Ada Pihak Cuba SABOTAJ Program 'Nothing2Hide' Yang Akan Dihadiri Oleh Najib dan Mahathir

Friday 5 June 2015 | 12 comments

Dari semalam lagi, pelbagai provokasi dan hasutan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu demi menggagalkan program yang dianjurkan oleh SukaGuam, 'Nothing2Hide' sebuah dialog yang akan membolehkan Perdana Menteri menjawab pelbagai persoalan yang diajukan oleh marhein terutama sekali yang membabitkan isu semasa seperti 1MDB.

Program tersebut mungkin tidak menakutkan mereka jikalau tidak disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir telah menyatakan persetujuan untuk hadir dalam program 'Nothing2Hide' di PWTC pagi ini.

Bermula dari berita persetujuan Tun Dr. Mahathir untuk hadir itulah, pelbagai cerita terbaru diperdengarkan. Ada yang menakut-nakutkan kononnya huru-hara akan tercetus. Ada pula yang menyatakan, semburan gas pemedih mata seperti yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir sewaktu awal penubuhan PERKASA di Kota Bharu dahulu akan berulang. Ada pula yang melakukan ancaman sehingga menimbulkan pula cerita kononnya Tun Dr. Mahathir akan dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.



Malah ada pula saranan yang meminta ahli-ahli PERKASA melindungi Tun Dr. Mahathir.

Terbaru, awal pagi tadi, satu mesej tersebar kononnya program yang dianjurkan oleh SukaGuam di PWTC itu telah ditunda ke tarikh yang belum ditentukan. Kononnya penundaan tersebut terpaksa dibuat kerana penglibatan banyak pihak yang tidak diundang.

Bagaimanapun, setelah diselidiki, SukaGuam menafikan yang program tersebut ditunda. Bahkan salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri menafikan program tersebut ditunda.


Nampaknya memang ada pihak yang panas sehingga terpaksa merekayasa cerita semata-mata untuk memalukan Perdana Menteri dengan tanggapan kononnya, program tersebut dibatalkan kerana ketidakmampuan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan panas nanti.

Nampaknya parasit-parasit yang menyamar sebagai penyokong Perdana Menteri, sudah semakin kelam-kabut sehingga berasakan perlu mencipta cerita bohong sebegitu rupa.

Shafie Apdal Disuruh Letak Jawatan Kerana Menentang Najib Atau Sebenarnya Kerana Takutkan Pemilihan UMNO Akan Datang?

Beberapa pihak dari dalam UMNO sendiri mula menembak beberapa orang menteri kabinet yang seringkali dilabelkan sebagai 'PENIKAM NAJIB' dari belakang. Antara yang terkena label tersebut adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal.

Tidak sahaja membesar-besarkan cerita tentang Shafie Apdal yang kononnya menentang Najib tetapi juga turut menghebohkan cerita kononnya, Shafie Apdal akan meletakkan jawatan untuk bersama-sama dengan beberapa orang Menteri Kabinet yang lain termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membentuk kem penentang Najib.

Hakikatnya, yang beria-ia sangat membuat ulasan dan mahu melihat Shafie Apdal serta beberapa orang menteri kabinet yang menjadi sasaran mereka, meletakkan jawatan hanya golongan yang berasakan mereka adalah pemain dan pencatur bidak politik yang sangat hebat. Sedangkan sebilangan daripada mereka hanyalah golongan yang membuang masa dan perasan sangat hebat.

Persoalan tentang 1MDB sebenarnya bukan perkara baru. Pembangkang, khususnya Tony Pua dan Rafizi Ramli, bahkan Mahfuz Omar yang terkenal kerana kedunguannya pun, sudah lama menjadikan 1MDB sebagai bahan sesahan dan fitnah mereka.

Sehinggalah Tun Dr. Mahathir mengungkapkannya mengikut nada pembangkang, barulah ada gesaan dan tindakan yang hendak dilakukan. Menariknya, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi 1MDB serta CEOnya seperti lepas tangan dalam menjawab kesemua isu yang dibangkitkan.

Beralasankan kononnya isu 1MDB telah dipolitikkan, mereka mendiamkan diri dan hanya membiarkan Perdana Menteri dan Menteri yang berkaitan menjawab. Sedangkan pada masa yang sama, isu tersebut telah semakin merebak dan mengakar di fikiran rakyat sehinggakan kebanyakan rakyat melihat dan menganggap 1MDB adalah satu kerugian besar kepada negara.

Sikap pihak yang telah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menjayakan 1MDB itulah sebenarnya yang amat menjengkelkan hati banyak pihak terutama sekali beberapa menteri kabinet dan Tun Dr. Mahathir memandangkan ia memberi kesan kepada imej Perdana Menteri dan pentadbirannya. Lantas persoalan demi persoalan dilontarkan. Pertanyaan demi pertanyaan diusulkan agar jawapan dan pencerahan segera diberikan. Sekaligus pada masa yang sama, semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang telah hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir sahaja.

Barangkali kerana sukar hendak menjawab di samping sikap semua pembesar 1MDB yang menyerahkan segala urusan menjawab kepada Perdana Menteri, Shafie Apdal mengulangi pertanyaan tersebut secara awam.

Apabila Menteri Kabinet mempersoalkan sebuah agensi kerajaan secara awam begitu, kesannya amat besar. Sehinggakan Shafie Apdal dikatakan mahu menyerang dan menggulingkan Najib walaupun hakikatnya Shafie sedang berusaha menyelamatkan Najib daripada perbuatan tidak bertanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Dua hari sudah, akhirnya 1MDB mengeluarkan kenyataan tentang pembahagian pelaburan yang sebelum ini dilihat sebagai HUTANG RM42 BILION. Bayangkanlah kalau tidak didesak, sampai bila pun, 1MDB akan terus menyepikan diri dan Najib akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang sangat buruk.

Penjelasan tentang transaksi 1MDB itu yang diterangkan oleh CEO 1MDB dua hari sudah bermula apabila Shafie dan rakan-rakan Kabinet mempersoalkannya lebih awal.

Secara tidak langsung, Shafie sebenarnya telah membuktikan bahawa dia berada di belakang Najib, menyelamatkan Najib daripada dimalukan oleh perbuatan tidak bertanggungjawab dan kurang amanah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang mengambil sikap berdiam diri selama ini.

Mana Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB? Mengapa dia mendiamkan diri? Untuk apakah jawatan Pengerusi 1MDB yang disandangnya sekiranya mulutnya terkatup dan membiarkan Najib yang merupakan Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB bersuara bagi pihaknya?

Mengapa Arul Kanda, CEO 1MDB hanya dua hari sudah baru nak bersuara, sedangkan sebelum ini sangat berat mulut dan beralasankan, 1MDB telah dipolitikkan bagi menghalalkan perbuatan menfitnah 1MDB oleh puak pembangkang?

Mengapa Menteri Kabinet seperti Shafie Apdal yang cuba menyelamatkan bos mereka daripada dianiayai oleh Ahli Lembaga Pengarah pula yang disuruh letak jawatan sedangkan masalah yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh sikap keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang kesemua mereka bukan calang-calang orang?


'KAMI TAHU BAGAIMANA HENDAK BERTERIMA KASIH APABILA DALAM LIMA TAHUN SEBAGAI PERDANA MENTERI, NAJIB LEBIH BANYAK BANGUNKAN SARAWAK,' - KATA ADENAN SATEM

Thursday 4 June 2015 | 3 comments

Ketua Menteri Sarawak menyatakan, Najib Abdul Razak telah banyak memberikan bantuan kepada Sarawak, malah peruntukannya untuk negeri itu jauh lebih besar berbanding Perdana-Perdana Menteri sebelum ini, 'termasuklah seorang yang telah berkhidmat selama 22 tahun'.

Menurutnya, rakyat Sarawak tahu bagaimana hendak berterima kasih apabila Najib menunjukkan keprihatinannya kepada Sarawak menerusi tindakannya membangunkan negeri itu.

Adenan Satem pada masa yang sama telah bertanya, apakah yang telah dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun untuk Sarawak memandangkan Najib yang baru 6 tahun mengendalikan pentadbiran negara, telah membuat pembangunan yang lebih besar untuk Sarawak.



"Jangan sesekali berundur. Teruskan kerja. Kami mahu Dato' Seri berada di kedudukan sekarang. Jangan berundur kerana kami kuat menyokong Dato' Seri."

"Kami berada di belakang Perdana Menteri Najib sama ada susah atau senang. Kami akan sentiasa berada di belakangnya pada sepanjang masa. Dan kami melakukan ini bukan kerana kami takutkan dia, tetapi kerana itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan," kata Adenan Satem di hadapan 3000 orang hadiri dalam Makan Malam Gawai Dayak Negeri Sarawak 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh di Kuching semalam.



Adenan berkata lagi, Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan projek kejuruteraan terbesar di Malaysia, akan menjadi legasi Najib untuk diingati oleh rakyat seluruh Sarawak.

Negeri Sarawak amat berterima kasih untuk projek tersebut, katanya lagi.

Adenan turut membandingkan Najib dengan Perdana-Perdana Menteri sebelum ini yang mana menurut Adenan, Najib lebih memberikan perhatian kepada pembangunan di Sarawak dan menjadi Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak.

"Apabila tiba waktunya untuk kita menunjukkan penghargaan, jangan pertikaikan kesetiaan kami. Kami tahu bagaimana hendak berterima kasih, tidak seperti sesetengah orang di Semenanjung, termasuklah di dalam UMNO," kata Adenan lagi.


Ahli Parlimen Cina Memekak Tentang Sempadan Bocor, Tapi Mereka Tak Bising Pasal Pelancong Cina, Taiwan dan Macau 'HILANG'!

Seorang lagi Ahli Parlimen berbangsa Cina yang memekak tentang sempadan bocor dan pendatang asing. Menariknya yang dipersalahkannya adalah pihak berkuasa, terutama sekali Kementerian Dalam Negeri.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Kementerian Dalam Negeri memang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan sempadan negara daripada dibolosi oleh pendatang.

Namun pada masa yang sama, motif Ahli-Ahli Parlimen Cina dari PKR dan DAP ini juga sangat menarik kerana mereka hanya mempersoalkan tentang kebanjiran orang hanyut atau pelarian Rohingya dan Bangladesh tetapi langsung tidak bercakap atau mengulas tentang 'kehilangan' puluhan ribu pendatang dari China, Taiwan dan Macau semenjak dari tahun 2005 lagi. (RUJUK SINI)

Ahli Parlimen Alor Star dari PKR, Gooi Hsiao Leung mempersoalkan kebocoran di sempadan dan menyalahkan sepenuhnya Kementerian Dalam Negeri dengan masalah tersebut. (RUJUK SINI)

Menurutnya, laporan tentang penguatkuasa undang-undang termasuklah anggota dan pegawai-pegawai polis yang mengambil rasuah untuk membuka sempadan kepada warga asing, adalah skandal yang terbesar dan amat memalukan.

Bagaimanapun, beberapa usaha dan tindakan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan dan menangkap pendatang-pendatang haram yang bukan beragama Islam, dilihat mendapat tentangan besar daripada DAP dan PKR sendiri. Malahan DAP terutama sekali di Sabah, menyerang ESSCOM kerana telah menyerbu dan menangkap pendatang-pendatang asing dari China.

Isu ini akan didedahkan dalam artikel-artikel seterusnya yang antara lain turut membabitkan Pengerusi dan Naib Pengerusi DAP Sabah.

Kebanjiran pendatang asing dan penembusan sempadan secara haram di negara ini melibatkan sindiket-sindiket besar yang kebanyakan daripada mereka berpangkalan di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh DAP dan PKR. Malahan, ada kalangan orang politik dari PKR dan DAP yang menjadi dalangnya termasuklah segera menimbulkan pelbagai isu yang akan menyibukkan pihak berkuasa bagi mengalihkan perhatian daripada serbuan dan penangkapan PATI sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Begitu juga ketika Kerajaan melakukan bancian penduduk dan cuba menguatkuasakan sistem biometrik, DAP adalah yang paling ke hadapan menentang dan membuat pelbagai tuduhan liar. Beberapa kes bancian di Pulau Pinang, telah didedahkan apabila pemimpin DAP tiba-tiba muncul untuk menghalang bancian ke atas penduduk dilakukan dengan alasan, UMNO-BN mahu memecahbelahkan penduduk di situ. Sedangkan hakikatnya, mereka cuba melindungi PATI yang berlindung di kawasan bermajoriti Cina.

Serangan ke atas Kerajaan dan tuduhan yang dibuat ke atas agensi penguatkuasaan undang-undang seperti yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Cina dari PKR dan DAP ini, jelas mempunyai motif jahat terutama apabila 'kejayaan' mereka mewujudkan ramai pengundi-pengundi muda Cina yang tidak dapat bertutur atau memahami Bahasa Kebangsaan, mula diperkatakan.

Seharusnya pihak berkuasa, khususnya Imigresen bersegera menjalankan operasi besar-besaran mengesan pendatang-pendatang asing yang menyamar sebagai warganegara Malaysia dan mengusir mereka tanpa menggunakan pelbagai alasan-alasan lapuk termasuklah kekurangan aset dan tenaga kerja seperti yang kerap mereka laung-laungkan.

Sebabnya, apabila sesuatu isu membabitkan kebocoran sempadan dan pendatang haram, yang dituduh RASUAH adalah kakitangan imigresen dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain!

PUSAT JUDI DI PUTATAN: Tangkap dan Lepas... Lakonan atau Tidak Ada Kes?

Wednesday 3 June 2015 | 1 comments

Susulan pendedahan tentang sebuah restoran mamak yang terletak berhampiran Public Bank di Bahagi Tiga, Putatan sebagai pintu masuk ke sebuah pusat judi yang dikendalikan dan didalangi oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik (SINI), difahamkan, satu serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai D7 Penampang.

Bagaimanapun, pasukan terbabit hanya membawa balik dua orang pekerja dari pusat judi berkenaan. Difahamkan juga, tidak lama selepas itu, kedua-dua pekerja tersebut telah dibebaskan, mungkin setelah dijamin oleh tauke pusat judi terbabit.

Beberapa saksi di dalam restoran menerangkan serbuan tersebut dilihat tidak ubah seperti sebuah drama apabila ada yang bising-bising selepas kedua-dua pekerja pusat judi tersebut dibawa ke balai. Malah, ada pula yang turut berpesan kepada para pelanggan di dalam restoran mamak tersebut agar taukehnya, seorang mamak atau India Muslim datang ke balai untuk memberikan keterangan.

Pusat judi haram berkenaan dilaporkan telah kembali beroperasi seperti biasa.

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Adakah ianya sekadar penangkapan dan kemudian dilepaskan, manakala pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan sangat jelas, pusat judi haram tersebut telah melanggar syarat-syarat pendudukan premis.

Barangkali kerana 'kelam-kabut' kerana pertukaran pegawai-pegawai di IPK dan IPD terutama sekali di Penampang dan Putatan, menjurus kepada masalah 'tangkap-lepas' dan penyitaan tidak dapat dilakukan ke atas premis berkenaan?

Perlu ada pihak yang menerangkan apa sebenarnya yang sedang berlaku!!!

Suhaizan Kaiat Sudah Nampak Kelam Di Hujung Terowong Terutama Selepas Gagal Sebutan Arab Dan Salah Tafsir Ayat Al Quran

Suhaizan Kaiat sepatutnya mempertahankan jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Pemuda PAS Pusat. Apatah lagi dengan bantuan PASMA dan pro-Anwar-Guan Eng, Suhaizan Kaiat tidak sepatutnya berhadapan dengan pelbagai masalah penerimaan atau sokongan.

Bagaimanapun, keadaan nampaknya tidak memihak kepada Suhaizan Kaiat. Bukan sahaja butiran WhatsAppnya telah didedahkan kepada umum melibatkan kecenderungannya untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang daripada menjadi Presiden PAS, bahkan beberapa kecenderungannya ke arah DAP sepanjang dia menjadi Ketua Pemuda PAS, mula diungkit secara terbuka oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Pemuda PAS di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat telah dilabelkan sebagai PENGECUT oleh ahli-ahli PAS sendiri ekoran ketakutan mereka untuk mempertahankan Presiden dan dasar parti sendiri. Sebaliknya Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat lebih cenderung untuk membesar-besarkan PKR dan DAP, malah pada suatu peringkat, menganggap PAS hanyalah parti sampah dan tidak lebih mulia berbanding Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Pencabar Suhaizan Kaiat untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, bukan calang-calang orang. Nik Abduh Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin Pemuda yang paling lantang menentang keras cercaan PKR dan DAP ke atas PAS. Malahan, berbanding Suhaizan Kaiat, Nik Abduh kelihatan sangat jelas mempertahankan kepimpinan ulama dan tidak berkiblatkan Guan Eng serta Anwar Ibrahim.

KANTOI... Suhaizan Kaiat terpaksa berdalih konon telefonnya telah kena hack!
 
Beberapa pihak dalam PAS seperti Suhaizan Kaiat dan Khalid Samad telah mengecam Nik Abduh yang disifatkan sebagai penerima dana dari UMNO bagi membolehkan PAS bergabung dengan UMNO.

Penggabungan PAS dan UMNO adalah momokan yang diwujudkan oleh golongan pro-Guan Eng-Anwar untuk menakut-nakutkan ahli-ahli PAS serta membolehkan mereka mengubah kepimpinan sekarang kepada kepimpinan yang lebih patuh serta tunduk kepada DAP dan PKR.

Walaupun sudah berulang-ulang kali, baik Nik Abduh atau pun Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa PAS tidak akan bergabung dengan UMNO walaupun mengusulkan sebuah Kerajaan Perpaduan, namun golongan pro-Anwar-Guan Eng tetap bertegas dengan tohmahan mereka.

Suhaizan Kaiat mendapat kecaman hebat dalam ucapannya sebentar tadi apabila tersilap menyebut istilah Arab dan tafsiran ayat-ayat al Quran yang digunakan untuk menyokong pendapat serta hujahnya. (RUJUK SINI)

Sekaligus menyebabkan Suhaizan Kaiat semakin sukar untuk mempertahankan jawatannya, memandangkan teras utama PAS adalah Islam. Seseorang pemimpin dalam PAS setidak-tidaknya perlu mahir menggunakan pelbagai istilah Arab selain mampu menghafal ayat-ayat al Quran yang boleh digunakan untuk kelebihan kepada PAS.

Namun faktor lain juga perlu diambil kira... adakah WANG BESAR yang bakal ditabur oleh DAP kepada perwakilan, akan tetap meletakkan Suhaizan Kaiat sebagai pemenang kerana berdasarkan sokongan, Suhaizan Kaiat jauh ketinggalan berbanding Nik Abduh yang dilihat lebih mantap sebagai Ketua Pemuda PAS?

MAHATHIR CABAR NGO YANG TAWARKAN RM1 JUTA SIASAT HARGA TERSEMBUNYINYA UNTUK BERSEGERA MELAKUKANNYA!

Tuesday 2 June 2015 | 8 comments


'GAME' antara yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir bersama-sama Najib, nampaknya telah menarik minat daripada pelbagai puak termasuklah pembangkang dan musuh abadi UMNO iaitu Lim Kit Siang.

Lebih menarik lagi ialah corak permainan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir yang kemudian 'disambut' secara tidak sengaja oleh Najib menerusi jawapan-jawapan serta road-tour mengingatkan kita kembali kepada kempen SEMARAK dari tahun 1988 untuk dua pusingan yang berakhir di Sarawak sebelum Pilihanraya Umum tahun 1990 diadakan.

Kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Najib tentang 'anggota kabinet' yang tidak bersama-samanya, wajar meletakkan jawatan dan mengundurkan diri, sebenarnya sudah lama disuarakan oleh bawahan. Bukan rahsia lagi bilamana ahli-ahli dan penyokong-penyokong kerajaan melihat kesilapan besar Najib melantik orang-orang yang tidak berkelayakan sebagai anggota kabinet mahupun pegawai-pegawai di sekelilingnya.

Terdapat banyak kebocoran dan ketirisan termasuklah apabila terpaksa membuat dummy bagi manuskrip bajet tahunan apabila butiran bajet telah sampai ke tangan pembangkang terlebih dahulu sebelum sempat dibentangkan oleh Najib di Parlimen.

Begitu juga dengan kepala-kepala GLC yang langsung tidak mendukung aspirasi kerajaan yang mahu mewujudkan kondisi pembahagian kek ekonomi yang lebih seimbang antara kaum di negara ini.

Contoh terbaik termasuklah Nur Jazlan Mohamad yang sekarang ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC). Ketika dia menjadi Pengerusi UDA, apa kenyataan yang telah dibuatnya apabila keputusan enggan memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat Bumiputera membabitkan tapak Penjara Pudu sebaliknya memilih syarikat-syarikat Cina dan dari China? (RUJUK SINI)

Bagi yang sangat memusuhi Najib Abdul Razak, barangkali mereka tidak sedar reaksi yang telah ditunjukkan oleh Najib itulah sebenarnya yang menjadi tuntutan Tun Dr. Mahathir. Malahan Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan terbarunya, mencabar Najib Abdul Razak yang diketahui tidak mampu untuk memecat kakitangannya yang tidak cekap, berbuat begitu.

Melihat kepada situasi tegang antara Mahathir-Najib, memunculkan banyak pasukan yang dilihat cuba menjuarai isu londeh-melondeh melibatkan para pemimpin UMNO. Dan lebih menarik lagi ialah apabila golongan bekas DAP dan PKR kelihatan begitu aktif menyerang Tun Mahathir atau pun Najib untuk menunjukkan kononnya mereka sangat sayangkan UMNO tetapi pada masa yang sama, menggunapakai semua trick dan helah Pakatan terutama sekali PKR sebelum ini untuk melakukan serangan.

Kemunculan NGO seperti CGAM yang kononnya menawarkan hadiah RM1 juta untuk pembongkaran harta-harta tersembunyi Tun Dr. Mahathir, sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Golongan seperti ini merupakan oportunis yang akan segera merebut peluang untuk memunculkan diri dan menjadi juara selepas apa yang berlaku sepanjang 2004 dahulu sehingga menyaksikan kejatuhan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Sekarang adalah musim di mana musang berbulu ayam berlumba-lumba menunjukkan diri. Rasa-rasanya Tun Mahathir dan Najib Abdul Razak sangat tahu tentang perkara tersebut kerana besar kemungkinan itu jugalah permainan mereka berdua.

Cuma yang agak kurang diperkatakan ialah, suara Rafizi Ramli dan Tony Pua tentang 1MDB nampaknya semakin sayup-sayup sedangkan Mahathir pula sekadar berpusing-pusing dalam lingkungan yang sama, dan Najib pula menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Mahathir, biarpun jawapan-jawapannya sukar dihadam oleh para penentangnya.

Namun yang pasti ialah, GAME antara Mahathir-Najib, memang telah menjadi!

Bukan seketul batu baling dua ekor burung, bahkan banyak burung lain yang turut terkena balingan seketul batu itu.


PENDEDAHAN!! RESTORAN MAMAK DI PUTATAN JADI 'PINTU MASUK' PUSAT JUDI WAHUI!!!


Sebuah restoran mamak yang menggunakan nama seorang wanita tempatan untuk lesen di Putatan telah digunakan sebagai pusat perjudian yang dikenali penduduk setempat sebagai WAHUI.

Wahui tidak sahaja menjadi fenomena di Putatan malahan di seluruh Sabah. Judi haram ini dijanakan oleh sebuah sindiket yang mempunyai kaitan besar dengan pemimpin-pemimpin politik. Gejala judi haram ini telah mensasarkan golongan muda Sabah namun sehingga kini, gerakan besar-besaran untuk membanterasnya, berhadapan dengan pelbagai kesukaran.

Kesukaran pembanterasan dan penguatkuasaan undang-undang, tidak sahaja melibatkan protokol dan red-tape dari pihak berkepentingan politik, malahan rasuah juga dikatakan menjadi faktor utamanya.


Mungkin disebabkan itulah, walaupun pada setiap hari, terutama sekali pada hari Sabtu dan Ahad, terlalu ramai kaki judi berada di hadapan restoran tersebut untuk melihat nasib mereka, polis dan Majlis Daerah Putatan seperti tidak nampak dan telah dibutakan mata serta dipekakkan telinga.

Masyarakat Putatan telah lama dan banyak kali membuat laporan, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan dari pihakberkuasa.

DI HADAPANNYA RESTORAN, DI BELAKANG PUSAT JUDI...


Restoran bertindak sebagai pembekal makanan dan minuman kepada para penjudi, manakala pusat judi haram itu pula bertindak dengan membekalkan rasuah kepada pihak-pihak tertentu dalam pasukan penguatkuasa undang-undang.

Ironinya, PUSAT JUDI haram itu terletak tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah iaitu lebih kurang 4 kilometer sahaja!

Ada Pihak Cuba SABOTAJ Program 'Nothing2Hide' Yang Akan Dihadiri Oleh Najib dan Mahathir

Friday 5 June 2015 · 12 comments

Dari semalam lagi, pelbagai provokasi dan hasutan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu demi menggagalkan program yang dianjurkan oleh SukaGuam, 'Nothing2Hide' sebuah dialog yang akan membolehkan Perdana Menteri menjawab pelbagai persoalan yang diajukan oleh marhein terutama sekali yang membabitkan isu semasa seperti 1MDB.

Program tersebut mungkin tidak menakutkan mereka jikalau tidak disertai oleh bekas Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir.

Tun Dr. Mahathir telah menyatakan persetujuan untuk hadir dalam program 'Nothing2Hide' di PWTC pagi ini.

Bermula dari berita persetujuan Tun Dr. Mahathir untuk hadir itulah, pelbagai cerita terbaru diperdengarkan. Ada yang menakut-nakutkan kononnya huru-hara akan tercetus. Ada pula yang menyatakan, semburan gas pemedih mata seperti yang berlaku kepada Tun Dr. Mahathir sewaktu awal penubuhan PERKASA di Kota Bharu dahulu akan berulang. Ada pula yang melakukan ancaman sehingga menimbulkan pula cerita kononnya Tun Dr. Mahathir akan dikawal ketat oleh sepasukan anggota polis bagi memastikan keselamatannya terjamin.



Malah ada pula saranan yang meminta ahli-ahli PERKASA melindungi Tun Dr. Mahathir.

Terbaru, awal pagi tadi, satu mesej tersebar kononnya program yang dianjurkan oleh SukaGuam di PWTC itu telah ditunda ke tarikh yang belum ditentukan. Kononnya penundaan tersebut terpaksa dibuat kerana penglibatan banyak pihak yang tidak diundang.

Bagaimanapun, setelah diselidiki, SukaGuam menafikan yang program tersebut ditunda. Bahkan salah seorang Setiausaha Politik Perdana Menteri sendiri menafikan program tersebut ditunda.


Nampaknya memang ada pihak yang panas sehingga terpaksa merekayasa cerita semata-mata untuk memalukan Perdana Menteri dengan tanggapan kononnya, program tersebut dibatalkan kerana ketidakmampuan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan panas nanti.

Nampaknya parasit-parasit yang menyamar sebagai penyokong Perdana Menteri, sudah semakin kelam-kabut sehingga berasakan perlu mencipta cerita bohong sebegitu rupa.

Shafie Apdal Disuruh Letak Jawatan Kerana Menentang Najib Atau Sebenarnya Kerana Takutkan Pemilihan UMNO Akan Datang?

· 3 comments

Beberapa pihak dari dalam UMNO sendiri mula menembak beberapa orang menteri kabinet yang seringkali dilabelkan sebagai 'PENIKAM NAJIB' dari belakang. Antara yang terkena label tersebut adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal.

Tidak sahaja membesar-besarkan cerita tentang Shafie Apdal yang kononnya menentang Najib tetapi juga turut menghebohkan cerita kononnya, Shafie Apdal akan meletakkan jawatan untuk bersama-sama dengan beberapa orang Menteri Kabinet yang lain termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin membentuk kem penentang Najib.

Hakikatnya, yang beria-ia sangat membuat ulasan dan mahu melihat Shafie Apdal serta beberapa orang menteri kabinet yang menjadi sasaran mereka, meletakkan jawatan hanya golongan yang berasakan mereka adalah pemain dan pencatur bidak politik yang sangat hebat. Sedangkan sebilangan daripada mereka hanyalah golongan yang membuang masa dan perasan sangat hebat.

Persoalan tentang 1MDB sebenarnya bukan perkara baru. Pembangkang, khususnya Tony Pua dan Rafizi Ramli, bahkan Mahfuz Omar yang terkenal kerana kedunguannya pun, sudah lama menjadikan 1MDB sebagai bahan sesahan dan fitnah mereka.

Sehinggalah Tun Dr. Mahathir mengungkapkannya mengikut nada pembangkang, barulah ada gesaan dan tindakan yang hendak dilakukan. Menariknya, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi 1MDB serta CEOnya seperti lepas tangan dalam menjawab kesemua isu yang dibangkitkan.

Beralasankan kononnya isu 1MDB telah dipolitikkan, mereka mendiamkan diri dan hanya membiarkan Perdana Menteri dan Menteri yang berkaitan menjawab. Sedangkan pada masa yang sama, isu tersebut telah semakin merebak dan mengakar di fikiran rakyat sehinggakan kebanyakan rakyat melihat dan menganggap 1MDB adalah satu kerugian besar kepada negara.

Sikap pihak yang telah diberikan tanggungjawab dan amanah untuk menjayakan 1MDB itulah sebenarnya yang amat menjengkelkan hati banyak pihak terutama sekali beberapa menteri kabinet dan Tun Dr. Mahathir memandangkan ia memberi kesan kepada imej Perdana Menteri dan pentadbirannya. Lantas persoalan demi persoalan dilontarkan. Pertanyaan demi pertanyaan diusulkan agar jawapan dan pencerahan segera diberikan. Sekaligus pada masa yang sama, semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang telah hilang begitu sahaja. Yang tinggal hanyalah isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir sahaja.

Barangkali kerana sukar hendak menjawab di samping sikap semua pembesar 1MDB yang menyerahkan segala urusan menjawab kepada Perdana Menteri, Shafie Apdal mengulangi pertanyaan tersebut secara awam.

Apabila Menteri Kabinet mempersoalkan sebuah agensi kerajaan secara awam begitu, kesannya amat besar. Sehinggakan Shafie Apdal dikatakan mahu menyerang dan menggulingkan Najib walaupun hakikatnya Shafie sedang berusaha menyelamatkan Najib daripada perbuatan tidak bertanggungjawab Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Dua hari sudah, akhirnya 1MDB mengeluarkan kenyataan tentang pembahagian pelaburan yang sebelum ini dilihat sebagai HUTANG RM42 BILION. Bayangkanlah kalau tidak didesak, sampai bila pun, 1MDB akan terus menyepikan diri dan Najib akan dilihat sebagai Perdana Menteri yang sangat buruk.

Penjelasan tentang transaksi 1MDB itu yang diterangkan oleh CEO 1MDB dua hari sudah bermula apabila Shafie dan rakan-rakan Kabinet mempersoalkannya lebih awal.

Secara tidak langsung, Shafie sebenarnya telah membuktikan bahawa dia berada di belakang Najib, menyelamatkan Najib daripada dimalukan oleh perbuatan tidak bertanggungjawab dan kurang amanah Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang mengambil sikap berdiam diri selama ini.

Mana Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, Pengerusi 1MDB? Mengapa dia mendiamkan diri? Untuk apakah jawatan Pengerusi 1MDB yang disandangnya sekiranya mulutnya terkatup dan membiarkan Najib yang merupakan Menteri Kewangan dan Penasihat 1MDB bersuara bagi pihaknya?

Mengapa Arul Kanda, CEO 1MDB hanya dua hari sudah baru nak bersuara, sedangkan sebelum ini sangat berat mulut dan beralasankan, 1MDB telah dipolitikkan bagi menghalalkan perbuatan menfitnah 1MDB oleh puak pembangkang?

Mengapa Menteri Kabinet seperti Shafie Apdal yang cuba menyelamatkan bos mereka daripada dianiayai oleh Ahli Lembaga Pengarah pula yang disuruh letak jawatan sedangkan masalah yang berlaku sekarang adalah disebabkan oleh sikap keseluruhan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang kesemua mereka bukan calang-calang orang?


'KAMI TAHU BAGAIMANA HENDAK BERTERIMA KASIH APABILA DALAM LIMA TAHUN SEBAGAI PERDANA MENTERI, NAJIB LEBIH BANYAK BANGUNKAN SARAWAK,' - KATA ADENAN SATEM

Thursday 4 June 2015 · 3 comments

Ketua Menteri Sarawak menyatakan, Najib Abdul Razak telah banyak memberikan bantuan kepada Sarawak, malah peruntukannya untuk negeri itu jauh lebih besar berbanding Perdana-Perdana Menteri sebelum ini, 'termasuklah seorang yang telah berkhidmat selama 22 tahun'.

Menurutnya, rakyat Sarawak tahu bagaimana hendak berterima kasih apabila Najib menunjukkan keprihatinannya kepada Sarawak menerusi tindakannya membangunkan negeri itu.

Adenan Satem pada masa yang sama telah bertanya, apakah yang telah dilakukan oleh Mahathir sepanjang 22 tahun untuk Sarawak memandangkan Najib yang baru 6 tahun mengendalikan pentadbiran negara, telah membuat pembangunan yang lebih besar untuk Sarawak.



"Jangan sesekali berundur. Teruskan kerja. Kami mahu Dato' Seri berada di kedudukan sekarang. Jangan berundur kerana kami kuat menyokong Dato' Seri."

"Kami berada di belakang Perdana Menteri Najib sama ada susah atau senang. Kami akan sentiasa berada di belakangnya pada sepanjang masa. Dan kami melakukan ini bukan kerana kami takutkan dia, tetapi kerana itu adalah perkara yang betul untuk dilakukan," kata Adenan Satem di hadapan 3000 orang hadiri dalam Makan Malam Gawai Dayak Negeri Sarawak 2015 di Dewan Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh di Kuching semalam.



Adenan berkata lagi, Lebuhraya Pan Borneo yang merupakan projek kejuruteraan terbesar di Malaysia, akan menjadi legasi Najib untuk diingati oleh rakyat seluruh Sarawak.

Negeri Sarawak amat berterima kasih untuk projek tersebut, katanya lagi.

Adenan turut membandingkan Najib dengan Perdana-Perdana Menteri sebelum ini yang mana menurut Adenan, Najib lebih memberikan perhatian kepada pembangunan di Sarawak dan menjadi Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak.

"Apabila tiba waktunya untuk kita menunjukkan penghargaan, jangan pertikaikan kesetiaan kami. Kami tahu bagaimana hendak berterima kasih, tidak seperti sesetengah orang di Semenanjung, termasuklah di dalam UMNO," kata Adenan lagi.


Ahli Parlimen Cina Memekak Tentang Sempadan Bocor, Tapi Mereka Tak Bising Pasal Pelancong Cina, Taiwan dan Macau 'HILANG'!

· 4 comments

Seorang lagi Ahli Parlimen berbangsa Cina yang memekak tentang sempadan bocor dan pendatang asing. Menariknya yang dipersalahkannya adalah pihak berkuasa, terutama sekali Kementerian Dalam Negeri.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan Kementerian Dalam Negeri memang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penjagaan sempadan negara daripada dibolosi oleh pendatang.

Namun pada masa yang sama, motif Ahli-Ahli Parlimen Cina dari PKR dan DAP ini juga sangat menarik kerana mereka hanya mempersoalkan tentang kebanjiran orang hanyut atau pelarian Rohingya dan Bangladesh tetapi langsung tidak bercakap atau mengulas tentang 'kehilangan' puluhan ribu pendatang dari China, Taiwan dan Macau semenjak dari tahun 2005 lagi. (RUJUK SINI)

Ahli Parlimen Alor Star dari PKR, Gooi Hsiao Leung mempersoalkan kebocoran di sempadan dan menyalahkan sepenuhnya Kementerian Dalam Negeri dengan masalah tersebut. (RUJUK SINI)

Menurutnya, laporan tentang penguatkuasa undang-undang termasuklah anggota dan pegawai-pegawai polis yang mengambil rasuah untuk membuka sempadan kepada warga asing, adalah skandal yang terbesar dan amat memalukan.

Bagaimanapun, beberapa usaha dan tindakan pihak berkuasa untuk melakukan serbuan dan menangkap pendatang-pendatang haram yang bukan beragama Islam, dilihat mendapat tentangan besar daripada DAP dan PKR sendiri. Malahan DAP terutama sekali di Sabah, menyerang ESSCOM kerana telah menyerbu dan menangkap pendatang-pendatang asing dari China.

Isu ini akan didedahkan dalam artikel-artikel seterusnya yang antara lain turut membabitkan Pengerusi dan Naib Pengerusi DAP Sabah.

Kebanjiran pendatang asing dan penembusan sempadan secara haram di negara ini melibatkan sindiket-sindiket besar yang kebanyakan daripada mereka berpangkalan di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh DAP dan PKR. Malahan, ada kalangan orang politik dari PKR dan DAP yang menjadi dalangnya termasuklah segera menimbulkan pelbagai isu yang akan menyibukkan pihak berkuasa bagi mengalihkan perhatian daripada serbuan dan penangkapan PATI sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Begitu juga ketika Kerajaan melakukan bancian penduduk dan cuba menguatkuasakan sistem biometrik, DAP adalah yang paling ke hadapan menentang dan membuat pelbagai tuduhan liar. Beberapa kes bancian di Pulau Pinang, telah didedahkan apabila pemimpin DAP tiba-tiba muncul untuk menghalang bancian ke atas penduduk dilakukan dengan alasan, UMNO-BN mahu memecahbelahkan penduduk di situ. Sedangkan hakikatnya, mereka cuba melindungi PATI yang berlindung di kawasan bermajoriti Cina.

Serangan ke atas Kerajaan dan tuduhan yang dibuat ke atas agensi penguatkuasaan undang-undang seperti yang dilakukan oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Cina dari PKR dan DAP ini, jelas mempunyai motif jahat terutama apabila 'kejayaan' mereka mewujudkan ramai pengundi-pengundi muda Cina yang tidak dapat bertutur atau memahami Bahasa Kebangsaan, mula diperkatakan.

Seharusnya pihak berkuasa, khususnya Imigresen bersegera menjalankan operasi besar-besaran mengesan pendatang-pendatang asing yang menyamar sebagai warganegara Malaysia dan mengusir mereka tanpa menggunakan pelbagai alasan-alasan lapuk termasuklah kekurangan aset dan tenaga kerja seperti yang kerap mereka laung-laungkan.

Sebabnya, apabila sesuatu isu membabitkan kebocoran sempadan dan pendatang haram, yang dituduh RASUAH adalah kakitangan imigresen dan agensi penguatkuasaan undang-undang yang lain!

PUSAT JUDI DI PUTATAN: Tangkap dan Lepas... Lakonan atau Tidak Ada Kes?

Wednesday 3 June 2015 · 1 comments

Susulan pendedahan tentang sebuah restoran mamak yang terletak berhampiran Public Bank di Bahagi Tiga, Putatan sebagai pintu masuk ke sebuah pusat judi yang dikendalikan dan didalangi oleh pihak tertentu yang berkepentingan politik (SINI), difahamkan, satu serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai D7 Penampang.

Bagaimanapun, pasukan terbabit hanya membawa balik dua orang pekerja dari pusat judi berkenaan. Difahamkan juga, tidak lama selepas itu, kedua-dua pekerja tersebut telah dibebaskan, mungkin setelah dijamin oleh tauke pusat judi terbabit.

Beberapa saksi di dalam restoran menerangkan serbuan tersebut dilihat tidak ubah seperti sebuah drama apabila ada yang bising-bising selepas kedua-dua pekerja pusat judi tersebut dibawa ke balai. Malah, ada pula yang turut berpesan kepada para pelanggan di dalam restoran mamak tersebut agar taukehnya, seorang mamak atau India Muslim datang ke balai untuk memberikan keterangan.

Pusat judi haram berkenaan dilaporkan telah kembali beroperasi seperti biasa.

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Adakah ianya sekadar penangkapan dan kemudian dilepaskan, manakala pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan sangat jelas, pusat judi haram tersebut telah melanggar syarat-syarat pendudukan premis.

Barangkali kerana 'kelam-kabut' kerana pertukaran pegawai-pegawai di IPK dan IPD terutama sekali di Penampang dan Putatan, menjurus kepada masalah 'tangkap-lepas' dan penyitaan tidak dapat dilakukan ke atas premis berkenaan?

Perlu ada pihak yang menerangkan apa sebenarnya yang sedang berlaku!!!

Suhaizan Kaiat Sudah Nampak Kelam Di Hujung Terowong Terutama Selepas Gagal Sebutan Arab Dan Salah Tafsir Ayat Al Quran

· 1 comments

Suhaizan Kaiat sepatutnya mempertahankan jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Pemuda PAS Pusat. Apatah lagi dengan bantuan PASMA dan pro-Anwar-Guan Eng, Suhaizan Kaiat tidak sepatutnya berhadapan dengan pelbagai masalah penerimaan atau sokongan.

Bagaimanapun, keadaan nampaknya tidak memihak kepada Suhaizan Kaiat. Bukan sahaja butiran WhatsAppnya telah didedahkan kepada umum melibatkan kecenderungannya untuk menggulingkan Abdul Hadi Awang daripada menjadi Presiden PAS, bahkan beberapa kecenderungannya ke arah DAP sepanjang dia menjadi Ketua Pemuda PAS, mula diungkit secara terbuka oleh ahli-ahli PAS sendiri.

Pemuda PAS di bawah kepimpinan Suhaizan Kaiat telah dilabelkan sebagai PENGECUT oleh ahli-ahli PAS sendiri ekoran ketakutan mereka untuk mempertahankan Presiden dan dasar parti sendiri. Sebaliknya Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat lebih cenderung untuk membesar-besarkan PKR dan DAP, malah pada suatu peringkat, menganggap PAS hanyalah parti sampah dan tidak lebih mulia berbanding Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Pencabar Suhaizan Kaiat untuk jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat, bukan calang-calang orang. Nik Abduh Nik Abdul Aziz merupakan pemimpin Pemuda yang paling lantang menentang keras cercaan PKR dan DAP ke atas PAS. Malahan, berbanding Suhaizan Kaiat, Nik Abduh kelihatan sangat jelas mempertahankan kepimpinan ulama dan tidak berkiblatkan Guan Eng serta Anwar Ibrahim.

KANTOI... Suhaizan Kaiat terpaksa berdalih konon telefonnya telah kena hack!
 
Beberapa pihak dalam PAS seperti Suhaizan Kaiat dan Khalid Samad telah mengecam Nik Abduh yang disifatkan sebagai penerima dana dari UMNO bagi membolehkan PAS bergabung dengan UMNO.

Penggabungan PAS dan UMNO adalah momokan yang diwujudkan oleh golongan pro-Guan Eng-Anwar untuk menakut-nakutkan ahli-ahli PAS serta membolehkan mereka mengubah kepimpinan sekarang kepada kepimpinan yang lebih patuh serta tunduk kepada DAP dan PKR.

Walaupun sudah berulang-ulang kali, baik Nik Abduh atau pun Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan bahawa PAS tidak akan bergabung dengan UMNO walaupun mengusulkan sebuah Kerajaan Perpaduan, namun golongan pro-Anwar-Guan Eng tetap bertegas dengan tohmahan mereka.

Suhaizan Kaiat mendapat kecaman hebat dalam ucapannya sebentar tadi apabila tersilap menyebut istilah Arab dan tafsiran ayat-ayat al Quran yang digunakan untuk menyokong pendapat serta hujahnya. (RUJUK SINI)

Sekaligus menyebabkan Suhaizan Kaiat semakin sukar untuk mempertahankan jawatannya, memandangkan teras utama PAS adalah Islam. Seseorang pemimpin dalam PAS setidak-tidaknya perlu mahir menggunakan pelbagai istilah Arab selain mampu menghafal ayat-ayat al Quran yang boleh digunakan untuk kelebihan kepada PAS.

Namun faktor lain juga perlu diambil kira... adakah WANG BESAR yang bakal ditabur oleh DAP kepada perwakilan, akan tetap meletakkan Suhaizan Kaiat sebagai pemenang kerana berdasarkan sokongan, Suhaizan Kaiat jauh ketinggalan berbanding Nik Abduh yang dilihat lebih mantap sebagai Ketua Pemuda PAS?

MAHATHIR CABAR NGO YANG TAWARKAN RM1 JUTA SIASAT HARGA TERSEMBUNYINYA UNTUK BERSEGERA MELAKUKANNYA!

Tuesday 2 June 2015 · 8 comments


'GAME' antara yang dimainkan oleh Tun Dr. Mahathir bersama-sama Najib, nampaknya telah menarik minat daripada pelbagai puak termasuklah pembangkang dan musuh abadi UMNO iaitu Lim Kit Siang.

Lebih menarik lagi ialah corak permainan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir yang kemudian 'disambut' secara tidak sengaja oleh Najib menerusi jawapan-jawapan serta road-tour mengingatkan kita kembali kepada kempen SEMARAK dari tahun 1988 untuk dua pusingan yang berakhir di Sarawak sebelum Pilihanraya Umum tahun 1990 diadakan.

Kenyataan keras yang dikeluarkan oleh Najib tentang 'anggota kabinet' yang tidak bersama-samanya, wajar meletakkan jawatan dan mengundurkan diri, sebenarnya sudah lama disuarakan oleh bawahan. Bukan rahsia lagi bilamana ahli-ahli dan penyokong-penyokong kerajaan melihat kesilapan besar Najib melantik orang-orang yang tidak berkelayakan sebagai anggota kabinet mahupun pegawai-pegawai di sekelilingnya.

Terdapat banyak kebocoran dan ketirisan termasuklah apabila terpaksa membuat dummy bagi manuskrip bajet tahunan apabila butiran bajet telah sampai ke tangan pembangkang terlebih dahulu sebelum sempat dibentangkan oleh Najib di Parlimen.

Begitu juga dengan kepala-kepala GLC yang langsung tidak mendukung aspirasi kerajaan yang mahu mewujudkan kondisi pembahagian kek ekonomi yang lebih seimbang antara kaum di negara ini.

Contoh terbaik termasuklah Nur Jazlan Mohamad yang sekarang ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC). Ketika dia menjadi Pengerusi UDA, apa kenyataan yang telah dibuatnya apabila keputusan enggan memberikan kontrak kepada syarikat-syarikat Bumiputera membabitkan tapak Penjara Pudu sebaliknya memilih syarikat-syarikat Cina dan dari China? (RUJUK SINI)

Bagi yang sangat memusuhi Najib Abdul Razak, barangkali mereka tidak sedar reaksi yang telah ditunjukkan oleh Najib itulah sebenarnya yang menjadi tuntutan Tun Dr. Mahathir. Malahan Tun Dr. Mahathir dalam kenyataan terbarunya, mencabar Najib Abdul Razak yang diketahui tidak mampu untuk memecat kakitangannya yang tidak cekap, berbuat begitu.

Melihat kepada situasi tegang antara Mahathir-Najib, memunculkan banyak pasukan yang dilihat cuba menjuarai isu londeh-melondeh melibatkan para pemimpin UMNO. Dan lebih menarik lagi ialah apabila golongan bekas DAP dan PKR kelihatan begitu aktif menyerang Tun Mahathir atau pun Najib untuk menunjukkan kononnya mereka sangat sayangkan UMNO tetapi pada masa yang sama, menggunapakai semua trick dan helah Pakatan terutama sekali PKR sebelum ini untuk melakukan serangan.

Kemunculan NGO seperti CGAM yang kononnya menawarkan hadiah RM1 juta untuk pembongkaran harta-harta tersembunyi Tun Dr. Mahathir, sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Golongan seperti ini merupakan oportunis yang akan segera merebut peluang untuk memunculkan diri dan menjadi juara selepas apa yang berlaku sepanjang 2004 dahulu sehingga menyaksikan kejatuhan Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Sekarang adalah musim di mana musang berbulu ayam berlumba-lumba menunjukkan diri. Rasa-rasanya Tun Mahathir dan Najib Abdul Razak sangat tahu tentang perkara tersebut kerana besar kemungkinan itu jugalah permainan mereka berdua.

Cuma yang agak kurang diperkatakan ialah, suara Rafizi Ramli dan Tony Pua tentang 1MDB nampaknya semakin sayup-sayup sedangkan Mahathir pula sekadar berpusing-pusing dalam lingkungan yang sama, dan Najib pula menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Mahathir, biarpun jawapan-jawapannya sukar dihadam oleh para penentangnya.

Namun yang pasti ialah, GAME antara Mahathir-Najib, memang telah menjadi!

Bukan seketul batu baling dua ekor burung, bahkan banyak burung lain yang turut terkena balingan seketul batu itu.


PENDEDAHAN!! RESTORAN MAMAK DI PUTATAN JADI 'PINTU MASUK' PUSAT JUDI WAHUI!!!

· 4 comments


Sebuah restoran mamak yang menggunakan nama seorang wanita tempatan untuk lesen di Putatan telah digunakan sebagai pusat perjudian yang dikenali penduduk setempat sebagai WAHUI.

Wahui tidak sahaja menjadi fenomena di Putatan malahan di seluruh Sabah. Judi haram ini dijanakan oleh sebuah sindiket yang mempunyai kaitan besar dengan pemimpin-pemimpin politik. Gejala judi haram ini telah mensasarkan golongan muda Sabah namun sehingga kini, gerakan besar-besaran untuk membanterasnya, berhadapan dengan pelbagai kesukaran.

Kesukaran pembanterasan dan penguatkuasaan undang-undang, tidak sahaja melibatkan protokol dan red-tape dari pihak berkepentingan politik, malahan rasuah juga dikatakan menjadi faktor utamanya.


Mungkin disebabkan itulah, walaupun pada setiap hari, terutama sekali pada hari Sabtu dan Ahad, terlalu ramai kaki judi berada di hadapan restoran tersebut untuk melihat nasib mereka, polis dan Majlis Daerah Putatan seperti tidak nampak dan telah dibutakan mata serta dipekakkan telinga.

Masyarakat Putatan telah lama dan banyak kali membuat laporan, tetapi sehingga kini, tiada sebarang tindakan dari pihakberkuasa.

DI HADAPANNYA RESTORAN, DI BELAKANG PUSAT JUDI...


Restoran bertindak sebagai pembekal makanan dan minuman kepada para penjudi, manakala pusat judi haram itu pula bertindak dengan membekalkan rasuah kepada pihak-pihak tertentu dalam pasukan penguatkuasa undang-undang.

Ironinya, PUSAT JUDI haram itu terletak tidak jauh dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah iaitu lebih kurang 4 kilometer sahaja!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks