan mahu berubah. Pada masa yang sama, turut menerapkan tentang kebaikan fahaman komunis yang kononnya perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan, sekalipun rekod Parti Komunis Malaya ialah kekejaman dan huru-hara selama lebih tiga dekad.

Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 dalam impian mewujudkan sebuah Empayar China Komunis yang berkiblatkan Mao Tze Tung dan Revolusi Kebudayaan Negara Tirai Besi itu bagi mengimbangi empayar komunis Russia dan blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Kejayaan mengkomuniskan Laos, Cambodia dan Vietnam memerlukan Tanah Melayu sebagai jajaran utama bagi penguasaan laluan perdagangan serta ketenteraan strategik yang membolehkan Komunis China menguasai sepenuhnya Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Jepun dan pinggir Pasifik.

Sepanjang penguasaan dan kejahatan Parti Komunis Malaya, ratusan ribu rakyat Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak menderita dibunuh, dizalimi, dicacatkan dan dijarah selain kerosakan harta awam dalam usaha Chin Peng untuk menguasai negara ini untuk dicantumkan dengan China.


RASUAH RM100 JUTA DAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM

Menteri Luar, Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang dia telah ditawarkan rasuah berjumlah RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh kem Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah dan membawa 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah untuk menyertai kem Pakatan Rakyat dalam usaha Anwar Ibrahim membentuk sebuah kerajaan baru pada 19 September 2008.

Ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Shafie Abdullah, Anifah menamakan orang dari kem Anwar Ibrahim sebagai Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC.

Menurutnya, Ishak teah membuat tawaran kepadanya sewaktu dia berada di Hotel Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral.

"Saya marah dengan tawaran tersebut dan berasakan maruah saya direndah-rendahkan memandangkan saya adalah Ahli Parlimen tigal penggal. Saya beritahu Ishak, 'Jangan ulang lagi perkataan-perkataan itu.'

"Saya telah menyatakan dalam ucapan saya di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya menolak jawatan Timbalan Menteri kerana saya marah apabila Kerajaan Persekutuan (di bawah Abdullah Badawi) tidak memberikan pengiktirafan kepada Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya juga menyatakan di dalam Parlimen bahawa walaupun kecewa dengan jawatan tersebut dan BN telah kehilangan lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah," katanya.

Anifah ketika ditanya oleh Shafie menegaskan dia tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan tersebut, sama ada ia berlaku selepas pertemuannya dengan semua Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah di Macau atau dalam satu pertemuan lain dengan Ahli-Ahli Parlimen Sabah di Le Meridien, Kota Kinabalu.

"Malahan (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Abdul Rahman Dahlan turut memberitahu Parlimen bahawa dia juga menerima tawaran yang sama," katanya lagi.

Anwar dalam testimoninya di Mahkamah pada 14 Ogos lalu berkata, Anifah telah bersedia untuk berpaling tadah sekiranya Pakatan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah dia tidak akan membocorkan perincian siapa yang akan berpaling tadah kepadanya walaupun telah didesak berulang-ulang kali oleh Shafie.

Apa Masalah CINA-DAP Dengan Nama-Nama Sultan Melayu Digunakan Untuk Jalan-Jalan Utama Di Kuala Lumpur?

Bermula dengan Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping yang menyatakan tetntangannya secara terbuka ke atas keputusan DBKL untuk menamakan semula lapan batang jalan utama di Kuala Lumpur dengan nama-nama DYMM Yang Di-Pertuan Agong, tentangan seterusnya dibuat oleh Cina-Cina yang kuat menyokong DAP.

Apa masalah mereka dengan nama-nama Sultan Melayu?

Kebencian mereka langsung tidak berasas memandangkan Institusi Kesultanan Melayu itulah yang telah memberikan datuk dan nenek mereka taraf kewarganegaraan negara ini.



Sejarah kewarganegaraan negara ini kurang diperkatakan atas alasan toleransi dan mahu menjaga sensitiviti. Toleransi dan sensitiviti itulah yang menyaksikan pelbagai perkara yang aneh melibatkan golongan berkenaan dalam usaha mereka untuk mengherotkan sejarah negara ini.

Barangkali kerana terlalu dimanjakan dan diperlihatkan seolah-olah negara ini akan runtuh sekiranya tindakan keras diambil terhadap golongan yang kuat mahu menghapuskan Kesultanan Melayu, mereka jadi besar kepala dan tidak kenang diuntung.

Mengapa hanya orang Melayu sahaja yang perlu menjaga sensitiviti di negara ini? Mengapa tidak masyarakat bukan Melayu turut sama menjaga sensitiviti orang Melayu dan menyokong Perlembagaan Persekutuan yang telah membolehkan datuk nenek mereka memperolehi kewarganegaraan dan mereka sendiri boleh hidup bebas dengan hak-hak yang tidak diperolehi oleh kaum imigran di negara lain?

Apa masalah sebenar Cina-Cina DAP di Malaysia ni?

AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday 26 November 2014 | 1 comments

Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Daripada empat syarikat itu, hanya Splash yang masih tidak bersetuju dengan pengambilalihan berkenaan – Antarapos

JANJI MENJELANG PAU... TINDAKAN TEGAS UNTUK PENGHINA ISLAM

Friday 21 November 2014 | 16 comments

Kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyekat pihak yang cuba memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW khususnya di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, untuk menangani isu tersebut kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri (Jain) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalinkan kerjasama bagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa.

"Tindakan ini dilaksanakan melalui pemantauan penguatkuasaan, dan penjelasan kepada masyarakat melalui bidang kuasa masing-masing.

"Kita juga jalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita telah persetujui satu mekanisme khusus bagi atasi masalah ini," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, semalam.

Jelas Jamil Khir lagi, Bahagian Penyelidikan Jakim juga akan menjalankan tugas memantau laman sosial yang melibatkan isu ini.

"Sebarang maklumat pihak Jakim akan kemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan sekatan.

"Untuk rekod pada 2013 sebanyak 39 laman web yang didapati telah menghina Islam telah dikenakan tindakan serta disekat oleh SKMM.

Dalam pada itu, Jamil Khir menjelaskan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai Jakim telah menganjurkan pelbagai program untuk memantapkan akidah umat Islam.

"Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memanfaatkan teknologi demi kepentingan Islam," katanya.

SINGAPURA YANG JAUH LEBIH MAJU PUN MASIH KEKALKAN AKTA HASUTAN DAN ISA, KENAPA TIDAK MALAYSIA?

Walaupun saiz Singapura berbanding Malaysia jauh lebih kecil dan sangat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar sesuai dengan statusnya sebagai broker dan entreport, hakikatnya Singapura tidak pernah berani mahu mencuba sesuatu yang disifatkan sebagai membuka liberal undang-undang yang keterlaluan demi survival negara pulau tersebut.

Percaya atau tidak, Singapura masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada undang-undang yang diperolehinya sewaktu ia menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan disingkirkan pada tahun 1965. Undang-undang yang dianggap lapuk seperti ISA dan Akta Hasutan serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tidak pernah diusulkan untuk dihapuskan. Malah, Singapura memperketatkan dan menambahbaikkan undang-undang tersebut.

Hasilnya, Singapura berjaya menjadikan rakyatnya berdisiplin ketika di dalam negara tetapi bersikap seperti jembalang apabila berada di luar sempadan Singapura.

Berbeza pula dengan Malaysia.

Petisyen 3005 tandatangan yang dibawa oleh kem Pakatan Rakyat ke Parlimen untuk mendesak Kerajaan memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negara ini. Sama ada kerana kepimpinan negara terlalu lemah dan sangat takut kepada desakan dari luar, menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, atau kerana Kerajaan telah diberikan nasihat yang salah dari segi keselamatan dalam negara sehingga undang-undang yang begitu penting dalam keadaan negara majmuk seperti Malaysia perlu dihapuskan.

Sudah berulang-ulang kali iltizam dikeluarkan bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak akan menghapuskan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian. Ramai yang melihat cadangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang berlaku apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mewujudkan sebuah negara aman dari tahun 1957 dan kemudian sekali lagi dengan pantas mengembalikan keamanan pada tahun 1969, dihapuskan untuk digantikan dengan SOSMA yang kini langsung tidak menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang diikrarkan oleh kepimpinan negara.

Terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia tidak mampu menggalas tugas berlebihan dalam memastikan keamanan negara ini dapat dijaga. Pembebasan kebanyakan tukang-tukang hasut yang menggunakan kelebihan putar belit peguam-peguam mereka yang juga merupakan ahli-ahli politik pembangkang menerusi proses mahkamah, selain keputusan-keputusan 'sudah jangka' mahkamah yang membabitkan hakim-hakim tertentu, menunjukkan bahawa ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tela menimbulkan keributan dalam semua sektor.

Dan yang paling menarik, penghapusan ISA tidak juga menjadikan Malaysia sebagai tempat pelabur bertapak berkali-kali ganda berbanding sewaktu ISA masih ada dan diamalkan. Malah, Malaysia tetap juga kalah kepada Singapura yang masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan segala macam akta-akta yang dilabelkan oleh Pakatan Rakyat, sebagai Akta Lapuk dan Kuno.

Pentadbiran Najib Abdul Razak masih belum mampu menunjukkan keberkesanan penghapusan ISA walaupun sudah beberapa tahun berlalu bahkan keadaan semakin memburuk dengan jenayah kekerasan serta jenayah perjudian haram dan money-laundering semakin bermaharajalela, sehinggakan operasi membanteras judi haram sekadar menjadi bahan gelak tawa kerana 'dateline' yang ditetapkan.

Najib tidak akan dapat mengekalkan kuasanya walaupun Akta Hasutan dihapuskan. Najib juga tidak akan mampu memastikan keselamatan negara ini, rakyat, penduduk, industri, sosial, ekonomi dan sebagainya di negara ini jikalau berterusan mengambil sikap mudah memenuhi semua kehendak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan semua akta serta undang-undang di negara ini.

Najib hanya akan mampu mengekalkan kuasa dan kelangsungan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Malaysia seandainya jaminan keselamatan menerusi peruntukan akta dan peraturan diperkukuhkan dan diperketatkan. Najib hanya akan selamat apabila negara ini berada dalam keadaan selamat, bukannya menerusi penghapusan undang-undang!

Sebarang tolak ansur keterlaluan sebagaimana yang ditunjukkan sekarang, hanya akan menghancurkan sebuah negara bernama Malaysia.

BRIGED PPPM MULA BERTINDAK SEBAGAI PARA-MILITERI UNTUK MENGGANTIKAN PDRM!


Bermacam-macam cara pihak tertentu cuba nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri.. Sebelum ini PPS pro-DAP di Pulau Pinang disiasat kerana menyalahgunakan nama NGO untuk membuat pasukan berunifom sendiri seperti PDRM.

Kali ini Briged PPPM atau nama NGOnya Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia muncul dengan penampilan lebih berani. Persatuan yang asalnya ditubuhkan sebagai sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah di kawasan mereka. Tetapi kini lain pula jadinya.. Mereka dilihat sudah ada jawatan pegawai, dengan tag pengenalan, entah mungkin bergaji bulan seperti kakitangan kerajaan juga.

Sekali pandang tak ubah seperti PDRM.. uniform gelap lengkap dengan epaulet dan ribbon bar. Apa pandangan anda?

Mereka juga dilihat menjalankan penguatkuasaan memeriksa premis dan kedai-kedai. Rujuk pada gambar bawah.. Aku kurang faham, adakah sebuah persatuan NGO mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawab seperti pihak penguatkuasa kerajaan? Sekiranya pemilik premis enggan bekerjasama, apa pula bentuk tindakan yang akan diambil mereka?

Cukup hebat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita? Negara kita sekarang terancam bukan oleh anasir daripada luar sahaja, bahkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan NGO sebagai lesen untuk melakukan kerja-kerja tertentu bagi pihak yang berkepentingan. Kita tidak mahu wujud satu pasukan mirip pasukan keselamatan sendiri yang boleh mengelirukan orang awam yang dibentuk kononnya untuk kepentingan masyarakat. Akhirnya nanti mereka tubuhkan unit bersenjata pula. Diminta pihak berkuasa siasat tindakan seperti ini sehingga ke akar umbi.
SUMBER

INDONESIA KUATKUASAKAN PERINTAH KARAMKAN KAPAL NELAYAN MALAYSIA BILA NAK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG IMIGRESEN KE ATAS PENDATANG INDONESIA PULA?

Thursday 20 November 2014 | 27 comments

Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.

Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, pentadbiran baru Indonesia itu tidak pula mengulas berhubung kemasukan rakyat mereka secara haram ke wilayah-wilayah Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di samping ada pula yang menjalankan aktiviti jenayah.

Melihat kepada kesungguhan pihak Indonesia menjaga sempadan mereka dan bersedia untuk mengambil tindakan keras ke atas penceroboh terutama nelayan-nelayan dari Malaysia, satu persoalan pula timbul.

Sehingga bila pihak berkuasa Imigresen Malaysia benar-benar hendak menjaga keselamatan dalam negara ini?

Apa yang Kerajaan Malaysia takut sangat untuk menyapu bersih pendatang-pendatang haram di negara ini? Apa yang susah sangat nak mencari pendatang-pendatang haram yang hidup berkelompok dan berlagak seperti maharaja seperti yang mereka lakukan di Cameron Highland?

Mengapa Kerajaan Malaysia terlalu berlembut dalam hal pendatang asing? Bukankah tindakan dan amalan pihak berkuasa Malaysia ini hanya akan menyusahkan negara ini pada kemudian hari?

Atau sebenarnya ada pihak-pihak atasan yang bertindak sebagai dalang kerana pemerdagangan manusia merupakan untung yang sangat besar?

AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

DIBOCORKAN! Misi SAR MH17 Malaysia Berjaya Dengan Bantuan Chechnya!


Tarikh: 19/11/2014 (10.30 pagi)
Tempat: Dewan Banquet SUK Perak
Oleh: Salah Seorang Ahli SAR

1. 17 Julai 2014 MH17 ditembak jatuh di Ukraine, 298 penumpang dan anak kapal terbunuh, 43 orang rakyat Malaysia.

2. 18 Julai 2014 jam 2.00 pagi YAB PM mesyuarat bersama menteri dan pihak tertentu di EOC MAS, KLIA.

3. Menghantar pasukan SAR ke Ukraine yg diketuai oleh MKN dan disertai oleh beberapa agensi lain.

4. 133 ahli pasukan SAR terdiri drp 12 agensi kerajaan di bentuk termasuk MAS.

5. 19 Julai 2014 SAR tiba di Kiev, Ukraine jam 0500H waktu tempatan .

6. Cabaran di lalui oleh SAR, operasi di bulan puasa, kawasan konflik (Perang), komunikasi breakdown kerana bahasa susah faham.

7. Objektif Utama SAR:
● Kumpul mayat dan barangan
● urus jenazah
● dapatkan kotak hitam

8. SAR berunding secara terus dengan Presiden dan Timb Presiden Ukraine.

9. Kerajaan Ukraine tidak jamin keselamatan SAR di kawasan konflik (Donetsk dan Grabovo) kerana ianya di bawah penguasaan pemberontak.

10. Jarak perjalanan dari tempat mendarat SAR ke kawasan konflik lebih kurang Johor ke Perlis. (Jalan Kampung bukan Highway).

11. Anggota SAR tiada sebarang senjata untuk tujuang perlindungan.

12. Cabaran utama ialah kawasan itu adalah simbolik konflik Russia dan Barat.

13. 96 jam/5 hari mayat mangsa bergelimpangan di kawasan nahas MH17 kerana dihalang oleh puak pemisah menggunakan bedilan senjata.

14. Najib arahkan SAR jalankan misi sulit urus mangsa MH17, bawa balik kotak hitam kerana secara total, Najib sendiri berunding dengan puak pemisah.

15. Kita langgar SYARAT KERAJAAN UKRAINE dalam misi sulit itu demi mengambil serta urus mangsa MH17 dan dapatkan kotak hitam.

16. Pergerakan SAR secara rahsia tanpa pengetahuan kerajaan ukraine ke lokasi nahas.

17. Mereka yang terlibat dalam misi sulit ini bukanlah komando atau pakar perang, tetapi penjawat awam biasa iaitu JAKIM, doktor dan lain-lain. Doa dan ikhtiar iringi mereka di bulan Ramadhan.

18. Misi sulit ini hanya diketahui oleh 12 ahli SAR, 8 org anggota MOVCOM dan YAB PM sahaja.

19. 14 checkpoint perlu dilalui oleh SAR dalam misi sulit ini. Bukan roadblock biasa tetapi seolah roadblock tentera di sempadan antara 2 negara.

20. 22 Julai 2014, pertemuan pertama dengan alexander Barodei ketua pemisah.

21. Duta Malaysia di Ukraine marahkan SAR kerana operasi sulit itu tanpa pengetahuan beliau. YAB PM sendiri arahkan supaya misi ini dirahsiakan kecuali 21 orang sahaja yg terlibat.

22. Pada awal Belanda sangsi dengan misi ini dan marahkan Malaysia, tetapi SAR Malaysia buktikan yang kita mampu laksanakan misi dan Belanda ucap terima kasih pada Malaysia.

23. Mesej SAR kepada Najib "Dato Seri' we have secured the package". Selepas misi berjaya.

24. 4 perkara hasil rundingan:
● gerabak mayat
● kotak hitam
● jaminan keselamatan
● akses lokasi nahas

25. Najib kata kepada pasukan SAR "but sometime we must work quietly in the service of a better outcome"

26. Malaysia tidak bayar walaupun 1 sen kepada puak pemisah untuk dapatkan kotak hitam dan mayat kerana untuk buktikan yang mereka tidak bersalah.

27. Jasa Malaysia yang selalu membantu rakyat negara yang ditindas sejak 20 tahun terdahulu menyebabkan kita ramai kawan diplomatik.

28. Perdana Menteri Chenya yang menjadi orang tengah menghubungkan PM dengan Barodei untuk mulakan perundingan.

29. Chenya adalah sebuah negara yang Malaysia pernah bantu secara sulit 20 tahun terdahulu sewaktu mereka susah dan kini Chenya semakin berjaya dan balas jasa Malaysia.

30. Apa Hubungan PM Chenya dengan Barodei? Saya tidak ada jawapan.

Apapun, Najib memang seorang yang tabah dan bijaksana dalam mengurus kes MH17. Tahniah juga buat team SAR Malaysia.

Al-Fatihah buat mangsa MH17 beragama Islam...

DAP KIAN MENGUASAI GOLONGAN KONSERVATIF DAN ORTODOKS AGAMA DEMI CITA-CITA BESAR MEREKA!

Wednesday 19 November 2014 | 6 comments

Walaupun yang cukup terkenal adalah cerita tentang PAS mempergunakan masjid dan surau serta majlis-majlis agama Islam untuk mengembangkan pengaruh serta kekuatan parti tersebut, namun 'kekecohan' tentang pembabitan institusi agama dalam politik, jauh lebih besar melibatkan DAP di seluruh Malaysia. Tidak hanya menggunakan pak lebai-pak lebai dan kaki-kaki kopiah bahkan, turut menggunakan paderi dan sami bagi mengukuhkan pengaruh parti yang sedang bercita-cita unutk menjadi pemerintah tunggal di Persekutuan Malaysia.

Pada PRU-13 lalu, DAP telah berjaya menggunakan khidmat paderi-paderi dan sami-sami di seluruh Malaysia. Baik sami Hindu, Buddha, Cina dan sebagainya, DAP telah berjaya menjadikan mereka sebagai agen-agen parti mereka yang sangat berkesan. Tambahan pula, lebih banyak tumpuan diberikan kepada para penceramah PAS yang bergerak dari masjid ke surau dan dari satu majlis ilmu ke satu majlis ceramah.


DAP menikmati keberkesanan mereka menerusi penanaman perasaan benci di kalangan jemaah mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional, pihak berkuasa agama Islam dan orang Islam itu sendiri. Jemaah gereja sendiri menceritakan bagaimana setiap minggu khutbah yang diberikan oleh paderi adalah membabitkan penentangan terhadap kerajaan dan 'INI KALILAH'.

Kejayaan DAP di beberapa kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13 lalu telah membuktikan keberkesanan taktik menggunakan elemen-elemen agama. Kaji selidik di kalangan warga tua bukan Melayu yang rapat dengan aktiviti keagamaan mengesahkan kempen tersebut apabila mereka kerap kali menjelaskan bahawa ketua agama kelompok mereka hanya menekankan perlunya mengundi DAP dan tidak memilih Barisan Nasional.

Setelah ketegangan kaum dicipta, DAP juga sedang mencipta ketegangan agama. DAP yang dikuasai oleh golongan Methodist dan Evangelic, cuba menyatukan kesemua mazhab Kristian terutama sekali di Sabah dan Sarawak menerusi perasaan kebencian terhadap orang Islam, UMNO dan para pemimpin Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh Teresa Kok.

Dari sekular, DAP kini menjadi konservatif agama yang cuba menjadikan Islam sebagai mangsa dan alasan bagi tujuan merampas kuasa di negara ini.

ADAKAH PEMBULI JALAN RAYA INI JUGA AKAN DIBEBASKAN DARIPADA HUKUMAN KERANA FAKTOR KAUMNYA?

Tuesday 18 November 2014 | 28 comments



Kejadian dilaporkan berlaku semalam membabitkan seorang pemandu wanita dan seorang lelaki yang dikenali sebagai KEITH KHOO, berjawatan DIRECTOR BUSINESS DEVELOPMENT IMAXX.

NOMBOR TELEFONNYA adalah 016-2286699 manakala e-melnya pula adalah: keith@imaxxmerchandising.com.

Lokasi kejadian adalah di USJ menuju ke Shah Alam.

Dalam laporan, suspek telah memandu dengan cara yang amat merbahaya. Pemandu wanita yang hampir menjadi mangsanya, telah menekan hon menyebabkan suspek mengarahkan dan memaksa pemandu wanita tersebut memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


Sebaik-baik sahaja berhenti, suspek telah keluar dari keretanya dengan membawa besi pengunci stereng. Dia kemudian menyerang kereta mangsa, memukul dan cuba memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu kereta mangsa. Tidak cukup dengan itu, dia telah merosakkan wiper atau pengelap air cermin selain memecahkan cermin sisi kereta mangsa sebagai cara mengancam dan mengugut.

Hanya kerana pemanduannya yang merbahaya dan ditegur oleh pemandu lain menggunakan hon, Keith Khoo cuba menunjukkan lagak kononnya dia Maharaja Jalanraya.

Tidak cukup dengan itu, Keith Khoo turut meludah cermin kereta mangsa dan membuat ugutan.


Bagaimanapun, belum diketahui sama ada mangsa telah membuat laporan polis atau sebaliknya. Namun berdasarkan kepada beberapa kejadian yang hampir serupa dengan 'ikon'nya adalah KIKI KAMARUDDIN yang menimbulkan kemarahan ramai orang kerana dia memukul kereta seorang lelaki Cina yang terlanggar kereta barunya, perbuatan yang dilakukan oleh Keith Khoo jauh lebih serius dan jauh lebih merbahaya.

Tidakkah pihak berkaitan BERMINAT dengan Keith Khoo yang sedang menduduki ranking terkini menerusi Facebook?

NAJIB TINGGALKAN ISLAM DAN PELUK AGAMA HINDU?

Monday 17 November 2014 | 6 comments

Walaupun Kerajaan telah berusaha dengan sebaik-baik mungkin untuk memastikan rakyat Malaysia yang berbilang agama, berbilang bangsa, berbilang bahasa dan berbilang budaya hidup secara toleransi, harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, namun nampaknya ada pula pihak yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka, negara ini tidak sewajarnya lebih berpihak kepada Melayu-Bumiputera serta Islam.

Sedangkan perkara-perkara membabitkan Melayu-Bumiputera dan Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diikrarkan oleh rakyat Malaysia, sama ada yang automatik kerakyatannya ketika merdeka, mahupun yang dianugerahkan kerakyatan dan kewarganegaraan dengan hak-hak yang sangat istimewa berbanding negara-negara lain yang menerima imigran sebagai rakyat mereka.

Generasi pertama dan kedua kaum imigran majoritinya tidak berani melanggar Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Perkara 152 dan Perkara 153 walaupun segelintir dari mereka yang memuja Inggeris tetapi ditinggalkan di Tanah Melayu cuba menimbulkan kesamarataan walaupun hakikatnya mereka tidak pernah menumpahkan taat setia kepada negara yang berajakan sultan-sultan Melayu itu.

Namun generasi seterusnya yang melihat Melayu-Bumiputera sendiri tamak haloba dengan kuasa, bijak mengambil kesempatan. Apatah lagi kelalaian dan sikap tidak ambil peduli kerana alasan toleransi dan muhibbah menyebabkan golongan berkenaan memanipulasi dan mrlakukan penipuan atas nama kebebasan.

Semakin hari semakin kurang ajar dan biadap. Mereka tidak sahaja menghina mana-mana pemimpin Melayu tetapi juga agama Islam. Dengan cubaan untuk menyamakan Islam dengan agama-agama lain selain penghinaan berterusan terhadap Melayu-Bumiputera itu yang tidak dipedulikan atau diambil tindakan sewajarnya, gelagat berterusan seperti ini akan dilakukan oleh golongan berkenaan dan akan dipertingkatkan 'mutu' serangan mereka.

Ini serangan dan penghinaan terbaru. Ini cumalah satu umpan. Kalau tidak dipagut dan diambil tindakan, mereka akan melakukan secara lebih baik dan lebih kasar. Dengan bermodalkan peguam-peguam yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membela semua langkah serangan mereka dan kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas dan sewajarnya, Malaysia bakal menyaksikan kemarahan orang Melayu yang luar biasa.

Jangan sampai negara ini hancur dengan kemarahan orang Melayu-Islam!

SELEPAS PPS-HARAM DI PULAU PINANG, KINI MUNCUL PULA PPPM... DAN MASIH GUNA M.O YANG SAMA!


Anggota MPV dari Balai Polis Damansara telah menahan sebuah kereta saloon putih pada jam 4:16 sehingga 4:23 petang tadi ketika sedang membuat rondaan di pekan Seksyen 17, di Jalan 17/44 Petaling Jaya. Kereta Wira Saloon berwarna putih itu menyerupai MPV polis.

Anggota polis tersebut kemudiannya memeriksa dua orang lelaki Cina di dalam kereta 'peronda' tersebut. Semakan kad pengenalan dan kenderaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut dan kereta berkenaan bukanlah anggota serta kenderaan polis, sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPM Ibu Pejabat Damansara Utama.

Nampaknya selepas apa yang berlaku kepada PPS, 'sindiket' dan 'konco' telah mengubah sedikit modus operandi mereka tetapi masih mengekalkan kedegilan serta cubaan mereka untuk mengancam keselamatan negara dengan cara menyamar atau cuba menyerupai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdapat undang-undang yang tidak membenarkan penyerupaan pangkat atau seragam pasukan polis. Namun nampaknya, keinginan untuk mewujudkan negara 'Cina' mengatasi segala-galanya apabila golongan yang enggan sama sekali menyertai PDRM, mahu mewujudkan sebuah polis khas Cina yang mempunyai kuasa PDRM.


Menariknya, mereka kali ini bijak berselindung di sebalik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atas nama Pasukan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPM). Sedangkan matlamat mereka cukup mudah, sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng untuk melindungi kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Apa pula tindakan pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini?

LAGI KES NOMBOR PENDAFTARAN SAMA... JPJ JANGAN TIDUR

Sunday 30 November 2014 · 9 comments

Ketika JPJ tengah 'mengamuk' memburu plat nombor-nombor pendaftaran kenderaan persendirian, siap dengan pembaris dan pengukur, muncul juga kisah kenderaan persendirian yang dikesan mempunyai nombor pendaftaran yang sama bagi model dan warna kenderaan yang sama, tetapi dimiliki individu yang berasingan. Lebih menarik lagi, kedua-dua kenderaan yang berkongsi nombor pendaftaran itu turut memiliki cukai jalan yang sah, yang sudah tentulah dikeluarkan oleh JPJ.

Nampaknya, satu lagi kes berlaku dan berjaya dikesan oleh pemilik kenderaan persendirian sah.

Apakah kali ini JPJ akan mula melakukan operasi mengesan kereta sah dan kereta tidak sah?

Atau JPJ akan memulakan siasatan dalaman terlebih dahulu, memburu kakitangan sendiri yang terlibat dalam pengeluaran pemilikan dan pengesahan kenderaan tersebut menerusi cukai jalan dan geran?

Atau JPJ akan mengeluarkan kenyataan bahawa semua ini hanyalah fitnah ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan sepertimana yang kerap mereka lakukan sebelum ini?

Berbanding Minta Polis Siasat dan Banteras Industri Jenayah dan Maksiat di Pulau Pinang, Guan Eng Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Pemimpin UMNO!

· 7 comments


Sama seperti PPS yang bertindak sebagai TONTO untuk memastikan industri jenayah dan maksiat yang menjadi punca pendapatan utama DAP tidak diganggu gugat, Lim Guan Eng, bapa kepada PPS sekali lagi bertindak seperti kepala gangster yang bimbang pendedahan yang dibuat oleh perwakilan Pulau Pinang tentang jenayah dan maksiat di Pulau Pinang yang melonjak tinggi di bawah pentadbiran DAP akan terjejas.

Perwakilan dari Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said mendedahkan bagaimana kekayaan luar biasa dan kuasa politk di luar akal normal sebilangan besar orang Cina kerana terlibat dengan industri jenayah dan maksiat. Mohd Zaidi telah meminta agar pihak berkuasa bertindak menghapuskan industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang yang nampaknya semakin berleluasa.

Selain MCA yang melompat kerana ianya menyentuh orang Cina tetapi juga Lim Guan Eng serta DAP yang memperolehi sokongan kewangan secara langsung daripada kumpulan jenayah dan maksiat.

Menariknya, berbanding memandang berat isi kandungan ucapan dan kenyataan Mohd Zaidi tentang industri jenayah dan maksiat yang mengancam keselamatan serta nilai-nilai moral rakyat serta penduduk Pulau Pinang, Lim Guan Eng memilih sisi lain untuk mengenakan Mohd Zaidi dan membela kelompok pemain industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng telah menggesa PDRM bertindak ke ats Mohd Zaidi kerana menghasut dan menfitnah. Sedangkan Mohd Zaidi memperkatakan perkara sebenar. Dari hub dadah antarabangsa, penyeludupan dan penjualan senjata api secara gelap, pemerdagangan manusia, pelacuran sehinggalah money-laundering dalam bentuk hotel bajet, kadar jenayah di Pulau Pinang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain. Ditambah pula dengan perlindungan yang diterima oleh sindiket-sindiket jenayah tersebut menerusi kegiatan PPS yang kini telah disahkan haram oleh Kementerian Dalam Negeri.

DAP dan Lim Guan Eng memandang berat dakwaan yang dibuat oleh Mohd Zaidi tetapi beranggapan ancaman industri jenayah dan maksiat di negeri itu sebagai perkara enteng.

Apa sebenarnya motif Lim Guan Eng? Apakah desakannya itu bermaksud, industri jenayah dan maksiat di Pulau Pinang tidak boleh disentuh dan didedahkan? Mengapa Lim Guan Eng memilih pendekatan RASIS bertentangan dengan ikrarnya bahawa DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia? Mengapa lebihkan jenayah dan industri maksiat berbanding keselamatan rakyat dan penduduk Pulau Pinang?

ECPI, Universiti Bogus, Kelulusan Temberang... Isu Besar Tetapi Tiada Tindakan Undang-Undang

Saturday 29 November 2014 · 8 comments



Ada pihak yang sangat istiqomah mendedahkan pembohongan, penipuan serta pemerdayaan yang melibatkan pseudo-science oleh golongan yang gilakan gelaran Profesor, Doktor, Sir dan sebagainya di Facebook. Bagaimanapun, sambutan kepada pendedahan tersebut agak mengecewakan dan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Dalam Negeri belum mengambil sebarang langkah serta tindakan bersesuaian.


Dakwaan daripada pihak yang mendedahkan sindiket yang berselindung di sebalik jenama air ECPI dan Electronic Medical (EM) yang dikendalikan oleh seorang lelaki yang menggunakan gelaran Profesor Sir Doctor, gagal dijawab atau golongan terbabit, sebaliknya pelbagai tuduhan tidak bertanggungjawab dibuat terhadap pendedah yang menggunakan nama Matt Deraman di Facebook.



Beberapa sanggahan dari segi sains juga, gagal dijawab sebaliknya lebih banyak pembohongan yang dibuat atas nama sains tanpa dipantau oleh pihak-pihak berkenaan.

Anehnya, golongan tersebut yang sedang terdesak apabila pembohongan demi pembohongan mereka didedahkan, cuba mengaitkan sesiapa sahaja yang mendedahkan pembohongan mereka sebagai penyokong Tamil Eelam, pengganas, Syiah dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, ketua mereka sendiri berada di Israel pada 14 November 2010 tanpa sebarang tujuan yang diketahui.





Pendedahan tentang pembohongan melibatkan ECPI dan syarikat yang mengeluarkannya boleh dibaca DI SINI.

Mungkin sebahagian daripada anda pernah mengingati sejarah dan modus operandi perubatan alternatif bernama Cakra Alam yang turut melibatkan pseudo-science di mana penerajunya turut menggunakan gelaran Prof.Dr.Sir dan Al-Hafiz yang akhirnya tembelangnya telah dibuka oleh sekumpulan wartawan dari Korea Selatan. Selepas tembelang itu dibuka, pusat perubatan alternatif itu turut berkubur.




Antara kesalahan-kesalahan utama yang telah dilanggarkan oleh kumpulan berkenaan adalah:

Kesalahan 1: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(a)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, membentuk, menggalakkan atau menjalankan apa-apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk, atau ke arah penubuhan atau pembentukan, suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 2: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(c)
Tiada seorang pun boleh mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan mana-mana kelas bagi pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi melainkan jika kelas itu dikendalikan, diuruskan atau disenggarakan oleh suatu institusi pendidikan tinggi.

Kesalahan 3: Akta Pendidikan Tinggi 1996 Seksyen 71(d)
Tiada seorang pun boleh menubuhkan, mengendalikan, menguruskan atau menyenggarakan institusi pendidikan tinggi dengan menggunakan perkataan “universiti”.





Anda boleh membaca sepenuhya pendedahan yang dibuat oleh MATT DERAMAN di wall Facebooknya..

Sudah Tahu Kekuatan Cina Datangnya Dari Kongsi Gelap, Mengapa Kongsi Gelap dan Jenayah Mereka Tidak Dihapuskan?

· 4 comments


Kewujudan kongsi gelap Cina di negara kita sebenarnya bukan lagi rahsia. Dalam masa yang sama kita juga agak kehairanan bagaimana mereka masih lagi boleh wujud dalam negara kita. Selain daripada itu juga mereka ini dikatakan mempunyai “kuasa” yang agak besar dalam banyak perkara sehingga boleh menjejaskan beberapa perkara penting yang melibatkan “maruah” orang Melayu.

Semasa Perhimpunan UMNO 2014 hari ini, perwakilan Umno Pulau Pinang Datuk Mohd Zaidi Said telah menyatakan bahawa kekuatan masyarakat Cina datang daripada perniagaan haram seperti judi dan pelacuran. Oleh itu tanpa penguatkuasaan tegas, kerajaan akan dihina kerana kegiatan itu berleluasa. (petikan Malaysian Insider)

“Kita tahu kekuatan Cina datang daripada bisnes haram seperti judi, pelacuran, tapi di mana pihak berkuasa.” “Saya pergi Permatang Pauh saya nampak bisnes maksiat ini banyak, kereta tinted pun lepas,” katanya.

Negeri Pulau Pinang sekarang dalam pentadbiran DAP. Sebelum ini juga beberapa portal dan blog telah menyiarkan berita kegiatan kongsi gelap di sini yang dilihat semakin parah sehingga ianya membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah pihak kongsi gelap ini sebenarnya telah menguasai Polis Diraja Malaysia?

Sekiranya pihak PDRM bertindak pun, mereka dilihat seolah-olah cuba memberi “amaran” dengan menyiarkan gerakan operasi secara berleluasa dalam media arus perdana. Semua rakyat berbagai lapisan masyarakat dapat melihat kepincangan yang terlampau teruk dalam operasi pihak berkuasa ini. Dalam masa yang sama mereka memerlukan penjelasan yang munasabah dari pihak berkuasa bukannya jawapan sekadar melepas batuk di tangga sahaja.

Malahan menurut sumber media sosial juga, kebanyakkan tangkapan yang dibuat hanya sekadar tangkapan terhadap “ikan bilis” sahaja manakala “jerung-jerung” pula masih terus dapat bermaharajalela dengan bebas.

Kenyataan-kenyataan yang sedang viral di media sosial ini sebenarnya merupakan satu “tuduhan” dan “cabaran” yang agak berat terhadap PDRM. Oleh itu kami seluruh rakyat Malaysia mahu PDRM buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa pihak kongsi gelap ini tidak mempunyai sebarang pengaruh dan kuasa terhadap mereka dengan menangkap “jerung-jerung” kongsi gelap bukan sekadar “ikan bilis” sahaja.

Selain daripada itu juga, dengan penangkapan “jerung-jerung” kongsi gelap ini dengan sendirinya masyarakat Cina di negara kita akan mula menghormati kerajaan Barisan Nasional. Selama ini masyarakat Cina telah “pandang” kerajaan Barisan Nasional “sebelah mata” kononnya kerana “jerung-jerung” kongsi gelap ini lebih berkuasa daripada PDRM. Kami mahukan Malaysia yang aman dan tenteram di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Dari: MYKMU.NET

AWAS! Perompak Dengan Kereta Honda Warna Emas Ini Sedang Bermaharajalela Di Kuala Lumpur

Friday 28 November 2014 · 3 comments


Semakin banyak laporan dan pendedahan membabitkan sebuah kereta JENIS HONDA ACCORD dengan NOMBOR PENDAFTARAN BKC 8910 (dipercayai kenderaan curi dan nombor pendaftaran palsu) melakukan penjarahan dan jenayah di jalanraya-jalanraya sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Terbaru, seorang pengguna Facebook mengadu tentang kemunculan kenderaan tersebut dengan tiga orang lelaki India yang telah menghimpit kenderaannya sebelum salah seorang daripada mereka menurunkan tingkap dan cuba memecahkan cermin tingkapnya.

Bagaimanapun, safety sticker yang digunakan pada cermin keretanya, menghalangnya daripada dipecahkan. Menyedari kegagalan untuk memecahkan cermin kereta mangsa, suspek kemudian memecut meninggalkan tempat kejadian.



Mangsa bagaimanapun, sempat mengambil gambar sebahagian daripada suspek dan nombor pendaftaran kereta berkenaan.

Awas, berhati-hati dengan kenderaan ini jikalau anda melihatnya di jalanraya. Hubungi balai polis berhampiran seandainya kenderaan tersebut menghampiri kenderaan anda!

Bukan Laporan Polis Sahaja Untuk Pengganas Parti Komunis Malaya Yang Anjurkan Malam Malam, Tapi Tindakan Keras Ke Atas Mereka!

Thursday 27 November 2014 · 9 comments

Semenjak termansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri, Komunis mula mempamerkan belang mereka. Berselindung dengan berlagak seolah-olah mereka adalah pejuang kemerdekaan negara dan menggunakan nama pengganas-pengganas komunis Melayu untuk tujuan penyamaran, Parti Komunis Malaya yang telah mengaku kalah dan meletakkan senjata beramai-ramai sebelum menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia, Parti Komunis Malaya dilihat sedang menganjurkan kempen untuk mengkader dan merekrut penyokong-penyokong dari kalangan generasi muda dengan bantuan pemimpin-pemimpin politik pembangkang Malaysia, terutama sekali dari PKR dan PAS.

Menariknya, walaupun cukup kuat menyokong PKM dan pernah menuntut agar Chin Peng dibenarkan 'balik' ke Malaysia walaupun Chin Peng bukanlah rakyat negara ini dan menolak untuk menjadi warganegara, DAP tidak terlibat dan sekadar menjadi dalang di belakang penganjuran makan malam bagi memulakan pengkaderan dan perekrutan.

Majlis Makan Malam melibatkan pengganas-pengganas Parti Komunis Malaya akan diadakan pada 29 November 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Difahamkan selain daripada majlis makan malam, turut dianjurkan nanti adalah ceramah yang akan memutarbelitkan fakta sebenar tentang proses perjanjian damai, kebaikan perjanjian damai kepada perjuangan komunis, kehidupan selepas perjanjian damai dan lain-lain hal yang berhubung kait dengan perjanjian damai.

Makan malam tersebut turut menghimpunkan bekas-bekas pengganas komunis dan penyokong mereka yang dikatakan telah bertaubat dan mahu berubah. Pada masa yang sama, turut menerapkan tentang kebaikan fahaman komunis yang kononnya perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan, sekalipun rekod Parti Komunis Malaya ialah kekejaman dan huru-hara selama lebih tiga dekad.

Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930 dalam impian mewujudkan sebuah Empayar China Komunis yang berkiblatkan Mao Tze Tung dan Revolusi Kebudayaan Negara Tirai Besi itu bagi mengimbangi empayar komunis Russia dan blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat. Kejayaan mengkomuniskan Laos, Cambodia dan Vietnam memerlukan Tanah Melayu sebagai jajaran utama bagi penguasaan laluan perdagangan serta ketenteraan strategik yang membolehkan Komunis China menguasai sepenuhnya Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Jepun dan pinggir Pasifik.

Sepanjang penguasaan dan kejahatan Parti Komunis Malaya, ratusan ribu rakyat Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak menderita dibunuh, dizalimi, dicacatkan dan dijarah selain kerosakan harta awam dalam usaha Chin Peng untuk menguasai negara ini untuk dicantumkan dengan China.


RASUAH RM100 JUTA DAN JAWATAN TIMBALAN PERDANA MENTERI, ANIFAH AMAN TELANJANGKAN ANWAR IBRAHIM

· 1 comments

Menteri Luar, Anifah Aman memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang dia telah ditawarkan rasuah berjumlah RM100 juta dan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh kem Anwar Ibrahim untuk berpaling tadah dan membawa 10 orang Ahli Parlimen dari Sabah untuk menyertai kem Pakatan Rakyat dalam usaha Anwar Ibrahim membentuk sebuah kerajaan baru pada 19 September 2008.

Ketika menjawab soalan daripada peguamnya, Shafie Abdullah, Anifah menamakan orang dari kem Anwar Ibrahim sebagai Ishak Ismail, bekas Pengerusi KFC.

Menurutnya, Ishak teah membuat tawaran kepadanya sewaktu dia berada di Hotel Hilton Kuala Lumpur di KL Sentral.

"Saya marah dengan tawaran tersebut dan berasakan maruah saya direndah-rendahkan memandangkan saya adalah Ahli Parlimen tigal penggal. Saya beritahu Ishak, 'Jangan ulang lagi perkataan-perkataan itu.'

"Saya telah menyatakan dalam ucapan saya di Parlimen pada Mei 2008 bahawa saya menolak jawatan Timbalan Menteri kerana saya marah apabila Kerajaan Persekutuan (di bawah Abdullah Badawi) tidak memberikan pengiktirafan kepada Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun, saya juga menyatakan di dalam Parlimen bahawa walaupun kecewa dengan jawatan tersebut dan BN telah kehilangan lima negeri, saya tidak akan berpaling tadah," katanya.

Anifah ketika ditanya oleh Shafie menegaskan dia tidak dapat mengingati tarikh sebenar pertemuan tersebut, sama ada ia berlaku selepas pertemuannya dengan semua Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah di Macau atau dalam satu pertemuan lain dengan Ahli-Ahli Parlimen Sabah di Le Meridien, Kota Kinabalu.

"Malahan (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) Abdul Rahman Dahlan turut memberitahu Parlimen bahawa dia juga menerima tawaran yang sama," katanya lagi.

Anwar dalam testimoninya di Mahkamah pada 14 Ogos lalu berkata, Anifah telah bersedia untuk berpaling tadah sekiranya Pakatan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup.

Pemimpin Pakatan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberitahu mahkamah dia tidak akan membocorkan perincian siapa yang akan berpaling tadah kepadanya walaupun telah didesak berulang-ulang kali oleh Shafie.

Apa Masalah CINA-DAP Dengan Nama-Nama Sultan Melayu Digunakan Untuk Jalan-Jalan Utama Di Kuala Lumpur?

· 8 comments

Bermula dengan Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping yang menyatakan tetntangannya secara terbuka ke atas keputusan DBKL untuk menamakan semula lapan batang jalan utama di Kuala Lumpur dengan nama-nama DYMM Yang Di-Pertuan Agong, tentangan seterusnya dibuat oleh Cina-Cina yang kuat menyokong DAP.

Apa masalah mereka dengan nama-nama Sultan Melayu?

Kebencian mereka langsung tidak berasas memandangkan Institusi Kesultanan Melayu itulah yang telah memberikan datuk dan nenek mereka taraf kewarganegaraan negara ini.



Sejarah kewarganegaraan negara ini kurang diperkatakan atas alasan toleransi dan mahu menjaga sensitiviti. Toleransi dan sensitiviti itulah yang menyaksikan pelbagai perkara yang aneh melibatkan golongan berkenaan dalam usaha mereka untuk mengherotkan sejarah negara ini.

Barangkali kerana terlalu dimanjakan dan diperlihatkan seolah-olah negara ini akan runtuh sekiranya tindakan keras diambil terhadap golongan yang kuat mahu menghapuskan Kesultanan Melayu, mereka jadi besar kepala dan tidak kenang diuntung.

Mengapa hanya orang Melayu sahaja yang perlu menjaga sensitiviti di negara ini? Mengapa tidak masyarakat bukan Melayu turut sama menjaga sensitiviti orang Melayu dan menyokong Perlembagaan Persekutuan yang telah membolehkan datuk nenek mereka memperolehi kewarganegaraan dan mereka sendiri boleh hidup bebas dengan hak-hak yang tidak diperolehi oleh kaum imigran di negara lain?

Apa masalah sebenar Cina-Cina DAP di Malaysia ni?

AZMIN ALI Bakal Naikkan Kadar Tarif Air Selangor Walaupun Air Selangor Telah 'Dirakyatkan'!

Wednesday 26 November 2014 · 1 comments

Kerajaan negeri Selangor membayangkan kemungkinan tarif air di negeri itu dinaikkan namun pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

Menteri Besar Azmin Ali memberitahu dewan negeri hari ini, bahawa kerajaan negeri masih dalam proses penelitian mengenai kesan yang akan ditanggung oleh rakyat sekiranya tarif air ini dinaikkan.

“Ketika ini kerajaan negeri sedang meneliti implikasi ke atas rakyat sekiranya tarif dinaikkan dalam tempoh terdekat. Kerajaan negeri sedang membincangkan dengan pihak air Selangor untuk mengkaji pendirian kerajaan negeri bagi membela dan menjamin hak pengguna dan rakyat di Selangor,” katanya ketika menjawab pertanyaan mulut ADUN Andalas Dr Xavier Jayakumar.

Pelarasan tarif air itu adalah inisiatif kerajaan negeri dan bukannya permohonan terdahulu syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ujar Azmin.

SYABAS sebelum ini berkali-kali menghantar permohonan untuk menaikkan tarif air, namun ditolak bekas Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid sendiri memaklumkan kerajaan negeri memikirkan keperluan semakan tarif air serta kuantumnya kepada pengguna, ujar Azmin.

Berdasarkan MoU antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor itu, tarif air di Wilayah Persekutuan dan Putrajaya perlu dinaikkan berikutan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL2) dan sistem agihannya.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) sebelum ini memberitahu kerajaan Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menetapkan keperluan bagi sebarang semakan tarif air.

Azmin kemudiaanya berkata tindakan membuat semakan semula itu diambil bagi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.

“Dalam pada masa yang sama kerajaan negeri akan memastikan bahawa air Selangor dapat memberikan perkhidmatan bekalan air yang cekap, efisien,” katanya.

Februari lalu, kerajaan Selangor dan Putrajaya menandatangani MoU untuk mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi, iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd, Syabas, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Daripada empat syarikat itu, hanya Splash yang masih tidak bersetuju dengan pengambilalihan berkenaan – Antarapos

JANJI MENJELANG PAU... TINDAKAN TEGAS UNTUK PENGHINA ISLAM

Friday 21 November 2014 · 16 comments

Kerajaan mengambil perhatian serius dalam menyekat pihak yang cuba memfitnah dan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW khususnya di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, untuk menangani isu tersebut kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Islam Negeri (Jain) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menjalinkan kerjasama bagi mencegah gerakan ini daripada berleluasa.

"Tindakan ini dilaksanakan melalui pemantauan penguatkuasaan, dan penjelasan kepada masyarakat melalui bidang kuasa masing-masing.

"Kita juga jalin kerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan kita telah persetujui satu mekanisme khusus bagi atasi masalah ini," katanya ketika menjawab soalan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, semalam.

Jelas Jamil Khir lagi, Bahagian Penyelidikan Jakim juga akan menjalankan tugas memantau laman sosial yang melibatkan isu ini.

"Sebarang maklumat pihak Jakim akan kemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi tujuan sekatan.

"Untuk rekod pada 2013 sebanyak 39 laman web yang didapati telah menghina Islam telah dikenakan tindakan serta disekat oleh SKMM.

Dalam pada itu, Jamil Khir menjelaskan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai Jakim telah menganjurkan pelbagai program untuk memantapkan akidah umat Islam.

"Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk memanfaatkan teknologi demi kepentingan Islam," katanya.

SINGAPURA YANG JAUH LEBIH MAJU PUN MASIH KEKALKAN AKTA HASUTAN DAN ISA, KENAPA TIDAK MALAYSIA?

· 7 comments

Walaupun saiz Singapura berbanding Malaysia jauh lebih kecil dan sangat bergantung kepada perdagangan dengan dunia luar sesuai dengan statusnya sebagai broker dan entreport, hakikatnya Singapura tidak pernah berani mahu mencuba sesuatu yang disifatkan sebagai membuka liberal undang-undang yang keterlaluan demi survival negara pulau tersebut.

Percaya atau tidak, Singapura masih lagi mengekalkan sebahagian besar daripada undang-undang yang diperolehinya sewaktu ia menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan disingkirkan pada tahun 1965. Undang-undang yang dianggap lapuk seperti ISA dan Akta Hasutan serta Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, tidak pernah diusulkan untuk dihapuskan. Malah, Singapura memperketatkan dan menambahbaikkan undang-undang tersebut.

Hasilnya, Singapura berjaya menjadikan rakyatnya berdisiplin ketika di dalam negara tetapi bersikap seperti jembalang apabila berada di luar sempadan Singapura.

Berbeza pula dengan Malaysia.

Petisyen 3005 tandatangan yang dibawa oleh kem Pakatan Rakyat ke Parlimen untuk mendesak Kerajaan memansuhkan undang-undang seperti Akta Hasutan, menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku di negara ini. Sama ada kerana kepimpinan negara terlalu lemah dan sangat takut kepada desakan dari luar, menyebabkan pembangkang mengambil kesempatan sewenang-wenangnya, atau kerana Kerajaan telah diberikan nasihat yang salah dari segi keselamatan dalam negara sehingga undang-undang yang begitu penting dalam keadaan negara majmuk seperti Malaysia perlu dihapuskan.

Sudah berulang-ulang kali iltizam dikeluarkan bahawa pentadbiran Najib Abdul Razak akan menghapuskan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian. Ramai yang melihat cadangan tersebut hanya akan memburukkan keadaan seperti mana yang berlaku apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mewujudkan sebuah negara aman dari tahun 1957 dan kemudian sekali lagi dengan pantas mengembalikan keamanan pada tahun 1969, dihapuskan untuk digantikan dengan SOSMA yang kini langsung tidak menunjukkan keberkesanan sebagaimana yang diikrarkan oleh kepimpinan negara.

Terlalu banyak petunjuk yang menunjukkan pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia tidak mampu menggalas tugas berlebihan dalam memastikan keamanan negara ini dapat dijaga. Pembebasan kebanyakan tukang-tukang hasut yang menggunakan kelebihan putar belit peguam-peguam mereka yang juga merupakan ahli-ahli politik pembangkang menerusi proses mahkamah, selain keputusan-keputusan 'sudah jangka' mahkamah yang membabitkan hakim-hakim tertentu, menunjukkan bahawa ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri tela menimbulkan keributan dalam semua sektor.

Dan yang paling menarik, penghapusan ISA tidak juga menjadikan Malaysia sebagai tempat pelabur bertapak berkali-kali ganda berbanding sewaktu ISA masih ada dan diamalkan. Malah, Malaysia tetap juga kalah kepada Singapura yang masih mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan segala macam akta-akta yang dilabelkan oleh Pakatan Rakyat, sebagai Akta Lapuk dan Kuno.

Pentadbiran Najib Abdul Razak masih belum mampu menunjukkan keberkesanan penghapusan ISA walaupun sudah beberapa tahun berlalu bahkan keadaan semakin memburuk dengan jenayah kekerasan serta jenayah perjudian haram dan money-laundering semakin bermaharajalela, sehinggakan operasi membanteras judi haram sekadar menjadi bahan gelak tawa kerana 'dateline' yang ditetapkan.

Najib tidak akan dapat mengekalkan kuasanya walaupun Akta Hasutan dihapuskan. Najib juga tidak akan mampu memastikan keselamatan negara ini, rakyat, penduduk, industri, sosial, ekonomi dan sebagainya di negara ini jikalau berterusan mengambil sikap mudah memenuhi semua kehendak Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan semua akta serta undang-undang di negara ini.

Najib hanya akan mampu mengekalkan kuasa dan kelangsungan Barisan Nasional sebagai Kerajaan Malaysia seandainya jaminan keselamatan menerusi peruntukan akta dan peraturan diperkukuhkan dan diperketatkan. Najib hanya akan selamat apabila negara ini berada dalam keadaan selamat, bukannya menerusi penghapusan undang-undang!

Sebarang tolak ansur keterlaluan sebagaimana yang ditunjukkan sekarang, hanya akan menghancurkan sebuah negara bernama Malaysia.

BRIGED PPPM MULA BERTINDAK SEBAGAI PARA-MILITERI UNTUK MENGGANTIKAN PDRM!

· 12 comments


Bermacam-macam cara pihak tertentu cuba nak wujudkan pasukan keselamatan sendiri.. Sebelum ini PPS pro-DAP di Pulau Pinang disiasat kerana menyalahgunakan nama NGO untuk membuat pasukan berunifom sendiri seperti PDRM.

Kali ini Briged PPPM atau nama NGOnya Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia muncul dengan penampilan lebih berani. Persatuan yang asalnya ditubuhkan sebagai sukarelawan untuk membantu pasukan keselamatan mencegah jenayah di kawasan mereka. Tetapi kini lain pula jadinya.. Mereka dilihat sudah ada jawatan pegawai, dengan tag pengenalan, entah mungkin bergaji bulan seperti kakitangan kerajaan juga.

Sekali pandang tak ubah seperti PDRM.. uniform gelap lengkap dengan epaulet dan ribbon bar. Apa pandangan anda?

Mereka juga dilihat menjalankan penguatkuasaan memeriksa premis dan kedai-kedai. Rujuk pada gambar bawah.. Aku kurang faham, adakah sebuah persatuan NGO mempunyai kuasa untuk menjalankan tanggungjawab seperti pihak penguatkuasa kerajaan? Sekiranya pemilik premis enggan bekerjasama, apa pula bentuk tindakan yang akan diambil mereka?

Cukup hebat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di negara kita? Negara kita sekarang terancam bukan oleh anasir daripada luar sahaja, bahkan terdapat segelintir pihak yang menggunakan NGO sebagai lesen untuk melakukan kerja-kerja tertentu bagi pihak yang berkepentingan. Kita tidak mahu wujud satu pasukan mirip pasukan keselamatan sendiri yang boleh mengelirukan orang awam yang dibentuk kononnya untuk kepentingan masyarakat. Akhirnya nanti mereka tubuhkan unit bersenjata pula. Diminta pihak berkuasa siasat tindakan seperti ini sehingga ke akar umbi.
SUMBER

INDONESIA KUATKUASAKAN PERINTAH KARAMKAN KAPAL NELAYAN MALAYSIA BILA NAK KUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG IMIGRESEN KE ATAS PENDATANG INDONESIA PULA?

Thursday 20 November 2014 · 27 comments

Dasar Jokowi untuk menjaga kepentingan negaranya, menyaksikan perintah mengaramkan kapal-kapal nelayan Malaysia yang memasuki perairan negara itu secara haram atau tidak disengajakan, pasti akan menimbulkan kejengkelan memandangkan Malaysia menampungkan belasan juta rakyat Indonesia di serata Malaysia sama ada sebagai pekerja halal atau pun pendatang haram.

Pentadbiran baru Presiden Indonesia merancang untuk mewujudkan pengawal-pengawal laut yang menjaga sempadan negara itu daripada dicerobohi oleh kapal-kapal dari negara jiran, terutama sekali kapal-kapal nelayan. Bagaimanapun, pada masa yang sama, pentadbiran baru Indonesia itu tidak pula mengulas berhubung kemasukan rakyat mereka secara haram ke wilayah-wilayah Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di samping ada pula yang menjalankan aktiviti jenayah.

Melihat kepada kesungguhan pihak Indonesia menjaga sempadan mereka dan bersedia untuk mengambil tindakan keras ke atas penceroboh terutama nelayan-nelayan dari Malaysia, satu persoalan pula timbul.

Sehingga bila pihak berkuasa Imigresen Malaysia benar-benar hendak menjaga keselamatan dalam negara ini?

Apa yang Kerajaan Malaysia takut sangat untuk menyapu bersih pendatang-pendatang haram di negara ini? Apa yang susah sangat nak mencari pendatang-pendatang haram yang hidup berkelompok dan berlagak seperti maharaja seperti yang mereka lakukan di Cameron Highland?

Mengapa Kerajaan Malaysia terlalu berlembut dalam hal pendatang asing? Bukankah tindakan dan amalan pihak berkuasa Malaysia ini hanya akan menyusahkan negara ini pada kemudian hari?

Atau sebenarnya ada pihak-pihak atasan yang bertindak sebagai dalang kerana pemerdagangan manusia merupakan untung yang sangat besar?

AZMIN ALI TUDUH BAYARAN PAMPASAN KEPADA BEKAS PEKERJA KHALID IBRAHIM SEBAGAI SALAHGUNA KUASA!

· 1 comments

Nampaknya pergeseran antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim bertambah besar. Terbaru Azmin Ali menghentam Khalid Ibrahim ekoran pendedahan bayaran pampasan kepada tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Besar Selangor. Menurut Azmin Ali, tindakan membayar pampasan yang tinggi kepada ketiga-tiga orang bekas kakitangan Khalid Ibrahim itu menunjukkan dengan jelas elemen salah guna kuasa.

Azmin bagaimanapun, enggan memberikan sebarang komen berhubung jumlah sebenar pampasan kepada pembantu-pembantu bekas Menteri Besar Selangor itu tetapi berkata, laporan audit menunjukkan perlanggaran peraturan dan undang-undang dalam proses pembayaran pampasan.

Menurut laporan, bayaran pampasan tersebut telah dipindah dalam tempoh yang amat singkat, kata Azmin. Menurutnya lagi, pengurusan baru MBI akan memutuskan langkah-langkah tindakan selanjutnya. Namun Azmin mengikrarkan tindakan keras kepada pihak yang terbabit.

ADUN-ADUN dari Pakatan dan Barisan Nasional dijangka akan menekan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan perincian tentang bayaran pampasan kepada bekas-bekas pembantu Khalid Ibrahim apabila DUN Selangor bersidang pada 24 November nanti.

Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor pada September lepas.


Ahad lepas, Azmin berkata, pentadbirannya telah melengkapkan audit penuh berhubung bayaran pampasan yang dibuat kepada pembantu-pembantu Khalid di bawah MBI selepas terdapat dakwaan bahawa MBI telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak RM2.5 juta.

Khalid Ibrahim bagaimanapun, menafikan jumlah bayaran pampasan tersebut. Menurutnya, dia terkejut apabila diberitahu tentang angka tersebut dan dia sendiri tidak tahu berapa bayaran pampasan sebenar telah diberikan kepada kelapan-lapan orang bekas pembantunya.

Menurut Khalid lagi, bekas-bekas pembantunya itu telah dibayar di bawah skim VSS yang telah ditawarkan kepada mereka sewaktu dia hampir menamatkan khidmat sebagai Menteri Besar Selangor. Menurutnya lagi, sebarang keputusan membabitkan bayaran, dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dan telah dibentangkan kepada Exco-Exco negeri.

DIBOCORKAN! Misi SAR MH17 Malaysia Berjaya Dengan Bantuan Chechnya!

· 3 comments


Tarikh: 19/11/2014 (10.30 pagi)
Tempat: Dewan Banquet SUK Perak
Oleh: Salah Seorang Ahli SAR

1. 17 Julai 2014 MH17 ditembak jatuh di Ukraine, 298 penumpang dan anak kapal terbunuh, 43 orang rakyat Malaysia.

2. 18 Julai 2014 jam 2.00 pagi YAB PM mesyuarat bersama menteri dan pihak tertentu di EOC MAS, KLIA.

3. Menghantar pasukan SAR ke Ukraine yg diketuai oleh MKN dan disertai oleh beberapa agensi lain.

4. 133 ahli pasukan SAR terdiri drp 12 agensi kerajaan di bentuk termasuk MAS.

5. 19 Julai 2014 SAR tiba di Kiev, Ukraine jam 0500H waktu tempatan .

6. Cabaran di lalui oleh SAR, operasi di bulan puasa, kawasan konflik (Perang), komunikasi breakdown kerana bahasa susah faham.

7. Objektif Utama SAR:
● Kumpul mayat dan barangan
● urus jenazah
● dapatkan kotak hitam

8. SAR berunding secara terus dengan Presiden dan Timb Presiden Ukraine.

9. Kerajaan Ukraine tidak jamin keselamatan SAR di kawasan konflik (Donetsk dan Grabovo) kerana ianya di bawah penguasaan pemberontak.

10. Jarak perjalanan dari tempat mendarat SAR ke kawasan konflik lebih kurang Johor ke Perlis. (Jalan Kampung bukan Highway).

11. Anggota SAR tiada sebarang senjata untuk tujuang perlindungan.

12. Cabaran utama ialah kawasan itu adalah simbolik konflik Russia dan Barat.

13. 96 jam/5 hari mayat mangsa bergelimpangan di kawasan nahas MH17 kerana dihalang oleh puak pemisah menggunakan bedilan senjata.

14. Najib arahkan SAR jalankan misi sulit urus mangsa MH17, bawa balik kotak hitam kerana secara total, Najib sendiri berunding dengan puak pemisah.

15. Kita langgar SYARAT KERAJAAN UKRAINE dalam misi sulit itu demi mengambil serta urus mangsa MH17 dan dapatkan kotak hitam.

16. Pergerakan SAR secara rahsia tanpa pengetahuan kerajaan ukraine ke lokasi nahas.

17. Mereka yang terlibat dalam misi sulit ini bukanlah komando atau pakar perang, tetapi penjawat awam biasa iaitu JAKIM, doktor dan lain-lain. Doa dan ikhtiar iringi mereka di bulan Ramadhan.

18. Misi sulit ini hanya diketahui oleh 12 ahli SAR, 8 org anggota MOVCOM dan YAB PM sahaja.

19. 14 checkpoint perlu dilalui oleh SAR dalam misi sulit ini. Bukan roadblock biasa tetapi seolah roadblock tentera di sempadan antara 2 negara.

20. 22 Julai 2014, pertemuan pertama dengan alexander Barodei ketua pemisah.

21. Duta Malaysia di Ukraine marahkan SAR kerana operasi sulit itu tanpa pengetahuan beliau. YAB PM sendiri arahkan supaya misi ini dirahsiakan kecuali 21 orang sahaja yg terlibat.

22. Pada awal Belanda sangsi dengan misi ini dan marahkan Malaysia, tetapi SAR Malaysia buktikan yang kita mampu laksanakan misi dan Belanda ucap terima kasih pada Malaysia.

23. Mesej SAR kepada Najib "Dato Seri' we have secured the package". Selepas misi berjaya.

24. 4 perkara hasil rundingan:
● gerabak mayat
● kotak hitam
● jaminan keselamatan
● akses lokasi nahas

25. Najib kata kepada pasukan SAR "but sometime we must work quietly in the service of a better outcome"

26. Malaysia tidak bayar walaupun 1 sen kepada puak pemisah untuk dapatkan kotak hitam dan mayat kerana untuk buktikan yang mereka tidak bersalah.

27. Jasa Malaysia yang selalu membantu rakyat negara yang ditindas sejak 20 tahun terdahulu menyebabkan kita ramai kawan diplomatik.

28. Perdana Menteri Chenya yang menjadi orang tengah menghubungkan PM dengan Barodei untuk mulakan perundingan.

29. Chenya adalah sebuah negara yang Malaysia pernah bantu secara sulit 20 tahun terdahulu sewaktu mereka susah dan kini Chenya semakin berjaya dan balas jasa Malaysia.

30. Apa Hubungan PM Chenya dengan Barodei? Saya tidak ada jawapan.

Apapun, Najib memang seorang yang tabah dan bijaksana dalam mengurus kes MH17. Tahniah juga buat team SAR Malaysia.

Al-Fatihah buat mangsa MH17 beragama Islam...

DAP KIAN MENGUASAI GOLONGAN KONSERVATIF DAN ORTODOKS AGAMA DEMI CITA-CITA BESAR MEREKA!

Wednesday 19 November 2014 · 6 comments

Walaupun yang cukup terkenal adalah cerita tentang PAS mempergunakan masjid dan surau serta majlis-majlis agama Islam untuk mengembangkan pengaruh serta kekuatan parti tersebut, namun 'kekecohan' tentang pembabitan institusi agama dalam politik, jauh lebih besar melibatkan DAP di seluruh Malaysia. Tidak hanya menggunakan pak lebai-pak lebai dan kaki-kaki kopiah bahkan, turut menggunakan paderi dan sami bagi mengukuhkan pengaruh parti yang sedang bercita-cita unutk menjadi pemerintah tunggal di Persekutuan Malaysia.

Pada PRU-13 lalu, DAP telah berjaya menggunakan khidmat paderi-paderi dan sami-sami di seluruh Malaysia. Baik sami Hindu, Buddha, Cina dan sebagainya, DAP telah berjaya menjadikan mereka sebagai agen-agen parti mereka yang sangat berkesan. Tambahan pula, lebih banyak tumpuan diberikan kepada para penceramah PAS yang bergerak dari masjid ke surau dan dari satu majlis ilmu ke satu majlis ceramah.


DAP menikmati keberkesanan mereka menerusi penanaman perasaan benci di kalangan jemaah mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional, pihak berkuasa agama Islam dan orang Islam itu sendiri. Jemaah gereja sendiri menceritakan bagaimana setiap minggu khutbah yang diberikan oleh paderi adalah membabitkan penentangan terhadap kerajaan dan 'INI KALILAH'.

Kejayaan DAP di beberapa kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13 lalu telah membuktikan keberkesanan taktik menggunakan elemen-elemen agama. Kaji selidik di kalangan warga tua bukan Melayu yang rapat dengan aktiviti keagamaan mengesahkan kempen tersebut apabila mereka kerap kali menjelaskan bahawa ketua agama kelompok mereka hanya menekankan perlunya mengundi DAP dan tidak memilih Barisan Nasional.

Setelah ketegangan kaum dicipta, DAP juga sedang mencipta ketegangan agama. DAP yang dikuasai oleh golongan Methodist dan Evangelic, cuba menyatukan kesemua mazhab Kristian terutama sekali di Sabah dan Sarawak menerusi perasaan kebencian terhadap orang Islam, UMNO dan para pemimpin Barisan Nasional sepertimana yang dilakukan oleh Teresa Kok.

Dari sekular, DAP kini menjadi konservatif agama yang cuba menjadikan Islam sebagai mangsa dan alasan bagi tujuan merampas kuasa di negara ini.

ADAKAH PEMBULI JALAN RAYA INI JUGA AKAN DIBEBASKAN DARIPADA HUKUMAN KERANA FAKTOR KAUMNYA?

Tuesday 18 November 2014 · 28 comments



Kejadian dilaporkan berlaku semalam membabitkan seorang pemandu wanita dan seorang lelaki yang dikenali sebagai KEITH KHOO, berjawatan DIRECTOR BUSINESS DEVELOPMENT IMAXX.

NOMBOR TELEFONNYA adalah 016-2286699 manakala e-melnya pula adalah: keith@imaxxmerchandising.com.

Lokasi kejadian adalah di USJ menuju ke Shah Alam.

Dalam laporan, suspek telah memandu dengan cara yang amat merbahaya. Pemandu wanita yang hampir menjadi mangsanya, telah menekan hon menyebabkan suspek mengarahkan dan memaksa pemandu wanita tersebut memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.


Sebaik-baik sahaja berhenti, suspek telah keluar dari keretanya dengan membawa besi pengunci stereng. Dia kemudian menyerang kereta mangsa, memukul dan cuba memecahkan cermin tingkap sebelah pemandu kereta mangsa. Tidak cukup dengan itu, dia telah merosakkan wiper atau pengelap air cermin selain memecahkan cermin sisi kereta mangsa sebagai cara mengancam dan mengugut.

Hanya kerana pemanduannya yang merbahaya dan ditegur oleh pemandu lain menggunakan hon, Keith Khoo cuba menunjukkan lagak kononnya dia Maharaja Jalanraya.

Tidak cukup dengan itu, Keith Khoo turut meludah cermin kereta mangsa dan membuat ugutan.


Bagaimanapun, belum diketahui sama ada mangsa telah membuat laporan polis atau sebaliknya. Namun berdasarkan kepada beberapa kejadian yang hampir serupa dengan 'ikon'nya adalah KIKI KAMARUDDIN yang menimbulkan kemarahan ramai orang kerana dia memukul kereta seorang lelaki Cina yang terlanggar kereta barunya, perbuatan yang dilakukan oleh Keith Khoo jauh lebih serius dan jauh lebih merbahaya.

Tidakkah pihak berkaitan BERMINAT dengan Keith Khoo yang sedang menduduki ranking terkini menerusi Facebook?

NAJIB TINGGALKAN ISLAM DAN PELUK AGAMA HINDU?

Monday 17 November 2014 · 6 comments

Walaupun Kerajaan telah berusaha dengan sebaik-baik mungkin untuk memastikan rakyat Malaysia yang berbilang agama, berbilang bangsa, berbilang bahasa dan berbilang budaya hidup secara toleransi, harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, namun nampaknya ada pula pihak yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka, negara ini tidak sewajarnya lebih berpihak kepada Melayu-Bumiputera serta Islam.

Sedangkan perkara-perkara membabitkan Melayu-Bumiputera dan Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang diikrarkan oleh rakyat Malaysia, sama ada yang automatik kerakyatannya ketika merdeka, mahupun yang dianugerahkan kerakyatan dan kewarganegaraan dengan hak-hak yang sangat istimewa berbanding negara-negara lain yang menerima imigran sebagai rakyat mereka.

Generasi pertama dan kedua kaum imigran majoritinya tidak berani melanggar Perlembagaan Persekutuan terutama yang membabitkan Perkara 152 dan Perkara 153 walaupun segelintir dari mereka yang memuja Inggeris tetapi ditinggalkan di Tanah Melayu cuba menimbulkan kesamarataan walaupun hakikatnya mereka tidak pernah menumpahkan taat setia kepada negara yang berajakan sultan-sultan Melayu itu.

Namun generasi seterusnya yang melihat Melayu-Bumiputera sendiri tamak haloba dengan kuasa, bijak mengambil kesempatan. Apatah lagi kelalaian dan sikap tidak ambil peduli kerana alasan toleransi dan muhibbah menyebabkan golongan berkenaan memanipulasi dan mrlakukan penipuan atas nama kebebasan.

Semakin hari semakin kurang ajar dan biadap. Mereka tidak sahaja menghina mana-mana pemimpin Melayu tetapi juga agama Islam. Dengan cubaan untuk menyamakan Islam dengan agama-agama lain selain penghinaan berterusan terhadap Melayu-Bumiputera itu yang tidak dipedulikan atau diambil tindakan sewajarnya, gelagat berterusan seperti ini akan dilakukan oleh golongan berkenaan dan akan dipertingkatkan 'mutu' serangan mereka.

Ini serangan dan penghinaan terbaru. Ini cumalah satu umpan. Kalau tidak dipagut dan diambil tindakan, mereka akan melakukan secara lebih baik dan lebih kasar. Dengan bermodalkan peguam-peguam yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam membela semua langkah serangan mereka dan kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan pantas dan sewajarnya, Malaysia bakal menyaksikan kemarahan orang Melayu yang luar biasa.

Jangan sampai negara ini hancur dengan kemarahan orang Melayu-Islam!

SELEPAS PPS-HARAM DI PULAU PINANG, KINI MUNCUL PULA PPPM... DAN MASIH GUNA M.O YANG SAMA!

· 16 comments


Anggota MPV dari Balai Polis Damansara telah menahan sebuah kereta saloon putih pada jam 4:16 sehingga 4:23 petang tadi ketika sedang membuat rondaan di pekan Seksyen 17, di Jalan 17/44 Petaling Jaya. Kereta Wira Saloon berwarna putih itu menyerupai MPV polis.

Anggota polis tersebut kemudiannya memeriksa dua orang lelaki Cina di dalam kereta 'peronda' tersebut. Semakan kad pengenalan dan kenderaan mendapati kedua-dua lelaki tersebut dan kereta berkenaan bukanlah anggota serta kenderaan polis, sebaliknya didaftarkan atas nama BRIGED PPM Ibu Pejabat Damansara Utama.

Nampaknya selepas apa yang berlaku kepada PPS, 'sindiket' dan 'konco' telah mengubah sedikit modus operandi mereka tetapi masih mengekalkan kedegilan serta cubaan mereka untuk mengancam keselamatan negara dengan cara menyamar atau cuba menyerupai Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdapat undang-undang yang tidak membenarkan penyerupaan pangkat atau seragam pasukan polis. Namun nampaknya, keinginan untuk mewujudkan negara 'Cina' mengatasi segala-galanya apabila golongan yang enggan sama sekali menyertai PDRM, mahu mewujudkan sebuah polis khas Cina yang mempunyai kuasa PDRM.


Menariknya, mereka kali ini bijak berselindung di sebalik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atas nama Pasukan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPM). Sedangkan matlamat mereka cukup mudah, sama seperti Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng untuk melindungi kumpulan-kumpulan kongsi gelap dan sindiket jenayah.

Apa pula tindakan pihak berkuasa, khususnya PDRM dalam kes ini?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks