DAP Lancarkan Perang Menentang LYNAS Apabila Pemimpin Mereka Ditangkap Polis

Monday, 23 June 2014 | 4 comments

Berbeza dengan Shin Etsu di Shah Alam yang turut menjalankan operasi yang sama, DAP hanya menentang Lynas dengan alasan kilang Lynas mengeluarkan bahan radioaktif manakala kilang Shin Etsu di Shah Alam, hanya mengeluarkan magnet.

Bagaimanapun, penjelasan daripada pakar-pakar langsung tidak menunjukkan bahaya seperti yang cuba digambarkan oleh DAP dan PKR. Sebaliknya, keterangan pakar pula menunjukkan DAP dan PKR sengaja melakukan sabotaj atas tujuan perniagaan.

Semalam, DAP menerusi NGO mereka, Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack telah mengadakan demonstrasi di hadapan kilang Lynas di Gebeng dalam usaha mereka untuk menutup kilang tersebut dan bagi memastikan Shin Etsu dan kilang pengeluaran di China tidak terjejas.

Sekiranya beroperasi penuh, kilang Lynas di Gebeng, Kuantan akan menghasilkan 22% daripada keperluan rare earth dunia yang digunakan untuk mengasilkan cip telefon serta barangan elektronik yang lain.

Kajian saintifik telah dijalankan. Pencemaran radioaktif seperti yang digembar-gemburkan oleh DAP dan PKR, langsung tidak melibatkan rare earth memandangkan rare earth bukanlah produk nuklear. Malah kadar radioaktif yang dihasilkannya jauh lebih rendah berbanding skrin monitor komputer dan televisyen.

Selepas arahan polis agar demonstrasi di hadapan kilang Lynas dibubarkan, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat itu masih enggan untuk mematuhi arahan. Akhirnya sebahagian daripada mereka telah diberkas.

Antara jam 6:30 sehingga 6:40 petang semalam di hadapan IPD Kuantan seramai lebih kurang 60 orang peserta Shutdown Lynas berhimpun di hadapan balai. Antara mereka adalah Mat Sabu, Sim Chong Siang (ADUN Teruntum), Andansura bin Rabu (ADUN Beserah).

DAP yang mengharapkan 1 juta rakyat Malaysia akan datang untuk memberikan sokongan dan seterusnya menutup operasi Lynas di Gebeng, bagaimanapun, kecewa kerana jumlah yang hadir tidak sampai 300 orang.

Kini, DAP merancang untuk mengambil langkah seterusnya untuk menunjukkan yang mereka benar-benar berkuasa!

ISU TUTUP KILANG LYNAS: Wong Tack dan Superman Hew Kuan Yau Diberkas Polis!

Sunday, 22 June 2014 | 6 comments

Perhimpunan anti-Lynas berakhir apabila apabila beberapa orang aktivis yang mahu menutup kilang Lynas di Gebeng, diberkas petang tadi, termasuklah Hew Kuan Yau yang mempunyai nama gelaran 'SUPERMAN'.

Turut diberkas termasuklah Wong Tack, si pemilik ladang kelapa sawit di Sabah yang turut mengetuai kumpulan Himpunan Hijau dan aktivis dari Australia, Natalie Lowrey.

Mereka telah diberi masa selama 10 minit untuk bersurai. Bagaimanapun, mereka enggan patuh kepada arahan polis dan memilih untuk melawan bagi membolehkan polis menahan mereka. Penahanan tersebut diharapkan boleh menjadi isu untuk menunjukkan kepada taukeh-taukeh mereka di China yang Kerajaan Malaysia dan PDRM bertindak kejam selain enggan membenarkan China menguasai 100% pasaran Rare Earth dunia seperti sebelum ini.

Tian Chua, yang turut datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai demonstrasi tersebut cuba membuktikan kepada tuan besar yang membiayainya tentang keupayaan PKR dan DAP menutup kilang Lynas di Gebeng.

Sembang 1 Juta Bantah Lynas Sampai Tutup Operasi Kilang Tak Kesampaian!


6 bulan dahulu, Wong Tack berjanji akan membawa 1 juta orang untuk berdemonstrasi sehingga kilang Lynas di Gebeng ditutup.

"Kami akan tutup kilang ini pada 22 Jun nanti. Kami berikan masa kepada kamu enam bulan. 1.2 juta rakyat Malaysia sudah pun menandatangani petisyen yang menyokong kami," kata Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau enam bulan dahulu.

Hari ini, 22 Jun, Wong Tack dan Himpunan Hijau mengotakan janji untuk berkumpul di hadapan pintu masuk Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sehinggalah kilang tersebut ditutup.


Malangnya, jumlah yang hadir tidaklah sampai 1 juta orang sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan jumlahnya hanya beberapa ratus orang sahaja, meskipun Tian Chua cuba menggembar-gemburkan demonstrasi tersebut menerusi Twitternya.



Wong Tack yang merupakan seorang pemilik ladang kelapa sawit yang kaya di Sabah, merupakan antara golongan yang cukup kuat menghalang kemasukan pelabur-pelabur baru menerusi syarikat-syarikat pegangan Bumiputera seperti Lynas. Walaupun di Shah Alam, Selangor, Shinetsu turut beroperasi sama seperti Lynas, DAP dan Himpunan Hijau langsung tidak menyentuhnya. Bahkan langsung tidak menyebut walaupun kilang Shinetsu terletak tidak jauh dari kawasan perumahan, tidak seperti Lynas!
Showing posts with label lynas. Show all posts
Showing posts with label lynas. Show all posts

DAP Lancarkan Perang Menentang LYNAS Apabila Pemimpin Mereka Ditangkap Polis

Monday, 23 June 2014 · 4 comments

Berbeza dengan Shin Etsu di Shah Alam yang turut menjalankan operasi yang sama, DAP hanya menentang Lynas dengan alasan kilang Lynas mengeluarkan bahan radioaktif manakala kilang Shin Etsu di Shah Alam, hanya mengeluarkan magnet.

Bagaimanapun, penjelasan daripada pakar-pakar langsung tidak menunjukkan bahaya seperti yang cuba digambarkan oleh DAP dan PKR. Sebaliknya, keterangan pakar pula menunjukkan DAP dan PKR sengaja melakukan sabotaj atas tujuan perniagaan.

Semalam, DAP menerusi NGO mereka, Himpunan Hijau yang diketuai oleh Wong Tack telah mengadakan demonstrasi di hadapan kilang Lynas di Gebeng dalam usaha mereka untuk menutup kilang tersebut dan bagi memastikan Shin Etsu dan kilang pengeluaran di China tidak terjejas.

Sekiranya beroperasi penuh, kilang Lynas di Gebeng, Kuantan akan menghasilkan 22% daripada keperluan rare earth dunia yang digunakan untuk mengasilkan cip telefon serta barangan elektronik yang lain.

Kajian saintifik telah dijalankan. Pencemaran radioaktif seperti yang digembar-gemburkan oleh DAP dan PKR, langsung tidak melibatkan rare earth memandangkan rare earth bukanlah produk nuklear. Malah kadar radioaktif yang dihasilkannya jauh lebih rendah berbanding skrin monitor komputer dan televisyen.

Selepas arahan polis agar demonstrasi di hadapan kilang Lynas dibubarkan, para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat itu masih enggan untuk mematuhi arahan. Akhirnya sebahagian daripada mereka telah diberkas.

Antara jam 6:30 sehingga 6:40 petang semalam di hadapan IPD Kuantan seramai lebih kurang 60 orang peserta Shutdown Lynas berhimpun di hadapan balai. Antara mereka adalah Mat Sabu, Sim Chong Siang (ADUN Teruntum), Andansura bin Rabu (ADUN Beserah).

DAP yang mengharapkan 1 juta rakyat Malaysia akan datang untuk memberikan sokongan dan seterusnya menutup operasi Lynas di Gebeng, bagaimanapun, kecewa kerana jumlah yang hadir tidak sampai 300 orang.

Kini, DAP merancang untuk mengambil langkah seterusnya untuk menunjukkan yang mereka benar-benar berkuasa!

ISU TUTUP KILANG LYNAS: Wong Tack dan Superman Hew Kuan Yau Diberkas Polis!

Sunday, 22 June 2014 · 6 comments

Perhimpunan anti-Lynas berakhir apabila apabila beberapa orang aktivis yang mahu menutup kilang Lynas di Gebeng, diberkas petang tadi, termasuklah Hew Kuan Yau yang mempunyai nama gelaran 'SUPERMAN'.

Turut diberkas termasuklah Wong Tack, si pemilik ladang kelapa sawit di Sabah yang turut mengetuai kumpulan Himpunan Hijau dan aktivis dari Australia, Natalie Lowrey.

Mereka telah diberi masa selama 10 minit untuk bersurai. Bagaimanapun, mereka enggan patuh kepada arahan polis dan memilih untuk melawan bagi membolehkan polis menahan mereka. Penahanan tersebut diharapkan boleh menjadi isu untuk menunjukkan kepada taukeh-taukeh mereka di China yang Kerajaan Malaysia dan PDRM bertindak kejam selain enggan membenarkan China menguasai 100% pasaran Rare Earth dunia seperti sebelum ini.

Tian Chua, yang turut datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai demonstrasi tersebut cuba membuktikan kepada tuan besar yang membiayainya tentang keupayaan PKR dan DAP menutup kilang Lynas di Gebeng.

Sembang 1 Juta Bantah Lynas Sampai Tutup Operasi Kilang Tak Kesampaian!

· 2 comments


6 bulan dahulu, Wong Tack berjanji akan membawa 1 juta orang untuk berdemonstrasi sehingga kilang Lynas di Gebeng ditutup.

"Kami akan tutup kilang ini pada 22 Jun nanti. Kami berikan masa kepada kamu enam bulan. 1.2 juta rakyat Malaysia sudah pun menandatangani petisyen yang menyokong kami," kata Wong Tack, Pengerusi Himpunan Hijau enam bulan dahulu.

Hari ini, 22 Jun, Wong Tack dan Himpunan Hijau mengotakan janji untuk berkumpul di hadapan pintu masuk Lynas Advanced Material Plant (LAMP) sehinggalah kilang tersebut ditutup.


Malangnya, jumlah yang hadir tidaklah sampai 1 juta orang sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan jumlahnya hanya beberapa ratus orang sahaja, meskipun Tian Chua cuba menggembar-gemburkan demonstrasi tersebut menerusi Twitternya.



Wong Tack yang merupakan seorang pemilik ladang kelapa sawit yang kaya di Sabah, merupakan antara golongan yang cukup kuat menghalang kemasukan pelabur-pelabur baru menerusi syarikat-syarikat pegangan Bumiputera seperti Lynas. Walaupun di Shah Alam, Selangor, Shinetsu turut beroperasi sama seperti Lynas, DAP dan Himpunan Hijau langsung tidak menyentuhnya. Bahkan langsung tidak menyebut walaupun kilang Shinetsu terletak tidak jauh dari kawasan perumahan, tidak seperti Lynas!

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks