Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Diugut Penggal Kepala Kerana Kata Pembunuhan Bill Kayong Bukan Berasaskan Kaum dan Politik

Thursday, 30 June 2016 | 0 comments



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak dimenangi oleh Barisan Nasional.


Ancaman memenggal kepala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak itu telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian. Pencarian juga menemui satu lagi akaun Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian Suffian Suffian dengan perubahan gambar profil pada jam 9:15 pagi semalam.

Ketiadaan tindakan berkesan pihak berkuasa terhadap golongan-golongan tidak bertanggungjawab yang mempergiatkan hasutan selepas kekalahan besar DAP dalam PRN Sarawak beberapa minggu lalu, bagaikan membolehkan golongan tersebut bermaharajalela melakukan hasutan tanpa sembunyi-sembunyi.


Selain ancaman untuk memenggal kepala Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, perubahan Kabinet Malaysia turut dijadikan sebagai modal untuk melakukan hasutan apabila golongan terbabit berusaha menaikkan sentimen kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan dengan menjadikan rakyat Sarawak sebagai alasan.

Tidak sahaja siasatan, tetapi juga tindakan segera perlu diambil untuk membendung jenayah daripada berleluasa. Apatah lagi, terlalu banyak khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang di seluruh Sarawak, menyatakan kematian Bill Kayong mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, serta NGO yang menjadikannya sebagai kambinghitam untuk mereka muncul sebagai juara.


MENGEJUTKAN! 54 KAMPUNG, 3 SEKOLAH DI DUN BALAI RINGIN, SARAWAK BELUM ADA KEMUDAHAN ASAS!

Friday, 11 December 2015 | 2 comments


Bekalan air, jalan raya dan sekolah adalah antara keperluan yang amat mendesak bagi kawasan Balai Ringin yang menuntut perhatian segera daripada kerajaan.

Menurut ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, masih terdapat beberapa kampung di kawasannya yang belum mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Jelas beliau, antara sebabnya ialah sesetengah kampung terletak di pedalaman dan jauh dari jalan raya utama serta sumber air graviti tidak terdapat di beberapa tempat untuk membekalkan air bersih.

Malah, katanya untuk membekal air bersih kepada kampung-kampung ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia tidak terletak secara berkelompok.

Justeru, beliau mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji Sungai Sabal untuk digunakan menjadi pusat atau loji pemprosesan air bersih bagi kawasan Sabal, Simpang Punda dan Telagus.

“Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada 54 kampung dan tiga sekolah rendah (SK Telagus, SK Sg Pinang dan SK Padang Pedalai) yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari Sungai Sabal,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Selain itu, Snowdan berkata kemudahan jalan raya juga sangat diperlukan kerana terdapat beberapa kampung yang terletak jauh dari jalan utama selain terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukau dan licin pada musim hujan.

Katanya kampung-kampung terlibat ialah Kampung Ubah, Kampung Empaling, Kampung Isu, Kampung Gayau, Kampung Sapak, Kampung Keranggas, Kampung Tabong, Kampung Menangkin, Kampung Muding, Kampung Tuba di daerah kecil Pantu serta Kampung Mentu dan Kampung Mugah di daerah Simunjan.

“Ada laporan mengatakan amat sukar memandu pada waktu malam di jalan tersebut bahkan ada dilaporkan seorang ibu yang hendak bersalin tidak dapat sampai ke klinik berdekatan dan meninggal dunia dalam perjalanan… ini sangat menyedihkan,” katanya.

Manakala, beliau menambah sebuah lagi sekolah menengah turut diperlukan di kawasan Balai Ringin kerana ketika ini, keperluan amat mendesak disebabkan SMK Balai Ringin sudah penuh.

“Bukan sahaja sesak malah sesetengah bilik darjah dan asrama pelajar sudah berusia lebih 40 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Snowdan berkata beberapa sekolah rendah kebangsaan juga memerlu-kan perhatian khusus kerana sudah usang seperti SK Nyelitak, SK Tuba, SK Sebangkoi, SK Muding, SK Mentu, SK Gawang, SK Semada, SK Jaong, SK Abok dan SK Kedumbai. (SUMBER)


FELCRA TIDAK CEKAP, ADUN Gesa Kerajaan Sarawak Campur Tangan Untuk Pulangan dan Dividen Lebih Adil Kepada Peserta


Kerajaan negeri Sarawak sepatutnya campur tangan dalam setiap penglibatan FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) dalam pembangunan ladang kelapa sawit atas tanah-tanah milik masyarakat luar bandar di negeri ini, agar pemilik tanah atau peserta yang terlibat mendapat pulangan yang setimpal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.20 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo membuat gesaan tersebut dalam satu sidang media di DUN Sarawak pagi tadi.

Aidel turut mendesak agar FELCRA dapat diganti dengan entiti Kerajaan yang lebih berkeupayaan untuk memberi pulangan dan hasil dividen yang lebih adil kepada peserta atau pemilik tanah yang terlibat.

Menurutnya, terdapat banyak keluhan dan rungutan peserta-peserta FELCRA tentang bayaran bonus atau diveden yang tidak setimpal dengan keluasan tanah-tanah yang mereka sertai.

“Seluas 6,286 hektar ladang FELCRA Bhd. yang melibatkan 2,995 orang peserta telah dibangunkan di Sarawak di kawasan Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau,

“Ada di kalangan peserta yang mendakwa tanah yang berjumlah 10 ekar sudah di bangunkan oleh FELCRA sekitar 7 tahun atau 8 tahun yang lalu namun mereka hanya menerima sekitar RM700 ke RM800 ringgit sahaja setahun,

“Hal sedemikian tidak masuk akal” katanya

“Maka saya mencadang supaya peserta-peserta mengambil alih terus, agar buah-buah kelapa sawit boleh dijual oleh mereka sendiri dan tidak lagi di urus oleh FELCRA Bhd,” tegasnya

“Lagipun pengurusan FELCRA tidak cekap dan tidak memberi pulangan yang baik kepada peserta-peserta,” tambah Aidel - SUMBER

GOLONGAN BAGHAL Tidak Dapat Bezakan Antara Daftar Kelahiran Dengan Daftar Kerakyatan

Tuesday, 4 November 2014 | 0 comments


Isu pemberian surat beranak kepada warga Filipina yang dilahirkan di Sabah, nampaknya menjadi isu besar di kalangan pejuang-pejuang pemisahan Sabah dari Malaysia. Para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga nampaknya segera mengambil kesempatan untuk melakukan hasutan dan fitnah.

Berikut adalah cubaan mengelirukan yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di Sabah yang sengaja membodohkan diri sendiri tentang hakikat sebenar pemberian sijil daftar kelahiran kepada bukan warganegara.

Kenyataan Akhbar
Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS)
1 hb. November, 2014

Tajuk: GPPS Tidak Setuju Pemberian Sijil Lahir Kepada "Stateless Children"

Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) yang dianggotai oleh semua ahli pemuda daripada PBS, UPKO dan PBRS menyokong penuh kenyataan Presiden PBS, YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yg membantah cadangan Zahid untuk memberi sijil kelahiran kpda anak2 Pendatang Tanpa izin (PIT).
GPPS melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Zamidi berhubung soal pemberian sijil kelahiran kepada anak-anak pendatang tanpa izin(PTI) di Negeri sabah bagi tujuan persekolahan yang kononnya atas dasar kemanusiaan.

Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Yang juga Pengerusi GPPS berkata, walaupun Deklarasi Hak Kanak-kanak 1959 menyatakan bahawa semua kanak2 tanpa mengira status kewarganegaraan berhak menerima penjagaan, pndidikan dan perlindungan di negara ini namun merealisasikan perinsip ini harus berlandaskan permuafakatan yang jelas, transparen serta perlu mendapat persetujuan rakyat negeri Sabah. "Kita tidak mahu tindakan ini dibuat hanya untuk kepentingan politik pihak2 tertentu yang akhirnya akan mengakibatkan hak2 Penduduk Asal Sabah semakin terhakis dan hilang.

Menurut Datuk Jake lagi,
GPPS yang diwujudkan sejak Jun lalu atas inisiatif ketiga- tiga parti tempatan itu merasakan bahawa adalah tidak adil kepada penduduk2 tempatan yang telah lama menunggu dan telah lama menetap di sini sejak nenek moyang mereka lagi tapi sukar mendapatkan sijil kelahiran dan taraf kewarganegaraan. Menurut beliau, apa yang harus dilakukan ialah kerajaan hanya perlu memberi Pas Khas untuk anak2 PTI yang berbeza dengan warganegara untuk tujuan pengenalan. Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warganegara Malaysia jika mereka memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dan boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara".

"Putrajaya sepatutnya membuat satu konsultatif kebangsaan dlm menangani isu 'stateless children' melalui perbincangan antara Wisma Putra, Kedutaan Filipina, UNESSCO, NGO dan dan lain2 agensi yang berkaitan untuk mncari pnyelesaian

Senada dengan Datuk Jake Nointin, Ketua Pemuda Upko Kebangsaan, Tuan Arthur Sen merasa terkilan dengan jawapan lisan YB Dato Sri Zahid Hamidi berhubung dengan kebenaran kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak - kanak tidak berwarganegara di Sabah.

Arthur Sen mempersoal amalan yang digunapakai ini yang membelakangkan prosedur biasa dimana laporan hasil RCI untuk PTI sepatutnya harus dipersetujui terlebih dahulu oleh kabinet persekutuan dan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ia dirujuk sebagai panduan untuk sebarang tindakan perlaksanaan oleh pihak JPN. Tindakan Dato' Seri Zahid Hamidi ini jelas tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Apa yang lebih meragukan, sepatutnya kabinet persekutuan harus mengadakan konsultasi dengan kabinet negeri Sabah soal pendatang asing dan memerlukan persetujuan Ketua Menteri Sabah bagi sesiapa yang bukan orang Sabah untuk kemasukkan dan kebenaran mereka tinggal di sini. Itu pun orang itu perlu ada 'valid entry pass' sebagai pertimbangan asas Ketua Menteri sebelum orang itu dibenarkan tinggal di Sabah.

Upko melalui Tan Sri Bernard Dompok, telah meminta RCI ini ditubuhkan di kabinet persekutuan suatu ketika dulu. PBS melalui Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengatakan harus ada permulaan penyelesaian masalah PTI pada 2012. PBRS melalui Tan Sri Joseph Kurup juga telah banyak kali mengutarakan permasalahan kehadiran PTI ini. Pemuda UPKO begitu teruja sekali apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan persetujuan penubuhan RCI untuk PTI berserta rekomendasi ini.

Adalah menjadi harapan rakyat Sabah agar ada penyelesaian tuntas mengenai hal ini. Bagi diri sendiri, saya sudah berada 13 tahun dlm parti Upko bersama2 BN utk menyumbangkan kpd penyelesaian isu2 pertinent Sabah. Kita berada dlm BN utk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah. Sewaktu RCI diluluskan kita amat berasa bangga dan penuh harapan agar masalah PTI ini selesai. Malangnya pada masa ini parti kita tidak mendapat konsultasi sebelum sebarang keputusan dibuat oleh RCI ini seolah-olah UPKO telah dianaktirikan dlm membuat keputusan penting ini. Kemanakah kanak2 tidak berwarganegara ini kemudian hari? Berapa ramai kah mereka? Pertambahan penduduk Sabah pun terlalu tinggi. Adakah orang asal Sabah akan menjadi minoriti seperti orang asli di semenanjung suatu hari nanti? Inilah kebimbangan rakyat orang asal Sabah dan atas dasar itu Pemuda UPKO meminta agar pemberian sijil beranak atas dasar perikemanusiaan dibatalkan. Sebaliknya kerajaan mencari jalan menghantar mereka pulang ke negara asal mereka melalui rundingan kerajaan kepada kerajaan. Jika YAB PM dapat menjadi orang tengah rundingan perdamaian antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina untuk memberi hak autonomi kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina, maka tidak mustahil penghantaran kanak2 tanpa warganegara ini ke negara asal mereka dapat dijayakan. Bukan kita tidak bersimpati dan tidak berperikemanusiaan, tetapi kita hendak memberi keutamaan kepada orang asal Sabah supaya mereka tidak menjadi minoriti di bumi sendiri suatu hari kelak. Naluri semulajadi ini pasti ada pada setiap insan orang asal di mana - mana negara dan menjadi asas dalam mana2 negara dalam aspek keutamaan.

Kenyataan yang hampir sama diluahkan oleh Ketua Pemuda PBRS Tuan Arthur J. Kurup berkenaan isu ini. Beliau menjelaskan bahawa tanpa mengabaikan dasar dan prinsip kemanusiaan, kita boleh membenarkan anak pendatang asing untuk mendapat pendidikan tanpa mendapat sijil kelahiran sebab dengan adanya sijil kelahiran akan secara langsung memberi mereka kelayakan untuk mendapat IC pada masa akan datang.

"Kami bersuara bagi pihak orang asal khususnya di Sabah di mana kita mesti beri keutamaan kpd kedaulatan & keselamatan negeri kita dahulu sebelum kepentingan pendatang" jelas beliau

Sehubungan itu, kerajaan disaran supaya lebih mengutamakan masalah yang berlaku sekarang dimana masih ramai penduduk orang asal di kawasan pedalaman yg belum dapat surat beranak atau IC akibat drp kerumitan untuk mendaftar anak2 mereka. Jadi kita sepatutnya memberi keutamaan kpd usaha untuk mendaftar orang kita sendiri dahulu khususnya si kawasan pedalaman Sabah.

Isu pendaftaran orang asing ini sangat sensitif khususnya di Sabah di mana orang kita lebih risau tentang kedaulatan & keselamatan kita drp kepentingan orang asing. Tambah lagi dengan ancaman keselamatan yg kita sedang mengalami & di mana keputusan RCI pun belum lagi dikeluarkan.

Jadi atas sebab2 ini kita merayu kpd KDN untuk mengkaji cadangan ini dgn lebih teliti dahulu & jangan lupa mengambil kira isu ini dari sudut negeri Sabah" tegas beliau..
Di sini la kita akn jadi pelarian d negeri kita sendiri!!!

Dan ini pula adalah jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri yang MENGAMBIL MASA lebih 3 hari untuk memberikan jawapan yang begitu mudah dan jelas.


Perangkap DAP Untuk Cetuskan Kemarahan Kristian Sabah-Sarawak di KLIA Sebagai Persediaan Pilihanraya Negeri Sarawak

Sunday, 2 November 2014 | 6 comments


Kepantasan penyebarannya tidak masuk akal langsung. Dan segala-galanya begitu sempurna sehinggakan kesan daripada pengaturan serta objektif drama berkenaan, hampir tidak dapat dikesan.

DAP adalah dalang utamanya. PKR pula ambil nama dan 'mengorbankan' Anwar Ibrahim untuk menjayakan rancangan jahat DAP. Manakala parti picisan Borneo, STAR, yang dipimpin oleh Jeffrey Kitingan menjadi barisan hadapan bagi menghilangkan jejak DAP dan PKR.

Serangan DAP kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam isu Ibrahim Ali, merupakan fore-play kepada drama ini. Motifnya bukanlah kerana Ibrahim Ali sangat memandangkan pengaruh Ibrahim Ali tidaklah sekuat mana, apatah lagi di Sarawak sebaliknya mahu mencetuskan kemarahan meluap-luap di kalangan penganut agama Kristian Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Insiden di KLIA2 baru-baru ini menjelaskan bagaimana DAP bertindak dengan begitu baik mengikut perancangan yang teratur rapi.


Sabtu lepas, 25 Oktober, ratusan cakera padat dan bahan bercetak Melayu-Kristian mengandungi kalimah 'ALLAH' telah dilaporkan oleh media-media pro-Pakatan, dirampas daripada seorang rakyat Sabah, Maklin Makiau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Matlin singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanannya dari Medan ke Kota Kinabalu. Bagasinya yang mengandungi bahan-bahan untuk penganut Kristian dikatakan sebagai persediaan sambutan Krismas tidak lama lagi.

Agak aneh, Matlin bagaikan sudah bersedia untuk rampasan tersebut. Buktinya ialah penyiaran berita tersebut oleh Matlin di Facebook, tidak sampai beberapa minit selepas insiden berkenaan (SINI) dan kemudian turut disebarkan oleh sebuah blog pada 26 Oktober (DI SINI).

Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat Matlin dilihat sudah cukup bersedia untuk menyebarkan kes itu. Kes yang tidak menimbulkan kegemparan itu bagaimanapun, mendapat 'perhatian luar biasa' daripada kalangan bloggers, Facebooker dan orang media untuk tempoh yang singkat.

Malay Mail Online merupakan antara yang terawal membuat laporan iaitu pada 30 Oktober (SINI). Dan laporan berkenaan pula adalah berdasarkan kepada SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN.

Siapakah SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN itu?

Seperti yang diketahui SOP propaganda Pakatan (DAP) adalah dengan menggunakan media-media pro-Pakatan seperti Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini dan beberapa blog lain. Mereka akan menyebarkan berita dan serta-merta para pengkomen setia dan berbayar mereka akan buat kerja selain pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri untuk menyebarkan berita tersebut.

Salah seorang daripada pengkomen terawal adalah Ong Kian Meng yang merupakan antara Evangelic terulung dalam DAP. Dia segera mengaitkan insiden tersebut dengan Perjanjian 20 Perkara Sabah (DI SINI). Maklin turut berbuat perkara yang sama. (DI SINI)


Perkara menarik yang perlu diberikan perhatian ialah, sebarang item dalam proses transit, bagasi biasanya dipindahkan ke pesawat secara terus tanpa perlu membawa bagasi-bagasi tersebut ke terminal utama. Dalam kes ini, Matlin sebenarnya memang berharap, pihak berkuasa akan memeriksa bagasi tersebut, seterusnya merampas dan rampasan tersebut akan dijadikan tajuk berita untuk disebarkan, sekaligus membangkitkan kemarahan masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah.

Mengapa perlu Matlin mengambil risiko untuk check-out dan kemudian check-in balik 574 buah buku (133 tajuk), 419 CD dan 5 DVD di KLIA2? Dan mengapa pula Matlin dengan sengaja cuba menarik perhatian Kastam tentang bagasi tersebut?

Dia memang mahu ditangkap dan kandungan bagasi berkenaan dirampas? Satu lagi persoalan yang dibangkitkan, mengapa penjelasan mudah Matlin bahawa kandungan bagasi tersebut adalah untuk kegunaan gereja-gereja di Sabah tidak diterima oleh anggota-anggota Kastam, sedangkan kalimah 'ALLAH' sememangnya dibolehkan guna di Sabah dan Sarawak?

Adakah sebenarnya justifikasi salah anggota kastam tersebut sebenarnya untuk memburukkan lagi sentimen anti Semenanjung dan anti Islam di kalangan pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak?

Pemeriksaan mendapati Matlin adalah salah seorang pemimpin STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan yang cukup obses untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Untuk tujuan tersebut, mereka sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik di Malaysia. DAP pula melihat kerjasama dengan STAR akan mengukuhkan kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak, manakala PKR pula melihatnya sebagai satu pembalasan dendam kepada UMNO kerana pemenjaraan Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

SUMBER: ANOTHER BRICK IN THE WALL

DAP dan LIM KIT SIANG Tanam Batu Nesan Anwar Ibrahim Di Inanam, Sabah!

Monday, 27 October 2014 | 0 comments


Tanpa kehadiran para pemimpin PKR termasuklah Anwar Ibrahim dan PAS, DAP Inanam yang menjemput khas Penasihat Agung DAP, Lim Guan Eng telah menanam repliki Batu Sumpah di Kampung Kionsom Lama, Inanam pada 25 Oktober 2014 lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Lim Kit Siang. Turut hadir adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada pemimpin serta ahli-ahli DAP Kampung Kionsom Lama, Inanam Antara mereka termasuklah Jimmy Wong Pengerusi DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi ADUN Kepayan, Stephen Wong Ten Fat Timbalan Pengerusi Perhubungan, Edward Liau Pengerusi DAP Inanam yang juga merupakan pemilik tanah dan Sikula Masait Setiausaha DAP Inanam.

Batu sumpah yang dibuat menyerupai batu sumpah di Keningau sengaja dibuat untuk menghasut rakyat Sabah, khususnya Inanam untuk melihat Malaysia sebagai penjajah ke atas Sabah, sekaligus mendorong rakyat Sabah memberontak dan menghancurkan Malaysia selain bersama-sama DAP memisahkan Sabah dari Malaysia.



Dalam ucapannya Dr.Edwin Bosi menyatakan upacara itu diadakan untuk menyahut cabaran Datuk Markus Majigoh bahawa batu sumpah harus ditanam di sudut-sudut negeri Sabah bagi mengingati semula perjanjian Malaysia 1963 iaitu semasa Sabah bersetuju menjadi salah satu negeri dalam Malaysia. Replika tersebut dibina di ats tanah sendiri dan menurut Dr. Edwin Bosi, mustahil pihak berkuasa boleh melarang pembinaannya selain ia bukanlah satu kesalahan undang-undang.


Yang menjadi persoalan ialah, pembinaan batu sumpah replika yang turut disemah dengan darah ayam jantan itu dibuat tanpa kehadiran Anwar Ibrahim yang dianggap arkitek menghancurkan Malaysia dan pemisahan Sabah dari Malaysia. Malah ADUN N.13 yang diwakili oleh PKR iaitu Roland Chia juga tidak dijemput. Majlis berkenaan juga dibuat secara tertutup dan hanya terbuka untuk ahli-ahli DAP. Malahan, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung juga tidak dijemput.

Betul punya rahsia doa Lim Kit Siang agar Anwar Ibrahim segera masuk penjara!

Pemisah Sarawak Dari Malaysia Rancang Untuk Bunuh KETUA MENTERI SARAWAK!

Sunday, 26 October 2014 | 4 comments


Menyedari bahawa fakta yang ada pada mereka hanyalah pembohongan dan kecelaruan, ditambah pula dengan ketegasan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satim yang menyatakan, Sarawak kekal bersama-sama Malaysia buat selama-lamanya, puak-puak pemisah yang mahu mewujudkan sistem Presiden di Sarawak dan menjadikan Sarawak sebagai salah satu koloni serta pangkalan Amerika Syarikat-Zionis di Asia Tenggara mulai hilang punca dan kesabaran.

Ditambah pula dengan ketiadaan sokongan daripada rakyat Sarawak, menjadikan mereka lebih agresif untuk mendapatkan lebih banyak perhatian daripada pihak-pihak berkenaan. Mereka mahu mewujudkan sebuah kelompok yang kononnya dipandang serius dalam memperjuangkan Sarawak sebagai sebuah negara, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya sedang melakukan penentangan ke atas negara dan negeri Sarawak itu sendiri.

Satu laman Facebook telah dicipta untuk tujuan tersebut. Page tersebut dibuat untuk menyemai kebencian serta hasutan selain menimbulkan kekeliruan rakyat Sarawak tentang status Ketua Menteri dan Presiden di Sarawak.



Di dalam page tersebutlah, satu individu yang menggelarkan dirinya sebagai 'Chops Suey' menyatakan secara terang-terangan niatnya untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak kerana Adenan Satim telah menyatakan bahawa Sarawak akan kekal berada dalam Malaysia.

Puak-puak berkenaan sedang giat mengadakan referendum melalui beberapa buah NGO yang kebanyakannya didanai oleh DAP dan PKR, kononnya untuk menuntut hak rakyat Sarawak, tetapi sebenarnya mereka berhasrat untuk melakukan hasutan terhadap Sarawak agar memberontak dan menyerang Malaysia sebelum mengeluarkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Sehingga kini, belum ada laporan polis dan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang terlibat dengan laman Facebook tersebut.

Adakah sehingga ada kematian dan serangan bersenjata, barulah rakyat Sarawak hendak bertindak membuat laporan dan pihak berkuasa baru berkira-kira hendak mengambil tindakan?

ANEH DAN PELIK!!! Sebaik-baik Laporan SPRM 'Mengamuk', Serta-Merta Tempat Perjudian di Seluruh Sabah Ditutup!

Siapa tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian haram yang sangat berleluasa di Sabah?

Ekoran pendedahan media massa tentang 'amukan' SPRM selepas beberapa orang pegawai SPRM sendiri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan rasuah, suruhanjaya tersebut mula membongkar beberapa kegiatan rasuah yang membabitkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis.

Sebelum ini, di Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih dari 80 pusat perjudian haram, bahkan hampir semua bandar-bandar besar di Sabah seperti Penampang, Tawau, Sandakan dan Keningau mempunyai antara 50 sehingga 60 pusat perjudian haram.

Namun selepas SPRM mengamuk, tiba-tiba sahaja pusat-pusat perjudian haram tersebut tutup dan seolah-olah telah bungkus!

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian tersebut? Apakah tangan-tangan ghaib dan tok-tok dalang yang mungkin mempunyai pangkat besar dalam institusi penguatkuasaan undang-undang berasa terancam sekiranya, mereka akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka yang ditangkap kerana rasuah membabitkan balak, minyak diesel seludup dan sebagainya?

Apakah penutupan-penutupan tersebut sekadar satu tindakan berlakon, memandangkan maklumat juga memaklumkan bahawa pusat-pusat judi haram tersebut, masih beroperasi biarpun secara 'curi-curi'?

Selama ini, pendedahan membabitkan perjudian haram, pelacuran, pemerdagangan manusia, seludup diesel, penyeludupan barangan keperluan bersubsidi, pembalakan haram, perlombongan haram dan sebagainya, lebih banyak tertumpu di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak seringkali 'diabaikan'.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang?

Isu seterusnya akan mendedahkan tentang modus operandi, gambar-gambar pusat perjudian haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang-dalang' berkenaan serta individu-individu yang bertindak sebagai pelindung kepada kegiatan-kegiatan haram berkenaan menerusi bukti-bukti bergambar.

Nantikan pendedahan selanjutnya.

IMPIAN SARAWAK Atau PEMBOHONGAN BESAR DAP DI SARAWAK?

Sunday, 28 September 2014 | 4 comments

DAP sekarang ini giat menjalankan kempen PEMBANGUNAN di Sarawak menerusi kempen IMPIAN SARAWAK, terutama sekali kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada Pilihanraya Negeri yang akan datang. Dan seperti biasa, Barisan Nasional lebih banyak menutup mata, membiarkan DAP bermaharajalela tanpa sebarang tentangan walaupun sebenarnya DAP melakukan penipuan terang-terangan.


Kalau di Semenanjung, DAP sekadar bercakap tentang elemen-elemen seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, open tender dan sebagainya, di Sarawak pula, DAP cuba muncul sebagai perwira dengan janji-janji pembangunan.

Dan menariknya, seperti di Lawas, DAP mengambil kredit daripada pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Modal yang dikeluarkan oleh DAP hanyalah retorik. Cukup sekadar memperlihatkan kesungguhan DAP untuk membangunkan prasarana rakyat, DAP cuba menarik perhatian dan sokongan daripada penduduk tempatan kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri sudah pun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembangunan prasarana. DAP sanggup mencari kampung-kampung terpencil, menghantar pemimpin-pemimpin muda mereka yang berwajah cantik dan berlakon seperti sedang bekerja keras bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat.


Di Lawas, batang paip air besar yang disediakan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak memerlukan derma daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.

Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian meuwar-uwarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.


Sasaran DAP sebenarnya adalah untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai Undang-Undang Tubuh yang jauh 'lebih longgar' berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, usaha subversif mereka menerusi penajaan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) gagal apabila kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang Anti-Hasutan, DAP segera menggunakan pendekatan yang lebih hampir dengan masyarakat di Sarawak, iaitu pembangunan.

Keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak, selain kedudukan petempatan yang jauh serta terpencil, tidak pernah diterangkan oleh DAP mahupun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Semenanjung yang sampai mereka mungkin sekadar di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya, melihat Sarawak sama seperti Perlis yang kentut di seberang sini, boleh dengar di seberang sana.

Apatah lagi tanggapan dan persepsi Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sarawak yang bagi mereka jauh lebih bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan dengan hanya sedikit modal dan sedikit temberang!

DORIS JONES Mula Ketakutan Apabila Akta Hasutan Bakal Dikenakan Kepadanya

Wednesday, 3 September 2014 | 13 comments


Apabila perhatian diberikan kepada usaha-usaha jahat kaum pemisah yang mahu bergabung dengan Singapura di Sabah dan Sarawak ekoran pendedahan demi pendedahan, akhirnya konco-konco DAP seperti Doris Jones mula kepanasan.

Mereka mula mencari alasan-alasan untuk menjustifikasikan dan memurnikan niat jahat mereka itu.

Baca kenyataan Doris Jones yang cuba memutarbelitkan kenyataan sebenar.

Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM.

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

Daripada Nak Ambil Kredit Dalam ISU PPS, Lebih Baik ZAHID HAMIDI Berikan Perhatian Kepada Gerakan Keluarkan Sabah-Sarawak

Tuesday, 2 September 2014 | 7 comments

Ketika Lim Guan Eng bercakap angkuh dan mencabar Ketua Polis Negara, malah ketika Huan Chen Guan serta warga Facebook memperkatakan tentang PPS, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi langsung tidak bersuara. Dia seperti tidak tahu apa-apa. Tetapi setelah PDRM mula mengambil tindakan ke atas anggota-anggota PPS, barulah dia turut sama menyibuk memberikan pendapat dan pandangan selain ancaman dan ugutan.

Lebih menarik lagi ialah, Zahid turut memberikan amaran bahawa KDN mungkin akan mengambil tindakan yang serupa ke atas Unit Amal PAS.

Anehnya, ketika anggota-anggota Unit Amal PAS merempuh polis dan membantu anarki ketika demonstrasi Bersih, tiada sebarang tindakan undang-undang mahupun ulasan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan. Barangkali kerana Menteri KDNnya orang lain, maka tiadalah suara daripada Zahid.

Tetapi dalam isu Lahad Datu-Semporna yang diserang oleh lanun-lanun Sulu upahan pihak-pihak tertentu di Malaysia, Zahid juga tidak banyak mulut. Walaupun garang sewaktu Pemilihan Agung UMNO, tetapi dalam hal menjalankan tugasnya, Zahid dilihat sangat lembut, jauh lebih lembut berbanding Hishamuddin Hussein Onn yang amat dibenci oleh DAP. Ditambah pula dengan beberapa isu kompromi melibatkan Zahid dengan Lim Guan Eng dan portal-portal pro-DAP, sekaligus memperlihatkan sokongan kepada Zahid Hamidi turun mendadak.

Sebenarnya, berbanding mengeluarkan ulasan popular seperti dalam isu PPS, lebih baik Zahid Hamidi mula memberikan tumpuan kepada gerakan yang jauh lebih merbahaya di Sabah dan Sarawak. Gerakan tersebut mula kelihatan pada penghujung portfolio Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi sangat makmur dan maju pada zaman Zahid memegang jawatan berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang usaha daripada pihak KDN dan menterinya untuk menangani masalah hasutan dan subversif yang turut melibatkan DAP dan PKR di kedua-dua negeri tersebut. Tindakan terhadap para pemimpin STAR termasuklah yang kuat menghina Islam dan Bumiputera Islam seperti David Orok, yang secara terus-terang menentang Malaysia seperti Jeffery Kitingan langsung tidak diambil tindakan.

Sedangkan seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, isu keselamatan adalah isu dan di bawah kuasa Pusat.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh rakyat Sabah dan Sarawak tentang kumpulan tersebut, tetapi reaksi daripada Menteri Dalam Negeri langsung tidak diperolehi.

Justeru, daripada Zahid sibukkan tentang Unit Amal dan Jabatan Amal PAS, lebih baik dia mula kisahkan tentang Sabah dan dan Sarawak. Tiada gunanya dia menyibuk dengan isu yang boleh ditangani oleh PDRM, tetapi buat-buat buta, dan pekak badak terhadap isu yang lebih besar dan lebih mengancam keselamatan serta kestabilan negara di Sabah dan Sarawak.

Lebih baik Zahid Hamidi sembunyikan KASIH SAYANGNYA YANG AMAT KETARA terhadap Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya!

DAP Anggap Rakyat Sarawak BODOH, BEBAL dan BUTA HURUF... DAP Menipu Terang-Terangan!

Monday, 4 August 2014 | 1 comments

Kalau kita dengar temberang-temberang DAP, terutama sekali yang melibat Dyana Sofya yang beranggapan Sarawak sukar dikunjungi dan rakyat Sarawak pula terpisah daripada semua akses maklumat, DAP telah membuat pelbagai jasa kepada rakyat Sarawak.

DAP sedang berkempen kononnya mereka membina jalan raya. Sedangkan pembinaan jalanraya dengan apa cara sekalipun, merupakan peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. DAP berani mengaku kerana pengakuan mereka jarang disanggah apatah lagi DAP sedang beroperasi secara kecil-kecilan di kawasan terpencil.

DAP juga mengaku mereka telah membina janakuasa elektrik untuk penduduk kampung, padahal KESEMUA JANAKUASA elektrik dibina dengan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. DAP sekadar mendabik dada dan mengaku tanpa rasa malu sedikit pun.

Dan terbaru...

DAP Sarawak atau lebih tepat lagi DAP Sri Aman sedang cuba memperdayakan penduduk Sri Aman kononnya, mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli anak-anak benih kelapa sawit yang diagih-agihkan kepada penduduk kampung.

Sedangkan hakikatnya, 4760 anak sawit diberikan SECARA PERCUMA oleh kerajaan melalui MPOB di Lingga, Sri Aman. 340 anak sawit pula DIJUAL oleh DAP kepada 51 penduduk kampung!

Seperti biasa, DAP tanpa rasa malu, mengaku 5100 anak pokok kelapa sawit itu mereka yang bagi. Tetapi apabila ditanya, adakah ianya PERCUMA, DAP Sri Aman terus tutup mulut, tidak mampu menjawab kerana mereka sebenarnya akan menuntut bayaran dan menfitnah Kerajaan kononnya menjual anak-anak pokok kelapa sawit itu.

Walhal Kerajaan telah pun memberikan secara percuma kepada orang kampung.

BODOH SANGAT KE ORANG SARAWAK SAMPAI DAP BOLEH MENIPU SECARA TERANG-TERANGAN BEGITU?

Contoh Terbaik Wakil Rakyat Leka Gliding, Tak Peduli Nasib Rakyat

Saturday, 28 June 2014 | 6 comments



DAP dan PKR sentiasa beretorik kononnya mereka adalah sebuah parti yang sangat kuat bekerja untuk rakyat. Kononnya juga mereka tidak rasis dan sentiasa memastikan keadilan ekonomi di kalangan rakyat. Malah DAP secara terbuka menyatakan, parti tersebut menggunapakai fahaman Sosialis dalam perjuangan mereka. Manakala PKR pula, tidak pernah dapat membezakan antara Sosialis dengan Idealisme.

Hakikatnya, amalan yang dibuat oleh para pemimpinnya bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan. Tidak ada kesamarataan yang diperjuangkan, sebaliknya para pemimpin DAP dan PKR sentiasa mencari jalan untuk menganiayai rakyat.

Ini terbukti menerusi gelagat seorang Ketua Cabang PKR di Miri yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo, menunjukkan parti yang disertainya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya menjadikan rakyat sebagai umpan untuk mereka mengekalkan kuasa dan merampas pemerintahan negeri dalam kempen IMPIAN SARAWAK yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen.


Dr. Michael Teo masih tidak menerima sebarang tindakan undang-undang berhubung amalan menggugurkan bayi secara haram di kliniknya di Miri. Beberapa pendedahan sebelum ini telah dilakukan, tetapi sehingga kini, klinik miliknya itu cukup terkenal dengan operasi haram itu. Malah beberapa sumber memberitahu, cukup dengan hanya bermodalkan RM10,000 urusan jual beli anak di klinik itu juga boleh dilakukan. Semua dokumen senang diperolehi memandangkan klinik tersebut menyediakan surat yang 'mengesahkan' bahawa pembeli telah 'melahirkan' anak berkenaan. Dokumen itu juga boleh dibawa ke JPN untuk mendapatkan surat beranak. Bayaran lebih akan dikenakan untuk anak lelaki.

Itu satu hal. Antara masalah lain yang melanda Bandaraya Miri adalah SETINGGAN. Masalah ini tidak pernah cuba diselesaikan oleh Dr. Michael Teo Yu Keng walaupun dia diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen P.219 Miri.


Semasa berkempen dalam PRU-13 lalu, Michael Teo telah berjanji untuk menyediakan sejumlah 4000 buah rumah kepada penduduk setinggan sekiranya dia dipilih sebagai Ahli Parlimen. Namun setelah mandat diperolehi, Teo bukan sahaja gagal memenuhi janjinya, bahkan lebih banyak menghabiskan masa dengan hobinya iaitu GLIDING.

Selain itu, Teo bersama-sama Allan Ling Sie Kiong serta Fong Pau Teck, kedua-duanya dari DAP yang merupakan ADUN Piasau dan ADUN Pujut. Fong Pau Teck bagaimanapun, telah dipecat dari DAP pada November 2013 kerana mempersoalkan pemilihan parti atau lebih tepat lagi mempersoalkan kewibawaan Lim Guan Eng.

Allan Ling Sie Kiong lebih banyak menumpukan usaha meracuni pemikiran masyarakat luar bandar untuk bersama-sama DAP Sarawak dalam program IMPIAN SARAWAK dan tidak pernah peduli dengan permasalahan rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Piasau. Piasau juga berhadapan dengan masalah setinggan yang besar.


Menariknya, di sebalik pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Michael Teo dan kedua-dua ADUN Pembangkang itu, ketiga-tiga mereka bersatu hati untuk MENGACAU Parlimen P.220 BARAM yang diwakili oleh Anyie Ngau dari Barisan Nasional.

Sampai bila rakyat dan penduduk Sarawak perlu memberikan kepercayaan kepada golongan yang tidak pernah berniat hendak membela rakyat sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri?

Cukupkah dengan membenarkan pengguguran haram dan seorang wakil rakyat yang gila bermain GLIDING maka keperluan rakyat di Miri sudah terlaksana?

LELAKI BIADAP, PENGHASUT DAN PENFITNAH INI DIKEHENDAKI... Jurukempen SARAWAK FOR SARAWAKIANS Diburu Rakyat Sarawak!!!

Tuesday, 24 June 2014 | 17 comments


Ayuh anak bangsaku,

Kita cari anak syaitan anak iblis ni, dia lah Admin Pages Legasi Kongsi Gelap Melayu 2,dia ni sengaja nak memecah belahkan anak Sarawak, ayuh jika jumpa dia kita tangkap, kalau buat report pun bukan boleh diambik tindikan, guna cara kita, kalau dia org sarawak kita ikat di dan telanjangkan dia ditengah2 padang merdeka, agar dia dpt ditonton oleh org awam ,kita berhak menangkap dia ,tp kita tiada hak untuk menghukum dia, tp dia perlu dihukum, dia lah penghasut dan byk buat fitnah dii page https://www.facebook.com/profile.php?id=775205582500703&ref=ts&fref=ts


Itu kemarahan yang tidak dapat ditutup-tutup lagi. 

Banyak posting-postingnya di page berkenaan menjurus kepada cubaan membangkitkan sentimen kebencian di kalangan rakyat Sarawak, khususnya kaum Bumiputera terhadap Melayu-Semenanjung. Kebanyakan posting yang dibuatnya juga menunjukkan dia merupakan sebahagian daripada tentera-tentera SARAWAK FOR SARAWAKIANS yang sedang aktif berkempen untuk mengeluarkan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.

M.Onya mudah.. laga-lagakan sesama kaum. Timbulkan kebencian kononnya Melayu-Semenanjung memandang hina kepada bangsa Dayak di Sarawak walhal yang dikatakan Dayak di Sarawak itu juga merupakan sebahagian daripada suku kaum Melayu.

Sarawak tidak pernah berada dalam keadaan seperti sekarang sehinggalah parti-parti politik dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan PAS mendapat tempat di Sarawak.

Banyak laporan telah dibuat berhubung lelaki ini tetapi statusnya sama sahaja seperti kebanyakan RBA dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain... mereka sukar ditangkap atau barangkali memang sengaja tidak mahu ditangkap!!!
Showing posts with label sabah-sarawak. Show all posts
Showing posts with label sabah-sarawak. Show all posts

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Diugut Penggal Kepala Kerana Kata Pembunuhan Bill Kayong Bukan Berasaskan Kaum dan Politik

Thursday, 30 June 2016 · 0 comments



Seperti yang dijangkakan, kematian Bill Kayong telah digunakan secara meluas dan bersungguh-sungguh oleh pembangkang dan penyokong mereka untuk mencetuskan ketidaktenteraman serta kekacauan di Sarawak.

Media-media sosial seperti Facebook, dipenuhi dengan pelbagai ancaman termasuklah persepsi bahawa pembunuhan Bill Kayong adalah untuk menutup mulutnya daripada memperjuangkan hak rakyat, khususnya tanah NCR.

Malah ada pihak yang cuba menaikkan sentimen kaum Dayak dengan menyatakan 'You Touch One Dayak, You Touch One Borneo' walaupun berselindung di sebalik laungan kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan penyiasatan menyeluruh ke atas kematian Bill Kayong.

Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar bahawa kematian Bill Kayong tiada kena mengena dengan politik atau perkauman, mencetuskan kemarahan pihak-pihak tertentu yang benar-benar ingin melihat kematian Bill Kayong adalah disebabkan serangan ke atas orang Iban dan politik Sarawak yang lebih banyak dimenangi oleh Barisan Nasional.


Ancaman memenggal kepala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak itu telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian. Pencarian juga menemui satu lagi akaun Facebook yang menggunakan nama Suffian Suffian Suffian Suffian dengan perubahan gambar profil pada jam 9:15 pagi semalam.

Ketiadaan tindakan berkesan pihak berkuasa terhadap golongan-golongan tidak bertanggungjawab yang mempergiatkan hasutan selepas kekalahan besar DAP dalam PRN Sarawak beberapa minggu lalu, bagaikan membolehkan golongan tersebut bermaharajalela melakukan hasutan tanpa sembunyi-sembunyi.


Selain ancaman untuk memenggal kepala Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, perubahan Kabinet Malaysia turut dijadikan sebagai modal untuk melakukan hasutan apabila golongan terbabit berusaha menaikkan sentimen kebencian terhadap Kerajaan Persekutuan dengan menjadikan rakyat Sarawak sebagai alasan.

Tidak sahaja siasatan, tetapi juga tindakan segera perlu diambil untuk membendung jenayah daripada berleluasa. Apatah lagi, terlalu banyak khabar-khabar angin yang sedang bertiup kencang di seluruh Sarawak, menyatakan kematian Bill Kayong mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng, serta NGO yang menjadikannya sebagai kambinghitam untuk mereka muncul sebagai juara.


MENGEJUTKAN! 54 KAMPUNG, 3 SEKOLAH DI DUN BALAI RINGIN, SARAWAK BELUM ADA KEMUDAHAN ASAS!

Friday, 11 December 2015 · 2 comments


Bekalan air, jalan raya dan sekolah adalah antara keperluan yang amat mendesak bagi kawasan Balai Ringin yang menuntut perhatian segera daripada kerajaan.

Menurut ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan, masih terdapat beberapa kampung di kawasannya yang belum mendapat bekalan air bersih untuk kegunaan harian.

Jelas beliau, antara sebabnya ialah sesetengah kampung terletak di pedalaman dan jauh dari jalan raya utama serta sumber air graviti tidak terdapat di beberapa tempat untuk membekalkan air bersih.

Malah, katanya untuk membekal air bersih kepada kampung-kampung ini adalah memerlukan perbelanjaan yang besar kerana ia tidak terletak secara berkelompok.

Justeru, beliau mencadangkan agar Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji Sungai Sabal untuk digunakan menjadi pusat atau loji pemprosesan air bersih bagi kawasan Sabal, Simpang Punda dan Telagus.

“Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi manfaat kepada 54 kampung dan tiga sekolah rendah (SK Telagus, SK Sg Pinang dan SK Padang Pedalai) yang berada dalam lingkungan 25 kilometer dari Sungai Sabal,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Selain itu, Snowdan berkata kemudahan jalan raya juga sangat diperlukan kerana terdapat beberapa kampung yang terletak jauh dari jalan utama selain terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukau dan licin pada musim hujan.

Katanya kampung-kampung terlibat ialah Kampung Ubah, Kampung Empaling, Kampung Isu, Kampung Gayau, Kampung Sapak, Kampung Keranggas, Kampung Tabong, Kampung Menangkin, Kampung Muding, Kampung Tuba di daerah kecil Pantu serta Kampung Mentu dan Kampung Mugah di daerah Simunjan.

“Ada laporan mengatakan amat sukar memandu pada waktu malam di jalan tersebut bahkan ada dilaporkan seorang ibu yang hendak bersalin tidak dapat sampai ke klinik berdekatan dan meninggal dunia dalam perjalanan… ini sangat menyedihkan,” katanya.

Manakala, beliau menambah sebuah lagi sekolah menengah turut diperlukan di kawasan Balai Ringin kerana ketika ini, keperluan amat mendesak disebabkan SMK Balai Ringin sudah penuh.

“Bukan sahaja sesak malah sesetengah bilik darjah dan asrama pelajar sudah berusia lebih 40 tahun,” katanya.

Pada masa sama, Snowdan berkata beberapa sekolah rendah kebangsaan juga memerlu-kan perhatian khusus kerana sudah usang seperti SK Nyelitak, SK Tuba, SK Sebangkoi, SK Muding, SK Mentu, SK Gawang, SK Semada, SK Jaong, SK Abok dan SK Kedumbai. (SUMBER)


FELCRA TIDAK CEKAP, ADUN Gesa Kerajaan Sarawak Campur Tangan Untuk Pulangan dan Dividen Lebih Adil Kepada Peserta

· 0 comments


Kerajaan negeri Sarawak sepatutnya campur tangan dalam setiap penglibatan FELCRA (Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority) dalam pembangunan ladang kelapa sawit atas tanah-tanah milik masyarakat luar bandar di negeri ini, agar pemilik tanah atau peserta yang terlibat mendapat pulangan yang setimpal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.20 Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo membuat gesaan tersebut dalam satu sidang media di DUN Sarawak pagi tadi.

Aidel turut mendesak agar FELCRA dapat diganti dengan entiti Kerajaan yang lebih berkeupayaan untuk memberi pulangan dan hasil dividen yang lebih adil kepada peserta atau pemilik tanah yang terlibat.

Menurutnya, terdapat banyak keluhan dan rungutan peserta-peserta FELCRA tentang bayaran bonus atau diveden yang tidak setimpal dengan keluasan tanah-tanah yang mereka sertai.

“Seluas 6,286 hektar ladang FELCRA Bhd. yang melibatkan 2,995 orang peserta telah dibangunkan di Sarawak di kawasan Muara Tuang, Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan dan Sebuyau,

“Ada di kalangan peserta yang mendakwa tanah yang berjumlah 10 ekar sudah di bangunkan oleh FELCRA sekitar 7 tahun atau 8 tahun yang lalu namun mereka hanya menerima sekitar RM700 ke RM800 ringgit sahaja setahun,

“Hal sedemikian tidak masuk akal” katanya

“Maka saya mencadang supaya peserta-peserta mengambil alih terus, agar buah-buah kelapa sawit boleh dijual oleh mereka sendiri dan tidak lagi di urus oleh FELCRA Bhd,” tegasnya

“Lagipun pengurusan FELCRA tidak cekap dan tidak memberi pulangan yang baik kepada peserta-peserta,” tambah Aidel - SUMBER

GOLONGAN BAGHAL Tidak Dapat Bezakan Antara Daftar Kelahiran Dengan Daftar Kerakyatan

Tuesday, 4 November 2014 · 0 comments


Isu pemberian surat beranak kepada warga Filipina yang dilahirkan di Sabah, nampaknya menjadi isu besar di kalangan pejuang-pejuang pemisahan Sabah dari Malaysia. Para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat juga nampaknya segera mengambil kesempatan untuk melakukan hasutan dan fitnah.

Berikut adalah cubaan mengelirukan yang dibuat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab di Sabah yang sengaja membodohkan diri sendiri tentang hakikat sebenar pemberian sijil daftar kelahiran kepada bukan warganegara.

Kenyataan Akhbar
Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS)
1 hb. November, 2014

Tajuk: GPPS Tidak Setuju Pemberian Sijil Lahir Kepada "Stateless Children"

Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah (GPPS) yang dianggotai oleh semua ahli pemuda daripada PBS, UPKO dan PBRS menyokong penuh kenyataan Presiden PBS, YB Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yg membantah cadangan Zahid untuk memberi sijil kelahiran kpda anak2 Pendatang Tanpa izin (PIT).
GPPS melahirkan perasaan terkejut dan kecewa dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Zamidi berhubung soal pemberian sijil kelahiran kepada anak-anak pendatang tanpa izin(PTI) di Negeri sabah bagi tujuan persekolahan yang kononnya atas dasar kemanusiaan.

Ketua Pemuda PBS Datuk Jake Yang juga Pengerusi GPPS berkata, walaupun Deklarasi Hak Kanak-kanak 1959 menyatakan bahawa semua kanak2 tanpa mengira status kewarganegaraan berhak menerima penjagaan, pndidikan dan perlindungan di negara ini namun merealisasikan perinsip ini harus berlandaskan permuafakatan yang jelas, transparen serta perlu mendapat persetujuan rakyat negeri Sabah. "Kita tidak mahu tindakan ini dibuat hanya untuk kepentingan politik pihak2 tertentu yang akhirnya akan mengakibatkan hak2 Penduduk Asal Sabah semakin terhakis dan hilang.

Menurut Datuk Jake lagi,
GPPS yang diwujudkan sejak Jun lalu atas inisiatif ketiga- tiga parti tempatan itu merasakan bahawa adalah tidak adil kepada penduduk2 tempatan yang telah lama menunggu dan telah lama menetap di sini sejak nenek moyang mereka lagi tapi sukar mendapatkan sijil kelahiran dan taraf kewarganegaraan. Menurut beliau, apa yang harus dilakukan ialah kerajaan hanya perlu memberi Pas Khas untuk anak2 PTI yang berbeza dengan warganegara untuk tujuan pengenalan. Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan mereka untuk menjadi warganegara Malaysia jika mereka memenuhi syarat syarat yang ditetapkan dan boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara".

"Putrajaya sepatutnya membuat satu konsultatif kebangsaan dlm menangani isu 'stateless children' melalui perbincangan antara Wisma Putra, Kedutaan Filipina, UNESSCO, NGO dan dan lain2 agensi yang berkaitan untuk mncari pnyelesaian

Senada dengan Datuk Jake Nointin, Ketua Pemuda Upko Kebangsaan, Tuan Arthur Sen merasa terkilan dengan jawapan lisan YB Dato Sri Zahid Hamidi berhubung dengan kebenaran kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberi sijil kelahiran kepada kanak - kanak tidak berwarganegara di Sabah.

Arthur Sen mempersoal amalan yang digunapakai ini yang membelakangkan prosedur biasa dimana laporan hasil RCI untuk PTI sepatutnya harus dipersetujui terlebih dahulu oleh kabinet persekutuan dan dibentangkan di Dewan Rakyat sebelum ia dirujuk sebagai panduan untuk sebarang tindakan perlaksanaan oleh pihak JPN. Tindakan Dato' Seri Zahid Hamidi ini jelas tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Apa yang lebih meragukan, sepatutnya kabinet persekutuan harus mengadakan konsultasi dengan kabinet negeri Sabah soal pendatang asing dan memerlukan persetujuan Ketua Menteri Sabah bagi sesiapa yang bukan orang Sabah untuk kemasukkan dan kebenaran mereka tinggal di sini. Itu pun orang itu perlu ada 'valid entry pass' sebagai pertimbangan asas Ketua Menteri sebelum orang itu dibenarkan tinggal di Sabah.

Upko melalui Tan Sri Bernard Dompok, telah meminta RCI ini ditubuhkan di kabinet persekutuan suatu ketika dulu. PBS melalui Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengatakan harus ada permulaan penyelesaian masalah PTI pada 2012. PBRS melalui Tan Sri Joseph Kurup juga telah banyak kali mengutarakan permasalahan kehadiran PTI ini. Pemuda UPKO begitu teruja sekali apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan persetujuan penubuhan RCI untuk PTI berserta rekomendasi ini.

Adalah menjadi harapan rakyat Sabah agar ada penyelesaian tuntas mengenai hal ini. Bagi diri sendiri, saya sudah berada 13 tahun dlm parti Upko bersama2 BN utk menyumbangkan kpd penyelesaian isu2 pertinent Sabah. Kita berada dlm BN utk menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah. Sewaktu RCI diluluskan kita amat berasa bangga dan penuh harapan agar masalah PTI ini selesai. Malangnya pada masa ini parti kita tidak mendapat konsultasi sebelum sebarang keputusan dibuat oleh RCI ini seolah-olah UPKO telah dianaktirikan dlm membuat keputusan penting ini. Kemanakah kanak2 tidak berwarganegara ini kemudian hari? Berapa ramai kah mereka? Pertambahan penduduk Sabah pun terlalu tinggi. Adakah orang asal Sabah akan menjadi minoriti seperti orang asli di semenanjung suatu hari nanti? Inilah kebimbangan rakyat orang asal Sabah dan atas dasar itu Pemuda UPKO meminta agar pemberian sijil beranak atas dasar perikemanusiaan dibatalkan. Sebaliknya kerajaan mencari jalan menghantar mereka pulang ke negara asal mereka melalui rundingan kerajaan kepada kerajaan. Jika YAB PM dapat menjadi orang tengah rundingan perdamaian antara Bangsa Moro dan kerajaan Filipina untuk memberi hak autonomi kepada Bangsa Moro di Selatan Filipina, maka tidak mustahil penghantaran kanak2 tanpa warganegara ini ke negara asal mereka dapat dijayakan. Bukan kita tidak bersimpati dan tidak berperikemanusiaan, tetapi kita hendak memberi keutamaan kepada orang asal Sabah supaya mereka tidak menjadi minoriti di bumi sendiri suatu hari kelak. Naluri semulajadi ini pasti ada pada setiap insan orang asal di mana - mana negara dan menjadi asas dalam mana2 negara dalam aspek keutamaan.

Kenyataan yang hampir sama diluahkan oleh Ketua Pemuda PBRS Tuan Arthur J. Kurup berkenaan isu ini. Beliau menjelaskan bahawa tanpa mengabaikan dasar dan prinsip kemanusiaan, kita boleh membenarkan anak pendatang asing untuk mendapat pendidikan tanpa mendapat sijil kelahiran sebab dengan adanya sijil kelahiran akan secara langsung memberi mereka kelayakan untuk mendapat IC pada masa akan datang.

"Kami bersuara bagi pihak orang asal khususnya di Sabah di mana kita mesti beri keutamaan kpd kedaulatan & keselamatan negeri kita dahulu sebelum kepentingan pendatang" jelas beliau

Sehubungan itu, kerajaan disaran supaya lebih mengutamakan masalah yang berlaku sekarang dimana masih ramai penduduk orang asal di kawasan pedalaman yg belum dapat surat beranak atau IC akibat drp kerumitan untuk mendaftar anak2 mereka. Jadi kita sepatutnya memberi keutamaan kpd usaha untuk mendaftar orang kita sendiri dahulu khususnya si kawasan pedalaman Sabah.

Isu pendaftaran orang asing ini sangat sensitif khususnya di Sabah di mana orang kita lebih risau tentang kedaulatan & keselamatan kita drp kepentingan orang asing. Tambah lagi dengan ancaman keselamatan yg kita sedang mengalami & di mana keputusan RCI pun belum lagi dikeluarkan.

Jadi atas sebab2 ini kita merayu kpd KDN untuk mengkaji cadangan ini dgn lebih teliti dahulu & jangan lupa mengambil kira isu ini dari sudut negeri Sabah" tegas beliau..
Di sini la kita akn jadi pelarian d negeri kita sendiri!!!

Dan ini pula adalah jawapan daripada Kementerian Dalam Negeri yang MENGAMBIL MASA lebih 3 hari untuk memberikan jawapan yang begitu mudah dan jelas.


Perangkap DAP Untuk Cetuskan Kemarahan Kristian Sabah-Sarawak di KLIA Sebagai Persediaan Pilihanraya Negeri Sarawak

Sunday, 2 November 2014 · 6 comments


Kepantasan penyebarannya tidak masuk akal langsung. Dan segala-galanya begitu sempurna sehinggakan kesan daripada pengaturan serta objektif drama berkenaan, hampir tidak dapat dikesan.

DAP adalah dalang utamanya. PKR pula ambil nama dan 'mengorbankan' Anwar Ibrahim untuk menjayakan rancangan jahat DAP. Manakala parti picisan Borneo, STAR, yang dipimpin oleh Jeffrey Kitingan menjadi barisan hadapan bagi menghilangkan jejak DAP dan PKR.

Serangan DAP kepada Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri dalam isu Ibrahim Ali, merupakan fore-play kepada drama ini. Motifnya bukanlah kerana Ibrahim Ali sangat memandangkan pengaruh Ibrahim Ali tidaklah sekuat mana, apatah lagi di Sarawak sebaliknya mahu mencetuskan kemarahan meluap-luap di kalangan penganut agama Kristian Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak tidak lama lagi.

Insiden di KLIA2 baru-baru ini menjelaskan bagaimana DAP bertindak dengan begitu baik mengikut perancangan yang teratur rapi.


Sabtu lepas, 25 Oktober, ratusan cakera padat dan bahan bercetak Melayu-Kristian mengandungi kalimah 'ALLAH' telah dilaporkan oleh media-media pro-Pakatan, dirampas daripada seorang rakyat Sabah, Maklin Makiau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di Sepang.

Matlin singgah di Kuala Lumpur dalam perjalanannya dari Medan ke Kota Kinabalu. Bagasinya yang mengandungi bahan-bahan untuk penganut Kristian dikatakan sebagai persediaan sambutan Krismas tidak lama lagi.

Agak aneh, Matlin bagaikan sudah bersedia untuk rampasan tersebut. Buktinya ialah penyiaran berita tersebut oleh Matlin di Facebook, tidak sampai beberapa minit selepas insiden berkenaan (SINI) dan kemudian turut disebarkan oleh sebuah blog pada 26 Oktober (DI SINI).

Semuanya berlaku dalam tempoh yang sangat singkat Matlin dilihat sudah cukup bersedia untuk menyebarkan kes itu. Kes yang tidak menimbulkan kegemparan itu bagaimanapun, mendapat 'perhatian luar biasa' daripada kalangan bloggers, Facebooker dan orang media untuk tempoh yang singkat.

Malay Mail Online merupakan antara yang terawal membuat laporan iaitu pada 30 Oktober (SINI). Dan laporan berkenaan pula adalah berdasarkan kepada SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN.

Siapakah SUMBER-SUMBER YANG TIDAK DIDEDAHKAN itu?

Seperti yang diketahui SOP propaganda Pakatan (DAP) adalah dengan menggunakan media-media pro-Pakatan seperti Malaysian Insider, FMT, Malaysiakini dan beberapa blog lain. Mereka akan menyebarkan berita dan serta-merta para pengkomen setia dan berbayar mereka akan buat kerja selain pemimpin-pemimpin Pakatan sendiri untuk menyebarkan berita tersebut.

Salah seorang daripada pengkomen terawal adalah Ong Kian Meng yang merupakan antara Evangelic terulung dalam DAP. Dia segera mengaitkan insiden tersebut dengan Perjanjian 20 Perkara Sabah (DI SINI). Maklin turut berbuat perkara yang sama. (DI SINI)


Perkara menarik yang perlu diberikan perhatian ialah, sebarang item dalam proses transit, bagasi biasanya dipindahkan ke pesawat secara terus tanpa perlu membawa bagasi-bagasi tersebut ke terminal utama. Dalam kes ini, Matlin sebenarnya memang berharap, pihak berkuasa akan memeriksa bagasi tersebut, seterusnya merampas dan rampasan tersebut akan dijadikan tajuk berita untuk disebarkan, sekaligus membangkitkan kemarahan masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah.

Mengapa perlu Matlin mengambil risiko untuk check-out dan kemudian check-in balik 574 buah buku (133 tajuk), 419 CD dan 5 DVD di KLIA2? Dan mengapa pula Matlin dengan sengaja cuba menarik perhatian Kastam tentang bagasi tersebut?

Dia memang mahu ditangkap dan kandungan bagasi berkenaan dirampas? Satu lagi persoalan yang dibangkitkan, mengapa penjelasan mudah Matlin bahawa kandungan bagasi tersebut adalah untuk kegunaan gereja-gereja di Sabah tidak diterima oleh anggota-anggota Kastam, sedangkan kalimah 'ALLAH' sememangnya dibolehkan guna di Sabah dan Sarawak?

Adakah sebenarnya justifikasi salah anggota kastam tersebut sebenarnya untuk memburukkan lagi sentimen anti Semenanjung dan anti Islam di kalangan pengundi-pengundi Sabah dan Sarawak?

Pemeriksaan mendapati Matlin adalah salah seorang pemimpin STAR yang diketuai oleh Jeffrey Kitingan yang cukup obses untuk mengeluarkan Sabah dari Malaysia. Untuk tujuan tersebut, mereka sanggup mengadakan kerjasama dengan mana-mana parti politik di Malaysia. DAP pula melihat kerjasama dengan STAR akan mengukuhkan kedudukan mereka di Sabah dan Sarawak, manakala PKR pula melihatnya sebagai satu pembalasan dendam kepada UMNO kerana pemenjaraan Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

SUMBER: ANOTHER BRICK IN THE WALL

DAP dan LIM KIT SIANG Tanam Batu Nesan Anwar Ibrahim Di Inanam, Sabah!

Monday, 27 October 2014 · 0 comments


Tanpa kehadiran para pemimpin PKR termasuklah Anwar Ibrahim dan PAS, DAP Inanam yang menjemput khas Penasihat Agung DAP, Lim Guan Eng telah menanam repliki Batu Sumpah di Kampung Kionsom Lama, Inanam pada 25 Oktober 2014 lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Lim Kit Siang. Turut hadir adalah seramai 25 orang yang terdiri daripada pemimpin serta ahli-ahli DAP Kampung Kionsom Lama, Inanam Antara mereka termasuklah Jimmy Wong Pengerusi DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi ADUN Kepayan, Stephen Wong Ten Fat Timbalan Pengerusi Perhubungan, Edward Liau Pengerusi DAP Inanam yang juga merupakan pemilik tanah dan Sikula Masait Setiausaha DAP Inanam.

Batu sumpah yang dibuat menyerupai batu sumpah di Keningau sengaja dibuat untuk menghasut rakyat Sabah, khususnya Inanam untuk melihat Malaysia sebagai penjajah ke atas Sabah, sekaligus mendorong rakyat Sabah memberontak dan menghancurkan Malaysia selain bersama-sama DAP memisahkan Sabah dari Malaysia.



Dalam ucapannya Dr.Edwin Bosi menyatakan upacara itu diadakan untuk menyahut cabaran Datuk Markus Majigoh bahawa batu sumpah harus ditanam di sudut-sudut negeri Sabah bagi mengingati semula perjanjian Malaysia 1963 iaitu semasa Sabah bersetuju menjadi salah satu negeri dalam Malaysia. Replika tersebut dibina di ats tanah sendiri dan menurut Dr. Edwin Bosi, mustahil pihak berkuasa boleh melarang pembinaannya selain ia bukanlah satu kesalahan undang-undang.


Yang menjadi persoalan ialah, pembinaan batu sumpah replika yang turut disemah dengan darah ayam jantan itu dibuat tanpa kehadiran Anwar Ibrahim yang dianggap arkitek menghancurkan Malaysia dan pemisahan Sabah dari Malaysia. Malah ADUN N.13 yang diwakili oleh PKR iaitu Roland Chia juga tidak dijemput. Majlis berkenaan juga dibuat secara tertutup dan hanya terbuka untuk ahli-ahli DAP. Malahan, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung juga tidak dijemput.

Betul punya rahsia doa Lim Kit Siang agar Anwar Ibrahim segera masuk penjara!

Pemisah Sarawak Dari Malaysia Rancang Untuk Bunuh KETUA MENTERI SARAWAK!

Sunday, 26 October 2014 · 4 comments


Menyedari bahawa fakta yang ada pada mereka hanyalah pembohongan dan kecelaruan, ditambah pula dengan ketegasan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satim yang menyatakan, Sarawak kekal bersama-sama Malaysia buat selama-lamanya, puak-puak pemisah yang mahu mewujudkan sistem Presiden di Sarawak dan menjadikan Sarawak sebagai salah satu koloni serta pangkalan Amerika Syarikat-Zionis di Asia Tenggara mulai hilang punca dan kesabaran.

Ditambah pula dengan ketiadaan sokongan daripada rakyat Sarawak, menjadikan mereka lebih agresif untuk mendapatkan lebih banyak perhatian daripada pihak-pihak berkenaan. Mereka mahu mewujudkan sebuah kelompok yang kononnya dipandang serius dalam memperjuangkan Sarawak sebagai sebuah negara, tanpa mereka sedar, mereka sebenarnya sedang melakukan penentangan ke atas negara dan negeri Sarawak itu sendiri.

Satu laman Facebook telah dicipta untuk tujuan tersebut. Page tersebut dibuat untuk menyemai kebencian serta hasutan selain menimbulkan kekeliruan rakyat Sarawak tentang status Ketua Menteri dan Presiden di Sarawak.



Di dalam page tersebutlah, satu individu yang menggelarkan dirinya sebagai 'Chops Suey' menyatakan secara terang-terangan niatnya untuk membunuh Ketua Menteri Sarawak kerana Adenan Satim telah menyatakan bahawa Sarawak akan kekal berada dalam Malaysia.

Puak-puak berkenaan sedang giat mengadakan referendum melalui beberapa buah NGO yang kebanyakannya didanai oleh DAP dan PKR, kononnya untuk menuntut hak rakyat Sarawak, tetapi sebenarnya mereka berhasrat untuk melakukan hasutan terhadap Sarawak agar memberontak dan menyerang Malaysia sebelum mengeluarkan negeri itu daripada Persekutuan Malaysia.

Sehingga kini, belum ada laporan polis dan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang terlibat dengan laman Facebook tersebut.

Adakah sehingga ada kematian dan serangan bersenjata, barulah rakyat Sarawak hendak bertindak membuat laporan dan pihak berkuasa baru berkira-kira hendak mengambil tindakan?

ANEH DAN PELIK!!! Sebaik-baik Laporan SPRM 'Mengamuk', Serta-Merta Tempat Perjudian di Seluruh Sabah Ditutup!

· 4 comments

Siapa tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian haram yang sangat berleluasa di Sabah?

Ekoran pendedahan media massa tentang 'amukan' SPRM selepas beberapa orang pegawai SPRM sendiri ditangkap kerana disyaki terlibat dengan rasuah, suruhanjaya tersebut mula membongkar beberapa kegiatan rasuah yang membabitkan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis.

Sebelum ini, di Kota Kinabalu sahaja terdapat lebih dari 80 pusat perjudian haram, bahkan hampir semua bandar-bandar besar di Sabah seperti Penampang, Tawau, Sandakan dan Keningau mempunyai antara 50 sehingga 60 pusat perjudian haram.

Namun selepas SPRM mengamuk, tiba-tiba sahaja pusat-pusat perjudian haram tersebut tutup dan seolah-olah telah bungkus!

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang dan tangan ghaib di belakang pusat-pusat perjudian tersebut? Apakah tangan-tangan ghaib dan tok-tok dalang yang mungkin mempunyai pangkat besar dalam institusi penguatkuasaan undang-undang berasa terancam sekiranya, mereka akan menerima nasib yang sama seperti rakan-rakan mereka yang ditangkap kerana rasuah membabitkan balak, minyak diesel seludup dan sebagainya?

Apakah penutupan-penutupan tersebut sekadar satu tindakan berlakon, memandangkan maklumat juga memaklumkan bahawa pusat-pusat judi haram tersebut, masih beroperasi biarpun secara 'curi-curi'?

Selama ini, pendedahan membabitkan perjudian haram, pelacuran, pemerdagangan manusia, seludup diesel, penyeludupan barangan keperluan bersubsidi, pembalakan haram, perlombongan haram dan sebagainya, lebih banyak tertumpu di Semenanjung, manakala Sabah dan Sarawak seringkali 'diabaikan'.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang?

Isu seterusnya akan mendedahkan tentang modus operandi, gambar-gambar pusat perjudian haram yang mempunyai kaitan dengan 'dalang-dalang' berkenaan serta individu-individu yang bertindak sebagai pelindung kepada kegiatan-kegiatan haram berkenaan menerusi bukti-bukti bergambar.

Nantikan pendedahan selanjutnya.

IMPIAN SARAWAK Atau PEMBOHONGAN BESAR DAP DI SARAWAK?

Sunday, 28 September 2014 · 4 comments

DAP sekarang ini giat menjalankan kempen PEMBANGUNAN di Sarawak menerusi kempen IMPIAN SARAWAK, terutama sekali kawasan-kawasan yang menjadi sasaran untuk dimenangi pada Pilihanraya Negeri yang akan datang. Dan seperti biasa, Barisan Nasional lebih banyak menutup mata, membiarkan DAP bermaharajalela tanpa sebarang tentangan walaupun sebenarnya DAP melakukan penipuan terang-terangan.


Kalau di Semenanjung, DAP sekadar bercakap tentang elemen-elemen seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, open tender dan sebagainya, di Sarawak pula, DAP cuba muncul sebagai perwira dengan janji-janji pembangunan.

Dan menariknya, seperti di Lawas, DAP mengambil kredit daripada pembangunan dan penaiktarafan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Modal yang dikeluarkan oleh DAP hanyalah retorik. Cukup sekadar memperlihatkan kesungguhan DAP untuk membangunkan prasarana rakyat, DAP cuba menarik perhatian dan sokongan daripada penduduk tempatan kepada mereka.

Sedangkan pada masa yang sama, kerajaan negeri sudah pun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan untuk pembangunan prasarana. DAP sanggup mencari kampung-kampung terpencil, menghantar pemimpin-pemimpin muda mereka yang berwajah cantik dan berlakon seperti sedang bekerja keras bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat.


Di Lawas, batang paip air besar yang disediakan dan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak tidak memerlukan derma daripada masyarakat dan orang ramai berbanding saluran getah berwarna hitam yang diberikan oleh DAP. Penyaluran air oleh Kerajaan Negeri Sarawak mencangkupi kawasan yang jauh lebih luas tanpa banyak promosi mahupun publisiti. Sedangkan dengan hanya sebatang salur getah berwarna hitam, DAP mencanangkan bahawa bekalan air di seluruh Sarawak telah berjaya diberikan hasil kerja dan usaha DAP.

Di Ba'kelalan, generator kuasa yang disediakan oleh Kerajaan Negeri jauh lebih mencukupi dan berkuasa tinggi. Namun demi meraih simpati dan perhatian, DAP menghantar sebuah generator kuasa bersaiz kecil yang hanya untuk sebuah atau dua buah rumah dan kemudian meuwar-uwarkan kepada rakyat Malaysia bahawa Ba'kelalan bercahaya kerana generator sumbangan DAP.


Sasaran DAP sebenarnya adalah untuk menguasai tanah-tanah di Sarawak memandangkan Sarawak mempunyai Undang-Undang Tubuh yang jauh 'lebih longgar' berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Kalau sebelum ini, usaha subversif mereka menerusi penajaan SABAH SARAWAK KELUAR MALAYSIA (SSKM) gagal apabila kerajaan mula menguatkuasakan undang-undang Anti-Hasutan, DAP segera menggunakan pendekatan yang lebih hampir dengan masyarakat di Sarawak, iaitu pembangunan.

Keadaan geografi dan keluasan negeri Sarawak, selain kedudukan petempatan yang jauh serta terpencil, tidak pernah diterangkan oleh DAP mahupun Pakatan Rakyat. Sebaliknya, lebih ramai penyokong Pakatan Rakyat, khususnya di Semenanjung yang sampai mereka mungkin sekadar di bandar-bandar besar seperti Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan sebagainya, melihat Sarawak sama seperti Perlis yang kentut di seberang sini, boleh dengar di seberang sana.

Apatah lagi tanggapan dan persepsi Pakatan Rakyat terhadap rakyat Sarawak yang bagi mereka jauh lebih bodoh dan mudah diperbodoh-bodohkan dengan hanya sedikit modal dan sedikit temberang!

DORIS JONES Mula Ketakutan Apabila Akta Hasutan Bakal Dikenakan Kepadanya

Wednesday, 3 September 2014 · 13 comments


Apabila perhatian diberikan kepada usaha-usaha jahat kaum pemisah yang mahu bergabung dengan Singapura di Sabah dan Sarawak ekoran pendedahan demi pendedahan, akhirnya konco-konco DAP seperti Doris Jones mula kepanasan.

Mereka mula mencari alasan-alasan untuk menjustifikasikan dan memurnikan niat jahat mereka itu.

Baca kenyataan Doris Jones yang cuba memutarbelitkan kenyataan sebenar.

Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah

Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM.

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

Daripada Nak Ambil Kredit Dalam ISU PPS, Lebih Baik ZAHID HAMIDI Berikan Perhatian Kepada Gerakan Keluarkan Sabah-Sarawak

Tuesday, 2 September 2014 · 7 comments

Ketika Lim Guan Eng bercakap angkuh dan mencabar Ketua Polis Negara, malah ketika Huan Chen Guan serta warga Facebook memperkatakan tentang PPS, Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi langsung tidak bersuara. Dia seperti tidak tahu apa-apa. Tetapi setelah PDRM mula mengambil tindakan ke atas anggota-anggota PPS, barulah dia turut sama menyibuk memberikan pendapat dan pandangan selain ancaman dan ugutan.

Lebih menarik lagi ialah, Zahid turut memberikan amaran bahawa KDN mungkin akan mengambil tindakan yang serupa ke atas Unit Amal PAS.

Anehnya, ketika anggota-anggota Unit Amal PAS merempuh polis dan membantu anarki ketika demonstrasi Bersih, tiada sebarang tindakan undang-undang mahupun ulasan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan. Barangkali kerana Menteri KDNnya orang lain, maka tiadalah suara daripada Zahid.

Tetapi dalam isu Lahad Datu-Semporna yang diserang oleh lanun-lanun Sulu upahan pihak-pihak tertentu di Malaysia, Zahid juga tidak banyak mulut. Walaupun garang sewaktu Pemilihan Agung UMNO, tetapi dalam hal menjalankan tugasnya, Zahid dilihat sangat lembut, jauh lebih lembut berbanding Hishamuddin Hussein Onn yang amat dibenci oleh DAP. Ditambah pula dengan beberapa isu kompromi melibatkan Zahid dengan Lim Guan Eng dan portal-portal pro-DAP, sekaligus memperlihatkan sokongan kepada Zahid Hamidi turun mendadak.

Sebenarnya, berbanding mengeluarkan ulasan popular seperti dalam isu PPS, lebih baik Zahid Hamidi mula memberikan tumpuan kepada gerakan yang jauh lebih merbahaya di Sabah dan Sarawak. Gerakan tersebut mula kelihatan pada penghujung portfolio Hishamuddin Hussein Onn sebagai Menteri Dalam Negeri tetapi sangat makmur dan maju pada zaman Zahid memegang jawatan berkenaan.

Setakat ini, tiada sebarang usaha daripada pihak KDN dan menterinya untuk menangani masalah hasutan dan subversif yang turut melibatkan DAP dan PKR di kedua-dua negeri tersebut. Tindakan terhadap para pemimpin STAR termasuklah yang kuat menghina Islam dan Bumiputera Islam seperti David Orok, yang secara terus-terang menentang Malaysia seperti Jeffery Kitingan langsung tidak diambil tindakan.

Sedangkan seperti yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara, isu keselamatan adalah isu dan di bawah kuasa Pusat.

Pelbagai pendedahan telah dibuat oleh rakyat Sabah dan Sarawak tentang kumpulan tersebut, tetapi reaksi daripada Menteri Dalam Negeri langsung tidak diperolehi.

Justeru, daripada Zahid sibukkan tentang Unit Amal dan Jabatan Amal PAS, lebih baik dia mula kisahkan tentang Sabah dan dan Sarawak. Tiada gunanya dia menyibuk dengan isu yang boleh ditangani oleh PDRM, tetapi buat-buat buta, dan pekak badak terhadap isu yang lebih besar dan lebih mengancam keselamatan serta kestabilan negara di Sabah dan Sarawak.

Lebih baik Zahid Hamidi sembunyikan KASIH SAYANGNYA YANG AMAT KETARA terhadap Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim itu, sebaliknya memberikan tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya!

DAP Anggap Rakyat Sarawak BODOH, BEBAL dan BUTA HURUF... DAP Menipu Terang-Terangan!

Monday, 4 August 2014 · 1 comments

Kalau kita dengar temberang-temberang DAP, terutama sekali yang melibat Dyana Sofya yang beranggapan Sarawak sukar dikunjungi dan rakyat Sarawak pula terpisah daripada semua akses maklumat, DAP telah membuat pelbagai jasa kepada rakyat Sarawak.

DAP sedang berkempen kononnya mereka membina jalan raya. Sedangkan pembinaan jalanraya dengan apa cara sekalipun, merupakan peruntukan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. DAP berani mengaku kerana pengakuan mereka jarang disanggah apatah lagi DAP sedang beroperasi secara kecil-kecilan di kawasan terpencil.

DAP juga mengaku mereka telah membina janakuasa elektrik untuk penduduk kampung, padahal KESEMUA JANAKUASA elektrik dibina dengan peruntukan Kerajaan Negeri Sarawak. DAP sekadar mendabik dada dan mengaku tanpa rasa malu sedikit pun.

Dan terbaru...

DAP Sarawak atau lebih tepat lagi DAP Sri Aman sedang cuba memperdayakan penduduk Sri Aman kononnya, mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk membeli anak-anak benih kelapa sawit yang diagih-agihkan kepada penduduk kampung.

Sedangkan hakikatnya, 4760 anak sawit diberikan SECARA PERCUMA oleh kerajaan melalui MPOB di Lingga, Sri Aman. 340 anak sawit pula DIJUAL oleh DAP kepada 51 penduduk kampung!

Seperti biasa, DAP tanpa rasa malu, mengaku 5100 anak pokok kelapa sawit itu mereka yang bagi. Tetapi apabila ditanya, adakah ianya PERCUMA, DAP Sri Aman terus tutup mulut, tidak mampu menjawab kerana mereka sebenarnya akan menuntut bayaran dan menfitnah Kerajaan kononnya menjual anak-anak pokok kelapa sawit itu.

Walhal Kerajaan telah pun memberikan secara percuma kepada orang kampung.

BODOH SANGAT KE ORANG SARAWAK SAMPAI DAP BOLEH MENIPU SECARA TERANG-TERANGAN BEGITU?

Contoh Terbaik Wakil Rakyat Leka Gliding, Tak Peduli Nasib Rakyat

Saturday, 28 June 2014 · 6 comments



DAP dan PKR sentiasa beretorik kononnya mereka adalah sebuah parti yang sangat kuat bekerja untuk rakyat. Kononnya juga mereka tidak rasis dan sentiasa memastikan keadilan ekonomi di kalangan rakyat. Malah DAP secara terbuka menyatakan, parti tersebut menggunapakai fahaman Sosialis dalam perjuangan mereka. Manakala PKR pula, tidak pernah dapat membezakan antara Sosialis dengan Idealisme.

Hakikatnya, amalan yang dibuat oleh para pemimpinnya bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan. Tidak ada kesamarataan yang diperjuangkan, sebaliknya para pemimpin DAP dan PKR sentiasa mencari jalan untuk menganiayai rakyat.

Ini terbukti menerusi gelagat seorang Ketua Cabang PKR di Miri yang juga merupakan Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo, menunjukkan parti yang disertainya tidak pernah berminat untuk menyelesaikan masalah rakyat. Sebaliknya menjadikan rakyat sebagai umpan untuk mereka mengekalkan kuasa dan merampas pemerintahan negeri dalam kempen IMPIAN SARAWAK yang dilancarkan baru-baru ini oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen.


Dr. Michael Teo masih tidak menerima sebarang tindakan undang-undang berhubung amalan menggugurkan bayi secara haram di kliniknya di Miri. Beberapa pendedahan sebelum ini telah dilakukan, tetapi sehingga kini, klinik miliknya itu cukup terkenal dengan operasi haram itu. Malah beberapa sumber memberitahu, cukup dengan hanya bermodalkan RM10,000 urusan jual beli anak di klinik itu juga boleh dilakukan. Semua dokumen senang diperolehi memandangkan klinik tersebut menyediakan surat yang 'mengesahkan' bahawa pembeli telah 'melahirkan' anak berkenaan. Dokumen itu juga boleh dibawa ke JPN untuk mendapatkan surat beranak. Bayaran lebih akan dikenakan untuk anak lelaki.

Itu satu hal. Antara masalah lain yang melanda Bandaraya Miri adalah SETINGGAN. Masalah ini tidak pernah cuba diselesaikan oleh Dr. Michael Teo Yu Keng walaupun dia diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Parlimen P.219 Miri.


Semasa berkempen dalam PRU-13 lalu, Michael Teo telah berjanji untuk menyediakan sejumlah 4000 buah rumah kepada penduduk setinggan sekiranya dia dipilih sebagai Ahli Parlimen. Namun setelah mandat diperolehi, Teo bukan sahaja gagal memenuhi janjinya, bahkan lebih banyak menghabiskan masa dengan hobinya iaitu GLIDING.

Selain itu, Teo bersama-sama Allan Ling Sie Kiong serta Fong Pau Teck, kedua-duanya dari DAP yang merupakan ADUN Piasau dan ADUN Pujut. Fong Pau Teck bagaimanapun, telah dipecat dari DAP pada November 2013 kerana mempersoalkan pemilihan parti atau lebih tepat lagi mempersoalkan kewibawaan Lim Guan Eng.

Allan Ling Sie Kiong lebih banyak menumpukan usaha meracuni pemikiran masyarakat luar bandar untuk bersama-sama DAP Sarawak dalam program IMPIAN SARAWAK dan tidak pernah peduli dengan permasalahan rakyat di kawasan yang diwakilinya iaitu Piasau. Piasau juga berhadapan dengan masalah setinggan yang besar.


Menariknya, di sebalik pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Michael Teo dan kedua-dua ADUN Pembangkang itu, ketiga-tiga mereka bersatu hati untuk MENGACAU Parlimen P.220 BARAM yang diwakili oleh Anyie Ngau dari Barisan Nasional.

Sampai bila rakyat dan penduduk Sarawak perlu memberikan kepercayaan kepada golongan yang tidak pernah berniat hendak membela rakyat sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri?

Cukupkah dengan membenarkan pengguguran haram dan seorang wakil rakyat yang gila bermain GLIDING maka keperluan rakyat di Miri sudah terlaksana?

LELAKI BIADAP, PENGHASUT DAN PENFITNAH INI DIKEHENDAKI... Jurukempen SARAWAK FOR SARAWAKIANS Diburu Rakyat Sarawak!!!

Tuesday, 24 June 2014 · 17 comments


Ayuh anak bangsaku,

Kita cari anak syaitan anak iblis ni, dia lah Admin Pages Legasi Kongsi Gelap Melayu 2,dia ni sengaja nak memecah belahkan anak Sarawak, ayuh jika jumpa dia kita tangkap, kalau buat report pun bukan boleh diambik tindikan, guna cara kita, kalau dia org sarawak kita ikat di dan telanjangkan dia ditengah2 padang merdeka, agar dia dpt ditonton oleh org awam ,kita berhak menangkap dia ,tp kita tiada hak untuk menghukum dia, tp dia perlu dihukum, dia lah penghasut dan byk buat fitnah dii page https://www.facebook.com/profile.php?id=775205582500703&ref=ts&fref=ts


Itu kemarahan yang tidak dapat ditutup-tutup lagi. 

Banyak posting-postingnya di page berkenaan menjurus kepada cubaan membangkitkan sentimen kebencian di kalangan rakyat Sarawak, khususnya kaum Bumiputera terhadap Melayu-Semenanjung. Kebanyakan posting yang dibuatnya juga menunjukkan dia merupakan sebahagian daripada tentera-tentera SARAWAK FOR SARAWAKIANS yang sedang aktif berkempen untuk mengeluarkan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.

M.Onya mudah.. laga-lagakan sesama kaum. Timbulkan kebencian kononnya Melayu-Semenanjung memandang hina kepada bangsa Dayak di Sarawak walhal yang dikatakan Dayak di Sarawak itu juga merupakan sebahagian daripada suku kaum Melayu.

Sarawak tidak pernah berada dalam keadaan seperti sekarang sehinggalah parti-parti politik dari Semenanjung seperti DAP, PKR dan PAS mendapat tempat di Sarawak.

Banyak laporan telah dibuat berhubung lelaki ini tetapi statusnya sama sahaja seperti kebanyakan RBA dan penyokong Pakatan Rakyat yang lain... mereka sukar ditangkap atau barangkali memang sengaja tidak mahu ditangkap!!!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks