KUMPULAN ANARKI SEMAKIN BERANI DAN MEREKA ANCAM AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG MENENTANG MEREKA!

Tuesday, 17 February 2015 | 6 comments

Kalau semalam, klip video empat orang pemuda Melayu yang merancang hendak mengebom mahkamah di Malaysia menjadi viral, dan kemudian segera disambut oleh para pecacai Pakatan Rakyat sebagai troll semata-mata, malah mereka menjadikan klip video tersebut untuk memperkecil-kecilkan usaha PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan mencegah pencetus kekacauan.

Bagi mereka, klip video tersebut dan ancaman berkenaan hanyalah satu GURAUAN dan tidak perlu dipandang serius. Samalah seperti mereka menggunakan helah DEMONSTRASI AMAN, memberi bunga kepada anggota polis yang berkawal, occupy dan sebagainya.

Kesemua ini wujud dalam kurikulum Sosialisme dan pergerakan Marxisme yang tidak lagi berjuang menggunakan senjata sebaliknya mengembalikan semula falsafah GENGGAMAN PENUMBUK, PENUKUL dan SABIT yang menjadi lambang mereka.

Dengan menggunakan Facebook, kumpulan anarki ini cuba mencuri tumpuan dan perhatian daripada golongan anti-establishment yang sudah pastinya, majoriti mereka adalah golongan muda.

Gerakan ini harus dibanteras. Kebanyakan daripada mereka bergiat di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang menjadikan pelajar-pelajar keciciran Melayu-Bumiputera sebagai anggota dan ahli.

Demonstrasi pada 14 Februari di tengah-tengah Kanauala Lumpur yang menyaksikan kumpulan anarki menyertai March To Freedom dan menyahut seruan Nurul Izzah untuk melakukan keganasan, bukanlah satu gurauan.





Walaupun jumlah mereka semakin mengecil, sama seperti kumpulan-kumpulan subversif lain di seluruh dunia, mereka akan melakukan pelbagai ulah untuk terus menarik perhatian dan sokongan. Tambahan pula, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kewangan daripada pihak-pihak tertentu yang amat memerlukan kewujudan mereka, menyaksikan mereka akan bertindak jauh lebih tidak terkawal sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook bukanlah satu jenaka, sekalipun mereka mahu ia dianggap sebagai jenaka. Begitu juga dengan individu yang dicari polis kerana merosakkan harta awam menerusi beberapa keping gambar sekitar hari demonstrasi yang tidak mendapat sambutan itu.

Individu berseluar putih yang dapat dilihat pada gambar itu, merupakan salah seorang daripada mereka. Dia yang menjadi kepala dan dia juga terlibat dalam pengaturan kegiatan anarki pada hari demonstrasi.


WAJAH-WAJAH ANARKI DAN KETUA MEREKA DALAM DEMONSTRASI 'TAK JADI' DI KUALA LUMPUR SEMALAM!

Sunday, 15 February 2015 | 5 comments


Antara anarkis penyembur cat yang berjaya dirakamkan adalah individu-individu yang bertutup muka dan mulut ini ialah seperti yang tertera dalam gambar-gambar di bawah.

Seorang lelaki lain dilihat beberapa kali mengeluarkan arahan kepada sekumpulan anarki untuk 'melakukan' sesuatu. Mereka semua sedang dicari bagi memudahkan pihak berkuasa mengenalpasti dan 'mengambilnya' untuk membantu siasatan.



 
Diharapkan kesemua mereka itu tidaklah melarikan diri ke Sweden sebagaimana yang dilakukan oleh Ali Abdul Jalil yang cukup gah dengan temberang-temberang retoriknya tetapi ketakutan apabila dia diburu kerana hasutan dan cubaan subversifnya!

Jangan sampai nanti menyalak di luar negara pulak. Berani buat, beranilah tanggung!

SAMPAI BERKECAI BADAN KETUA POLIS NEGARA 'DIKERJAKAN' AYAHNDA RAJA PROVOKASI!!!

Wednesday, 24 December 2014 | 4 comments


Barangkali kerana tidak ada tindakan dan kesungguhan mempedulikan kewujudannya, seorang pengguna (atau lebih) Facebook, cuba bermain api. Seolah-olah mencabar pihak polis yang masih gagal memburu dan memberkasnya, AYAHNDA RAJA PROVOKASI mula menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai subjek caci makinya. 

Berdasarkan kepada m.o pemilik akaun Facebook tersebut, dia mempunyai kaitan dengan Persatuan Kongsi Gelap Melayu yang telah dibuka dan beroperasi semata-mata untuk menimbulkan kemarahan daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap orang Semenanjung. 

Akaun Ayahnda Raja Retorik pada masa yang sama, turut dilihat bermusuh dengan AYAHNDA RAZAK DAHAMAN yang seringkali dijadikan subjek untuk mengeluarkan sebarang kenyataan provokatif. 


Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Ayahnda Raja Provokasi, fungsi Persatuan Kongsi Gelap Melayu kelihatan terlalu jelas apabila cacian dan cercaan terhadap penganut Kristian yang akan menyambut perayaan keagamaan mereka, bertujuan untuk menimbulkan kebencian, permusuhan dari kalangan orang beragama Kristian kepada PERKASA, Ibrahim Ali dan orang Melayu-Islam secara keseluruhannya. 

Penyiaran gambar yang menunjukkan hanya kepala Ketua Polis Negara dengan badan yang sudah berkecai, dilihat benar-benar keterlaluan. Motif pemilik akaun tersebut boleh dijangka menerusi cabaran dan ejekannya kepada pihak polis agar menangkapnya.



Pastinya Ayahnda Raja Provokasi berasa, dia selamat kerana berselindung di sebalik Facebook. Apatah lagi, beberapa tangkapan ke atas suspek-suspek yang gambar mereka disiarkan oleh Persatuan Kongsi Gelap Melayu, telah gagal apabila suspek-suspek tersebut sebenarnya telah dijadikan mangsa menerusi pencurian gambar-gambar mereka.

DENGAN ANGKUHNYA, DYMM SULTAN SELANGOR DIMAKI DAN DICARUT-CARUT OLEH PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM INI!!!

Monday, 8 December 2014 | 6 comments

Walaupun Kerajaan memutuskan untuk tidak memansuhkan AktaHasutan, bahkan akan menambahbaikkan akta berkenaan, tetapi oleh kerana kehebatan Pakatan Rakyat, selain kesediaan para peguam untuk membela mereka, semakin ramai yang menunjuk berani dengan mencabar undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, didedahkan seorang lelaki India yang memaki hamun DYMM Sultan Selangor dan sehingga kini belum dikenakan sebarang tindakan. Bahkan tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat ke atasnya. (RUJUK DI SINI)

Semalam, satu lagi pendedahan dibuat membabitkan seorang lelaki bernama IRFAN AFIFIE yang dipercayai merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan PKR berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi laman peribadi Facebooknya. (DI SINI)

Apakah kerana menyokong pembangkang maka seseorang itu bebas melaukan apa-apa sahaja yang melanggar peraturan dan norma-norma kehidupan di negara ini? Apakah jikalau bergelar penyokong Pakatan Rakyat dan penentang UMNO-BN maka, bebas dan tidak lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia?

Semakin hari semakin teruk. Dan nampaknya undang-undang yang tidak dikuatkuasakan atau dikuatkuasakan kepada pihak yang salah, telah menyebabkan golongan yang sepatutnya dikenakan tindakan, semakin menjadi-jadi kerana mereka tahu, mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Kerana Anwar Ibrahim, India Ini Memaki Hamun Sultan Selangor

Friday, 5 December 2014 | 11 comments


Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.



Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.



LAGI AMARAN DARIPADA PIHAK POLIS YANG AKAN DIKETAWAKAN DAN DICABAR OLEH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM!

Friday, 7 November 2014 | 0 comments



KENYATAAN AKHBAR PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BERHUBUNG AMARAN POLIS KEPADA ORANG AWAM YANG HADIR SEMASA KEPUTUSAN RAYUAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Orang awam diseru untuk menghormati proses undang-undang dan keadilan yang diamalkan di negara ini. Ianya dapat dilihat dalam konsep kedaulatan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam rukun negara.

Sehubungan itu, orang awam diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan, bagi memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan kes melibatkan DSAI yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Mereka diminta agar bertenang dan menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kelak. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan di tangan sendiri yang menyalahi undang-undang, sekiranya tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, sebarang tindakan yang diambil bagi menunjukkan protes dengan melakukan perarakan, kekacauan , rusuhan, atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang berjalan merupakan satu kesalahan jenayah. Tindakan ini perlu dielakkan sama sekali.

Bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sebagaimana yang digariskan mengikut prosedur serta undang-undang yang sedia ada bagi menentukan proses undang-undang dapat berjalan dengan adil dan teratur demi menjamin keamanan berterusan.

DATO’ SERI MOHAMAD FUZI BIN HARUN, CP
CP PENGARAH PENGURUSAN
MERANGKAP
PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

NOTA:

Amaran demi amaran yang diberikan oleh pihak polis, sebenarnya tidak menakutkan atau menghalang golongan anarkis daripada mencabar kedaulatan dan penguatkuasaan undang-undang. Apatah lagi, dalam beberapa kes, mahkamah sendiri telah membebaskan golongan tersebut dengan pelbagai alasan dari segi perundangan untuk menghalalkan perbuatan mereka. 

Terbaru ialah apabila Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak rayuan bersabit pembebasan Nik Nazmi daripada dakwaan membuat perhimpunan haram Black 505 di Kelana Jaya. Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi ialah, mereka tidak boleh memansuhkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu. (BACA SINI)


Antara panel Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi daripada dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang adalah Mohd Arif Mohd Yusuf yang merupakan bekas calon PAS untuk Kota Damansara pada tahun 2004. Banyak pengadilannya melibatkan beberapa kes Pakatan menentang Kerajaan atau pro-Kerajan akan berakhir dengan keputusan kemenangan untuk Pakatan. (BACA SINI)

Dalam kes Nik Nazmi, Mohd Arif Mohd Yusuf adalah salah seorang daripada tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan membebaskannya. 

Sepanjang 8 hari prosiding rayuan Anwar Ibrahim, para penyokongnya cuba melakukan provokasi ke atas pihak berkuasa dan orang awam. Bagaimanapun, jumlah mereka yang tidak ramai, membuatkan provokasi yang dibuat, tidak menjadi.

Hari pertama dan kedua, Tian Chua memimpin kumpulan kecil penyokong Anwar Ibrahim untuk membuat rempuhan pagar. Begitu juga dengan sekumpulan penyokong India yang diketuai oleh S.Jayatas, turut melakukan perkara yang sama.


Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan tentang orang buruan membabitkan demonstrasi tersebut, tetapi sehingga kini, belum ada tangkapan lagi. Dan sekalipun ditangkap, rekod-rekod mahkamah pula menunjukkan peluang untuk mereka bebas, amat tinggi sekaligus menjadikan amaran-amaran yang dibuat oleh PDRM, sekadar satu bahan lelucon. 
Showing posts with label anarki. Show all posts
Showing posts with label anarki. Show all posts

KUMPULAN ANARKI SEMAKIN BERANI DAN MEREKA ANCAM AKAN BUNUH SESIAPA SAHAJA YANG MENENTANG MEREKA!

Tuesday, 17 February 2015 · 6 comments

Kalau semalam, klip video empat orang pemuda Melayu yang merancang hendak mengebom mahkamah di Malaysia menjadi viral, dan kemudian segera disambut oleh para pecacai Pakatan Rakyat sebagai troll semata-mata, malah mereka menjadikan klip video tersebut untuk memperkecil-kecilkan usaha PDRM menjaga keselamatan dalam negeri dan mencegah pencetus kekacauan.

Bagi mereka, klip video tersebut dan ancaman berkenaan hanyalah satu GURAUAN dan tidak perlu dipandang serius. Samalah seperti mereka menggunakan helah DEMONSTRASI AMAN, memberi bunga kepada anggota polis yang berkawal, occupy dan sebagainya.

Kesemua ini wujud dalam kurikulum Sosialisme dan pergerakan Marxisme yang tidak lagi berjuang menggunakan senjata sebaliknya mengembalikan semula falsafah GENGGAMAN PENUMBUK, PENUKUL dan SABIT yang menjadi lambang mereka.

Dengan menggunakan Facebook, kumpulan anarki ini cuba mencuri tumpuan dan perhatian daripada golongan anti-establishment yang sudah pastinya, majoriti mereka adalah golongan muda.

Gerakan ini harus dibanteras. Kebanyakan daripada mereka bergiat di pusat-pusat pengajian tinggi awam yang menjadikan pelajar-pelajar keciciran Melayu-Bumiputera sebagai anggota dan ahli.

Demonstrasi pada 14 Februari di tengah-tengah Kanauala Lumpur yang menyaksikan kumpulan anarki menyertai March To Freedom dan menyahut seruan Nurul Izzah untuk melakukan keganasan, bukanlah satu gurauan.





Walaupun jumlah mereka semakin mengecil, sama seperti kumpulan-kumpulan subversif lain di seluruh dunia, mereka akan melakukan pelbagai ulah untuk terus menarik perhatian dan sokongan. Tambahan pula, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kewangan daripada pihak-pihak tertentu yang amat memerlukan kewujudan mereka, menyaksikan mereka akan bertindak jauh lebih tidak terkawal sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal.

Kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook bukanlah satu jenaka, sekalipun mereka mahu ia dianggap sebagai jenaka. Begitu juga dengan individu yang dicari polis kerana merosakkan harta awam menerusi beberapa keping gambar sekitar hari demonstrasi yang tidak mendapat sambutan itu.

Individu berseluar putih yang dapat dilihat pada gambar itu, merupakan salah seorang daripada mereka. Dia yang menjadi kepala dan dia juga terlibat dalam pengaturan kegiatan anarki pada hari demonstrasi.


WAJAH-WAJAH ANARKI DAN KETUA MEREKA DALAM DEMONSTRASI 'TAK JADI' DI KUALA LUMPUR SEMALAM!

Sunday, 15 February 2015 · 5 comments


Antara anarkis penyembur cat yang berjaya dirakamkan adalah individu-individu yang bertutup muka dan mulut ini ialah seperti yang tertera dalam gambar-gambar di bawah.

Seorang lelaki lain dilihat beberapa kali mengeluarkan arahan kepada sekumpulan anarki untuk 'melakukan' sesuatu. Mereka semua sedang dicari bagi memudahkan pihak berkuasa mengenalpasti dan 'mengambilnya' untuk membantu siasatan.



 
Diharapkan kesemua mereka itu tidaklah melarikan diri ke Sweden sebagaimana yang dilakukan oleh Ali Abdul Jalil yang cukup gah dengan temberang-temberang retoriknya tetapi ketakutan apabila dia diburu kerana hasutan dan cubaan subversifnya!

Jangan sampai nanti menyalak di luar negara pulak. Berani buat, beranilah tanggung!

SAMPAI BERKECAI BADAN KETUA POLIS NEGARA 'DIKERJAKAN' AYAHNDA RAJA PROVOKASI!!!

Wednesday, 24 December 2014 · 4 comments


Barangkali kerana tidak ada tindakan dan kesungguhan mempedulikan kewujudannya, seorang pengguna (atau lebih) Facebook, cuba bermain api. Seolah-olah mencabar pihak polis yang masih gagal memburu dan memberkasnya, AYAHNDA RAJA PROVOKASI mula menjadikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai subjek caci makinya. 

Berdasarkan kepada m.o pemilik akaun Facebook tersebut, dia mempunyai kaitan dengan Persatuan Kongsi Gelap Melayu yang telah dibuka dan beroperasi semata-mata untuk menimbulkan kemarahan daripada rakyat Sabah dan Sarawak terhadap orang Semenanjung. 

Akaun Ayahnda Raja Retorik pada masa yang sama, turut dilihat bermusuh dengan AYAHNDA RAZAK DAHAMAN yang seringkali dijadikan subjek untuk mengeluarkan sebarang kenyataan provokatif. 


Dalam kenyataan terbaru yang disiarkan oleh Ayahnda Raja Provokasi, fungsi Persatuan Kongsi Gelap Melayu kelihatan terlalu jelas apabila cacian dan cercaan terhadap penganut Kristian yang akan menyambut perayaan keagamaan mereka, bertujuan untuk menimbulkan kebencian, permusuhan dari kalangan orang beragama Kristian kepada PERKASA, Ibrahim Ali dan orang Melayu-Islam secara keseluruhannya. 

Penyiaran gambar yang menunjukkan hanya kepala Ketua Polis Negara dengan badan yang sudah berkecai, dilihat benar-benar keterlaluan. Motif pemilik akaun tersebut boleh dijangka menerusi cabaran dan ejekannya kepada pihak polis agar menangkapnya.



Pastinya Ayahnda Raja Provokasi berasa, dia selamat kerana berselindung di sebalik Facebook. Apatah lagi, beberapa tangkapan ke atas suspek-suspek yang gambar mereka disiarkan oleh Persatuan Kongsi Gelap Melayu, telah gagal apabila suspek-suspek tersebut sebenarnya telah dijadikan mangsa menerusi pencurian gambar-gambar mereka.

DENGAN ANGKUHNYA, DYMM SULTAN SELANGOR DIMAKI DAN DICARUT-CARUT OLEH PENYOKONG KUAT ANWAR IBRAHIM INI!!!

Monday, 8 December 2014 · 6 comments

Walaupun Kerajaan memutuskan untuk tidak memansuhkan AktaHasutan, bahkan akan menambahbaikkan akta berkenaan, tetapi oleh kerana kehebatan Pakatan Rakyat, selain kesediaan para peguam untuk membela mereka, semakin ramai yang menunjuk berani dengan mencabar undang-undang berkenaan.

Sebelum ini, didedahkan seorang lelaki India yang memaki hamun DYMM Sultan Selangor dan sehingga kini belum dikenakan sebarang tindakan. Bahkan tidak ada sebarang laporan polis yang dibuat ke atasnya. (RUJUK DI SINI)

Semalam, satu lagi pendedahan dibuat membabitkan seorang lelaki bernama IRFAN AFIFIE yang dipercayai merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan PKR berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi laman peribadi Facebooknya. (DI SINI)

Apakah kerana menyokong pembangkang maka seseorang itu bebas melaukan apa-apa sahaja yang melanggar peraturan dan norma-norma kehidupan di negara ini? Apakah jikalau bergelar penyokong Pakatan Rakyat dan penentang UMNO-BN maka, bebas dan tidak lagi tertakluk kepada undang-undang Malaysia?

Semakin hari semakin teruk. Dan nampaknya undang-undang yang tidak dikuatkuasakan atau dikuatkuasakan kepada pihak yang salah, telah menyebabkan golongan yang sepatutnya dikenakan tindakan, semakin menjadi-jadi kerana mereka tahu, mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Kerana Anwar Ibrahim, India Ini Memaki Hamun Sultan Selangor

Friday, 5 December 2014 · 11 comments


Menjadi penyokong, pemimpin atau ahli parti pembangkang, tidak menghalalkan kita untuk memaki hamun orang lain kononnya untuk menarik sokongan atau mengeluarkan kebenaran. Apatah lagi yang dimaki adalah Sultan Melayu yang secara sejarahnya telah membolehkan masyarakat bukan Melayu-Bumiputera menjadi warganegara Malaysia setelah British enggan menerima atau mengambil mereka sebagai warganegara pada tahun 1957 dahulu.



Namun hasutan daan dendam selain buta tentang sejarah, membuatkan sebahagian daripada mereka bersikap biadap dan kurang ajar serta tidak berterima kasih kerana telah dibenarkan tinggal di negara ini serta menjadi warganegara dengan menikmati hak-hak kewarganegaraan secara bebas, malah jauh lebih bebas berbanding bangsa mereka yang menjadi imigran di negara-negara lain.

Penggunaan media sosial seperti Facebook telah dilakukan untuk menyemai kebencian, anarkisme dan subversif. Dalam hal ini, penama turut melakukan perbuatan yang sama di Facebook secara bebas. Kebenciannya kepada Melayu, Islam dan Bumiputera terpapar jelas dalam posting-postingnya.

Sehingga kini, belum ada lagi tindakan dibuat terhadapnya. Barangkali SKMM terlepas pandang dan ketiadaan laporan polis terhadapnya, membuktikan ramai yang beranggapan tindakan menghasut kebencian antara kaum yang dilakukan oleh penama adalah sesuatu yang bersifat remeh.



LAGI AMARAN DARIPADA PIHAK POLIS YANG AKAN DIKETAWAKAN DAN DICABAR OLEH PENYOKONG ANWAR IBRAHIM!

Friday, 7 November 2014 · 0 comments



KENYATAAN AKHBAR PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA BERHUBUNG AMARAN POLIS KEPADA ORANG AWAM YANG HADIR SEMASA KEPUTUSAN RAYUAN KES DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Orang awam diseru untuk menghormati proses undang-undang dan keadilan yang diamalkan di negara ini. Ianya dapat dilihat dalam konsep kedaulatan undang-undang sebagaimana yang termaktub dalam rukun negara.

Sehubungan itu, orang awam diminta untuk memberi kerjasama kepada pihak mahkamah dalam membuat keputusan, bagi memberi keadilan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam rayuan kes melibatkan DSAI yang sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Mereka diminta agar bertenang dan menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah kelak. Mereka juga dinasihatkan untuk tidak mengambil tindakan di tangan sendiri yang menyalahi undang-undang, sekiranya tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, sebarang tindakan yang diambil bagi menunjukkan protes dengan melakukan perarakan, kekacauan , rusuhan, atau pecah keamanan bagi menghalang proses undang-undang berjalan merupakan satu kesalahan jenayah. Tindakan ini perlu dielakkan sama sekali.

Bagi menentukan keselamatan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan, pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sebagaimana yang digariskan mengikut prosedur serta undang-undang yang sedia ada bagi menentukan proses undang-undang dapat berjalan dengan adil dan teratur demi menjamin keamanan berterusan.

DATO’ SERI MOHAMAD FUZI BIN HARUN, CP
CP PENGARAH PENGURUSAN
MERANGKAP
PEMANGKU TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
POLIS DIRAJA MALAYSIA

NOTA:

Amaran demi amaran yang diberikan oleh pihak polis, sebenarnya tidak menakutkan atau menghalang golongan anarkis daripada mencabar kedaulatan dan penguatkuasaan undang-undang. Apatah lagi, dalam beberapa kes, mahkamah sendiri telah membebaskan golongan tersebut dengan pelbagai alasan dari segi perundangan untuk menghalalkan perbuatan mereka. 

Terbaru ialah apabila Mahkamah Tinggi memutuskan untuk menolak rayuan bersabit pembebasan Nik Nazmi daripada dakwaan membuat perhimpunan haram Black 505 di Kelana Jaya. Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi ialah, mereka tidak boleh memansuhkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan sebelum itu. (BACA SINI)


Antara panel Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi daripada dikenakan hukuman berdasarkan undang-undang adalah Mohd Arif Mohd Yusuf yang merupakan bekas calon PAS untuk Kota Damansara pada tahun 2004. Banyak pengadilannya melibatkan beberapa kes Pakatan menentang Kerajaan atau pro-Kerajan akan berakhir dengan keputusan kemenangan untuk Pakatan. (BACA SINI)

Dalam kes Nik Nazmi, Mohd Arif Mohd Yusuf adalah salah seorang daripada tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan membebaskannya. 

Sepanjang 8 hari prosiding rayuan Anwar Ibrahim, para penyokongnya cuba melakukan provokasi ke atas pihak berkuasa dan orang awam. Bagaimanapun, jumlah mereka yang tidak ramai, membuatkan provokasi yang dibuat, tidak menjadi.

Hari pertama dan kedua, Tian Chua memimpin kumpulan kecil penyokong Anwar Ibrahim untuk membuat rempuhan pagar. Begitu juga dengan sekumpulan penyokong India yang diketuai oleh S.Jayatas, turut melakukan perkara yang sama.


Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan kenyataan tentang orang buruan membabitkan demonstrasi tersebut, tetapi sehingga kini, belum ada tangkapan lagi. Dan sekalipun ditangkap, rekod-rekod mahkamah pula menunjukkan peluang untuk mereka bebas, amat tinggi sekaligus menjadikan amaran-amaran yang dibuat oleh PDRM, sekadar satu bahan lelucon. 

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks