Keluar Parti, PPBM Dungun Akan Buat Laporan Polis

Sunday 30 April 2017 | 0 comments



Berita tentang 30 orang ahli PPBM Bahagian Dungun dan Terengganu khususnya keluar parti, kurang menjadi perhatian walaupun tular di Facebook. Dalam program 'Sirih Pulang Ke Gagang - UMNO Kini, Dulu dan Selamanya', ahli-ahli PPBM itu dikatakan tidak yakin PPBM mampu membela nasib orang Melayu. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, Ketua Penaja Bahagian Dungun, Mastura Othman yang juga bekas Ketua Pendaftar Negeri sebelum tertubuhnya Penaja Bahagian secara rasmi, menafikan berita tersebut.

Menurutnya kesemua mereka bukanlah ahli-ahli PPBM yang berdaftar sepertimana yang diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Din Adam. Sebaliknya, menurut Mastura, setiap ahli berdaftar akan diberikan sesalinan borang berwarna merah jambu untuk simpanan sebagai bukti pendaftaran. Namun dalam gambar yang diedarkan, mereka membakar borang keahlian baru yang belu ada tulisan.

Selain itu, tindakan membakar baju T yang mempunyai logo PPBM, dilihat sebagai tindakan yang tidak matang, penuh provokasi dan menghina PPBM dan kesemua ahli PPBM.

Menurut PPBM Dungun lagi, publisiti murahan tersebut sebenarnya bertujuan untuk menutup kelemahan dan perbuatan 'berbalah sesama sendiri' antara pemimpin UMNO Bahagian Dungun sehinggakan lawatan Perdana Menteri baru-baru ini, Najib Abdul Razak menasihati agar jangan ada 'cah keting' di kalangan pemimpin Bahagian. Keadaan ini, menurut PPBM menggambarkan wujudnya pertelingkahan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Dungun. Dan untuk menutup atau menyembunyikan keadaan itu, Din Adam cuba berlagak hero dengan melakonkan drama '30 ahli PPBM Bahagian berkenaan keluar parti'.

Ketua Penerangan PPBM Terengganu, Amir Long pula berkata, Din Adam sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih bijak bagi menutup kelemahan di Bahagian itu, bukannya melobi sebagai calon ADUN Bukit Besi.

Sehubungan dengan itu, PPBM Terengganu akan membuat laporan polis berhubung program berkenaan.

Sebelum itu, seramai 146 ahli *Pertubuhan Pribumi Perkasa* di kawasan gugusan Felda Kertih, Dungun telah mengisytiharkan keluar daripada pertubuhan itu malam tadi, 28 Oktober 2016, setelah mendapati sebahagian nama mereka didaftarkan sebagai ahli *Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi)* tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka.

Usaha terdesak itu diketuai oleh Ketua Pendaftar Pribumi Negeri Terengganu, Mastura Othman yang juga Pengerusi Perkasa Dungun.

Tindakan keluar ahli beramai-ramai itu dibuat kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti anti Melayu Islam iaitu DAP. Parti Pribumi dan DAP hari ini adalah 'bersaudara'. Prinsip mereka menyertai Perkasa kerana mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam. Apabila mengetahui terdapat ahli Perkasa di Dungun diperkudakan untuk menyertai parti Pribumi yang bersubahat dengan DAP, maka mereka ucap *Selamat Tinggal* kepada Perkasa dan Pribumi. (RUJUK SINI)

4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

KAD PENGENALAN PALSU di Semporna dan Surat Sokongan SHAPIE APDAL



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu pendaftaran dari cawangan Semporna di Jabatan Pendaftaran Negara kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun, dan seorang wanita berusia 40 tahun itu ditahan di Semporna pada pukul 6 petang dan 8:20 masing-masing, hari ini.


Mereka dipercayai telah menerima RM2,000 setiap satu untuk proses mengeluarkan kad pengenalan untuk satu set kembar di Semporna.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan dan berkata mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

TAKUT MALU, PKR Hanya Hantar Naib Presiden PKR Yang Tidak Dikenali Ke Muktamar Agung PAS, Bukannya Tian Chua

Saturday 29 April 2017 | 0 comments



Sepatutnya yang datang ke Muktamar Agung PAS tahun ini di Alor Star mewakili PKR adalah Tian Chua. Tian Chua sendiri pun sudah menyatakan persetujuan awalnya untuk datang. Namun melihat kepada perkembangan terbaharu di dalam PAS, terutama desakan demi desakan daripada pelbagai sayap parti itu agar PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR yang disifatkan PAS sebagai tidak menghormati PAS, sebaliknya hanya berminat untuk mempergunakan PAS, akhirnya PKR terpaksa 'mengeluarkan' Tian Chua, sebaliknya menghantar Naib Presiden yang dilantik, yang kurang dikenali oleh orang ramai termasuklah ahli-ahli PKR sendiri, Shaharuddin Badaruddin ke muktamar itu hari ini. 

Shaharuddin Badaruddin dihantar bagi mengurangkan bahang ketegangan antara PKR dan PAS. Berwajah Melayu yang sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai beragama Islam, sudah tentu Shaharuddin Badaruddin diharapkan menjadi pemangkin untuk menutup mulut-mulut dan desakan-desakan para pemimpin PAS agar hubungan antara kedua-dua parti diputuskan. 

Kehadiran Shaharuddin Badaruddin disambut hangat apabila dia muncul hari ini di Muktamar. Ketika membuat ucapan perasmian, Pengerusi Tetap PAS Hussin Ismail mengumumkan kedatangan Shaharuddin dan berkata, kehadirannya dialu-alukan. 

Bagaimanapun, tidak seperti sebelum-sebelum ini, para perwakilan PAS tidak mempedulikan Shaharuddin Badaruddin yang merupakan 'utusan' PKR, sebaliknya mereka lebih memberikan perhatian untuk mendengar ucapan.

Dewan Ulama PAS dan Pemuda PAS sebelum ini telah sebulat suara menerima dan menyokong usul memutuskan hubungan dengan PKR sepanjang tempoh dua hari lepas. 

Usul tersebut dijangka sekali lagi akan menjadi topik utama ucapan dalam muktamar kali ini sebelum dimajukan kepada Majlis Syura yang akan membuat keputusan akhir. 

Semalam, Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pengarah Strategik bagi Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution mendesak para pemimpin PAS agar meletakkan jawatan serta-merta dari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekiranya PAS tetap dengan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi membalas balik dengan menyatakan, wakil-wakil dari PAS tidak perlu meletakkan jawatan kerana 'mereka tidak dilantik oleh PKR'.


KONVENSYEN MEGA PKR Malam Esok Tidak Jemput Pemimpin DAP Demi Pujuk PAS

Friday 28 April 2017 | 0 comments



Di sebalik cakap-cakap angkuh sebilangan pemimpin PKR, ternyata kebimbangan seandainya Majlis Syura PAS membuat keputusan untuk memutuskan Tahaluf Siyasi antara PKR dengan PAS menjadi kenyataan, benar-benar menggoncangkan parti yang dipimpin oleh isteri Anwar Ibrahim itu.

PKR telah berusaha dengan segala cara termasuklah mengeluarkan modal yang sangat besar bagi memastikan usul pemutusan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR tidak menjadi kenyataan. Azmin Ali secara peribadi lebih sanggup bermasam muka dengan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution demi mempertahankan kelangsungan Kerajaan Pakatan Selangor yang diterajuinya, di mana PAS adalah sebahagian daripada komponennya.

Dan terbaharu, diberitakan, malam esok PKR akan mengadakan konvensyen mega yang akan menghimpunkan para penyokong dan pemimpin-pemimpin besar parti itu di Permatang Pauh.

Menariknya, dalam setiap kongres atau persidangan mahupun perhimpunan melibatkan PKR, para pemimpin dari DAP tidak pernah ditinggalkan.


Namun malam esok, diberitakan PKR tidak menjemput walau seorang pun pemimpin-pemimpin dari DAP.

Sesuatu yang dilihat sangat janggal memandangkan ia akan diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng berlagak seperti maharaja yang menguasai dan menjajah setiap inci tanah negeri itu.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat perlu bagi memujuk PAS selain menunjukkan PKR lebih sanggup kehilangan DAP berbanding kehilangan PAS walaupun hakikatnya, lakonan murahan seperti itu akan ditertawakan oleh kebanyakan pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Umum mengetahui walaupun PKR bercakap besar tentang tidak perlunya PAS bersama-sama mereka, tetapi mereka sangat takut sekiranya PAS benar-benar memutuskan semua bentuk kerjasama dengan PKR. Malah lbih takut lagi seandainya tepat sebagaimana yang mereka sangkakan, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan!


MAHATHIR dan Konco-Konconya, Kalah Dalam Saman Ke Atas Najib Abdul Razak

Dr. Mahathir dan dua orang penyokong tegarnya, Khairuddin Abu Hassan dan Ainina Saaduddin, hari ini gagal dalam saman yang dibuat ke atas Najib Abdul Razak apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut. (RUJUK SINI)

Permohonan mengenepikan saman tersebut telah dibuat oleh peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun. Mahathir, Khairuddin dan Ainina menyaman Najib atas alasan melakukan salahguna kuasanya sebagai penjawat awam. 

Hakim menerima hujah peguam Najib bahawa Najib bukanlah penjawat awam dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Undang-undang di Malaysia sangat jelas iaitu Najib bukanlah penjawat awam di bawah definisi Akta Interpetasi dan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya Najib adalah ahli pentadbiran. 

Hafarizam berkata plaintif keliru dan gagal membezakan konsep 'penjawat awam' dengan 'ahli pentadbiran'. 

Pasukan pembela diketuai oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham berkata, Najib adalah ahli pentadbiran dan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan ahli pentadbiran sebagai penjawat awam. 

Menurut Mohd Hafarizam, Artikel 132 (3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan perkhidmatan awam tidak seharusnya dilibatkan dengan mana-mana ahli pentadbiran di dalam Persekutuan atau negeri. 

Katanya lagi, plantif turut gagal untuk membuktikan tindakan Najib yang dikatakan menyalahguna kuasa, selain menambah saman tersebut sangat tidak masuk akal dan menjarah proses mahkamah. 

Ketua peguam yang mewakili Mahathir, Khairuddin dan Ainina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula memohon mahkamah untuk mendengar bukti dan keterangan daripada para saksi di dalam perbicaraan dan tidak mengenepikan saman tersebut tanpa membuat pendengaran merit.

Haniff berkata, anak-anak guamnya mempunyai kes yang boleh dibicarakan melibatkan beberapa isu yang boleh dikenalpasti oleh mahkamah sambil menambah, ianya sudah cukup untuk membuktikan kerugian yang dialami oleh rakyat kesan daripada tindakan Najib yang lebih mementingkan kepentingan peribadinya. 

Dalam saman yang difailkan Mac tahun lalu, Dr. Mahathir dan kedua-dua orang penyokong tegarnya itu meminta Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Perdana Menteri membayar RM2.6 bilion sebagai gantirugi teladan kepada Kerajaan. 

Mahathir, Khairuddin dan Anina Saadudin juga menuntuk Najib untuk membayar RM42 juta sebagai pampasan kepada Kerajaan. 

Dalam tuntutan tersebut, plaintif mendakwa Najib telah bertindak untuk berkompromi dengan pelbagai institusi yang terbabit dalam isu-isu yang sedang disiasat membabitkan 1MDB, bagi  memastikan semua hasil siasatan ke atas kesemua tuduan tersebut, tidak akan didedahkan kepada umum. 

Antara lain, mereka juga menuntut untuk mengisytiharkan Najib sebagai penyalahguna kuasa dan telah melanggar kuasanya selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

TONY PUA Jadi Orang Terbaharu Yang Dilarang Memasuki dan Dihalau Dari Sabah



Akhirnya Tony Pua menjadi orang terbaharu yang tidak dibenarkan memasuki Sabah. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu ditahan oleh pegawai-pegawai Imigresen sebaik-baik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang 12:45 tengah hari tadi dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 2:00 petang.

Tony Pua yang dijadualkan merasmikan beberapa projek air Impian Sabah di beberapa daerah pedalaman dan menghadiri forum berkata, dia tidak diberikan sebarang alasan bagi larangan tersebut. 

"Saya kecewa dengan Kerajaan Negeri Sabah kerana menyalahgunakan kuasa imigresen mereka hanya kerana kepentingan politik," katanya. 

Tony Pua bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas larangan tersebut. 

Dia merupakan pemimpin dan Ahli Parlimen DAP kedua yang dilarang memasuki Sabah selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. 

Antara pemimpin-pemimpin yang turut dilarang memasuki Sabah termasuklah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menang PRU-13 lalu dengan menggunakan fitnah, Nurul Izzah Anwar dan peguam serta pemimpin BERSIH, Ambiga Sreenevasan. 

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi berhubung Imigresen dan boleh melarang atau tidak membenarkan mana-mana individu di bawah kuasa-kuasa khas untuk melarang mereka daripada memasuki kedua-dua negeri tersebut berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. 

Senarai orang dari Semenanjung yang disenaraihitam daripada memasuki Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa adalah rahsia negara, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RAFIZI RAMLI Cakap Besar Tentang Kemenangannya Dan Cabaran PEMUDA PAS PANDAN



*Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan*

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari Perdana Menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Dato' Seri Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai Akuan Berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Dato' Seri Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti. Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.


*Rafizi Ramli*
_Ahli Parlimen Pandan_
_Naib Presiden KEADILAN_

*28 April 2017*

MUKTAMAR PAS: Para Penyokong PH Mula.Serang dan Caci PAS



Para penyokong DAP dan PKR seperti kerasukan hantu.

Serangan bertali arus dihalakan kepada PAS ekoran beberapa kenyataan yang sudah cukup untuk menggambarkan PKR bakal kehilangan penguasaan ke atas Selangor manakala DAP yang banyak bertanding di kerusi bandaran pula akan kehilangan beberapa kerusi kepada MCA atau GERAKAN ekoran 'campurtangan' PAS.

Ahli-ahli dan para pemimpin PAS digelarkan 'walaun' oleh para penyokong PAN. Caci maki dan sumpah seranah mula dihamburkan tanpa batasan terutama terhadap Abdul Hadi Awang.

Dewan Ulama PAS semalam telah menerima usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun keputusan sama ada tahaluf siyasi dengan PKR benar-benar akan diputuskan, bakal dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Muktamar PAS pada tahun ini benar-benar telah memanaskan hati PKR dan para penyokong. Azmin Ali yang masih berusaha untuk memastikan PAS tetap bersama-sama menyokongnya juga nampaknya terpaksa 'lari' ke Taiwan dengan alasan mencari pelaburan.

GST 0%... Janji Lim Guan Eng Yang Langsung Tidak Munasabah Seperti Janji DAP Sebelum Naikkan Surcaj Air 4 Kali Dalam Masa 6 Tahun Di Pulau Pinang

Thursday 27 April 2017 | 1 comments



DAP mengatakan GST akan membebankan perniagaan, selain menyebabkan penambahan kepada kos sekalipun majoriti di seluruh dunia menggunakan GST, bahkan mampu mengaplikasikannya.

Tony Pua juga berkata sektor perniagaan mendapati sistem GST sebagai mengelirukan, remeh dan menelan kos untuk perlaksanaan, bahkan banyak perniagaan kecil akan tutup kerana mereka tidak cukup pintar untuk melaksanakan GST ke dalam akaun dan borang cukai mereka.

Bagaimanapun, semalam, Lim Guan Eng pula berkata, Pakatan tidak akan menghapuskan GST tetapi akan mengurangkannya kadarnya menjadi 'SIFAR'.

Lim Guan Eng juga berkata, tidak mengapa sekiranya GST menjadi bebanan kepada kerajaan sekalipun pada masa yang sama kerajaan tidak akan mengutip sebarang cukai dan tidak memberi faedah kepada perniagaan. Sekaligus menunjukkan Lim Guan Eng sebenarnya sedang kemaruk untuk mendapatkan publisiti dan populariti luar biasa memandangkan dia sendiri sebagai Ketua Menteri telah mengenakan banyak cukai tambahan termasuklah meningkatkan surcaj air sebanyak 4 kali semata-mata untuk memenuhkan kantung wang negeri yang telah dikeringkannya.

Melihat kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sekarang, sudah cukup untuk menunjukkan, Pakatan sebenarnya tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang mereka katakan, sebaliknya sekadar untuk meraih sokongan secara membabi buta asalkan menang. Dan apabila sudah menang, segala janji seperti tidak menaikkan kadar tarif air ataupun premium tanah.  

Bahkan dipercayai, seandainya menang, Pakatan akan menaikkan lagi kadar GST dengan alasan, untuk mengelakkan pembaziran atau mengurangkan sifat boros berbelanja oleh pengguna, sepertimana alasan yang diberikannya ketika menaikkan surcaj air di Pulau Pinang sebanyak empat kali dalam tempoh 6 tahun.

Sebenarnya, satu pembohongan besar telah dibuat oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua memandangkan Kerajaan dan sektor perniagaan tidak akan menanggu beban perbelanjaan pentadbiran penggunaan GST.

Malaysia sebaliknya akan melakar sejarah kerana menjadi negara pertama dan satu-satunya negara dalam dunia ini yang mempunyai GST pada kadar sifar, sekaligus akan dijadikan bahan lawak dan jenaka di seluruh dunia kerana kebodohan pemimpinnya yang gilakan publisiti murahan. Bahkan kadar sifar GST yang dicadangkan oleh Tony Pua dan Lim Guan Eng itu, akan membebankan kerajaan dan sektor perniagaan kerana perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sedangkan pulangannya tidak ada.

Seringkali, Pakatan memberikan gambaran kepada rakyat yang GST adalah satu bentuk cukai tambahan dan cukai baru yang membebankan rakyat sedangkan hakikatnya, dengan memperkenalkan GST, kerajaan telah memansuhkan dua cukai yang lain, manakala dua jenis cukai yang lain pula dikurangkan dan BRIM ditingkatkan bagi membantu aliran tunai di dalam negara.

Cukai yang dimansuhkan adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Manakala Cukai Pendapatan Korporat pula dikurangkan dari 26% menjadi 24% pada tahun 2008. Begitu juga dengan Cukai Pendapatan Perseorangan turut dikurangkan dari 28% menjadi 24% pada tahun 2008. Selain daripada pengurangan tersebut, kerajaan turut membolehkan mereka yang berpendapatan kurang RM4000 sebulan tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bermakna cukai pendapatan untuk golongan pertengahan telah dikurangkan.

Pemberian BRIM turut ditingkatkan dari RM650 pada tahun 2014 menjadi RM1,200 pada tahun ini. Selain daripada pengecualian cukai yang efektif bagi mereka yang berpendapatan kurang RM4000, ini juga bermaksud golongan pendapatan B40 tidak lagi dicukaikan oleh kerajaan selepas implementasi GST.

Pakatan tahu, kerajaan hilang RM40 bilion daripada pendapatan Petronas pada tahun 2016 kesan daripada kejatuhan harga minyak global dan turut kehilangan lebih RM20 bilion setiap tahun selepas penghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan. Kerajaan juga peru menanggung kehilangan berpuluh bilion setiap tahun kesan daripada pengurangan cukai korporat, pengurangan cukai pendapatan persendirian dan peningkatan bayaran BRIM.

Dengan ketiadaan semua sumber kewangan tersebut selain kejatuhan dalam perolehan hasil minyak, menghapuskan GST atau mengurangkan kadar GST menjadi sifar adalah sangat tidak realisitik dan akan mengancam penerusan pembangunan Malaysia sendiri.

Pakatan bukan tidak tahu. Mereka tahu. Kerana itulah mereka hanya mengatakan, mereka akan mengurangkan kadar GST menjadi sifar bukannya menghapuskan terus semata-mata sebagai umpan. Apabila mereka sudah menang, lain pula ceritanya sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Azmin Ali di Selangor.


MUHAMMAD WANNDY KETUA IS MALAYSIA, Bangunkan Lebih 100 Kumpulan WhatsApp Untuk Cetuskan Kekacauan Di Malaysia



Nama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi sebelum ini langsung tidak dikenali. Tetapi apabila tersiarnya gambarnya sedang memegang sebiji kepala seorang lelaki yang telah dipenggal sambil tersenyum sambil jari menunjuk langit, namanya mula disebut-sebut.

Gambar yang dimuatnaik ke Facebook pada 14 April, telah diblok oleh Facebook kerana kandungannya yang kejam. Bagaimanapun Muhammad Wanndy menggelarkannya sebagai 'gambar paling cantik yang pernah saya ada."

Lelaki yang dipenggal kepala itu dirujuk oleh Muhammad Wanndy di dalam status Facebooknya sebagai 'anjing' dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ramai pengkomen yang memuji Wanndy, tetapi salah seorang daripada mereka bertanya, apa yang mangsanya dengan Wanndy. 

Muhammad Wanndy yang berambut panjang menjawab, itu adalah pengajaran bagi sesiapa sahaja yang menentang Islam. 

"Sekiranya anda mengatakan kami kejam, anda salah. Mereka dibunuh kerana mereka menyerang Daulah Islamiah."


Menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh di Facebook, Muhammad Wanndy merupakan antara rakyat Malaysia berprofil tinggi yang berjuang bagi pihak Islamic State (IS) di Syria. 

Facebooknya terbuka kepada awam tetapi kemudian telah dinyahaktifkan. Status-status yang dimuatnaiknya, menunjukkan 'kecenderungannya kepada keganasan'. 

Pada 25 Mac, dia berkata, dia sangat gembira kerana berlakunya pertempuran di Raqqa. Kebanyakan status Facebooknya menyentuh tentang agama dan jihad.

"Rahmat Allah kepada mereka yang syahid kerana mempertahankan agama dan mereka akan sentiasa di sisi Tuhan dan hidup di dalam perut burung hijau yang sangkarnya diperbuat daripada emas," kata Muhammad Wanndy di dalam salah satu statusnya.

Wanndy turut memuji dua orang pengebom berani mati di Movida iaitu Imam Wahyudin Karjono, 21 dan Jonius Indie @ Jahali, 24, dengan mengatakan 'kerja suci' mereka akan diberikan ganjaran yang tidak terkira oleh Allah Taala. 

Dalam salah satu status yang dimuatnaik pada 7 April, Wanndy juga berkata, hudud akan dipraktikkan di dalam Daulah Islamiyyah dan setiap kes pencurian akan disiasat dengan teliti oleh mahkamah Islam.

"Hukuman hanya akan dibuat selepas wujudnya bukti dan pengakuan. Terdapat juga kes pencurian melibatkan lebih dari dua dinar tetapi pencuri tidak dihukum kerana orang tersebut mencuri untuk membiayai kos perubatan anaknya. Ini jelas menunjukkan tidak semua kes mencuri akan menyebabkan tangan dipotong, sebagaimana yang digambarkan oleh media massa," katanya lagi.

Muhammad Wanndy juga turut menunjukkan kecekapannya memasang mesingan di dalam sebuah video dan bercakap besar kononnya dia boleh melakukannya dalam tempoh kurang dari seminit. Di dalam video tersebut, seorang anak kecil berada di sebelahnya.


Dalam salah satu status yang lain, anaknya memegang sepucuk raifel dengan status yang ditulis oleh Wanndy, "Arra mahu pergi berperang... ahaha... dia mahu menjadi seorang mujahidin."

Bagaimanapun, Mohammad Wanndy Mohamed Jedi sekarang sedang terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai operatif utama IS Malaysia apabila rangkaian pengganas tersebut mula hilang keyakinan kepadanya.

Dia gagal untuk melaksanakan serangan di Malaysia sebagaimana yang dirancangkan. Kegagalan tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan para pemimpin IS di Syria dan Iraq.

Antara serangan IS Malaysia yang berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah, cubaan mengebom kelab malam Movida di Puchong bulan Mei tahun lepas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan itu merupakan serangan IS pertama di Malaysia yang mana menurut pihak polis, dijalankan oleh rakyat Malaysia yang menerima arahan langsung daripada Muhammad Wanndy dari Syria.

Dalam serangan tersebut, lapan orang telah tercedera.

Pada bulan lepas, Khalid berkata, Muhammad Wanndy masih lagi cuba mengembangkan pengaruh IS di Malaysia.

Menurut sumber, Muhammad Wanndy hanya mempunyai 'masa terhad' untuk cuba meyakinkan ketua-ketuanya di Syria tentang keupayaannya mengendalikan dan mengetuai serangan keganasan di negara ini.

Dia telah diberi tempoh sehingga akhir hujung tahun, atau bakal kehilangan kedudukannya sebagai Ketua IS Malaysia. Sumber itu juga berkata, untuk membuktikan keupayaannya, Muhammad Wanndy akan melipatgandakan usahanya untuk melakukan serangan pengeboman membabitkan beberapa lokasi yang telah dipilih di Malaysia.


Muhammad Wanndy yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan isterinya yang berusia 26 tahun, meninggalkan Malaysia menuju ke Syria pada Januari 2016. Mereka berpangkalan di Raqqa, ibu negeri 'de facto' IS.

Untuk memenuhi KPInya sebagai Ketua IS Malaysia, Muhammad Wanndy dikatakan telah berusaha mendapatkan bantuan penggodam-penggodam Internet dan talian komunikasi daripada pemimpin-pemimpin IS Syria untuk menceroboh rangkaian sosial media Malaysia.

Wanndy telah berjaya dengan para pemimpin IS yang dia mampu menimbulkan kekacauan di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan. Wanndy juga merancang untuk mengembangkan pengaruhnya dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai Ketua IS Malaysia menerusi media sosial.

Sasarannya adalah individu yang cenderung untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis atau kritikan atau memaki hamun pemimpin di dalam status-status Facebook.

Dia akan cuba menjadikan mereka sebagai kawannya di atas talian dan kemudian apabila mendapat respons, dia mula akan mendoktrin individu tersebut dengan propaganda IS.

Bukit Aman dilaporkan sedang memantau perkembangan terbaharu melibatkan Wanndy.

Polis Malaysia tahu, Muhammad Wanndy telah membangunkan lebih 100 kumpulan WhatsApp yang ahli-ahlinya termasuklah para pelajar dari seluruh negara ini.

Kumpulan-kumpulan WhatsApp tersebut dikendalikan oleh penggodam-penggodam Syria. Wanndy turut cuba mengumpan lebih ramai rakyat Malaysia menyertainya dengan janji gaji bulanan.

Terdapat lebih kurang 80% yang berjaya dipengaruhi oleh Wanndy terdiri daripada golongan penagih dadah dan bermasalah dngan undang-undang. Muhammad Wanndy menurut sumber juga, sedang terlibat dalam satu pertempuran iaitu menghalang lebih 57 militan rakyat Malaysia daripada meninggalkan Syria.

Kesemua mereka telah hilang keyakinan dan menolak tawaran wang tunai daripada Wanndy untuk terus kekal di Syria.


Kerana WHATSAPP, Admin Mungkin Boleh Dipenjarakan



Admin-admin grup WhatsApp mula dilanda kerisauan ekoran kebarangkalian mereka dihukum kerana ahli-ahli grup menyebarkan berita-berita palsu atau menghasut di dalam grup oleh pihak berkuasa. 

Ini ekoran laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mereka mungkin akan berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana gagal menyekat atau menghentikan penyebaran maklumat-maklumat palsu.

Sudah ramai yang melahirkan kebimbangan untuk bertanggungjawab bagi kenyataan atau fitnah yang dibuat oleh orang lain. Ini adalah kerana kebanyakan orang, tidak peduli pun sama ada apa yang mereka katakan itu adalah benar atau bertentangan dengan undang-undang. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari berkata, tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin (pentadbir) terbabit. 

Di bawah akta-akta tersebut, pelbagai kesalahan boleh dikenakan termasuklah seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan menfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebarkan secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya. 


Terdapat desakan agar cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir dilaksanakan segera termasuklah daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Menurut Timbalan Presidennya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, tetapi juga boleh menggugat keamanan negara. 

"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana penetadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kupulan yang terbabit menyebarkan berita palsu. Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah ahli kumpulan, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadamkan terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya.

Bagaimanapun, terdapat banyak pendekatan lain yang boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaaan. 

Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu - denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali. 

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu sehingga 7 tahun. 


Pelajar Tahfiz Yang Didera Sampai Dipotong Kaki, Akhirnya Meninggal Dunia

Wednesday 26 April 2017 | 0 comments



Pelajar lelaki berusia 11 tahun yang kedua-dua belah kakinya telah dipotong ekoran kecederaan teruk akibat penderaan oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kota Tinggi, telah meninggal dunia. 

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan berita kematian anaknya pada jam 2:05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail. Allahyarham Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi menghembuskan nafas terakhir ketika seluruh ahli keluarga membacakan Yassin di katilnya. 

Pagi tadi, Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi sepatutnya dijadualkan menjalani pembedahan pada tangan kanannya.

Bagaimanapun, prosedur tersebut terpaksa dibatalkan ekoran keadaan jantung dan kadar degupannya tidak stabil.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata keputusan untuk memotong tangan kanan anak saudaranya dibuat selepas keadaan tangannya bertambah teruk. 


Dilaporkan yang tangan dan jari kanan Mohamad Thaqif bertukar menjadi kehitaman kesan kerosakan tisu dan sel-sel darah, walaupun menunjukkan ada perkembangan positif pada hari Ahad. 

Sebelum ini, Mohamad Thaqif telah dipotong kakinya akibat jangkitan selepas didakwa diderah oleh pembantu warden sekolah. 

Suspek yang berusia 29 tahun, merupakan bekas banduan dan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, dilaporkan telah menyebat Mohamad Thaqif dan beberapa orang pelajar lain dengan salur getah untuk menghukum mereka.

Sekolah-Sekolah Yang Terbabit Geng 24, Dalam Pemantauan Pihak Polis



Polis telah mengenalpasti sekolah-sekolah tertentu di negara ini yang mana pelajar-pelajarnya terbabit dengan Geng 24. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, polis turut memantau aktiviti-aktiviti di sekolah-sekolah terbabit terutama individu-individu yang disyaki terbabit aktif dalam gangsterisme.

"Kami amat mengalu-alukan pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk tampil memberikan sebarang maklumat berhubung gangsterisme. Tidak semestinya kami akan menangkap mereka, tetapi kami mempunyai cara untuk membantu mereka. Sekiranya pihak sekolah, ibu bapa dan guru melindungi mereka dan enggan memberikan maklumat itu, ia akan menjejaskan generasi akan datang," katanya ketika menyaksikan penyerahan tugas kepada Ketua Polis Pahang yang baru, Datuk Rosli Abdul Rahman. 

Geng 24 terkenal kerana sering melindungi dan memberi pinjaman wang haram.

Semalam, reman ke atas 18 orang dengan 13 orang daripada mereka adalah pelajar, telah dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini selepas mereka didakwa terbabit dengan Geng 24. 

Mereka ditahan selepas dua klip video yang menunjukkan kekacauan yang ditimbulkan oleh sekumpulan orang di hadapan sebuah sekolah di Kelang menjadi tular. 

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid pula berkata, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi atau mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa, jikalau terdapat pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat kegiatan jenayah termasuk gengsterisme. 

Mahdzir juga menegaskan, pihaknya akan menyerahkan kepada polis untuk menangkap pelajar-pelajar berkenaan atau mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mereka. 

"Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah. Ambil tindakan sebab mereka bukannya berminat dengan sekolah lagi. Kita (Kementerian) tidak akan berunding lagi (dengan polis atau ibu bapa) kalau pelajar berkenaan telah disahkan oleh polis ada elemen jenayah," katanya ketika merasmikan Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan 2.0 Parlimen Kuala Kangsar.

Mahdzir ketika ditanya tentang penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap berkata, ia boleh dilihat berdasarkan enrolmen kehadiran pelajar di sekolah. 

"Unsur ini (penglibatan dalam jenayah) boleh dilihat bermula dengan tidak hadir di sekolah. Ada sekolah di bandar dan luar bandar yang enrolmen jatuh sehingga 85 peratus," katanya.


ADAM ROSLY Dulu Adalah Ahli PAS, Kata RAFIZI RAMLI

Tuesday 25 April 2017 | 1 comments



Semakin jelas siapa sebenarnya yang mahu diserang oleh Rafizi Ramli apabila dia cuba mengaitkan Adam Rosly dengan PAS.

Malah tidak bersalahan juga sekiranya, Rafizi turut mencipta satu lagi musuh baru walaupun sebelum ini, musuh tersebut adalah rakan kongsinya dalam berbuat fitnah dan tohmahan iaitu Zuraidah Kamaruddin.

Rafizi barangkali fikir, pendedahannya tentang Adam Rosly sebagai bekas ahli PAS adalah sesuatu yang besar dan satu sensasi yang akan membuatkan PAS Pusat kecut perut sekaligus akan tunduk kepadanya dan DAP.

Bukan rahsia lagi yang Adam Rosly suatu ketika dahulu pernah berada dalam Jabatan Unit Amal PAS dan pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan sepertimana yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang sekarang ini menjadi sasaran PKR untuk memastikan PAS Selangor tidak memutuskan tahaluf siyasi antara PAS Selangor dengan PKR iaitu Iskandar Samad. (RUJUK SINI)

Selepas gagal total dalam cubaan GERTAKANNYA dengan cubaan menelanjangkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan kaitan kepada wang 1MDB dan kemudian menfitnah kononnya wang yang diberikan kepada Nasharuddin Mat Isa itu diagih-agihkan pula kepada para pemimpin PAS agar bersikap lunak terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak, Rafizi kini menggunakan Adam Rosly sebagai senjata terbaharunya.

Ketika mengumumkan keputusan kajiselidik syarikatnya, INVOKE, Rafizi mengatakan PAS akan kalah teruk pada PRU-14 nanti. Rafizi sebaliknya berkata, jikalau berlaku pertandingan tiga penjuru, PAN akan mendapat undi yang lebih banyak berbanding PAS.

Rafizi Ramli tahu dan amat sedar, kedudukan Azmin Ali dan PKR Selangor sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Berbanding DAP dan UMNO, PKR sebenarnya hampir tiada peluang besar untuk mengekalkan apa yang mereka miliki sekarang. Dalam dua PRU yang dimenangi oleh PKR di Selangor, bantuan daripada PAS adalah penyebab kepada kemenangan yang mereka perolehi.

Disebabkan itulah, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR, berusaha memperbaiki semula kerosakan hubungan dengan PAS. Iskandar Samad menjadi kuda taruhan Azmin Ali untuk merealisasikan impian berkenaan. Modal besar terpaksa dikeluarkan bagi membolehkan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor, tidak menjadi kenyataan.

Tetapi Rafizi Ramli mempunyai ego yang lebih besar. Rafizi melihat Azmin Ali yang merupakan 'anak lelaki keempat' Dr. Mahathir perlu digulingkan sepertimana dia berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim. Usaha Azmin Ali untuk mengambil hati PAS, diganggu dan dirosakkannya dengan semua cara.

Dengan kata lain, PAS dan ADAM ROSLY sekadar menjadi PUNCHING BAG untuk Rafizi Ramli menyerang dan menggulingkan Azmin Ali.


Justeru seruannya agar Adam Rosly 'dibersarakan' oleh parti selain mengisytiharkan hartanya, sebenarnya merupakan serangan peribadinya ke atas Azmin Ali. PAS hanyalah alat yang digunakan oleh Rafizi Ramli yang tidak berani berterus-terang untuk berhadapan dengan Azmin Ali sendiri.

Tidak mustahil, sekiranya helah ini gagal, Rafizi Ramli akan mengaitkan UMNO pula dengan Azmin Ali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak mustahil dan jangan terkejut sekiranya selepas isu Adam Rosly dan PAS tidak memberikan kesan sebagaimana yang diharapkan, Rafizi Ramli akan mencari-cari isu yang boleh mengaitkan Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Azmin Ali pula!


'RAJA BOMOH' Mengaku Temberang dan Berlakon Semata-Mata!



'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi. 

Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370. 

Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. 

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad. Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

SUMBER


LIM GUAN ENG Takut Dibicarakan, Usaha Giat Dijalankan Untuk Cabar Akta SPRM Di Mahkamah Persekutuan Pula



Dengan apa yang berlaku kepada Adam Rosly khususnya membabitkan isu rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan penggubahan wang haram, Ketua Menteri Pulau Pinang seperti diserang panik yang luar biasa. Dia menjadi terlalu takut untuk dibicarakan walaupun sebelum ini, dia begitu yakin, hakim dan mahkamah akan menyebelahinya.

Peguam yang mewakili Lim Guan Eng, RSN Rayer yang juga merupakan ADUN Sri Delima berkata, mereka merancang untuk mencabar Akta SPRM sehingga ke Mahkamah Persekutuan. (RUJUK DI SINI)

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan barisan peguamnya telah kalah dalam pusingan pertama di Mahkamah Tinggi tetapi Lim Guan Eng kemudiannya menfailkan rayuan dan kes tersebut dijadualkan untuk didengar pada 27 April di Mahkamah Rayuan. Menurut Rayer lagi, sekalipun mereka kalah di Mahkamah rayuan, mereka akan membuat rayuan lagi sekali di Mahkamah Persekutuan pula. 

Secara asasnya, Lim Guan Eng mendakwa Akta SPRM melanggar perlembagaan sekalipun ratusan kalau tidak pun ribuan orang telah dibicarakan dan didakwa di bawah akta yang sama sepanjang 8 tahun lepas. 

Ini juga menunjukkan bayaran gaji mahal yang diambil daripada wang rakyat untuk Lim Guan Eng sendiri sebagai Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Parlimen DAP lain, hanyalah satu pembaziran besar kerana Akta SPRM diluluskan di Parlimen. Mereka tidak memprotes atau menolak usul berkenaan sewaktu dibentangkan. Pada waktu itu, Lim Guan Eng dan seluruh angkatan DAP di dalam Parlimen tidak pula menyatakan Akta SPRM adalah suatu akta yang tidak berperlembagaan.

Hakikatnya, Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar membabitkan rasuah dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasanya selama mana yang boleh. 

Dengan kata lain, Lim Guan Eng terlalu takut seandainya semua rahsianya menyeleweng dan menyonglap wang rakyat Pulau Pinang selain tanah dan aset negeri, akan terbongkar di mahkamah.

Bukanlah satu jaminan, sekiranya mereka kalah ketika mencabar Akta SPRM pada peringkat Mahkamah Persekutuan, Lim Guan Eng tidak akan mencabar pula hakim-hakim yang mendengar kesnya. Selepas itu, mereka akan membuat rayuan lagi sekiranya kalah. Dan sekali lagi merayu. 

Kalau kalah juga, Lim Guan Eng dan pasukannya akan meminta agar penghakiman dikaji semula. 

Rafizi Ramli telah melakukan perkara yang sama dalam kes BAFIAnya. Dia telah didakwa pada tahun 2012 tetapi selepas beberapa kali taktik melengah-lengahkan oleh Rafizi, hari pertama pendengaran untuk perbicaraannya hanya dimulakan pada minggu lepas iaitu selepas 5 tahun tarikh sebutan pertamanya. 

Sekiranya Lim Guan Eng benar-benar tidak bersalah, dia sepatutnya membenarkan kedua-dua kes rasuahnya diteruskan dan membolehkan seluruh dunia mendengar testimoni para saksi dan bukti-bukti yang ditampilkan di mahkamah. 

Malangnya, Lim Guan Eng tahu, dari segi fakta dan bukti, dia sudah kalah. Dia tidak mempunyai keupayaan untuk membela diri dengan bukti-bukti yang meyakinkan walaupun dia mampu menggaji dan mengupah ramai peguam sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 

Kalau tidak, Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggunakan taktik melengah-lengahkan perbicaraan seperti yang dilakukannya sekarang. 

Tiada Maaf Bagimu, Kata Watson Nyambek Kepada Pengacara Yang Menghina Mendiang Bapa dan Nama Keluarganya

Monday 24 April 2017 | 1 comments



Lawak yang melampau, akhirnya diri sendiri yang terkena ulahnya...

Primeworks Studio yang menerbitkan program Sukan Tak Sentral dan menggaji Azizul Ammar Abu Hassan sebagai pengacara bakal berhadapan dengan saman daripada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.


Walaupun Primeworks Studio yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar dan kru program tersebut bersama-sama Azizul Ammar Abu Hassan dalam satu sidang media bersama Watson Nyambek, secara jelas, bekas pelari pecut negara itu tidak dapat menerima penghinaan yang dibuat oleh Azizul Ammar Abu Hassan yang juga merupakan seorang pelawak.

"Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di hadapan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf tersebut. Ini kerana bapa saya dipandang seperti seekor binatang. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua," kata Watson Nyambek.

Menurutnya lagi, hatinya belum terbuka untuk memberikan kemaafan.


"Mungkin suatu masa nanti, hati saya terbuka, dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang, saya belum hendak menerima maaf lagi," tegasnya.

Watson telah membuat laporan polis pada pagi tadi kerana perkara tersebut bukanlah main-main atau satu bahan jenaka.

Watson, 41, dan isterinya, Fellizia Michael Samdom sebelum itu hadir dalam rundingan damai dan maaf yang ditangani oleh Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang di Hotel Grand Palace di Miri.

Ahmad Izham sebelum itu mengumumkan, program berkenaan telah ditamatkan siarannya serta-merta, manakala pengacaranya, Azizul Ammar digantung daripada siaran serta-merta untuk tempoh yang tidak dinyatakan. Manakala penerbit program dan kru yang terlibat juga akan menerima tindakan, yang belum diputuskan.


Kejadian mengejek nama bapa orang lain, bukanlah kali pertama dilakukan oleh Azizul Ammar Abu Hassan. Sebelum ini, seorang peserta Mentor Millinea turut menjadi mangsanya ketika dia ke udara di konti HotFm.

Kebanyakan Netizen mendesak agar Primeworks Studio memecat Azizul Ammar selain mengalu-alukan tindakan Watson Nyambek menyaman syarikat tersebut dan Azizul Ammar sendiri.


Arahan RAFIZI RAMLI, Jarakkan Diri Daripada Adam Rosly



Kesian Adam Rosly...

Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga!

Semasa dia masih lagi Ketua AMK Ampang yang 'berjaya', dia diampu-ampu. Dia disanjung-sanjung. Gambar-gambar dia meluluskan peruntukan dengan meminjam kuasa entah daripada siapa, terpampang di IGnya. Sama jugalah dengan pemilikan harta dan asetnya. Semuanya dipaparkan untuk tatapan umum.

Ada yang kata, Adam Rosly, 28, berlagak dan mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya selepas 26 tahun hidup miskin. Ada pula yang kata, Adam Rosly hanya bersikap telus dan mahu membuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa yang mahu disorokkan daripada pengetahuan umum.

Apabila dia diheret ke mahkamah oleh SPRM, dia masih menunjukkan wajah tenang. Masih lagi menunjukkan sikap positif, dia tidak bersalah dan dia tidak pernah menyembunyikan sebarang rahsia bagaimana dia memperolehi kekayaan yang luar biasa dan sekelip mata.

Namun apabila pertuduhan dibuat ke atasnya di hadapan hakim, ramailah yang mula tarik diri. Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang sebelum ini dilabelkan oleh Adam Rosly sebagai 'ibu', awal-awal lagi telah mengatakan, Adam Rosly bukan orangnya. Bukan juga orang Azmin Ali walaupun dakwaan yang mengatakan, Adam Rosly adalah proksi kepada seorang lagi proksi Azmin yang juga merupakan Pegawai Khas MB Selangor itu, masih tidak dijawab sehingga ke hari ini.

Dua hari sudah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Adam Rosly akan dihadapkan kepada jawatankuasa tatatertib PKR untuk dikenakan tindakan.

Manakala Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan arahan agar PKR segera menjauhi Adam Rosly agar parti tidak terpalit dengan amalan rasuah dan pembohongan Adam Rosly.

Ternyata, selepas berhempas pulas mempengaruhi anak-anak muda Ampang agar mengundi Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali di Bukit Antarabangsa, Adam Rosly dipinggirkan hanya kerana kesnya melibatkan SPRM.

Sedangkan sebelum ini, Azmin Ali telah mengeluarkan nasihat, jangan jatuhkan hukuman terhadap Adam Rosly selagi dia belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Timing tak kena, kata orang memandangkan PRU-14 sudah tidak beberapa lama lagi. Jadi, PKR perlu memastikan elemen-elemen yang boleh memberikan imej buruk kepada parti seperti Adam Rosly, disingkirkan dengan segera. Imej kononnya PKR hanya memilih ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang bersih, perlu dibuat dengan seberapa segera, sekalipun tindakan terhadap Christina Liew yang merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang juga Ketua Pembangkang Sabah, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Wan Azizah, bahkan Nurul Izzah sendiri yang melakukan fitnah terhadap Raja Nong Chik yang kesnya diselesaikan di luar mahkamah dengan modal air mata dan permohonan maaf sahaja, amat berbeza sama sekali berbanding hukuman yang diberikan oleh PKR terhadap Adam Rosly.


RM500 Ribu Untuk Kempen Kekalkan Jawatan Naib Presiden PAS Iskandar Samad Supaya Usul Putus Hubungan Dengan PKR Tidak Dibangkitkan Dalam Muktamar PAS



Kemelut kepimpinan dan jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan Pakatan sebagai parti yang menjadi Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah sampai ke kemuncak.

Kedegilan PAS Pusat dan desakan daripada Dewan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas agar hubungan PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad dengan PKR, memberikan petanda perubahan besar yang akan berlaku di Selangor pada PRU-14 akan datang.

Di sebalik cakap besar dan sombong PKR kononnya mereka tidak lagi memerlukan PAS, rata-rata pemerhati politik menyifatkan cakap-cakap besar tersebut tidak ubah seperti menggali kubur sendiri.

Ini adalah kerana PKR tidak pernah dan tidak mampu berdiri sendiri. Dari mula PKR ditubuhkan pada tahun 1999, PAS adalah sandaran utama PKR untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. Modal PKR menggunakan populariti Anwar Ibrahim tidak akan ke mana-mana sekiranya PAS tidak membantu menjayakannya. Manakala DAP pula hanya muncul selepas PAS bersusah payah membantu PKR untuk menguasai beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuklah mengorbankan kerusi-kerusi yang mereka tandingi secara tradisi.

Celupar mulut Azmin Ali yang berasa tercabar apabila Nik Abduh mengatakan PAS akan merampas Selangor dan memerintah negeri itu, membuatkan hubungan PAS dengan PKR menjadi bertambah renggang. Walaupun Azmin Ali tersedar daripada keceluparannya itu, tindakan Rafizi Ramli yang terus membiakkan permusuhan antara PKR dengan PAS, membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Tanda-tanda PAS Selangor akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor dan PKR Pusat secara keseluruhannya semakin jelas.

Sumber-sumber dari dalam PAS yang enggan namanya disebut menyatakan, kempen untuk mengekalkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar akan datang, semakin giat dijalankan oleh PKR Selangor. Untuk itu, sejumlah RM500,000 telah disediakan bagi membiayai gerakan mengekalkan Iskandar Samad.


Sebabnya, PKR dan DAP melihat Iskandar Samad sebagai medium yang paling mudah untuk menentang USUL MEMUTUSKAN TAHALUF SIYASI antara PAS dan PKR. Jawatan dan wang dijadikan sebagai imbalan dan tukaran sekiranya jawatan Naib Presiden berjaya dipertahankan oleh Iskandar Samad. Peruntukan berkenaan akan ditambah pada saat-saat akhir pemilihan dalam muktamar PAS nanti.

Agen-agen yang digunakan untuk melaksanakan gerakan tersebut terdiri daripada bekas atau ahli-ahli dan pimpinan PAS yang pro kepada PKR-DAP. Turut digunakan adalah mereka di dalam PAS yang mempunyai kepentingan material dengan PKR dan DAP termasuklah yang menjawat jawatan Ahli-Ahli Majlis PBT selain kontraktor-kontraktor PAS yang mendapat kontrak daripada PBT-PBT.

Agen-agen tersebut sudah pun memulakan gerak kerja mereka terutama di seluruh Selangor untuk berkempen mengekalkan jawatan Naib Presiden Iskandar Samad. Alasan yang mereka berikan ialah, salah seorang saingan Iskandar iaitu Nasruddin Hassan Tantawi masih muda dan baru di dalam PAS. Lagipun Nasruddin mempunyai banyak lagi peluang pada masa hadapan.

Turut dijanjikan adalah jawatan-jawatan dalam Kerajaan Negeri kepada PAS Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PKR-DAP-PPBM-PAN) masih berkuasa.

Bagi memastikan perwakilan sasaran dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya memastikan Iskandar Samad mengekalkan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan muktamar nanti, tajaan berupa penginapan, makan minum dan wang saku akan diberikan.

Iskandar Samad mungkin tidak tahu akan hal ini. Atau barangkali juga sudah maklum tetapi kerana sebab-sebab tertentu, maka dia memilih untuk mendiamkan diri. Apatah lagi minggu lepas, dia turut mengeluarkan kenyataan yang PAS Selangor tidak akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR walaupun menerima asakan dan desakan daripada PAS sendiri.

AZALINA OTHMAN SAID Minta Dirogol? Kenyataan Palsu Yang Diviralkan Sebagai Pre-Empt Guan Eng Hentam Shabudin Yahya!

Sunday 23 April 2017 | 0 comments



Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha untuk menutup masalah yang sedang melanda parti dan kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan masalah rasuah dan penyelewengan kuasa di mahkamah.

Lim Guan Eng dan DAP juga sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada masyarakat Cina yang merupakan tonggak kepada kekuatan DAP sebelum ini apabila semakin ramai masyarakat Cina yang menzahirkan penentangan terhadap DAP dan Lim Guan Eng - sesuatu yang cuba dikekang oleh DAP dengan menggunakan kaedah ugutan dan kuku besi.

Untuk itu, angkatan propaganda DAP perlu mencari isu yang boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada DAP, sekaligus memperlihatkan dan membuktikan bagaimana runtuhnya nilai-nilai kehidupan sekiranya pentadbiran negeri kembali kepada Barisan Nasional.

Musuh utama DAP, sudah tentulah UMNO walaupun DAP bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC.

Lim Guan Eng secara peribadi menjadikan kenyataan YB Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari UMNO sebagai senjata terbaharunya. Sama ada dia tersalah faham, atau memang berniat hendak memutarbelitkan kenyataan sebenar YB Shabudin berkenaan perkahwinan, rogol dan remaja sepertimana yang terkandung dalam hansard Parlimen, yang pasti, Lim Guan Eng mahu isu tersebut menjadi panjang dan terbenam dalam benak para pengundi Cinanya.

Jentera propaganda DAP yang diketahui menjadikan fitnah sebagai senjata utama mereka, kini menghalakan serangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menjaga hal ehwal Parlimen, Azalina Said.

Pagi tadi, dikesan satu fitnah berlegar-legar di WhatsApp membabtkan Azalina Said. Kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Azalina Said itu adalah sesuatu yang amat menjijikkan. Azalina Said konon-kononnya meminta orang merogolnya!

Berikut adalah kenyataan daripada pegawai khas Azalina Said berkaitan isu berkenaan.


Salam Sejahtera..

Isu kenyataan YB DS Azalina Othman Said berkaitan makkuman balas Kpd Isu Rogol Yb MP Tasek Gelugor :

Saya menafikan bahawa YBM DS Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut bg maklum balas atau apa2 tindakan yg berkaitan merujuk undang2 Sivil & Syariah berkenaan Isu tersebut. 
Apa yg ditularkan adalah semata- mata direka n fitnah bg tujuan yg tdk pasti olh pihak2 yg tdk bertanggungjawap.
Jelas apa yg ditulis adalah fitnah utk mengaibkan individu.
Semoga kita semua dilindungi olh Allah SWT dr bahaya fitnah n Nista.

Mohd Hasri
Pegawai Khas
YBM DS Azalina

LAGI KES GANGSTER Geng 24 di Kelang, 6 Orang Ditahan Polis Dan Direman 4 Hari

Saturday 22 April 2017 | 0 comments



Polis menangani satu lagi insiden yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, dipercayai terlibat dengan gangsterisme yang membuat kacau di luar pekarangan sebuah sekolah.

Dalam video 45 saat yang disiarkan oleh polis, beberapa remaja India dilihat berkumpul di sekeliling dua biji kek yang berbentuk angka 2 dan 3 yang dihiasi dengan lambang swastika dan perkataan 'La Salle 24'.

Remaja-remaja India tersebut mengenakan baju T berkolar hijau yang tertera tulisan 'La Salle', dilihat menyuap kek itu ke mulut satu sama lain. Mercun juga telah dijalankan di atas jalan. 

Ketua CID Selangor, Senior Asst Comm Fadzil Ahmat berkata, insiden tersebut berlaku pada hari Jumaat di belakang SMK Simpang Lima, Kelang.

Menurutnya, polis peronda berhampiran Lebuh Tamarind di belakang sekolah terlihat kumpulan remaja tersebut sedang membakar mercun pada waktu tengah hari. 

"Kumpulan remaja tersebut cuba melarikan apabila mereka sedar, polis ada di situ," kata SAC Fadzil dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggota polis peronda berjaya menahan dua orang remaja dan motosikal yang mereka tunggangi menggunakan nombor pendaftaran palsu di tempat kejadian. 

SAC Fadzhil berkata, dalam satu operasi susulan, empat orang individu lain telah ditahan antara jam 7:30 malam dan 9:30 malam hari yang sama di sekitar Pandaraman dan Bukit Tinggi di Kelang.

Menurutnya, lima daripada yang diberkas berusia antara 15 dan 17 tahun, merupakan pelajar SMK La Salle Kelang dan SMK Tengku Ampuan Jemaah Kelang. Polis sedang menyiasat latar belakang individu keenam. 

Keenam-enam mereka direman selama 4 hari bermula hari ini. 

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas dua klip video yang memaparkan penunggang-penunggang motosikal berkumpul di luar sekolah menjadi tular pada hari Khamis. 

Dalam klip video pertama, kumpulan tersebut saling menjerit antara satu sama lain dan membingkitkan enjin motosikal di luar sekolah. Mereka turut mengangkat pemidang yang mana salah satunya tertera huruf '24', 'TD4' dan lambang swastika hitam. 

Salah seorang remaja menghayun mercun untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar yang lain. 

Klip video kedua bermula dengan gambaran dekat sebiji kek yang tertera perkataan, 'SMK Sri Andalas', '24' dan 'Apache' di atasnya.

SUMBER

Takut Hilang Jawatan, Azmin Ali Cuba Pujuk PAS Dengan Mengatakan PKR Takkan Putus Tahaluf Siyasi Dengan PAS



PKR sentiasa mengambil sikap terbuka untuk mempertahankan kerjasama dengan Pas yang dijangka memberi kata putus isu talaluf siyasi mereka pada Muktamar Pas ke-63 hujung bulan ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini, kerjasama parti itu dengan Pas juga disifatkan masih kuat dan utuh.

Jelasnya, kerjasama itu sewajarnya turut dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Sehingga hari ini tahaluf siyasi kerjasama politik Pas dan Keadilan masih kuat dan utuh, dan keadilan sentiasa mengambil sikap terbuka mempertahankan kerjasama ini. Ia sewajarnya dipertahankan dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku dalam Muktamar Pas kerana saya bukan perwakilan dalam muktamar tetapi saya yakin kepimpinan Pas yang sedia ada melihat kerangka besar dalam perjuangan ini.

"Ia kerana kita mahu melakukan satu perubahan demi kepentingan agama dan kepentingan rakyat, bukan soal individu atau kepartian," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada wakil komuniti di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Jelasnya, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.

Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan kerjasama Pas dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Bagaimanapun Azmin tetap dengan berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas malah yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

PEMUDA MIC Kecam Dr. Maza Berhubung Puisinya Hina Agama Hindu



MIC mengecam Mufti Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin kerana puisinya yang dilihat sebagai menghina masyarakat Hindu. 

Ketua Pemuda MIC, Sivarrajah Chandran berkata, cendekiawan Islam itu seharusnya memohon maaf kerana menghina amalan agama Hindu. 

"Amat memalukan bagaimana seorang profesor yang mengajar agama Islam di Universiti Sains Malaysia dengan mudah menulis sebuah puisi yang akan mencetuskan ketidakharmonian dan kebencian di kalangan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Asri yang lebih dikenali sebagai MAZA telah memuatnaikkan sebuah puisi yang ditulis dalam Bahasa Melayu di Facebooknya pada hari Jumaat. 

Tulisan tersebut dilihat sebagai respons kepada penentangan masyarakat India terhadap status PR yang diberikan kepada pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik.  

"Cendekiawan Islam selalunya menghormati agama-agama lain. Mereka tidak pernah memperkecil-kecilkan agama lain. Justeru, Pemuda MIC menuntut Dr. Maza agar membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik kembali kenyataannya yang tidak sensitif terhadap masyarakat Hindu," kata Sivarrajah. 


Sivarrajh turut mengecam Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi kerana mempertahankan Dr. Zakir yang baru-baru ini berkata, kerajaan gabungan UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia lebih baik. 

"Kenyataan Dr. Zakir yang meminta orang Islam mengundi hanya untuk calon-calon Islam, adalah bertentangan dengan semangat Barisan Nasional. Kami memberi amaran keras kepadanya supaya tidak campurtangan dalam politik Malaysia."

Presiden MIC, Dr. S. Subramaniam berkata pada Khamis, Malaysia tidak memerlukan Dr. Zakir memandangkan cendekiawan-cendekiawan Islam di negara ini lebih memahami budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama. 

Selasa lalu,  Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Dr. Zakir telah diberikan status PR oleh Kerajaan lima tahun lalu.


Dakwa Pinjam Dari ALONG LEO RM500,000 Untuk Beli Rumah Banglo, Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu

Friday 21 April 2017 | 0 comments



Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.


Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:
Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.
RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.


Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.





Keluar Parti, PPBM Dungun Akan Buat Laporan Polis

Sunday 30 April 2017 · 0 comments



Berita tentang 30 orang ahli PPBM Bahagian Dungun dan Terengganu khususnya keluar parti, kurang menjadi perhatian walaupun tular di Facebook. Dalam program 'Sirih Pulang Ke Gagang - UMNO Kini, Dulu dan Selamanya', ahli-ahli PPBM itu dikatakan tidak yakin PPBM mampu membela nasib orang Melayu. (RUJUK SINI)

Bagaimanapun, Ketua Penaja Bahagian Dungun, Mastura Othman yang juga bekas Ketua Pendaftar Negeri sebelum tertubuhnya Penaja Bahagian secara rasmi, menafikan berita tersebut.

Menurutnya kesemua mereka bukanlah ahli-ahli PPBM yang berdaftar sepertimana yang diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Din Adam. Sebaliknya, menurut Mastura, setiap ahli berdaftar akan diberikan sesalinan borang berwarna merah jambu untuk simpanan sebagai bukti pendaftaran. Namun dalam gambar yang diedarkan, mereka membakar borang keahlian baru yang belu ada tulisan.

Selain itu, tindakan membakar baju T yang mempunyai logo PPBM, dilihat sebagai tindakan yang tidak matang, penuh provokasi dan menghina PPBM dan kesemua ahli PPBM.

Menurut PPBM Dungun lagi, publisiti murahan tersebut sebenarnya bertujuan untuk menutup kelemahan dan perbuatan 'berbalah sesama sendiri' antara pemimpin UMNO Bahagian Dungun sehinggakan lawatan Perdana Menteri baru-baru ini, Najib Abdul Razak menasihati agar jangan ada 'cah keting' di kalangan pemimpin Bahagian. Keadaan ini, menurut PPBM menggambarkan wujudnya pertelingkahan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian Dungun. Dan untuk menutup atau menyembunyikan keadaan itu, Din Adam cuba berlagak hero dengan melakonkan drama '30 ahli PPBM Bahagian berkenaan keluar parti'.

Ketua Penerangan PPBM Terengganu, Amir Long pula berkata, Din Adam sepatutnya menggunakan pendekatan yang lebih bijak bagi menutup kelemahan di Bahagian itu, bukannya melobi sebagai calon ADUN Bukit Besi.

Sehubungan dengan itu, PPBM Terengganu akan membuat laporan polis berhubung program berkenaan.

Sebelum itu, seramai 146 ahli *Pertubuhan Pribumi Perkasa* di kawasan gugusan Felda Kertih, Dungun telah mengisytiharkan keluar daripada pertubuhan itu malam tadi, 28 Oktober 2016, setelah mendapati sebahagian nama mereka didaftarkan sebagai ahli *Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi)* tanpa kebenaran dan pengetahuan mereka.

Usaha terdesak itu diketuai oleh Ketua Pendaftar Pribumi Negeri Terengganu, Mastura Othman yang juga Pengerusi Perkasa Dungun.

Tindakan keluar ahli beramai-ramai itu dibuat kerana tidak mahu dikaitkan dengan parti anti Melayu Islam iaitu DAP. Parti Pribumi dan DAP hari ini adalah 'bersaudara'. Prinsip mereka menyertai Perkasa kerana mahu melawan kebiadapan DAP terhadap Melayu Islam. Apabila mengetahui terdapat ahli Perkasa di Dungun diperkudakan untuk menyertai parti Pribumi yang bersubahat dengan DAP, maka mereka ucap *Selamat Tinggal* kepada Perkasa dan Pribumi. (RUJUK SINI)

4 orang ADUN PKR Bakal Lompat Parti, Azmin Terpaksa Bubar DUN Selangor Untuk PRN

· 1 comments



Ketika Langkah Kajang ciptaan Rafizi Ramli terdedah, Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu sudah hampir mahu membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri berlangsung.

Bagaimanapun, PKR dengan sepenuh kuasa, disokong pula oleh DAP, terus memujuk agar Khalid Ibrahim membatalkan rancangannya mahu membubarkan DUN. Khalid Ibrahim dipujuk dengan mengatakan Langkah Kajang hanyalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan hukuman penjara selama 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

Ketika itu rayuan Anwar Ibrahim sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli adalah bertujuan memberi tekanan kepada KDYMM Sultan Selangor agar campurtangan dalam perundangan sekaligus bebas daripada hukuman penjara.

ADUN Kajang ketika itu, Lee Chin Cheh telah diarahkan meletak jawatan bagi membolehkan PRK Kajang diadakan dan Anwar Ibrahim menjadi calon. PKR amat yakin mereka boleh mengekalkan kemenangan dengan mudah di Kajang.

Apabila Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi calon DUN Kajang, Wan Azizah pula dilantik sebagai calon. LANGKAH KAJANG yang sepatutnya menaikkan Anwar, bertukar rancangan. Namun PAS pula menjadi penghalang. Wan Azizah bernasib baik kerana menang dalam PRK Kajang kerana tindakan sabotaj oleh sebahagian ahli-ahli UMNO terhadap calon BN.

Khalid kemudiannya digulingkan bahkan dipecat dari parti setelah Khalid mula bercakap tentang pampasan kepada SPLASH yang lebih rendah daripada kehendak Pakatan iaitu hanya 10% daripada jumlah yang diminta.

Nama Khalid Ibrahim terus dibusukkan oleh PKR. Azmin Ali kemudiannya dinaikkan sebagai Menteri Besar selepas PAS enggan bersetuju dengan Wan Azizah.

Kini hukum karma mula menimpa PKR yang licik bermain politik demi kelangsungan hidup politik Anwar Ibrahim dan keluarganya.

Berita tentang 4 orang ADUN PKR yang sedang berura-ura mahu lompat parti sudah semakin kuat diperkatakan selepas PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR sekaligus membuatkan PKR-DAP hilang penguasaan ke atas pentadbiran negeri Selangor.

Dan kesemua orang melihat Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya yang sangat terkenal, Faekah Husin sebagai pemula gerakan ini.

Yang ditunggu sekarang adalah tindakan daripada PAS Selangor pula.

UMNO-BN?

Tak perlu diharapkan sangat kerana kebanyakan pemimpin UMNO-BN masih lagi tidur!

KAD PENGENALAN PALSU di Semporna dan Surat Sokongan SHAPIE APDAL

· 0 comments



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pembantu pendaftaran dari cawangan Semporna di Jabatan Pendaftaran Negara kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa yang melibatkan pengeluaran kad pengenalan.

Kedua-dua suspek, seorang lelaki berusia 45 tahun, dan seorang wanita berusia 40 tahun itu ditahan di Semporna pada pukul 6 petang dan 8:20 masing-masing, hari ini.


Mereka dipercayai telah menerima RM2,000 setiap satu untuk proses mengeluarkan kad pengenalan untuk satu set kembar di Semporna.

Pengarah SPRM Sabah Datuk Sazali Salbi ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua tangkapan dan berkata mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

TAKUT MALU, PKR Hanya Hantar Naib Presiden PKR Yang Tidak Dikenali Ke Muktamar Agung PAS, Bukannya Tian Chua

Saturday 29 April 2017 · 0 comments



Sepatutnya yang datang ke Muktamar Agung PAS tahun ini di Alor Star mewakili PKR adalah Tian Chua. Tian Chua sendiri pun sudah menyatakan persetujuan awalnya untuk datang. Namun melihat kepada perkembangan terbaharu di dalam PAS, terutama desakan demi desakan daripada pelbagai sayap parti itu agar PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR yang disifatkan PAS sebagai tidak menghormati PAS, sebaliknya hanya berminat untuk mempergunakan PAS, akhirnya PKR terpaksa 'mengeluarkan' Tian Chua, sebaliknya menghantar Naib Presiden yang dilantik, yang kurang dikenali oleh orang ramai termasuklah ahli-ahli PKR sendiri, Shaharuddin Badaruddin ke muktamar itu hari ini. 

Shaharuddin Badaruddin dihantar bagi mengurangkan bahang ketegangan antara PKR dan PAS. Berwajah Melayu yang sudah tentu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sebagai beragama Islam, sudah tentu Shaharuddin Badaruddin diharapkan menjadi pemangkin untuk menutup mulut-mulut dan desakan-desakan para pemimpin PAS agar hubungan antara kedua-dua parti diputuskan. 

Kehadiran Shaharuddin Badaruddin disambut hangat apabila dia muncul hari ini di Muktamar. Ketika membuat ucapan perasmian, Pengerusi Tetap PAS Hussin Ismail mengumumkan kedatangan Shaharuddin dan berkata, kehadirannya dialu-alukan. 

Bagaimanapun, tidak seperti sebelum-sebelum ini, para perwakilan PAS tidak mempedulikan Shaharuddin Badaruddin yang merupakan 'utusan' PKR, sebaliknya mereka lebih memberikan perhatian untuk mendengar ucapan.

Dewan Ulama PAS dan Pemuda PAS sebelum ini telah sebulat suara menerima dan menyokong usul memutuskan hubungan dengan PKR sepanjang tempoh dua hari lepas. 

Usul tersebut dijangka sekali lagi akan menjadi topik utama ucapan dalam muktamar kali ini sebelum dimajukan kepada Majlis Syura yang akan membuat keputusan akhir. 

Semalam, Setiausaha Agung PKR yang juga merupakan Pengarah Strategik bagi Lim Guan Eng, Saifuddin Nasution mendesak para pemimpin PAS agar meletakkan jawatan serta-merta dari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sekiranya PAS tetap dengan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Bagaimanapun Ketua Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi membalas balik dengan menyatakan, wakil-wakil dari PAS tidak perlu meletakkan jawatan kerana 'mereka tidak dilantik oleh PKR'.


KONVENSYEN MEGA PKR Malam Esok Tidak Jemput Pemimpin DAP Demi Pujuk PAS

Friday 28 April 2017 · 0 comments



Di sebalik cakap-cakap angkuh sebilangan pemimpin PKR, ternyata kebimbangan seandainya Majlis Syura PAS membuat keputusan untuk memutuskan Tahaluf Siyasi antara PKR dengan PAS menjadi kenyataan, benar-benar menggoncangkan parti yang dipimpin oleh isteri Anwar Ibrahim itu.

PKR telah berusaha dengan segala cara termasuklah mengeluarkan modal yang sangat besar bagi memastikan usul pemutusan tahaluf siyasi antara PAS dan PKR tidak menjadi kenyataan. Azmin Ali secara peribadi lebih sanggup bermasam muka dengan Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution demi mempertahankan kelangsungan Kerajaan Pakatan Selangor yang diterajuinya, di mana PAS adalah sebahagian daripada komponennya.

Dan terbaharu, diberitakan, malam esok PKR akan mengadakan konvensyen mega yang akan menghimpunkan para penyokong dan pemimpin-pemimpin besar parti itu di Permatang Pauh.

Menariknya, dalam setiap kongres atau persidangan mahupun perhimpunan melibatkan PKR, para pemimpin dari DAP tidak pernah ditinggalkan.


Namun malam esok, diberitakan PKR tidak menjemput walau seorang pun pemimpin-pemimpin dari DAP.

Sesuatu yang dilihat sangat janggal memandangkan ia akan diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang di mana Lim Guan Eng berlagak seperti maharaja yang menguasai dan menjajah setiap inci tanah negeri itu.

Bagaimanapun, tindakan itu dilihat perlu bagi memujuk PAS selain menunjukkan PKR lebih sanggup kehilangan DAP berbanding kehilangan PAS walaupun hakikatnya, lakonan murahan seperti itu akan ditertawakan oleh kebanyakan pemimpin serta ahli-ahli PAS.

Umum mengetahui walaupun PKR bercakap besar tentang tidak perlunya PAS bersama-sama mereka, tetapi mereka sangat takut sekiranya PAS benar-benar memutuskan semua bentuk kerjasama dengan PKR. Malah lbih takut lagi seandainya tepat sebagaimana yang mereka sangkakan, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan!


MAHATHIR dan Konco-Konconya, Kalah Dalam Saman Ke Atas Najib Abdul Razak

· 0 comments

Dr. Mahathir dan dua orang penyokong tegarnya, Khairuddin Abu Hassan dan Ainina Saaduddin, hari ini gagal dalam saman yang dibuat ke atas Najib Abdul Razak apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak saman tersebut. (RUJUK SINI)


Permohonan mengenepikan saman tersebut telah dibuat oleh peguam Najib, Mohd Hafarizam Harun. Mahathir, Khairuddin dan Ainina menyaman Najib atas alasan melakukan salahguna kuasanya sebagai penjawat awam. 

Hakim menerima hujah peguam Najib bahawa Najib bukanlah penjawat awam dalam kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Undang-undang di Malaysia sangat jelas iaitu Najib bukanlah penjawat awam di bawah definisi Akta Interpetasi dan Perlembagaan Persekutuan. Sebaliknya Najib adalah ahli pentadbiran. 

Hafarizam berkata plaintif keliru dan gagal membezakan konsep 'penjawat awam' dengan 'ahli pentadbiran'. 

Pasukan pembela diketuai oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham berkata, Najib adalah ahli pentadbiran dan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan tidak memasukkan ahli pentadbiran sebagai penjawat awam. 

Menurut Mohd Hafarizam, Artikel 132 (3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan perkhidmatan awam tidak seharusnya dilibatkan dengan mana-mana ahli pentadbiran di dalam Persekutuan atau negeri. 

Katanya lagi, plantif turut gagal untuk membuktikan tindakan Najib yang dikatakan menyalahguna kuasa, selain menambah saman tersebut sangat tidak masuk akal dan menjarah proses mahkamah. 

Ketua peguam yang mewakili Mahathir, Khairuddin dan Ainina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula memohon mahkamah untuk mendengar bukti dan keterangan daripada para saksi di dalam perbicaraan dan tidak mengenepikan saman tersebut tanpa membuat pendengaran merit.

Haniff berkata, anak-anak guamnya mempunyai kes yang boleh dibicarakan melibatkan beberapa isu yang boleh dikenalpasti oleh mahkamah sambil menambah, ianya sudah cukup untuk membuktikan kerugian yang dialami oleh rakyat kesan daripada tindakan Najib yang lebih mementingkan kepentingan peribadinya. 

Dalam saman yang difailkan Mac tahun lalu, Dr. Mahathir dan kedua-dua orang penyokong tegarnya itu meminta Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan Perdana Menteri membayar RM2.6 bilion sebagai gantirugi teladan kepada Kerajaan. 

Mahathir, Khairuddin dan Anina Saadudin juga menuntuk Najib untuk membayar RM42 juta sebagai pampasan kepada Kerajaan. 

Dalam tuntutan tersebut, plaintif mendakwa Najib telah bertindak untuk berkompromi dengan pelbagai institusi yang terbabit dalam isu-isu yang sedang disiasat membabitkan 1MDB, bagi  memastikan semua hasil siasatan ke atas kesemua tuduan tersebut, tidak akan didedahkan kepada umum. 

Antara lain, mereka juga menuntut untuk mengisytiharkan Najib sebagai penyalahguna kuasa dan telah melanggar kuasanya selaku Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO.

TONY PUA Jadi Orang Terbaharu Yang Dilarang Memasuki dan Dihalau Dari Sabah

· 0 comments



Akhirnya Tony Pua menjadi orang terbaharu yang tidak dibenarkan memasuki Sabah. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu ditahan oleh pegawai-pegawai Imigresen sebaik-baik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu lebih kurang 12:45 tengah hari tadi dan dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada jam 2:00 petang.

Tony Pua yang dijadualkan merasmikan beberapa projek air Impian Sabah di beberapa daerah pedalaman dan menghadiri forum berkata, dia tidak diberikan sebarang alasan bagi larangan tersebut. 

"Saya kecewa dengan Kerajaan Negeri Sabah kerana menyalahgunakan kuasa imigresen mereka hanya kerana kepentingan politik," katanya. 

Tony Pua bagaimanapun berkata, dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang atas larangan tersebut. 

Dia merupakan pemimpin dan Ahli Parlimen DAP kedua yang dilarang memasuki Sabah selepas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. 

Antara pemimpin-pemimpin yang turut dilarang memasuki Sabah termasuklah Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang menang PRU-13 lalu dengan menggunakan fitnah, Nurul Izzah Anwar dan peguam serta pemimpin BERSIH, Ambiga Sreenevasan. 

Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa autonomi berhubung Imigresen dan boleh melarang atau tidak membenarkan mana-mana individu di bawah kuasa-kuasa khas untuk melarang mereka daripada memasuki kedua-dua negeri tersebut berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963. 

Senarai orang dari Semenanjung yang disenaraihitam daripada memasuki Sabah dan Sarawak berubah dari semasa ke semasa adalah rahsia negara, menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

RAFIZI RAMLI Cakap Besar Tentang Kemenangannya Dan Cabaran PEMUDA PAS PANDAN

· 1 comments



*Kenyataan Balas Cabaran Pemuda PAS Saya Bertanding di Pandan*

Saya membaca laporan serangan yang dibuat oleh perwakilan-perwakilan Pemuda PAS terhadap KEADILAN, terutamanya saya dan Timbalan Presiden KEADILAN, YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Secara khusus, perwakilan Pemuda PAS dari Selangor iaitu Mohd Sukri Omar dilaporkan mencabar saya supaya "berani menjadi anak jantan" dan bertanding sekali lagi di Parlimen Pandan.

Saya berasa lucu dengan cabaran itu kerana jika tidak kerana tindakan pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak yang secara berterusan mengheret saya ke mahkamah (sama ada pertuduhan jenayah atau saman sivil), saya sudah tentu akan mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Lagi pun saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atu 67% undi popular). Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS.

Di Pandan juga, undi Melayu yang saya menangi di peringkat Parlimen Pandan jauh meninggalkan undi Melayu yang dimenangi Naib Presiden PAS, Dato Iskandar Abdul Samad yang bertanding di DUN Cempaka di dalam parlimen saya. Maknanya ada pengundi Melayu di Pandan yang mengundi saya tetapi tidak mengundi PAS.

Sebab itu adalah sangat lucu apabila Pemuda PAS mencabar saya bertanding di Pandan kerana saya bukannya takut atau mahu lari ke mana-mana!

Masalahnya saya telah dijatuhkan hukuman penjara satu setengah tahun atas pertuduhan membongkar Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan bagaimana 1MDB tidak membayar anak syarikat LTAT dan geran kerajaan diambil 1MDB walaupun ia dikeluarkan untuk anak syarikat LTAT.

Atas sabitan itu, saya tidak dapat bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.

Malah, saya mengikuti laporan serangan Pemuda PAS terhadap saya dari kandang tertuduh di Mahkamah Sesyen 8, Mahkamah Shah Alam atas pertuduhan berhubung pendedahan saya mengenai skandal NFC dahulu.

Kalaulah ada anak-anak muda dan pemimpin Pemuda PAS yang sama-sama membantu saya menjalankan amanah melawan penyelewengan dan rasuah besar yang membabitkan pentadbiran Dato' Seri Najib, mungkin di sebelah saya di dalam kandang tertuduh adalah anak-anak muda pimpinan Pemuda PAS ini. Mungkin juga tugas itu dapat diagih-agihkan supaya tidaklah saya terpaksa berdepan sehingga 12 kes mahkamah kerana ada anak muda pimpinan Pemuda PAS yang berani juga membongkarkan penyelewengan rasuah pemerintah dan berdepan dengan hukuman penjara.

Malangnya ada pimpinan PAS (dulu dan kini) yang lebih selesa menerima wang rakyat terus dari Perdana Menteri, atau lagi selesa menyertai rombongan ke luar negara bersama pimpinan kerajaan, atau lebih selesa hadir dalam majlis Kelab Umno di United Kingdom, atau lebih selesa tidak mengundi di Parlimen bila mana belanjawan yang mengutip GST dan menekan rakyat dibentangkan Dato' Seri Najib.

Saya ingat tindakan Pemuda PAS masih belum menyaman saya atau membuat laporan polis mengenai Akuan Berkanun saya menamakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa menerima sejumlah wang yang melalui akaun Dato' Seri Najib adalah kerana mereka tidak mahu saya hilang kelayakan bertanding agar mereka dapat berdepan dengan saya dalam PRU14 di Pandan nanti. Begitulah agaknya (bersangka baik).

Mencabar saingan politik kita dengan pelbagai gelaran dan ugutan bukanlah lambang keberanian. Lambang sebenar keberanian ialah berkata benar kepada pemerintah yang berkuasa sepenuhnya dan akan memenjarakan kita kerana kita berkata benar.


*Rafizi Ramli*
_Ahli Parlimen Pandan_
_Naib Presiden KEADILAN_

*28 April 2017*

MUKTAMAR PAS: Para Penyokong PH Mula.Serang dan Caci PAS

· 0 comments



Para penyokong DAP dan PKR seperti kerasukan hantu.

Serangan bertali arus dihalakan kepada PAS ekoran beberapa kenyataan yang sudah cukup untuk menggambarkan PKR bakal kehilangan penguasaan ke atas Selangor manakala DAP yang banyak bertanding di kerusi bandaran pula akan kehilangan beberapa kerusi kepada MCA atau GERAKAN ekoran 'campurtangan' PAS.

Ahli-ahli dan para pemimpin PAS digelarkan 'walaun' oleh para penyokong PAN. Caci maki dan sumpah seranah mula dihamburkan tanpa batasan terutama terhadap Abdul Hadi Awang.

Dewan Ulama PAS semalam telah menerima usul untuk memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Walau bagaimanapun keputusan sama ada tahaluf siyasi dengan PKR benar-benar akan diputuskan, bakal dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS.

Muktamar PAS pada tahun ini benar-benar telah memanaskan hati PKR dan para penyokong. Azmin Ali yang masih berusaha untuk memastikan PAS tetap bersama-sama menyokongnya juga nampaknya terpaksa 'lari' ke Taiwan dengan alasan mencari pelaburan.

GST 0%... Janji Lim Guan Eng Yang Langsung Tidak Munasabah Seperti Janji DAP Sebelum Naikkan Surcaj Air 4 Kali Dalam Masa 6 Tahun Di Pulau Pinang

Thursday 27 April 2017 · 1 comments



DAP mengatakan GST akan membebankan perniagaan, selain menyebabkan penambahan kepada kos sekalipun majoriti di seluruh dunia menggunakan GST, bahkan mampu mengaplikasikannya.

Tony Pua juga berkata sektor perniagaan mendapati sistem GST sebagai mengelirukan, remeh dan menelan kos untuk perlaksanaan, bahkan banyak perniagaan kecil akan tutup kerana mereka tidak cukup pintar untuk melaksanakan GST ke dalam akaun dan borang cukai mereka.

Bagaimanapun, semalam, Lim Guan Eng pula berkata, Pakatan tidak akan menghapuskan GST tetapi akan mengurangkannya kadarnya menjadi 'SIFAR'.

Lim Guan Eng juga berkata, tidak mengapa sekiranya GST menjadi bebanan kepada kerajaan sekalipun pada masa yang sama kerajaan tidak akan mengutip sebarang cukai dan tidak memberi faedah kepada perniagaan. Sekaligus menunjukkan Lim Guan Eng sebenarnya sedang kemaruk untuk mendapatkan publisiti dan populariti luar biasa memandangkan dia sendiri sebagai Ketua Menteri telah mengenakan banyak cukai tambahan termasuklah meningkatkan surcaj air sebanyak 4 kali semata-mata untuk memenuhkan kantung wang negeri yang telah dikeringkannya.

Melihat kepada apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor sekarang, sudah cukup untuk menunjukkan, Pakatan sebenarnya tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang mereka katakan, sebaliknya sekadar untuk meraih sokongan secara membabi buta asalkan menang. Dan apabila sudah menang, segala janji seperti tidak menaikkan kadar tarif air ataupun premium tanah.  

Bahkan dipercayai, seandainya menang, Pakatan akan menaikkan lagi kadar GST dengan alasan, untuk mengelakkan pembaziran atau mengurangkan sifat boros berbelanja oleh pengguna, sepertimana alasan yang diberikannya ketika menaikkan surcaj air di Pulau Pinang sebanyak empat kali dalam tempoh 6 tahun.

Sebenarnya, satu pembohongan besar telah dibuat oleh Lim Guan Eng dan Tony Pua memandangkan Kerajaan dan sektor perniagaan tidak akan menanggu beban perbelanjaan pentadbiran penggunaan GST.

Malaysia sebaliknya akan melakar sejarah kerana menjadi negara pertama dan satu-satunya negara dalam dunia ini yang mempunyai GST pada kadar sifar, sekaligus akan dijadikan bahan lawak dan jenaka di seluruh dunia kerana kebodohan pemimpinnya yang gilakan publisiti murahan. Bahkan kadar sifar GST yang dicadangkan oleh Tony Pua dan Lim Guan Eng itu, akan membebankan kerajaan dan sektor perniagaan kerana perbelanjaan yang perlu dikeluarkan sedangkan pulangannya tidak ada.

Seringkali, Pakatan memberikan gambaran kepada rakyat yang GST adalah satu bentuk cukai tambahan dan cukai baru yang membebankan rakyat sedangkan hakikatnya, dengan memperkenalkan GST, kerajaan telah memansuhkan dua cukai yang lain, manakala dua jenis cukai yang lain pula dikurangkan dan BRIM ditingkatkan bagi membantu aliran tunai di dalam negara.

Cukai yang dimansuhkan adalah Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan. Manakala Cukai Pendapatan Korporat pula dikurangkan dari 26% menjadi 24% pada tahun 2008. Begitu juga dengan Cukai Pendapatan Perseorangan turut dikurangkan dari 28% menjadi 24% pada tahun 2008. Selain daripada pengurangan tersebut, kerajaan turut membolehkan mereka yang berpendapatan kurang RM4000 sebulan tidak perlu membayar sebarang cukai pendapatan. Ini bermakna cukai pendapatan untuk golongan pertengahan telah dikurangkan.

Pemberian BRIM turut ditingkatkan dari RM650 pada tahun 2014 menjadi RM1,200 pada tahun ini. Selain daripada pengecualian cukai yang efektif bagi mereka yang berpendapatan kurang RM4000, ini juga bermaksud golongan pendapatan B40 tidak lagi dicukaikan oleh kerajaan selepas implementasi GST.

Pakatan tahu, kerajaan hilang RM40 bilion daripada pendapatan Petronas pada tahun 2016 kesan daripada kejatuhan harga minyak global dan turut kehilangan lebih RM20 bilion setiap tahun selepas penghapuskan cukai jualan dan perkhidmatan. Kerajaan juga peru menanggung kehilangan berpuluh bilion setiap tahun kesan daripada pengurangan cukai korporat, pengurangan cukai pendapatan persendirian dan peningkatan bayaran BRIM.

Dengan ketiadaan semua sumber kewangan tersebut selain kejatuhan dalam perolehan hasil minyak, menghapuskan GST atau mengurangkan kadar GST menjadi sifar adalah sangat tidak realisitik dan akan mengancam penerusan pembangunan Malaysia sendiri.

Pakatan bukan tidak tahu. Mereka tahu. Kerana itulah mereka hanya mengatakan, mereka akan mengurangkan kadar GST menjadi sifar bukannya menghapuskan terus semata-mata sebagai umpan. Apabila mereka sudah menang, lain pula ceritanya sepertimana yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Azmin Ali di Selangor.


MUHAMMAD WANNDY KETUA IS MALAYSIA, Bangunkan Lebih 100 Kumpulan WhatsApp Untuk Cetuskan Kekacauan Di Malaysia

· 0 comments



Nama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi sebelum ini langsung tidak dikenali. Tetapi apabila tersiarnya gambarnya sedang memegang sebiji kepala seorang lelaki yang telah dipenggal sambil tersenyum sambil jari menunjuk langit, namanya mula disebut-sebut.

Gambar yang dimuatnaik ke Facebook pada 14 April, telah diblok oleh Facebook kerana kandungannya yang kejam. Bagaimanapun Muhammad Wanndy menggelarkannya sebagai 'gambar paling cantik yang pernah saya ada."

Lelaki yang dipenggal kepala itu dirujuk oleh Muhammad Wanndy di dalam status Facebooknya sebagai 'anjing' dari Parti Pekerja Kurdistan (PKK).

Ramai pengkomen yang memuji Wanndy, tetapi salah seorang daripada mereka bertanya, apa yang mangsanya dengan Wanndy. 

Muhammad Wanndy yang berambut panjang menjawab, itu adalah pengajaran bagi sesiapa sahaja yang menentang Islam. 

"Sekiranya anda mengatakan kami kejam, anda salah. Mereka dibunuh kerana mereka menyerang Daulah Islamiah."


Menggunakan nama Abu Hamzah Al-Fateh di Facebook, Muhammad Wanndy merupakan antara rakyat Malaysia berprofil tinggi yang berjuang bagi pihak Islamic State (IS) di Syria. 

Facebooknya terbuka kepada awam tetapi kemudian telah dinyahaktifkan. Status-status yang dimuatnaiknya, menunjukkan 'kecenderungannya kepada keganasan'. 

Pada 25 Mac, dia berkata, dia sangat gembira kerana berlakunya pertempuran di Raqqa. Kebanyakan status Facebooknya menyentuh tentang agama dan jihad.

"Rahmat Allah kepada mereka yang syahid kerana mempertahankan agama dan mereka akan sentiasa di sisi Tuhan dan hidup di dalam perut burung hijau yang sangkarnya diperbuat daripada emas," kata Muhammad Wanndy di dalam salah satu statusnya.

Wanndy turut memuji dua orang pengebom berani mati di Movida iaitu Imam Wahyudin Karjono, 21 dan Jonius Indie @ Jahali, 24, dengan mengatakan 'kerja suci' mereka akan diberikan ganjaran yang tidak terkira oleh Allah Taala. 

Dalam salah satu status yang dimuatnaik pada 7 April, Wanndy juga berkata, hudud akan dipraktikkan di dalam Daulah Islamiyyah dan setiap kes pencurian akan disiasat dengan teliti oleh mahkamah Islam.

"Hukuman hanya akan dibuat selepas wujudnya bukti dan pengakuan. Terdapat juga kes pencurian melibatkan lebih dari dua dinar tetapi pencuri tidak dihukum kerana orang tersebut mencuri untuk membiayai kos perubatan anaknya. Ini jelas menunjukkan tidak semua kes mencuri akan menyebabkan tangan dipotong, sebagaimana yang digambarkan oleh media massa," katanya lagi.

Muhammad Wanndy juga turut menunjukkan kecekapannya memasang mesingan di dalam sebuah video dan bercakap besar kononnya dia boleh melakukannya dalam tempoh kurang dari seminit. Di dalam video tersebut, seorang anak kecil berada di sebelahnya.


Dalam salah satu status yang lain, anaknya memegang sepucuk raifel dengan status yang ditulis oleh Wanndy, "Arra mahu pergi berperang... ahaha... dia mahu menjadi seorang mujahidin."

Bagaimanapun, Mohammad Wanndy Mohamed Jedi sekarang sedang terdesak untuk mempertahankan kedudukannya sebagai operatif utama IS Malaysia apabila rangkaian pengganas tersebut mula hilang keyakinan kepadanya.

Dia gagal untuk melaksanakan serangan di Malaysia sebagaimana yang dirancangkan. Kegagalan tersebut menimbulkan kemarahan di kalangan para pemimpin IS di Syria dan Iraq.

Antara serangan IS Malaysia yang berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa Malaysia ialah, cubaan mengebom kelab malam Movida di Puchong bulan Mei tahun lepas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan itu merupakan serangan IS pertama di Malaysia yang mana menurut pihak polis, dijalankan oleh rakyat Malaysia yang menerima arahan langsung daripada Muhammad Wanndy dari Syria.

Dalam serangan tersebut, lapan orang telah tercedera.

Pada bulan lepas, Khalid berkata, Muhammad Wanndy masih lagi cuba mengembangkan pengaruh IS di Malaysia.

Menurut sumber, Muhammad Wanndy hanya mempunyai 'masa terhad' untuk cuba meyakinkan ketua-ketuanya di Syria tentang keupayaannya mengendalikan dan mengetuai serangan keganasan di negara ini.

Dia telah diberi tempoh sehingga akhir hujung tahun, atau bakal kehilangan kedudukannya sebagai Ketua IS Malaysia. Sumber itu juga berkata, untuk membuktikan keupayaannya, Muhammad Wanndy akan melipatgandakan usahanya untuk melakukan serangan pengeboman membabitkan beberapa lokasi yang telah dipilih di Malaysia.


Muhammad Wanndy yang berasal dari Durian Tunggal, Melaka dan isterinya yang berusia 26 tahun, meninggalkan Malaysia menuju ke Syria pada Januari 2016. Mereka berpangkalan di Raqqa, ibu negeri 'de facto' IS.

Untuk memenuhi KPInya sebagai Ketua IS Malaysia, Muhammad Wanndy dikatakan telah berusaha mendapatkan bantuan penggodam-penggodam Internet dan talian komunikasi daripada pemimpin-pemimpin IS Syria untuk menceroboh rangkaian sosial media Malaysia.

Wanndy telah berjaya dengan para pemimpin IS yang dia mampu menimbulkan kekacauan di Malaysia dalam tempoh beberapa bulan. Wanndy juga merancang untuk mengembangkan pengaruhnya dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai Ketua IS Malaysia menerusi media sosial.

Sasarannya adalah individu yang cenderung untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan rasis atau kritikan atau memaki hamun pemimpin di dalam status-status Facebook.

Dia akan cuba menjadikan mereka sebagai kawannya di atas talian dan kemudian apabila mendapat respons, dia mula akan mendoktrin individu tersebut dengan propaganda IS.

Bukit Aman dilaporkan sedang memantau perkembangan terbaharu melibatkan Wanndy.

Polis Malaysia tahu, Muhammad Wanndy telah membangunkan lebih 100 kumpulan WhatsApp yang ahli-ahlinya termasuklah para pelajar dari seluruh negara ini.

Kumpulan-kumpulan WhatsApp tersebut dikendalikan oleh penggodam-penggodam Syria. Wanndy turut cuba mengumpan lebih ramai rakyat Malaysia menyertainya dengan janji gaji bulanan.

Terdapat lebih kurang 80% yang berjaya dipengaruhi oleh Wanndy terdiri daripada golongan penagih dadah dan bermasalah dngan undang-undang. Muhammad Wanndy menurut sumber juga, sedang terlibat dalam satu pertempuran iaitu menghalang lebih 57 militan rakyat Malaysia daripada meninggalkan Syria.

Kesemua mereka telah hilang keyakinan dan menolak tawaran wang tunai daripada Wanndy untuk terus kekal di Syria.


Kerana WHATSAPP, Admin Mungkin Boleh Dipenjarakan

· 0 comments



Admin-admin grup WhatsApp mula dilanda kerisauan ekoran kebarangkalian mereka dihukum kerana ahli-ahli grup menyebarkan berita-berita palsu atau menghasut di dalam grup oleh pihak berkuasa. 

Ini ekoran laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mereka mungkin akan berhadapan dengan tindakan undang-undang kerana gagal menyekat atau menghentikan penyebaran maklumat-maklumat palsu.

Sudah ramai yang melahirkan kebimbangan untuk bertanggungjawab bagi kenyataan atau fitnah yang dibuat oleh orang lain. Ini adalah kerana kebanyakan orang, tidak peduli pun sama ada apa yang mereka katakan itu adalah benar atau bertentangan dengan undang-undang. 

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Jailani Johari berkata, tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap admin (pentadbir) terbabit. 

Di bawah akta-akta tersebut, pelbagai kesalahan boleh dikenakan termasuklah seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

"Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan menfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebarkan secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya. 


Terdapat desakan agar cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir dilaksanakan segera termasuklah daripada Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Menurut Timbalan Presidennya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat, tetapi juga boleh menggugat keamanan negara. 

"Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana penetadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kupulan yang terbabit menyebarkan berita palsu. Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah ahli kumpulan, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadamkan terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya.

Bagaimanapun, terdapat banyak pendekatan lain yang boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaaan. 

Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah - Hukuman penjara 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali. 

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian untuk menyebarkan berita palsu - denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Akta Hasutan 1948 - Penjara tiga tahun atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali. 

Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 - Penjara mandatori antara satu sehingga 7 tahun. 


Pelajar Tahfiz Yang Didera Sampai Dipotong Kaki, Akhirnya Meninggal Dunia

Wednesday 26 April 2017 · 0 comments



Pelajar lelaki berusia 11 tahun yang kedua-dua belah kakinya telah dipotong ekoran kecederaan teruk akibat penderaan oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Kota Tinggi, telah meninggal dunia. 

Bapanya, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan berita kematian anaknya pada jam 2:05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail. Allahyarham Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi menghembuskan nafas terakhir ketika seluruh ahli keluarga membacakan Yassin di katilnya. 

Pagi tadi, Mohamad Thaqif Mohd Gaddafi sepatutnya dijadualkan menjalani pembedahan pada tangan kanannya.

Bagaimanapun, prosedur tersebut terpaksa dibatalkan ekoran keadaan jantung dan kadar degupannya tidak stabil.

Ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad, 38, berkata keputusan untuk memotong tangan kanan anak saudaranya dibuat selepas keadaan tangannya bertambah teruk. 


Dilaporkan yang tangan dan jari kanan Mohamad Thaqif bertukar menjadi kehitaman kesan kerosakan tisu dan sel-sel darah, walaupun menunjukkan ada perkembangan positif pada hari Ahad. 

Sebelum ini, Mohamad Thaqif telah dipotong kakinya akibat jangkitan selepas didakwa diderah oleh pembantu warden sekolah. 

Suspek yang berusia 29 tahun, merupakan bekas banduan dan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, dilaporkan telah menyebat Mohamad Thaqif dan beberapa orang pelajar lain dengan salur getah untuk menghukum mereka.

Sekolah-Sekolah Yang Terbabit Geng 24, Dalam Pemantauan Pihak Polis

· 0 comments



Polis telah mengenalpasti sekolah-sekolah tertentu di negara ini yang mana pelajar-pelajarnya terbabit dengan Geng 24. 

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata, polis turut memantau aktiviti-aktiviti di sekolah-sekolah terbabit terutama individu-individu yang disyaki terbabit aktif dalam gangsterisme.

"Kami amat mengalu-alukan pihak sekolah, guru-guru dan ibu bapa untuk tampil memberikan sebarang maklumat berhubung gangsterisme. Tidak semestinya kami akan menangkap mereka, tetapi kami mempunyai cara untuk membantu mereka. Sekiranya pihak sekolah, ibu bapa dan guru melindungi mereka dan enggan memberikan maklumat itu, ia akan menjejaskan generasi akan datang," katanya ketika menyaksikan penyerahan tugas kepada Ketua Polis Pahang yang baru, Datuk Rosli Abdul Rahman. 

Geng 24 terkenal kerana sering melindungi dan memberi pinjaman wang haram.

Semalam, reman ke atas 18 orang dengan 13 orang daripada mereka adalah pelajar, telah dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini selepas mereka didakwa terbabit dengan Geng 24. 

Mereka ditahan selepas dua klip video yang menunjukkan kekacauan yang ditimbulkan oleh sekumpulan orang di hadapan sebuah sekolah di Kelang menjadi tular. 

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Mahdzir Khalid pula berkata, Kementerian Pendidikan tidak akan berkompromi atau mengadakan rundingan dengan pihak berkuasa, jikalau terdapat pelajar sekolah yang ditangkap kerana terlibat kegiatan jenayah termasuk gengsterisme. 

Mahdzir juga menegaskan, pihaknya akan menyerahkan kepada polis untuk menangkap pelajar-pelajar berkenaan atau mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ke atas mereka. 

"Kalau pelajar itu telah terbukti melakukan kesalahan jenayah, polis tangkap sajalah. Ambil tindakan sebab mereka bukannya berminat dengan sekolah lagi. Kita (Kementerian) tidak akan berunding lagi (dengan polis atau ibu bapa) kalau pelajar berkenaan telah disahkan oleh polis ada elemen jenayah," katanya ketika merasmikan Konvensyen Kecemerlangan Pendidikan 2.0 Parlimen Kuala Kangsar.

Mahdzir ketika ditanya tentang penglibatan pelajar-pelajar sekolah dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap berkata, ia boleh dilihat berdasarkan enrolmen kehadiran pelajar di sekolah. 

"Unsur ini (penglibatan dalam jenayah) boleh dilihat bermula dengan tidak hadir di sekolah. Ada sekolah di bandar dan luar bandar yang enrolmen jatuh sehingga 85 peratus," katanya.


ADAM ROSLY Dulu Adalah Ahli PAS, Kata RAFIZI RAMLI

Tuesday 25 April 2017 · 1 comments



Semakin jelas siapa sebenarnya yang mahu diserang oleh Rafizi Ramli apabila dia cuba mengaitkan Adam Rosly dengan PAS.

Malah tidak bersalahan juga sekiranya, Rafizi turut mencipta satu lagi musuh baru walaupun sebelum ini, musuh tersebut adalah rakan kongsinya dalam berbuat fitnah dan tohmahan iaitu Zuraidah Kamaruddin.

Rafizi barangkali fikir, pendedahannya tentang Adam Rosly sebagai bekas ahli PAS adalah sesuatu yang besar dan satu sensasi yang akan membuatkan PAS Pusat kecut perut sekaligus akan tunduk kepadanya dan DAP.

Bukan rahsia lagi yang Adam Rosly suatu ketika dahulu pernah berada dalam Jabatan Unit Amal PAS dan pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda PAS Kawasan sepertimana yang dikatakan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor yang sekarang ini menjadi sasaran PKR untuk memastikan PAS Selangor tidak memutuskan tahaluf siyasi antara PAS Selangor dengan PKR iaitu Iskandar Samad. (RUJUK SINI)

Selepas gagal total dalam cubaan GERTAKANNYA dengan cubaan menelanjangkan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dengan kaitan kepada wang 1MDB dan kemudian menfitnah kononnya wang yang diberikan kepada Nasharuddin Mat Isa itu diagih-agihkan pula kepada para pemimpin PAS agar bersikap lunak terhadap UMNO dan Najib Abdul Razak, Rafizi kini menggunakan Adam Rosly sebagai senjata terbaharunya.

Ketika mengumumkan keputusan kajiselidik syarikatnya, INVOKE, Rafizi mengatakan PAS akan kalah teruk pada PRU-14 nanti. Rafizi sebaliknya berkata, jikalau berlaku pertandingan tiga penjuru, PAN akan mendapat undi yang lebih banyak berbanding PAS.

Rafizi Ramli tahu dan amat sedar, kedudukan Azmin Ali dan PKR Selangor sekarang bagaikan telur di hujung tanduk. Berbanding DAP dan UMNO, PKR sebenarnya hampir tiada peluang besar untuk mengekalkan apa yang mereka miliki sekarang. Dalam dua PRU yang dimenangi oleh PKR di Selangor, bantuan daripada PAS adalah penyebab kepada kemenangan yang mereka perolehi.

Disebabkan itulah, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor dan juga Timbalan Presiden PKR, berusaha memperbaiki semula kerosakan hubungan dengan PAS. Iskandar Samad menjadi kuda taruhan Azmin Ali untuk merealisasikan impian berkenaan. Modal besar terpaksa dikeluarkan bagi membolehkan usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor, tidak menjadi kenyataan.

Tetapi Rafizi Ramli mempunyai ego yang lebih besar. Rafizi melihat Azmin Ali yang merupakan 'anak lelaki keempat' Dr. Mahathir perlu digulingkan sepertimana dia berjaya menggulingkan Khalid Ibrahim. Usaha Azmin Ali untuk mengambil hati PAS, diganggu dan dirosakkannya dengan semua cara.

Dengan kata lain, PAS dan ADAM ROSLY sekadar menjadi PUNCHING BAG untuk Rafizi Ramli menyerang dan menggulingkan Azmin Ali.


Justeru seruannya agar Adam Rosly 'dibersarakan' oleh parti selain mengisytiharkan hartanya, sebenarnya merupakan serangan peribadinya ke atas Azmin Ali. PAS hanyalah alat yang digunakan oleh Rafizi Ramli yang tidak berani berterus-terang untuk berhadapan dengan Azmin Ali sendiri.

Tidak mustahil, sekiranya helah ini gagal, Rafizi Ramli akan mengaitkan UMNO pula dengan Azmin Ali sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak mustahil dan jangan terkejut sekiranya selepas isu Adam Rosly dan PAS tidak memberikan kesan sebagaimana yang diharapkan, Rafizi Ramli akan mencari-cari isu yang boleh mengaitkan Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dengan Azmin Ali pula!


'RAJA BOMOH' Mengaku Temberang dan Berlakon Semata-Mata!

· 1 comments



'Raja Bomoh' membuat pengakuan ikhlas dan bertaubat atas kesalahan menghina agama Islam, di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sebentar tadi. 

Ibrahim Mat Zin, 66, dalam pengakuannya, memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam dan bukan Islam di negara ini serta semua pihak di seluruh dunia berhubung tindakannya menggunakan teropong dalam membantu menyelesaikan beberapa kejadian dan isu besar yang berlaku di Malaysia, termasuk kes kehilangan MH370. 

Dia menyatakan segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' dan 'angkat kelapa', diarahkan oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. 

Pengakuannya itu disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad. Terdahulu, Ibrahim mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

SUMBER


LIM GUAN ENG Takut Dibicarakan, Usaha Giat Dijalankan Untuk Cabar Akta SPRM Di Mahkamah Persekutuan Pula

· 0 comments



Dengan apa yang berlaku kepada Adam Rosly khususnya membabitkan isu rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan penggubahan wang haram, Ketua Menteri Pulau Pinang seperti diserang panik yang luar biasa. Dia menjadi terlalu takut untuk dibicarakan walaupun sebelum ini, dia begitu yakin, hakim dan mahkamah akan menyebelahinya.

Peguam yang mewakili Lim Guan Eng, RSN Rayer yang juga merupakan ADUN Sri Delima berkata, mereka merancang untuk mencabar Akta SPRM sehingga ke Mahkamah Persekutuan. (RUJUK DI SINI)

Sebelum ini, Lim Guan Eng dan barisan peguamnya telah kalah dalam pusingan pertama di Mahkamah Tinggi tetapi Lim Guan Eng kemudiannya menfailkan rayuan dan kes tersebut dijadualkan untuk didengar pada 27 April di Mahkamah Rayuan. Menurut Rayer lagi, sekalipun mereka kalah di Mahkamah rayuan, mereka akan membuat rayuan lagi sekali di Mahkamah Persekutuan pula. 

Secara asasnya, Lim Guan Eng mendakwa Akta SPRM melanggar perlembagaan sekalipun ratusan kalau tidak pun ribuan orang telah dibicarakan dan didakwa di bawah akta yang sama sepanjang 8 tahun lepas. 

Ini juga menunjukkan bayaran gaji mahal yang diambil daripada wang rakyat untuk Lim Guan Eng sendiri sebagai Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Parlimen DAP lain, hanyalah satu pembaziran besar kerana Akta SPRM diluluskan di Parlimen. Mereka tidak memprotes atau menolak usul berkenaan sewaktu dibentangkan. Pada waktu itu, Lim Guan Eng dan seluruh angkatan DAP di dalam Parlimen tidak pula menyatakan Akta SPRM adalah suatu akta yang tidak berperlembagaan.

Hakikatnya, Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya cuba untuk melengah-lengahkan perbicaraan sebenar membabitkan rasuah dan penyelewengan serta penyalahgunaan kuasanya selama mana yang boleh. 

Dengan kata lain, Lim Guan Eng terlalu takut seandainya semua rahsianya menyeleweng dan menyonglap wang rakyat Pulau Pinang selain tanah dan aset negeri, akan terbongkar di mahkamah.

Bukanlah satu jaminan, sekiranya mereka kalah ketika mencabar Akta SPRM pada peringkat Mahkamah Persekutuan, Lim Guan Eng tidak akan mencabar pula hakim-hakim yang mendengar kesnya. Selepas itu, mereka akan membuat rayuan lagi sekiranya kalah. Dan sekali lagi merayu. 

Kalau kalah juga, Lim Guan Eng dan pasukannya akan meminta agar penghakiman dikaji semula. 

Rafizi Ramli telah melakukan perkara yang sama dalam kes BAFIAnya. Dia telah didakwa pada tahun 2012 tetapi selepas beberapa kali taktik melengah-lengahkan oleh Rafizi, hari pertama pendengaran untuk perbicaraannya hanya dimulakan pada minggu lepas iaitu selepas 5 tahun tarikh sebutan pertamanya. 

Sekiranya Lim Guan Eng benar-benar tidak bersalah, dia sepatutnya membenarkan kedua-dua kes rasuahnya diteruskan dan membolehkan seluruh dunia mendengar testimoni para saksi dan bukti-bukti yang ditampilkan di mahkamah. 

Malangnya, Lim Guan Eng tahu, dari segi fakta dan bukti, dia sudah kalah. Dia tidak mempunyai keupayaan untuk membela diri dengan bukti-bukti yang meyakinkan walaupun dia mampu menggaji dan mengupah ramai peguam sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. 

Kalau tidak, Lim Guan Eng dan pasukan peguamnya tidak akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggunakan taktik melengah-lengahkan perbicaraan seperti yang dilakukannya sekarang. 

Tiada Maaf Bagimu, Kata Watson Nyambek Kepada Pengacara Yang Menghina Mendiang Bapa dan Nama Keluarganya

Monday 24 April 2017 · 1 comments



Lawak yang melampau, akhirnya diri sendiri yang terkena ulahnya...

Primeworks Studio yang menerbitkan program Sukan Tak Sentral dan menggaji Azizul Ammar Abu Hassan sebagai pengacara bakal berhadapan dengan saman daripada bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.


Walaupun Primeworks Studio yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Izham Omar dan kru program tersebut bersama-sama Azizul Ammar Abu Hassan dalam satu sidang media bersama Watson Nyambek, secara jelas, bekas pelari pecut negara itu tidak dapat menerima penghinaan yang dibuat oleh Azizul Ammar Abu Hassan yang juga merupakan seorang pelawak.

"Sekarang saya hendak jelaskan di sini, walaupun mereka meminta maaf di hadapan anda semua (media), di tv serta di hadapan rakyat Malaysia, khasnya di Sarawak, kepada saya, saya sekarang ini susah hendak menerima maaf tersebut. Ini kerana bapa saya dipandang seperti seekor binatang. Apa perasaan saya dan bagaimana perasaan anda semua," kata Watson Nyambek.

Menurutnya lagi, hatinya belum terbuka untuk memberikan kemaafan.


"Mungkin suatu masa nanti, hati saya terbuka, dan saya akan menerima kemaafan ini. Jadi sekarang, saya belum hendak menerima maaf lagi," tegasnya.

Watson telah membuat laporan polis pada pagi tadi kerana perkara tersebut bukanlah main-main atau satu bahan jenaka.

Watson, 41, dan isterinya, Fellizia Michael Samdom sebelum itu hadir dalam rundingan damai dan maaf yang ditangani oleh Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang di Hotel Grand Palace di Miri.

Ahmad Izham sebelum itu mengumumkan, program berkenaan telah ditamatkan siarannya serta-merta, manakala pengacaranya, Azizul Ammar digantung daripada siaran serta-merta untuk tempoh yang tidak dinyatakan. Manakala penerbit program dan kru yang terlibat juga akan menerima tindakan, yang belum diputuskan.


Kejadian mengejek nama bapa orang lain, bukanlah kali pertama dilakukan oleh Azizul Ammar Abu Hassan. Sebelum ini, seorang peserta Mentor Millinea turut menjadi mangsanya ketika dia ke udara di konti HotFm.

Kebanyakan Netizen mendesak agar Primeworks Studio memecat Azizul Ammar selain mengalu-alukan tindakan Watson Nyambek menyaman syarikat tersebut dan Azizul Ammar sendiri.


Arahan RAFIZI RAMLI, Jarakkan Diri Daripada Adam Rosly

· 0 comments



Kesian Adam Rosly...

Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga!

Semasa dia masih lagi Ketua AMK Ampang yang 'berjaya', dia diampu-ampu. Dia disanjung-sanjung. Gambar-gambar dia meluluskan peruntukan dengan meminjam kuasa entah daripada siapa, terpampang di IGnya. Sama jugalah dengan pemilikan harta dan asetnya. Semuanya dipaparkan untuk tatapan umum.

Ada yang kata, Adam Rosly, 28, berlagak dan mahu menunjuk-nunjuk kekayaannya selepas 26 tahun hidup miskin. Ada pula yang kata, Adam Rosly hanya bersikap telus dan mahu membuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa yang mahu disorokkan daripada pengetahuan umum.

Apabila dia diheret ke mahkamah oleh SPRM, dia masih menunjukkan wajah tenang. Masih lagi menunjukkan sikap positif, dia tidak bersalah dan dia tidak pernah menyembunyikan sebarang rahsia bagaimana dia memperolehi kekayaan yang luar biasa dan sekelip mata.

Namun apabila pertuduhan dibuat ke atasnya di hadapan hakim, ramailah yang mula tarik diri. Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang yang sebelum ini dilabelkan oleh Adam Rosly sebagai 'ibu', awal-awal lagi telah mengatakan, Adam Rosly bukan orangnya. Bukan juga orang Azmin Ali walaupun dakwaan yang mengatakan, Adam Rosly adalah proksi kepada seorang lagi proksi Azmin yang juga merupakan Pegawai Khas MB Selangor itu, masih tidak dijawab sehingga ke hari ini.

Dua hari sudah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Adam Rosly akan dihadapkan kepada jawatankuasa tatatertib PKR untuk dikenakan tindakan.

Manakala Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mengeluarkan arahan agar PKR segera menjauhi Adam Rosly agar parti tidak terpalit dengan amalan rasuah dan pembohongan Adam Rosly.

Ternyata, selepas berhempas pulas mempengaruhi anak-anak muda Ampang agar mengundi Zuraidah Kamaruddin dan Azmin Ali di Bukit Antarabangsa, Adam Rosly dipinggirkan hanya kerana kesnya melibatkan SPRM.

Sedangkan sebelum ini, Azmin Ali telah mengeluarkan nasihat, jangan jatuhkan hukuman terhadap Adam Rosly selagi dia belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Timing tak kena, kata orang memandangkan PRU-14 sudah tidak beberapa lama lagi. Jadi, PKR perlu memastikan elemen-elemen yang boleh memberikan imej buruk kepada parti seperti Adam Rosly, disingkirkan dengan segera. Imej kononnya PKR hanya memilih ahli-ahli atau pemimpin-pemimpin yang bersih, perlu dibuat dengan seberapa segera, sekalipun tindakan terhadap Christina Liew yang merupakan Timbalan Pengerusi PKR Sabah yang juga Ketua Pembangkang Sabah, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan Wan Azizah, bahkan Nurul Izzah sendiri yang melakukan fitnah terhadap Raja Nong Chik yang kesnya diselesaikan di luar mahkamah dengan modal air mata dan permohonan maaf sahaja, amat berbeza sama sekali berbanding hukuman yang diberikan oleh PKR terhadap Adam Rosly.


RM500 Ribu Untuk Kempen Kekalkan Jawatan Naib Presiden PAS Iskandar Samad Supaya Usul Putus Hubungan Dengan PKR Tidak Dibangkitkan Dalam Muktamar PAS

· 1 comments



Kemelut kepimpinan dan jangka hayat Azmin Ali sebagai Menteri Besar dan Pakatan sebagai parti yang menjadi Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya sudah sampai ke kemuncak.

Kedegilan PAS Pusat dan desakan daripada Dewan Pemuda PAS Selangor beberapa hari lepas agar hubungan PAS Selangor yang diketuai oleh Iskandar Samad dengan PKR, memberikan petanda perubahan besar yang akan berlaku di Selangor pada PRU-14 akan datang.

Di sebalik cakap besar dan sombong PKR kononnya mereka tidak lagi memerlukan PAS, rata-rata pemerhati politik menyifatkan cakap-cakap besar tersebut tidak ubah seperti menggali kubur sendiri.

Ini adalah kerana PKR tidak pernah dan tidak mampu berdiri sendiri. Dari mula PKR ditubuhkan pada tahun 1999, PAS adalah sandaran utama PKR untuk mendapatkan sokongan dan bantuan dalam pelbagai bentuk. Modal PKR menggunakan populariti Anwar Ibrahim tidak akan ke mana-mana sekiranya PAS tidak membantu menjayakannya. Manakala DAP pula hanya muncul selepas PAS bersusah payah membantu PKR untuk menguasai beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuklah mengorbankan kerusi-kerusi yang mereka tandingi secara tradisi.

Celupar mulut Azmin Ali yang berasa tercabar apabila Nik Abduh mengatakan PAS akan merampas Selangor dan memerintah negeri itu, membuatkan hubungan PAS dengan PKR menjadi bertambah renggang. Walaupun Azmin Ali tersedar daripada keceluparannya itu, tindakan Rafizi Ramli yang terus membiakkan permusuhan antara PKR dengan PAS, membuatkan Azmin Ali tidak senang duduk.

Tanda-tanda PAS Selangor akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR Selangor dan PKR Pusat secara keseluruhannya semakin jelas.

Sumber-sumber dari dalam PAS yang enggan namanya disebut menyatakan, kempen untuk mengekalkan Iskandar Samad sebagai Naib Presiden PAS dalam muktamar akan datang, semakin giat dijalankan oleh PKR Selangor. Untuk itu, sejumlah RM500,000 telah disediakan bagi membiayai gerakan mengekalkan Iskandar Samad.


Sebabnya, PKR dan DAP melihat Iskandar Samad sebagai medium yang paling mudah untuk menentang USUL MEMUTUSKAN TAHALUF SIYASI antara PAS dan PKR. Jawatan dan wang dijadikan sebagai imbalan dan tukaran sekiranya jawatan Naib Presiden berjaya dipertahankan oleh Iskandar Samad. Peruntukan berkenaan akan ditambah pada saat-saat akhir pemilihan dalam muktamar PAS nanti.

Agen-agen yang digunakan untuk melaksanakan gerakan tersebut terdiri daripada bekas atau ahli-ahli dan pimpinan PAS yang pro kepada PKR-DAP. Turut digunakan adalah mereka di dalam PAS yang mempunyai kepentingan material dengan PKR dan DAP termasuklah yang menjawat jawatan Ahli-Ahli Majlis PBT selain kontraktor-kontraktor PAS yang mendapat kontrak daripada PBT-PBT.

Agen-agen tersebut sudah pun memulakan gerak kerja mereka terutama di seluruh Selangor untuk berkempen mengekalkan jawatan Naib Presiden Iskandar Samad. Alasan yang mereka berikan ialah, salah seorang saingan Iskandar iaitu Nasruddin Hassan Tantawi masih muda dan baru di dalam PAS. Lagipun Nasruddin mempunyai banyak lagi peluang pada masa hadapan.

Turut dijanjikan adalah jawatan-jawatan dalam Kerajaan Negeri kepada PAS Selangor sekiranya Pakatan Harapan (PKR-DAP-PPBM-PAN) masih berkuasa.

Bagi memastikan perwakilan sasaran dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya memastikan Iskandar Samad mengekalkan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan muktamar nanti, tajaan berupa penginapan, makan minum dan wang saku akan diberikan.

Iskandar Samad mungkin tidak tahu akan hal ini. Atau barangkali juga sudah maklum tetapi kerana sebab-sebab tertentu, maka dia memilih untuk mendiamkan diri. Apatah lagi minggu lepas, dia turut mengeluarkan kenyataan yang PAS Selangor tidak akan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR walaupun menerima asakan dan desakan daripada PAS sendiri.

AZALINA OTHMAN SAID Minta Dirogol? Kenyataan Palsu Yang Diviralkan Sebagai Pre-Empt Guan Eng Hentam Shabudin Yahya!

Sunday 23 April 2017 · 0 comments



Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha untuk menutup masalah yang sedang melanda parti dan kepimpinan negeri Pulau Pinang yang sedang berhadapan dengan masalah rasuah dan penyelewengan kuasa di mahkamah.

Lim Guan Eng dan DAP juga sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada masyarakat Cina yang merupakan tonggak kepada kekuatan DAP sebelum ini apabila semakin ramai masyarakat Cina yang menzahirkan penentangan terhadap DAP dan Lim Guan Eng - sesuatu yang cuba dikekang oleh DAP dengan menggunakan kaedah ugutan dan kuku besi.

Untuk itu, angkatan propaganda DAP perlu mencari isu yang boleh mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada DAP, sekaligus memperlihatkan dan membuktikan bagaimana runtuhnya nilai-nilai kehidupan sekiranya pentadbiran negeri kembali kepada Barisan Nasional.

Musuh utama DAP, sudah tentulah UMNO walaupun DAP bertanding di kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC.

Lim Guan Eng secara peribadi menjadikan kenyataan YB Shabudin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor dari UMNO sebagai senjata terbaharunya. Sama ada dia tersalah faham, atau memang berniat hendak memutarbelitkan kenyataan sebenar YB Shabudin berkenaan perkahwinan, rogol dan remaja sepertimana yang terkandung dalam hansard Parlimen, yang pasti, Lim Guan Eng mahu isu tersebut menjadi panjang dan terbenam dalam benak para pengundi Cinanya.

Jentera propaganda DAP yang diketahui menjadikan fitnah sebagai senjata utama mereka, kini menghalakan serangan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang turut menjaga hal ehwal Parlimen, Azalina Said.

Pagi tadi, dikesan satu fitnah berlegar-legar di WhatsApp membabtkan Azalina Said. Kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Azalina Said itu adalah sesuatu yang amat menjijikkan. Azalina Said konon-kononnya meminta orang merogolnya!

Berikut adalah kenyataan daripada pegawai khas Azalina Said berkaitan isu berkenaan.


Salam Sejahtera..

Isu kenyataan YB DS Azalina Othman Said berkaitan makkuman balas Kpd Isu Rogol Yb MP Tasek Gelugor :

Saya menafikan bahawa YBM DS Azalina mengeluarkan kenyataan tersebut bg maklum balas atau apa2 tindakan yg berkaitan merujuk undang2 Sivil & Syariah berkenaan Isu tersebut. 
Apa yg ditularkan adalah semata- mata direka n fitnah bg tujuan yg tdk pasti olh pihak2 yg tdk bertanggungjawap.
Jelas apa yg ditulis adalah fitnah utk mengaibkan individu.
Semoga kita semua dilindungi olh Allah SWT dr bahaya fitnah n Nista.

Mohd Hasri
Pegawai Khas
YBM DS Azalina

LAGI KES GANGSTER Geng 24 di Kelang, 6 Orang Ditahan Polis Dan Direman 4 Hari

Saturday 22 April 2017 · 0 comments



Polis menangani satu lagi insiden yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, dipercayai terlibat dengan gangsterisme yang membuat kacau di luar pekarangan sebuah sekolah.

Dalam video 45 saat yang disiarkan oleh polis, beberapa remaja India dilihat berkumpul di sekeliling dua biji kek yang berbentuk angka 2 dan 3 yang dihiasi dengan lambang swastika dan perkataan 'La Salle 24'.

Remaja-remaja India tersebut mengenakan baju T berkolar hijau yang tertera tulisan 'La Salle', dilihat menyuap kek itu ke mulut satu sama lain. Mercun juga telah dijalankan di atas jalan. 

Ketua CID Selangor, Senior Asst Comm Fadzil Ahmat berkata, insiden tersebut berlaku pada hari Jumaat di belakang SMK Simpang Lima, Kelang.

Menurutnya, polis peronda berhampiran Lebuh Tamarind di belakang sekolah terlihat kumpulan remaja tersebut sedang membakar mercun pada waktu tengah hari. 

"Kumpulan remaja tersebut cuba melarikan apabila mereka sedar, polis ada di situ," kata SAC Fadzil dalam satu kenyataan.

Menurutnya, anggota polis peronda berjaya menahan dua orang remaja dan motosikal yang mereka tunggangi menggunakan nombor pendaftaran palsu di tempat kejadian. 

SAC Fadzhil berkata, dalam satu operasi susulan, empat orang individu lain telah ditahan antara jam 7:30 malam dan 9:30 malam hari yang sama di sekitar Pandaraman dan Bukit Tinggi di Kelang.

Menurutnya, lima daripada yang diberkas berusia antara 15 dan 17 tahun, merupakan pelajar SMK La Salle Kelang dan SMK Tengku Ampuan Jemaah Kelang. Polis sedang menyiasat latar belakang individu keenam. 

Keenam-enam mereka direman selama 4 hari bermula hari ini. 

Insiden tersebut berlaku sejurus selepas dua klip video yang memaparkan penunggang-penunggang motosikal berkumpul di luar sekolah menjadi tular pada hari Khamis. 

Dalam klip video pertama, kumpulan tersebut saling menjerit antara satu sama lain dan membingkitkan enjin motosikal di luar sekolah. Mereka turut mengangkat pemidang yang mana salah satunya tertera huruf '24', 'TD4' dan lambang swastika hitam. 

Salah seorang remaja menghayun mercun untuk menakut-nakutkan pelajar-pelajar yang lain. 

Klip video kedua bermula dengan gambaran dekat sebiji kek yang tertera perkataan, 'SMK Sri Andalas', '24' dan 'Apache' di atasnya.

SUMBER

Takut Hilang Jawatan, Azmin Ali Cuba Pujuk PAS Dengan Mengatakan PKR Takkan Putus Tahaluf Siyasi Dengan PAS

· 1 comments



PKR sentiasa mengambil sikap terbuka untuk mempertahankan kerjasama dengan Pas yang dijangka memberi kata putus isu talaluf siyasi mereka pada Muktamar Pas ke-63 hujung bulan ini.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehingga hari ini, kerjasama parti itu dengan Pas juga disifatkan masih kuat dan utuh.

Jelasnya, kerjasama itu sewajarnya turut dipertahankan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Sehingga hari ini tahaluf siyasi kerjasama politik Pas dan Keadilan masih kuat dan utuh, dan keadilan sentiasa mengambil sikap terbuka mempertahankan kerjasama ini. Ia sewajarnya dipertahankan dalam pilihan raya akan datang.

"Saya tidak boleh menjangkakan apa akan berlaku dalam Muktamar Pas kerana saya bukan perwakilan dalam muktamar tetapi saya yakin kepimpinan Pas yang sedia ada melihat kerangka besar dalam perjuangan ini.

"Ia kerana kita mahu melakukan satu perubahan demi kepentingan agama dan kepentingan rakyat, bukan soal individu atau kepartian," katanya semasa sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada wakil komuniti di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Dr Nik Muhammad Zawawi berkata, Muktamar Pas ke-63 pada hujung bulan ini, bakal menjadi penentu sama ada parti Islam itu akan menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR atau mengekalkannya berikutan usul yang diluluskan beberapa kawasan Pas di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu agar kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.

Jelasnya, isu tahaluf siyasi Pas-PKR akan menjadi topik perbincangan pada muktamar kali ini.

Pada masa ini, Pas Selangor berpendirian untuk mengekalkan status quo dan akan akur terhadap apa jua keputusan pucuk pimpinan parti, jika Pas memutuskan untuk menamatkan kerjasama politik dengan PKR.

Hubungan antara Pas dan PKR tegang selepas parti pemerintah kerajaan negeri Selangor itu bertegas untuk mengekalkan kerjasama dengan DAP dan menjalin hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menyifatkan kerjasama Pas dengan parti lain ibarat 'memikul biawak hidup'.

Bagaimanapun Azmin tetap dengan berpendirian untuk tidak memutuskan hubungan dengan Pas malah yakin dengan permuafakatan dalam pakatan pembangkang dan akan sentiasa menghormati sebarang perbezaan pendapat.

PEMUDA MIC Kecam Dr. Maza Berhubung Puisinya Hina Agama Hindu

· 1 comments



MIC mengecam Mufti Perlis, Dr. Mohd Azri Zainul Abidin kerana puisinya yang dilihat sebagai menghina masyarakat Hindu. 

Ketua Pemuda MIC, Sivarrajah Chandran berkata, cendekiawan Islam itu seharusnya memohon maaf kerana menghina amalan agama Hindu. 

"Amat memalukan bagaimana seorang profesor yang mengajar agama Islam di Universiti Sains Malaysia dengan mudah menulis sebuah puisi yang akan mencetuskan ketidakharmonian dan kebencian di kalangan bukan Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Dr. Asri yang lebih dikenali sebagai MAZA telah memuatnaikkan sebuah puisi yang ditulis dalam Bahasa Melayu di Facebooknya pada hari Jumaat. 

Tulisan tersebut dilihat sebagai respons kepada penentangan masyarakat India terhadap status PR yang diberikan kepada pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik.  

"Cendekiawan Islam selalunya menghormati agama-agama lain. Mereka tidak pernah memperkecil-kecilkan agama lain. Justeru, Pemuda MIC menuntut Dr. Maza agar membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik kembali kenyataannya yang tidak sensitif terhadap masyarakat Hindu," kata Sivarrajah. 


Sivarrajh turut mengecam Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan Tantawi kerana mempertahankan Dr. Zakir yang baru-baru ini berkata, kerajaan gabungan UMNO dan PAS akan menjadikan Malaysia lebih baik. 

"Kenyataan Dr. Zakir yang meminta orang Islam mengundi hanya untuk calon-calon Islam, adalah bertentangan dengan semangat Barisan Nasional. Kami memberi amaran keras kepadanya supaya tidak campurtangan dalam politik Malaysia."

Presiden MIC, Dr. S. Subramaniam berkata pada Khamis, Malaysia tidak memerlukan Dr. Zakir memandangkan cendekiawan-cendekiawan Islam di negara ini lebih memahami budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama. 

Selasa lalu,  Timbalan Perdana Menteri, Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Dr. Zakir telah diberikan status PR oleh Kerajaan lima tahun lalu.


Dakwa Pinjam Dari ALONG LEO RM500,000 Untuk Beli Rumah Banglo, Adam Rosly Didakwa Beri Keterangan Palsu

Friday 21 April 2017 · 0 comments



Kertas pertuduhan terhadap Datuk Adam Rosly Abdulllah mendedahkan pemimpin muda PKR itu mendakwa telah meminjam lebih kurang RM500,000 daripada along.

Berdasarkan dokumen berkenaan, Adam Rosly mengaku kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pad 10 Februari bahawa dia membayar pembelian satu unit banglo di bernilai RM1.2 juta.

Pinjaman daripada along dan beberapa individu terbabit dibuat kerana beliau tidak dapat membuat pinjaman pada bank.

Dia didakwa memberi maklumat itu semasa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 10 Februari lalu di Putrajaya.


Menceritakan bagaimana memperoleh wang untuk membeli rumah ala Disneyland di Ampang, Adam Rosly memecahkan sumber-sumber dana itu seperti berikut:
Pinjaman berjumlah RM500,000, berkemungkinan lebih atau kurang, daripada “Along Leo”.
RM100,000 daripada ibu mentua dan RM100,000 daripada nenek (nenek baru meninggal dunia).
RM250,000 daripada hasil jualan kereta dan gaji pengurusan flat.
RM250,000 hasil perniagaan secara langsung dan tidak langsung.

Bagaimanapun pada 22 Februari, Adam Rosly memperbetulkan kenyataannya.

Katanya dia meminjam RM555,165 daripada Leo untuk tempoh dua tahun dan untuk menyokong pengakuannya itu, beliau mengemukakan dokumen sokongan kepada SPRM.

Daripada jumlah itu Adam Rosly berkata dia sudah membayar semula sebanyak RM302,050 dan masih berhutang RM253,115.


Keterangan diberi Adam Rosly itu didakwa palsu dan dia hari ini didakwa mengikut Seksyen 32 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, Adam Rosly boleh didenda tidak lebih RM3 juta, dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


Dia berdepan keseluruhan enam pertuduhan memberi pernyataan dan dokumen palsu kepada pihak berkuasa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Hakim menetapkan Adam Rosly boleh diikat jamin RM300,000.





 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks