KERANA HUDUD JUGA, DAP MULA BERGOLAK DAN LIM KIT SIANG JADI SASARAN SERANGAN KRONI SENDIRI

Sunday, 22 March 2015 | 2 comments


Salah seorang kroni Lim Kit Siang yang paling mantap di Johor adalah Norman Fernandez. Orang inilah juga yang menjadi panglima Lim Kit Siang untuk menggertak PAS di Johor. Beberapa isu sensitif membabitkan Norman Fernandez sebelum ini telah membuatkan PAS memendam perasaan kepadanya, terutama sekali cakap besar Norman Fernandez yang DAP tidak langsung memerlukan bantuan DAP berbanding PAS memerlukan DAP untuk menang mana-mana kerusi yang memiliki campuran pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perkembangan terbaru, bekas Naib Pengerusi DAP Johor itu telah menyelar dan mengutuk Lim Kit Siang secara berterus-terang. Lim Kit Siang bukan sahaja disifatkan sebagai gagal, malah telah menipu masyarakat Cina sehingga membolehkan PAS Kelantan membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini.

Norman Fernandez turut menyindir Lim Kit Siang agar menulis artikel tentang tuduhannya yang menyatakan setiap orang pemimpin DAP wajib dipersalahkan kerana menipu orang Cina terutama sekali selepas memujuk masyarakat Cina mengundi dan memilih PAS pada PRU lalu, sehingga membuatkan PAS begitu berani membentangkan undang-undang hudud.

Menurut Norman Fernandez lagi, DAP tidak boleh menuduh PAS menikam mereka dari belakang atau pun menipu kerana PAS telah memberitahu dari awal lagi tentang matlamat mereka. Hanya DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja yang berbolak-balik dan telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Cina agar menerima apa sahaja yang disuapkan oleh PAS tetapi kemudian menipu PAS kembali.

Hakikatnya, yang tertipu menurut Norman Fernandez adalah DAP sendiri. Justeru itu, masyarakat Cina perlu menghukum DAP pada PRU akan datang termasuklah Ahli-Ahli Parlimen PAS yang telah menang dengan bantuan undi-undi Cina.

Beberapa orang pemimpin besar DAP seperti Charles Santiago berserta Lim Kit Siang mengarakan agar PAS dihukum 'kerana menipu rakyat'. PAS digambarkan dan dilabelkan sebagai penipu sedangkan semakin ramai orang Cina dan penyokong DAP sendiri yang mengeluarkan bukti bagaimana DAP terutama menerusi Lim Guan Eng telah memperdayakan masyarakat Cina untuk menyokong PAS pada PRU-12 dan PRU-13 lalu.

Turut diperkatakan ialah kewujudan 'PAKATAN RAKYAT YANG BARU' sepertimana yang dinyatakan oleh Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai, dua orang lagi pemimpin DAP yang masih berusaha mempertahankan air muka Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

MCA-GERAKAN-DAP BERSATU TENTANG HUDUD... UMNO-PAS MASIH BERPUAK-PUAK!

Thursday, 19 March 2015 | 4 comments

Walaupun keputusan GERAKAN dan MCA mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional dilihat sebagai taktik untuk meraih sokongan daripada masyarakat Cina, bahkan sebahagian besar ahli-ahli MCA dan GERAKAN beranggapan itu hanyalah trick untuk memalukan DAP yang sebelum ini kuat menyatakan, PAS berada di bawah telunjuk mereka, hakikatnya pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua parti gabungan dalam komponen Barisan Nasional itu akan mendapat reaksi yang amat negatif daripada para pengundi Melayu mereka sendiri.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN MCA serta GERAKAN hanya menang menerusi undi Melayu-Islam di kawasan masing-masing pada PRU lepas. Manakala di kawasan bukan majoriti Melayu-Islam, MCA dan GERAKAN kalah teruk dan prestasi mereka amat memalukan.

Pun begitu, atas semangat Barisan Nasional, kedua-dua parti tersebut, termasuklah MIC yang merosot teruk di bawah kepimpinan G.Palanivel masih lagi dilayan dan masih lagi diberikan peruntukan mengikut kuota dalam Kerajaan Malaysia.


Semalam, PAS Kelantan telah membentangkan Kanun Jenayah II (Syariah) Kelantan bagi membolehkan perlaksanaan hudud di Kelantan. 12 orang ADUN UMNO-BN menyokong undang-undang tersebut.

Yang paling kuat melompat adalah DAP. Anthony Loke, Setiausaha Organisasi Kebangsaan telah pun menyatakan PAS perlu dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA ancam untuk keluarkan MCA dari Barisan Nasional. Pemuda GERAKAN ambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kelantan kerana bentangkan undang-undang hudud.

Sedangkan pembentangan di Parlimen bagi tujuan perlaksanaan di Kelantan belum pun dibuat lagi.

UMNO dan PAS masih lagi gagal bersatu dalam banyak perkara. Biarpun UMNO cuba menunjukkan kerjasama mereka di Kelantan, tetapi dalam kempen-kempen PRK DUN Chempaka, PAS menjadikan UMNO sebagai bahan sesahan meskipun pada masa yang sama, UMNO tidak bertanding pun di Chempaka.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan 64% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan politik. Biarpun Melayu-Bumiputera merupakan pemegang konsesi politik di negara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka pula hanyalah abdi kepada kapitalis bukan Melayu-Bumiputera yang berjaya mengubah mahupun menghapuskan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Gerakan terbaru daripada ketiga-tiga (atau keempat-empat) parti terbesar bukan Melayu-Bumiputera, terutama sekali menerusi penggabungan mereka sekiranya keempat-empatnya kekal dengan pendirian menentang hudud dan keluar dari Barisan Nasional, pasti akan menganjakkan kuasa Melayu-Bumiputera di Malaysia.

Dan berdasarkan kepada prestasi semasa DAP semasa, UMNO-BN bakal kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung, Sarawak dan Sabah melainkan para pemimpin UMNO-BN yang lebih banyak berkhayal dan menganggap mereka masih berada dalam zon selesa, keluar dari kepompong dan mula bekerja keras mulai sekarang bagi meyakinkan rakyat untuk memilih mereka pada masa akan datang.

Sokongan ke atas hudud di Kelantan, bukanlah jaminan kepada UMNO untuk melestarikan perjuangan mereka, bahkan jikalau DAP tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan menyokong hudud PAS bersama-sama PKR atas dasar semangat Pakatan Rakyat, yang ditinggalkan adalah Barisan Nasional yang berpecah belah!

Gobind Singh Deo, Anak Karpal Singh, Salahkan Hudud Punca DAP Kalah Di Teluk Intan

Tuesday, 3 June 2014 | 2 comments

Pelbagai ingatan telah diberikan kepada PAS berhubung pembabitan dan persekongkolan mereka dengan DAP. Namun para penyokong PAS tetap cuba menyedapkan hati sendiri, kononnya DAP jauh lebih baik berbanding UMNO dan akhirnya DAP akan faham dengan perjuangan PAS walaupun pada peringkat awalnya, penentangan yang dibuat terhadap usaha-usaha PAS, dilakukan secara agresif.

PRK Teluk Intan menyaksikan bagaimana PAS disisihkan oleh DAP dari segenap segi kecuali beberapa hari sebelum pengundian apabila Presiden PAS terpaksa didatangkan ke Teluk Intan untuk berkempen bagi pihak DAP terutama di kalangan orang Melayu.

PAS sepanjang kempen selagi boleh berusaha untuk tidak bercakap atau menyentuh langsung tentang HUDUD dan KERJASAMA DENGAN UMNO menerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud yang telah dibentuk sebagai persediaan pembentangan bil persendirian membabitkan perlaksanaan hudud pada bulan September nanti.

Namun akhirnya Dyana Sofya dikalahkan juga oleh bekas calon Barisan Nasional untuk Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden GERAKAN.

DAP menerusi beberapa orang pemimpin tertingginya, saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana kegagalan di kubu kuat sendiri. Hew Kuan Yau yang merupakan orang yang telah berkempen sebagai calon untuk Teluk Intan, dan disisihkan oleh Lim Kit Siang bagi memberikan peluang kepada SETPOLnya sendiri, Dyana Sofya merupakan antara pemimpin DAP pertama yang menempelak kesilapan perkiraan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Manakala Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak turut menyalahkan Lim Kit Siang kerana cuba menyekat pengaruh serta percaturan mereka di Teluk Intan.

Pergolakan DAP kerana Dyana Sofya, cuba dialihkan oleh anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong. Katanya, pihak yang patut dipersalahkan adalah PAS. Angkara PAS cuba memperjuangkan hudud, menyebabkan ramai pengundi enggan keluar mengundi dan memenangkan DAP di Teluk Intan.

Gobind Singh Deo menolak sebarang teori kekalahan lain termasuklah terkantoinya Sofya Dyana dalam beberapa isu terutama sekali yang membabitkan latar belakang keluarganya, terutama sekali ibunya, Yammy Samat, UiTM dan Rejimen Askar Melayu Diraja. Walaupun DAP cuba berbangga kononnya berlaku peningkatan undi Melayu kepada DAP sebanyak 3% namun penolakan masyarakat pengundi India terhadap DAP, tidak pula diambil kira.

PAS sekali lagi menjadi mangsa belasahan DAP apabila mereka kalah. Pada ketika Presiden PAS sendiri terlantar di atas katil hospital di Istanbul, Turki, di Malaysia, para pemimpin DAP mengambil kesempatan untuk membelasah PAS semahu-mahunya kerana mereka sedar, pemimpin-pemimpin PAS yang mengambilalih tampuk pentadbiran sementara parti itu sekarang merupakan golongan yang makan di tangan DAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Showing posts with label hudud. Show all posts
Showing posts with label hudud. Show all posts

KERANA HUDUD JUGA, DAP MULA BERGOLAK DAN LIM KIT SIANG JADI SASARAN SERANGAN KRONI SENDIRI

Sunday, 22 March 2015 · 2 comments


Salah seorang kroni Lim Kit Siang yang paling mantap di Johor adalah Norman Fernandez. Orang inilah juga yang menjadi panglima Lim Kit Siang untuk menggertak PAS di Johor. Beberapa isu sensitif membabitkan Norman Fernandez sebelum ini telah membuatkan PAS memendam perasaan kepadanya, terutama sekali cakap besar Norman Fernandez yang DAP tidak langsung memerlukan bantuan DAP berbanding PAS memerlukan DAP untuk menang mana-mana kerusi yang memiliki campuran pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perkembangan terbaru, bekas Naib Pengerusi DAP Johor itu telah menyelar dan mengutuk Lim Kit Siang secara berterus-terang. Lim Kit Siang bukan sahaja disifatkan sebagai gagal, malah telah menipu masyarakat Cina sehingga membolehkan PAS Kelantan membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini.

Norman Fernandez turut menyindir Lim Kit Siang agar menulis artikel tentang tuduhannya yang menyatakan setiap orang pemimpin DAP wajib dipersalahkan kerana menipu orang Cina terutama sekali selepas memujuk masyarakat Cina mengundi dan memilih PAS pada PRU lalu, sehingga membuatkan PAS begitu berani membentangkan undang-undang hudud.

Menurut Norman Fernandez lagi, DAP tidak boleh menuduh PAS menikam mereka dari belakang atau pun menipu kerana PAS telah memberitahu dari awal lagi tentang matlamat mereka. Hanya DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja yang berbolak-balik dan telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Cina agar menerima apa sahaja yang disuapkan oleh PAS tetapi kemudian menipu PAS kembali.

Hakikatnya, yang tertipu menurut Norman Fernandez adalah DAP sendiri. Justeru itu, masyarakat Cina perlu menghukum DAP pada PRU akan datang termasuklah Ahli-Ahli Parlimen PAS yang telah menang dengan bantuan undi-undi Cina.

Beberapa orang pemimpin besar DAP seperti Charles Santiago berserta Lim Kit Siang mengarakan agar PAS dihukum 'kerana menipu rakyat'. PAS digambarkan dan dilabelkan sebagai penipu sedangkan semakin ramai orang Cina dan penyokong DAP sendiri yang mengeluarkan bukti bagaimana DAP terutama menerusi Lim Guan Eng telah memperdayakan masyarakat Cina untuk menyokong PAS pada PRU-12 dan PRU-13 lalu.

Turut diperkatakan ialah kewujudan 'PAKATAN RAKYAT YANG BARU' sepertimana yang dinyatakan oleh Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai, dua orang lagi pemimpin DAP yang masih berusaha mempertahankan air muka Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

MCA-GERAKAN-DAP BERSATU TENTANG HUDUD... UMNO-PAS MASIH BERPUAK-PUAK!

Thursday, 19 March 2015 · 4 comments

Walaupun keputusan GERAKAN dan MCA mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional dilihat sebagai taktik untuk meraih sokongan daripada masyarakat Cina, bahkan sebahagian besar ahli-ahli MCA dan GERAKAN beranggapan itu hanyalah trick untuk memalukan DAP yang sebelum ini kuat menyatakan, PAS berada di bawah telunjuk mereka, hakikatnya pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua parti gabungan dalam komponen Barisan Nasional itu akan mendapat reaksi yang amat negatif daripada para pengundi Melayu mereka sendiri.

Hampir kesemua Ahli Parlimen dan ADUN MCA serta GERAKAN hanya menang menerusi undi Melayu-Islam di kawasan masing-masing pada PRU lepas. Manakala di kawasan bukan majoriti Melayu-Islam, MCA dan GERAKAN kalah teruk dan prestasi mereka amat memalukan.

Pun begitu, atas semangat Barisan Nasional, kedua-dua parti tersebut, termasuklah MIC yang merosot teruk di bawah kepimpinan G.Palanivel masih lagi dilayan dan masih lagi diberikan peruntukan mengikut kuota dalam Kerajaan Malaysia.


Semalam, PAS Kelantan telah membentangkan Kanun Jenayah II (Syariah) Kelantan bagi membolehkan perlaksanaan hudud di Kelantan. 12 orang ADUN UMNO-BN menyokong undang-undang tersebut.

Yang paling kuat melompat adalah DAP. Anthony Loke, Setiausaha Organisasi Kebangsaan telah pun menyatakan PAS perlu dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA ancam untuk keluarkan MCA dari Barisan Nasional. Pemuda GERAKAN ambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kelantan kerana bentangkan undang-undang hudud.

Sedangkan pembentangan di Parlimen bagi tujuan perlaksanaan di Kelantan belum pun dibuat lagi.

UMNO dan PAS masih lagi gagal bersatu dalam banyak perkara. Biarpun UMNO cuba menunjukkan kerjasama mereka di Kelantan, tetapi dalam kempen-kempen PRK DUN Chempaka, PAS menjadikan UMNO sebagai bahan sesahan meskipun pada masa yang sama, UMNO tidak bertanding pun di Chempaka.

Walaupun Melayu-Bumiputera merupakan 64% daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan politik. Biarpun Melayu-Bumiputera merupakan pemegang konsesi politik di negara ini, tetapi kebanyakan daripada mereka pula hanyalah abdi kepada kapitalis bukan Melayu-Bumiputera yang berjaya mengubah mahupun menghapuskan kepentingan Melayu-Bumiputera.

Gerakan terbaru daripada ketiga-tiga (atau keempat-empat) parti terbesar bukan Melayu-Bumiputera, terutama sekali menerusi penggabungan mereka sekiranya keempat-empatnya kekal dengan pendirian menentang hudud dan keluar dari Barisan Nasional, pasti akan menganjakkan kuasa Melayu-Bumiputera di Malaysia.

Dan berdasarkan kepada prestasi semasa DAP semasa, UMNO-BN bakal kehilangan lebih banyak kerusi di Semenanjung, Sarawak dan Sabah melainkan para pemimpin UMNO-BN yang lebih banyak berkhayal dan menganggap mereka masih berada dalam zon selesa, keluar dari kepompong dan mula bekerja keras mulai sekarang bagi meyakinkan rakyat untuk memilih mereka pada masa akan datang.

Sokongan ke atas hudud di Kelantan, bukanlah jaminan kepada UMNO untuk melestarikan perjuangan mereka, bahkan jikalau DAP tiba-tiba sahaja berubah fikiran dan menyokong hudud PAS bersama-sama PKR atas dasar semangat Pakatan Rakyat, yang ditinggalkan adalah Barisan Nasional yang berpecah belah!

Gobind Singh Deo, Anak Karpal Singh, Salahkan Hudud Punca DAP Kalah Di Teluk Intan

Tuesday, 3 June 2014 · 2 comments

Pelbagai ingatan telah diberikan kepada PAS berhubung pembabitan dan persekongkolan mereka dengan DAP. Namun para penyokong PAS tetap cuba menyedapkan hati sendiri, kononnya DAP jauh lebih baik berbanding UMNO dan akhirnya DAP akan faham dengan perjuangan PAS walaupun pada peringkat awalnya, penentangan yang dibuat terhadap usaha-usaha PAS, dilakukan secara agresif.

PRK Teluk Intan menyaksikan bagaimana PAS disisihkan oleh DAP dari segenap segi kecuali beberapa hari sebelum pengundian apabila Presiden PAS terpaksa didatangkan ke Teluk Intan untuk berkempen bagi pihak DAP terutama di kalangan orang Melayu.

PAS sepanjang kempen selagi boleh berusaha untuk tidak bercakap atau menyentuh langsung tentang HUDUD dan KERJASAMA DENGAN UMNO menerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud yang telah dibentuk sebagai persediaan pembentangan bil persendirian membabitkan perlaksanaan hudud pada bulan September nanti.

Namun akhirnya Dyana Sofya dikalahkan juga oleh bekas calon Barisan Nasional untuk Parlimen Teluk Intan, Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden GERAKAN.

DAP menerusi beberapa orang pemimpin tertingginya, saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana kegagalan di kubu kuat sendiri. Hew Kuan Yau yang merupakan orang yang telah berkempen sebagai calon untuk Teluk Intan, dan disisihkan oleh Lim Kit Siang bagi memberikan peluang kepada SETPOLnya sendiri, Dyana Sofya merupakan antara pemimpin DAP pertama yang menempelak kesilapan perkiraan Lim Kit Siang-Lim Guan Eng. Manakala Ngeh Kor Ham dan Nga Kor Ming, dua pemimpin DAP Perak turut menyalahkan Lim Kit Siang kerana cuba menyekat pengaruh serta percaturan mereka di Teluk Intan.

Pergolakan DAP kerana Dyana Sofya, cuba dialihkan oleh anak Karpal Singh, Gobind Singh Deo yang juga merupakan Ahli Parlimen Puchong. Katanya, pihak yang patut dipersalahkan adalah PAS. Angkara PAS cuba memperjuangkan hudud, menyebabkan ramai pengundi enggan keluar mengundi dan memenangkan DAP di Teluk Intan.

Gobind Singh Deo menolak sebarang teori kekalahan lain termasuklah terkantoinya Sofya Dyana dalam beberapa isu terutama sekali yang membabitkan latar belakang keluarganya, terutama sekali ibunya, Yammy Samat, UiTM dan Rejimen Askar Melayu Diraja. Walaupun DAP cuba berbangga kononnya berlaku peningkatan undi Melayu kepada DAP sebanyak 3% namun penolakan masyarakat pengundi India terhadap DAP, tidak pula diambil kira.

PAS sekali lagi menjadi mangsa belasahan DAP apabila mereka kalah. Pada ketika Presiden PAS sendiri terlantar di atas katil hospital di Istanbul, Turki, di Malaysia, para pemimpin DAP mengambil kesempatan untuk membelasah PAS semahu-mahunya kerana mereka sedar, pemimpin-pemimpin PAS yang mengambilalih tampuk pentadbiran sementara parti itu sekarang merupakan golongan yang makan di tangan DAP seperti Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks